dasar british dan kesan kepada ekonomi sejarah bab 10
Post on 12-Apr-2017
694 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Bab 10:Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi
• Dasar British Terhadap Pertanian• Kesan-kesan Dasar Ekonomi
• Rumusan
Yuga Nitesh Afizah
DASAR BRITISH TERHADAP PERTANIAN
Orang Melayu diperkenalkan dengan tanaman baru yang mendapat pasaran yang amat baik pada peringkat antarabangsa
British berusaha mengkomersialkan tanaman tradisional.
Tanaman tersebut diusahakan oleh tenaga buruh dari China dan India
Untuk meneruskan penguasaan ekonomi ,British memperkenalkan undang-undang berhubung tanah
Undang-undang Berhubung TanahSebelum
kedatangan British,segala hal yang berkaitan dengan tanah
adalah dibawah kuasa pembesar
Melayu.
Sistem ini tidak mempunyai rekod dan catatan yang
terperinci .
Bagi British,rekod bertulis adalah penting untuk
urusan pentadbiran.
British memperkenalkan undang-undang
tanah berkonsepkan Barat.
British membahagikan
tanah mengikut nilai komersial .
Kadar cukai bergantung kepada
jenis tanah.
Sesiapa yang ingin mengusahakan
tanah perlu membuat
permohonan di Pejabat
Tanah,bukan lagi pembesar
Undang-undang tanah memberikan kuasa kepada Residen Negeri untuk menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang diberikan
kepada pemodal.Dasar British juga membawa kepada perkembangan sistem ekonomi
wang.Akta Tanah Simpanan Melayu diluluskan oleh MMP.
Akta ini bertujuan mengelakkan tanah orang Melayu jatuh kepada orang asing.
Melalui akta ini Residen berkuasa menentukan kawasan tanah Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu.Oleh itu,tanah dapat diselamatkan
daripada dijual.Akta ini bertujuan melindungi kepentingan penjajah.Orang Melayu
dilarang mengusahakan Tanah Simpanan Melayu.Akta Land Order diisytiharkan pada tahun 1931 di Sarawak bertujuan
melindungi tanah daripada dicerobohi oleh orang Cina.
Tanah Simpanan MelayuBerita Harian ,14 November 2014
Melalui undang-undang ini hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui perwarisan yang bertujuan mengelakkan tanah jatuh kepada orang luar.
-tanah campuranGolongan imigran
hanya berhak terhadap tanah ini.
-tanah simpananDilindungi
oleh peribumi
-tanah pedalamanDilindungi
oleh peribumi
Undang-undang ini membahagikan tanah di Sarawak kepada 3 bahagian.
Proklomasi III perlindungan Hak Peribumi diwartakan di Sabah
Kesan Peraturan
ini
Melindungi kepentingan peribumi
Menetapkan kepentingan hak milik di
bawah kuasa Pegawai Daerah
Penduduk berhak
menuntut ganti rugi
terhadap yang dijual kepada orang asing
Dasar British Terhadap Pekebun Kecil
Enakmen Tanah Padi 1917
Melarang penanaman
getah di kawasan
padi
Tujuannya adalah untuk
mengurangkan
penyertaan pekebun
kecil.
Premium memohon
tanah untuk
tanaman getah
dinaikkan.
Padi kurang
diusahakan oleh orang
Melayu.Oleh itu,beras diimport
dari Myanmar,T
hailand dan
IndoChina.
British risau bekalan beras tidak terjamin oleh itu British memperkenalk
an Jabatan Parit dan Tali
Air bagi membaiki
sistem perparitan dan
tali air bagi membantu penanaman
padi.
Tali air
Kesan-kesan Dasar Ekonomi
• Pembandaran• Pembentukan masyarakat berbilang kaum
• Sistem pendidikan vernakular• Sektor perkilangan
• Sistem pengangkutan dan perhubungan• Perkhidmatan kesihatan
Pembandaran Perubahan dari pekan kecil kepada
bandar hasil pertambahan fungsi atau kegiatan ekonomi.
Kawasan perlombongan alami pertambahan
penduduk serta fungsinya sebagai pengumpulan
hasil.
Pertambahan fungsi bandar menjadikan
bandar sebagai pusat pentadbiran.
Contoh:Kuala Lumpur dan Taiping
Perkembangan sistem pengangkutan dan aktiviti ekonomi mempengaruhi
bandar-bandar baru
Kedudukan strategik sesuatu
kawasan membolehkannya
menjadi penghubung
kepada kawasan lain
Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum
Dasar British membawa imigran asing membentuk masyarakat
majmuk.
Kewujudan masyarakat majmuk menyebabkan petempatan dan jenis
pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum
Bahasa dan pertuturan dalam kerangka sosial juga berbeza antara satu sama lain
Ternyata tidak terdapat integrasi
kaum
Sistem Pendidikan Vernakular
Sistem pendidikan yang menggunakan bahsa ibunda kaum masing-masing.
Sebelum penjajah,orang Melayu mendapat pendidikan di pondok.Pendidikan tertumpu kepada aspek membaca,memahami Al-Quran,mempelajari bahasa Arab dan hukum agama.
Selepas penjajahan,pendidikan di Tanah Melayu mula berubah.
Sekolah melayu Ditubuhkan hanya peringkat sekolah rendah dan
kurikulumnya terbatas . British hanya ingin menjadikan anak Melayu sebagai
petani yang lebih baik daripada bapanya . Satu-satunya institusi lanjutan adalah Maktab Perguruan
Sultan Idris(MPSI) Sekolah untuk golongan elit ialah Kolej Melayu Kuala
Kangsar(KMKK)
Sekolah India Di kawasan bandar,British sediakan sekolah untuk
masyarakat India. Di estet,pihak perladangan yang membiayai sekolah tamil. Sukatan pelajaran,buku dan tenaga pengajar dari India. Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
Sekolah Cina Sekolah dibiayai oleh saudagar cina. Sekolah menggunakan dialek masing-masing bahasa
pengantar. Guru,buku dan sukatan pelajaran adalah datang dari
China. British meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah 1920
bagi menyekat pemgaruh komunis.
Pendidikan Inggeris pada peringkat awal merupakan usaha mubaligh kristian
dan badan sukarela. Sekolah Inggeris dianggap elit terletak di tengah bandar
dan pelajarnya terdiri daripada golongan atasan. Kurikulumnya berdasarkan sistem pendidikan di England.
Sektor Perkilangan
Aktiviti ekonomi
Britsh tertumpu kepada
pengeluaran bahan mentah
seperti bijih mentah dan
getah.
Aktiviti perindustrian dimonopoli oleh orang Eropah dan orang Cina.
Oleh itu,masyaraka
t Melayu tercicir dalam
sektor perkilangan.
Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
Kegiatan perlombongan dan pertanian menyebabkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan.
Jalan keretapi dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih eksport.
Pembinaan jalan keretapi menggalakkan pembukaan kawasan baru.
Jalan denai dan kereta lembu diganti dengan jalan raya dalam bentuk berturap.
Jalan raya bertambah popular apabila kenderaan bermotor diperkenalkan.
Perkembangan pesat ekonomi menyebabkan sistem perhubungan seperti telegraf,telefon,pos,radio dan perkhidmatan udara.
Perkhidmatan Kesihatan
Kemasukan beramai-ramai imigran asing menyebabkan tempat kerja dan tempat tinggal tidak terurus.
Oleh itu,penyakit berjangkit mudah merebak. Kerajaan British telah menubuhkan hospital serta pusat
kesihatan untuk mengawal peyakit. Institut Penyelidikan Perubatan(Institute for Medical
Research)ditubuhkan.
Rumusan Tidak dinafikan bahawa pada zaman penjajahan telah
terdapat bayak pembanguan infrastruktur dan sosial.Tetapi,harus diingat bahawa pembangunan ini dilakukan demi melicinkan lagi kegiatan ekonomi pihak penjajah itu sendiri serta golongan komprador yang turut bersama-sama mengaut keuntungan.
top related