ciri-ciri tamadun dan hubunganya dengan pembinaan tamadun malaysia
Post on 18-Jun-2015
2.684 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA
CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN
MALAYSIA
KONSEP TAMADUN
Perkataan tamadun berasal daripada Bahasa Arab yang
bermaksud kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku.
Secara umumnya maksud perkataan tamadun merujuk kepada
pencapaian sesuatu masyarakat atau negara dalam bidang ilmu
pengetahuan ,pentadbiran,undang-undang,kepercayaan
agama,kesenian,perbandaran dan sistem tulisan,moral serta adat
resam.
DEFINISI TAMADUN MENURUT TOKOH
TOKOH ISLAM
Menurut Ibnu Khaldun tamadun bermaksud meliputi pembangunan
lahiriah dan rohaniah .
Manakala menurut Syed Naquib al-Attas pula tamadun merupakan
pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang
luhur oleh sesebuah masyarakat.
Menurut Muhamad Farid Wajdi dalam kitabnya Al-Madaniah Wa al-
Islam menyatakan tamadun sebagai kehidupan yang berasaskan
akidah,syarak dan akhlak.
TOKOH BARAT
Menurut Arnold Toynbee tamadun ialah suatu sistem masyarakat
yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluran atau
produktiviti dan mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan
ekonomi,sistem politik,pengetahuan dan seni.
Menurut J.R.Strayer dalam The Mainstream of
Civilization,menjelaskan tamadun ada hubungan dengan
perbandaran ,tamadun itu lahir di bandar.
Manakala menurut Oswarld Spengeler tamadun barat lebih
mementingkan kebendaan kerana kebendaan itu yang membawa
kepada kemajuan.
CIRI-CIRI TAMADUN
PENEMPATAN KEKAL
Masyarakat bertamadun tidak lagi menjalankan aktiviti
nomad,sebaliknya mereka akan menetap di kawasan-kawasan
yang boleh membekalkan hasil makanan kepada mereka.
Ciri-ciri ekonomi asas di kawasan ini ialah wujudnya sumber
makanan asas seperti tumbuhan bijirin liar serta sumber protein
seperti ikan.
Sebelum membina sesuatu penempatan kekal beberapa ciri-ciri
geografi perlu diambil kira.
Antara ciri-ciri tersebut ialah kawasan penempatan sesuai di bina
di lembah sungai kerana tanahnya mempunyai tahap kesuburan
semulajadi bagi permulaan kepada pertanian tetap,bekalan air
bersih yang kekal dan sumber protein seperti ikan.
Antara contoh tamadun awal yang bermula di lembah sungai ialah
Tamadun Mesir di lembah sungai Nil ,Tamadun Sumeria di lembah
sungai Eruphrates,Tamadun Mohenjo Daro-Harappa di lembah
Sungai Indus.
KEPERCAYAAN DAN AGAMA
Tamadun awal menyembah banyak Tuhan atau bersifat politeisme
contohnya orang – orang Sumeria, Mesir dan Indus.
Tuhan utama bagi orang Sumeria ialah Anu iaitu dewa langit.
Orang Mesir pula tuhan yang paling penting Amon – Re iaitu tuhan
matahari dan Osiris iaitu tuhan sungai Nil.
Manakala dewa – dewi yang disembah oleh orang Indus ialah dewa
bermuka tiga.
Bagi orang Aryan mereka menyembah tuhan matahari ( Mitra ),
langit (Dyaus) dan api ( Agni ). Tuhan yang paling popular ialah
tuhan Indra.
Manakala tamadun Islam menekankan konsep Tauhid iaitu
mengesakan Allah swt sebagai tuhan yang berhak disembah,
memiliki segala kesempurnaan, berkuasa mencipta alam semesta.
Dengan sendirinya, menolak segala ajaran anthropomorphisme,
iaitu segala bentuk penyembahan atau penyamaan tuhan dengan
makhluk Nya.
Mempercayai enam rukun iman , beriman kepada Allah, kepada
Malaikat, kitab – kitab suci Allah, para Rasul, hari Kiamat dan Qada
dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah swt.
KEMAJUAN TEKNOLOGI
Perkembangan tahap pemikiran melambangkan kemajuan sains
dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal.
Contohnya ,mereka sudah pandai mencipta roda, layar kapal,
terusan, tembok dan benteng.
Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan
dan pengangkutan.
Kemajuan-kemajuan ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti
Mesir dan Mesopotamia.
URBANISASI
Manusia hidup tetap di sesuatu tempat ,contohnya menetap
di lembah-lembah sungai
Sebab; tanahnya subur dan bekalan air yang mencukupi
untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti
pertanian, penternakan dan perdagangan
Petempatan kekal bermula di Mesir sejak tahun 7000 S.M.
Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada
kemunculan bandar-bandar Memphis , Dhilkah dan Thebes.
TULISAN DAN BAHASA
Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, atau
berbentuk pepaku
Tulisan-tulisan ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara.
Lambang-lambang bertulis merupakan alat yang melahirkan idea-
idea perundangan, pengetahuan serta memudahkan pengendalian
pentadbiran, percukaian dan perakaunan.
Contohnya tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk
merekodkan upacara keagamaan dan harta kuil,manakala tulisan
Cuniform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekodkan
tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.
ORGANISASI SOSIAL
Struktur dan organisasi masyarakat yang tersusun
menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai
ketamadunan.
Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah
membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur.
Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas,di ikuti golongan
bangsawan yang memainkan peranan sebagai
pentadbir,Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk
melakukan upacara keagamaan.
Rakyat biasa pula menjalankan aktiviti ekonomi masing-
masing,manakala golongan hamba pula menjalankan kerja-kerja
berat.
Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem
perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi
nyawa dan harta benda
Contoh ; kehidupan berstruktur seperti ini jelas dalam kehidupan
masyarakat tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja
Hammurabi.
PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
Pembinaan tamadun Malaysia banyak dipengaruhi oleh
tamadun Islam.
Selain itu juga pembinaan tamadun Malaysia merupakan
kesinambungan daripada pembinaan tamadun Melayu iaitu
Melaka,Temasik,Srivijaya dan Johor-Ria.
Pengaruh tersebut dapat dilihat dari segi
politik,perundangan,pendidikan serta bahasa dan
kesusasteraan.
KEMAJUAN TEKNOLOGI MALAYSIA Memberikan impak yang besar dalam
bidang-bidang tertentu Khususnya dalam bidang pertanian,
perusahaan dan perikanan Kemajuan teknologi juga pada media
dan perhubungan
SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA Malaysia merupakan sebuah negara bangsa
berbentuk persekutuan Tamadun Melayu-Islam mempengaruhi
sistem pemerintahan Sultan/ Raja/ Yang di-Pertua berkuasa dalam
sistem politik Perlembagaan Malaysia memaktubkan dua
institusi beraja iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai komponen penting dalam pemerintahan demokrasi berparlimen
Yang di-Pertua Agong merupakan ketua utama negara yang mengetuai tiga buah badan :Badan Pemerintah (eksekutif)Badan Perundingan (Legislatif)Badan Kehakiman (judikatif)
YDP tidak terlibat dalam politik dan pemerintahan negara Baginda merupakan payung atau paksi kepada
perjalanan sistem pemerintahan negara Baginda tidak berkuasa mutlak dan bertindak atas
nasihat PM atau JM seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Urbanisasi Malaysia
Sistem perumahan yang terancang dan selamat
Usaha naik-taraf pada kawasan-kawasan yang tertentu
Memajukan kawasan perbandaran dan perkampungan
AGAMA DAN ISTIADAT MALAYSIA Islam dan adat Melayu banyak mempengaruhi
agama dan istiadat di Malaysia Islam menjadi faktor definitif Melayu di negara ini Islam juga menjadi identiti Sosial dan budaya
orang Melayu Islam juga menjadi Ketua agama bagi setiap
negeri di dalam persekutuan Agama-agama lain bebas dianuti dan diamal
kecuali aliran atau fahaman yang dianggap menyeleweng atau sesat
Sejak dahulu lagi setiap negeri di Tanah Melayu mempunyai
undang-undang yang tersendiri seperti Hukum Kanun
Melaka,Undang-Undang Tubuh Negeri Johor dan Pelembagaan
Negeri Terengganu.
Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan dan
perlembagaan ini telah dilanjutkan pula kepada entiti politik
Malaysia dalam pelembagaan Malaysia dan pelembagaan negeri.
SISTEM PERUNDANGAN
Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca di kalangan para
pedagang yang telah berdagang di Tanah Melayu.
Pengaruh bahasa Melayu amat tinggi sehingga ia dimaktubkan
di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia
bahawa bahasa Melayu dijadikan sebagi bahasa Kebangsaan
Malaysia.
Di dalam bidang pendidikan pula,Akta Pendidikan (1961)
bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama
dalam sistem pendidikan negara,di peringkat sekolah rendah
sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Tamadun Malaysia memenuhi ciri-ciri sesebuah tamadun dan
berkembang pesat bersamanya
Tanpa panduan dan rujukan daripada tamadun tersebut tidak
mungkin tamadun Malaysia dapat mencapai kemajuan dari segi
lahiriah dan rohaniah.
Oleh itu bagi memastikan negara kita terus maju ke hadapan kita
hendaklah banyak mengkaji tentang kemajuan yang dicapai oleh
tamdun Islam yang dipimpin oleh khalifah-khalifah yang hebat
secara lebih mendalam lagi.
top related