definisi bbm
Post on 20-Jun-2015
6.132 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1.0 Definisi :
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran ( Bahan Bantu Mengajar )
Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan
program pembelajaran,menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar
untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih
menarik. Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yangtersisih
sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut
Noraziah Abdul Hamid
( 1981: 2 ) , bertajuk “ Alatan Mengajar Dalam
Pengajaran Bahasa
, ‘ alat bantu ‘ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses
tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran
p e r h u b u n g a n a n t a r a g u r u d a n m u r i d d a n s e b a l i k n y a , m u r i d
s e s a m a m u r i d s e r t a m e m b a n t u a t a u mempercepatkan proses pemahaman
mereka.
Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964) yang digambarkan dalam bentuk
“cone of experience ” di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-
abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga sebahagi
daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walau
kaedah apa digunakan sekalipun BBM pasti turut sama, supaya komunikasi guru murid
berjalan dengan baik.
David Berlo dalam proses komunikasi i tu terdapat empat
ciri penting iai tu sumber, pesanan, saluran danpenerima.Isi pengajaran
sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui l isan, BBM dan
tulisan.Empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dewasa ini
pengetahuan saintifik,psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi, beberapa BBM yang
baru dan lama perlu digunakan untuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak
berupaya mengambil tempat seorang guru.
Untuk mencapai matlamat di atas, bukanlah satu perkara mudah kerana ia
memerlukankesungguhan, kebijaksanaan dan ketabahan kedua belah pihak iaitu guru dan
murid-murid itu sendiri.Keberkesanan guru yang mengajar di bilik darjah pula tidak akan
tercapai dengan baik tanpa sokonganb a h a n b a n t u m e n g a j a r y a n g k r e a t i f ,
c a n t i k d a n m e n a r i k . B a h a n b a n t u m e n g a j a r i t u p u l a p e r l u
diinovasikan ( Kamus Dewan 1989 : 455 menjelaskan inovasi bermaksud
memperkenalkan sesuatu yang baru atau memperbaharui sesuatu yang telah sedia ada
dengan diberi wajah baru) Mengikut penyelidikan yang telah dibuat oleh pakar-
pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan pengetahuan
yang diperolehi oleh manusia,75% adalah diperolehi melalui deria pandang ,
13% daripada deria dengar 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa , 3%
Daripada deria bau. ( Mok Soon Sang, Lee Shok Mee : 1986 )
Berdasarkan kajian di atas, bolehlah dikatakan bahawa pancaindera
pandang dan dengar merupakan dua saluran indera yang penting sekali
dalam proses pembelajaran, terutama bagi murid- murid di sekolah rendah. Bagi
murid-murid dalam lingkungan umur 6 – 12 tahun , mereka masih banyakbergantung
kepada pengalaman-pengalaman konkrit dan banyak
menggunakan deria pandang dan dengar untuk menguasai
kemahiran dan memperolehi i lmu pengetahuan. Oleh yang demikian
sumber pengajaran dan pembelajaran ( bahan bantu mengajar ) khasnya alat
pandang dengar, memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, terutamanya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas KBSR.
1.0 Definisi :
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran ( Bahan Bantu Mengajar )
Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan
program pembelajaran,menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar
untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih
menarik. Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih
sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut
Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk “ Alatan Mengajar Dalam
Pengajaran Bahasa
1 . 1 D e f i n i s i K o n s e p
1 . 1 . 1 P e n g a j a r a n
M e r u p a k a n s a t u b e n t u k k o m u n i k a s i b e r t u j u a n u n t u k m e m
b e r i t a h u , m e m p e n g a r u h i , m e m p e n g a r u h i d a n m e n g h i b u r . T u g a s
p e n g a j a r u n t u k m e m b e r i t a h u a t a u m e n y a m p a i s a t u himpunan
maklumat atau fakta kepada murid-murid. Tujuan BBM juga untuk
mempengaruhi danmenghibur .( Kamarudin Husin: 1989)
1 . 1 . 2 P e m b e l a j a r a n
Berlaku apabila guru berjaya dalam usaha komunikasinya. Pembelajaran
berjaya dicapai dan dipertingkatkan melalui:
• penerangan guru yang jelas
• pengalaman murid yang bererti
• kegiatan yang menyeronokkan murid dan guruJadi, pembinaan BBM dibuat dengan teliti
dan memenuhi ketiga-tiga syarat di atas.
1 . 1 . 3 B a h a n B a n t u M e n g a j a r / P e r a l a t a n M e n g a j a r BBM
ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk
membantunya dalammenyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan
terhad kepada buku-bukuteks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia
merangkumi segala benda yangdigunakan dalam pengajaran yang melibatkan
semua pancaindera melihat , mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa
sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.
Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada t iga
kumpulan: alatpendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar.
Noraziah Abdul Hamid ( 1981)m e m b a h a g i k a n B B M k e p a d a d u a i a i t u
media elektronik dan media bukan elektronik
Manakala Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 )
mengkelaskannyakepada dua iaitu “ software ” dan “ hardware”
Ngui Kuen Sang (1981: 35 ) “ m e n g e n a i B B M , k i t a t i d a k d a p a t
m e m b e r i t a k r i f y a n g t e t a p w a l a u p u n p a d a keseluruhannya ramai pendidik
menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah
pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan
pandanganseseorang.”
Atan Long ( 1982: 174 )“ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu
bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk
buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat
penyampaiannya dinamakan BBM.”
Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963) “ …hanya alat bantu mengajar
yang mempunyai komunikatif t inggi yang mampu membantu pelajar
memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap
i lmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.”
Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh
dibahagikankepada tiga kategori:
• Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem
jalur,slaid, pita video, radio, pita rakaman, CD , computer ,radio kaset, televisyen,
internet dan sebagainya.
• Bahan yang t idak menggunakan media bukan elektronik –
seperti suara, gambar,carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel,
papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya.
• Bahan bercorak pengalaman
- saperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud (realia) dan
sebagainya.
2.0 Kepentingan Bahan Bantu Mengajar ( BBM) di dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 )
kepentingan BBM bolehlahdirumuskan seperti berikut:
• BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep
• Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar
• Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
•Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalanganpelajar
• Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.
• Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.
• Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih
mendalam danberagam. Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan
BBM seperti berikut:
• memberi rangsangan dan minat murid-muird.
•menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak
pemikiran danmengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-
murid.
•m e m b e k a l k a n d a s a r p e r k e m b a n g a n p e m b e l a j a r a n d a n m e n j a d i k a n
p e m b e l a j a r a n mereka lebih kekal.
•menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara
lain,menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.
•dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbenda
haraankata.
•ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkanlagi
bacaan murid-murid.Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat:
• menjimatkan masa
• dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid
• menyeronokkan murid-murid.
3.0 Prinsip-prinsip inovasi BBM:
3.1Pelbagai bahan bantu mengajar
berbagai BBM dapat mempelbagaikan kegiatan ataupengalaman murid-
murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah
ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan,
pengalaman dramatized,demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem
dan sebagainya.
3.2 Mutu bahan bantu mengajar:
Mutu bahan bantu mengajar bergantung kepada pembinaan
dan pemilihannya sebagaibahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang
hendak kita ajarkan dan secocok denganmurid-murid yang terlibat. Pembinaannya biarlah
mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti jelas (bunyidan rupa – sebutan ), intonasi dan
nada, keharmonian warna ( gambar ) kesesuaian saiz, bentuk huruf atau carta dan
keteguhannya. Alat itu juga harus mudah dibuat, diperbuat dari bahan-bahan yang murahdan
boleh didapati secara percuma seperti di jabatan-jabatan kerajaan, pejabat
pos, pusat beli belah,pihak swasta dan sebagainya.
3.3 Kecekapan Menggunakan BBM:
Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana kegagalannya
menyebabkanpengajaran menjadi t idak berkesan atau merosakkan pelajaran i tu
seluruhnya. Masa mengendalikanBBM dan tidak mengalami sebarang kesulitan
apabila tiba masa menggunakannya. BBM sentiasa beradadi dalam keadaan baik, boleh
beroperasi dan menepati fungsinya.Guru harus pandai memilih butir-butir penting yang perlu
ditulis, supaya jelas, terang, kemas dan teratur. Cekap mempersuaikan keperluan muriddan
masa yang diperuntukkan
3.4 Kesesuaian BBM
BBM seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yang hendak disampaikan.
Sekiranya tidak, usaha menyediakannya adalah sia-sia sahaja.
4.2 Daya kreativiti yang tinggi
- Nilai seni BBM adalah diberi perhatian serius,
keranas a l a h s a t u s y a r a t u n t u k m e n j a d i s e o r a n g g u r u y a n g b a i k i a l a
h i a m e m p u n y a i n i l a i kreativit i yang baik seperti di dalam seni lukis,
seni ukir , seni sastera, seni suara dan sebagainya. Mata pelajaran menulis cantik
seperti seni khat atau tulisan rumi dan jawiperlu dihidupkan semula. Tulisan guru-guru
dahulu sungguh cantik, kemas, menarik
dan j e l a s s u d a h t e n t u m e n g h a s i l k a n B B M y a n g m e n a r i k s e p e r t i t u l
i s a n p a d a k a d - k a d imbasan, kad ayat-kad ayat, papan hitam, papan
gulung, carta-carta dan sebagainya. Begitu juga hasil-hasil karya sastera seperti puisi
– pantun, syair, gurindam dan sajakadalah ditulis dan diciptanya sendiri dan mereka ini tekun
dan merasa puas dengan hasilkaryanya tanpa mengharapkan pujian atau penghargaan dari
orang lain.
4.3 Menggunakan bahan-bahan tradisional atau bahan terbuang sepenuhnya:
Bahan-bahan terbuang atau bahan maujud di sekitarnya digunakan sepenuhnya sepertirotan,
buluh, t in-t in kosong, kain-kain perca, kuli t siput, sarung kaki lama, batu-
batan,kuli t-kuli t siput, surat khabar lama, buah getah, guli , l idi , batang ice
cream,tudung botol ,kotak rokok, ranting kayu, daun-daun
kering dan sebagainya. Daripada bahanterbuang ini guru-guru
dahulu berjaya mencipta berbagai-bagai BBM yang menarik,lasak, pelbagai
guna dan tahan lama seperti alat-alat matematik, kad-kad huruf atau perkataan,
pen, model-model bangunan dan sebagainya.
4.4 Cekap mengguna dan menyesuaikan BBM dengan kebolehan murid:
Pengalaman mengajarnya yang lama itu digunakan sepenuhnya. Guru-guru ini bukan
sahaja mengenali batang tubuh setiap muridnya tetapi ia tahu juga
kebolehandan minat muridnya. Ia cuba melibatkan berbagai pancaindera
murid seperti yang disarankan oleh Wayne F. Virag,1976 “
seseorang individu dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai
bahan pengajaran, teknik-teknik dan peringkat-
peringkat penyampaian pengajaran… suasana pembelajaran ini pula adalah
dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kaedah penyampaian dan
bahan p e n g a j a r a n y a n g d i g u n a k a n d a l a m s u a s a n a f i z i
k a l y a n g d i r e k a u n t u k pembelajaran.”
http://lestari-intelek.blogspot.com/2010/09/pembelajaran-berpusatkan-
murid.html
PreviousNext
1.
22 p.
2 p.
12 p.
2.
3 p.
24 p.
13 p.
3.15 p.
7 p.
23 p.
4.74 p.
74 p.
74 p.
5.3 p.
42 p.
42 p.
6.42 p.
19 p.
29 p.
7.19 p.
8 p.
1 p.
8.1 p.
27 p.
1 p.
9.1 p.
13 p.
14 p.
10.132 p.
124 p.
124 p.
11.124 p.
121 p.
1 p.
12.1 p.
3 p.
43 p.
13.1 p.
7 p.
16 p.
14.4 p.
4 p.
6 p.
15.1 p.
More from this user
PreviousNext1.
12 p.
Recent Readcasters
Add a Comment
Siti_Nor_Adawi_6579left a commentawie_danish81
06 / 21 / 2010
This document has made it onto the Rising list!02 / 26 / 2010
Eida_Hidayah_2361left a commentabm
02 / 22 / 2010
Upload a Document Search Documents
Follow Us! scribd.com/scribd
twitter.com/scribd
facebook.com/scribd About
Press
Blog
Partners
Scribd 101
Web Stuff
Support
FAQ
Developers / API
Jobs
Terms
Copyright
Privacy
Copyright © 2012 Scribd Inc.Language:
English
top related