etika pakaian guru
Post on 30-Jul-2015
578 Views
Preview:
TRANSCRIPT
ETIKA PAKAIAN GURU
Yasotha ParamasingamVikneswary Subramaniam
Shemasubamalar ManogaranMageswary Gobal
Devagi Sinnapa
Maksud etika :- cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan
Maksud Etika Guru :- Suatu sistem yang diatur sebagaipanduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik
Etika perlu dalam profesion perguruan :
- Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat yang berhubung dengan mereka
- Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan tidak bertentangan dengan hak asasi umum.
- Guru dikawal oleh etika perguruan.
PAKAIAN GURU-GURU DI SEKOLAH – SPI Bil. 6/1985
Pakaian yang bersesuaian melambangkan budi bahasa yang
baik. Untuk meneruskan tradisi pakaian yang bermutu tinggi,
sekurang-kurangnya perkara yang berikut hendaklah diambil
perhatian oleh semua guru di sekolah.
3.2.1 Mini skirt, pakaian yang terlampau mendedahkan
bahagian tertentu, seluar pendek, seluar jeans yang ketat
dan pakaian yang bahagian hadapan terbuka jauh ke
bawah tidak dibenarkan.
Perhiasan muka atau make-up yang melampau adalah tidak sesuai.
Baju-baju Hawaii yang beragam warna tidak sesuai.
Baju T dan trek untuk PJK sehingga balik.
Rambut panjang yang kemas atau memakai tudung kepala bagi guru wanita dan rambut pendek dan kemas bagi guru lelaki.
Guru perlu memakai “Tanda Nama” setiap hari.
Guru lelaki dikehendakii memakai tali leher sekolah / bush jacket
pada waktu perhimpunan setiap minggu dan untuk upacara rasmi
sekolah. (Digalakkan untuk setiap hari)
Pakaian bengkel tak dibenarkan kecuali di semasa amali
Semua guru dikehendaki memakai baju batik buatan Malaysia pada
1 dan 15 haribulan pada setiap bulan.
SELIPAR / CAPAL tidak sesuai dipakai waktu persekolahan
ETIKA PAKAIAN LELAKI
1.1 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan
Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan
Sokongan 1 (iaitu kumpulan A dan B) dibenarkan
untuk memakai lounge suit atau bush-jacket atau
baju kemeja bertali leher dan berseluar panjang
yang sesuai warnanya. Baju kemeja hendaklah
dimasukkan ke dalam bahagian seluar pada paras
pinggang dan lengan panjang hendaklah jangan
dilipat lengannya.
Sambungan …1.2 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan II
(iaitu Kumpulan C dan D) dibenarkan memakai baju
kemeja dengan seluar panjang yang sesuai warnanya.
Baju hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian seluar
pada paras pinggang dan baju kemeja lengan panjang
hendaklah jangan dilipat lengannya. Pegawai yang
bertugas di kaunter dikehendaki memakai baju kemeja
dengan seluar panjang yang sesuai serta bertali leher.
Sambungan … 1.3 Pada hari Jumaat dan hari-hari kebesaran
agama Islam, kakitangan yang beragama Islam
digalakkan memakai baju Melayu lengkap
bersamping dan bersongkok (bukan jenis ketayap)
atau baju Melayu yang seumpama bentuknya,
berseluar panjang dan bersongkok. Baju Melayu
yang dipadankan dengan kain sarong atau
seumpamanya tidak dibenarkan.
Sambungan ….
1.4 Kasut hendaklah dari jenis kulit atau yang sejenis
dengannya. Selipar,kasut sukan dan kasut getah tidak boleh
dipakai semasa waktu bekerja.
1.5 Jeans, kemeja T sama ada berkolar atau tidak dan seluar
pendek tidak dibenarkan dipakai semasa waktu bekerja.
1.6 Rambut mestilah pendek, kemas dan tidak mencecah kolar
baju. Mewarna rambut dengan fesyen yang keterlaluan tidak
dibenarkan.
ETIKA PAKAIAN PEREMPUAN
2.1 Baju kurung atau baju kurung moden atau kebaya
labuh, atau kebarung atau jubah atau pakaian etnik
masing-masing yang sesuai, kemas dan tidak
menjolok mata.
2.2 Baju mestilah berlengan dan tidak sendat/ ketat
serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan.
2.3 Seluar panjang yang bersesuaian,tidak sendat/
ketat dan hendaklah dipadankan dengan baju yang
labuhnya melebihi paras punggung.
2.4 Skirt yang bersesuaian,tidak sendat/ ketat dan
labuhnya hendaklah melebihi paras lutut.
Sambungan …2.5 Jeans, baju T sama ada berkolar atau tidak,
dan seluar pendek tidak dibenarkan sama sekali.
2.6 Tudung kepala yang menutup sebahagian atau
seluruh muka (berpurdah) tidak dibenarkan.
2.7 Selipar dan kasut sukan tidak dibenarkan
dalam waktu pejabat.
BAJU BATIKSemua kakitangan digalakkan memakai baju batik pada setiap hari Khamis.
PAKAIAN SERAGAMKakitangan yang dibekalkan dengan pakaian seragam hendaklah memakainya secara lengkap semasa waktu bekerja.
PENGECUALIANBagi kakitangan yang tugasnya termasuk di luar pejabat, pengecualian tertentu daripada peraturan-peraturan di atas adalah dibenarkan.
top related