bagi tahun kewangan berakhir 31 ogos 2014 - · pdf filepenyata kewangan a. penyata untung...
Post on 06-Feb-2018
247 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 2
ISI KANDUNGAN
NO.
TAJUK MUKA SURAT
I. MAKLUMAT TABUNG 3
II. PRESTASI TABUNG 4
III. LAPORAN PENGURUS 7
IV. PENYATA PENGURUS 17
V. PENYATAAN PEMEGANG AMANAH 18
VI. LAPORAN JURUAUDIT 19
VII. PENYATA KEWANGAN
A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21
B. PENYATA PENDAPATAN
KOMPREHENSIF 22
C. PENYATA ALIRAN TUNAI 23
D. NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA
KEWANGAN 24
VIII. ALAMAT PEJABAT-PEJABAT ASNB 34
IX. MAKLUMAT KORPORAT 38
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
3
AMANAH SAHAM WAWASAN 2020
(ASW 2020)
Pemegang-pemegang unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW
2020) yang dihormati, AmanahRaya Trustees Berhad (ART) selaku
Pemegang Amanah dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
selaku Pengurus ASW 2020, dengan sukacitanya membentangkan
Laporan Tahunan ASW 2020 bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos
2014.
I. MAKLUMAT TABUNG
(a) Nama Tabung Amanah Saham Wawasan 2020
(b) Kategori dan Jenis
Tabung
Ekuiti / Pendapatan
(c) Objektif Pelaburan Tabung
Objektif ASW 2020 ialah untuk memberi kadar pulangan yang berpatutan kepada
pemegang-pemegang unit menerusi pelaburan dalam portfolio terpilih yang terdiri daripada pelaburan yang
dibenarkan.
(d) Tahun Kewangan
Berakhir
31 Ogos.
(e) Penanda Aras Tabung
ASW 2020 menggunakan penanda aras Kadar Faedah Pasaran Wang Antara
Bank 3-Bulan (KLIBOR 3-Bulan) bagi tujuan perbandingan prestasinya.
(f) Polisi Pengagihan Pendapatan
Tabung
ASW 2020 akan mengagihkan perolehan daripada pendapatannya, jika ada,
tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan dan kelulusan daripada pemegang amanah.
(g) Pegangan Unit Pada 31 Ogos 2014, seramai 891,334
individu telah menyertai ASW 2020. Pecahan pegangan unit adalah seperti berikut:
Pecahan
Pegangan Unit
Bilangan
Pemegang
Unit
%
Bilangan Unit
Dilanggan
%
5,000 ke bawah 617,166 69.24 642,963,477 3.86
5,001 – 10,000 64,377 7.22 466,919,497 2.80
10,001 – 50,000 153,748 17.25 3,514,987,455 21.07
50,001 – 500,000 52,304 5.87 6,194,481,155 37.14
500,001 ke atas 3,739 0.42 5,859,361,145 35.13
Jumlah 891,334 100.00 16,678,712,729 100.00
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 4
II. PRESTASI TABUNG
(a) Perumpukan Aset
i. Perumpukan Aset Bagi ASW 2020 adalah seperti:
Komponen Aset Dalam Portfolio
Tahun Kewangan Berakhir (%)
31.08.2014 31.08.2013 31.08.2012
Pelaburan di
Pasaran Ekuiti 78.06 71.37 67.37
Pelaburan di
Pasaran Wang dan Lain-lain Aset Bersih
21.94 28.63 32.63
Jumlah 100.00 100.00 100.00
ii. Perumpukan Aset Mengikut Sektor Pada Nilai Pasaran :
Sektor
Berdasarkan Nilai Aset Bersih
Tabung (%)
31.08.2014 31.08.2013 31.08.2012
Pelaburan disebut harga:
Barangan Industri 5.32 4.79 5.53
Barangan Pengguna 3.77 3.42 3.29
Hartanah 1.91 1.08 2.00
Syarikat Projek
Infrastruktur 3.13 3.78 3.97
Kewangan 24.40 19.30 17.11
Pembinaan 3.84 2.74 2.38
Perkhidmatan /Perdagangan
28.77 28.62 25.75
Perladangan 5.07 5.93 6.33
REITs 1.87 1.70 1.00
Waran - 0.01 0.01
Pelaburan di Pasaran Ekuiti
78.06 71.37 67.37
Pelaburan di Pasaran Wang dan Lain-lain Aset Bersih
21.94 28.63 32.63
Jumlah 100.00 100.00 100.00
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
5
iii. Senarai 20 Pelaburan Terbesar Yang Disebut Harga Dari Segi
Peratusan Nilai Pasaran Berbanding Dengan Nilai Aset Bersih Tabung
(b) Maklumat Kewangan
Perbandingan Prestasi Maklumat Kewangan Bagi Tempoh Tiga (3)
Tahun Terdahulu:
Bil Syarikat
Peratusan Dari Nilai
Aset Bersih Tabung (%)
1 Malayan Banking Berhad 9.11
2 Public Bank Berhad 6.82
3 Tenaga Nasional Berhad 4.86
4 Sime Darby Berhad 4.68
5 CIMB Group Holdings Berhad 4.22
6 Petronas Gas Berhad 2.80
7 Axiata Group Berhad 2.75
8 Petronas Dagangan Berhad 2.36
9 Maxis Berhad 2.27
10 Digi.Com Berhad 2.24
11 RHB Capital Berhad 2.18
12 Petronas Chemicals Group Berhad
2.17
13 Telekom Malaysia Berhad 2.10
14 AMMB Holdings Berhad 2.06
15 Gamuda Berhad 2.05
16 UMW Holdings Berhad 2.02
17 Kuala Lumpur Kepong Berhad 1.80
18 IOI Corporation Berhad 1.75
19 MISC Berhad 1.73
20 SapuraKencana Petroleum Berhad 1.45
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 6
Selepas Pengagihan
Pendapatan
Bagi Tahun Kewangan Berakhir
31.08.2014 31.08.2013 31.08.2012
Unit Dalam Edaran
(Juta) 16,892.10 15,857.10 14,877.10
Jumlah Pengagihan
(RM juta) 1,106.30 1,053.80 973.16
Kadar Pengagihan
Pendapatan (sen seunit)
6.60 6.70 6.60
Tarikh Pembayaran 1 Sept 1 Sept 1 Sept
Nisbah Perbelanjaan
Pengurusan (NPP) (%)
2
1.09 1.08 1.09
Nisbah Pusing Ganti Portfolio (NPGP)
(kali)3
0.23 0.20 0.20
Nota:
1. Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (NPP) adalah nisbah di antara jumlah
bayaran pengurusan dan perbelanjaan Unit Amanah yang dikembalikan
dengan purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan dikira
berpandukan asa harian. Purata nilai Unit Amanah untuk tahun
kewangan telah dikira pada kos kerana harga belian dan harga jualan
telah ditetapkan pada RM1.00 seunit. Oleh kerana purata nilai unit
Amanah dikira berasakan kos, perbandingan NPP Unit Amanah dengan
Unit Amanah yang lain yang menggunakan asas yang berlainan tidak
akan memberi perbandingan yang tepat.
2. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (NPGP) dikira berdasarkan kepada
nisbah purata diantara jumlah kos pembelian dan penjualan pelaburan
untuk tahun kewangan, dengan purata nilai Unit Amanah untuk tahun
kewangan, dengan purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan.
Purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan telah dikira pada kos
kerana harga belian dan jualan telah ditetapkan pada RM1.00 seunit.
Oleh kerana purata nilai Unit Amanah dikira berasaskan kos,
perbandingan NPGP Unit Amanah dengan Unit Amanah lain yang
menggunakan asas yang berlainan tidak akan member perbandingan
yang tepat.
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
7
(c) Purata Pulangan Tabung
Purata Pulangan Tahunan bagi ASW 2020 adalah seperti berikut:
Pada 31.08.2014
1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun
Jumlah Purata Pulangan (sen)1 6.60 6.63 6.55
KLIBOR 3-bulan (%)2 3.71 3.37 3.26
Sumber: Novagni
Nota:
1. a) 1 tahun ialah pengagihan pendapatan bagi tahun tersebut.
b) 3 tahun ialah pengagihan pendapatan bagi tahun tersebut ditambah
dengan pengagihan pendapatan bagi 2 tahun sebelumnya dan
dibahagikan dengan 3.
c) 5 tahun ialah pengagihan pendapatan bagi tahun tersebut ditambah
dengan pengagihan pendapatan bagi 4 tahun sebelumnya dan
dibahagikan dengan 5 .
2. Kadar KLIBOR 3-bulan adalah berdasarkann kepada faedah penghujung
bulan.
III. LAPORAN PENGURUS
(a) Pencapaian Objektif Tabung
ASW 2020 telah berupaya mencapai objektif pelaburannya dalam
menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten
kepada pemegang-pemegang unit bagi tahun kewangan berakhir 31
Ogos 2014.
(b) Pengagihan Pendapatan
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2014, ASW 2020 telah
mengagihkan pulangan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit.
Sumber Pendapatan
Tahun Kewangan Berakhir 31 Ogos
2014 2013 2012
(RM juta)
Faedah dan Lain-lain
Pendapatan 227.52 238.06 215.02
Pendapatan Dividen 493.13 428.03 698.45
Keuntungan Ternyata Bersih
Dari Jualan Pelaburan 658.62 624.46 334.63
Jumlah Pendapatan 1,379.28 1,290.55 1,248.10
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 8
(c) Perbandingan Prestasi Pulangan ASW 2020 dengan
Penanda Aras
Tahun Kewangan Berakhir
31 Ogos
2014 2013 2012 2011 2010
Pulangan Pendapatan
(sen)1
6.60 6.70 6.60 6.50 6.35
Penanda Aras (%)2 3.71 3.20 3.20 3.27 2.92
Sumber: Novagni
Nota:
1. Pengagihan pendapatan bagi tahun tersebut.
2. Penanda aras iaitu KLIBOR 3-Bulan adalah berdasarkan kepada
faedah penghujung bulan bagi sesuatu tahun kewangan.
Sila ambil perhatian bahawa Pengurus tidak menjamin pulangan
pelaburan. Pengagihan pendapatan, jika dibayar mungkin turun atau
naik. Prestasi tabung masa lalu tidak semestinya mencerminkan
prestasi masa hadapan.
(d) Perubahan Yang Ketara Terhadap Kedudukan ASW 2020
Dalam Tempoh Kewangan
Pada 3 Julai 2014, saiz tabung yang dibenarkan telah ditingkatkan
dari 17.945 bilion unit kepada 21.983 bilion unit.
(e) Situasi Yang Menjejaskan Kepentingan Pemegang Unit
ASNB dan ASW 2020 tidak mengalami situasi-situasi yang boleh
menjejaskan kepentingan pemegang unit.
(f) Komisyen Ringan
ASNB dan Pengurus Pelaburan tabung unit amanahnya tidak
menerima komisyen ringan daripada broker dan/atau wakil urus
niaga yang dikendalikan untuk unit amanah.
(g) Polisi Pelaburan
Polisi pelaburan ASW 2020 adalah melabur di dalam portfolio
pelaburan yang dipelbagaikan terutamanya ekuiti yang disenaraikan
di Bursa Malaysia, instrumen berpendapatan tetap, instrumen
pasaran wang, tabung pelaburan kolektif dan lain-lain instrumen
pasaran modal, seperti yang tertakluk didalam Suratikatan ASW
2020. ASW 2020 akan melaburkan sehingga 95% dari Nilai Aset
Bersih pada kos dalam ekuiti dan bakinya dalam lain-lain instrumen
pasaran modal. Walau bagaimanapun, ASW 2020 boleh mengambil
strategi defensif mengikut kesesuaian pasaran.
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
9
(h) Strategi Pelaburan Sepanjang Tahun Kewangan
i. Ekuiti
Strategi pelaburan ASW 2020 bagi tahun kewangan berakhir
31 Ogos 2014 telah dilaksanakan dengan perumpukan aset
antara ekuiti dan sekuriti berpendapatan tetap yang difikirkan
wajar dengan purata perumpukan aset sebanyak 70% dalam
ekuiti dan 30% di dalam sekuriti berpendapatan tetap.
Pelaburan ini adalah berdasarkan prospek ekonomi dan
pasaran modal global dan tempatan.
Pelaburan ASW 2020 dalam ekuiti telah ditumpukan kepada
sektor-sektor dan saham-saham syarikat yang mempunyai
asas yang kukuh dan prospek perniagaan yang cerah serta
disokong oleh permintaan domestik yang mampan dan juga
kurang dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi global.
Antara sektor-sektor yang menjadi tumpuan ialah sektor
telekomunikasi, utiliti serta minyak dan gas. Sektor
telekomunikasi memberikan pulangan dividen yang kompetitif
dan stabil manakala sektor utiliti menjadi tumpuan selepas
pengumuman kadar kenaikan tarif elektrik oleh kerajaan dan
juga penstrukturan sektor utiliti. Selain itu, sektor minyak dan
gas menjadi tumpuan disebabkan oleh dasar pelaburan
Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang merancakkan lagi
aktiviti di dalam sektor itu.
Antara saham-saham FBM KLCI yang telah mencatatkan
kenaikan yang tinggi dalam tempoh tinjauan adalah MISC
Berhad (+45.76%), Tenaga Nasional Berhad (+41.81%), RHB
Capital Berhad (+22.59%), Digi.Com Berhad (+21.91%) dan
IHH Healthcare Berhad (+21.70%). Pelaburan ASW 2020 di
dalam saham-saham tersebut telah memberi manfaat dalam
bentuk kenaikan nilai pasaran yang tinggi serta pulangan
dividen yang menarik.
ii. Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Wang Tunai
Sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2014, ASW
2020 telah membuat pelaburan yang lebih dalam pasaran
wang berbanding sekuriti berpendapatan tetap. Ini bagi
membolehkan ASW 2020 berada di dalam aliran tunai yang
secukupnya bagi memasuki pasaran saham pada masa yang
bersesuaian. ASW 2020 turut melabur dalam sekuriti
pendapatan tetap untuk mempelbagaikan pelaburan di
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 10
samping mengurangkan risiko portfolio. Pelaburan dalam
sekuriti pendapatan tetap dilakukan setelah pengurus dana
melakukan analisa kredit. Pelaburan dalam sekuriti
pendapatan tetap mementingkan penarafan kredit sekurang-
kurangnya taraf „BBB‟ yang diberikan oleh RAM Rating
Services Berhad (RAM Ratings) atau setaraf dengannya yang
diberikan oleh agensi penarafan di Malaysia.
(i) Ulasan Pasaran Ekuiti
Pada tahun 2013, ekonomi global berkembang pada kadar 3.0%,
sedikit rendah berbanding dengan pertumbuhan pada kadar 3.2%
yang telah dicatatkan pada tahun 2012 dan 3.5% yang telah
diramalkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Pertumbuhan pada tahun 2013 telah terkesan dengan pertumbuhan
yang lebih perlahan yang direkodkan oleh ekonomi negara-negara
yang sedang pesat membangun berikutan kebalikan aliran modal
yang besar disebabkan oleh perubahan jangkaan pasaran terhadap
pengurangan tahap akomodasi dasar monetari Amerika Syarikat.
Namun begitu, pada tahun yang sama, ekonomi global telah dibantu
oleh prospek yang lebih baik oleh negara-negara maju seperti
Amerika Syarikat serta zon Eropah.
Pada suku pertama 2014, ekonomi Amerika Syarikat telah
menguncup secara tidak diduga disebabkan oleh cuaca sejuk yang
ekstrem, sebelum berkembang semula pada suku kedua 2014
(+4.5%: Suku ketiga 2013, +3.5%: Suku keempat 2013, -2.1%: Suku
pertama 2014, +4.2%: Suku kedua 2014). Bermula pertengahan
tahun 2013 hingga pertengah tahun 2014, kadar inflasi adalah stabil
pada paras 1-2%. Pasaran kerja juga telah bertambah baik apabila
kadar pengangguran turun daripada 7.3% pada Julai 2013 kepada
6.2% pada Julai 2014. Selain itu, sektor pengeluaran dan servis juga
telah menunjukkan kemajuan apabila kedua-dua Purchasing
Manager Indices (PMI) oleh Institute of for Supply Management
(ISM) bagi pengeluaran dan servis telah berada pada paras lebih
daripada 50 secara konsisten. Bank Pusat (Federal Reserve) telah
mula mengurangkan pembelian bon pada Januari 2014 dan kini
pembelian bon telah berkurang daripada USD85 bilion kepada
USD25 bilion. Perlonggaran kuantitatif 3 (QE3) dijangka akan tamat
pada penghujung tahun 2014. Tindakan ini menunjukkan keyakinan
kerajaan Amerika Syarikat terhadap ekonomi di masa hadapan.
Ekonomi zon Eropah pula mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.7%
pada suku kedua 2014 berbanding +0.9% pada suku pertama 2014,
+0.5%: suku keempat 2013 dan -0.3% pada suku ketiga 2013 (2013:
0.4%). Dari Ogos 2013 hingga Ogos 2014, kadar inflasi telah
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
11
mengalami penurunan ke paras kurang dari 1%. Manakala pasaran
kerja juga tidak menampakkan kemajuan walaupun kadar
pengangguran telah menurun dari 11.9% pada Julai 2013 ke 11.5%
pada Julai 2014. Ekoran kadar inflasi yang lemah dan kadar
pengangguran yang masih tinggi, Bank Pusat Eropah (ECB) telah
menurunkan kadar pinjaman daripada 0.5% kepada 0.25% pada
November 2013. Pada Jun 2014, ECB telah menurunkan kadar
pinjaman sekali lagi daripada 0.25% ke 0.15% sebelum
menurunkannya lagi kepada 0.05% pada September 2014.
Sementara itu, ekonomi negara Jepun pula telah menghadapi faktor
luaran dan dalaman yang mencabar apabila ekonominya menguncup
pada kadar -6.8% pada suku kedua 2014 (+6.1%: suku pertama
2014, -0.2%: suku keempat 2013, +1.4%: suku ketiga 2013.
Perkembangan pesat pada suku pertama 2014 adalah berikutan
pembelian „big ticket items‟ di saat-saat akhir sebelum perlaksanaan
kenaikan cukai jualan daripada 5% ke 8% bermula 1 April 2014.
Ekonomi Jepun telah berkembang pada kadar 1.6% pada tahun
2013. Daripada Julai 2013 hingga Julai 2014, kadar inflasi telah
meningkat daripada 0.7% ke 3.4%. Ini adalah berikutan polisi
ekonomi yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Shinzo Abe
yang dikenali sebagai „abenomics‟ dimana pelan reformasi struktur
telah dilakukan secara gradual. Pada Jun 2014, kerajaan telah
mengumumkan langkah-langkah untuk menurunkan kadar cukai
korporat kepada paras kurang daripada 30% dalam tempoh
beberapa tahun.
Bagi negara China pula, untuk suku kedua 2014, ekonomi negara itu
berkembang lebih perlahan dari tahun 2013, pada kadar 7.5%
(+7.4%: suku pertama 2014, +7.7%: suku keempat 2013, +7,8%:
suku ketiga 2013). Kebimbangan terhadap kemerosotan ekonomi
telah membawa kepada pengumuman beberapa rangsangan pada
tahun 2014. Rangsangan ini termasuk beberapa langkah untuk
mereformasi ekonomi seperti pemansuhan polisi seorang anak
sebuah keluarga dan rancangan bagi mengliberalisasi jual beli yuan.
Sementara itu, bacaan HSBC PMI mencatatkan kemerosotan
dibawah paras 50 daripada Januari hingga Mei 2014. Namun begitu,
terdapat tanda-tanda pemulihan dalam sektor pengeluaran China
apabila HSBC PMI naik daripada 49.4 kepada 50.7 pada Jun 2014.
Ekonomi Malaysia terus berkembang pada kadar 6.4% pada suku
kedua 2014 berbanding 6.2% pada suku pertama 2014.
Pertumbuhan ini didorong oleh pertumbuhan permintaan dalam
negeri yang kukuh serta pemulihan dalam sektor eksport. Bagi
mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara, kerajaan Malaysia
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 12
telah mengumumkan pelarasan subsidi bermula dengan
pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen pada 3 September
2013. Untuk tahun 2014, sebanyak RM3.3 bilion diunjurkan akan
diperolehi daripada penjimatan susulan daripada pelarasan subsidi
tersebut. Kadar inflasi telah mencatatkan pertumbuhan daripada
1.9% pada September 2013 hingga 3.5% pada Februari dan Mac
2014 dan mula stabil dar Mac ke Julai 2014. Ini menunjukkan kesan
pelarasan subsidi oleh kerajaan termasuk pengurangan subsidi
bahan api dan kenaikan tarif elektrik telah mula menyusut. Selain itu,
pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (Goods and Service
Tax, GST) bermula pada 1 April 2015 bagi menggantikan cukai
jualan dan cukai perkhidmatan telah diumumkan oleh Perdana
Menteri dalam pembentangan Bajet 2014. Langkah ini dapat
meningkatkan keyakinan para pelabur serta agensi penarafan
antarabangsa terhadap kedudukan kewangan dan kemantapan
ekonomi negara.
Separuh pertama 2014 mencatatkan permulaan yang sederhana
bagi pasaran-pasaran saham serata dunia, di mana Indeks MSCI
World hanya mencatat kenaikan sebanyak 5.0%, lebih rendah
berbanding 7.1% kenaikan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Namun begitu, Indeks MSCI Eropah dan Indeks MSCI Asia ex-
Japan telah meningkat pada tahun ini, mencatat pertumbuhan yang
lebih tinggi pada 3.3% dan 5.1% berbanding prestasi yang kurang
baik tahun lepas iaitu -0.7% dan -7.0% masing-masing. Walaupun
Indeks MSCI Asia ex-Japan mencatat kenaikan lebih tinggi pada
separuh pertama 2014, KOSPI Korea Selatan, SSE China dan Hang
Seng Hong Kong mencatat kerugian berbanding Taiwan TWSE yang
mencatat kenaikan sebanyak 9.1%. Manakala, indeks U.S DJIA dan
indeks Nikkei225 hanya mampu mencatat untung sebanyak 1.5%
dan rugi sebanyak 6.9% berbanding prestasi yang sangat
memberangsangkan pada tahun 2013 sebanyak 13.8% dan 31.6%
masing-masing.
Bagi tempoh tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2014, penanda aras
utama Bursa Malaysia iaitu Financial Times Bursa Malaysia Kuala
Lumpur Composite Index (FBM KLCI) telah mencatatkan
peningkatan sebanyak 138.53 mata atau 8.02% untuk ditutup pada
1,866.11 mata pada 29 Ogos, 2014, berbanding 1,727.58 mata yang
dicatatkan pada 30 Ogos, 2013. Bagi tempoh yang sama, FBM KLCI
telah mencatat paras tertinggi 1,892.65 mata pada 8 Julai, 2014,
manakala paras terendah 1,716.76 mata dicatatkan pada 4
September, 2013. Semua penanda aras sektor di dalam pasaran
saham Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan sejajar dengan
prestasi positif FBM KLCI. Sektor teknologi mencatatkan kenaikan
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
13
tertinggi sebanyak 51.04% manakala sektor perladangan pula
mencatatkan kenaikan sebanyak 3.96%. Antara saham-saham FBM
KLCI yang telah mencatatkan kenaikan yang tinggi dalam tempoh
tinjauan adalah MISC Berhad (+45.76%), Tenaga Nasional Berhad
(+41.81%), RHB Capital Berhad (+22.59%), Digi.Com Berhad
(+21.91%) dan IHH Healthcare Berhad (+21.70%). Pelaburan ASW
2020 di dalam saham-saham tersebut telah memberi manfaat dalam
bentuk kenaikan nilai pasaran yang tinggi serta pulangan dividen
yang menarik.
(j) Ulasan Pasaran Wang dan Kadar Faedah
Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC)
telah memutuskan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman
(Overnight Policy Rate, OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25%
pada 10 Julai, 2014 berdasarkan prospek pertumbuhan ekonomi
yang kukuh dan kadar inflasi yang dijangka kekal melebihi kadar
purata jangka panjangnya. Pelarasan terhadap tahap dasar monetari
yang akomodatif ini juga bertujuan mengurangkan risiko
ketidakseimbangan ekonomi dan kewangan yang lebih luas yang
boleh menjejaskan prospek pertumbuhan jangka panjang ekonomi
Malaysia. Meskipun OPR lebih tinggi, keadaan monetari terus kekal
menyokong aktiviti ekonomi.
Ringgit dan kebanyakan mata wang serantau lain bertambah nilai
berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (USD). Ini berikutan
prospek pertumbuhan serantau yang kukuh dan dasar monetari yang
sangat akomodatif dan berterusan di Amerika Syarikat yang telah
mengekalkan minat pelabur terhadap pasaran kewangan serantau.
Sentimen positif susulan pengumuman data ekonomi dalam negara
yang lebih baik daripada jangkaan, terutamanya pertumbuhan
ekonomi yang mampan dan kadar pertumbuhan eksport yang lebih
kukuh juga menyokong ringgit. Hasil daripada itu, kadar bagi sekuriti
kerajaan Malaysia 10 Tahun tidak menentu dengan penurunan
sebanyak 13 mata asas dari tempoh Ogos 2013 (4.05%) sehingga
Ogos 2014 (3.92%). Namun begitu, pasaran sekuriti hutang swasta
adalah kurang sensitif terhadap pasaran luar berubah-ubah
disebabkan oleh pegangan asing yang rendah dan sokongan
institusi-institusi domestik.
(k) Prospek Ekonomi dan Pasaran Saham
Pada keseluruhannya, prospek ekonomi global dijangka berada
dalam keadaan lebih baik pada tahun 2014 berbanding tahun
sebelumnya. Berdasarkan laporan Tabung Kewangan Antarabangsa
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 14
(International Monetary Fund, IMF) April 2014, IMF mengunjurkan
pertumbuhan ekonomi dunia pada kadar yang lebih tinggi bagi tahun
2014, iaitu sebanyak 3.6% sebelum meningkat ke 3.9% pada 2015,
didorong oleh pemulihan ekonomi negara maju yang semakin
meningkat seperti di Amerika Syarikat daripada 1.9% pada tahun
2013 kepada 2.8% pada tahun 2014, United Kingdom daripada 1.8%
pada tahun 2013 kepada 2.9% pada tahun 2014 dan Kesatuan
Eropah daripada -0.5% pada tahun 2013 kepada 1.2% pada tahun
2014. Pertumbuhan ekonomi negara-negara membangun untuk 2014
juga dijangka lebih baik pada kadar 4.9% berbanding 4.7% untuk
tahun 2013, disokong oleh permintaan yang tinggi dari negara maju.
Ekonomi negara China dijangka akan berkembang lebih perlahan
pada kadar 7.5% pada tahun 2014 berbanding 7.7% pada tahun
2013, di mana kerajaannya sedang mengekang pertumbuhan hutang
dan melaksanakan pembaharuan ekonomi yang akan mengubah
struktur ekonomi kepada lebih seimbang dan tidak terlalu bergantung
kepada eksport.
Risiko kepada pertumbuhan global masih wujud dalam bentuk deflasi
dan kadar pertumbuhan rendah yang berlarutan di Kesatuan Eropah
dan Jepun. Penarikan balik dasar pelonggaran kuantitatif yang
dijangka akan berakhir pada tahun 2014 serta kenaikan kadar faedah
di Amerika Syarikat mulai tahun 2015 akan mengakibatkan
pengaliran keluar modal yang berterusan daripada negara-negara
membangun yang boleh menggugat kestabilan pasaran modal
serantau dan global secara keseluruhannya.
Bagi ekonomi Malaysia, pertumbuhan akan terus dipacu oleh
permintaan dalam negeri yang kukuh di mana aktiviti pelaburan
domestik dan penggunaan swasta yang rancak dijangka akan
menyokong pertumbuhan pada tahun 2014 dengan pelaksanaan
projek-projek di bawah ETP terutamanya sektor-sektor pembinaan,
serta projek minyak dan gas. Eksport dijangka akan terus meningkat
hasil daripada pemulihan ekonomi negara maju dan persekitaran
luaran yang bertambah baik. Melangkah ke hadapan, ekonomi
Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar antara 4.5% dan 5.5%
bagi tahun 2014 (Sumber: Bank Negara Malaysia, BNM).
Untuk tahun 2014, pasaran saham tempatan dijangka akan
dipengaruhi oleh ketidakpastian yang berterusan mengenai dasar
monetari di negara maju serta perkembangan geopolitik terutamanya
di Asia Barat. Namun begitu, ekonomi negara yang stabil dan kukuh
akan menarik minat dan mengekalkan keyakinan pelabur dalam
pasaran saham tempatan yang disokong oleh kecairan domestik
yang tinggi daripada pelabur institusi seperti syarikat pelaburan
berkaitan kerajaan (Government Linked Investment Companies,
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
15
GLIC). Menurut konsensus firma-firma broker, FBM KLCI dijangka
akan mencatatkan sedikit peningkatan untuk ditutup pada 1,935
mata bagi tahun 2014.
Peningkatan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR)
yang seterusnya dijangka akan berlaku pada suku keempat tahun
2014 atau suku pertama tahun 2015 (kali terakhir peningkatan
adalah pada 10 Julai, 2014 kepada kadar 3.25%). Ini adalah sejajar
dengan prestasi ekonomi dalam negara yang mengalami
pertumbuhan secara keseluruhan dan pemulihan ekonomi negara
maju secara beransur-ansur. Prospek pertumbuhan yang kukuh dan
inflasi yang kekal melebihi kadar purata jangka panjang dijangka
mendorong BNM mengambil keputusan untuk menyelaraskan tahap
akomodasi monetari.
Bagi pasaran bon pula, kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia
dijangka akan meningkat selaras dengan kenaikan kadar dasar
semalaman dan aliran keluar oleh pelabur asing secara berperingkat
ekoran daripada keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat
untuk mengurangkan kadar pembelian bon mulai Januari 2014.
Namun begitu, momentum ini mungkin dikurangkan dengan langkah-
langkah liberalisasi pasaran bon yang diumumkan oleh Perdana
Menteri yang akan memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada
syarikat untuk menerbitkan bon bagi tempoh terbitan yang lebih
singkat dan kos yang lebih rendah yang akan memberi petanda baik
bagi pasaran bon di masa hadapan.
Pasaran wang, Ringgit dijangka mengukuh selaras dengan pendirian
dasar akomodatif. BNM juga akan terus memastikan keadaan
pasaran ringgit kekal teratur di tengah-tengah keadaan
perkembangan ekonomi global dan akan terus memantau peralihan
dalam kecairan global yang merupakan pengaruh utama bagi mata
wang tempatan.
(l) Strategi Pelaburan Masa Hadapan
i. Ekuiti
Bagi tahun kewangan berikutnya, strategi pelaburan ASW 2020
adalah untuk memberi fokus kepada saham-saham di dalam
sektor-sektor yang dijangka dapat memberikan pulangan yang
baik, disamping mengekalkan perumpukan aset yang aktif.
Pelaburan ASW 2020 dalam ekuiti akan ditumpukan kepada
saham-saham syarikat yang mempunyai fundamental yang
kukuh berdasarkan prospek ekonomi, prestasi syarikat dan juga
tema pelaburan semasa. Sektor-sektor tersebut termasuklah
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 16
sektor minyak dan gas yang mempunyai prospek perniagaan
yang cerah dan kukuh dan juga sektor utiliti yang dijangka akan
mendapat kesan positif selepas pengumuman kadar kenaikan
tarif elektrik oleh kerajaan dan juga penstrukturan sektor utiliti.
Untuk mengekalkan keseimbangan antara pertumbuhan dan
pulangan dividen yang menarik, pengurusan ASW 2020 akan
turut memberi fokus kepada sektor-sektor dan saham-saham
yang mempunyai prospek dividen yang tinggi dan diniagakan
dibawah harga wajar seperti sektor telekomunikasi dan sektor
Dana Pelaburan Hartanah (REIT). Di samping itu, pengurusan
ASW 2020 akan sentiasa mengambil peluang untuk menjual
saham-saham yang sudah mencapai nilai penuh pada tahap
pasaran yang menguntungkan.
ii. Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Wang Tunai
Untuk mempelbagaikan aset di dalam portfolio, ASW 2020 akan
turut melabur di dalam sekuriti berpendapatan tetap dan
pasaran wang. Pelaburan dalam sekuriti berpendapatan tetap
dan pasaran wang dibuat dengan pemilihan instrumen -
instrumen yang bermutu seperti sekuriti hutang swasta jangka
masa sederhana dan sekuriti Islam berpendapatan tetap,
dengan mengambil kira faktor-faktor seperti perolehan, kecairan,
tempoh matang dan juga kupon yang berpatutan dengan risiko
yang ditanggung oleh ASW 2020.
Dalam pasaran bon, risiko utama adalah apabila BNM
mengetatkan dasar monetari. BNM menyasarkan OPR
sebanyak 3.50% menjelang tahun 2015 dan ini akan memberi
impak kepada kadar risiko yang mampu dipegang oleh
pengurus-pengurus dana. Tekanan inflasi juga akan menyusut
nilai bon dalam portfolio.
Bagi mengurangkan sensitiviti perubahan kadar semasa kepada
portfolio sekuriti berpendapatan tetap ASW 2020, tabung akan
membuat pelaburan dengan durasi jangka sederhana bagi
megurangkan kesan kenaikan kadar faedah agar selaras
dengan objektif tabung.
Pengurus ASW 2020 akan sentiasa mengkaji semula strategi
pelaburan secara berkala dan mengikut keperluan semasa bagi
mengekalkan keupayaan ASW 2020 untuk mengagihkan kadar
pengagihan pendapatan yang kompetitif kepada pemegang-
pemegang unit dan mengekalkan modal jangka panjang dengan
mengambilkira keadaan ekonomi dan juga persekitaran
pelaburan yang sentiasa berubah.
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
17
AMANAH SAHAM WAWASAN 2020
PENYATA PENGURUS
Kepada Pemegang-Pemegang Unit
AMANAH SAHAM WAWASAN 2020
Kami, sebagai Pengarah kepada AMANAH SAHAM NASIONAL
BERHAD, iaitu Pengurus kepada AMANAH SAHAM WAWASAN
2020 (“Unit Amanah”), dengan ini menyatakan bahawa pada
pendapat Pengurus, penyata kewangan bagi Unit Amanah pada
tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2014, berserta dengan nota-nota
yang dikepilkan padanya telah disediakan dengan wajar menurut
Piawaian Laporan Kewangan Malaysia yang telah diubahsuai
mengikut preskripsi khusus yang telah diterbitkan oleh Suruhanjaya
Sekuriti Malaysia seperti yang dinyatakan pada nota 2 laporan
penyata kewangan dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah
Suruhanjaya Sekuriti berkenaan di Malaysia, setelah mengambilkira
pengecualian yang telah diberikan kepada AMANAH SAHAM
WAWASAN 2020 bagi memberikan gambaran yang benar dan
saksama mengenai kedudukan kewangan Unit Amanah pada 31
Ogos 2014, dan keputusan serta aliran tunai bagi tahun kewangan
berakhir pada tarikh tersebut.
Ditandatangani bagi pihak AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD
selaku Pengurus kepada AMANAH SAHAM WAWASAN 2020,
menurut resolusi para Pengarah bertarikh 7 Oktober 2014.
TUN AHMAD SARJI
BIN ABDUL HAMID
Pengerusi
TAN SRI DATO’ SRI HAMAD KAMA PIAH
BIN CHE OTHMAN
Pengarah
Kuala Lumpur, Malaysia
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 18
AMANAH SAHAM WAWASAN 2020
PENYATAAN PEMEGANG AMANAH BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
Kepada Pemegang-Pemegang Unit
AMANAH SAHAM WAWASAN 2020
Kami, AMANAHRAYA TRUSTEE BERHAD telah bertindak selaku
Pemegang Amanah kepada AMANAH SAHAM WAWASAN 2020
bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2014. Pada pendapat kami,
AMANAH SAHAM WAWASAN 2020, selaku Pengurus telah
mengurus AMANAH SAHAM WAWASAN 2020 selaras dengan had-
had kuasa pelaburan yang diberikan kepada Pengurus dan
Pemegang Amanah mengikut Suratikatan, lain-lain peruntukan
Suratikatan, Garispanduan Tabung Unit Amanah yang diterimapakai,
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan undang-undang
lain yang berkuatkuasa dengan mengambil kira segala pengecualian
yang telah diberikan kepada AMANAH SAHAM WAWASAN bagi
tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2014.
Kami juga berpendapat bahawa:
(a) prosedur dan proses yang digunakan oleh Pengurus untuk
menilai dan/ atau menentukan harga unit AMANAH SAHAM
WAWASAN 2020 adalah mencukupi dan penilaian/ penentuan
harga adalah dibuat selaras dengan Suratikatan dan mana-
mana kehendak kawalseliaan.
(b) penjadian unit dilaksanakan adalah selaras dengan Suratikatan,
Garispanduan dan lain-lain peruntukan undang-undang
berkaitan; dan
(c) pengagihan kepada pemegang-pemegang unit AMANAH
SAHAM WAWASAN 2020 sepertimana yang diisytiharkan oleh
Pengurus adalah selaras dengan objektif pelaburan AMANAH
SAHAM WAWASAN 2020.
Yang benar,
AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD
HABSAH BINTI BAKAR
Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur, Malaysia 15 Oktober 2014
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
19
LAPORAN JURUAUDIT BEBAS KEPADA
PEMEGANG-PEMEGANG UNIT
AMANAH SAHAM WAWASAN 2020
Laporan penyata kewangan
Kami telah mengaudit penyata kewangan Amanah Saham Wawasan
2020 ("Unit Amanah"), yang mengandungi Penyata Untung atau Rugi,
Pendapatan Komprehensif dan Penyata Aliran Tunai bagi tahun
kewangan berakhir pada tarikh tersebut, dan rumusan dasar-dasar
perakaunan dan lain-lain nota keterangan yang dibentangkan pada
muka surat 21 hingga 33.
Tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah terhadap Laporan
Kewangan
Pengurus adalah bertanggungjawab ke atas penyediaan penyata
kewangan berdasarkan Piawaian Laporan Kewangan Malaysia
(Malaysian Financial Reporting Standards - MFRSs) di Malaysia
disesuaikan mengikut preskripsi khusus yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia pada nota 2 laporan penyata
kewangan ("the SC Prescriptions") dan Garis Panduan Tabung Unit
Amanah. Tanggungjawab ini termasuk: penyediaan, perlaksanaan dan
mengekalkan kawalan dalaman berkaitan penyediaan dan
persembahan yang saksama penyata kewangan, yang bebas dari
kesilapan yang material, samada disebabkan kesilapan atau pecah
amanah; memilih dan melaksanakan polisi perakaunan yang
bersesuaian; dan membuat anggaran perakaunan yang bersesuaian
berdasarkan situasi semasa. Pemegang Amanah adalah
bertanggungjawab untuk memastikan Pengurus menyimpan rekod
perakaunan dan lain-lain rekod yang diperlukan untuk persembahan
penyata kewangan yang saksama.
Tanggungjawab Juruaudit
Tanggungjawab kami ialah untuk menyatakan pendapat mengenai
penyata kewangan tersebut, berdasarkan audit kami. Kami telah
menjalankan audit menurut Piawaian Pengauditan berkenaan yang
diluluskan di Malaysia. Piawaian tersebut memerlukan kami
merancang dan melaksanakan audit untuk mendapat kepastian yang
munasabah sama ada penyata kewangan ini bebas dari kesilapan
yang material.
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 20
Audit merangkumi pelaksanaan prosedur-prosedur bagi memperoleh
bukti yang menyokong jumlah dan pendedahan di dalam penyata
kewangan. Prosedur-prosedur yang dipilih adalah berdasarkan
kepada pertimbangan kami, termasuk penilaian keatas risiko kesilapan
yang material pada penyata kewangan; sama ada disebabkan oleh
pecah amanah atau kesilapan. Dalam membuat penilaian risiko
terbabit, kami mengambil kira kawalan dalaman yang relevan kepada
penyediaan dan persembahan yang saksama Unit Amanah, tetapi
bukan bertujuan untuk menyatakan pendapat terhadap keberkesanan
kawalan dalaman Unit Amanah. Audit juga termasuk menilai prinsip-
prinsip perakaunan yang digunakan dan anggaran-anggaran penting
yang dibuat oleh Pengurus Unit Amanah, di samping menilai
gambaran keseluruhan yang diberikan oleh penyata kewangan.
Kami percaya bahawa audit kami telah memberikan asas yang
munasabah untuk menyatakan pendapat kami.
Pendapat
Pada pendapat kami, penyata kewangan tersebut telah disediakan
dengan wajar menurut Piawaian Laporan Kewangan Malaysia,
preskripsi khusus Suruhanjaya Sekuriti dan Garis Panduan Tabung
Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia, kecuali untuk
pengecualian yang telah diberikan oleh Suruhanjaya Sekuriti, bagi
memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai
kedudukan kewangan Unit Amanah pada 31 Ogos 2014 dan prestasi
kewangannya, penyata perubahan dalam ekuiti serta aliran tunai bagi
tahun berakhir pada tarikh tersebut.
Lain-lain Perkara
Laporan ini disediakan hanya kepada pemegang-pemegang unit Unit
Amanah, sebagai sebuah badan, dan tanpa tujuan lain. Kami tidak
mempunyai tanggungjawab kepada pihak-pihak lain terhadap
kandungan laporan ini.
Hanafiah Raslan & Mohamad Ahmad Zahirudin Abdul Rahim
AF: 0002
No. 2607/12/14(J) Akauntan Bertauliah Akauntan Bertauliah
Kuala Lumpur, Malaysia
7 Oktober 2014
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
21
AMANAH SAHAM WAWASAN 2020
A: PENYATA UNTUNG ATAU RUGI
BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
Nota 31.08.2014
RM
31.08.2013
RM
PENDAPATAN
Pendapatan faedah
Pendapatan dividen
Keuntungan ternyata daripada
jualan pelaburan
227,522,360
493,134,117
658,624,624
238,062,253
428,026,943
624,461,604
1,379,281,101 1,290,550,800
PERBELANJAAN
Yuran pengurusan
Yuran pemegang amanah
Ganjaran juruaudit
Yuran ejen cukai
Perbelanjaan pentadbiran
5
6
178,430,500
500,000
24,000
3,000
15,934,368
167,388,900
500,000
24,000
3,000
13,551,451
194,891,868 181,467,351
PENDAPATAN BERSIH
SEBELUM CUKAI
1,184,389,233
1,109,083,449
CUKAI 7 - -
PENDAPATAN BERSIH
SELEPAS CUKAI
1,184,389,233
1,109,083,449
Pengagihan pelaburan
8
1,106,297,318
1,053,802,669
Pengagihan kasar dan
bersih seunit
6.60 sen
6.70 sen
Tarikh pengagihan 1 September
2014
1 September
2013
Pendapatan bersih selepas
cukai terdiri daripada
berikut:
Ternyata 1,184,389,233 1,109,083,449
Tidak Ternyata - -
1,184,389,233 1,109,083,449
Nota-nota yang dilampirkan merupakan sebahagian daripada penyata ini.
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 22
AMANAH SAHAM WAWASAN 2020
B: PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF
BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
Nota-nota yang dilampirkan merupakan sebahagian daripada penyata ini.
Nota 31.08.2014
RM
31.08.2013
RM
PENDAPATAN BERSIH
SELEPAS CUKAI
1,184,389,233 1,109,083,449
Lain-lain pendapatan
komprehensif - -
JUMLAH PENDAPATAN
KOMPREHENSIF BAGI
TAHUN KEWANGAN
1,184,389,233 1,109,083,449
Jumlah pendapatan
komprehensif terdiri daripada
berikut:
Ternyata 1,184,389,233 1,109,083,449
Tidak ternyata - -
1,184,389,233 1,109,083,449
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
23
AMANAH SAHAM WAWASAN 2020
C: PENYATA ALIRAN TUNAI
BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
Nota-nota yang dilampirkan merupakan sebahagian daripada penyata ini.
31.08.2014
RM
31.08.2013
RM
ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI
OPERASI DAN PELABURAN
Perolehan daripada penjualan
pelaburan
Pembelian pelaburan
Pendapatan faedah diterima
Pendapatan dividen diterima
Pembayaran yuran pengurusan
Pembayaran yuran pemegang amanah
Pembayaran lain-lain perbelanjaan
Cukai dikembalikan
3,374,541,464
(4,606,146,908)
255,089,807
457,871,801
(178,430,500)
(500,000)
(15,856,617)
-
3,082,405,104
(4,258,711,209)
217,199,390
427,111,867
(167,388,900)
(500,000)
(13,890,300)
54,709,127
Tunai bersih digunakan dalam aktiviti
operasi dan pelaburan (713,430,953) (659,064,921)
ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI
PEMBIAYAAN
Tunai diterima daripada penjadian unit
Pengagihan dibayar
1,035,000,000
(1,053,802,669)
980,000,000
(973,156,347)
Tunai bersih (dihasilkan)/ digunakan
dalam aktiviti pembiayaan (18,802,669) 6,843,653
PENGURANGAN BERSIH
DALAM TUNAI DAN
PERSAMAAN TUNAI
(732,233,622)
(652,221,268)
TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI
PADA AWAL TAHUN 3,582,647,616 4,234,868,884
TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI
PADA AKHIR TAHUN 2,850,413,994 3,582,647,616
TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI
TERDIRI DARIPADA:
Tunai di bank
Deposit dengan institusi kewangan
Tolak: Deposit dengan tempoh matang
melebihi 3 bulan
1,545,123
3,979,560,533
(1,130,691,662)
1,875,885
5,174,632,479
(1,593,860,748)
2,850,413,994 3,582,647,616
AMANAH SAHAM WAWASAN 2020
D: NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN – 31
OGOS 2014
1. UNIT AMANAH, PENGURUS DAN KEGIATAN-KEGIATAN
UTAMA
AMANAH SAHAM WAWASAN 2020 (berikutnya dirujuk sebagai
“Unit Amanah”) ditubuhkan selaras dengan perlaksanaan
Suratikatan bertarikh 14 Ogos 1996, antara Pengurus, Amanah
Saham Nasional Berhad (“ASNB”), Pemegang Amanah, Amanah
Raya Berhad serta Pemegang Unit Berdaftar Unit Amanah.
Kegiatan utama Unit Amanah ialah melabur dalam “Pelaburan
Dibenarkan” seperti yang didefinasikan di bawah Klausa 1
Suratikatan. “Pelaburan Dibenarkan” termasuk pelaburan jangka
pendek dan ekuiti, saham atau debentur syarikat yang
disenaraikan di mana-mana bursa saham atau mana-mana
syarikat yang disyorkan oleh Pengurus dan dipersetujui oleh
Pemegang Amanah. Unit Amanah ini mula beroperasi pada 2
September 1996, dan akan meneruskan operasinya sehingga
ditamatkan oleh Pemegang Amanah seperti yang diperuntukkan di
bawah Klausa 23 Suratikatan.
ASNB adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia
dan dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad
(“PNB”). Kegiatan utama ASNB ialah mengurus unit amanah.
PNB ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia.
Kegiatan utama Syarikat ialah membeli dan memegang saham
untuk meningkatkan hak milik pegangan modal saham oleh
masyarakat Bumiputera di dalam sektor korporat di Malaysia. PNB
telah dilantik sebagai Pengurus Pelaburan bagi Unit Amanah di
bawah Perjanjian Pengurusan Pelaburan bertarikh 14 Mei 2001.
Penyata kewangan ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah
ASNB untuk diterbit menurut resolusi para Pengarah pada 7
Oktober 2014.
2. ASAS PENYEDIAAN
Penyata kewangan ini telah disediakan mengikut rangka kerja
Perangkaan Piawaian Laporan Kewangan Malaysia ("MFRS")
yang diubahsuai mengikut preskripsi khusus yang diterbitkan oleh
Suruhanjaya Sekuriti dan Garispanduan Tabung Amanah
Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia, kecuali bagi pengecualian
tertentu sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Suruhanjaya Sekuriti telah mengeluarkan preskripsi khusus di
mana Permodalan Nasional Berhad ("PNB") dan unit amanah
berharga tetap yang diuruskan oleh PNB dikecualikan daripada
tetapi dibenarkan untuk mengguna pakai MFRS 139 Financial
Instruments dan MFRS 7 Financial Instruments Disclosures.
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 24
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
25
2. ASAS PENYEDIAAN (SAMB.)
Berdasarkan preskripsi diberikan, Unit Amanah telah memilih
untuk tidak menggunapakai MFRS 139 dalam perakaunan bagi
instrumen kewangan dan MFRS 7 bagi tujuan pendedahan yang
berkaitan dengan instrumen kewangan. Dasar Unit Amanah bagi
perakaunan bagi instrumen kewangan dinyatakan dalam Nota 3(a).
Syarikat dengan tempoh kewangan bermula pada atau selepas 1
Januari 2013 adalah tertakluk kepada MFRSs yang baru dan telah
disemak semula tanpa memberi kesan kepada penyata kewangan
Amanah , kecuali seperti yang dinyatakan di bawah:
MFRS 13 Fair Value Measurement
MFRS 13 menetapkan satu garis panduan dibawah MFRS untuk
semua pengukuran nilai saksama. MFRS 13 tidak mengubah
bagaimana entiti dikehendaki untuk menggunakan nilai saksama,
tetapi menyediakan garis panduan bagi mengukur nilai saksama di
bawah MFRS. MFRS 13 mendefinisikan nilai saksama sebagai
'exit price'. Menggunapakai MFRS 13 tidak memberi sebarang
kesan ke atas penyata kududukan kewangan, prestasi dan
penyata aliran tunai selain daripada pendedahan tambahan ke
atas nilai saksama dalam penyata kewangan.
Piawaian yang diterbitkan tetapi belum dikuatkuasa
Berikut merupakan Piawaian, Pindaan dan Tafsiran Jawatankuasa
Isu-isu ("IC") yang telah diterbitkan oleh Malasian Accounting
Standards Board ("MASB") tetapi masih belum dikuatkuasakan
dan belum digunapakai oleh Unit Amanah.
Berkuatkuasa bagi tempoh kewangan bermula pada atau
selepas 1 Januari 2014
Pindaan bagi MFRS 132 Financial Instruments: Presentation -
Offsetting Financial Assets and Financial Liabilities
Pindaan bagi MFRS 10, MFRS12 dan MFRS 127 Investment Entities*
* MFRS, Pindaan dan Tafsiran Jawatankuasa Isu-isu ini tidak
berkaitan dengan Unit Amanah.
Unit Amanah merancang untuk menggunapakai pindaan di atas
apabila ianya menjadi efektif. Pindaan ini dijangka tidak memeberi
kesan yang ketara kepada penyata kewangan Unit Amanah
apabila digunakan buat pertama kali.
3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING
(a) Instrumen Kewangan
Aset dan liabiliti kewangan di dalam penyata kedudukan kewangan,
merangkumi sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak
disebut harga, sekuriti modal bercantum, skim pelaburan kolektif
tidak disenaraikan, saham disebut harga, instrumen pasaran
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 26
3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.)
(a) Instrumen Kewangan (samb.)
kewangan, simpanan dengan institusi kewangan, penghutang
dan pemiutang. Dasar-dasar perakaunan atas pengiktirafan
dan ukuran bagi perkara-perkara tersebut dinyatakan dalam
dasar perakaunan masing-masing.
Instrumen kewangan diklasifikasikan sebagai aset atau liabiliti
berdasarkan butiran perjanjian kontrak. Faedah, manfaat,
dividen, keuntungan dan kerugian berkaitan instrumen
kewangan yang diklasifikasikan sebagai aset, dilaporkan
sebagai pendapatan.
(b) Pelaburan
(i) Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Sekuriti Hutang
Tidak Disebut Harga dan Sekuriti Modal Bercantum
Pelaburan dalam sekuriti berpendapatan tetap dan
sekuriti hutang tidak disebut harga dan sekuriti modal
bercantum adalah sekuriti yang dibeli dan dipegang untuk
pendapatan atau peningkatan nilai dan kebiasaannya
dipegang hingga tarikh matang. Pelaburan ini dinyatakan
pada kos dan dimana berkenaan, diselaraskan untuk
pelunasan premium atau akreasi diskaun, yang dikira
daripada tarikh pembelian hingga tarikh matang.
Sebarang peruntukan rosot nilai yang kekal akan diiktiraf
dalam Penyata Untung atau Rugi.
(ii) Saham Disebut Harga, Saham Tidak Disebut Harga,
Saham Pinjaman/Waran, Pelaburan Amanah Hartanah
("REITs") dan Skim Pelaburan Kolektif Tidak Disebut
Harga
Pelaburan dalam saham disebut harga, pelaburan tidak
disebut harga, saham pinjaman/waran, REITs dan skim
pelaburan kolektif tidak disenaraikan dinyatakan pada kos
tolak peruntukan rosot nilai yang kekal. Kos ditentukan
berdasarkan asas purata wajaran. Sebarang peruntukan
rosot nilai yang kekal akan diktirafkan di dalam Penyata
Untung atau Rugi.
(iii) Instrumen Pasaran Kewangan
Pelaburan dalam kertas komersial dinyatakan menurut
harga kos diselaraskan untuk pelunasan premium atau
akreasi diskaun ke atas nilai par pada waktu perolehan,
tolak sebarang kerugian rosot nilai yang kekal. Premium
atau diskaun dilunaskan atau diakreasi ke atas baki
jangkamasa sekuriti dari tarikh perolehan. Sebarang
peruntukan rosot nilai yang kekal akan diiktiraf di dalam
untung atau rugi.
(iv) Deposit dengan Institusi Kewangan
Deposit dengan institusi kewangan dinyatakan pada kos.
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
27
3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.)
(c) Jumlah Terhutang daripada/ (kepada) Broker Saham
Jumlah terhutang daripada/ (kepada) broker saham dibawa
pada nilai kontrak.
(d) Pendapatan Belum Terima
Pendapatan belum terima dinyatakan pada nilai saksama yang
boleh diperolehi.
(e) Pelbagai Pemiutang
Pelbagai pemiutang dinyatakan pada nilai kos iaitu nilai
saksama yang akan dibayar di masa hadapan untuk pembelian
dan perkhidmatan yang diterima.
(f) Pengiktirafan Pendapatan
Pendapatan dividen kasar daripada pelaburan disebut harga
dan sekim pelaburan kolektif tidak tersenarai diambil kira
mengikut asas pengisytiharan, apabila hak untuk menerima
dividen telah dipastikan.
Keuntungan ternyata daripada jualan pelaburan diambil kira
berdasarkan perbezaan di antara pendapatan bersih dengan
nilai dibawa oleh pelaburan tersebut.
Keuntungan/pendapatan daripada instrumen pasaran
kewangan, simpanan dengan institusi kewangan diambil kira
mengikut asas akruan menggunakan kaedah kadar faedah
keuntungan efektif.
Keuntungan daripada penjualan pelaburan ialah perbezaan
diantara nilai bersih dan nilai bawaan pelaburan.
(g) Tunai dan Persamaan Tunai
Bagi tujuan Penyata Aliran Tunai, tunai dan persamaan tunai
terdiri daripada tunai di bank, simpanan dalam panggilan dan
simpanan jangka pendek berkecairan tinggi dimana perubahan
dalam nilai mempunyai risiko yang tidak ketara.
4. ANGGARAN DAN PENILAIAN PERAKAUNAN PENTING
(a) Penilaian Kritikal dalam Mengaplikasi Polisi Perakaunan
Penilaian dibuat oleh pengurus Pelaburan dalam proses mengaplikasi polisi perakaunan Unit Amanah berkaitan pelaburan adalah seperti berikut:
(i) Pengurus pelaburan mengenalpasti samada pelaburan-
pelaburannya perlu dirosot nilai mengikut beberapa
indikasi-indikasi rosot nilai seperti, antara lain, kekurangan
yang berpanjangan diantara harga pasaran dan jumlah
yang dibawa, perubahan yang penting dengan kesan-
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 28
4. ANGGARAN DAN PENILAIAN PERAKAUNAN PENTING (SAMB.)
(a) Penilaian Kritikal dalam Mengaplikasi Polisi Perakaunan
(samb.)
kesan negatif terhadap pelaburan dan persembahan
kewangan pelaburan yang merosot.
(ii) Bergantung kepada asas dan industri yang berkaitan
dengan pelaburan tersebut, penilaian dibuat oleh Pengurus
Pelaburan untuk memilih cara-cara penilaian yang sesuai
seperti, antara lain, aliran tunai yang didiskaunkan, nilai
aset bersih direalisasikan dan kaedah-kaedah purata
nisbah harga kepada pendapatan sektor.
(b) Sumber Utama Ketidakpastian Anggaran
Setelah cara penilaian yang sesuai dipilih, Pengurus Pelaburan
membuat beberapa andaian berkenaan masa depan bagi
menggangarkan jumlah pelaburan yang boleh dituntut.
Andaian ini dan sumber utama ketidakpastian anggaran yang
lain pada tarikh penyata aset dan liabiliti, mungkin
mengandungi risiko penting yang mengakibatkan perubahan
yang material terhadap jumlah pelaburan yang dibawa ke
tahun kewangan seterusnya. Bergantung kepada pelaburan-
pelaburan tertentu, andaian yang dibuat oleh Pengurus
Pelaburan termasuk, antara lain, andaian terhadap aliran tunai
masa hadapan yang dijangka, pertumbuhan pendapatan,
kadar diskaun yang digunakan bagi tujuan aliran tunai yang
didiskaunkan yang mana melibatkan risiko-risiko yang relevan,
dan keputusan masa hadapan yang dijangka terhadap
beberapa peristiwa lepas.
Sensitiviti terhadap perubahan dalam andaian
Pengurus Pelaburan percaya bahawa tiada kemungkinan
perubahan dalam kunci andaian yang disebutkan di atas yang
mana boleh menyebabkan jumlah pelaburan yang di bawa
secara materialnya melebihi jumlah yang boleh dituntut.
(c) Penilainan Rosot Nilai
Penilaian rosot nilai pelaburan-pelaburan yang terlibat dengan
indikasi-indikasi rosot telah dilaksanakan oleh Pengurus
Pelaburan pada tahun semasa. Tiada pengiktirafan rosot nilai
dalam tahun semasa dan tahun sebelumnya.
5. YURAN PENGURUSAN
Klausa 25(8), Surat Ikatan memperuntukkan bahawa Pengurus
berhak menerima yuran tidak melebihi 1.0% setahun daripada Nilai
Aset Bersih pada kos (“NAB”) bolehagih kepada pemegang-
pemegang unit Unit Amanah, dikira dan diakru secara harian
seperti yang dipersetujui oleh Pengurus dan Pemegang Amanah.
Yuran pengurusan yang dikenakan bagi tahun berakhir 31 Ogos
2014 adalah sebanyak 1.0% setahun (31 Ogos 2013: 1.0%)
daripada NAB Unit Amanah.
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
29
6. YURAN PEMEGANG AMANAH
Klausa 25(7) Suratikatan memperuntukkan bahawa Pemegang
Amanah berhak menerima yuran pada kadar yang dipersetujui oleh
Pengurus dan Pemegang Amanah dari masa ke semasa.
Yuran Pemegang Amanah yang dikenakan bagi tahun berakhir 31
Ogos 2014 ditetapkan pada RM500,000 (31 Ogos 2013:
RM500,000).
7. CUKAI
Unit Amanah telah diberikan pengecualian daripada cukai
pendapatan oleh Menteri Kewangan mengikut bidangkuasa yang
diberikan kepadanya di bawah Seksyen 127(3)(b) Akta Cukai
Pendapatan, 1967, dari tahun taksiran 2007 hingga 2016.
Tuntutan cukai merupakan cukai yang ditolak daripada punca atas
pendapatan dividen yang diperolehi di Malaysia dan boleh dituntut
daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Akta Cukai Pendapatan, 1967 telah dipinda bagi memperkenalkan
sistem cukai korporat "single-tier" bermula dari tahun taksiran 2008.
Menurut sistem cukai korporat "single-tier", pengagihan dividen
kepada pemegang-pemegang saham adalah dikecualikan daripada
cukai.
Bermula dari 1 Januari 2014, semua syarikat perlu membayar
dividen mengikut sistem cukai "single-tier".
Memandangkan sistem dividen "single-tier" adalah dikecualikan
daripada cukai, tiada cukai akan ditolak daripada sumber
pembayaran dividen. Unit Amanah tidak boleh membuat tuntutan
cukai apabila dividen diterima melalui sistem cukai "single-tier".
8. PERUNTUKAN PENGAGIHAN
31.08.2014
RM
31.08.2013
RM
Peruntukan pengagihan 1,106,297,318 1,053,802,669
Peruntukan tersebut merupakan pengagihan yang disyorkan pada
tahun berakhir 31 Ogos 2014 sebanyak 6.60 sen (31 Ogos 2013:
6.70 sen) seunit yang akan diagihkan kepada pemegang-
pemegang unit. Pengagihan ini dikira berdasarkan jumlah unit
minima bulanan yang dipegang oleh pemegang-pemegang unit
dalam tempoh dua belas bulan sebelum tarikh tahun kewangan
berakhir.
Sumber Pengagihan
Pengagihan kepada pemegang-pemegang unit adalah daripada
sumber-sumber berikut:
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 30
8. PERUNTUKAN PENGAGIHAN (SAMB.)
31.08.2014
RM
31.08.2013
RM
Pendapatan faedah
Pendapatan dividen
227,522,360
493,134,117
238,062,253
428,026,943
Keuntungan ternyata daripada
jualan pelaburan 580,532,708 569,180,824
1,301,189,186 1,235,270,020
Tolak: Perbelanjaan (194,891,868) (181,467,351)
Jumlah pengagihan 1,106,297,318 1,053,802,669
Pengagihan kasar dan bersih seunit 6.60 sen 6.70 sen
9. MODAL PEMEGANG UNIT
31.08.2014
Unit
31.08.2013
Unit
Unit dibenarkan 21,983,000,000 17,945,000,000
Pada 3 Julai 2014, Suruhanjaya Sekuriti telah meluluskan kenaikan
Unit Amanah daripada 17.945 bilion unit kepada 21.983 bilion unit.
31.08.2014 31.08.2013
Unit RM Unit RM
Unit RM1 setiap satu dibayar penuh:
Pada awal tahun
15,857,100,000 15,857,100,000 14,877,100,000 14,877,100,000
Penjadian unit untuk:
Pengagihan pendapatan
1,035,000,000 1,035,000,000 980,000,000 980,000,000
Pada akhir tahun
16,892,100,000 16,892,100,000 15,857,100,000 15,857,100,000
Sepanjang tahun berakhir 31 Ogos 2014, Pengurus tidak memegang
sebarang unit di dalam Unit Amanah. Pada 31 Ogos 2014, PNB
secara sah memegang 84,902,275 (31 Ogos 2013: 31,695,555) unit,
merangkumi 0.50% (31 Ogos 2013: 0.19%) daripada jumlah unit
dalam terbitan.
10. URUS NIAGA DENGAN SYARIKAT-SYARIKAT BROKER
SAHAM/ BROKER/ DEALER/ INSTITUSI KEWANGAN
Sepuluh syarikat broker saham/ broker/ dealer terbesar mengikut
nilai urus niaga ialah seperti berikut:
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
31
Syarikat Broker Nilai Urus Niaga Yuran Broker
RM'000 % RM'000 %
Maybank Investment
Bank Bhd*
MIDF Amanah
Investment
Bank Bhd*
AmInvestment
Bank Bhd*
RHB Investment
Bank Bhd*
Affin Investment
Bank Bhd
Kenanga Investment
Bank Bhd
CIMB Investment
Bank Bhd*
Nomura Securities
(M) Sdn Bhd
Credit Suisse
Securities (M)
Sdn Bhd
TA Securities
Holdings Bhd
Lain-lain
2,107,430,866
695,623,750
475,545,845
433,702,214
411,491,419
409,897,719
409,805,645
316,794,811
304,317,833
280,839,022
2,961,030,006
23.93
7.90
5.40
4.92
4.67
4.66
4.65
3.60
3.46
3.19
33.62
3,165,827
1,188,069
672,621
668,555
664,561
661,999
713,129
433,296
349,003
449,604
2,903,511
26.67
10.01
5.67
5.63
5.60
5.57
6.01
3.65
2.94
3.79
24.46
8,806,479,130 100.00 11,870,175 100.00
ASNB dan PNB tidak mempunyai pegangan ekuiti secara langsung
di dalam syarikat-syarikat broker saham tersebut.
* PNB dan/atau tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB
mempunyai pegangan ekuiti secara langsung di dalam syarikat
induk terakhir bagi syarikat-syarikat broker berkenaan.
Segala urusan dengan syarikat-syarikat broker saham telah
dilaksanakan menurut syarat-syarat kebiasaan dalam industri broker
saham.
11. PUSING GANTI PORTFOLIO
31.08.2014
31.08.2013
Pusing Ganti Portfolio (“PGP”) 0.23 kali 0.20 kali
PGP dikira berdasarkan kepada nisbah purata di antara jumlah kos
pembelian dan penjualan pelaburan untuk tahun kewangan, dengan
purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan dikira berpandukan
asas harian.
Purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan telah dikira pada
kos kerana harga belian dan jualan telah ditetapkan pada RM1.00
seunit. Oleh kerana purata nilai Unit Amanah dikira berasaskan kos,
perbandingan PGP Unit Amanah dengan unit amanah lain yang
menggunakan asas yang berlainan tidak akan memberi
perbandingan yang tepat.
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 32
12. NISBAH PERBELANJAAN PENGURUSAN
31.08.2014
31.08.2013
Nisbah Perbelanjaan Pengurusan
(“NPP”)
1.09% 1.08%
NPP dikira berdasarkan nisbah di antara jumlah bayaran
pengurusan dan perbelanjaan Unit Amanah yang dikembalikan
dengan purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan dikira
berpandukan asas harian.
Purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan telah dikira pada
kos kerana harga belian dan harga jualan telah ditetapkan pada
RM1.00 seunit. Oleh kerana purata nilai Unit Amanah dikira
berasaskan kos, perbandingan NPP Unit Amanah dengan unit
amanah lain yang menggunakan asas yang berlainan tidak akan
membei perbandingan yang tepat.
13. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN
Pendedahan kepada risiko ekuiti/pelaburan, risiko pasaran,
kecairan/pembiayaan dana, kadar faedah dan kredit, timbul dalam
perjalanan biasa urusan Unit Amanah. Unit Amanah mempunyai
garis panduan dan polisi pelaburan yang diluluskan berserta
kawalan dalaman yang menentukan strategi perniagaan
keseluruhan bagi mengurus risiko-risiko ini bagi memaksimumkan
pulangan dan mengekalkan modal pemegang unit, selari dengan
objektif jangka panjang Unit Amanah.
Risiko Ekuiti/Pelaburan
Risiko ekuiti adalah pendedahan kepada perubahan nilai saham
ekuiti atau aliran pendapatan yang datangnya daripada pemilikan
ekuiti di dalam sebuah entiti yang diperbadankan.
Risiko pelaburan adalah risiko daripada pelaburan yang tidak dapat
menyediakan kadar pulangan yang setara dengan tahap risikonya.
Pengurusan risiko ekuiti/pelaburan termasuk penelitian di dalam
penapisan cadangan pelaburan menurut garis panduan dan
prosedur pelaburan, komunikasi yang berterusan dan pengawasan
prestasi syarikat-syarikat yang dilabur yang teliti.
Risiko Pasaran
Pendedahan kepada risiko pasaran terhasil dari perjalanan biasa
perniagaan Unit Amanah akibat ketidakpastian dalam harga
pasaran instrumen kewangan yang dilaburkan.
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
33
13. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN
(SAMB.)
Unit Amanah menguruskan risiko pasaran secara aktif melalui garis
panduan dan polisi pelaburan yang disediakan dan juga strategi
pengagihan portfolio aset dan pelbagaian. Unit Amanah tidak
mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti-aktiviti spekulatif.
Risiko Kecairan/ Pembiayaan Dana
Risiko kecairan atau pembiayaan dana adalah risiko apabila Unit
Amanah tidak mampu untuk memenuhi komitmen kewangan
apabila ia perlu dijelaskan.
Unit Amanah menguruskan aliran tunai operasi bagi memastikan
kesemua keperluan dananya dipenuhi sebagai sebahagian
daripada kaedah pengurusan dananya, Unit Amanah mengekalkan
tahap tunai dan pelaburan yang boleh ditukar kepada tunai yang
mencukupi bagi memenuhi keperluan modal kerjanya.
Risiko Kadar Faedah
Risiko kadar faedah adalah risiko nilai instrumen kewangan Unit
Amanah yang sensitif terhadap kadar faedah yang berubah-ubah
disebabkan oleh perubahan dalam kadar faedah pasaran.
Unit Amanah menguruskan risiko kadar faedah secara aktif dengan
mengekalkan potfolio instrumen kewangan berdasarkan garis
panduan dan polisi pelaburan, dan semakan yang kerap ke atas
kadar faedah dan jangkaan pasaran.
Risiko Kredit
Risiko kredit ialah risiko dimana kegagalan dari pihak yang
berurusniaga untuk menunaikan kewajipan perdagangan yang
muncul daripada perantara-perantara seperti broker saham dan
institusi-institusi kewangan.
Unit Amanah menguruskan risiko kreditnya dengan penetapan
polisi dan garis panduan bagi pelaburan dan had pendedahan pihak
lain bagi mengurangkan konsentrasi risiko tersebut. Penilaian kredit
dari semasa ke semasa dijalankan ke atas pihak-pihak tersebut.
14. MATA WANG
Semua jumlah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (“RM”).
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 34
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
35
Amanah Saham Nasional BerhadTingkat Bawah, Lot 1Circular Blok A Harbour Town, Jalan Pantai, 91100 Lahad Datu, SabahTel: 089-863680/681/672/673 Faks: 089-863675
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 36
Mukasurat ini sengaja dikosongkan
LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
37
Mukasurat ini sengaja dikosongkan
BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
top related