eric yeo cheng aun · 1.4 objektif kajian 6 . viii 1.5 persoalan kajian 7 1.6 kepentingan kajian 7...
Post on 17-Dec-2020
14 Views
Preview:
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MASYARAKAT BABA DAN NYONYA DI BANDAR MELAKA MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN
ERIC YEO CHENG AUN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MASYARAKAT BABA
DAN NYONYA DI BANDAR MELAKA MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya ERIC YEO CHENG AUN __________________
(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
/
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam )”.
i
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MASYARAKAT
BABA DAN NYONYA DI BANDAR MELAKA
MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN
ERIC YEO CHENG AUN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2009
ii
Saya mengakui bahawa karya atau hasil nukilan adalah hasil kerja saya sendiri tanpa
menyunting daripada mana-mana sumber. Namun demikan, terdapat sesetengah
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah diperjelaskan sumbernya.
iii
DEDIKASI
Buat Ayah dan Ibu
Tiada apa yang dapat ku bicarakan
Hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini
Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua.
Ditujukan Khas Buat
Prof. Dr. Muhammad. Rashid Bin Rajuddin
Ilmu yang dicurahkan akan anak didikmu ini manfaatkan ke jalan yang baik
Semoga Tuhan memberkati, meredhai dan merahmati perjuangan murni mu
Dalam mendidik anak bangsa.
Terima kasih
Kekanda serta Adinda Tersayang
kerana sentiasa memberi keyakinan serta dorongan
agar menjadi insan cemerlang.
Buat Teman Seperjuangan
Bersama mencipta kecemerlangan
Kenangan bersama tak mungkin hilang ditelan zaman
Semoga Tuhan memberkati kejayaan kita semua.
iv
PENGHARGAAN
Setinggi- tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada
penyelia saya, Prof. Dr. Muhammad Rashid Bin Rajuddin yang telah banyak
memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat serta motivasi yang amat berguna dalam
usaha untuk menyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan
akan saya jadikan panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari
mendatang.
Tidak ketinggalan juga jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak
terutama golongan masyarakat Baba dan Nyonya yang sudi memberi kerjasama
kepada saya dalam menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada
pensyarah – pensyarah yang pernah membimbing dalam membantu saya
menghasilkan kajian yang baik.
Rakaman terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan individu
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan
penyelidikan ini. Teguran-teguran yang bernas serta membina dalam usaha-usaha
memperbaiki dan menyempurnakan kertas projek sarjana muda ini amatlah dihargai.
Sekian.
Eric Yeo Cheng Aun
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mendorong masyarakat Baba dan Nyonya di Bandar Melaka menceburi bidang
keusahawanan. Perkaitan dilakukan terhadap empat faktor yang dikhususkan
kepada pengaruh faktor latar belakang keluarga, faktor sikap, faktor motivasi, dan
faktor kemahiran-kemahiran yang dimiliki oleh usahawan. Instrumen kajian yang
dijalankan adalah set soal selidik yang mengandungi 40 item. Skala Likert telah
digunakan untuk tujuan pengumpulan data dan set soal selidik tersebut telah
diedarkan secara rawak kepada 30 orang usahawan Baba dan Nyonya di sekitar
Bandar Melaka. Maklumat-maklumat yang diperolehi kemudiannya dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi
12.0 bertujuan untuk mendapatkan nilai min, kekerapan, dan juga peratusan.
Daripada dapatan kajian yang diperolehi, nilai min purata menunjukkan bahawa
faktor sikap, faktor kemahiran serta faktor motivasi diri berada pada tahap yang
tinggi. Cuma faktor latar belakang keluarga berada pada tahap sederhana. Faktor
sikap usahawan merupakan faktor pendorong yang terkuat dalam mempengaruhi
masyarakat Baba dan Nyonya di Bandar Melaka menceburi bidang keusahawanan.
Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membolehkan kajian lanjutan dilakukan
pada masa hadapan.
vi
ABSTRACT
This descriptive research was carried out to identify the factors that
influenced the Baba Nyonya society in Malacca involving in the entrepreneurial
activities. This research focused on four main factors, namely the family background
factor, the attitude factor, motivational factor and the entrepreneur’s skills factor.
The research instrument used in this research was a set of questionnaire consisting of
40 items. Likert scale method was used to obtain the data information and the
questionnaires were distributed randomly to 30 Baba Nyonya entrepreneurs in
Malacca. All the information gathered was then analyzed using the Statistical
Package for Social Science (SPSS) version 12.0 software to obtain the value of
mean, frequency, and percentage. The result of this study shows that the value of
average mean for the factor of attitude, skills, and motivation were at high level.
Only the family background factor was at the average level. The main factor that
influence the Baba Nyonya society in Malacca involving in entrepreneurial activities
was the entrepreneur’s attitude factor. Several suggestions were recommended for
further studies.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
TAJUK KAJIAN i
PENGAKUAN PENYELIDIK ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
viii
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Keusahawanan 9
1.8.2 Usahawan 9
1.8.3 Faktor 9
1.8.4 Latar Belakang 10
1.8.5 Sikap 10
1.8.6 Motivasi 10
1.8.7 Kemahiran 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Sejarah Negeri Melaka 11
2.3 Asal Usul Masyarakat Baba dan Nyonya 16
2.4 Usahawan 19
2.5 Keusahawanan 23
2.6 Faktor Latar Belakang Keluarga 25
2.7 Faktor Sikap 28
2.8 Faktor Motivasi 31
2.9 Faktor Kemahiran 33
ix
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 39
3.2 Rekabentuk Kajian 39
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 40
3.4 Instrumen Kajian 41
3.5 Kajian Rintis 43
3.6 Prosedur Kajian 45
3.7 Kaedah Penganalisaan Data 46
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 48
4.2 Analisis Bahagian A – Latar Belakang Responden 50
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 50
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Status 51
Perkahwinan
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Umur 51
4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan 52
Pengalaman Berniaga
4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan 53
Kedudukan Dalam Keluarga
4.2.6 Taburan Responden Berdasarkan 54
Kelulusan Akademik Tertinggi
4.2.7 Taburan Responden Berdasarkan 55
Pekerjaan Bapa
4.2.8 Taburan Responden Berdasarkan 55
Pekerjaan Ibu
4.3 Analisis Bahagian B – Penyataan Maklumbalas 56
x
Responden
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 56
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 59
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 61
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 63
4.4 Analisis Keseluruhan Bahagian B 65
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 67
5.2 Rumusan Kajian 67
5.3 Perbincangan Kajian 69
5.3.1 Faktor Latar Belakang Keluarga 69
5.3.2 Faktor Sikap 71
5.3.3 Faktor Motivasi 73
5.3.4 Faktor Kemahiran 74
5.4 Cadangan Kajian 76
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 80
5.6 Penutup 80
BIBLIOGRAFI 82
LAMPIRAN 87
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Likert 42
3.2 Item-Item Soal Selidik 43
3.3 Nilai Korelasi dan Interpretasinya 44
3.4 Pengelasan Skor Skala Pemeringkatan Likert 46
3.5 Pengelasan Maklum Balas Responden 47
Berdasarkan Skor Min
4.1 Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min 49
4.2 Jadual Skala Likert 49
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 50
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Status Perkahwinan 51
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Umur 51
4.6 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman 52
Berniaga
4.7 Taburan Responden Berdasarkan Kedudukan 53
Dalam Keluarga
4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan 54
Akademik
4.9 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan Bapa 55
4.10 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan Ibu 55
4.11 Taburan Responden Mengikut Faktor Latar 57
Belakang Keluarga
4.12 Taburan Responden Mengikut Faktor Sikap 59
xii
4.13 Taburan Responden Mengikut Faktor Motivasi Diri 61
4.14 Taburan Responden Mengikut Pengaruh Kemahiran 63
4.15 Taburan Min Keseluruhan Bagi Setiap Soalan Kajian 65
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Peralihan Imigran Menjadi Usahawan 27
5.1 Usaha Pemupukan Minat Pelajar Terhadap 77
Bidang Keusahawanan
5.2 Modul Asas Keusahawanan 78
5.3 Kemahiran-Kemahiran Asas Usahawan 79
xiv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
f - Kekerapan
% - Peratus
Dr. - Doktor
Prof. - Professor
KDNK - Keluaran Dalam Negeri Kasar
MEDEC - Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia
SPSS - Statistical Package for Social Sciences
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 87
B Surat Pengesahan Pelajar 93
C Surat Pengesahan Menjalankan Kajian 94
D Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 95
E Surat Pengesahan Kandungan Borang Soal Selidik 96
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Selaras dengan dasar Wawasan 2020, pembangunan arus kemodenan masa kini
berkembang dengan begitu pesat sekali. Perubahan yang jelas ketara terhadap
perkembangan teknologi tinggi secara tidak langsung menyebabkan masyarakat hari ini
semakin maju. Tidak seperti dahulu, urusan hidup seharian manusia pada hari ini telah
banyak dipermudahkan dengan penggunaan mesin. Contohnya, proses pembayaran bil
utiliti seperti bil air, bil eletrik, dan juga bil telefon boleh dibuat dari rumah melalui
internet atau hanya dengan menggunakan mesin sahaja. Urusan perbankan juga boleh
dibuat dari rumah secara online. Kemudahan-kemudahan yang ada pada masa kini telah
sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan ekonomi serta taraf hidup masyarakat zaman
sekarang.
Pada masa kini telah lahirnya ramai golongan cerdik pandai yang dikeluarkan
oleh institusi pengajian tinggi, ibarat buih di lautan. Statistik pengangguran golongan
terpelajar meningkat dengan begitu mendadak sekali dari tahun ke tahun. Masalah
pengangguran di kalangan siswazah telah menjadi satu isu hangat yang sering
dibincangkan oleh masyarakat kini. Fenomena ini membuatkan ramai yang menukar
arah ke bidang keusahawanan. Kajian oleh Ridz Muhammad dan Jelita Rahim (2006)
2
membuktikan tujuh daripada sepuluh orang yang ditemui melahirkan cita-cita untuk
memiliki perniagaan sendiri pada masa hadapan.
Apabila kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970, semakin
ramai anak muda yang menceburi bidang keusahawanan terutamanya mereka daripada
golongan Bumiputera. Penglibatan golongan-golongan muda dalam bidang
keusahawanan telah membawa kepada penciptaan-penciptaan produk baru. Daya
kreativiti serta inovasi yang tinggi sedikit sebanyak mempengaruhi penglibatan
golongan-golongan muda dalam bidang keusahawanan. Keberanian menghadapi risiko
dengan menceburi bidang keusahawanan yang penuh mencabar pada usia yang masih
muda membuktikan keberkesanan pelan Dasar Ekonomi Baru.
Pembentukan usahawan melalui proses-proses yang sistematik dan terancang
juga telah membuktikan kejayaan program-program pembangunan usahawan yang
dilaksanakan oleh kerajaan. Ini jelas terbukti apabila kerajaan telah menubuhkan Pusat
Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) sebagai pusat pengajian keusahawanan
dan juga sebagai tempat memberi khidmat nasihat kepada para usahawan.
Walau bagaimana pun, masih ramai yang tidak sedar bahawa para peniaga dan
usahawan memainkan peranan yang cukup penting dalam menggerakkan ekonomi
sesebuah negara. Mereka berpengaruh dalam menentukan kemajuan ekonomi, sosial,
dan survival sesuatu bangsa. Di Malaysia sahaja, bidang perniagaan menjadi aktiviti
utama sektor ekonomi negara. Sabri Hussin (2002) telah memberikan beberapa
kepentingan perniagaan kepada masyarakat. Antaranya ialah:
i. Membantu pengeluar mendapatkan pasaran.
ii. Membantu pembeli mendapatkan produk keperluan.
iii. Menyediakan peluang pekerjaan.
iv. Menggalakkan penemuan produk baru.
v. Meningkatkan peradaban manusia.
vi. Mewujudkan industri dan perniagaan lain.
3
Bagi merealisasikan matlamat Wawasan 2020, golongan usahawan memainkan
peranan yang begitu penting dalam proses pembangunan dan kemajuan negara kita.
Perniagaan yang diusahakan oleh usahawan bukan sahaja terbatas kepada membekalkan
barangan atau perkhidmatan kepada pengguna, malah dapat mewujudkan peluang
pekerjaan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Ini secara tidak langsung dapat
mengurangkan kadar pengangguran seterusnya mengurangkan beban kerajaan.
Oleh itu, adalah menjadi satu tanggungjawab penting untuk para usahawan dan
bakal-bakal usahawan untuk terus memahami serta menghayati aspirasi negara kerana
kewujudan golongan usahawan bukanlah semata-mata berlandaskan untuk mengejar
keuntungan semata-mata tetapi juga memberi sumbangan dalam mewujudkan sebuah
negara perindustrian yang maju dan makmur.
1.2 Latar Belakang Masalah
Salah satu cara untuk memiliki kekayaan ialah dengan menjalankan perniagaan
sendiri bermodalkan pengetahuan dan pengalaman, melaburkan wang ringgit, masa, dan
tenaga di samping kemahiran, kaedah, dan teknik-teknik yang betul untuk berjaya dalam
perniagaan. Memulakan perniagaan sendiri membuka peluang kepada diri seseorang
untuk mengecapi peluang pendapatan tinggi dan menikmati kesenangan diri sendiri
selain dapat menyumbang kepada masyarakat. Tidak dinafikan adanya risiko kerugian
dan kegagalan dalam apa jua jenis perniagaan tetapi apa yang pasti, setiap risiko akan
meningkatkan diri seseorang dari segi kematangan dan pengalaman yang amat berharga.
Dalam zaman yang serba moden ini, keadaan ekonomi yang tidak stabil sedikit
sebanyak menyebabkan persaingan yang sengit untuk menampung kehidupan. Keadaan
semasa ini menyebabkan ramai yang ingin bekerja sendiri bagi mencari nafkah hidup.
4
Abdillah Royo (2007) telah menyenaraikan tiga sebab utama mengapa seseorang
itu menjadi usahawan dan memulakan perniagaan sendiri iaitu:
i. Keinginan untuk menjadi bos.
ii. Keinginan untuk mengembangkan idea-idea sendiri.
iii. Ganjaran kewangan.
Setiap individu mempunyai potensi untuk menjadi seorang usahawan. Zafir dan
Fazilah (2003), telah menyatakan tiga faktor pendorong yang mendorong seseorang
menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Tiga faktor yang dinyatakan adalah:
i. Keperluan asas hidup
Terdapat sesetengah individu menyertai bidang keusahawanan kerana desakan
hidup. Keciciran dalam pendidikan dan kesukaran mendapatkan pekerjaan
menyebabkan seseorang itu menyertai bidang keusahawanan.
ii. Faktor persekitaran
Faktor persekitaran seperti budaya, sokongan kerajaan, pertukaran corak
pemerintahan dan capaian yang mudah terhadap sumber ekonomi (buruh, tanah,
dan modal) menggalakkan individu menyertai bidang keusahawanan.
iii. Faktor demografi
Ciri-ciri peribadi individu seperti umur, jantina, latar belakang pendidikan dan
keluarga, serta pengalaman menjadi salah satu pemboleh ubah penting bagi
mempengaruhi penglibatan masyarakat dalam bidang keusahawanan.
Ekoran daripada peredaran zaman dan persaingan hidup, semakin ramai orang
yang menukar arah ke bidang keusahawanan. Golongan masyarakat Baba dan Nyonya
di Melaka juga tidak lari daripada menceburi bidang keusahawanan. Sehingga ke hari
ini, masih terdapat lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang berkecimpung dalam bidang
keusahawanan di sekitar bandar Melaka. Tidak dapat dinafikan, masyarakat berbangsa
Cina amat sinonim dengan bidang keusahawanan di mana mereka cukup berminat untuk
5
berniaga. Pengaruh budaya Cina yang telah wujud dalam diri masyarakat Baba Nyonya
banyak memberi kesan terhadap penglibatan mereka dalam bidang keusahawanan.
Menurut Ahmad Shafee (2003), peniaga dan usahawan adalah pencipta harta
kekayaan. Mereka merupakan golongan yang berfikiran kreatif, memiliki imaginasi
yang luar biasa, dan mempunyai visi masa depan yang besar. Para usahawan
mempunyai pandangan hidup tersendiri tentang ekonomi dan sumber rezeki. Akibat
daripada pandangan dan ciri-ciri diri yang berbeza daripada orang lain, usahawan
membentuk matlamat hidup yang berbeza. Strategi pencarian rezeki mereka berbeza
jika hendak dibandingkan dengan orang lain.
Dalam dunia perniagaan dan bidang keusahawanan, terdapat banyak peluang dan
cabaran yang perlu ditempuhi. Sebagai seorang usahawan, mahu tidak mahu mereka
terpaksa juga merebut setiap peluang yang ada di depan mata. Sebenarnya, terlalu
banyak peluang yang terbuka jika seseorang itu bijak mengatur strategi. Bukan setakat
peluang sahaja, para usahawan sebenarnya diberi bantuan dengan pelbagai cara dan
kaedah. Segala kemudahan kredit, khidmat nasihat, kursus, dan latihan membolehkan
usahawan-usahawan melangkah maju dalam perniagaan yang diceburi.
Sebelum menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, terdapat beberapa ciri-ciri
keusahawanan dan perniagaan yang mengandungi pengetahuan dan aspek-aspek penting
yang perlu didedahkan dan dimahiri oleh bakal-bakal usahawan. Menurut Barjoyai
Bardai (2000), ciri-ciri tersebut meliputi aspek kejiwaan, semangat, dan juga
pengetahuan dari segi teknik dalam perniagaan. Ciri-ciri ini seharusnya dilengkapkan
dalam diri seseorang sebelum ingin menceburi bidang keusahawanan.
Namun begitu, sebenarnya terdapat pelbagai faktor lain yang mendorong
seseorang untuk menceburi bidang keusahawanan. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini
akan menentukan faktor latar belakang keluarga usahawan, faktor sikap-sikap usahawan
itu sendiri, faktor motivasi diri usahawan, dan juga faktor kemahiran-kemahiran yang
6
dipunyai oleh usahawan-usahawan berketurunan Baba dan Nyonya yang terdapat di
sekitar bandar Melaka.
1.3 Penyataan Masalah
Negeri Melaka sememangnya terkenal dengan masyarakat berketurunan Baba
dan Nyonya. Baba dan Nyonya adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka
telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur seperti ini
telah melahirkan budaya Cina yang unik berserta dengan tradisi Melayu. Masyarakat
berketurunan Baba dan Nyonya sememangnya berbangsa Cina. Kaum Cina pula
sememangnya selalu dikaitkan sebagai golongan masyarakat yang suka berniaga.
Seperti orang Cina yang lain, masyarakat Baba dan Nyonya menganggap bidang
keusahawanan sebagai satu bidang kegiatan ekonomi yang mempunyai keindahan,
kemegahan, dan kemuliaan yang tersendiri. Tidak hairanlah sekiranya kaum Baba dan
Nyonya juga bergiat aktif dalam bidang keusahawanan. Akan tetapi, apakah sebenarnya
faktor-faktor yang mendorong masyarakat Baba dan Nyonya menjadi seorang
usahawan? Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mendorong masyarakat Baba dan Nyonya di bandar Melaka menceburi bidang
keusahawanan.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi beberapa objektif. Antara fokus-fokus
utama kajian ini adalah untuk:
1.4.1 mengetahui pengaruh faktor latar belakang keluarga dalam mempengaruhi
seseorang yang berketurunan Baba dan Nyonya memilih kerjaya dalam bidang
keusahawanan.
7
1.4.2 menentukan faktor sikap usahawan-usahawan Baba dan Nyonya dalam
menceburi bidang keusahawanan.
1.4.3 menentukan faktor motivasi yang mendorong para usahawan Baba dan Nyonya
semasa membuat pemilihan kerjaya sebagai seorang usahawan.
1.4.4 mengenal pasti kemahiran-kemahiran yang ada pada usahawan-usahawan Baba
dan Nyonya dalam mempengaruhi mereka menceburi bidang keusahawanan.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan-persoalan kajian yang berkaitan dengan objektif kajian yang
dijalankan adalah seperti berikut:
1.5.1 Adakah latar belakang keluarga mempengaruhi masyarakat Baba dan Nyonya
memilih kerjaya dalam bidang keusahawanan?
1.5.2 Adakah faktor sikap mempengaruhi usahawan-usahawan Baba dan Nyonya
dalam menceburi bidang keusahawanan?
1.5.3 Adakah usahawan Baba dan Nyonya dipengaruhi oleh faktor motivasi semasa
membuat pilihan kerjaya dalam bidang keusahawanan?
1.5.4 Adakah faktor kemahiran mempengaruhi usahawan-usahawan Baba dan Nyonya
menceburi bidang keusahawanan?
top related