format penulisan akademik ipgkpp.docx
Post on 11-Jul-2016
1.211 Views
Preview:
TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG
PANDUAN PENULISAN AKADEMIK
1. PENDAHULUAN
Panduan penulisan penulisan akademik disediakan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus
Pulau Pinang untuk kegunaan calon yang menyediakan tugasan penulisan akademik
sebagai memenuhi keperluan untuk tugasan Kerja Kursus Pendek, Projek dan sebarang
penulisan akademik di peringkat Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
dengan kepujian (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian
(PISMP), Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) dan program-program
lain yang terlibat. Panduan ini menjelaskan keperluan tertentu yang mesti dipatuhi oleh
pelajar agar penulisan yang dihasilkan adalah bermanfaat dan menepati piawaian
penulisan akademik.
2. FORMAT PENULISAN AKADEMIK
2.1 Kertas
Kertas putih saiz A4 (210mmx297mm) yang sekurang-kurangnya 80gsm.
2.2 Penaipan
Penulisan akademik mestilah ditaip dengan menggunakan komputer. Calon
hendaklah menggunakan pencetak berkualiti.
2.2.1 Huruf
Calon mesti menggunakan font “Times New Roman” dengan saiz 12
poin.
2.2.2 Langkauan
Penulisan akademik mesti ditaip dengan menggunakan langkau sebaris
(double spacing). Walau bagaimanapun perkara di bawah perlu ditaip
tanpa langkauan (single spacing) dalam teks:
i. Penghargaan.
ii. Petikan asal.
iii. Senarai rujukan.
iv. Keterangan melebihi satu baris jadual dan rajah.
v. Lampiran: seperti soal selidik, surat dan maklumat berkaitan.
vi. Tajuk dan sub tajuk yang panjang.
2.2.3 Penaipan tajuk
Semua tajuk (kecil sub tajuk) perlu ditaip dalam HURUF BESAR tebal
tengah-tengah di antara jidar kiri dengan kanan, 5.0 sm daripada jidar atas.
2.3 Santak teks
Teks perlu ditaip santak kiri kanan (justify).
2.4 Perenggan
i. Ayat pertama dalam perenggan pertama bagi setiap tajuk hendaklah
dimulakan santak kiri.
ii. Ensotan (indent) bagi memulakan perenggan yang seterusnya ialah1.25 sm
dari birai kiri.
iii. Antara perenggan satu baris (sekali ‘enter’).
iv. Antara perenggan terakhir dengan sub tajuk baharu langkauan 3 baris (3
kali ‘enter’).
v. Antara tajuk dan perenggan 1 baris (1 kali ‘enter’). Perenggan baharu pada
bahagian bawah muka surat mestilah mengandungi sekurangkurangnya
dua baris yang lengkap ditaip. Jika tidak, ia perlu dimulakan pada muka
surat baharu.
2.5 Birai (Margin)
Birai yang ditetapkan bagi teks seperti berikut:
i. Tepi sebelah atas :3.0sm
ii. Tepi sebelah kanan :2.5sm
iii. Tepi sebelah kiri :3.8sm
iv. Tepi sebelah bawah :2.5sm
Hanya nota kaki dibenarkan di birai bawah. (Rujuk lampiran B)
2.7 Penomboran muka surat
2.7.1 Kedudukan nombor muka surat
Semua nombor muka surat bermula pada bab 1 dicetak tanpa tanda bacaan
1.5 sm dari atas dan 2.5 sm dari jidar kanan, bagi digit terakhir nombor
berkenaan.
2.7.2 Jenis nombor
Bagi muka surat di antara muka surat judul dan muka surat bab 1
penomboran hendaklah digunakan huruf kecil Roman secara berturutan
(i,ii,iii dan seterusnya) tanpa tanda bacaan.
Muka surat judul hadapan penulisan penulisan akademik di anggap
1, tetapi nombornya tidak ditaip. Nombor Roman diletakkan pada muka
surat pertama selepas muka surat kedua judul. Teks, rujukan dan lampiran
diberi nombor Arab berturutan (2,3,4, dan seterusnya) bermula pada muka
surat kedua teks.
2.8 Susunan Teks
Pihak IPG Kampus Pulau Pinang tidak menetapkan keperluan tertentu tentang
pecahan kecil susunan teks. Namun, susunan yang dipilih perlu konsisten pada
keseluruhan penulisan akademik..
2.9 Nota kaki
Terdapat banyak perbezaan tentang kandungan dan kedudukan nota-nota di dalam
penerbitan sains, kemanusiaan dan sains sosial. Calon hendaklah meminta nasihat
penyelia masing-masing. Dalam bidang sains, catatan nota kaki jarang digunakan.
Saiz huruf yang digunakan bagi nota dan catatan kaki mestilah menggunakan saiz
huruf 8 poin.
2.10 Jadual
2.10.1 Penomboran jadual
Setiap jadual mestilah mengandungi satu nombor rujukan (nombor arab)
dan keterangan. Nombor jadual mestilah sekata dengan nombor bab
jadual. Jadual perlu dinomborkan secara berturutan. Misalnya, jadual
dalam Bab 3 diberi nombor Jadual 3.1, Jadual 3.2, Jadual 3.3 dan
seterusnya.
2.10.2 Kedudukan Jadual
Jadual mestilah dimuatkan betul-betul di tengah muka surat mengufuk
dalam birai yang ditetapkan. Perkataan Jadual, nombor dan keterangannya
dicetak pada sebelah atas jadual tersebut. Jika jadual bersambungan pada
muka surat berikutnya, baris atas muka surat hendaklah berbunyi (sebagai
contoh) ‘Jadual 5,sambungan). Keterangan tidak diulangi. Jika jadual
petikan, rujukan mestilah dicatat.
2.10.3 Bentuk Jadual
Jadual mestilah disediakan dengan garis mengufuk yang jelas dilukis.
Garis tegak tidak diperlukan sekiranya lajur mengandungi tajuk yang jelas
perangkaan disusun menegak dengan betul.
Contoh:
Jadual 3.1Bilangan Pelajar Mengikut Jantina dan Mata Pelajaran____________________________________________Mata Pelajar PelajarPelajaran Lelaki Perempuan
____________________________________________
Matematik 52 72Fizik 85 65Biologi 70 86Kimia 66 55
Sekiranya jadual meliputi satu muka surat calon boleh menyediakan jadual dalam bentuk landskap.
2.11 Rajah
Rajah mungkin mengandungi gambar foto, ilustrasi, graf atau apa sahaja yang
tidak menyerupai skrip atau jadual.
2.11.1 Kedudukan Rajah
Perkataan rajah, nombor rajah (nombor arab) dan keterangannya
diletakkan di bawah rajah tersebut. Jika rajah itu bersambung ke muka
surat berikutnya, peraturan menulisnya sama seperti jadual, penomboran
rajah juga berurutan.
2.11.2 Gambar foto
Gambar foto yang lebih kecil daripada muka surat perlu diletakkan dengan
kemas.
2.12 Cetakan
Cetakan hanya pada sebelah muka surat. Semasa menjilid, muka surat bercetak
hendaklah diletakkan di sebelah kanan.
4. SUSUNAN KANDUNGAN
Setiap Penulisan akademik mengandungi tiga bahagian; permulaan, teks dan rujukan.
Setiap bahagian mempunyai beberapa seksyen yang mesti disusun atur menurut peraturan
tertentu. Susunan dan kandungan penulisan Penulisan akademik perlu mengikut tertib
seperti berikut:
i. Halaman Judul
ii. Pengakuan
iii. Penghargaan
iv. Abstrak dalam Bahasa Melayu
v. Abstrak dalam Bahasa Inggeris
vi. Kandungan
vii. Senarai jadual
viii. Senarai rajah
ix. Senarai singkatan/simbol/tatanama/istilah
x. Teks Rujukan
xi. Lampiran (jika ada)
4.1 Halaman judul
Halaman ini perlu mengandungi maklumat berikut:
i. Judul Penulisan akademik (dalam bentuk piramid terbalik 6.0 sm
dari jidar))
ii. Nama penuh penulis (seperti dalam kad pengenalan / pasport
antarabangsa)
iii. Penulisan akademik yang dikemukakan, contohnya
PENULISAN AKADEMIK YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK
MEMENUHI SYARAT KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU
(KKBI) / PROJEK
iv. Nama Pensyarah dan Jabatan
v. Nama Institut Pendidikan Guru
(INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG)
vi. Tahun Penulisan akademik itu diserahkan untuk pemeriksaan.
4.2 Pengakuan / Declaration
Pengakuan dimulakan pada muka surat baharu selepas muka surat judul ditaip di
tengah-tengah muka surat tersebut. Calon dikehendaki menulis dan
menandatangani pengakuan tersebut. Pengakuan boleh dalam Bahasa Inggeris
bagi penulisan akademik yang dikemukakan dalam bahasa berkenaan.
4.3 Penghargaan
Bahagian ini tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan Penulisan
akademik merakamkan penghargaan terhadap bantuan yang diberikan oleh orang
perseorangan atau pertubuhan dalam penyelidikan Penulisan akademik calon.
4.4 Abstrak dalam Bahasa Melayu dan terjemahan
Abstrak yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan terjemahannya dalam Bahasa
Inggeris mestilah disediakan pada muka surat baharu selepas penghargaan.
Abstrak berupa ringkasan penulisan akademik yang memberi pendedahan tentang
masalah yang diselidiki, objektif dan matlamat kajian, kaedah dan dapatan
penyelidikan dalam konteks kajian yang dijalankan. Panjang setiap versi tidak
melebihi 200 perkataan dan tidak melebihi satu muka surat.
4.5 Kandungan
Kandungan perlu dimulakan pada muka surat baharu. Ia mengandungi senarai
kandungan yang terdapat dalam Penulisan akademik, iaitu Bab, tajuk dan sub
tajuk yang berkenaan. Tajuk-tajuk dan sub-sub tajuk berkenaan hendaklah selaras
seperti yang terdapat dalam teks. Bab hendaklah ditulis dengan huruf besar tebal.
4.6 Senarai jadual
Senarai jadual hendaklah dimulakan dengan muka surat baharu. Senarai ini
mengandungi tajuk jadual yang disertakan dalam penulisan dan tajuk mestilah
seperti tajuk yang terdapat pada jadual berkenaan.
4.7 Senarai rajah
Senarai rajah hendaklah dimulakan pada muka surat baharu. Ia mestilah
mengandungi senarai tajuk gambar rajah, gambar foto, peta, graf dan sebagainya
yang terdapat dalam penulisan.
4.8 Senarai singkatan/ simbol/tatanama/istilah
Senarai ini hendaklah ditulis pada muka surat baharu selepas senarai rajah.
4.9 Teks
Teks mengandungi beberapa bahagian contohnya, seperti berikut:
BAB1 : Pendahuluan
BAB 2: Tinjauan Literatur
BAB 3: Metodologi
BAB 4: Dapatan kajian
BAB 5: Perbincangan dan Kesimpulan
atau
BAB1 : Pendahuluan
BAB 2: Tinjauan Literatur
BAB 3: Metodologi
BAB 4: Dapatan dan Perbincangan
BAB 5: Kesimpulan dan Cadangan
4.9.1 Rujukan
Sebarang Penulisan akademik yang menggunakan karya lain
sebagai rujukan, mestilah mengandungi bibliografi yang
menunjukkan sumbernya. Jika rujukan terhadap bahan berkenaan
dibuat tetapi tidak dibuat pengakuan khasnya dalam teks, karya
tersebut perlu disenaraikan berasingan sebagai satu lampiran
kepada rujukan dan diberikan tajuk kecil RUJUKAN AM. Seksyen
ini bermula dengan muka surat baharu dengan judul RUJUKAN
ditaip dengan huruf besar dan diletakkan di tengah-tengah muka
surat tanpa tanda bacaan 5.0 sm dari jidar atas. Setiap rujukan
ditaip dengan satu langkau antara satu sama lain dan satu jarak
dalam rujukan yang sama. Satu rujukan yang mengambil lebih
daripada satu baris hendaklah diberi ensotan (indent) sebanyak
tujuh ruang.
4.9.2 Lampiran
Penulisan akademik tidak semestinya mengandungi lampiran.
Sekiranya perlu, bolehlah dimasukkan data kajian, jadual, contoh
soal selidik, carta alir, dan sebagainya ke dalam teks, atau yang
tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang
dibincangkan dalam teks. Lampiran boleh disusun sebagai
LAMPIRAN A, LAMPIRAN B dan seterusnya.
LAMPIRAN A
KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN MAKMAL DALAM TOPIK SISTEMPENCERNAAN MANUSIA, TINGKATAN 4, SEKOLAH
MENENGAH DANG ANUM, MELAKA.
SITI NORBAYA BINTI ABDULLAH
DISERTASI/TESIS DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN / DOKTOR FALSAFAH
FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2008
SILA TETAPKAN BIRAI (MARGIN) SEPERTI BERIKUT :
Tepi sebelah atas :6sm @ 2.35 inci
6 sm @ 2.35 inci
4 sm @ 1.55 inci
LAMPIRAN L
Contoh kandungan
KANDUNGAN
Muka Surat
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL vii
SENARAI RAJAH viii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Kaedah Pengajaran yang digunakan. 1
1.2 ……………………………………. …
1.2.1……………………… …
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR …
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN …
BAB 4 DAPATAN KAJIAN …
RUJUKAN 170
LAMPIRAN 178
LAMPIRAN D
Contoh senarai jadual
SENARAI JADUAL
Jadual muka surat
2.1 Julat pencapian subdimensi menganalisis 13
4.3 Kategori eksperimen yang dijalankan 59
4.5 Penggunaan istilsh di dalam kelas 63
LAMPIRAN N
Contoh senarai rajah
SENARAI RAJAH
Rajah muka surat
3.1 Carta pai peratus pencapaian PMR 10
5.3 Graf peratus pencapaian 45
5.5 Peta Konsep Piawai : Makenisme Pengangkutan 55 Bahan Merentasi Membran Plasma.
LAMPIRAN B
FORMAT PENULISAN AKADEMIK (TEMPLATE)
1. Birai (Margin)
2. Saiz kertas
Tepi sebelah atas :3.0sm @ 1.15 inci
Tepi sebelah bawah :2.5sm @ 1 inci
Tepi sebelah kiri :3.8sm @ 1.5 inci
1
2
3
3. Langkauan (spacing) – double spacing
4. Huruf – Times New Roman saiz 12
Kertas A4
12
3
12
5. Muka surat
6. Muka surat pertama setiap bab tidak dicetak nombor muka surat
2 - Sila klik disini
1 2
3
4 – Atas sebelah kanan
1
3
7. Santak teks - Jusitfy
12
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
(1 enter @ enter ke-2 selepas tajuk)
Bab ini akan membincangkan secara keseluruhan kajian dan permasalahan kajian. Seterusnya akan
melihat tujuan kajian dan persoalan kajian. Akhir sekali bab ini akan melihat kepentingan dan batasan
kajian yang dijalankan. Kerangka……
4 kali enter atau enter yang ke 5 dari ayat terakhir @ 4.0cm
4 kali enter atau enter yang ke 5 dari ayat terakhir @ 4.0cm
2 kali enter , mula menaip di ‘enter’ ke 3 @ 5.0cm
Set ‘ CENTER’ dan ‘BOLD’
Perenggan pertama tidak perlu di TAB
Tekan butang TAB 1 kali Tajuk perlu
BOLD
(1 enter @ enter ke-2 selepas ayat terakhir di atas)
Dalam beberapa kajian yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati
golongan berpendapatan bahawa ffsdfskfasfJgpjvjs[gpj gpapgjpgpg pdgjdjbzlbjztjp asfddfpsdfp adkadljf
sfklfjsd sdfkkjasjatjlvlzv dlgjgjjdgldgl…………
1.1 Kajian rintis
1 kali enter @ enter ke-2 selepas tajuk
Draf pertama senarai semak (Lampiran A ms.23) dikemukakan leh penyelidik dan kajian rintis telah
dijalankan di beberapa buah sekolah sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan unutk menguji
kemampuan instrument tersebut mengutip dana yang dikehendaki. Selepas beberapa pemerhatian
dilakukan dan pemurnian dilakukan sehinggalah terhasilnya senarai semak yang sesuai dan memenuhi
keperluan penyelidikan di kemukakan (Lampiran B)......................................................
(1 kali enter @ enter ke-2 selepas ayat terakhir di atas)
Kesalahan dilakukan dengan meminta beberapa orang guru biologi berpengalaman dan
pensyarah universiti untuk membaca dan memberi komen. Senarai semak yang dibina juga telah
disemak dari segi bahasanya oleh pakar bahasa di sebuah universiti tempatan.
1.2 Kesahan dan kebolehpercayaan
Ensotan / indent 1.25cm (TAB 1 kali)
Subtajuk baharu - 2 kali enter atau enter yang ke 3 dari ayat terakhir
1 kali enter @ enter ke-2 selepas tajuk
Ujian kebolehpercayaan juga dilakukan tehadap senarai semak selepas kaji dijalankan dengan
menggunakan program SPSS.Nilai alpha bagi senarai semak yang atau yang dipakai dalam kajian
(Lampiran B ms.24) adalah alpha 0.6 dan senarai semak yang
sebelumnya (Lampiran A) adalah alpha 0.5………………….
Pastikan sekurang-kurangnya mengandungi dua baris yang lengkap di taip. Jika tidak, ia perlu dimulakan pada muka surat baharu.
LAMPIRAN J
5.0 sm
PENGAKUAN (2 kali enter)
Saya mengaku disertasi ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
15.11.1999 TandatanganSITI NORBAYA BT ABDULLAH
19980201486
nombor pendaftaran
LAMPIRAN F
RUJUKAN
A Dictionary of Human Behaviour. (1981). Cambridge: Harper & Row Publisher.
Ahmad Kamal Ariffin. (2006).Tekanan Kerja Di Kalangan Kaunselor Pelajar Daerah Petaling. Tesis Sarjana Pendidikan Yang Tidak Diterbitkan. Fakulti Pendidikan , Universiti Malaya.
Al- Darmaki dan Fatima, R. (2004). Counselor Training , Anxiety and Counseling Self Efficacy : Implication For Training Psychology Student From The United Arab Emirates University. Social Behavior and Personality, 31, 497-508.
Allinder, Rose, M. (1996). Effects of Differential Implementation of Curriculum-Based Measurement .Exceptional Children, v62 n6 p525-35 May 1996
Anis Anwar (2005) Kaunseling Keluarga, blog Nur Qudrah Enterprise di perolehi pada Ogos 5, 2009.
Andi Audryanah Md. Noor. (2007). Kepimpinan Pengajaran Dan Efikasi Kendiri Pengetua Sekolah Menengah Dan Hubuungannya Dengan Pencapaian Akademik Sekolah. Tesis Sarjana Pendidikan Yang Tidak Diterbitkan. Shah Alam. UiTM.
Anastasia, A. (1982). Psychological Testing. Ed. -5. New York : Mac Millan Publishing Co. Inc.
Arina Yasir (2007) Siapa kaunselor?diperolehi pada September 9, 2008 daripada siapa-kaunselor. Html.
Asrah Datok Ambas. 2003. Perkembangan Profesion Yang Berterusan. Seminar Kaunseling Kebangsaan 2003, Bahagian Sumber Manusia. Kementerian Pendidikan Malaysia
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan Selangor: PTS .Professional.
Azwan Ahmad , Abdul Ghani Abdullah , Mohammad Zohir Ahmad dan Abd. Rahman Hj. Abd. Aziz. (2005). Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).Kajian Yang Diterbitkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Jilid 7. Disember 2005. Jurnal Penyelidikan, Universiti Sains Malaysia
top related