borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia...
Post on 21-Aug-2019
233 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBINAAN DAN PENILAIAN PANDUAN PENGAJARAN
YANG MENGGUNAKAN PENDEKATAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF BAGI KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya RADIN IDAWATI BINTI ULUAN @ RADIN ISMAIL
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD Disahkan oleh √
___________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap : No. 198, Jalan Toman, Kg. Melayu Batu 10, 81300 Skudai, Johor Bahru, Johor. Tarikh :
___________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
CIK SARIMAH BINTI ISMAIL NAMA PENYELIA
Tarikh :
PEMBINAAN DAN PENILAIAN PANDUAN PENGAJARAN YANG
MENGGUNAKAN PENDEKATAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF
BAGI KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN
RADIN IDAWATI BINTI ULUAN @ RADIN ISMAIL
Laporan Projek Ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : .......................................
Nama Penyelia : Cik Sarimah Binti Ismail
Tarikh : .......................................
iii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………………
Nama Penulis : Radin Idawati Binti Uluan @ Radin Ismail
Tarikh : …………………………………
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Bersyukur ke hadrat Illahi, kerana limpahan rahmat dan kurniaan-Nya
memberi kesabaran, ketabahan, ketekunan, kekuatan dan kesihatan yang sempurna
ke atas hamba-Nya yang daif ini. Kesempatan ini penulis ingin merakamkan
penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Cik
Sarimah Binti Ismail atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh
penyelidikkan Projek Sarjana Muda ini dijalankan. Beliau telah banyak memberi
tunjuk ajar tanpa berasa penat dan jemu dalam proses menyiapkan Projek Sarjana
Muda ini. Kesabaran dan keikhlasan beliau amat saya kagumi dan hargai.
Ucapan terima kasih juga diberikan kepada semua penilai Panduan
Pengajaran Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Institut
Perguruan Tun Hussein Onn, Politeknik Johor Bahru kerana sudi menilai Panduan
Pengajaran yang dibina
Jutaan terima kasih kepada suami dan anak-anak tercinta serta rakan-rakan
yang telah membantu, berbincang dan memberi sumbangan idea bernas dalam
menyiapkan projek penyelidikan ini. Akhir sekali ribuan terima kasih kepada semua
pihak samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
penyempurnaan projek ini.
Semoga jasa dan pengorbanan anda semua dianugerah keberkatan Illahi.
Wassallam.
v
ABSTRAK
Panduan Pengajaran ialah bahan yang boleh digunakan oleh pensyarah sebagai rujukan dan panduan untuk memudahkan pengajaran. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai kesesuaian tiga buah Panduan Pengajaran yang menggunakan Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif bagi Kursus Penyediaan Makanan yang telah dibina merentas pengalaman mengajar penilai. Elemen-elemen yang dinilai adalah kesesuaian struktur ayat dan bahasa, format dan isi kandungan, ilustrasi dan aplikasi pendekatan Koperatif dan Kolaboratif yang digunakan dalam Panduan Pengajaran terbabit. Ketiga-tiga Panduan Pengajaran itu adalah Pengenalan Pendekatan Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif Dalam Kursus Penyediaan Makanan, Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif Bagi Tajuk Hidangan Makanan Bekal dan Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif Bagi Tajuk Hidangan Warga Emas, Seramai tiga orang penilai terlibat dalam Kajian Rintis sementara dua belas orang penilai yang bertindak sebagai responden kajian terlibat dalan kajian sebenar. Instrumen kajian adalah borang soal selidik dan skala likert lima mata telah digunakan untuk mendapatkan maklumbalas jawapan. Data yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan perisian SPSS versi 12.0 untuk mendapatkan peratus dan min. Ujian-t dijalankan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam status kesesuaian Panduan Pengajaran yang dibina merentas pengalaman mengajar penilai. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga Panduan Pengajaran adalah sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan semuanya berada pada tahap yang tinggi. Pengalaman mengajar responden tidak mempengaruhi keputusan penilaian terhadap kesesuaian ketiga-tiga Panduan Pengajaran tersebut. Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan model untuk menghasilkan Panduan Pengajaran yang lebih mantap dan berkesan di masa akan datang.
vi
ABSTRACT
Teaching Guidance is the materials used by Lecturers as reference and guides for effective teaching. The objective of this study is to evaluate the Teaching Guidance of Food Preparation Course using cooperative and collaborative approached which established according to the teaching experience of evaluator. The elements evaluated are the aspect of sentences and languages structured, format and index, illustration and application of cooperative and collaborative approached that applied in Teaching Guidance. The three Teaching Guidance are, Teaching Guidance 1: Introduction of Cooperative and Collaborative Approached in Food Preparation Course, Teaching Guidance 2: Application of Cooperative and Collaborative Approached in Food Preparation Course For Serve of Food Supply, Teaching Guidance 3: Application of Cooperative and Collaborative Approached in Food Preparation Course For Serve of Food for Old Folk). There are three Evaluators involved in the pilot reseach and twelve Evaluators as research respondents involved in actual study. The instrument of this study is questionnaire and likert scale has been used to collect the feedback from respondents. Data collected is processed using SPSS 12.0 for the percentage and mean. The result shows that all three Teaching Guidance are appropriate for teaching materials and they are at high ranking level. The teaching experience of Respondent is not influence the result of evaluating the appropriate of all three Teaching Guidance. This study would probably be a model to established advance Teaching Guidance that compact and effective in future.
vii
SENARAI ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii -xi
SENARAI JADUAL xii-xv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Hipotesis Kajian 6
1.7 Rangka Kerja Konsep 7
1.8 Kepentingan Kajian 8
1.9 Skop Kajian 8
1.10 Definisi Istilah 8
1.11 Rumusan 11
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Teori Penilaian Kit Pengajaran 15
2.3 Model Pengajaran Koperatif Dan Kolaboratif 16
2.3.1 Penyiasatan berkumpulan 16
2.3.2 Model Team – Accelerated Instruction, TAI 17
2.3.3 Student Team Achievement Division - STAD 18
2.3.4 Kaedah Cantuman / Jigsaw 19
2.3.5 Kaedah Belajar Bersama –
Learning Together (LT) 20
2.3.6 Modeal Team – Games Tournament (TGT) 21
2.4 Rumusan Model Pengajaran Koperatif Dan
Kolaboratif 22
2.5 Konsep Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif 23
2.6 Strategi Pembelajaran Koperatif 24
2.7 Strategi Pembelajaran Kolaboratif 25
2.8 Lima Unsur Asas Dalam Pembelajaran Koperatif 27
2.9 Prinsip-Prinsip Asas Pembelajaran Koperatif 26
2.9.1 Saling Kebergantungan Secara Positif 26
2.9.2 Akauntabiliti Individu 27
2.9.3 Interaksi Kumpulan 27
2.9.4 Kemahiran Sosial 27
2.10 Kriteria-Kriteria Asas Dalam Pendekatan
Kolaboratif 28
2.11 Perbezaan dan Persamaan Pembelajaran
Koperatif dan Kolaboratif 28
2.12 Kebaikan dan Keburukan Pembelajaran Koperatif
dan Kolaboratif 29
2.13 Pembolehubah dalam Kriteria-Kriteria Asas Dalam
Panduan Pengajaran 1.2 dan 3. 30
2.13.1 Struktur Ayat dan Bahasa 31
2.13.2 Format dan Isi Kandungan 31
ix
2.13.3 Ilustrasi 31
2.13.4 Aplikasi Pendekatahn Koperatif dan
Kolaboratif 32
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Rekabentuk Kajian 34
3.3 Lokasi Kajian 37
3.4 Sampel Kajian 37
3.5 Instrumen Kajian 38
3.6 Pembinaan Soal Selidik 39
3.7 Kebolehpercayaan Soal Selidik 40
3.8 Tatacara Kajian 41
3.8.1 Kajian Tahap 1 - Membina Panduan
Pengajaran 43
3.8.2 Kajian Tahap 2 - Kajian Rintis dan
Penilaian Formatif 44
3.8.3 Kajian Tahap 3 - Pembetulan Hasil
Kajian Rintis 45
3.8.4 Kajian Tahap 4 - Kajian Sebenar dan
Pengumpulan Data 46
3.8.5 Kajian Tahap 5 – Analisis Data dan
Maklumat 46
3.9 Analisis Data 46
3.9.1 Analisis Data dan Maklumat
Persoalan Kajian 46
3.9.2 Analisis Data dan Maklumat
Persoalan Kajian 3 48
x
BAB 1V DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 49
4.2 Dapatan dan Perbincangan Persoalan Kajian 1 50
4.3 Dapatan dan Perbincangan Persoalan Kajian 2 52
4.3.1 Bahagian A - Latar Belakang Responden 52
4.3.2 Bahagian B – Dapatan Kesesuaian Panduan
Pengajaran Sebagai Bahan P&P 54
4.3.2.1 Kesesuaian Struktur Ayat
dan Bahasa. 55
4.3.2.2 Kesesuaian Format dan Isi
Kandungan 57
4.3.2.3 Kesesuaian Ilustrasi 62
4.3.2.4 Kesesuaian Aplikasi Koperatif
Dan Kolaboratif 64
4.3.2.5 Ringkasan Dapatan Kajian
Bahagian B 68
4.3.3 Bahagian C – Cadangan Penambahbaikan
Panduan Pengajaran 69
4.4 Dapatan dan Perbincangan Persoalan Kajian 3 70
4.4.1 Keputusan Ujian-t Panduan Pengajaran 1 71
4.4.2 Keputusan Ujian-t Panduan Pengajaran 2 73
4.4.3 Keputusan Ujian-t Panduan Pengajaran 3 74
4.4.4 Keputusan Ujian-t Purata Kesesuaian
Panduan Pengajaran 1,2 dan 3 75
4.5 Analisis Keseluruhan 76
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN, CADANGAN
DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 77
xi
5.2 Perbincangan Kajian 77
5.2.1 Bahagian A: Perbincangan Maklumat
Latar Belakang Responden 78
5.2.2 Bahagian B: Perbincangan Terhadap
Persoalan Kajian 2 78
5.2.2.1 Apakah Struktur Ayat dan Bahasa
Dalam Panduan Pengajaran
bersesuaian. 79
5.2.2.2 Apakah Format dan Isi
Kandungan Dalam Panduan
Pengajaran bersesuaian 79
5.2.2.3 Apakah ilustrasi yang digunakan
menarik dan bersesuaian 80
5.2.2.4 Apakah Aplikasi Pendekatan
Koperatif dan Kolaboratif Sesuai
Dalam Panduan Pengajaran 80
5.2.3 Bahagian B: Perbincangan Terhadap
Persoalan Kajian 3 81
5.3 Rumusan 82
5.4 Cadangan 82
5.5 Cadangan Kajian Akan Datang 84
5.6 Penutup 85
5.7 Kesimpulan 86
RUJUKAN 87- 89
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Prosedur Model Penyiasatan Berkumpulan 16
2.2 Prosedur Model Team – Accelerated 17
Instruction,TAI
2.3 Prosedur Student Team Achievement Division 18
(STAD)
2.4 Prosedur Kaedah Cantuman (Jigsaw) 20
2.5 Prosedur Kaedah Belajar Bersama - Learning 21
Together (LT)
2.6 Model Johnson and Johnson (PIGS) dan 26
Kagan (PIES)
2.7 Perbezaan di antara Pembelajaran Koperatif 28
dan Pembelajaran Kolaboratif
2.8 Persamaan di antara Pembelajaran Koperatif 29
dan Pembelajaran Kolaboratif.
3.1 Taburan Responden Yang Dipilih Berdasarkan
xiii
Institusi Pengajaian Tinggi 37 3.2 Taburan Item Soalan Mengikut Faktor 40 3.3 Analisis Data Kajian Rintis 44 3.4 Pengkelasan Skala Lima Mata Kepada Skala 3 Mata 47 3.5 Markat Skala Penyelidik 47
3.6 Pecahan Tahap Markat Skala Penyelidik 47
4.1 Jadual Taburan Responden Mengikut Jantina 52
4.2 Jadual Taburan Responden Mengikut Kelulusan
Akademik 53
4.3 Jadual Taburan Responden Mengikut Pegalaman
Mengajar 53
4.4 Jadual Taburan Responden Mengikut Tempat
Berkhidmat 54
4.5 Keputusan Analisis Kesesuaian Struktur Ayat dan
Bahasa Panduan Pengajaran 1 55
4.6 Keputusan Analisis Kesesuaian Struktur Ayat dan
Bahasa Panduan Pengajaran 2 56
4.7 Keputusan Analisis Kesesuaian Struktur Ayat dan
Bahasa Panduan Pengajaran 3 56
4.8 Keputusan Analisis Kesesuaian Format dan Isi
Kandungan Panduan Pengajaran 1 57
4.9 Keputusan Analisis Kesesuaian Format dan Isi
Kandungan Panduan Pengajaran 2 59
xiv
4.10 Keputusan Analisis Kesesuaian Format dan Isi
Kandungan Panduan Pengajaran 3 61
4.11 Keputusan Analisis Kesesuaian Ilustrasi
Dalam Panduan Pengajaran 1 62
4.12 Keputusan Analisis Kesesuaian Ilustrasi
Dalam Panduan Pengajaran 2 63
4.13 Keputusan Analisis Kesesuaian Ilustrasi
Dalam Panduan Pengajaran 3 63
4.14 Keputusan Analisis Aplikasi Pendekatan Koperatif
Dan Kolaboratif Dalam Panduan Pengajaran 1 64
4.15 Keputusan Analisis Aplikasi Pendekatan Koperatif
Dan Kolaboratif Dalam Panduan Pengajaran 2 65
4.16 Keputusan Analisis Aplikasi Pendekatan Koperatif
Dan Kolaboratif Dalam Panduan Pengajaran 3 66
4.17 Perbezaan Purata Min Pengajaran 1,2 dan 3 68
4.18 Maklum Balas Responden Tentang Panduan
Pengajaran 1 69
4.19 Maklum Balas Responden Tentang Panduan
Pengajaran 2 70
4.20 Maklum Balas Responden Tentang Panduan
Pengajaran 1 70
4.21 Jadual Klasifikasi Ujian-t 71
xv
4.22 Keputusan Ujian-t Panduan Pengajaran 1 71
4.23 Keputusan Ujian-t Panduan Pengajaran 2 73
4.24 Keputusan Ujian-t Panduan Pengajaran 3 74
4.25 Keputusan Ujian-t Purata Kesesuaian
Panduan Pengajaran 1, 2 dan 3 75
xvi
SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA
SURAT
Rajah 1.1: Rangka kerja Konsep 7
Rajah 3.1 Pendekatan Pengajaran Koperatif dan Kolaboratif
Penyiasatan Berkumpulan Yang Diperkenalkan
Oleh Sharan & Sharan (1990) 36
Rajah 3.2 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 42
Rajah 3.3 Rangka Kerja Tahap 1 43
xvii
SENARAI SINGKATAN
BBM - Bahan Bantu Mengajar
GI - Group Investigation
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
KPT - Kementerian Pendidikan Tinggi
LT - Learning Together
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
PKPG - Program Khas Pendidikan Guru
PPBK - Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
PTK - Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan
STAD - Student Team Achievement Division
TAI - Team – Accelerated Instruction
TGT - Team –Games -Tournament
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UPM - Universiti Putra Malaysia
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Skala Likert Lima Mata (Persoalan Kajian 1)
B Surat Kebenaran UTM
C Borang Soal Selidik
D Analisis SPSS
E Surat Kebenaran Memaparkan Gambar
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membina dan meningkatkan
perkembangan sosial dan kemajuan negara yang lebih dinamik dan progresif. Ini
selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang bertujuan meningkatkan taraf
pemodenan dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Pendidikan
adalah kunci kepada usaha membangunkan masyarakat dan negara.
Bagi merealisasikan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi di rantau ini,
kaedah pembelajaran yang semakin menarik dan efektif telah diperkenalkan
menerusi pendekatan pembelajaran aktif di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Pelajar tidak lagi hanya disogokkan dengan kuliah dan tutorial yang membosankan
malah banyak inovasi, idea dan pendekatan baru telah cuba dilaksanakan. Dalam hal
ini Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed mahu pensyarah IPT
menjadikan aktiviti pembelajaran lebih dinamik dan berkesan secara inovatif dan
kreatif. Beliau juga mengarahkan semua pensyarah IPT menerapkan kemahiran
insaniah dalam proses pembelajaran aktif bagi membolehkan pelajar lebih kompetitif
dan berketrampilan. Contoh aktiviti pembelajaran aktif yang mudah adalah dengan
meminta dan memberi sedikit masa untuk pelajar berbincang dengan rakan
disebelahnya, sebelum meminta mereka memberikan idea kepada keseluruhan kelas.
Antara pendekatan pembelajaran aktif ialah pembelajaran koperatif (cooperative
2
learning) dan pembelajaran berasaskan masalah (problem-based learning). Kedua-
dua pendekatan pembelajaran ini bukan saja dapat meningkatkan kualiti
pembelajaran tetapi juga kemahiran generik. Dalam strategi pembelajaran aktif,
pelajar bukan sahaja belajar dari rakan lain bahkan teknologi maklumat melalui akses
kendiri supaya mendapat tahap pencapaian yang cemerlang.
Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif adalah satu pendekatan pengajaran
dan pembelajaran (P&P) secara kumpulan kecil. Aktiviti dalam kumpulan
membolehkan pelajar mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang
sesama mereka dan menyelesaikan masalah bersama. Pelajar yang berkebolehan
tinggi dapat membantu pelajar yang berkebolehan rendah. Secara tidak langsung
dapat meningkatkan gred pencapaian keseluruhan, memperkembangkan harga diri
dan motivasi yang lebih tinggi untuk melaksanakan sesuatu tugas.
1.2 Latar Belakang Masalah
Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia pelajar-pelajar yang
mengikuti Kursus Penyediaan Makanan (SPL 2122) adalah guru-guru Program Khas
Pensiswazahan Guru (PKPG) yang majoritinya mempunyai pengalaman mengajar
Kemahiran Hidup dari sekolah yang berlainan dan mempunyai pengalaman mengajar
yang berbeza. Pembelajaran dan aktiviti secara kumpulan membolehkan mereka
berkongsi idea dan pengalaman dan mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang
berkenaan untuk menghasilkan satu tugasan yang berkualiti dan cemerlang. Mata
pelajaran Penyediaan Makanan (SPL 2122) yang ditawarkan pada Semester Dua
Tahun Tiga Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPH di
Universiti Teknologi Malaysia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu teori dan
amali. Masa yang diperuntukkan adalah empat jam seminggu iaitu satu jam untuk
teori dan tiga jam untuk amali. Teori masakan yang dipelajari pada setiap minggu
akan dipraktikkan dalam amali masakan. Amali masakan melatih pelajar supaya
cekap dalam menghasilkan masakan secara berkumpulan dalam menu yang telah
ditetapkan. P&P amali dibuat dalam kumpulan tidak lebih tiga orang di mana ahli
3
kumpulan ditentukan mengikut pilihan sendiri. Ini boleh menyebabkan wujudnya
perbezaan individu antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Contohnya
kumpulan yang terdiri daripada ahli kumpulan yang mempunyai pengalaman
mengajar Ekonomi Rumah Tangga tentunya lebih bernasib baik kerana pengalaman
yang dimiliki dapat membantu penghasilan kerja yang lebih berkualiti. Di akhir
pembelajaran pelajar dikehendaki menyediakan laporan lengkap amali masakan yang
telah dijalankan.
Dalam zaman yang serba canggih ini kita memerlukan satu kaedah yang baru
dan ingin menghasilkan sesuatu yang lebih kondusif untuk bahan pengajaran. Hasil
dari temubual dengan pensyarah yang mengajar mata pelajaran Penyediaan
Makanan, mereka melahirkan rasa gembira dengan usaha untuk menghasilkan
Panduan Pengajaran. Berdasarkan situasi di atas penyelidik cuba membina Panduan
Pengajaran yang menggunakan Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif dalam aktiviti
P&P dan diharapkan kelas teori dan amali yang dijalankan bukan sahaja memberi
kemahiran dalam bidang Penyediaan Makanan tetapi juga dapat menanamkan sikap
kerjasama, meningkatkan kualiti pembelajaran dan menjadikan pelajar lebih
kompetitif dan berketrampilan. Malangnya sehingga kini tiada Panduan Pengajaran
yang khas bagi setiap tajuk dalam Kursus Penyediaan Makanan (SPL 2122) yang
dapat dijadikan panduan bagi memudahkan dan menyeragamkan pengajaran
pensyarah yang berbeza sedangkan mengajar Kursus yang sama. Mereka mengajar
hanya berpandukan kepada Sukatan Pelajaran yang disediakan. Oleh itu Panduan
Pengajaran menggunakan Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif yang dibangunkan
ini diharap dapat dijadikan panduan terutamanya kepada pensyarah baru dan
mengurangkan ralat dalam P&P yang diajar oleh beberapa orang pensyarah untuk
menghasilkan pengajaran yang lebih efektif dan homogenus.
Dengan penghasilan Panduan Pengajaran ini penyelidik ingin mengkaji
persepsi pensyarah-pensyarah di Institut Pengajian Tinggi yang berpengalaman
mengajar dalam mata pelajaran Penyediaan Makanan terhadap kesesuaian panduan
pengajaran Kursus Penyediaan Makanan (SPL 2122) yang dihasilkan menggunakan
Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif.
4
1.3 Pernyataan Masalah
Kaedah pengajaran dan pembelajaran aktif menggunakan Pendekatan
Koperatif dan Kolaboratif telahpun diaplikasikan di Institut Pengajian Tinggi bagi
menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada pelajar. Kaedah ini dilaksanakan
dengan tujuan untuk menjadikan aktiviti pembelajaran lebih dinamik dan berkesan
secara inovatif dan kreatif.
Berdasarkan kepada latar belakang masalah dan matlamat untuk menjadikan
aktiviti pembelajaran lebih dinamik dan berkesan, pengkaji ingin menghasilkan
Panduan Pengajaran menggunakan Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif bagi
Kursus Penyediaan Makanan (SPL 2122) dan menilai kesesuaian Panduan
Pengajaran yang dihasilkan.
1.4 Objektif Kajian Tentang Pembinaan Panduan Pengajaran.
Diantara objektif kajian ialah:
1.4.1 Membina tiga Panduan pengajaran yang menggunakan Pendekatan Koperatif
dan Kolaboratif bagi mata pelajaran Penyediaan Makanan.
1. Panduan Pengajaran 1 – Pengenalan Pendekatan Koperatif Dan
Kolaboratif Dalam Kursus Penyediaan Makanan.
2. Panduan Pengajaran 2 – Aplikasi Pendekatan Koperatif Dan Kolaboratif
Bagi Tajuk Hidangan Makanan Bekal.
3. Panduan Pengajaran 3 – Aplikasi Pendekatan Koperatif Dan Kolaboratif
Bagi Tajuk Hidangan Warga Emas
5
1.4.2 Menilai kesesuaian ketiga-tiga Panduan Pengajaran yang telah dibina untuk
pengajaran Kursus Penyediaan Makanan dari aspek:
a. struktur ayat dan bahasa.
b. format dan isi kandungan.
c. ilustrasi.
d. aplikasi Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif.
1.4.3 Membandingkan kesesuaian ketiga-tiga Panduan Pengajaran yang telah
dibina untuk pengajaran Kursus Penyediaan Makanan berdasarkan
pengalaman mengajar penilai.
1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian yang berkaitan:
1. Apakah pembinaan tiga Panduan Pengajaran yang menggunakan Pendekatan
Koperatif dan Kolaboratif bagi Kursus Penyediaan Makanan sesuai digunakan
sebagai bahan pengajaran?
1. Panduan Pengajaran 1 – Pengenalan Pendekatan Koperatif Dan Kolaboratif
Dalam Kursus Penyediaan Makanan.
3. Panduan Pengajaran 2 – Aplikasi Pendekatan Koperatif Dan Kolaboratif
Bagi Tajuk Hidangan Makanan Bekal.
3. Panduan Pengajaran 3 – Aplikasi Pendekatan Koperatif Dan Kolaboratif
Bagi Tajuk Hidangan Warga Emas
6
2. Apakah ketiga-tiga Panduan Pengajaran yang dibina sesuai untuk digunakan
sebagai bahan P&P dari aspek struktur ayat dan bahasa, format dan isi kandungan,
ilustrasi dan aplikasi Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif?
3. Apakah terdapat perbezaan kesesuaian ketiga-tiga Panduan Pengajaran yang di
bina berdasarkan pengalaman mengajar penilai?
top related