borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya....
Post on 30-Mar-2019
232 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (PIND. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: KAJIAN PEMBANGUNAN KEMUDAHAN SUKAN GO-KART DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI,
JOHOR BAHRU.
SESI PENGAJIAN: 2005 / 2006 Saya ANDRIANI BINTI TAMBEH .
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________ ___________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
KG BATU HAMPAR,
71300 REMBAU,
PM DR. ABD. HAFIDZ BIN HJ OMAR
NEGERI SEMBILAN. Nama Penyelia
Tarikh: 28 APRIL 2006 Tarikh: 28 APRIL 2006
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Kertas Projek ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh kertas projek ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.
Tandatangan : ……………………………
Nama Penyelia : PM Dr Abd Hafidz Bin Hj. Omar
Tarikh : 28 April 2006
KAJIAN PEMBANGUNAN SUKAN GO-KART DI UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA SKUDAI, JOHOR BAHRU
ANDRIANI BINTI TAMBEH
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ……………………….
Nama Penulis : Andriani binti Tambeh
Tarikh : 28 April 2006
iii
DEDIKASI
Buat insan-insan yang membakar semangat ini
Jasa kalian amat berharga
Sesungguhnya jauh lagi perjalanan ini
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan khas buat penyelia tesis, Prof. Madya Dr. Abd.
Hafidz Bin Hj. Omar di atas segala bimbingan dan dorongan yang disalurkan tanpa
penat dan jemu sepanjang sepanjang tempoh penyelidikan ini.
Tidak lupa juga kepada semua pensyarah Sains Sukan yang beriltizam dan
berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan.
Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian menyemarakkan
semangat ini.
Rakan-rakan sekalian, kerenahmu mematangkan perjalanan hidup ini. Sekian,
terima kasih.
v
ABSTRAK
Sukan go-kart merupakan salah satu sukan bermotor yang popular dan sesuai
disertai oleh semua bangsa malah pelbagai peringkat umur. Kini, terdapat beberapa
buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang menawarkan go-kart sebagai
salah satu sukan rekreasi di institusi mereka. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh
manakah pengetahuan dan minat pelajar dalam sukan go-kart serta mengenalpasti
kemudahan-kemudahan yang diperlukan. Kajian dijalankan di Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) Skudai, Johor Bahru dan seramai 20 orang pelajar fakulti pendidikan
universiti ini dipilih secara rawak sebagai sampel. Data diperolehi daripada soalselidik
dan temubual. Semua data dan skor yang berkaitan dengan kajian telah dibuat
penganalisaan. Perisian ‘Statistical Packages for Social Sciences’ versi 11.5 (SPSS
11.5) dan analisis statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data mentah yang
diperolehi. Hasil kajian menunjukkan pelajar kurang mendapat pendedahan dalam
sukan ini. Namun begitu, mereka berminat dan memberi respon reaksi yang positif
terhadap pembangunan kemudahan sukan go-kart.
vi
ABSTRACT
Go-kart sports are one of the famous automotive sports. This sport is suitable to
be joined by all races and ages. Nowadays, there was Higher Education Institutions in
Malaysia offered go-kart as recreational sport in their institution. The purpose of this
study was to find student knowledge and interest in go-kart, also what facilities are
needed. This study was held at University Technology Malaysia (UTM) and twenty
students from faculty of education UTM had been selected as samples in this study.
Data was collected from questionnaires and interviews. The data and score are
analyzed. The Statistical Packages for Social Sciences Version 11.5 (SPSS 11.5)
software and statistic descriptive analysis were used to analyze all the data. Although
this research showed that students gain less exposure in this sport, they were interested
and gave positive response to the go-kart facilities development.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Tesis
Pengesahan Penyelia
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual x
Senarai Rajah xii
Senarai Lampiran xiii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 7
viii
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Definisi Operasional 10
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.8 Limitasi Kajian 12
1.9 Delimitasi Kajian 12
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Kajian-kajian Berkaitan 13
2.3 Kurikulum Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan (PJK) 21
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 23
3.2 Rekabentuk Kajian 24
3.3 Sampel Kajian 25
3.4 Lokasi Kajian 25
3.5 Instrumen Kajian 25
3.6 Kajian Rintis 26
3.7 Prosedur Kajian 26
3.8 Analisis Data 27
ix
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 28
4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 29
4.3 Bahagian B : Pengetahuan Pelajar
Dalam Sukan Go-kart 34
4.4 Bahagian C : Minat Pelajar 40
4.5 Bahagian D : Reaksi Pelajar
Jika UTM Menawarkan Sukan Go-kart 44
4.6 Bahagian E : Kemudahan-kemudahan
Yang Diperlukan Pelajar 46
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Perbincangan 55
5.3 Kesimpulan 65
5.4 Cadangan 66
5.5 Penutup 67
RUJUKAN 68
LAMPIRAN
Lampiran A – E 72 - 101
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Taburan kekerapan dan peratus bagi kursus 29
4.2 Taburan kekerapan dan peratusan jantina 30
4.3 Taburan kekerapan dan peratusan bagi bangsa 31
4.4 Taburan kekerapan dan peratus bagi umur 31
4.5 Taburan kekerapan dan peratus pelajar
bersukan dalam seminggu 32
4.6 Taburan kekerapan dan peratusan tempat bersukan
pelajar 33
4.7 Taburan kekerapan umur umur responden berbanding
tempat bersukan 33
4.8 Taburan kekerapan dan peratusan aspek yang
tidak menarik dalam go-kart 34
4.9 Taburan kekerapan dan peratus bagi jumlah anggaran
yang dibelanjakan responden untuk go-kart dalam
setahun 35
4.10 Taburan peratus jenis sukan go-kart yang diketahui
oleh responden 36
4.11 Taburan kekerapan dan peratus responden menyertai
go-kart 2005 37
4.12 Taburan peratus organisasi yang diwakili responden 37
xi
4.13 Taburan kekerapan dan peratus bilangan ahli
keluarga responden yang terlibat dalam go-kart 38
4.14 Taburan peratus sumber maklumat berkaitan go-kart 39
4.15 Taburan peratus hobi responden 40
4.16 Taburan peratus minat responden terhadap
sukan permotoran 41
4.17 Taburan peratus sukan permotoran yang digemari
oleh responden 41
4.18 Taburan peratus minat untuk mendalami sukan go-kart 42
4.19 Taburan peratus peranan yang diceburi oleh responden
dalam sukan go-kart 43
4.20 Taburan kekerapan dan peratusan kali terakhir
responden melibatkan diri dalam go-kart 44
4.21 Taburan peratus reaksi pelajar 44
4.22 Taburan peratus kemudahan-kemudahan
yang diperlukan oleh pelajar 46
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Taburan peratusan bagi kursus 48
4.2 Taburan peratusan bagi jantina 49
4.3 Taburan peratus sumber maklumat berkaitan go-kart 50
4.4 Taburan peratus sukan permotoran yang digemari
oleh responden 51
4.5 Peratus reaksi pelajar 52
4.5 Taburan peratus kemudahan-kemudahan yang 53
diperlukan pelajar
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang soal selidik kajian 72
B Soalan temubual 79
C Output menggunakan perisian SPSS 11.5 81
D Kebolehpercayaan soal selidik 96
E Gambar-gambar berkaitan kajian 97
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Coakley (1998), sukan ditakrifkan sebagai aktiviti yang dimainkan
secara koperatif atau kompetitif dalam bentuk permainan. Ahli sosiologi menyatakan
bahawa sukan adalah aktiviti berbentuk pertandingan atau persaingan yang melibatkan
keupayaan fizikal yang bertenaga atau penggunaan kemahiran fizikal yang agak
kompleks oleh individu yang penyertaannya dipengaruhi oleh motivasi iaitu kombinasi
keseronokan individu dan ganjaran luaran.
Manusia mula bersukan sejak kanak-kanak lagi. Menurut Defrantz (1999),
sukan juga boleh meletakkan seseorang itu ke tahap yang lebih tinggi. Ramai kanak-
kanak mengikuti perkembangan sukan tertentu dan atlit kegemaran mereka. Sukan
mempunyai potensi untuk membangunkan nilai-nilai murni untuk golongan muda.
2
Pada 1988, Kementerian Belia dan Sukan telah menggubal Dasar Sukan Negara,
yang bertujuan untuk menggalakkan perkembangan semua jenis sukan. Penggubalan
dasar ini memperlihatkan pengiktirafan kerajaan terhadap sukan setaraf dengan bidang-
bidang sosial lain. Dasar ini merangkumi dua bahagian sukan yang utama, iaitu “Sukan
Untuk Semua” dan “Sukan Prestasi Tinggi”. “Sukan Untuk Semua” dapat
meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan menjadikan mereka lebih produktif, manakala
“Sukan Prestasi Tinggi” dapat mencetuskan perasaan cinta dan bangga terhadap
Negara. Di Malaysia, sukan dipercayai mampu meningkatkan semangat bersatu padu
merentasi batasan umur, keturunan dan kepercayaan . “Sukan Prestasi Tinggi” memberi
peluang kepada mereka yang berpotensi untuk membuktikan keunggulan mereka di
pertandingan peringkat antarabangsa supaya meninggikan lagi maruah negara. Sukan
bermotor di Malaysia kini diminati oleh berbagai golongan. sukan ekstrim ini
termasuklah sukan go-kart. Semasa bersukan otot mengalami kontraksi yang kompleks
dalam keadaan statik dan dinamik melibatkan tekanan, kelajuan , daya tahan , dan
kordinasi (Mohd Salleh Aman, 2004).
"Sukan permotoran bukan hanya semata-mata satu perlumbaan, sejak bertahun-
tahun lamanya ia telah menjadi platform bagi pembangunan dan ujian teknologi baru.
Sungguh mengujakan melihat pemindahan dan kebijaksanaan yang didapati menerusi
sukan yang disesuaikan dengan kereta biasa yang membolehkan kita mencipta
kenderaan yang lebih baik, lebih selamat dan efisyen. Imej mengagumkan yang
digambarkan diseluruh dunia mengenai negara kita menerusi penganjuran acara bertaraf
dunia ini mencerminkan pencapaian Malaysia, dan ditambah pula dengan keindahan
alam semulajadi dan hospitalitinya yang mesra. (Abdullah Badwi, 2006).”
Sukan go-kart merupakan sukan permotoran berbentuk pertandingan atau
perlumbaan. Walau bagaimanapun mereka yang memang terlibat secara langsung dalam
sukan ini tidak teragak agak untuk membantu mereka yang baru menyertai sukan ini.
3
Pertama sekali kita haruslah tahu jenis pertandingan yang dijalankan, alatan dan enjin
yang digunakan. Perlumbaan sukan go-kart merupakan sukan yang menyeronokkan,
menarik dan sukan aksi perlumbaan yang merangsangkan. Perlumbaan go-kart ini
merupakan perlumbaan yang selamat seperti sukan bercorak pertandingan dan
perlumbaan yang lain. Cuma kita terpaksa berhadapan dengan risiko. Pilihlah litar yang
sesuai dan selesa dan menekankan aspek keselamatan serta diiringi pembantu.
Kemahiran yang digunakan agak kompleks dan memerlukan masa latihan yang
lama untuk mencapai tahap yang terbaik. Peserta terpaksa membuat keputusan yang
drastik semasa perlumbaan. Kejayaan peserta dalam sukan ini bergantung kepada
persediaan fizikal yang mantap bersama pembentukan latihan yang spesifik. Selain
daripada kekuatan dan masa tindak balas, keseimbangan dan daya tahan adalah
kebolehan biomotor yang dominan yang amat diperlukan oleh atlit dalam sukan ini.
Pada 1956, Art Ingels seorang pencipta kereta lumba dari Kurtis Craft ,
Carlifornia Amerika Syarikat telah mencipta sebuah kart yang pertama. Kart ini dibina
dengan ‘chasis’ yang ringkas iaitu dengan tiub besi yang disambungkan dengan satu set
tayar mampat dan hanya menggunakan rantai basikal . Kemudian pada 1957 beberapa
individu mula menjalankan aktiviti go-kart mereka di tempat letak kereta Rose Bowl di
Pasedena, Carlifornia (Day, 1961).
Sukan go-kart bernaung di bawah ‘International Kart Federation’ yang
ditubuhkan pada 21 November 1957. Badan ini bertujuan untuk menganjurkan
pertandingan yang adil, menyediakan undang-undang go-kart dalam pelbagai jenis
pertandingan dan menyediakan program pertandingan . Kemajuan sukan go-kart di luar
4
negara tidak dapat disangkal lagi. Kini terdapat itar go-kart berlesen di Las Vegas yang
menawarkan kemudahan sukan go-kart yang berkualiti dan mengikut piawaiannya.
FIA Institute for Motor Sport Safety bertempat di Peranchis merupakan satu
badan yang menjalankan berbagai kajian dalam sukan permotoran khusus dalam aspek
keselamatan. Objektif badan ini ialah membuat kajian prosedur keselamatan dan
teknologi seperti ;
i) Peralatan pemandu
ii) Bentuk kenderaan
iii) Bentuk sirkit atau litar dan perlindungan penonton
iv) Bantuan kecemasan dan kemudahan perubatan
v) Kawalan pertandingan
Selain itu badan ini juga menyediakan latihan pengendalian pertandingan, sirkit,
prosedur keselamatan, latihan dan penggunaan peralatan. Perlindungan kepada peserta,
pegawai dan semua yang terlibat dalam pertandingan sukan permotoran. Kajian sentiasa
dijalankan dan diutamakan untuk keselamatan bersama.
Sukan go-kart bukanlah satu perkara baru dalam arena sukan di negara kita.
Sukan ini tidak lagi terpinggir malah semakin hari pelbagai perubahan dilakukan bagi
meninggikan lagi mutu penciptaannya di samping memenuhi saingan perlumbaan go-
kart yang semakin mencabar. Sukan ekstrim go-kart ini mula mendapat perhatian
daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pertengahan tahun 2001.
Sebelum itu terdapat juga pertandingan-pertandingan kecil diadakan, tetapi tidak secara
meluas
5
Salah satu syarikat yang tertua mengendalikan sukan go-kart ini ialah City
Karting Enterprise di Seksyen 13 Shah Alam. Syarikat ini banyak menganjurkan
pertandingan, perkhidmatan, kursus dan membekalkan alatan sukan go-kart. Menurut
City Karting sukan go-kart memerlukan disiplin yang tinggi, dedikasi serta pengetahuan
teknikal di samping dapat memupuk nilai positif di kalangan remaja. Sukan ini juga
dipercayai mendapat sokongan daripada syarikat dan badan tertentu dalam aspek
penajaan dan pengiklanan. Permas Go-kart Club Sdn. Bhd. bertempat di Permas Jaya
pula memainkan peranan dalam pembangunan sukan go-kart di Johor Bahru. Berbagai
kemudahan disediakan bagi kepuasan dan keselesaan pelanggan semasa bersukan.
Antaranya ialah kemudahan restoran untuk pelanggan menghilangkan dahaga.
Pada November 2001, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
(KUiTTHO) telah menganjurkan pertandingan “Rakan Muda Go-kart Inter IPT 2001”
dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Sukan itu diadakan di Fast
Track Speedzone Elite, Subang Jaya, Selangor. Program ini dijangka dapat mendidik
mahasiswa dalam sistem pengurusan sukan yang lebih efektif dalam mengkomersilkan
sukan go-kart di negara ini di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Selain itu, Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) juga telah menubuhkan
kelab go-kart mereka sendiri yang beroperasi di City Karting Enterprise, Shah Alam.
Begitu juga dengan Universiti Utara Malaysia(UUM) yang sedang membangunkan litar
go-kart mereka sendiri dan telah siap sepenuhnya. Sukan go-kart ditawarkan sebagai
salah satu pilihan dalam ko-kurikulum mereka. Universiti Malaya (UM) pula
mempunyai kelab motor yang kini giat mengadakan aktiviti untuk manfaat pelajarnya.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula dalam kajian untuk membina litar go-kart 2km
di kampusnya.
6
Kini, Kolej Perdana UTM telah menubuhkan kelab go-kart mereka sendiri yang
aktif menjalankan aktiviti untuk mahasiswanya. Kelab ini juga mempunyai 2 buah go-
kart untuk pelajarnya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kejayaan di dalam sesuatu kojohanan antarabangsa adalah merupakan hasil dari
usaha dan persediaan yang dibuat selama bertahun tahun. Dalam setengah-setengah
keadaan, ia memerlukan usaha yang gigih, pengorbanan dan latihan yang intensif yang
bermula diperingkat umur yang muda atau lebih awal daripada itu untuk sukan-sukan
tertentu. Fakta membuktikan bahawa prestasi tinggi yang dicapai oleh ahli-ahli sukan
ialah mereka yang memulakannya dari peringkat umur yang muda.
Kerajaan berhasrat untuk membangunkan dan memajukan pencapaian mutu
sukan kita untuk menonjol di peringkat antarabangsa. Sesungguhnya, terlalu banyak
program yang dijalankan dan dirangka dengan baik oleh kerajaan dengan kerjasama
agensi swasta. Namun begitu, sambutan yang dingin serta kurang memberangsangkan
di kalangan masyarakat menyebabkan negara kita ketandusan atlit – atlit yang
berpotensi, dan mampu untuk diketengahkan diperingkat antarabangsa.
Selain daripada itu juga, masyarakat kita tidak mengetahui bahawa melalui
kegiatan sukan ini, kita dapat menerapkan nilai-nilai murni dan juga memupuk
semangat setiakawan yang berpotensi untuk membentuk sebuah negara yang
mengamalkan integrasi nasional antara kaum serta semangat patriotik di kalangan muda
mudi.
7
Kini, sukan permotoran telah mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.
Formula One amat diminati oleh semua golongan. Maka secara tidak langsung mereka
yang berminat bolehlah berjinak jinak dengan go-kart sebagai landasan sukan
permotoran ini.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah sebuah universiti di
Malaysia yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Sukan. Oleh
yang demikian memandangkan go-kart merupakan sejenis sukan ekstrim yang di gemari
oleh golongan muda. Pelajar adalah dialu-alukan untuk mencuba bidang sukan yang
baru ini dalam senarai sukan pilihan mereka. Maka dengan adanya pembangunan
kemudahan sukan go-kart di universiti ini, maka sukan bermotor ini dapat
diperkembangkan.
1.3 Penyataan Masalah
Semasa bermula sukan go-kart ini di Carlifornia, mereka menghadapi masalah
di mana sukan ini hendak dimainkan . Kemudahan ini amat penting kerana di sinilah
pemain akan menjalani latihan dan mengenali sukan go-kart.
Di Malaysia, kesedaran untuk mempertingkatkan tahap pencapaian atlit sudah
lama di perkatakan dan telah banyak program dijalankan dan dirangka bagi mencapai
objektifnya. Namun peratusan yang mencapai tahap yang diingini adalah rendah.
Mungkin strategi yang digunakan tidak tepat atau pun kemudahan yang disediakan
tidak mencukupi dan tidak mengikut spesifikasi yang sebenar.
8
Pelbagai usaha yang dijalankan oleh KBS dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Malaysia harus diteruskan dan bersama mengembeling tenaga dan juga penubuhan
pusat-pusat permotoran yang menjurus kepada bidang permotoran ini terutamanya go-
kart oleh pihak swasta harus dipandang serius.
Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat sejauh
mana keberkesanan program sukan permotoran yang diterapkan dari akar umbi
memberi pulangannya. Seterusnya semoga dengan adanya kemudahan sukan yang
mencukupi ini pelajar akan lebih membudayakan sukan itu sendiri.
1.4 Objektif Kajian
Fokus utama kajian ini adalah untuk :
1.4.1 Mengenalpasti sejauhmanakah pengetahuan pelajar mengenai sukan bermotor
khasnya go-kart di negara ini iaitu garis panduan tentang pemanduan dan
pengendalian go-kart mengikut piawaiannya.
1.4.2 Meransang minat pelajar ke arah sukan permotoran
1.4.3 Melihat reaksi pelajar jika wujudnya kemudahan sukan go-kart di IPT mereka.
1.4.4 Menyertai pertandingan sukan go-kart yang diadakan di peringkat IPT dan dapat
menaikkan nama universiti
9
1.4.5 Menyerapkan nilai kewarganegaraan sosial, mental, fizikal yang kukuh serta
bertanggungjawab terhadap pemeliharaan dan meninggikan imej negara melalui
prestasi sukan dengan budaya bersukan.
1.4.6 Mengenalpasti kemudahan-kemudahan yang diperlukan pelajar untuk sukan ini.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian yang dijalankan bertujuan mendapatkan respon atau dapatan berkaitan
minat pelajar ke arah sukan permotoran dan kemudahan yang diperlukan. Berpandukan
kajian ini, terdapat persoalan kajian yang berkaitan :
1.5.1 Sejauh manakah pengetahuan pelajar mengenai sukan go-kart?
1.5.2 Adakah wujudnya kemudahan ini mempengaruhi minat pelajar terhadap sukan
go-kart?
1.5.3 Apakah reaksi pelajar jika UTM menawarkan sukan go-kart sebagai sukan
pilihan di universiti?
1.5.4 Apakah kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan oleh pelajar dalam sukan
go-kart?
10
1.6 Definisi Operasional
1.6.1 Kemudahan
Peralatan , sesuatu yang membantu , kemudahan sukan seperti trek larian, kolam
renang.
1.6.2 Go-kart
Kereta lumba yang kecil dan rendah dengan rangka yang terbuka
1.6.3 Sukan Prestasi Tinggi
Terdiri daripada sukan amatur dan sukan professional. Sukan amatur ialah sukan
yang membimbing individu ke arah kejayaan dan kecemerlangan. Menjadi “juara’
adalah pencapaian yang dinginkan. Peserta mempunyai seorang ketua atau pengurus
yang mengutamakan kecemerlangan dalam pencapaian. Sukan amatur mendapat
sokongan daripada kerajaan dan memperolehi sumber kewangan melalui agensi sukan
kerajaan atau persatuan sukan. Sukan professional adalah sukan komersil yang
memberikan penekanan kepada unsur hiburan dan menyediakan ganjaran kewangan
kepada peserta yang tinggi kemahirannya. Para peserta ditaja oleh syarikat atau badan
korporat dan sukan merupakan pekerjaan mereka. Penonton merupakan faktor penting
kerana pendapatan daripada jualan tiket amat mempengaruhi turun naik perniagaan
sukan ini.
11
1.6.4 Pembangunan
Perihal membina, membentuk , memajukan sesuatu untuk mencapai kemajuan,
perkembangan dan sebagainya.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini di harapkan dapat memberi faedah kepada semua pihak yang
berkaitan :
1.7.1 Dapat memberi maklumat kepada pelajar tentang isu, perkembangan sukan go-
kart serta aspek keselamatan yang harus dipatuhi.
1.7.2 Menaikkan nama universiti jika pelajar menyertai dan memenangi pertandingan
go-kart.
1.7.3 Mengasah dan mencari bakat baru yang dipercayai dengan komitmen yang
tinggi pasti pelajar dapat meningkatkan semangat daya saing mereka.
1.7.4 Menggalakkan dan menarik minat setiap golongan supaya menggunakan
kemudahan sukan yang dicadangkan.
1.7.5 Tempat bersukan sebagai pusat interaksi pelajar dan juga kakitangan UTM di
samping membentuk semangat sukan.
12
1.8 Limitasi Kajian
Terdapat kekangan yang timbul dan mempengaruhi kajian:
1.8.1 Subjek tidak semestinya mereka yang aktif dalam bidang sukan.
1.9 Delimitasi Kajian
Kajian ini tidak terbatas kepada perkara-perkara berikut :
1.9.1 Penglibatan subjek dalam aktiviti harian mereka
top related