bab2 ekonomi malaysia
Post on 16-Jan-2017
1.581 Views
Preview:
TRANSCRIPT
EKONOMI MALAYSIANUR NAJWA NATASHA
NUR ZULAIKHANUR SYAFIRAH
NURSZILAHWATISYAFIKAH NUR
Struktur Ekonomi Negara
• Struktur ekonomi merujuk kepada gabungan pelbagai sektor ekonomi yang menyumbang kepada pendapatan negara & guna tenaga negara
• Sektor ekonomi Malaysia terbahagi kepada tiga sektor penting iaitu sektor utama, sektor keuda & sektor ketiga.
SEKTOR UTAMA
• Sektor yang mengeluarkan hasil daripada alam semula jadi.
• Sektor utama tidak melibatkan kegiatan pemprosesan.
• Contoh kegiatan sektor utama ialah: i) Pertanian ii) Perhutanan iii) Perikanan iv) Penternak
SEKTOR KEDUA
• Sektor kedua melibatkan aktiviti pemprosesan bahan mentah daripada sektor utama.
• Sektor kedua menghasilkan barang siap & separuh siap.
• Contoh kegiatan sektor kedua: i) Pembuatan ii) Pembinaan
SEKTOR KETIGA
• Sektor ketiga dikenal sebagai sektor perkhidmatan• Memberi sokongan kepada sektor utama & kedua
supaya aktiviti ekonomi dapat berjalan lancar• Contoh kegiatan sektor ketiga ialah: i) Perdagangan barang & runcit ii) Penginapan & restoran iii) Pengangkutan & penyimpanan
SUMBANGAN SEKTOR EKONOMI KEPADA PENDAPATAN NEGARA
• Pendapatan negara merupakan hasil yang diperoleh oleh kerajaan untuk mentadbir & membangunkan sesebuah negara. Pendapatan negara dikenal juga sebagai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK)
• Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah jumlah nilai barang akhir & perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran yang dimiliki oleh warganegara & bukan warganegara yang berada di Malaysia dalam tempoh setahun.
• Setiap sektor ekonomi menyumbang kepada pendapatan negara.
• Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah jumlah nilai barang akhir & perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran yang dimiliki oleh warganegara & bukan warganegara yang berada di Malaysia dalam tempoh setahun.
• Rumus untuk mengira sumbangan setiap sektor terhadap pendapatan negara:
Sumbangan sektor X = Nilai keluaran sektor X 100% Jumlah KDNK
• 1)Arah aliran sumbangan sektor ekonomi kepaa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Malaysia dapat ditunjukkan melalui jadual di bawah ini
Sumbangan Sektor Ekonomi Kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dari tahun 1970 hingga tahun 2011
2) Berdasarkan jadual:a) Sumbangan sektor utama kepada KDNK- peratus sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan aliran yang menurun pada tahnu 1970 sehingga tahun 2005 dan meningkat pada tahun 2011. b) sumbangan sektor kudua kepada KDNK- peratus sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan aliran yang meningkat dari tahun 1970 hingga tahun 1996 dan menurun sehingga tahun 2011.c) sumbangan sektor ketigakepada KDNK- peratus sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan arah aliran yang meningkat dari tahun 1970 hingga tahun 1985 dan menurun padan tahun 1996 serta meningkat kembali kembali sehingga tahun 2011.
SUMBANGAN SEKTOR EKONOMI KEPADA GUNA NEGARA
• Selain sumbangan terhadap pendapatan negara, sektor ekonomi turut memberikan sumbangan kepada guna tenaga.
• Guna tenaga merujuk kepada orang yang sedang bekerja iaitu perbezaan antara jumlah tenaga buruh dengan jumlah pengangguran.
• Rumus untuk mengira guna tenaga:• Guna Tenaga = Tenaga buruh-pengangguran Maka• Jumlah Pengangguran = Tenaga buruh-guna tenaga
Tahun
Tenaga
1970(%)
1985(%)
1996(%)
2005(%)
2011(%)
Sektor utama 53.1 36.8 18.3 13.9 11.7
Sektor kedua 15.4 22.0 35.9 35.7 34.9
Sektor ketiga 31.5 41.2 45.8 50.4 53.4
1) Arah aliran sumbangan sektor ekonomi kepada guna tenaga di Malaysia dapat ditunjukkan melalui jadual di bawah ini.
Sumbangan Sektor Ekonomi kepada Guna Tenaga dari tahun 1970 hingga tahun 2011
2)Berdasarkan jadual:a) sumbangan sektor utama kepada guna tenaga -peratus sumbangan guna tenaga menunjukkan arah aliran yang menurun pada tahun 1970 sehingga 2011b) sumbangan sektor kedua kepada guna tenaga-peratus sumbangan guna tenaga menunjukkan arah aliran yang meningkat dari tahun 1970 hingga tahun 1996 dan menurun sehingga tahun 2011c) sumbangan sektor ketiga kepada guna tenaga-peratus sumbangan guna tenaga menunjukkan arah aliran yang meningkat dari tahun 1970 hingga tahun 2011
Ketidakstabilan harga komoditi
Peluang pekerjaan
terjejas
Kehausan dan
kepupusan sumber
Merugikan imbangan dagangan
Masalah Pergantungan
Ekonomi Negara kepada Sektor
Utama
Ketidakstabilan Harga Komoditi
• Ketidakstabilan harga komoditi seperti getah dan bijih timah di pasaran dunia menjejaskan sumber pendapatan eksport jika harga eksport jatuh.
• Hal ini demikian kerana permintaan & penawaran komoditi adalah tidak anjal.
• Keadaan tersebut akan membawa kepada pengurangan pendapatan negara & seterusnya menjejaskan pembangunan negara
Peluang Pekerjaan Terjejas
• Pergantungan ekonomi yang keterlaluan pada sektor utama menyebabkan peluang pekerjaan terjejas.
• Hal ini berlaku kerana tingkat pelaburan semakin berkurang. Oleh itu, firma di sektor utama tidak mampu menyerap guna tenaga yang banyak.
• Keadaan ini mewujudkan kadar pengangguran yang tinggi di sektor utama.
Kehausan dan Kepupusan Sumber
• Sumber asli seperti bijih timah tidak boleh diperbaharui atau dicari ganti.
• semakin lama sumber asli diterokai, maka pengeluaran semakin berkurang dan akhirnya akan mengalami kepupusan.
• Keadaan ini tidak menjamin aliran pendapatan yang berterusan.
Merugikan Imbangan Dagangan
• Merugikan perdagangan negara kerana barang perkilangan yang diimport adalah lebih tinggi harganya jika dibandingkan dengan harga barang komoditi utama yang dieskport.
Kesan pergantungan
ekonomi negara kepada sektor
utama dari segi pendapatan negara
Turun naik harga
komoditi
Daya pengeluaran rendah
Peraingan daripada barangan
tiruan
Turun Naik Harga Komoditi
• Harga komoditi bergantung pada permintaan dan penawaran komoditi di pasaran dunia
• Sekiranya permintaan terhadap komoditi adalah tinggi, maka harganya akan meningkat.
• Harga komoditi yang tidak stabil di pasaran menyebabkan pendapatan negara tidak menentu.
• Keadaan tersebut menyukarkan kerajaan merancang perbelanjaan.
Daya Pengeluaran Rendah
• Pergantungan ekonomi pada sektor utama menyebabkan daya pengeluaran yang rendah
• Hal ini menyebabkan jumlah keluaran negara merosot, seterusnya pendapatan negara jatuh
• Di samping itu, daya saing pasaran terjejas kerana kos pengeluaran meningkat.
Persaingan daripada Bahan Tiruan
• Komoditi utama seperti getah dan bijih timah menghadapi persaingan yang hebat daripada barang tiruan yang lebih murah harganya
• Kesannya, permintaan jatuh dan pendapatan negara turut terjejas
Kesan Pergantungan
Ekonomi Negara Kepada Sektor
Utama dari Segi Guna Tenaga
Pelaburan yang kurang
Peningkatan guna tenaga dalam sektor
lain
Penghijrahan penduduk
desa ke bandar
Pelaburan yang Berkurang
• Pelaburan yang kurang menyebabkan perkembangan ekonomi yang lembab.
• Keadaan ini akan mengurangkan daya pengeluaran dan seterusnya pendapatan negara turut terjejas.
Penghijrahan Penduduk Desa ke Bandar
• Kadar upah yang rendah dan tidak menentu menyebabkan banyak penduduk desa berhijrah ke bandar.
• Keadaan ini menimbulkan masalah kekurangan tenaga kerja di sekitar utama iaitu di desa serta mewujudkan lebihan penawaran buruh di bandar.
Peningkatan Guna Tenaga dalam Sektor Lain
• Perkembangan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan mewujudkan banyak peluang pekerjaan baharu dan mendatangkan keuntungan yang tinggi
• Akibatnya, banyak tenaga buruh tertumpu dalam sektor kedua & ketiga & mengakibatkan masalah pembangunan yang tidak seimbang antara sektor ekonomi
Menyediakan peluang
pekerjaan
Membuka dan memajukan tanah yang
baru
Mengurangkan pengaliran
wang ke luar negara
Mengurangkan import bahan
mentah
Kepentingan Sektor Utama
kepada Ekonomi Negara
PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI NEGARA
Sebelum Kemerdekaan
• Ekonomi bergantung sepenuhnya pada sektor utama• Contoh: penanaman getah & perlombongan bijih timah
1960an
• Kerajaan mempelbagaikan ekonomi dengan mempelbagaikan sektor pertanian & mengembangkan sektor perkilangan
• Untuk mengurangkan barang2 import, Dasar Industri Penggantian Import telah diperkenalkan
• Menyebabkan perkembangan industri berasaskan sumber seperti industri memproses makanan & minuman, kasut & getah
1970an
• Penanaman kelapa sawit & lada hitam semakin meningkat, manakala penanaman getah mula merosot.
• Sektor utama masih menjadi tulang belakang ekonomi negara, namun sumbangannya semakin merosot dari segi keluaran & guna tenaga
1980an
• Kerajaan melaksanakan dasar industri berat yang melibatkan teknologi tinggi untuk menjadikan Malaysia negara perindustrian menjelang tahun 2020.
• Contoh industri berat: industri simen, besi, keluli & industri kereta nasional.• Sumbangan sektor utama semakin merosot sebaliknya sektor kedua menyumbang 1/3
kpd KDNK & berjaya mengatasi sektor utama sbg penyumbang kedua terbesar kpd ekonomi negara.
1990an
• Koridor Raya Multimedia (MSC) diperkenalkan untuk memajukan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
• Berlaku peralihan ekonomi dpd yang berasaskan pengeluaran (p-ekonomi) kpd yang berasaskan ilmu ( k-ekonomi)
2000an
• Tumpuan utama diberikan kpd sektor kedua & ketiga, namun kerajaan masih memberi perhatian kpd sektor utama
• Penggunaan ICT amat digalkkan untuk mempertingkatkan daya saing negara.
Langkah mempelbagaikan ekonomi
Kehausan sumber-
sumber asli negara
Galakan industri
penggantian import
Peningkatan dalam
pendapatan & taraf hidup
penduduk
Faktor2 yang mendorong perubahan
struktur ekonomi negara
Langkah Mempelbagaikan Ekonomi
• Langkah kerajaan menjalankan dasar mempelbagaikan ekonomi mendorong perubahan struktur ekonomi.
• Pelbagai galakan dan perlindungan diberikan kepada industri tertentu membantu perkembangan yang pesat dalam sektor perkilangan
Kehausan sumber-sumber asli negara
• Sumber asli seperti bijih timah & petroleum mengalami masalah kehausan dalam jangka panjang kerana sumber tersebut tidak boleh diperbaharui.
• Penerokaan secara berterusan akan menyebabkan sumber tersebut habis atau pupus.
Galakan Industri Penggantian Import
• Kerajaan melaksanakan dasar penggantian import dengan tujuan untuk meningkatkan perkembangan industri berasaskan sumber.
• Aliran keluar pertukaran asing berjaya dijimatkan.
Peningkatan dalam Pendapatan & Taraf Hidup Penduduk
• Perkembangan dalam sektor kedua terutama sektor perkilangan dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
• Pendapatan per kapita masyarakat bertambah dan seterusnya taraf hidup penduduk meningkat.
Pelaburan asing
meningkat
Perkembangan sektor
perkilangan
Perkembangan sektor
perkhidmatan
Peluang pekerjaan meningkat
Pendapatan negara
menigkat
Taraf hidup rakyat
meningkat Kesan Perubahan
Struktur Ekonomi Negara
Pelaburan Asing Meningkat
• Pertambahan pelaburan asing menyebabkan aktiviti ekonomi yang semakin rancak. Kesannya, pertumbuhan ekonomi negara semakin baik.
Perkembangan Sektor Perkilangan
• Pertambahan dalam pelaburan asing menyebabkan banyak kilang dibina seperti kilang elektrik dan elektronik.
• Perkembangan yang pesat dari sektor perkilangan turut mempengaruhi perkembangan teknologi pengeluaran yang moden digunakan.
Perkembangan Sektor Perkhidmatan
• Perkhidmatan sektor perkhidmatan seperti perhotelan & perhubungan meningkatkan pendapatan negara & peluang pekerjaan
• Sektor perkhidmatan meningkatkan khidmat sokongan kepada sektor utama & sektor kedua.
Peluang Pekerjaan Meningkat
• Perubahan struktur ekonomi negara telah meningkatkan peluang pekerjaan dalam negara.
• Masyarakat mempunyai banyak pilihan pekerjaan dalam negara.
Pendapatan Negara Meningkat
• Perubahan dalam struktur ekonomi negara telah meningkatkan penawaran barang.
• Hasil eksport negara telah bertambah berbanding dengan belanja import.
Taraf Hidup Rakyat Meningkat
• Peluang pekerjaan yang banyak menyebabkan pendapatan per kapita meningkat.
• Kuasa beli masyarakat bertambah dan seterusnya taraf hiduppenduduk meningkat.
• Di samping itu, masyarakat dapat menikmati pelbagai kemudahan hasil daripada kepesatan kegiatan ekonomi yang dijalankan.
top related