ebook panduan ringkas memulakan perniagaan internet
Post on 27-Jan-2016
249 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
atmc enterprise ©
Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet
2
ATMC ENTERPRISE
Ebook yang diterbitkan khas oleh ATMC ENTERPRISE
Ebook ini merupakan satu medium bagi pihak kami berkongsi ilmu pengetahuan dan memberi inspirasi kepada orang ramai
Pesan kami, jangan malu untuk menuntut ilmu kerana pelaburan yang paling untung adalah pelaburan ilmu.
“Buang ego buat duit, buat ego buang duit”
Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet
3
ATMC ENTERPRISE EBOOK
Edisi Pertama, Feb 2015
ATMC ENTERPRISE © 2015
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak ATMC ENTERPRISE ®
Penulis :
Aidi Safaruddin
Penerbit :
002365643-D
ATMC ENTERPRISE
Kuala Lumpur
Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet
4
Panduan Ringkas
Memulakan
Perniagaan Internet
Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet
5
Kandungan
Perniagaan Internet...........................................................................................
Perkara yang perlu anda timbang sebelum memulakan perniagaan
internet...............................................................................................................
Perancangan membina perniagaan internet.......................................................
Penutup..............................................................................................................
Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet
6
Perniagaan internet.
Dunia sekarang sangat memerlukan wang yang banyak untuk hidup.
Makanan, tempat tinggal dan kenderaan menguasai penggunaan wang
kebanyakan keluarga di Malaysia. Kadangkala, kita seperti hidup untuk kerja
bukannya kerja untuk meneruskan kehidupan.
Oleh itu, ramai mula mencari pendapatan tambahan dan perniagaan
melalui internet adalah antara perniagaan yang mereka pilih. Kos operasi
yang rendah dan potensi keuntungan yang lumayan membuatkan lebih ramai
memilih perniagaan internet untuk mencari pendapatan tambahan. Tambahan
pula, ia boleh di jalankan dari rumah dan berada di samping keluarga yang
tersayang.
Namun, kehadiran skim cepat kaya telah memusnahkan konsep
perniagaan internet itu sendiri. Perniagaan adalah perbuatan yang suci. Maka
anda perlu sedar bahawa perniagaan memerlukan produk yang jelas.
Menjana pendapatan melalui skim cepat kaya adalah tindakan yang sia-
sia kerana apa yang anda sedang lakukan adalah membeli angan-angan.
Anda bayar sejumlah wang dan dijanjikan untuk menjana sekian-sekian jika
berjaya mendapat downline, itulah namanya membeli angan-angan. Teruskan
pembelian angan-angan anda.
Berbanding perniagaan yang melibatkan produk yang jelas, anda hidup
dalam dunia realiti. Kalau anda dapat jual satu produk, dapatlah anda
keuntungan sebanyak satu jualan. Anda perlu ingat, perniagaan internet
adalah perniagaan sebenar. Anda perlu rajin dan sentiasa berusaha untuk
mendapat keuntungan yang besar.
Di dalam panduan ini, saya akan jelaskan secara ringkas bagaimana
anda boleh memulakan perniagaan anda sendiri.
Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet
7
Perkara yang anda perlu fikir sebelum memulakan
perniagaan internet.
Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu apa
yang anda ingin lakukan. Apa yang anda ingin niagakan? Apa potensi
pendapatan yang anda inginkan ? Berapa modal yang anda sanggup
keluarkan ? Semua perkara ini, anda perlu titik beratkan sebelum memulakan
perniagaan. InsyaAllah dilemma anda dalam memulakan perniagaan internet
akan berakhir.
Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu memikirkan
perkara berikut :
Jenis perniagaan di internet.
Anda perlu fikir apa jenis perniagaan yang anda ingin jalankan di internet.
Adakah perniagaan anda melibatkan penjualan barang? Adakah anda ingin
menjual servis? Adakah anda hanya ingin menulis blog? Adakah anda ingin
menjadi affiliate? Anda tentukan apa yang terbaik untuk anda.
Namun, sebaik-baiknya anda pilih perniagaan yang anda tahu dan senang
dahulu. Apabila sudah lama bermula, kemahiran anda akan bertambah dan
sudah tentu anda akan berkemahiran untuk memulakan perniagaan yang lain
pula.
Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet
8
Rancangan perniagaan.
Anda juga perlu memikirkan rancangan perniagaan yang bakal anda lakukan.
Berapa modal yang anda perlu untuk memulakan perniagaan? Berapakah
potensi keuntungan yang anda mahu? Bagaimana dengan strategi
pemasaran anda?
Persediaan tempat kerja dan alatan.
Di manakah anda ingin lakukan perkerjaan anda? Jika di rumah, pastikan
anda menyediakan ruang yang selesa untuk anda lakukan semua pekerjaan
anda. Pastikan semua peralatan anda cukup seperti komputer, line internet
yang berkelajuan tinggi, printer dan mungkin mesin faks. Ia bergantung
kepada perancangan anda.
Adakah perniagaan anda halal atau haram?
Periksa sama ada perniagaan yang bakal anda lakukan menepati ciri-ciri yang
di bolehkan dalam agama. Anda wajib siasat perkara ini dahulu sebelum
memulakan perniagaan anda. Pastikan juga ia mematuhi peraturan negara.
Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet
9
Perancangan membina perniagaan internet
Perancangan dalam perniagaan adalah penting. Di sini, saya akan
senaraikan secara ringkas bagaimana hendak membina perniagaan internet
anda. Perancangan ini adalah umum dan boleh di gunakan oleh jenis
perniagaan internet.
1. Pilih satu niche untuk perniagaan anda.
Niche bermaksud bidang. Apa bidang yang anda ingin niaga? Produk
kecantikan, produk kesihatan, produk kekeluargaan, produk sukan atau
produk pelancongan. Pilih satu bidang dan kecilkan ia lagi.
Contohnya anda pakar dan boleh berniaga dalam bidang keluarga,
kecilkan niche anda kepada barangan kanak-kanak. Fokus pada satu
niche dahulu sebelum bergerak ke niche yang lain.
2. Dapatkan produk.
Cari produk untuk di jual sama ada anda dari pihak anda atau dari pihak
lain ( jual melalui affiliate)
3. Pengurusan produk.
Tentukan cara untuk menghantar produk anda. Tentukan satu cara
yang senang bagi anda.
4. Cari nama jenama perniagaan anda.
Pilih nama yang mudah di ingati dan mudah untuk di sebut sebagai
nama perniagaan anda. Nama jenama adalah penting dalam
memperkenalkan perniagaan anda.
Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet
10
5. Dapatkan website dan pilih medium pembayaran
Dapatkan website untuk kegunaan perniagaan anda. Siapkan website
anda sama ada dalam bentuk shopping cart, blog atau minisite. Anda
tentukan sendiri. Pastikan laman web anda menarik. Pilih juga medium
pembayaran. Anda tentukan sama ada untuk menerima kredit kad,
online transfer atau paypal. Kalau boleh adakan semua pilihan yang
ada untuk memaksimumkan keuntungan anda.
6. Dapatkan hosting.
Pilih hosting yang berpatutan dengan bajet anda. Pastikan juga hosting
yang anda pilih sesuai dan boleh host laman web anda. Tidak apa
mahal, asalkan ia boleh membantu perniagaan anda.
7. Bina mailing list.
Bina mailing list untuk menyimpan prospek anda. Ia adalah asas dalam
mana-mana perniagaan internet. Pastikan mailing list anda adalah
berkualiti. Sentiasa berkongsi tips dengan senarai email anda.
8. Pasarkan laman web anda.
Cari cara terbaik untuk memasarkan produk dan laman web anda.
Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet
11
Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet
12
PENUTUP
Eloklah anda jujur dan bertenang dalam memulakan perniagaan internet.
Tidak mungkin pada hari pertama anda memulakan perniagaan internet anda
akan jadi jutawan. Selepas lima tahun, mungkin ia akan terjadi. Namun, jika
anda tidak mulakan sekarang selepas lima tahun anda akan tetap menjadi
manusia yang sama.
Akhir kata, terima kasih kerana telah membaca keseluruhan ebook ini. Maka,
besarlah harapan saya agar segala ilmu yang dikongsikan dapat difahami
dengan sebaiknya dan memberikan manfaat yang besar kepada anda.
Tahniah juga kepada para pembaca ebook ini kerana anda telah mengambil
satu langkah ke hadapan dalam usaha anda meningkatkan pelaburan ilmu
anda.
Semoga segala informasi dan ilmu yang disampaikan memberikan anda satu
semangat baru untuk berjuang menjadi usahawan hebat dan capai impian
anda.
-TAMAT-
top related