~flm~il-8n pie =r 'yang
Post on 01-Oct-2021
10 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PUMS 99: 1 UNNERSITI MALAYSIA SABAH
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
l1JDUL: ¥-AJ IAN f~ {'\ ~flm~IL-8N Pi E =r PAN EAKTD!e - £At.TO>2 LAIN 'yANG
______ ~B~EJ2.::..r::.J'f=-J:t:...LL.JITL.LAJ.L-N~-\)"-'EN~<ZA=~.LJN'--"\f.&::>o<><:kfY,""'I4I ...... ItA=+-JN'---"B""-');""'-\?=Pr:..J....T~B'484J.1?a.AJ....!.N..I-....JOi.LJ)wt.t4A"'-'L=.IAN:::u..1JG;~1l4'-"N---I\="*'~\ T ....... AN:...u....Ju..frAI.CL.LN~ __ WPt NI1 A 0\ VtN\\t~~I"T 1 rnA-I-AY5IA .cf'\'13/rli
trAZAH: 51\f(\\> mAICIiN~A )
I.IAZ/U\ sAY?JANA 1114 t21:} " bliN4=ftIV p-.r:YJl ~N {£.q-(NC; mA~frNAN t>frtJ I'P11A1fANAIV
SESI PENGAJIAN: __ ;)-_O,,-O_~-,--,-/_2--=6~1 D>L-.. __
~aya B ~V£l2. 1-1 :J 0 H N (HURUF BESAR)
lllengaku membenarkan tesis (LPSI Smjanal Doktor Falsafah) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah <iengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( / )
SULIT
TERHAD
/' TIDAK TERHAD
(T ANDATANGAN PENULIS)
(Mengandungi maklumat yang berdmjah keselamatan . atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukakan oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)
~lamat Tetap: !> \::.1 \ ~~, Ie AI,:). 0]..0 4 ,
Nama Penyelia
't-arikh: -------------------------- Tarikh: -------------------------
~ TAT AN: * Potong yang tidak berkenaan. * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampiran surat daripada pihak berkuasalorgansasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
* Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, stau Laporan Projek Sarjana Muda (LPSM).
KAJIAN PENGAMBILAN DIET DAN FAKTORFAKTOR LAIN YANG BERKAITAN DENGAN KELEBIHAN BERAT BADAN DI KALANGAN
KAKITANGAN WANITA DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BEVERLY JOHN
LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT
MEMPEROLEHI DAZAH SARlANA MUDA SAINS MAKANAN DENGAN KEPUJIAN (SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN)
SEKOLAH SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2010
PENGAKUAN
5aya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbemya.
16 April 2010 ~~ HN2006 - 4643
ii
NAMA
NO MATRIK
TAJUK
DAZAH
TARIKH VIVA:
1. PENYEUA
PENGESAHAN
BEVERLY JOHN
HN2006-4643
KAJIAN PENGAMBILAN DIET DAN FAKTOR-FAKTOR
LAIN YANG BERKAITAN DENGAN KElEBIHAN BERAT
BADAN Di KALANGAN KAKITANGAN WANITA DI
UNIVERSm MALAYSIA SABAH
DAZAH SARJANA MUDA SAINS MAKANAN DENGAN
KEPU1IAN (SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN)
14 MEl 2010
DIPERAKUKAN OLEH
(DATIN RUGAYAH ISSA)
2. PEMERIKSA - 1
(DR. YASMIN 001 BENG HOUI)
3. PEMERIKSA - 2
(CIK ADlLAH MD RAMU)
4. DEKAN
(PROF. MADYA DR. MOHO. ISMAIL ABDUllAH)
iii
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada
Datin Rugayah Issa selaku penyelia projek tesis di atas segala kesabaran,
tunjuk ajar, nasihat dan kritlkan yang membina daripada beliau bagi
menyempurnakan penyelidikan ini.
Penghargaan turut diberikan kepada Dekan Sekolah Sains Makanan
dan Pemakanan (SSMP), Prof. Madya Dr. Mohd. Ismail Abdullah dan para
pensyarah yang telah memberikan didikan serta tunjuk ajar kepada saya
sepanjang pengajian saya.
Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada semua pihak
pengurusan di setiap sekolah dan jabatan di Universiti Malaysia Sabah atas
kerjasama dan kebenaran yang telah diberikan bagi menjalankan kajian di
sekolah dan jabatan tersebut. Kepada semua responden yang terlibat dalam
menjayakan kajian inl diucapkan ribuan rerima kasih atas segala kerjasama
dan penglibatan anda.
Jutaan terima kasih turut ditujukan kepada rakan-rakan
seperjuangan yang telah memberikan sokongan dan bantuan secara tidak
langsung dalam menyelesaikan kajian ini. Terima kasih atas persahabatan
ini.
Akhir sekali, tJdak dilupakan ucapan terima kasih kepada ahli
keluarga saya di atas segala dorongan, kasih sayang dan sokongan moral
yang tidak terhingga.
Beverly John
16 April 2010
iv
ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap
kelebihan berat badan di kalangan kakitangan wanita di Universiti Malaysia
Sabah. Objektif utama kajian ini ialah mengenalpasti faktor-faktor dan
perkaitan di antara cara pengambilan diet dengan tahap kelebihan berat
badan. 5eramai 102 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Data
telah diperoleh melalui borang demografik yang merangkumi pengukuran
antropometri (Indeks Jisim Tubuh (1JT), saiz rangka tubuh, nisbah pinggang
kepada pinggul (WH/?), peratusan lemak badan dan pengukuran lipatan
kulit) dan borang kekerapan pengambilan makanan. Data dianalisa
menggunakan SPSS versi 15.0. Daripacla hasil kajian Ini, terclapat sebanyak
22 (21.6%) orang responden berada pada DT pra obes sementara 5 (4.9%)
orang berada pada DT obes. Antara faktor penyebab kelebihan berat baclan
yang mempunyai hubungan yang signifikan (p<O.OS) ialah umur iaitu pada
kumpulan umur 31 - 40 tahun (p=O.004), kandungan lemak dalam baclan
yang tinggi iaitu lebih daripada 32% (p=O.OOO), saiz rangka tubuh yang
besar (p=O.001), sejarah kesihatan iaitu mempunyai penyakit darah tinggi
(p=O.OOO) dan kekerapan pengambilan jenls masakan bergoreng dan
dipanggang (p=O.OOO). Kajian ini menunjukkan tahap kelebihan berat
baclan di kalangan kakitangan wanita clalam kajian ini berada pada tahap
sederhana.
v
ABSTRACT
A STUDY OF DIETARY INTAKE AND OTHER FACTORS RELATED TO
OVERWEIGHT AMONG WOMEN STAFF IN UNIVERSITY NALA YSIA
SABAH
The main purpose of this study was to know the level of overweight among women
staff in University Malaysia Sabah. The main objective was to determine the factors
and relationship between the dietary intake and level of overweight About 102
respondents were involved in this study. Data had been collected using
demographic questionnaires which includes the anthropometry measurements (BMI,
size of the body stature, WHR, body fat percentage and Skinfolds measurements)
and food frequency questionnaires (FFQ). Results have been analyzed with SPSS
version 15.0. From the results, 22 (21.6%) respondents were overweight while 5
(4.9%) were obese. Factors that showed a significant relationship (p<O.05) with
overweight were age which range from 31 - 40 years old (p=O.OO4), high body fat
percentage which more than 32% (p=O.OOO), big size of the body stature
(p=O.OOl), health status related to hypertension (p=O.OOO) and the intake of fried
and grilled foods (p=O.OOO). This study showed thclt the level of overweight among
women staff in this study was considered medium.
vi
TAl UK PENGAKUAN CALON PENGESAHAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAIJADUAL SENARAI RAJAH
151 KANDUNGAN
SENARAI SINGKATAN/SIMBOL SENARAI LAMPIRAN
BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Objektif 1.3 Rasional Kajian
BAB 2: ULASAN PERPUSTAKAAN 2.1 Makanan dan pemakanan 2.2 Nubien makanan 2.3 Diet seimbang 2.4 Piramid makanan 2.5 Berat Badan 2.6 Berat badan ideal 2.7 Penyakit dan Pemakanan
2.7.1 Tekanan darah tinggi (hipertensi) 2.7.2 Diabetes 2.7.3 Penyakit jantung 2.7.4 Keobesan
2.8 Faktor-Faktor Penyebab Kelebihan Berat Badan 2.8.1 Kurang Aktivitl Fizikat 2.8.2 Penggunaan dan Kesan Sampingan Ubat 2.8.3 Genetik dan Keturunan 2.8.4 Gaya Hidup dan Skala Sosial 2.8.5 Insulinoma
2.9 cara Mengat:asi Kelebihan Berat Badan 2.9.1 Diet Seimbang dan Teratur 2.9.2 Meningkatkan Aktiviti Fizikal 2.9.3 Pengambilan Ubat-Ubatan 2.9.4 Perawatan melalui Pembedahan
2.10 Terapi Bagi Mengurangkan Berat Badan 2.10.1 Perubahan Sikap
Halaman
ii iii Iv v vi
vii viii ix x
1 3 4
5 6 7 8 9 9 10 10 11 11 11 11 11 12 12 12 12 13 13 13 13 14 15 15
BAB 3: BAHAN DAN KAEDAH 3.1 Lokasi Kajian 3.2 Tinjauan Awal 3.3 Surat Kebenaran 3.4 Persampelan
3.4.1 Responden 3.4.2 Pengiraan saiz sampel
3.5 Masa Kajian 3.6 Bahan dan Peralatan 3.7 Ujian Rintis (Pilot Test) 3.8 Pengumpulan Data
3.8.1 Borang Soal Selidik a. Bahagian A: Data Demografik b. Bahagian B: Tabiat Makan dan Pemakanan c. Bahagian C: Gaya Hidup d. Bahagian D: Pengetahuan Amalan Pemakanan e. Bahagian E: Sejarah Kesihatan
3.8.2 Pengukuran Antropometri a. Indeks Jisim Tubuh(IJT) b. Nisbah Pinggang kepada Pinggul (WHR) c. sajz Rangka d. Upatan Kulit (5kinfold Measurement) e. Peratusan Lemak
3.8.3 Borang Kekerapan Pengambilan Makanan (FFQJ
3.9 Analisis Data 3.9.1 Taburan Frekuensi 3.9.2 Ujian Khi Kuasa Dua 3.9.3 Analisis Varians (ANOVA)
3.10 Etika Konsiderasi 3.10.1 Borang Maklumat Kajian 3.10.2 Surat Persetujuan 3.10.3 Kerahsiaan Data Dan Maklumat
BAB 4: HASIL DAN PERBINCANGAN 4.1 Tahap berat badan responden 4.2 Data demografi
4.2.1 Kelebihan Berat Badan Dengan Umur 4.2.2 Kelebihan Berat Badan Dengan Status 4.2.3 Kelebihan Berat Badan Oengan Bangsa Dan Agama 4.2.4 Kelebihan Berat Badan Dengan Pekerjaan
4.3 Maklumat Antropometri 4.3.1 IJT dengan nisbah pinggang kepada pinggul
16 16 16 17 17 17
18 18 18 19
19 20 20 20 20 21
21 22 22 23 24 25
26
26 26 26 27
27 27 28 28
29 30 33 34 35 38 40 41
4.3.2 Dr dengan saiz rangka 4.3.3 Dr dengan kandungan lemak dalam badan
4.4 Sejarah perubatan 4.5 Tabiat pemakanan
4.5.1 Kekerapan makan di restoran makanan segera 4.5.2 Pengambilan buah-buahan 4.5.3 Pengambilan sayur-sayuran 4.5.4 Jenis masakan yang kerap diambil
4.6 Gaya hid up 4.6.1 Tabiat meJihat label 4.6.2 cara mendapatkan maklumat 4.6.3 Tablat menjalankan senaman 4.6.4 Tabiat merokok
4.7 Pengetahuan amalan pemakanan 4.7.1 Piramid makanan 4.7.2 Penskoran
4.8 Kekerapan pengambilan makanan
BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Kesimpulan 5.2 cadangan
RUlUKAN
42 43 44 46 47 49 SO 51 53 53 54 54 56 57 55 57 58
61 62
63
SENARAI lADUAL
Halaman
Jadual2.1 Prinsip pemakanan manusia 6
Jadual2.2 Jenis-jenis ubat dan kesannya 14
Jadual2.3 Pembeclahan rawatan keobesan 14
Jadual3.1 Kaedah penskoran bagi pengetahuan pemakanan 21
Jadual3.2 Klasifikasi indeks jisim tubuh 22
Jadual3.3 K1asifikasi nisbah pinggang kepada pinggul 23
Jadual3.4 Penentuan saiz rangka tubuh bagi wanita 24
Jadual3.5 Sahagian lipatan kulit 25
Jadual3.6 Tahap lemak di dalam badan bagi individu 18 tahun dan 25
ke atas
Jadual4.1 Taburan frekuensi dan peratus responden 29
berdasarkan pengelasan berat
Jadual4.2 Taburan frekuensi responden berclasarkan 31
data demografi (n=102)
Jadual4.3 K1asifikasi UT responden mengikut kumpulan umur 34
Jadual4.4 Klasifikasi UT responden mengikut status 35
Jadual4.5 Klasifikasi UT responden mengikut bangsa 36
Jadua14.6 Klasifikasi UT responden mengikut agama 38
Jadua14.7 Klasifikasi UT dengan pekerjaan responden 39
Jadual4.8 Taburan frekuensi dan peratus berclasarkan ukuran 40
antropometri responden (n=102)
Jadua14.9 K1asifikasi risiko kesihatan responden mengikut or 42
Jadua14.10 Klasifikasi saiz rangka mengikut or 43
JaduaI4.11 Klasifikasi kandungan lemak mengikut UT 44
Jadual4.12 Taburan frekuensi dan peratus berdasarkan jenis 45
penyaklt (n=102)
JaduaI4.13 Ujian Pearson Khi-kuasa dua berdasarkan penyaklt 46
Jadual4.14 Klasifikasl UT berdasarkan kekerapan responden 48
vii
mengunjungi restoran makanan segera
Jadual4.15 Klasifikasi IJT responden berdasarkan jenis masakan 52
Jadual4.16 Taburan frekuensi dan peratus berdasarkan sumber 54
maklumat (n=102)
Jadual4.17 Frekuensi dan peratus bagi kekerapan melakukan 56
senaman (n=102)
Jadua14.18 Klasfikasi UT responden dengan skor keseluruhan 59
Jadual4.19 Kekerapan pengambilan jenis makanan mengikut saiz 60
hidangan bagi responden yang pra obes dan obes
viii
SENARAI RAJAH
Halaman
Rajah 2.1 Piramid makanan 9
Rajah 4.1 Kecenderungan pemilihan makanan responden 47
Rajah 4.2 Kekerapan makan di restoran makanan segera 49
Rajah 4.3 Kekerapan pengambilan buah-buahan 50
Rajah 4.4 Kekerapan pengambilan sayur-sayuran 50
Rajah 4.5 Jenis masakan yang kerap diambil 51
Rajah 4.6 Kekerapan memeriksa label semasa membeli 53
Rajah 4.7 Kekerapan responden yang suka bersenam 55
Rajah 4.8 Peratusan responden yang merokok 57
Rajah 4.9 Jumlah responden yang faham mengenai piramid 57
makanan
Rajah 4.10 Jumlah skor yang diperolehi oleh responden dalam 58
bahagian pengetahuan pemakanan
ix
Simbol/singkatan
%
±
>
<
P df
em
mm
kg/m2
ill
WHR
WHO
UMS
SPSS
FDA
RNI
KKM
SENARAI SINGKATAN/SIMBOL
Makna
Peratus
Tambah tolak
kurang daripada
feblh daripada
jumfah bilangan responden
nilai Khi-kuasa dua
nilai pada aras keertian 0.05
darjah kebebasan
sentimeter
milimeter
kilogram per meter persegi
Indeks Jisim Tubuh
Waist Hip Ratio (Nisabah pinggang kepada
plnggul)
World Health Organization
Universiti Malaysia Sabah
Statistical Package for the Social Sciences
Food and Drug Administration
Recommended Nutrient Intakes
Kementrian Kesihatan Malaysia
x
SENARAI LAMPI RAN
Halaman
LAMPIRAN A Surat kebenaran kepada dekan 70
LAMPIRAN B Maklumat kajian 76
LAMPIRAN B Surat persetujuan 77
LAMPIRAN B Borang demograflk 78
LAMPIRAN B Borang kekerapan pengambilan makanan (FFQ) 86
LAMPIRAN C Keputusan crosstab bagi ujian Khi-kuasa dua 97
dan ANOVA yang dianalisis dengan SPSS
xl
BABl
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Fenomena kelebihan berat badan dan obesiti kini kian meningkat terutamanya di
negara-negara yang sedang maju. Epidemik ini juga turut menular di negara
negara Asia. Pada tahun 1998, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
mengenalpasti bahawa fenomena kelebihan berat badan dan obesiti merupakan
suatu epidemik global yang menyerang lebih daripada dua ratus lima puluh juta
orang dewasa di seluruh dunia (Pon et al, 2004). Kelebihan berat badan dan
obesiti merupakan suatu masalah kesihatan yang menyumbang ke arah
menghidapi penyakit lain serta menjurus kepada kematian (Mousa et al., 2006).
Menurut Rachmat (1996), kesihatan seseorang individu adalah merangkumi
kesihatan secara keseluruhan dari segi fizikal, mental, sosial dan rohani.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, mendefinisikan sihat sebagai keaclaan
sejahtera dari segi fizikal dan sosial iaitu dengan tidak menghidapi sebarang
penyakit dan tidak cacat Kelebihan berat badan dan obesiti menunjukkan bahawa
seseorang individu itu kurang sihat dan mudah menghidapi penyakit kronik lain
seperti diabetes mellitus jenis II, penyakit jantung, hipertensi, gangguan emosi,
penyakit sendi dan juga kanser (Spark, 2007; Khor, 2008; Singh et ai, 2009).
Malaysia merupakan salah satu negara yang mengalami perubahan
terhadap gaya hidup dan cara pengendalian nutrisi. Perubahan dan kemajuan
teknologi telah mengubah sikap seseorang individu dalam membuat pili han
terutamanya dalam pemilihan makanan. Rakyat Malaysia pada amnya, kian
mengamalkan diet yang tinggi lemak dan kalori disamping mengamalkan gaya
hidup yang kurang aktif (Pon et ai, 2004). Keaclaan ini mampu menjurus kepada
masalah berat badan akibat pengumpulan tenaga dan lemak yang berleblhan di
dalam badan (Wiseman, 2002).
Ketumpatan otot di dalam badan akan berkurang sejajar dengan
meningkatnya usia seseorang individu. Keadaan ini menyumbang kepada
peningkatan kandungan lemak dan dipercayai mengganggu fungsi fizikal tubuh
serta mengehadkan pergerakan akibat daripada interaksi di antara otot dan lemak
yang memberikan kesan secara maksimum terhadap indlvidu tersebut (Rolland et
al, 2009). Kegemukan merupakan salah satu isu yang sering dipersoalkan pada
masa kini yang bukan hanya menjadi fokus terhadap lelaki dan kanak-kanak, malah
turut terjadi dikalangan wanita. Kegemukan, kelebihan berat badan dan obes
merupakan istilah yang menerangkan keadaan mengalami kelebihan lemak dl
dalam badan (Parham dan White, 2004).
Menurut Oilton (2007), wanita mengalami kadar kelebihan berat baclan dan
obesiti yang tinggi berbanding dengan lelaki. Pertambahan lemak terjadi pada
peringkat awal menopos terutamanya di bahagian peha dan pinggul. Peningkatan
usia dikalangan wanita turut menyumbang kepada peningkatan lemak dan ukuran
lIIitan pinggang. Perbezaan ketara di antara wanita dan lelakl adalah pada tahap
kandungan plasma leptin yang mana wanita mempunyai tiga kali ganda lebih tinggi
kandungan plasma leptin daripada lelaki. Kandungan plasma leptin menyumbang
kepada peningkatan jisim lemak dalam badan (Oifton, 2007).
Kelebihan berat badan dan obesiti dipercayai terjadi akibat faktor-faktor lain
seperti dekomposisi genetik, diet, aktiviti fizikal dan juga persekitaran. Genetik dan
kadar metabolik membentuk suatu tapak bagi mengenalpasti berat badan
seseorang individu dalam suatu budaya, persekitaran dan faktor sosial (Pon et al, 2004). Kelebihan berat baclan dan obesiti turut terjadi akibat daripada urbanisasi
serta perkembangan ekonomi yang mana bertanggungjawab terhadap cara hidup
semasa seseorang indMdu dan kurangnya aktiviti fizlkal (Harrison dan Hamlcle,
2009).
2
Masalah kelebihan berat badan dan obesiti turut akan memberi impak
terhadap kesihatan umum apabila masalah ini mampu meningkatkan risiko
mendapat penyakit dan juga kematian (Mousa et aI., 2006). Faktor gaya hidup
akan memberikan implikasi kepada kualiti kehidupan dan juga kesihatan khususnya
kepada wanita di pertengahan usia yang sedang mengalami perubahan hormon
dan menopaus (Noor-Aini et aI., 2006). Para saintis berpendapat bahawa
penambahan berat badan yang menyumbang kepada kelebihan berat baclan dalam
manusia adalah disebabkan oleh keseimbangan tenaga positif yang berlebihan
dalam mengekalkan berat badan ideal (Heymsfield, 2009). Ketidakseimbangan ini
turut terjadi disebabkan oleh faktor pengambilan makanan dan aktiviti fizikal
(Parham dan White, 2004).
Pengawalan kelebihan berat badan perlu dititikberatkan secara menyeluruh
bagi membantu mengurangkan risiko dan potensi dalam menghidapi penyakit
kronik. Konsicierasi terhadap cara dan kuantiti makanan yang diambll perlu dikawal
terutamanya dalam pengambilan snek, makanan tinggi lemak dan kalon bagi
membantu mengawal keleblhan berat badan (Nawalyah dan Zamaliah, 2007).
Selain itu, pemilihan makanan yang seimbang adalah perlu dalam mengekalkan diet
yang sihat. Makanan yang diambil perlu merangkumi sayur-sayuran dan buah
buahan agar keseimbangan diet dan pengekalan berat baclan yang ideal dapat
dicapai (Parham dan White, 2004).
1.2 Objektif kajian
Dalam kajian ini, objektif yang diketengahkan adalah seperti berikut:
1. Mengetahui tahap kelebihan berat baclan di kalangan wanita di UMS.
2. Mengenalpasti faktor-faktor dan kaitan yang mempengaruhi cara
pengambilan diet dan kelebihan berat badan wanita di UMS.
3
1.3 Rasional kajian
1. Pendedahan dan penerangan terhadap rlsiko kelebihan berat baclan dan
obesiti.
2. Penilaian terhadap pengambilan diet iaitu melalui borang soal selidik dan
borang kekerapan pengambilan makanan (FR]).
3. Melihat potensi menghidapi rlsiko penyakit melalui pengukuran antropometri
sepertl Indeks Jisim Tubuh (IJT), nisbah lilitan pinggang kepada pinggul
(WH/(), peratusan lemak dalam baclan (penggunaan BIA, Body lmpendance
AnalysiS), pengukuran rangka tubuh dan juga pengukuran lipatan kulit
(Skinfold Measuremef).
4. Pengenalpastian faktor-faktor yang membawa kepada kelebihan berat
badan seperti faktor persekitaran, gaya hidup, genetik, penggunaan ubat
dan aktiviti fizikal.
•
4
BAB2
ULASANPERPUSTAKAAN
2.1 Makanan dan pemakanan
Makanan merupakan sumber utama bagi mendapatkan nutrisi di dalam badan.
Makanan yang baik nilai pemakanannya adalah berdasarkan kepada makanan yang
lengkap dan seimbang (Rachmat, 1996). Makanan juga merangkumi semua bahan
pepejal atau cecair yang masuk ke dalam sistem tubuh melalui saluran pencemaan.
Makanan turut digunakan bagi menjaga serta membina tisu tubuh, mengawal atur
proses-proses tubuh dan membekalkan tenaga bagi kelangsungan hidup manusia
(Suriah et al, 2003).
Manusia memerlukan makanan yang mencukupi dalam mendapatkan
kesihatan yang optima. Keperluan makanan adalah berdasarkan kepada kombinasi
keselamatan makanan itu sendiri dan keperluan dalam meningicatkan kesedaran
terhadap keselamatan rnakanan serta kandungan nutrisi di dalam makanan yang
diambJl bagi menjalani gaya hldup yang sihat dan aktif (Brown, 2005). Pemakanan
merupakan suatu bidang sains yang merangkumi proses pembekalan, pengambilan
dan penggunaan makanan terhadap sesuatu organisma (Zubaidah, 1992).
Kombinasi proses ini diperlukan bagi mengawal fungsi pertumbuhan serta
memperbaharui sel (Suriah et aI., 2003).
Menurut Brown (2005), pemakanan merupakan suatu kajian terhadap
makanan, kandungan nutrien, komposisi kimia dan juga kesan makanan tersebut
terhadap kesihatan. Terdapat sepuluh prinsip bagi pemakanan manusia yang mana
digunakan dalam menyediakan asas bagi meningkatkan pengetahuan terhadap
pemakanan (Brown et aI., 2005). Berikut merupakan prinsip dalam pemakanan
manusia:
JaduaI2.1: Prinsip pemakanan manusia
Prinsip
Pertama:
Kedua:
Ketiga:
Keernpat:
Kelima:
Keenam:
Ketujuh:
Kelapan:
Kesembilan:
Keterangan
Makanan merupakan keperluan asas manusia.
Makanan memberikan tenaga (kalori), nutrien dan bahan lain
yang diperlukan bagi tumbesaran dan kesihatan.
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan pemakanan adalah
terjadi di dalam sel.
Pemakanan yang lemah boleh terjadi akibat kekurangan dan
kelebihan tahap pengambilan nutrien.
Manusia mempunyai mekanisma yang boleh mengawal
perubahan semasa pengambilan makanan.
Malnutrisi terjadi akibat diet yang tidak seimbang, penyakit
yang sedang merebak, faktor genetik atau kombinasi
kesemuanya.
Sebilangan kumpulan manusia berada pada tahap risiko yang
tinggi dalam mengalami kekurangan nutrisi daripada yang
lain.
Pemakanan yang lemah dapat memberi implikasi terhadap
perkembangan sesetengah penyakit.
Diet yang sihat adalah berdasarkan kepada keseimbangan
dan keperluan rnakanan tersebut.
Kesepuluh: Tidak terdapat makanan yang \'baik" atau "jahat".
Sumber: Brown et a/. (2005)
2.2 Nutrien makanan
Nutrien didefinisikan sebagai komposisi dalam makanan yang diperlukan bagi
membantu penyelengaraan kehidupan, pertumbuhan, pembiakan, fungsi normal
organ dan penghasilan tenaga (Zubaidah, 1GG2). Nutrien juga merupakan bahan
kimia semula jadi dalam makanan yang berfungsi dalam memelihara kesihatan
6
(Nawalyah dan Zamilah, 2007). Makanan daripada produk tumbuhan dan haiwan
akan memberikan tenaga serta nutrien yang diperlukan bagi kehidupan,
tumbesaran dan pembiakan (Grosvenor dan Smolin, 2002). Nutrien terbahagi
kepada dua iaitu nutrien perlu dan nutrien tidak perlu. Nutrien perlu merupakan
nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh badan atau dihasilkan dalam kuantiti yang
sedikit. Nutrien perlu seperti karbohidrat, asid amino, asid linoleik, vitamin, mineral
dan air adalah diperlukan di dalam diet manakala nutrien tidak perlu seperti
kolesterol, keratin dan glukosa adalah nutrien yang tidak diperlukan di dalam diet.
Nutrien tidak perlu hadir di dalam makanan dan digunakan oleh badan namun
nutrien ini tidak diperlukan dalam diet pada kuantiti yang banyak (Brown, 2005).
Terdapat enam kategori nutrien iaitu' karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral
dan juga air (Brown, 2005; Grosvenor dan Smolin, 2002).
Pada tahun 2003, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan satu
kajian survei (Malaysian Adult Nutrition SurveY) secara besar-besaran di seluruh
negara dalam mengetahui kuantitatif informasi mengenai status pemakanan,
pengambilan rnakanan dan cx>rak aktiviti fizikal orang dewasa yang berumur di
antara lapan belas hingga lima puluh sembilan tahun. Dalam kajian ini
menunjukkan pengambilan setiap nutrien menyumbang kepada diet yang seimbang
dan menglkut pengambilan nutrlen yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (Mimalini et al, 2008).
2.3 Diet seimbang
Diet seimbang merupakan diet yang teratur dan betul, baik untuk kesihatan serta
dapat diarnalkan (Rachmat, 1996). Menurut Whitney et al (2007), diet seimbang
merupakan suatu perwatakan pemakanan yang menyediakan pelbagai makanan
daripada setiap komposisi makanan yang mengandungi nutrien yang tinggi secara
seimbang. Selain itu, diet seimbang turut diklasifikasikan sebagai diet yang boleh
membekalkan nutrien yang mencukupl kepada badan mengikut umur, jantina,
7
keperluan tertentu dan keadaan fizikal seseorang individu dalam memenuhi
keperluan tumbesaran dan kesihatan (Nawalyah dan Zamaliah, 2007).
Tabiat pemakanan dan juga diet yang diamalkan oleh wanita dapat dilihat
melalui survei serta pengukuran antropometri. Pendedahan terhadap pengambilan
makanan yang betul serta diet yang seimbang dapat membantu wanita dalam
membuat pemilihan yang betul bagi mengekalkan berat badan yang ideal terhadap
diri sendiri dan juga keluarga. Pengekalan Indeks Jisim Tubuh yang nonnal (18.5
kg/m2 hingga 24.9 kg/m2) adalah penting bagi menghindarkan potensi menghidapi
penyakit kronik. Risiko ini boleh terjadi apabila berat badan adalah berlebihan dan
obes (Harrison dan Hamide, 2009).
2.4 Piramid makanan
Piramid makanan merupakan suatu pendekatan dan pengetahuan terhadap
perancangan diet yang dapat membekalkan kuantiti serta kualiti nutrien yang
mencukupi. Terdapat em pat (4) aras dalam piramid makanan bagi mewakili satu
set nutrien yang berbeza. Pemilihan makanan daripada setiap kumpulan makanan
akan melancarkan serta memudahkan perancangan pemilihan serta pembentukan
diet yang seimbang (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2002).
8
Susu dan PIJ'OCI'uk lenusu
'1-2 HI ANGA
Bu h--b .... han dan yuron
m.nlmum 3-5 DANGA
cmak mlnyalic, 9 u I CI~n garam GUNASEDIIC
Ikon. a'll .. 1'1'1 tlk. daglng d n kokacang 2- H DA AN
Nasi. m i. For. b Jlrln I ~n Clan produk blllrrin d n ubi - 2 HtOANGAN
Rajah 2.1 Piramid Makanan
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (2002)
2.5 Berat badan
Berat badan merupakan jisim tubuh yang merangkumi komposisi cecair dan lemak
di dalam badan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi berat badan
seseorang individu. Antaranya, faktor umur, jantina, aktiviti fizikal, masalah
kesihatan dan penggunaan ubat-ubatan, psikologikal dan sosial serta gaya hidup
(Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti, 2006). Keseimbangan
di antara pengambilan tenaga dan juga penggunaan tenaga dipengaruhi oleh
kelebihan atau kekurangan makanan, perubahan fisiologi dan psikologi. Faktor
faktor ini mampu mengubah berat normal seseorang individu (Suriah et al, 2003).
Masalah berat badan sering terjadi di kalangan wanita akibat dari
pengambilan makanan yang berlebihan dan kurangnya melakukan senaman.
Masalah ini boleh meningkatkan risiko menghidapi masalah jantung, tekanan darah
9
RU1UKAN
Alvarez, J., Pavao, J., Baumrind, N., dan Kimerling, R. 2007. The relationship Between Child Abuse and Adult Obesity Among california Women. American Journal of Preventive Medicine. 33 (1):
Anirawati binti Dahari. 2000. Pengukuran Antropometri di Kalangan Pelajar Perempuan Universiti Malaysia sabah. 5ekolah Sains Makanan dan Pemakanan. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Bolton, T.R. 2003. Obesity and Appetite Drogs. In Handbook of Food Drug Interactions. CRC Press
Brown, J.E. 2005. Nutrition Now. 4th Ed. Thomson Wadsworth
Brown, J.E., Isaacs JS., Krinke, U.B., Murtaugh, M.A., Sharbaugh, C,;J Stang, J., dan Wooldridge, N.H. 2005. Nutrition Through The Life C}de. 2 Ed. Thomson Wadsworth
Bartlett, J.E., Kotrlik, J.W. dan Higgins, C.C. 2001. Organizational Research: Determining Appropriate Sample Size in SUlVey Research. Information Technology, Leaming and Performance Joumal 19(1): 43-50
OiftDn, P. 2007. Section m: Nutrition in 07ronic Disease and Various Conditions: Obesity and Weight Management In Optimizing Women's Health Through Nutrition. Taylor and Francis Group
Dunne, L.J. 2002. Nutrition Almanac 5th Ed. McGraw-Hili
63
Garrow, J.S, James, W.P.T dan Raplh, A. 2000. Human Nutrition and Dietetics. 10th
Ed. Churchill Livingstone
Grosvenor, M.B. dan Smolin, l.A. 2002. Nutrition From Science To Life. Harcourt Inc.
Harrison, G.G. dan Hamide, S. 2009. Section IV: Foods and Health: Overweight, Obesity and Related Diseases. In Adequate Food For All: Culture, Science & Technology of Food in the 21st Century. Taylor and Francis Group
Heymsfield, S.B. 2009. How Large Is The Gap That Accounts For The Obesity Epidemic? American Journal of Oinical Nutrition. 89: 1717-8 (Editorial)
Israel, G.O. 1992. Determining Sample Size. . 25 Oktober 2009.
Jabatan Pendaftar UMS. 2009. Senarai Kakitangan Wanita Mengikut Jabatan Oi UMS Sehingga 24 Ogos 2009. . 25 Ogos 2009.
James, P. 2003. Obesity: A Global Problem. Taylor dan Francis
Kandiah, M., M.Shariff, Z., Chan, Y.M. dan A.Saad, H. 2007. Handbook on Nutritional Assessment Methods. Malaysia: August Publishing Sdn. Bhd.
Kementerian Kesihatan Malaysia. 2002. Atlas Makanan: saiz Pertukaran dan Pors/. Universiti Kebangsaan Malaysia: MDC Publisher Printers Sdn 8hd
64
Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti. 2006. Women and Nutrition: A Practical Guide for Healthcare Professionals. Kuala Lumpur: Ministry of Women, Family and Community Development and Nutrition Society of Malaysia
Khor, G.L. 2008. Abdominal Obesity. Malaysian Journal of Nutrition. Editorial
Kreider, R.B. dan Wilborn, C.D. 2009. Nutritional Concems in Recraation, Exercise and Sport: Weight Management Taylor and FranCis Group
Lawrence, M. dan Worsley, T. 2007. Public Health Nutrition: From Principles to Practice. Australia: McGraw-Hili
Lay, Y.F. dan Khoo, C.H. 2009. Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer Dengan SPSS 16.0 for WinOOmi. Selangor: Venton Publishing
Lee, R.D. dan Nieman, D.C. 1996. Nutritional Assessment. 2nd Ed. McGraw-Hili
Lee, R.D. dan Nieman, D.C. 2003. Nutritional Assessment 3rd Ed. New York:
McGraw-Hili
Md Idris Mohd Noor. 1995. Asas Statistik dan Penyelidikan Perubatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
65
Ministry of Health Malaysia. 2005. RNI: Recommended Nutrient Intakes for
Malaysia. Putrajaya
Mirnalini, K., Zalilah, M.S., Safiah, M.Y., Tahir, A., Siti Haslinda, M.D., Siti Rohana, D., Khairul Zarina, M.Y., Mohd Hasyami, S.dan Normah, H. 2008. Energy and Nutrient Intakes: Rndings from the Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS). Malaysian Joumal of Nutrition. 14(1): 1-24
Mitchell, M.K. 2003. Nutrition Aatlss the life Span. 2nd Ed. USA: Elsevier Science
MOusa, N.A., Salma, K.T. dan Hamed, R.T. 2006. Obesity and OVerweight in Young Adult Females of Northern Badia of Jordan. Malaysian Joumal of Nutrition. 12(2): 157-166
Nawalyah, A.G. dan Zamaliah, M.M. 2007. Modul Diet Seimbang. 2nd Ed. Kementerian Kesihatan Malaysia
Noor-A1ni, M.Y., Pon, L.W., Ong, F.B., Adeeb, N., Seri, S.S., Shamsuddln, K., Mohamad, A.L., Hapizah, N., Mokhtar, A. dan Wan, H.W.H. 2006. Ufestyle Improved Nutritional Knowledge, Dietary Composition and Health Status of Midlife Malaysian Women. Malaysian Journal of Nutrition. 12(2): 125-146
Norimah, A.K., Safiah, M., Jamal, K., Siti, H., Zuhaida, H., Rohida, S., Fatimah, 5., Siti, N., Poh, B.K., Kandiah, M., Zalllah, M.S., Wan, M.W.M., Fatimah, 5., dan Azmi, M.Y. 2008. Food Consumption Patterns: Findings From The Malaysian Adult Nutrition Surveys (MANS). Malaysian Joumal of NutTitIon. 14(1):25-39
Norimah, A.K., Nik Shanita, S.F.M.Y., Norazliana, M.N., Zawiah, A. dan Tee, E.S. 2008. Tahap Pengetahuan Pemakanan di Kalangan Warga Tua di Malaysia. Jumal Sains Kesihatan Malaysia. 6(2):42-54
66
Parham, E.S. dan White, A.A., 2004. Women and Weight: A Model-Based Perspective. In Wolinsky 1. & K1imis-Zacas D. (eels.). Nutritional Concems of Women. 2nd Ed. CRC Press LLC
Pon, LW., Kandiah, M. dan Mohd Taib, M.N. 2004. Body Image Perception, Dietary Practices and Physical Activity of Overweight and Normal Weight Malaysian Female Adolesrents. Malaysian JoumalofNutrition. 10(2): 131-147.
Rachmat, S. 1996. Amalan Hidup Sihat: Nasihat Perubatan dan Kesihatan untuk Anda, Keluarga dan Semua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ramadas, A., Kandiah, M., larida, H., Yunus, G.A.G., dan Faizal, J.A. 2009. Obesity and Risk of Colorectal Adenomatous Polyps: a Case-Control Study in Hospital Kuala Lumpur. Malaysian Journal of Nutrition. 15(1): 1-10
Rolland, Y., Lauwers-Cances, V., Cristini, c., Kan, G.A.V., Janssen, I., Morley, J.E. dan Veil as, B. 2009. Difficulties with Physical Function Associateel with Obesity, Sarcopenia and Sarcopenic-obesity In community-dwelling elderly women: The EPIDOS (EPIDemlologie de 1'00000porose) Study. roe AmeriaJn Joumal of OiniaJl Nutrition. 89: 1895-900
Rozalni bint! Shaari. 2001. Perubahan Tabiat Pemakanan di KiJlangan Pelajar Perempuan di Universiti Malaysia Sabah. Sekolah Salns Makanan dan Pemakanan. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Saunders. 2005. Dorland's Pocket Medical Dictionary. 2-rt' Ed. Elsevier
67
Sherina, M.S. dan Lekhraj, R. 2009. The Prevalence and Factors Associated With Obesity Among Adult Women in Selangor, Malaysia. Asia Pacific Family Medicine. 8 (2):
Sidek Mohd Noah. 2002. Reka 8entuk Penyelidikan: Fa/safah, Toori dan Praktis. Selangor: Universiti Putra Malaysia
Singh, R., Martin, B.R., Hickey, Y., Teegarden, D., campbell, W.W., Craig, B.A., Schoeller, D.A., Kerr, D.A., dan Weaker, C.M. 2009. Comparison of SelfReported and Measured Metabolizable Energy Intake with Total Energy Expenditure in OVerweight Teens. The American Journal of Oinical Nutrition. 89: 1744-50
Spark, A. 2007. Nutrition in Public Health: Principles, Polides and Practice. Boca Raton: CRC Press Taylor and Francis Group
Suriah, A.R., Norimah, A.K., Aminah, A., Azizah, H.A.H. dan Fatimah, A. 2003. Makanan, Pemakanan Dan Terapi Diet Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tee, E.S. Mohd Ismail Noor, Mohd Nasir Azudin dan Khatijah Idris. 1997. Nutrient Composition Of Malaysian Foods. 4th Ed. Food Composition Database Programme. Kuala Lumpur: Institute for Medical Research
Undang-undang Malaysia. 2009. Aida Makanan dan Peraturan-Peraturan. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn Bhd
Wardlaw, G.M. 2003. Contemporary Nutrition: Issues and Insights. 5th Ed. McGraw
Hill
68
Westerterp, K.R. 2005. Physical Activity and Obesity. In Food, Diet and Obesity.
Taylor and Francis
Whitney, E., DeBruyne, L.K., Pinna, K. dan Rolfes, S.R. 2007. Nutrition for Health and Health care. 3rd Ed. USA: Wadsworth Cengage Learning
Wiseman, G. 2002. Nutrition and Health. New York: Taylor & Francis Inc.
Wlttert, G.A. 2007. Obesity in Older Adults. In Geriatric Nutrition. Taylor and
Francis group
Zainab binti Madil. 2002. Kajian Tahap Keobesan di Kalangan Wanita di Universiti Malaysia Sabah. Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Zalilah, M.S., Mirnalini, K., Saftah, M.Y., Tahir, A., Siti, H.M.D., Siti, R.D., Khairul, Z.M.Y., Mohd, H.S., Normah, H., dan Siti, F.A. 2008. Daily Energy Intake from Meals and Afternoon Snacks: Rndings From The Malaysian Adults Nutrition SUrvey (MANS). Malaysian Journal of Nutrition. 14(1): 41-55
Zubaidah Haji Abdul Rahim. 1992. Pemakanan: Pendekatan Dari Segi Biokimia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
69
top related