eczema dan dermatitis(malay)

Post on 30-Jun-2015

2.744 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Ini dalam bahsa melayu.Kawan saya yg buat :)

TRANSCRIPT

MEDICAL SURGICAL 4 : SISTEM

INTEGUMENPensyarah: EKZE

MA &

DERMATITI

S

2

OBJEKTIF PEMBELAJARAN• Diakhir sesi pembelajaran pelajar dapat:

- Dapat menegetahui definisi serta klasifikasi ekzema dan dermatitis

- Mempelajari etiologi serta patofisiologi ekzema dan dermatitis

- Mengetahui manifestasi klinikal yang boleh pesakit ekzema dan dermatitis peroleh

- Mengetahui rawatan yang dapat diberikan- Mengaplikasikan intervensi kejururawatan dalam

perawatan ekzema dan dermatitis

3

Kesemua eczema adalah dermatitis tetapi bukan semua dermatitis adalah eczema

Perlu diingat, eczema dan dermatitis tidak berjangkit !!!

4

EKZEMA

5

DEFINISI

• Ekzema adalah sejenis penyakit kulit akibat daripada tindak balas hypersensitiviti yang menyebabkan radang pada kulit.

• Kulit akan kelihatan bengkak, ruam merah, kadang-kadang ia seperti kulit melecur yang berair. jika berpanjangan ia akan menyebabkan kegatalan.

• Ekzema adalah penyakit kulit bukan disebabkan oleh jangkitan mikroorganisma.

6

KANAK-KANAK DAN BAYI

• Penyakit yang berlaku pada pelbagai peringkat umur ini tetapi ia lebih kerap terjadi pada:

- Kalangan bayi yang berusia kurang 2 tahun.

- Kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 6 tahun.

• Bayi yang menghidap ekzema

akan menanggung kesengsaraan

seperti rasa gatal yang berlebihan,

pedih dan berasa resah.

7

Sambungan…• Biasanya ekzema di

kalangan kanak-kanak membabitkan bahagian lutut, siku, atas punggung, buku lali dan di belakang telinga.

• Pada peringkat bayi, biasanya masalah ini lebih kerap berlaku pada muka dan kulit kepala.

• Apabila kanak-kanak ini berusia 18 bulan, ekzema ini lebih ketara pada bahagian pelipat siku dan belakang lutut.

8

FAKTOR DALAMAN• Faktor genetik (latar belakang keturunan)• Fokus kepada infeksi-alahan (bakteria atau

virus)• Faktor neuropsychic (anxious,stress dan

depression)

FAKTOR LUARAN• Makanan yang menyebabkan iritasi (lada

sulah…)• Faktor fizikal ( cahaya matahari dan kesejukan )• Faktor kimia ( sabun,kosmetik..)

ETIOLOGI

10

PATOFISIOLOGIperingkat awal bermula di pipi, lesi kelihatan

kemerahan, licin dan

bersisik halus

Pada kanak-kanak, lesi-lesi

semetrikal terdapat di bahagian

belakang siku, lutut, leher

dan tengkuk.

Kulit menjadi kering

Akan menyebabkan kulit semakin

teruk disebabkan

oleh kegatalan dan menggaru

Bertambah teruk jika ada tekanan emosi

(akzema aktopik)

11

12

KLASIFIKASI

Pengklasifikasian eczema dibahagikan kepada dua kumpulan.

1. Exogenous eczema2. Endogenous eczema

13

1) EXOGENOUS ECZEMA• Melibatkan faktor luaran dan tidak melibatkan

faktor keturunan. Contoh : Irritant dermatitis,allergic dermatitis,Infective dermatitis,etc.

2) ENDOGENOUS ECZEMA• Melibatkan proses yang berlaku didalam badan

manusiaContoh : Atopic eczema,hand eczema,nummular eczema,asteatotic eczema,stasis eczema ,etc.

14

MANIFESTASI KLINIKAL• Tanda utama penyakit ekzema ialah pesakit akan merasa

gatal yang teramat sangat pada bahagian tersebut.

• Tanda-tanda lain:* Kulit mengelupas* Terdapat tompok-tompok yang gatal* Kulit kelihatan kering pada bahagian terlibat* Kulit kemerahan dan bersisik* Bengkak kecil yang berair

* Pertukaran warna kulit* Lepuhan kulit mungkin akan terjadi

Walaupun apa jenis eczema,manifestasi kilinikal ini adalah sama iaitu : Terdapat lesi yang mengandungi erythema,papule,papulovesicles,berkerak dan lichenification

15

RAWATAN EKZEMA

• Penyakit ekzema ini tidak boleh disembuhkan tetapi ia boleh dirawat dan dikawal.

• Dalam keadaan yang tertentu, ia akan pulih dengan sendiri apabila kanak-kanak tersebut meningkat dewasa.

• Pesakit dinasihatkan supaya tidak menggunakan sabun biasa, sebaliknya menggunakan sabun yang mengandungi bahan pelembap (emollients). Sabun biasa akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kering, bertambah gatal dan rosak.

16

Tujuan Rawatan Ekzema

• Mengawal kegatalan

• Mengurangkan inflamasi pada kulit

• Mengurangkan infeksi

• Menanggalkan lesi bersisik

• Mengurangkan lesi baru

17

• Rawatan eczema bergantung kepada jenis eczema dan rawatan yang telah diambil oleh pesakit

• – Contoh seperti penggunaan Light therapy(phototherapy)

bagi rawatan eczema jenis atopic eczema yang dapat mengurangkan kebergantungan terhadap steroid cream.

Gol: Mengatasi kegatalan,inflamasi dan keadaan penyakit yang menjadi teruk.

- gaya hidup akan berubah dan penggunaan ubat -ubatan

- Rawatan berdasarkan umur,status kesihatan, jenis eczema dan keadaan penyakit tersebut.

• R-Pastikan kulit kekal hidrasi dan lembap menggunakan krim atau ointment

18

Pengambilan ubat-ubatan

• Corticosteroid creams - mengurangkan reaksi inflamasi

• Oral antihistamines - jika kegatalan yang dialami terlalu teruk

• Sedative type antihistamine(diphenhydramine-Benadryl)drugs- mengawal kegatalan

• Tacrolimus(Protopic) - immunosuppressant,berfungsi dengan mengurangkan immunisasi sistem badan untuk melambatkan pembiakan atopic dermatitis.

19

DERMATITIS

20

DEFINISI

• Dermatitis ialah inflamasi pada kulit yang bercirikan eritema dan kesakitan atau pruritus (kegatalan).

• Terdapat lesi atau lepuhan pada kulit tersebut.

21

ETIOLOGI

• Pengurangan kadar ceramides dalam stratum corneum – menyebabkan kulit menjadi nipis dan cepat kering.

• Sensitiviti terhadap makanan-alergi• Disebabkan oleh kimia seperti sabun

pembasuh – Daia(bukan nama sebenar)

• Faktor dalaman seperti stress

22

PATOFISIOLOGI

Agen exogenous dan endogenous

Reaksi inflamantori pada kulit

Masalah kulit akan berlaku

disebabkan oleh hypersensitiviti

pada kulit. (Gatal, merah,

bengkak)

Pembetukan lepuhan dan

sisik, dan pruritis (kulit

bertindak balas padaagen tersebut )

Iritasi pada menggaru

menggalakkan edema

Discaj yang teruk dan

berkerak akan berlaku

Iritasi yang berpanjangan

pada dermatitis kronik

menyebabkan kulit menebal dan menjadi

semakin gelap

23

KLASIFIKASI

• Stasis Dermatitis - Berlaku dibahagian ‘lower extrimities’ dan pada

pesakit yang mengalami chronic venous insufficiency.

- Keadaan tersebut mengakibatkan kaki tidak mendapat oksigen yang mencukupi dan mengakibatkan hypoxia pada kulit.

 • Dermatitis Sentuhan (Contact Dermatitis)

- Berpunca dari sensitivity bahan-bahan tertentu(direct contact)- Cth: logam,bahan kimia untuk proses getah,getah kayu-kayan, kosmetik dan sinaran matahari.

24

25

Sambungan…

• Neurodermatitis- Keadaan gatal yang kronik tetapi setempat (cronic itchy skin condition localized to certain areas of the skin)

• Seborrheic Dermatitis- Masalah biasa terjadi di bahagian kepala yang mana penyebab dandruff. Selalunya terjadi pada kanak-kanak (cradle cap)- Berbentuk kemerahan dengan warna kekuningan berair serta kerupingan yang berminyak ( a red rash with yellowish and somewhat ‘oily’ scales.- Biasanya terjadi pada kulit kepala yang berminyak. Berlaku semasa pertukaran neurological condition seperti parkinson’s desease.

26

27

MANIFESTASI KLINIKAL

• Kulit kemerah-merahan• Bengkak • Tompok-tompok yang

gatal• Lesi pada kulit yang

mengeluarkan cecair dan melekit

• Berkeruping dan berkerak

28

29

RAWATAN DERMATITIS

• Rawatan dermatitis bergantung kepada penyebab penyakit

Contact Dermatitis- Rawatan bergantung dengan mengesan punca ruam (rash) dan mengelak pesakit dari punca tersebut.- Rawatan lain:

>> Krim yang mengandungi hydrocortisone

>> Steroidal creams

30

Neurodermatitis

- Menghentikan pesakit dari terus menggaru dan mengelakkan perkara yang mengganggu keadaan kulit sebagai objektif rawatan.

- Rawatan lain:>> Tutup kawasan yang dijangkiti untuk mengelakkan pesakit dari menggaru .>> Hydrocortisone cream>> Wet dressing>> Antideppressants or anti-anxiety akibat rasa gatal

31

32

Seborrheic Dermatitis

- Syampu berubat adalah rawatan pilihan pertama.

- Rawatan lain:>> Syampu yang mengandungi tar,pyrithione zinc,salicylic acid atau ketoconazole sebagai bahan utama.>> Nonsteroidal medications yang dipanggil immunomodulators(Tacrolimus-Protopic)

33

Stasis dermatitis

• Rawatan terdiri dari membetulkan keadaan yang menyebabkan pengumpulan cecair di kaki dan buku lali untuk jangka masa panjang.

• Rawatan lain:>> Memakai ted stoking>> Varicose vein surgery>> Wet dressing bagi mengekalkan kelembapan kulit

34

KOMPLIKASI EKZEMA DAN DERMATITIS

• Ketahanan tubuh menjadi rendah, menyebabkan seseorang mudah diserang penyakit.

• Paling bahaya apabila mendapat herpes simplex (kayap bunga).

• Jangkitan serius (streptococcus aureus) yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan kematian.

• Apabila kulit kering dan digaru, seseorang boleh mendapat jangkitan sekunder - jangkitan kuman.

• Penyakit ini boleh menjejaskan keseluruhan hidup penghidapnya seperti hubungan persahabatan, kerjaya dan waktu tidur.

35

LANGKAH PENCEGAHANEKZEMA DAN DERMATITIS

• Kurangkan pendedahan pada bahan yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit seperti penggunaan sabun ataupun berada di tempat yang berhabuk.

• Jaga kebersihan diri, seperti mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

• Pakai pakaian yang diperbuat oleh kain kapas untuk kulit yang sensitif serta untuk penyerapan peluh.

• Gunakan tuala mandi yang lembut untuk mengeringkan kulit dan elakkan menggosok kawasan kulit dengan kuat.

36

Sambungan…

• Gunakan krim pelembap untuk melembapkan kulit untuk mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit.

• Elakkan menggaru atau menggosok pada bahagian kulit yang gatal.

• Elakkan aktiviti kepanasan atau berpeluh dengan banyak kerana ia akan menyebabkan radang kulit semakin teruk dan lebih gatal.

• Teruskan penjagaan kulit dengan rapi walaupun kulit kelihatan semakin pulih, untuk elakkan radang berlaku.

37

NURSING DIAGNOSIS

1) Ganguan intergriti kulit disebabkan oleh menggaru akibat proses penyakit yang dialami (eczema & dermatitis)

2) Potensi infeksi luka berkaitan dengan gangguan integriti kulit

3) Potensi peningkatan suhu badan berkaitan dengan proses penyakit yang dialami (eczema & dermatitis)

4) Kurang pengetahuan berkaitan dengan penjagaan persekitaran

38

MASALAH : Ganguan intergriti kulit disebabkan oleh menggaru akibat proses penyakit yang dialami (eczema & dermatitis)

OBJEKTIF: Intergriti kulit dapat dikembalikan.

TINDAKAN PERAWATAN

1) Ases tahap intergriti kulit pesakit melalui kelembapan kulit dan skin turgor ®: Untuk mengenal pasti masalah rawatan pesakit dan tindakan perawatan seterusnya

39

2) Galakkan pesakit banyak minum air 2 – 3 litre sehari untuk mengelakkan kulit kering yang boleh menyebabkan ganguan pada intergriti kulit®: Intergriti kulit dapat dielakkan dan intergriti kulit dapat dikembalikan

3) Galakkan pesakit agar memakai pakaian nipis®: Kerana pakaian tebal boleh menyebabkan perpeluhan,jika banyak peluh,kulit akan jadi lembap dan akan menyebabkan ganguan pada intergriti kulit .

40

4) Galakkan pesakit agar tidak menggaru tempat kegatalan yang boleh menyebabkan luka dan boleh menyebabkan ganguan intergriti kulit®: Untuk mengelakkan daripada kecederaan pada kulit dan intergriti kulit dapat dielakkan.

5) Pastikan cadar katil tegang dan pastikan tiada benda asing®: Untuk mengelakkan daripada kulit tercedera akibat benda asing dan ganguan intergriti kulit dapat dielakkan.

6) Sapukan losyen seperti yang diarahkan oleh doktor untuk mengelakkan ganguan intergriti kulit®: Untuk mengekalkan kelembapan dan intergriti kulit pesakit dan mengurangkan kulit kering.

41

MASALAH: Potensi infeksi luka berkaitan dengan gangguan integriti kulit

OBJEKTIF: Potensi infeksi dapat dielakkan pada luka pesakit

TINDAKAN PERAWATAN

1) Ases keadaan kulit pesakit jika terdapat tanda-tanda infeksi seperti kelihatan bernanah dan berair padaluka pesakit®: untuk melihat jika terdapat infeksi pada luka di kulit pesakit

42

2) Ases tanda vital pesakit seperti suhu 38 ͦc, tekanan darah 140/90mmHG,dan nadi 110/minit®: suhu,tekanan darah dan nadi yang tinggi menunjukkan infeksi berlaku

3) Amalkan teknik aseptiik ketika melakukan dressing pada luka pesakit®: mengurangkan potensi infeksi

43

4) Kekalkan kebersihan pada pesakit seperti menyuruh pesakit mandi dengan kerap dan tukar cadar dengan kerap seperti sehari sekali.®: kebersihan terjaga dapat mengurangkan potensi infeksi berlaku

5) Pastikan pesakit tidak menyentuh atau menggaru pada tempat yang terdapat luka®: mengurangkan potensi infeksi

6) Beri antibiotik yang diarahkan oleh doktor ®: ubat antibiotik dapat mencegah dari infeksi berlaku.

44

MASALAH : Potensi peningkatan suhu badan berkaitan dengan proses penyakit yang dialami (eczema & dermatitis)

OBJEKTIF : Suhu badan dapat diturunkan kepada paras normal (37.5°C)

TINDAKAN PERAWATAN1) Asses suhu badan pesakit menggunakan thermometer setiap 4 jam®: Untuk melihat tahap suhu badan pesakit dan dapat merancang tindakan perawatan seterusnya.

45

2) Nasihtkan pesakit supaya memakai pakaian yang nipis dan diperbuat daripada kapas untuk mengelakkan haba terperangkap dan memelihara kelembapan kulit.®: Untuk mengelakkan haba terperangkap dan suhu badan pesakit kembali normal

3) Lakukan tepid sponging sekiranya suhu badan pesakit melebihi 38.5°C®: Tepid sponging dapat menurunkan suhu badan pesakit

4) Nasihatkan pesakit supaya mandi sekurang kurangnya 3 kali sehari untuk mengeluarkan haba dari badan.®: Untuk menurunkan suhu badan pesakit kembali paras normal

46

5) Galakkan pesakit mengambil cecair sekurang kurangnya 2 – 3 litre sehari.®: Haba keluar memalui urin dan perpeluhan dapat menurunkan suhu badan pesakit.

6) Beri ubat antipiretik seperti paracetamol TDS seperti yang diarahkan oleh doctor®: Ubat antipiretik dapat menurunkan suhu badan pesakit.

47

MASALAH: Kurang pengetahuan berkaitan dengan penjagaan persekitaran

OBJEKTIF: Pengetahuan dapat ditingkatkan tentang penjagaan persekitaran

TINDAKAN PERAWATAN

1) Ases tahap pengetahuan pesakit tentang penjagaan kebersihan persekitaran ®: Dapat mengetahui tahap peengetahuan pesakit

2) Beri pada pesakit keratan akhbar atau artikel yang berkaitan tentang penyakit yang dialami®: Supaya pesakit dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyakit yang dialami

48

3) Nasihatkan pesakit supaya menjaga persekitaran kawasan rumah seperti memastikan rumah sentiasa dari berhabuk dan kotor ®: Dapat mencegah diri dari terkena jangkitan sekali lagi

4) Beritahu pesakit tentang penggunaan pakaian yang diperbuat daripada kain kapas®: Supaya peluh dapat diserap dengan sempurna untuk elakkan dari timbul kegatalan

5) Beritahu pesakit agar tidak menggaru di tempat yang gatal®: Supaya kulit pesakit tidak luka dan bertambah teruk

6) Beritahu pesakit agar elakkan diri dari melakukan aktiviti yang berpeluh ®: Supaya pesakit dapat elakkan diri dari merasa gatal.

49

RUJUKAN• BUKU• Priscilla LeMone, Karen Burke: Medical-Surgical Nursing: Critical thinking in

Client Care, Forth Edition , 2008, Pearson Prentice Hall• Edith Applegate: The Anatomy and Physiology Learning System, Third

Edition, 2006, Saunders Elsevier• Joyce LeFever Kee, Evelyn R. Hayes, Linda E McCuistion: Pharmacology – A

Nursing Process Approach, Sixth Edition, 2009, Saunders ElsevierINTERNET1.Eczema – Scribd.com (13/3/2011) http://www.scribd.com/doc/23475699/eczema2.Shingles – wrongdiagnosis.com (13/3/2011) .http://www.wrongdiagnosis.com/s/shingles/subtypes.htm3.Eczema dan dermatitis – world allergy.com(13/3/2011)http://www.worldallergy.org/professional/allergic_diseases_center/

atopiceczema/

50

top related