cara cara menanam kelapa sawit powerpoint presentation
Post on 19-Jul-2015
493 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENDAHULUAN
Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasantanah yang gembur, tanah liat gembur dantanah gambut (kurang dari satu meter dalam).Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanahmasam dan tanah paya adalah kurang sesuaibagi tanaman kelapa sawit. Walaubagaimanapun dengan pengurusan sistempengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengankelapa sawit dengan jayanya.
PERLAKSANAAN KERJA
Kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan penanamankacang penutup bumi dikawasan ladang hendaklahdisempurnakan sebelum menanam anak-anak pokokkelapa sawit.Pembersihan: Kerja-kerja membersih ladang hendaklahmengambilkira kos bunuh dan jentera, keadaan tanah(curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula.Adalah penting operasi pembersihan ladang dijalankanserentak dengan masa anak benih dapat diperolehi daripembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masapenyediaan ladang hendaklah disesuaikan dengan masamengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untukditanam diladang. Perancangan jadual kerja adalah amatmustahak untuk kejayaan penanaman diladang.
PEMBARISAN:
Barisan tanaman dibuat mengikut arah
Utara-Selatan supaya pokok-pokok
mendapat cahaya matahari yang maksima.
KEKACANG PENUTUP BUMI:
Menanam kekacang penutup bumi dilakukan
setelah kerja-kerja pembarisan selesai
dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak perlu
tanam kekacang).
PENUTUP BUMI ADALAH UNTUK:
Mengawal hakisan
Memperbaiki status zat pemakanan dalam
tanah, khususnya Nitrogen
Memelihara kelembapan tanah
TIGA JENIS KEKACANG PENUTUP BUMI YANG
BIASA DITANAM ADALAH:
Centrosema pubescens
Pueraria phaseoloides
Calopogonium mucunoides/caeruleum
SETERUSNYA
Benih kekacang boleh dibeli dari pembekal-
pembekal swasta manakala kompos
rhizobium boleh dibeli di Institut Penyelidikan
Getah Malaysia (RRIM).
KAEDAH RINGKAS MENANAM KEKACANG
PENUTUP BUMI ADALAH SEPERTI BERIKUT:
Umumnya campuran 10g kompos rhizobium
dengan 10kg biji benih kekacang digunakan.
Campuran tersebut ditabur didalam jalur
yang selari diantara 2 barisan pokok kelapa
sawit.
Jarak diantara jalur-jalur adalah 2 meter.
CONTOH KADAR CAMPURAN BIJI BENIH
KEKACANG ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
Kekacang Kg/haCentrocema pubescens 4.0Pueraria phaseoloides 1.1Calopogonium caeruleum 0.6Baja campuran N:P:K:Mg (15:15:6:4) digunakansebagai baja asas dengan kadar 56 kg/hektar.Tabur baja debu Fosfat (seperti CIRP) pada kadar560 kg sehektar mengikut jadual berikut:Umur KekacangKadar Baja Debu Fosfat (kg/ha)Semasa menanam (sepanjang jalur-jalur)
SEMASA MENANAM (SEPANJANG JALUR-JALUR)
1122 bulan1126 bulan1128 bulan11212 bulan112
PENGAWALAN
Pengawalan rumpai dan serangga perosak
diperlukan dengan mengguna racun-racun
yang sesuai jika hendak memperolehi
tanaman kacang yang baik.
PENANAMANPENANAMAN: ANAK BENIH SAWIT
YANG TELAH BERUMUR 12-15 BULAN DITAPAK
SEMAIAN ADALAH SESUAI UNTUK DITANAM.Kaedah ringkas penanaman adalah sepertiberikut:-Lubang Tanaman disediakan 2-3 minggusebelum menanam. Ukuran lubang mestidilebihkan dari ukuran polibeg supayapenanaman mudah dijalankan. Tanah lapisanbawah dan lapisan atas diasingkan.Taburkan 150g - 200g baja Fosfat didalamlubang.
SETERUSNYA
Buangkan/Tanggalkan polibeg sebelum anak
benih ditanam. Masukkan anak benih
kedalam lubang yang telah disediakan.
Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas
dahulu dan diikuti dengan tanah lapisan
bawah supaya buku-pangkal pokok
berkeadaan sama rata dengan permukaan
tanah.
KEPADATAN POKOK SEHEKTAR DENGAN JARAK
TANAMAN YANG BERBEZA ADALAH SEPERTI
JADUAL DIBAWAH:
JarakJumlah PokokMeter (Kaki)
Hektar (Ekar)
8.5 (28)160 (65)8.7 (29)148 (60)9.0 (30)136 (55)
SULAM POKOK-POKOK YANG MATI APABILA
MENJALANI PEMERIKSAAN SEKURANG-
KURANGNYA 6 BULAN SELEPAS MENANAM.
Tanaman selinganTanaman selingan:
Kacang tanah, jagong dan lain-lain tanaman
kontan atau sayur-sayuran boleh ditanam
sebagai selingan dalam masa tiga tahun
pertama selepas pokok sawit ditanam.
Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan
dalam pemilihan tanaman selingan ialah:
Tanaman itu memberi keuntungan dalam
masa tiga tahun.
PERSAINGAN
Tanaman itu tidak memberi persaingan yang
boleh menjejaskan
kesuburan pokok kelapa sawit dari segi zat-
zat pemakanan, air dan cahaya matahari.
Ada pasaran atau mudah memasarkan hasil
tanaman selingan itu.
TERNAKAN TERNAKAN :
Haiwan ternakan terutamanya kambing biri-
biri mempunyai potensi yang baik untuk
diternakkan diladang kelapa sawit.
Disamping menambahkan hasil dari jualan
ternakan, ia dapat juga mengurangkan kos
pengawalan rumpai.
top related