bengkel community of practice (cop)
Post on 18-Jan-2017
254 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1Buletin Perpustakaan PPUKM
P . eranan perpustakaan perubatan perlu seiring dengan bidang perubatan yang berkembang pesat pada masa ini. Oleh itu, komuniti khususnya pihak yang terlibat
dalam memberikan perkhidmatan dalam bidang perubatan perlu memikirkan kaedah yang terbaik untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan. CoP merupakan mekanisma untuk para pustakawan perubatan di Malaysia bagi berkongsi pandangan dan maklumat dalam membangunkan profesion pustakawan dan perkhidmatan perpustakaan perubatan.
P . erpustakaan PPUKM dengan ker jasama Parad igm Systems
Berhad telah mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel CoP khusus untuk Pustakawan Perubatan pada 14 Jun 2010 bertempat di Dewan Kuliah 2, Pusat Perubatan UKM. Bengkel ini turut dihadiri oleh 34 peserta antaranya daripada UKM, UiTM, USM, UNIMAS, UDM, USIM, IJN, IMR, IMU, Hospital Raja Perempuan Zainab II, AIMST University dan ACMS. Tema Bengkel adalah ‘From Information Management to Knowledge Management : providing knowledge based Services for medical industry’.
B engkel dimulakan dengan ucaptama yang disampaikan oleh Y. Bhg. Dato‘ Dr. Zaiton Osman, Principal Consultant Paradigm Systems Berhad. Diikuti dengan pembahagian
peserta mengikut kumpulan berserta dengan seorang fasilitator. Setiap kumpulan diberi satu topik untuk perbincangan berkumpulan diikuti dengan pembentangan dan sesi soal jawab pada sesi petang.
Secara keseluruhannya, Bengkel CoP ini telah mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan terutamanya dalam perkongsian ilmu dan pengalaman dalam pengurusan ilmu
dan maklumat perubatan di perpustakaan masing-masing.
Bengkel Community of Practice (CoP) galakkan perkongsian ilmu dan sumbang saran dalam komuniti perubatan
oleh: Azman Idris dan Azlan Mohamad Hamzah
Lagi di dalam ... Berita kakitangan Perpustakaan > Terkini di Perpustakaan > Aktiviti Perpustakaan PPUKM > Buku Baru Perpustakaan > Bengkel & Seminar >
YBhg. Dato’ Dr. Zaiton Osman sedang meyampaikan ucaptama
Dari kiri, Ng Wei Pang, Maimunah Kadir, Dato’ Dr. Zaiton Osman dan Geeta
Dari kiri, Azhari (PDAL), Abdul Razak (UiTM), Sanizan Sardi (USIM) & Lisdar Abd. Wahid (UM)
Buletin Perpustakaan PPUKM 2
PenasihatMaimunah Kadir
Sidang PengarangWan Suhaimi Ariffi n
Azman IdrisAzlan Mohamad Hamzah
Noraini Mat AliNona Zurena Masenwat
Roslinda Abd. RaufJamaludin Abdul Samad
Grafi k/LayoutSiti Salmah Md YusofSurimah Zakaria Affi
Muhammad Wafi Azizi
JurufotoSurimah Zakaria Affi Siti Salmah Md Yusof
Mohd Zaki OmarMuhamad Hazrizal Husin
Waktu Pembukaan / Penutupan PerpustakaanIsnin-Jumaat 8.00 pagi - 10.00 malam
Sabtu 9.00 pagi - 2.00 petang
Waktu Pembukaan / Penutupan Perpustakaan Semasa Minggu Peperiksaan
Isnin-Jumaat 8.00 pagi - 11.00 malamSabtu 9.00 pagi - 4.00 petang
* Tutup pada hari Sabtu minggu pertama, Ahad dan hari kelepasan am
Hubungi kami di:
Perpustakaan Pusat Perubatan UKMTingkat 3, Kompleks Pendidikan Perubatan
Canselor Tuanku Ja’afar,Jalan Yaacob Lati f, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.Tel: +603-91455330
htt p://lib.hukm.ukm.my
Berita Kakitangan
Sidang Redaksi
Pada 15 Januari 2010 yang lalu, Pusat Perubatan UKM (PPUKM) telah mengadakan Majlis Makan Malam PPUKM sebagai penghargaan kepada warga kerja PPUKM yang telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada PPUKM dan masyarakat. Kakitangan Perpustakaan PPUKM turut tersenarai sebagai penerima anugerah tersebut. Tahniah diucapkan kepada mereka, antaranya adalah:
1. Pn. Maimunah Kadir2. En. Azlan Mohamad Hamzah3. Pn. Roslinda Abd Rauf4. Cik Noraini Mat Ali5. En. Shah Wahid Shahabudin6. En. Mohd Afandi Hashim7. Pn. Arzian Azwani Aris8. Cik Siti Salmah Md Yusof
Kelahiran Anak7 Februari 2010 - Pn. Nona Zurena Masenwat telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya yang comel. Bayi perempuan seberat 3.20 kg itu diberi nama Aisyah Umairah Azzuan Ahmad.
2 Mac 2010 - Pn. Surimah Zakaria Affi telah selamat melahirkan anak ke-3 beliau pada hari kelahirannya yang ke-30 tahun. Bayi perempuan seberat 2.32 kg itu diberi nama Nur Alya Qaisara Muhammad Ezwan.
7 April 2010 - En. Mohd Afandi Hj. Hashim telah menimang seorang lagi anak perempuan. Bayinya yang berat 3.03 kg itu diberi nama Nur Ain Qalesya Mohd Afandi.
10 Mei 2010 - En. Azlan Mohamad Hamzah juga telah menimang cahaya mata ke-3. Bayi lelaki seberat 2.78 kg itu diberi nama Arif Danish b. Azlan.
Tahniah diucapkan dan semoga kehadiran cahaya mata ini akan menambah keceriaan dan kebahagiaan dalam keluarga mereka.
•
•
•
•
1. Muhammad Hafi fi Sulaiman Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O) N17 Lapor Diri : 21 Jun 2010
2. Muhammad Saifuddin Ishak Jawatan : Pembantu Am Pejabat N1 Lapor Diri : 8 Jun 2010
Kakitangan BaruTerdapat 2 orang kakitangan baru yang telah melapor diri:
3Buletin Perpustakaan PPUKM
New England Journal of Medicine (NEJM) sedia artikel berkualiti
Terkini di Perpustakaan
Sistem e-Maklumbalas
NEJM mendefi nisi semula jurnal perubatan dengan pelancaran laman web baru seiring dengan NEJM Arkib penuh pada tahun 2010. Laman web yang baru memberikan pengguna pengalaman yang lebih dalam, lebih luas, dan lebih menarik melalui carian yang disempurnakan dengan laman khas, elemen interaktif, serta ciri-ciri multimedia yang berintegrasi. NEJM juga merupakan jurnal yang paling berpengaruh kerana mempunyai impak faktor yang tinggi iaitu 47.050 (2009).Untuk mengakses, sila login ke Portal Perpustakaan (http://lib.hukm.ukm.my) atau melalui URL :http://www.nejm.org (akses dalam kampus UKM sahaja).
Annual Reviews Biomedical Sciences
Sistem e-maklumbalas Perpustakaan Pusat Perubatan UKM (PPUKM) telah dibangunkan oleh Kumpulan KIK Siber bagi medan mempercepatkan maklumbalas aduan berkaitan perkhidmatan perpustakaan daripada pelanggan. Setiap maklumbalas dan aduan akan dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja melalui emel, telefon dan maklumbalas terpilih akan dipaparkan di Portal Perpustakaan.
Para pelanggan digalakkan menggunakan sistem ini dengan mengisi borang di URL: http://lib.hukm.ukm.my/e-maklumbalas.htm.
Pelanggan juga diminta mengisi borang e-maklumbalas dengan lengkap.
Terdapat 30 judul e-jurnal dalam pangkalan data Annual Reviews antaranya Annual Reviews of Medicine dan Annual Reviews of Microbiology. Antara judul yang mempunyai impak faktor yang tinggi adalah Annual Reviews of Medicine iaitu 9.940 bagi tahun 2009. Pangkalan data ini menyediakan ulasan artikel yang lengkap dalam bidang sains dan perubatan untuk tujuan penyelidikan dan pengajaran.
Untuk mengakses, sila login ke Portal Perpustakaan (http://lib.hukm.ukm.my)
Buletin Perpustakaan PPUKM 4
25 Januari 2010 - Lawatan Asian Medical Students’ Exchange Program (AMSEP)
Lawatan Pengunjung Luar ke Perpustakaan
19 Mei 2010 - Lawatan oleh Dr. Suhaimi Hj. Abdul Karim,Ketua Pustakawan Universiti Brunei Darussalam
19 April 2010 - Lawatan Pelajar Kejururawatan Akademi Perawatan Ibnu Sina, Kota Sabang, Aceh, Indonesia
Aktiviti Perpustakaan PPUKM
5Buletin Perpustakaan PPUKM
21 Januari 2010 - Lawatan Penanda Arasan 5S ke Pusat Infrastruktur Data Geospatial Ne-gara (MaCGDI), Putrajaya
Lawatan Penanda Arasan PerpustakaanAktiviti Perpustakaan PPUKM
11 April 2010 - Kelab Kakitangan Perpustakaan PPUKM telah mengadakan pertandingan Bowling di The Mines, Serdang. Aktiviti yang bertujuan merapatkan hubungan antara kakitangan ini berakhir dengan kemenangan kepada Kumpulan 1.
26 April 2010 - Lawatan Penanda Arasan Siriraj Medical Library, Bangkok
Pertandingan Bowling Kelab Kakitangan Perpustakaan PPUKM
Kejohanan Futsal antara Bahagian/Cabang Perpustakaan UKM
30 April 2010 - Kelab Kebajikan dan Sukan Perpustakaan Tun Seri Lanang (KKSP) telah menganjurkan kejohanan futsal antara bahagian/cabang bertempat di Padang Futsal UKM. Turut kelihatan,Pn. Maimunah Kadir (Ketua Perpustakaan PPUKM), hadir memberi sokongan.
Buletin Perpustakaan PPUKM 6
Provides a guide to continuing professional development needs and meeting the latest Post-Registration Education and Practice (PREP) requirements. This book follows a similar format already familiar to many midwives. Whilst aimed primarily at registered midwives, the principles and philosophy apply across interprofessional boundaries. Grounded in safe practice and on contemporary evidence, this book also ensures that health and wellbeing of the mother, baby and family remain at the forefront of care.
Pengarang : Marshall, Jayne E. & Raynor, Maureen D.Penerbit : Churchill Livingstone/ElsevierTahun : 2010ISBN : 9780702030062No. Panggilan buku : WQ160 .A244 2010 9HUKM
The 14 chapters of this book are organized by the role of the device in patient care :* Improving cardiac function and increasing survival, providing online and real-time monitoring of cardiac function, and improving cardiac function or delaying maladaptive cardiac remodeling.* Assessing cardiac risk and/or helping physicians titrate both drug and device therapy.*Providing urgent or chronic support in patients with severe left ventricular dysfunction.
Pengarang : Feldman, Arthur M. (Arthur Michael)Penerbit : Wiley-BlackwellTahun : 2010ISBN : 9781405152587No. Panggilan buku : WG370 .H436 2010 9HUKM
Royal Professor Ungku A. Aziz: The Renaissance Man Is a collection of essays by essentially former collegues and subordinates in attempting to provide a canvas of a man who has been described as a polymath and a dominant personality in the intellectual and cultural life of our beloved country Malaysia. This book is a most befi tting and appropriate description of him who has multidimensional and varied interests.
Pengarang : Hashim YaacobPenerbit : University of Malaya PressTahun : 2010ISBN : 9789831004999No. Panggilan buku : DS597.215.A9 R393 2010 9HUKM
Advancing Skills in Midwifery Practice
Heart Failure
The Renaissance Man
Buku Baru Perpustakaan PPUKM
7Buletin Perpustakaan PPUKM
Seminar Merekayasa Perpustakaan : Memperkasa minda ke arah mengembangkan idea secara cemerlang
Hambatan ledakan maklumat dan kepesatan kecanggihan teknologi sama derasnya keperluan kepada perubahan peranan pustakawan itu sendiri bagi merasikan kepentingan dan kewujudan pustakawan kepada masyarakat sejagat. Dalam era dunia K (Knowledge), seorang pustakawan itu perlulah menjadi diri mereka itu sebagai k-worker dan juga ‘smart worker’ yang kreatif dan mempunyai kemahiran ICT dan bukannya sekadar bersifat ‘administrative worker’ yang hanya bertanggungjawab menjaga dan mengawal maklumat semata.
Bertemakan “kreatif dan Inovatif “ Perpustakaan Hamdan Tahir, HUSM Kubang Kerian telah menganjurkan Seminar Merekayasa Perpustakaan pada 5-7 April 2010 sebagai satu platform dan mekanisma untuk mencari strategi yang ideal kearah inovasi melalui cara yang kreatif di kalangan para pustakawan sebagai suluhan minda untuk meneroka cara-cara menilai dan mengaplikasi idea, memperolehi teknik pemikiran kreatif dan melahirkan inovasi dan produk untuk perkembangan perpustakaan.
Seminar ini terbuka kepada semua pustakawan dan telah dihadiri oleh lebih kurang 50 peserta terdiri daripada pustakawan perpustakaan awam negeri dan akademik seluruh tanah air termasuk Cik Noraini Mat Ali, wakil Pustakawan dari Perpustakaan Pusat Perubatan UKM serta Cik Nur Asyikin Lut Ahmad dari Perpustakaan Dr. Abdul Latiff.
Para penceramah adalah terdiri daripada kalangan akademik, pustakawan dan pencinta buku telah membawa para peserta meneroka teknik kemahiran berfi kir , mengenal potensi diri dan konsep pemikiran kreatif dan kritis, mengenal teori enam topi pemikiran dengan harapan seminar ini dapat membantu para peserta dalam mengenal potensi diri masing-masing dan seterusnya dapat mencetuskan idea-idea yang kreatif untuk manfaat perpustakaan.
Medical Library Association (MLA) 2010: Refl ect & Connect
Puan Maimunah Kadir telah menghadiri MLA ‘10: Refl ect & Connect , May 21-26 di Washington, DC. Beliau telah membentangkan satu poster bertajuk e-Rak Retrieval System. e-Rak adalah satu sistem yang telah dibangunkan oleh KIK Maya, Perpustakaan PPUKM di mana ianya membantu pelanggan perpustakaan mengesan rak yang betul dengan pantas setelah mendapatkan nombor panggilan buku dari Katalog Awam Perpustakaan iaitu GEMILANG. Persembahan projek tersebut telah menimbulkan minat di kalangan Pustakawan perubatan yang hadir di MLA. Selain dari itu, Puan Maimunah juga berpeluang untuk melawat Library of Congress, Perpustakaan terbesar di dunia dan acara ini merupakan salah satu aturcara persidangan tersebut. Selain dari menambahkan ilmu dan pengalaman semasa menghadiri MLA, pertemuan dan jaringan dengan Pustakawan Perubatan dari seluruh Amerika Syarikat merupakan pangalaman yang sungguh berharga.
Bengkel & Seminar
oleh: Noraini Mat Ali
oleh: Maimunah Kadir
Buletin Perpustakaan PPUKM 8
Perpustakaan PPUKM telah menjadi tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Perubatan pada 15 Jun 2010 bertempat di Sukmaria. Seramai 16 orang Pustakawan Perubatan dari 14 Institusi awam dan swasta telah hadir pada mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini telah
diadakan sehari selepas CoP untuk Perpustakaan Perubatan yang telah diadakan pada 14 Jun 2010. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah projek WPRIM dan Standard for Medical Libraries.
Perpustakaan PPUKM telah menganjurkan Bengkel Pengkatalogan Asas National Library of Medicine (NLM) yang julung kali dianjurkan pada 30-31 Mac 2010 di Perpustakaan PPUKM. Bengkel ini menjurus kepada perkongsian pengalaman mengenai kaedah penggunaan Medical Subject Headings (MESH) dan NLM di Perpustakaan. Penceramah telah berkongsi kaedah dan faedah penggunaan MESH dan NLM di Perpustakaan PPUKM sejak perpustakaan ditubuhkan. Di samping itu, bengkel menekankan penerapan budaya kualiti dalam tugas-tugas pengkatalogan dan pengkelasan mengikut piawaian antarabangsa demi kepentingan pelanggan. Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya memupuk budaya perkongsian dan pengembangan ilmu terutamanya ilmu pengkatalogan bahan perubatan kepada para peserta dan menambah keyakinan dalam penggunaan kaedah pengkatalogan dan pengkelasan NLM di Perpustakaan masing-masing.
Bengkel Pengkatalogan Asas (NLM)
Bengkel & Seminar
Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Perubatanoleh: Maimunah Kadir
oleh: Azlan Mohamad Hamzah
top related