full report new
Post on 17-Jul-2015
633 Views
Preview:
TRANSCRIPT
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 1/77
MENGENALPASTI FAKTOR-FAKTOR PENENTU PELAKSANAAN
KUMPULAN KAWALAN KUALITI (QCC) DALAM INDUSTRI PEMBUATAN
MAKANAN DI SYARIKAT HWA TAI INDUSTRIES BERHAD
MOHD ZULFADLI BIN ROZALI
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 2/77
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA
MENGENALPASTI FAKTOR-FAKTOR PENENTU PELAKSANAAN KUMPULANKAWALAN KUALITI (QCC) DALAM INDUSTRI PEMBUATAN MAKANAN DI
SYARIKAT HWA TAI INDUSTRIES BERHAD
SESI PENGAJIAN : 2011/2012
Saya MOHD ZULFADLI BIN ROZALI mengaku membenarkan Laporan Projek Sarjana Muda ini
disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Laporan projek sarjana muda adalah hak milik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
................................................... ......................................................
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: ENCIK YUNOS BIN NGADIMAN
NO.22 LORONG 3, TAMAN DESA
SAPURA, 06300 KUALA NERANG,
KEDAH DARUL AMAN
Tarikh: 16 JANUARI 2012 Tarikh: 16 JANUARI 2012
CATATAN
** Jika Laporan Sarjana Muda ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan suratdaripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali
sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
√
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 3/77
MENGENALPASTI FAKTOR-FAKTOR PENENTU PELAKSANAAN
KUMPULAN KAWALAN KUALITI (QCC) DALAM INDUSTRI PEMBUATAN
MAKANAN DI SYARIKAT HWA TAI INDUSTRIES BERHAD
MOHD ZULFADLI BIN ROZALI
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pengeluaran Dan Operasi) Dengan
Kepujian
Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JANUARI 2012
“Saya akui bahawa laporan projek ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya bagi tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi
(Pengeluaran Dan Operasi) Dengan Kepujian”.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 4/77
Pelajar : ..............................................................
MOHD ZULFADLI BIN ROZALI
Tarikh : 16 JANUARI 2012
Penyelia : ..............................................................
EN. YUNOS B. NGADIMAN
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 5/77
dedikasi
……….khas buat
En. Yunos
Cik. Asmiha
Mr Gary
En.Md Khalid
Mr. Tan
En. Yunos Manap
ayah
mak
imi
kak yue
shaharatulaini
zarul
anip
faiz
terima kasih atas sokongan anda……
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 6/77
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas
Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA,
memberikan kesabaran dan kekuatan mental dalam menyempurnakan laporan Projek
Sarjana Muda Pengurusan Teknologi ini.
Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Yunos
Ngadiman selaku penyelia projek diatas kesabaran, bimbingan, nasihat serta
keyakinan yang diberikan sepanjang kajian ini dilaksanakan. Semoga Allah S.W.T
membalas segala jasa beliau.
Seikhlas ucapan terima kasih kepada Mr Gary Ho Khean Fatt, Encik Md
Khalid Misran, Mr Tan Yuey dan En Yunos Manap.Tanpa kerjasama dari pihak tuan
yang sudi meluangkan masa untuk ditemubual serta berkongsi maklumat, kajian ini
tidak dapat disempurnakan.Kepada keluarga tersayang dan rakan-rakan yang
dihormati, tanpa nasihat dan dorongan kajian ini tidak dapat dilaksanakan. Terima
kasih yang tidak terhingga.
Akhir kata, semoga Allah S.W.T melimpahkan kurnia dan rahmat ke atas
mereka yang telah menyumbangkan kerjasama secara langsung atau tidak langsung
dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Terima kasih sekali lagi.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 7/77
ABSTRAK
Kualiti produk dan perkhidmatan telah menjadi aspek penting kepada organisasi
disebabkan pengguna mengutamakan keperluan yang berkualiti di pasaran. Jika
dilihat menerusi pasaran produk makanan di Malaysia, terdapat banyak produk luar
negara yang diimpot masuk dan dipasarkan kepada pengguna. Hal ini disebabkan
kualiti produk makanan impot lebih berkualiti tinggi berbanding produk tempatan.
Terdapat juga produk tempatan berjaya menembusi pasaran antarabangsa berikutan
pelaksanaan QCC yang berjaya dilaksanakan. Tujuan kajian ini adalah untuk
menentukan faktor penentu kepada pelaksanaan Kumpulan Kawalan Kualiti (QCC)
disebabkan sesetengah organisasi mendapati bahawa kualiti produk dan
perkhidmatan dapat dipertingkatkan melalui aktiviti QCC. Kajian ini dibuat secara
kaedah kualitatif dimana temubual semi struktur dijalankan keatas responden yang
terlibat dengan aktiviti kumpulan kawalan kualiti bagi memperoleh data. Data
dianalisis dengan menggunakan kaedah Miles dan Huberman (1994) dimana terdapat
tiga komponen utama iaitu pengurangan data (data reduction), paparan data (data
display) dan membuat kesimpulan (draw conclusion). Hasil kajian mendapati faktor
penentu kepada pelaksanaan kumpulan kawalan kualiti dalam industri pembuatan
makanan di Syarikat Hwa Tai Industries Berhad ialah pendidikan dan latihan.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 8/77
ABSTRACT
Quality products and services has become an important aspect to the organization
because users prioritize quality requirements in the market. If you look through the
food products market in Malaysia, there are many foreign products imported into and
marketed to consumers. This is because the quality of imported food products of
better quality than local products. There are also local products have penetrated the
international market following the successful implementation of QCC implemented.
The purpose of this study is to determine the factor to the implementation of the
Quality Control Group (QCC). Therefore, the organization find that the quality of
products and services can be improved through QCC activities. The study was
conducted by means of qualitative semi-structures interviews were conducted on the
respondents involved in the quality control group to obtain the data. Data analyzed
using the method of Miles and Huberman (1994) where there are three main
components of data reduction (data reduction), the display data (data displays) and
conclude (draw conclusion). The results showed that the determining factor in the
implementation of quality control in the food manufacturing industry in company
Hwa Tai Industries Berhad is the education and training.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 9/77
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENYERAHAN TESIS i
JUDUL ii
PENGAKUAN PENYELIDIK iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 10/77
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Pernyataan masalah 3
1.4 Persoalan Kajian 4
1.5 Objektif Kajian 4
1.6 Kepentingan Kajian 4
1.7 Skop Kajian 5
2 SOROTAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 6
2.2 Definisi Kumpulan Kawalan Kualiti (QCC) 6
2.3 Ciri-ciri Kumpulan Kawalan Kualiti (QCC) 9
2.3.1 Kumpulan Kecil 9
2.3.2 Pengawalan dan Penambahbaikan
Berterusan dalam Proses Kerja 9
2.3.3 Operasi Autonomi 10
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 11/77
2.3.4 Pengurusan Konsep, Alat Dan Teknik
Kawalan Kualiti 10
2.3.5 Pembangunan Diri 11
2.4 Objektif Aktiviti Kumpulan Kawalan Kualiti (QCC) 11
2.5 Aktiviti Kawalan Kualiti dalam Industri
Pembuatan Makanan 12
2.6 Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)
dan Kumpulan Kawalan Kualiti (QCC) 12
2.7 Kitaran PDCA dan Tujuh Alat- alat Kawalan Kualiti 15
2.7.1 Kitaran PDCA 15
2.7.2 Tujuh Alat Kawalan Kualiti 17
2.8 Enam Dasar Prinsip Konsep Ishikawa
Kawalan Kualiti Menyeluruh 18
2.9 Isu-isu berkaitan Kumpulan Kawalan Kualiti (QCC) 18
2.10 Faktor Utama Kejayaan 21
2.11 Kelebihan Pelaksanaan Kumpulan Kawalan
Kualiti (QCC) 23
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Reka Bentuk Kajian 24
3.3 Sampel 25
3.3.1 Populasi 25
3.3.2 Kaedah Persampelan 26
3.4 Peralatan Kajian 26
3.4.1 Data Primer 27
3.4.1.1 Temu Bual Semi Struktur 27
3.4.2 Data Sekunder 28
3.5 Analsis Data 28
3.6 Carta Aliran Metodologi Kajian 30
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 12/77
4 ANALISIS DAN PENGUMPULAN DATA
4.1 Pengenalan 31
4.2 Pengurangan Data ( Data Reduction) 32
4.2.1 Hasil Temu Bual 32
4.2.2 Hasil Dokumentasi 39
4.2.2.1 Perbandingan Faktor Pelaksanaan
Kumpulan Kawalan Kualiti Bagi Kajian
Lepas Bagi Industri Pembuatan Makanan
dan Syarikat Hwa Tai Industries Berhad 39
4.2.2.2 Maklumat Tentang Penggunaan Teknik
dan Alat Kawalan Kualiti oleh Kumpulan
Kawalan Kualiti 41
4.2.2.3 Maklumat Tentang Pelan Program
Pendidikan dan Latihan 43
4.2.2.4 Maklumat Tentang Perbincangan Bulanan
Kumpulan Kawalan Kualiti 45
4.3 Paparan Data ( Data Display) 46
4.3.1 Mengenalpasti Faktor Penentu Kepada
Pelaksanaan Kumpulan Kawalan
Kualiti (QCC) dalam Industri Pembuatan
Makanan di Syarikat Hwa Tai Industries
Berhad. 46
4.4 Membuat Kesimpulan ( Draw Conclusion) Bagi
Faktor Penentu Kepada Pelaksanaan Kumpulan
Kawalan Kualiti (QCC) dalam Industri
Pembuatan Makanan di Syarikat Hwa Tai
Industries Berhad. 48
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 13/77
4.4.1 Faktor Pendidikan dan Latihan 48
4.4.2 Komitmen Pihak Pengurusan 49
4.4.3 Penglibatan Pekerja 50
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 51
5.2 Perbincangan 51
5.3 Cadangan Bagi Kajian Lanjutan 52
5.4 Kesimpulan 53
RUJUKAN 54
LAMPIRAN 57
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 14/77
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Definisi QCC Dari Pengarang Dan
Persatuan Yang Berbeza 7
2.2 Faktor Utama Kejayaan 21
2.3 Kelebihan Pelaksanaan Kumpulan Kawalan
Kualiti (QCC) 23
4.1 Pengurangan Data ( Data Reduction) 33
4.2 Perbandingan Faktor Pelaksanaan Kumpulan
Kawalan Kualiti Bagi Kajian Lepas Bagi
Industri Pembuatan Makanan dan
Syarikat Hwa Tai Industries Berhad 39
4.3 Faktor- faktor Kepada Pelaksanaan
Kumpulan Kawalan Kualiti (QCC)
dalam Industri Pembuatan Makanan
di Syarikat Hwa Tai Industries Berhad 46
4.4 Peratus Faktor Penentu Kepada Pelaksanaan
Kumpulan Kawalan Kualiti (QCC) dalam
Industri Pembuatan Makanan
di Syarikat Hwa Tai Industries Berhad 47
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 15/77
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Rangka Kerja QCC 13
2.2 Hubungan antara TQM dan QCC 13
2.3 Carta Aliran Pengurusan Kitaran PDCA 16
4.1 Picture of rejected items: Penggunaan
Teknik dan Alat Kawalan Kualiti 40
4.2 Pareto Analysis: Assorted
Tin Reject (Empty Tin) 41
4.3 Pareto Analysis: Assorted Tin Reject
(After Shrink Wrap) 41
4.4 Histogram: Monthly Overweight
Summary-Produk Makanan 42
4.5 Pelan Program Latihan dan Pendidikan 43
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 16/77
SENARAI SINGKATAN
QCC - Kumpulan Kawalan Kualiti
TQM - Pengurusan Kualiti Menyeluruh
JUSE - Kesatuan Saintis dan Jurutera Jepun
PDCA - Merangka, Melaksanakan, Memeriksa, Tindakan
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 17/77
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Kebijaksanaan manusia dikenalpasti sebagai faktor utama dalam pembangunan
organisasi di masa hadapan. Ini merupakan faktor yang mempengaruhi persaingan
kompetitif organisasi dalam setiap industri. Selain daripada itu, masyarakat sendiri
membantu organisasi supaya lebih kompetitif dan lebih maju di pasaran. Ini adalah
idea-idea yang diolah dalam pemikiran manusia untuk diaplikasi dan diuruskan oleh
pihak yang terarah kepada sumber yang mendapat keuntungan (Ramanauskiene dan
Ramanauskas, 2006). Bekerja dalam keadaan persekitaran yang berubah-ubah dari
segi persaingan dan pasaran global yang tidak menentu menyebabkan organisasi
beralih kepada aspek kualiti yang lebih produktif. Perubahan tersebut menunjukkan
betapa pentingnya pengurusan, kecekapan dan pengetahuan dalam menguruskan
konsep yang perlu diaplikasikan dalam pengawalan kualiti. Oleh itu, bukan sekadar
pengetahuan yang penting tetapi penggunaan kaedah yang berkesan dan pemeriksaan
malar terhadap perubahan persekitaran yang akan membantu dalam mendapatkan
keputusan (Ramanauskiene, 2005). Kualiti bagi setiap produk dan perkhidmatan
telah menjadi satu faktor penting dalam industri pembuatan makanan kerana
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 18/77
pengguna lebih menitikberatkan aspek kualiti dalam memilih keperluan mereka.
Tujuan penyelidikan ini adalah bagi menentukan faktor-faktor penentu kepada
pelaksanaan Kumpulan Kawalan Kualiti (QCC) disebabkan sesetengah organisasi
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 19/77
dalam industri makanan mendapati bahawa kualiti produk dan perkhidmatan dapat
dipertingkatkan melalui pelaksanaan aktiviti QCC oleh pihak pengurusan.
1.2 Latar Belakang Kajian
Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) adalah kaedah pengurusan yang membantu
dalam meningkatkan keberkesanan dari segi fleksibiliti dan daya saing pekerja bagi
setiap organisasi yang berbeza. Perbezaan dari aspek keutamaan dan kemampuan
dalam proses pekerjaan membantu dalam memperbaiki cara komunikasi dan sifat
saling kerjasama antara pekerja. Teknik-teknik TQM adalah seperti berikut:
a) Kaedah 5 S (5S)
b) Pemasaran, Pengeluaran and Kawalan Pembelian (MPPC)
c) Kumpulan Kawalan kualiti (QCC)
d) Penjagaan Produktif Menyeluruh (TPM)
e) Sistem Pengurusan Kualiti Bersiri ISO 9000
Menurut Ho dan Fung 1994, "Revolusi Industri" terjadi pada abad terdahulu.
Mungkin "Revolusi Komputer" terjadi pada awal tahun 1980 dan kita sekarang,
tanpa diragukan lagi berada di tengah-tengah "Revolusi Kualiti" dimana satu
tempoh perubahan yang mempengaruhi setiap jenis perusahaaan, syarikat dan
organisasi manusia. Secara umum, syarikat bersaing kepada tiga jenis isu iaitu
kualiti, harga dan penghantaran. Perkara ini berlaku kepada semua jenis syarikat
seperti pembuatan, perkhidmatan atau sektor awam.
Menurut Fukui et. al. 2003, QCC merupakan teknik pengurusan yang
berkesan dalam TQM. Teknik QCC pertama kali muncul di Malaysia secara meluas
sekitar awal tahun 1980-an, ketika Pusat Produktiviti Negara menerajui dalam
melaksanakan konsep dan falsafah QCC berdasarkan "Amalan Pengurusan Jepun"
(Paul, 2004).
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 20/77
Konsep dan kaedah QCC dilaksanakan dalam organisasi syarikat Jepun
selepas Perang Dunia II. W. Edwards Deming dan Joseph Juran yang terkenal
dengan kemahiran di dalam pengetahuan bidang kawalan kualiti telah dijemput ke
Jepun untuk membantu meningkatkan ekonomi Jepun selepas Perang Dunia II.
Mereka memperkenalkan kawalan kualiti berstatistik (SPC) dan pengurusan yang
baik dalam kawalan kualiti kepada setiap pemimpin perniagaan Jepun, terutamanya
Jaoru Ishikawa (Mullins dan Schmele, 1993). Kaedah QCC telah membantu
organisasi dalam mencapai peningkatan kualiti secara berterusan melalui penyertaan
dari pihak pekerja dalam menyelesaikan masalah yang berlaku semasa proses kerja
(Kumar et. al. 2007).
1.3 Pernyataan Masalah
Industri pembuatan makanan melaksanakan QCC adalah untuk mencari penyelesaian
masalah bagi masalah yang berlaku semasa proses pembuatan seperti pengurangan
kos pembuatan, penambahbaikan produktiviti, penambahbaikan kualiti produk serta
penjimatan bahan. Menurut Wendy van Rijswijk (2008) dan Lynn J. Frewer (2008),
pengguna lebih mementingkan kualiti produk daripada keselamatan produk dalam
memilih produk makanan. Kualiti produk makanan merupakan faktor yang penyebab
pengguna memilih produk makanan tersebut. Jika dilihat menerusi pasaran produk
makanan di Malaysia, terdapat banyak produk luar yang diimport masuk dan
dipasarkan kepada pengguna. Hal ini disebabkan kualiti produk makanan import itu
lebih berkualiti tinggi berbanding produk tempatan.
Sesetengah produk tempatan juga berjaya menembusi pasaran antarabangsa
berikutan pelaksanaan QCC yang berjaya dilaksanakan. Industri pembuatan makanan
di daerah Batu Pahat seperti Hwa Tai Industries Berhad, Hup Seng Perusahaan
Makanan (M) Sdn. Bhd, Cocosong Food Industries Sdn. Bhd, Munchy Food
Industries Sdn. Bhd dan Miaow Miaow Food Products Sdn.Bhd merupakan industri
makanan yang berupaya memasarkan produk mereka ke pasaran antarabangsa. Hwa
Tai Industries Berhad merupakan industri makanan di daerah Batu Pahat yang
melaksanakan aktiviti QCC berjaya meluaskan pasaran produk keluaran mereka ke
benua Asia, Afrika, Ocenia, Eropah dan Amerika Utara. Perkara ini menunjukkan
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 21/77
aktiviti QCC dapat membantu industri makananan dalam meningkatkan kualiti
produk bagi pasaran antarabangsa.
QCC merangka dan menyokong semua aktiviti TQM. QCC merupakan
kaedah yang penting untuk dalam pelaksanaan TQM. Oleh itu, hubungan antara
TQM dan QCC berkait rapat antara satu sama lain. Selain daripada menentukan
faktor penting dalam pelaksanaan TQM, ia akan sekaligus menjurus kearah
menentukan faktor pelaksanaan QCC secara lebih mendalam. Oleh kerana itu, kajian
ini akan mengenalpasti faktor-faktor penentu kepada pelaksanaan QCC di sebuah
industri pembuatan makanan iaitu Hwa Tai Industries Berhad.
1.4 Persoalan kajian
1) Apakah faktor-faktor penentu kepada pelaksanaan Kumpulan Kawalan
Kualiti (QCC) dalam Industri Pembuatan Makanan di Syarikat Hwa Tai
Industries Berhad?
1.5 Objektif kajian
1) Mengenalpasti faktor penentu kepada pelaksanaan Kumpulan Kawalan
Kualiti (QCC) dalam Industri Pembuatan Makanan di Syarikat Hwa Tai
Industries Berhad.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui faktor penentu kepada pelaksanaan
QCC di industri pembuatan makanan. Selain itu, kajian ini bakal memberikan
pemahaman yang lebih jelas dan lebih baik tentang pengawalan kualiti. Kajian ini
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 22/77
akan mengenalpasti faktor-faktor dan elemen yang menyokong pelaksanaan kaedah
dan teknik QCC dalam industri pembuatan makanan di Syarikat Hwa Tai Industries
Berhad.
1.7 Skop Kajian
Skop kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor pelaksanaan QCC di
industri pembuatan makanan di Daerah Batu Pahat, Johor. Sebuah industri
pembuatan makanan iaitu Hwa Tai Industries Berhad yang telah memperolehi sijil
Kualiti ISO 9000 Pengurusan Kualiti Bersiri dipilih sebagai sampel untuk kajian ini.
Temubual semi struktur akan dijalankan ke atas ahli di Jabatan Syarikat Hwa Tai
Industries Berhad yang terlibat dengan aktiviti kumpulan kawalan kualiti.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 23/77
BAB 2
SOROTAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Sorotan literatur ini membincangkan idea dan strategi yang digunakan oleh
penyelidik-penyelidik yang lepas di mana berkaitan dengan kajian ini. Topik-topik
yang akan dibincangkan adalah merangkumi definisi QCC dari pengarang yang
berbeza, ciri-ciri, tujuan dan objektif kajian. Selain itu juga, sorotan literatur ini
membincangkan aktiviti kumpulan kawalan kualiti (QCC) dalam industri makanan,hubungan antara Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dan Kumpulan Kawalan
Kualiti (QCC), alat dan teknik-teknik QCC, Enam Prinsip Dasar Ishikawa-
Kumpulan Kawalan Kualiti (QCC), dan masalah dalam aplikasi QCC, faktor-faktor
utama kejayaan dalam pelaksanaan QCC serta kelebihan daripada pelaksanaan
QCC.
2.2 Definisi Kumpulan Kawalan Kualiti
Kumpulan Kawalan Kualiti yang dikenali sebagai QCC telah banyak ditakrifkan
oleh kebanyakan para penyelidik-penyelidik di serata dunia. QCC adalah
pendekatan utama dalam pengurusan kualiti yang dilaksanakan dalam pelbagai
sektor termasuk sektor perkilangan, sektor perkhidmatan, sektor awam dan lain-lain
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 24/77
lagi. Jadual 2.1 menunjukan definisi yang ditakrifkan oleh pengarang dan persatuan-
persatuan yang mengambil pendekatan QCC:
Jadual 2.1 Definisi QCC dari Pengarang dan Persatuan yang Berbeza
Pengarang/Persatuan Definisi QCC
Kesatuan Saintis dan Jurutera
Jepun, JUSE (1954)
Sekumpulan kecil terdiri daripada operator
pembekal yang terus-menerus mengawal dan
meningkatkan kualiti kerja, produk kerja dan
perkhidmatan, beroperasi secara autonomi dan
memanfaatkan konsep, alat-alat dan teknik dalam
pengawalan kualiti.
Ishikawa (1976) Individu-individu yang dilatih untuk
mengenalpasti struktur, penilaian dan penyelesaian
masalah dengan mengaplikasikan teknik-teknik
yang berkaitan seperti tujuh teknik Ishikawa, carta
arah proses, histogram, kertas pemeriksaan,
analisis Pareto, gambar rajah penyebab-akibat dan
carta kawalan.
Kerajaan Malaysia- Panduan
QCC untuk sektor awam
(1991)
Sekumpulan kecil pekerja (6-10 orang) daripada
jabatan kerja yang sama berbincang dengan kerap
untuk mengenalpasti, memilih dan menganalisa
masalah yang berkaitan dengan pekerjaan mereka.
Kumpulan tersebut akan mendapatkan
penyelesaian masalah tersebut untuk
diketengahkan kepada pihak pengurusan untuk
dipertimbangkan dan mendapatkan keputusan bagi
menjalankan perlaksanaan. Mereka melaksanakan
keputusan yang dikeluarkan oleh pihak
pengurusan.
Millson dan Kirk-Smith
(1996)
Kumpulan yang terdiri daripada 12 orang pekerja
yang bekerja dalam jabatan yang sama dan secara
sukarela berbincang dengan kerap bagi
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 25/77
mengenalpasti, menyiasat dan menganalisa
masalah yang berkaitan dengan pekerjaan mereka.
Ho dan Fung (1994) Satu kumpulan kecil yang secara sukarela
membincangkan dan melakukan aktiviti kawalankualiti didalam sebuah jabatan. Selain itu,
kumpulan kecil ini adalah organisasi yang
meneruskan kegiatan dalam pengawalan kualiti
demi pembangunan individu, pengendalian proses
dan peningkatan dalam penggunaaan teknik
kawalan kualiti serta penyertaan penuh daripada
semua ahli dalam setiap jabatan.
Ishikawa (1986) Kumpulan kecil pekerja yang bekerja di tempat
kerja yang sama, kerap bertemu, sukarela untuk
melakukan kegiatan pengawalan kualiti dan
terlibat dalam pembangunan diri sendiri.
Menurut buku panduan QCC yang ditulis oleh Fukui et. al. (2003), kegiatan
QCC dilaksanakan sebagai satu bahagian yang terkandung di dalam Pengurusan
Kualiti Menyeluruh (TQM), dengan tujuan untuk membentuk ahli-ahli kumpulan
dengan kemampuan sepenuhnya dalam aktiviti pengawalan kualiti dan menjadikan
tempat perbincangan yang lebih menyenangkan untuk bekerja serta
menyumbangkan idea- idea yang dapat membantu syarikat menjamin kepuasan
pelanggan tentang kualiti.
Falsafah QCC adalah berdasarkan kepada konsep pengurusan partisipatif dan
pengurusan humanistik. Pengurusan humanistik merujuk kepada pihak pengurusan
yang mengutamakan kepentingan terhadap pekerja dan kebajikan mereka.
Disebabkan pekerja merupakan aset yang paling berharga dalam sebuah jabatan dan
organisasi. Pengurusan partisipatif pula merujuk kepada golongan pekerja yang
tidak mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam carta organisasi syarikat diberi
peluang untuk memberi sumbangan yang diperlukan oleh organisasi tersebut. Oleh
itu, QCC merupakan mekanisme di mana pekerja boleh mengambil bahagian dalam
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 26/77
proses penyelesaian masalah bagi membantu organisasi kepada peningkatan kualiti
dan produktiviti dalam unit jabatan (Fukui et. al. 2003).
2.3 Ciri-Ciri Kumpulan Kawalan Kualiti (QCC)
2.3.1 Kumpulan Kecil
Kumpulan QCC biasanya terdiri daripada tiga hingga sepuluh pekerja yang sukarela
bekerja dari satu jabatan dan penyelia yang sama. Kumpulan kecil ini membolehkan
setiap ahli untuk bergiat aktif dalam aktiviti kawalan kualiti dan setiap ahli boleh
menyumbangkan idea-idea semasa proses perbincangan. Apabila berada dalam satu
kumpulan yang kecil, ahli kumpulan lebih cenderung untuk memberikan idea dan
pendapat masing-masing. Sekiranya kumpulan mempunyai kurang daripada tiga
orang ahli, aktiviti perbincangan yang dilakukan lebih sukar untuk mendapatkan
penyelesaian sesuatu masalah jika dibandingkan kumpulan yang terdiri daripada
lebih dari sepuluh orang ahli. Kumpulan ini juga, boleh dilihat sebagai sebuah
komuniti kecil di mana setiap ahli berhubung diantara satu sama lain dan sumbangan
mereka dihargai oleh setiap ahli. Kumpulan yang datang dari satu jabatan yang sama
adalah lebih mudah bagi mereka untuk membincang tentang bagaimana cara untuk
meningkatkan kualiti kerja kerana mereka menggunakan bahasa yang sama,
persekitaran kerja dan pengalaman kerja yang sama, dipengaruhi oleh faktor-faktor
yang sama dan mempunyai satu tujuan yang sama dalam sesuatu jabatan.
2.3.2 Pengawalan dan Penambahbaikan Berterusan dalam Proses Kerja
Kumpulan kawalan kualiti secara berterusan mencari peluang untuk melakukan
penambahbaikan dari semasa ke semasa bermula daripada mereka menghasilkan
sesuatu produk atau perkhidmatan sehingga mereka mengedarkan produk atau
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 27/77
perkhidmatan kepada pelanggan. Mereka menggunakan konsep Merangka-
Melaksanakan-Memeriksa-Tindakan (PDCA) dalam melakukan penambahbaikan
secara berterusan. Pelanggan tidak berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan
yang mereka dapat dan kumpulan ini tidak berhenti dalam mencari penyelesaian
bagi memuaskan hati pelanggan. Apabila sesuatu masalah selesai, kumpulan ini
akan bergerak menyelesaikan masalah yang lain. Oleh itu, kumpulan ini tidak
berhenti untuk dalam mencari penyelesaian bagi memuaskan hati pelanggan.
2.3.3 Operasi Autonomi
Kumpulan ini menyelesaikan masalah yang berlaku dalam jabatan mereka. Mereka
beroperasi secara autonomi bererti mereka bebas memilih untuk menyelesaikan
masalah. Oleh itu, mereka akan sentiasa memikirkan penyelesaian bagi setiap
masalah yang kritikal dalam jabatan. Oleh kerana itu, Kumpulan QCC melakukan
kegiatan secara berkumpulan dimana setiap ahli akan menjadi individu yang
melaksanakan penyelesaian yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan.
2.3.4 Penggunaan Konsep, Alat dan Teknik Kawalan Kualiti
Kumpulan QC melakukan aktiviti dengan menggunakan konsep, alat dan teknik
kawalan kualiti dalam menyelesaikan masalah. Mereka menyelesaikan masalah
dengan mengumpulkan data (pengumpulan data menggunakan kertas pemeriksaan),
meringkaskan data dan menganalisis data dengan menggunakan alat statistik seperti
graf, gambar rajah Scatter , gambar rajah penyebab-akibat dan carta Pareto.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 28/77
2.3.5 Pembangunan Diri
Kumpulan QCC bukan hanya memberikan sumbangan pada pembangunan
persekitaran kerja tetapi juga untuk pembangunan individu dari segi kemampuan
dan potensi kerja individu tersebut. Dengan kata lain, mengetuai satu kumpulan
QCC juga membantu dalam pembangunan diri individu tersebut. Melalui aktiviti
kawalan kualiti yang dijalankan, setiap ahli dapat membentuk kualiti diri dari segi
hubungan antara ahli yang lain, kemampuan menganalisa, kemampuan dalam
menyampaikan dan pengetahuan tentang penggunaan alat, konsep dan teknik dalam
kawalan kualiti.
2.4 Objektif Aktiviti dalam Kumpulan Kawalan Kualiti (QCC)
Terdapat beberapa objektif dalam aktiviti kumpulan kawalan kualiti. Berdasarkan
objektif yang diwujudkan oleh Pusat Kumpulan Kawalan Kualiti 1980, terdapat
enam objektif yang perlu dicapai menerusi aktiviti kawalan kualiti yang dibuat iaitu:
Menubuhkan persekitaran kerja yang menyenangkan
Membentuk keadaan yang terkawal
Meningkatkan moral
Membentuk perhubungan antara manusia
Pendapatan yang lumayan
Mempertingkatkan jaminan kualiti
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 29/77
2.5 Aktiviti Kawalan Kualiti dalam Industri Pembuatan Makanan
Menurut M.R Hubbard (1987), aktiviti kawalan kualiti dalam industri
pembuatan makanan dapat dijalankan seperti menerusi langkah-langkah berikut:
Memilih kawasan yang memerlukan bantuan dengan menggunakan
pendekatan analisis Pareto atau prosedur politik
Menggunakan teknik statistik, mengira keupayaan proses, mengenalpasti
tahap kawalan yang maksimum
Memilih sampel lokasi, saiz frekuensi dan cara bagi proses ujian serta
laporan
Menyelesaikan akibat masalah dengan mengubahsuai proses dan mengira
keupayaan proses. Laporan dibuat bagi penambahbaikan produktiviti industri
Mengulang langkah ketiga dan keempat sehingga tiada penambahbaikan
dikenalpasti
Mereka bentuk eksperimen bagi mengubahsuai proses bagi mendapatkan
peningkatan produktiviti yang seterusnya
Jika bersesuaian, pelaksanaan program dijalankan bagi menjamin kualiti
produk semasa da selepas produk dihasilkan
2.6 Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dan Kumpulan Kawalan Kualiti
(QCC)
Merujuk kepada buku panduan TQM dan QCC oleh Fukui et. al.. 2003, QCC
merupakan teknik pengurusan yang berkesan dalam TQM. Gambar rajah 2.1
menunjukkan rangka kerja QCC dan bagaimana aktiviti kumpulan QCC
ditempatkan dalam TQM. Aktiviti QCC merupakan kegiatan kumpulan kecil yang
secara sukarela memantau prestasi kawalan kualiti dalam jabatan atau dengan unit
jabatan yang lain. Dari sudut pandangan yang berbeza, QCC adalah sebahagian
daripada TQM. Bagi melaksanakan pengurusan kualiti dalam semua aktiviti
sesebuah syarikat atau organisasi TQM, pihak pengurusan syarikat perlu
memberikan komitmen yang tinggi terhadap pengurusan kualiti tersebut
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 30/77
Sumber : Buku Panduan TQM dan QCC(2003b)
Rajah 2.1 Rangka Kerja QCC
Sumber : Buku Panduan TQM dan QCC(2003a)
Rajah 2.2 Hubungan antara TQM dan QCC
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 31/77
Gambar rajah 2.2 menunjukkan hubungan di antara TQM dan QCC dari
sudut hierarki dalam satu sistem organisasi. Bagi industri yang kecil, hierarki
organisasi adalah lebih ringkas dan QCC yang lebih kecil terlibat serta sistem yang
lebih ringkas dalam penyeliaan pekerja. Pihak pengurusan atasan seharusnya lebih
komited dalam meningkatkan kualiti dalam perniagaan mereka dan operator
bahagian hadapan berfungsi dalam memperbaiki kualiti kerja secara berterusan
melalui aktiviti QCC.
Hal ini jelas menunjukkan, misi utama bagi setiap industri ialah bersaing
dalam persekitaran yang kompetitif. Bagi mencapai misi tersebut, syarikat
hendaklah memuaskan kehendak pelanggan. Keupayaan industri melaksanakan
konsep QCC adalah untuk mencari penyelesaian tentang kepuasaan pelanggan
merupakan ciri-ciri yang diperlukan dalam TQM. Berdasarkan kajian yang dibuat
menerusi Bayazit (2003), hanya 81% organisasi pembuatan di Turki yang belum
menerapkan TQM dan pada masa yang sama menggunakan QCC. Mereka percaya
walaupun syarikat tersebut tidak menerapkan TQM tetapi mengenali dan
menggunakan teknik-teknik QCC seperti gambar rajah Pareto, gambar rajah
penyebab-akibat dan carta proses. Menurut Wu dan Chen (2005), Uni-President
Enterprises Corporationmerupakan salah satu industri makanan yang terbesar dan
tertua di Taiwan yang melaksanakan aktiviti QCC. Organisasi tersebut berjaya
menghasilkan keputusan dan hasil pendapatan yang memberangsangkan setiap
tahun.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 32/77
2.7 Kitaran PDCA dan Tujuh Alat- alat Kawalan Kualiti
2.7.1 Kitaran PDCA
Kumpulan kawalan kualiti ditubuhkan di Jepun bagi mengenalpasti bagaimana
operator dapat mengambil bahagian dalam aktiviti kawalan kualiti. Dalam
mendapatkan penyelesaian masalah yang lebih efektif dan efisyen, setiap ahli akan
menggunakan konsep kitaran Merangka-Melaksanakan-Memeriksa-Tindakan
(PDCA). Hal ini kerana, setiap ahli merangka untuk memperbaiki, melaksanakan
perkara yang dirangka, memeriksa dan menganalisa perkara yang dilaksanakan dan
mengambil tindakan berdasarkan keputusan yang diterima (Fukui et. al. 2003).
Gambar rajah 2.3 menunjukkan Carta Aliran Pengurusan Kitaran PDCA yang
dicadangkan oleh Fukui et. al. 2003.
Kitaran PDCA:
i. Merangka
ii. Melaksanakan
iii. Memeriksa
iv. Tindakan
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 33/77
Sumber: Buku Panduan TQM dan QCC (2003a)
Rajah 2.3 Carta Aliran Pengurusan Kitaran PDCA
Merujuk kepada Lim et. al. 1999, Kumpulan QC merupakan kaedah yang
sangat penting untuk dilaksanakan ke dalam organisasi menerusi Hoshin Kanri
(penyebaran dasar kualiti). Penyebaran ini bertujuan untuk mendapatkan penglibatan
daripada pekerja secara meluas supaya penambahbaikan dapat disampaikan kepada
semua pekerja di setiap peringkat dalam organisasi.
Lim et. al. 1999 mencadangkan tindakan yang perlu diambil bagi melakukan
penambahbaikan atau memperbaiki adalah dengan menggunakan pendekatan secara
berpasukan. Pendekatan secara berpasukan di peringkat awal pengeluaran mampu
mendapatkan komitmen daripada pekerja dan sekaligus meningkatkan peratusan
pelaksanaan untuk berjaya. Namun begitu, penggunaan kitaran PDCA penting
dalam memastikan hasil tersebut diperolehi.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 34/77
2.7.2 Tujuh Alat Kawalan Kualiti
Seperti dinyatakan oleh Fukui et. al. 2003, QCC dalam sudut proses ialah
mengumpul fakta dan data yang akan membantu dalam memahami situasi dan
membuat tindakan yang dilaksanakan melalui kitaran PDCA bagi mengatasi
masalah serta mencegah daripada berulang kembali. Alat QC merupakan alat yang
membantu Kumpulan QCC dalam membuat keputusan. Ketujuh-tujuh alat QC
adalah alat yang digunakan untuk mengumpul, meringkaskan dan menganalisis data
kuantitatif atau kualitatif. Alat-alat ini akan membantu kumpulan QCC dalam
menghasilkan idea dan menganalisa masalah yang berlaku. Menurut Merton
R.Hubbard (1987), ketujuh-tujuh alat berikut merupakan alat yang telah berjaya
diaplikasikan dalam aktiviti QCC bagi industri pembuatan makanan:
1. Carta Alir
2. Gambar rajah Penyebab-Akibat
3. Carta Kawalan
4. Histogram
5. Kertas Pemeriksaan
6. Carta Pareto
7. Gambar rajah Scatter
QCC dilaksanakan dengan mengaplikasikan teknik kawalan kualiti dalam
menyelesaikan masalah seperti penggunaan kertas pemeriksaan, carta Pareto,
gambar rajah penyebab akibat, carta kawalan, gambar rajah Scatter dan histogram
yang akan membantu dalam proses menganalisa data (Mizuno et. al. 1978).
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 35/77
2.8 Enam Dasar Prinsip Konsep Ishikawa Kawalan Kualiti Menyeluruh
Menurut Zhang (1999), Konsep Ishikawa dalam kawalan kualiti menyeluruh
mengandungi enam dasar:
Mengutamakan kualiti- tidak mengutamakan keuntungan terlebih dahulu
Orientasi pelanggan- tidak menjalankan orientasi
Langkah seterusnya ialah pelanggan- menyelesaikan halangan di semua
bahagian
Menggunakan data dan fakta untuk menyampaikan- menggunakan
kaedah statistik
Menghormati manusia sejagat seperti falsafah pengurusan
Pengurusan dua hala
2.9 Isu-isu berkaitan Kumpulan Kawalan Kualiti (QCC)
Berdasarkan isu-isu yang dialami oleh negara Jepun terdapat 95% daripada masalah
yang dihadapi oleh jabatan dalam organisasi dapat diselesaikan dengan
menggunakan kaedah kawalan kualiti seperti tujuh alat kawalan kualiti (Ishikawa,
1986). Bara (1983) menyatakan bahawa pengenalan QCC dapat meningkatkan
produktiviti serta ia menjadi kebanggaan kepada setiap pekerja. Setiap pekerja tidak
akan membuat keputusan tetapi mencari kaedah penyelesaian masalah kepada pihak
pengurusan dengan memberikan idea-idea dan menunjukkan perasaan ingin
membantu dalam dalam keadaan tersebut.
Walaupun pelaksanaan QCC telah dikatakan membawa kelebihan daripada
kekurangan, masih ada beberapa maklum balas yang menunjukkan terdapat
halangan-halangan kepada pelaksanaannya. Sebagai contoh, Lawler dan Mohrman
(1985) menyatakan bahawa fenomena QCC di Amerika Syarikat telah menyebabkan
kumpulan kawalan kualiti memiliki kelebihan yang tinggi dalam meningkatkan
proses pengurusan partisipatif dalam organisasi. Namun begitu, proses pelaksanaan
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 36/77
QCC dilaporkan tidak tersusun dan terdapat masalah semasa pelaksanaanya. Oleh
itu, mereka membuat kesimpulan bahawa QCC akan mengakibatkan "Program
Sinisme" dan keletihan.
Oleh itu, organisasi berundur dari menjalankan aktiviti tersebut selepas
melaksanakannya kerana mereka menyedari bahawa kelebihan yang diinginkan
tidak tercapai. Kebanyakan syarikat dengan cepat menjalankan QCC sebagai
sebahagian daripada kegiatan mereka semasa QCC buat pertama kali diperkenalkan
sebagai aktiviti yang akan memberikan kelebihan kepada organisasi. Namun begitu,
keberkesanan pelaksanaan QCC semakin lama semakin berkurang kerana beberapa
perkara dan aktiviti mula dilihat sebagai beban kepada pekerja dan pihak
pengurusan. Banyak kumpulan QC telah mengalami kemusnahan, tanpa mencapai
sebarang manfaat dari pelaksanaanya (Paul, 2004).
Program atau strategi yang dijalankan, pasti akan mengalami sedikit
sebanyak masalah semasa pelaksaannya. Begitu juga yang telah dialami oleh QCC
yang dilaksanakan dalam organisasi. Terdapat organisasi yang menyokong
pelaksanaan QCC kerana memberikan manfaat kepada organisasi dan sebahagian
daripada mereka mengalami kerugian apabila melaksanakan aktiviti QCC.
Paul (2004) menegaskan bahawa tujuan sebenar QCC ialah mewajibkan
setiap ahli untuk terlibat dalam aktiviti QCC. Aktiviti yang dijalankan secara
spontan tidak dapat dicapai sekiranya setiap ahli kurang memberikan komitmen dan
dipaksa dalam menjalankan aktiviti tersebut. Selain itu, kerajaan Malaysia telah
mengakui beberapa masalah dalam operasi QCC. Sebagai contoh, ia telah
menunjukkan terdapat konflik dan halangan dalam membawa perubahan kepada
konsep QCC. Sikap antara pihak pengurusan dan pekerja yang kurang memberi
komitmen terhadap pelaksanaannya merupakan masalah yang menyebabkan
kerugian kepada aktiviti QCC yang dilaksanakan (Mohamed Asim, 2001).
Kenyataan yang sama telah dinyatakan oleh Thang dan Gan (2003) terhadap
pelaksanaan aktiviti QCC di Singapura. Mereka menyatakan bahawa dengan
menekankan kaedah kerja yang lebih baik diantara setiap pekerja, adalah merupakan
kunci kejayaan Singapura dalam penstrukturan ekonomi dan kerajaan Singapura
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 37/77
terlalu bersungguh-sungguh dalam mengadaptasikan taktik Jepun dalam
meningkatkan produktiviti. Oleh kerana itu, konsep QCC yang banyak membantu
dalam membentuk kerjasama dan peningkatan dalam kaedah kerja telah
diperkenalkan secara meluas dari model Jepun pada 1980-an. Namun, kejayaan
aktiviti QCC terhad disebabkan oleh pelbagai kelemahan dan masalah semasa
pelaksanaannya.
Menurut Thang dan Gan (2003), tahap pelaksanaan QCC dalam sektor
swasta di Singapura telah meningkat pada tahun 1985 tetapi telah menurun pada
tahun 1987. Pada tahun 1997 berlaku peningkatan kepada 9.4% disebabkan oleh
kerahan kerja yang berlaku dan aktiviti QCC masih dijalankan secara aktif. Masalah
dalam pelaksanaan QCC yang telah dikenalpasti adalah:
1. Kurangnya sokongan dari pihak pengurusan
2. Perbezaan sosial dan budaya
3. Perlunya sikap dedikasi pekerja kepada pekerjaan dan syarikat
4. Sikap pekerja terhadap penyertaan mereka semasa perbincangan
kumpulan
kecil sekiranya perbincangan yang berlaku selepas waktu bekerja adalah
tanpa bayaran waktu kerja lebih masa.
5. Kurangnya tahap pendidikan di kalangan pekerja.
6. Kurangnya penekanan latihan tentang proses kawalan kualiti
Sarji (1993) telah menyatakan beberapa kelebihan melalui pelaksanaan QCC
seperti peningkatan dalam prosedur dan kaedah kerja, penggunaan sumber ekonomi
dan peningkatan motivasi kepada pekerja. Berdasarkan kajian yang dilakukan
persepsi pekerja dan penyertaan pekerja dalam penyelesaian masalah memberikan
impak terhadap pelaksanaanya. Masalah yang ditunjukkan adalah:
1. Ahli QCC terlalu sibuk dengan pekerjaan dalam syarikat.
2. Kurangnya pemahaman dan maklumat tentang teknik penyelesaian masalah
yang digunakan dalam QCC.
3. Kepimpinan yang tidak berkesan.
4. Saiz kumpulan yang terlalu besar.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 38/77
5. Ahli tidak mengambil bahagian dalam penyelesaian masalah.
6. Kurang sifat berkerjasama dan bersatu hati diantara setiap ahli.
7. Ketidakhadiran dari pihak pekerja dalam setiap jabatan semasa perjumpaan
QCC.
2.10 Faktor Utama Kejayaan
Faktor utama kejayaan merupakan elemen perniagaan yang disyorkan yang mana ia
membawa kepentingan dalam organisasi dan industri dalam mencapai misi. Faktor
kejayaan ini membantu kearah kejayaan perniagaan yang dijalankan. Bahagian ini
menerangkan faktor utama kejayaan pelaksanaan aktiviti QCC yang dikenalpasti
oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini. Jadual 2.2 menunjukkan faktor utama
kejayaan yang telah dikenal pasti.
Jadual 2.2 Faktor Utama Kejayaan QCC
Pengarang Jurnal/Buku Faktor Utama Kejayaan
Black dan
Porter
(1996)
“Identification of the Critical
Success Factors of TQM.”
Decision Sciences. Vol.27
No.1. pp.1-21.
Pengurusan pengguna dan
pelanggan
Perkongsian antara pembekal
Peningkatan komunikasi
maklumat
Kepuasan pelanggan
Pengurusan dalaman
Strategi pengurusan kualiti
Peningkatan struktur
kerjasama
Perancangan operasi kualiti
Sistem penilaian peningkatan
kualiti
Latihan kualiti
Tamimi “A Second -order Factor Komitmen pihak atasan
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 39/77
(1998) Analysis of Critical TQM
Factors.” International
Journal of Quality
Science. Vol.3 No.1. pp.71-79.
pengurusan
Kepimpinan penyelia
Tahap pendidikan
Komunikasi dua hala yangmembantu dalam peningkatan
kualiti
Pengurusan pembekal
Kualiti latihan
Inovasi produk dan
perkhidmatan
Menyediakan jaminan kepadapekerja
Masood A.
Badri,
Donald
Davis dan
Donna
Davis
(1995)
“A Study of Measuring the
Critical Factors of Quality
Management” International
Journal of Quality
& Reliability Management,
Vol. 12 No. 2, pp. 36-53.
Peranan pihak atasan
pengurusan dan polisi kualiti
Peranan jabatan kawalan
kualiti
Latihan
Rekabentuk produk danperkhidmatan
Pengurusan kualiti pembekal
Pengurusan proses
Laporan data kualiti
Hubungan pekerja
P.B. Corsby Statistical Quality Control for
the Food Industry 3rd
Edition
(2003) by Merton R. Hubbard
Komitmen pihak pengurusan
Kumpulan kawalan kualiti
Pengukuran kualiti
Kos penilaian kualiti
Latihan dan pendidikan
Penubuhan majlis kualiti
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 40/77
2.11 Kelebihan Pelaksanaan Kumpulan Kawalan Kualiti (QCC)
Menerusi Buku Panduan TQM dan QCC(2003a), QCC merupakan aktiviti yang
banyak memberikan kelebihan kepada ahli-ahli QCC, pihak pengurusan dan syarikat
apabila melaksanakan konsep QCC sebagai alat pengurusan yang melibatkan
penyertaan dari semua pihak dalam organisasi bagi memastikan kualiti produk serta
perkhidmatan seperti yang diperlukan oleh pelanggan. Kelebihan pelaksanaan QCC
dapat digolongkan kepada kelebihan yang wujud dan nyata.
Kelebihan yang dikategorikan sebagai kelebihan yang wujud adalah
merupakan perkara yang kualitatif. Kelebihan yang nyata adalah perkara yang boleh
dihitung. Jadual 2.3 merupakan kelebihan pelaksanaan QCC terhdap ahli-ahli QCC,
pihak pengurusan dan syarikat:
Jadual 2.3: Kelebihan Pelaksanaan QCC
Dari Sudut Kelebihan
Ahli-ahli QCC Perubahan kepada individu yang sentiasa berfikir
Pembangunan kepercayaan diri
Pembentukan hubungan individu antara rakan
sekerja dan pihak pengurusan
Pemahaman tentang keperluan pengguna
Peningkatan komitmen terhadap objektif syarikat
Pihak pengurusan Pengurangan tentang keperluan terhadap kawalan
dan pengawasan
Pembentukan sistem kerja yang sistematik
Peningkatan kecekapan pemimpin
Syarikat Peningkatan kualiti produk dan perkhidmatan
Peningkatan produktiviti
Peningkatan keuntungan
Sumber: Buku Panduan TQM dan QCC (2003a)
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 41/77
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Keputusan soal selidik bagi setiap kajian yang dijalankan akan dikenalpasti melalui
kaedah dan rekabentuk sesuatu kajian. Kesesuaiaan rekabentuk kajian berkait rapat
dengan objektif kajian dan ia akan menghasilkan keputusan yang
memberangsangkan (Chua, 2006a). Oleh itu, objektif bahagian ini adalah untuk
membincangkan kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam proses mengumpul
data, memproses data dan menganalisa data bagi mendapatkan keputusan kajian
yang telah dijalankan. Topik ini akan membincangkan rekabentuk kajian,
pengumpulan data dan kaedah yang dijalankan untuk menganalisa data. Bagi kajian
ini, penyelidik akan menggunakan kaedah kajian kualitatif dalam proses mengumpul
data, memproses data dan menganalisa data bagi mendapatkan keputusan kajian
yang telah dijalankan.
3.2 Rekabentuk Kajian
Hasil keputusan daripada kajian dikenalpasti melalui kaedah manakala rekabentuk
kajian dikenalpasti melalui objektif kajian yang akan dicapai (Chua, 2006a). Melalui
rekabentuk kajian, penyelidik akan dibantu dalam mendapatkan butiran penuh data
dan maklumat bagi mencapai objektif kajian.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 42/77
Menurut Chua (2006a), beberapa jenis rekabentuk kajian dapat digunakan di
dalam sesuatu kajian tetapi tidak keseluruhan rekabentuk kajian dapat digunakan
dalam setiap kajian yang dijalankan. Setiap kajian secara asasnya dikategorikan
kepada dua jenis kaedah yang iaitu kaedah kuantitatif atau kualitatif. Terdapat kajian
yang akan menggunakan gabungan daripada kedua-dua kaedah tersebut. Kaedah
pengumpulan maklumat yang utama dalam kajian tinjauan ini ialah dengan
menggunakan kaedah temubual. Temubual ini akan dilakukan secara lisan atau
perbualan dan jawapan direkodkan oleh pengkaji sama ada secara bertulis atau
melalui alat rakaman dan lain-lain. Reka bentuk kajian yang akan digunakan untuk
memperolehi data yang dikehendaki untuk tajuk kajian ini adalah melalui kaedah
temubual. Oleh itu, pengkaji akan menggunakan kaedah pengumpulan data
penyelidikan secara kualitatif adalah yang paling sesuai digunakan iaitu melalui
kaedah temubual semi struktur.
3.3 Sampel
Menurut Chua (2006a), sampel adalah proses mengenalpasti sejumlah subjek
daripada populasi untuk dijadikan sebagai responden. Sampel merupakan salah satu
aspek yang paling penting dalam kajian kerana sampel yang dipilih akan
mempengaruhi ketepatan dan kebolehpercayaan kajian. Masalah akan berlaku
sekiranya penyelidik melakukan kajian tanpa membuat perancangan yang baik
dalam pemilihan sampel kajian.
3.3.1 Populasi
Populasi bagi kajian ini adalah industri pembuatan makanan yang terletak di Daerah
Batu Pahat, Johor. Secara umumnya, organisasi yang melaksanakan QCC adalah
industri pembuatan makanan yang telah mendapat sijil Kualiti ISO 9000 Pengurusan
Kualiti Bersiri. Oleh kerana itu, tinjauan dilakukan ke atas industri pembuatan
makanan di Daerah Batu Pahat yang telah mendapat sijil Kualiti ISO 9000
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 43/77
Pengurusan Kualiti Bersiri. Terdapat hanya lapan syarikat industri pembuatan
makanan yang mendapat sijil Kualiti ISO 9000 Pengurusan Kualiti Bersiri di Daerah
Batu Pahat. Salah satu syarikat industri pembuatan makanan yang mendapat sijil
Kualiti ISO 9000 ialah Syarikat Hwa Tai Industries Berhad. Seramai 4 orang
responden yang mewakili 4 Jabatan di syarikat Hwa Tai Industries Berhad dipilih
dan akan di temubual untuk proses pengumpulan data.
3.3.2 Kaedah Persampelan
Persampelan adalah teknik yang melibatkan penggunaan sebilangan kecil ahli atau
elemen daripada populasi sebagai asas untuk membuat kesimpulan atau ramalan
terhadap keseluruhan populasi. Persampelan merupakan aspek penting dalam
penyelidikan kerana penggunaan sampel yang tidak sesuai akan mengurangkan
kesahihan dan kebolehpercayaan kajian yang dilakukan (Chua, 2006). Kajian ini
bertujuan mengenalpasti faktor-faktor penentu pelaksanaan QCC dalam industri
pembuatan makanan. Oleh kerana itu, ahli di setiap jabatan syarikat Hwa Tai
Industries Berhad akan dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Ahli di setiap
Jabatan tersebut telah menyertai kumpulan kawalan kualiti di Syarikat Hwa Tai
Industries Berhad.
3.4 Peralatan Kajian
Instrumen kajian merupakan salah satu alat yang penting dalam sesebuah kajian.
Ianya akan menentukan sama ada data dan juga maklumat yang diperlukan akan
diperolehi ataupun sebaliknya. Untuk kajian ini, kaedah kualitatif iaitu temubual
telah dipilih bagi mendapatkan faktor-faktor penentu kepada pelaksanaan kumpulan
kawalan kualiti. Menurut Chua (2006), temubual merupakan perbualan dua hala
yang dijalankan bagi mengumpul maklumat kajian. Ia merupakan interaksi antara
penemubual dengan responden.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 44/77
Menurut Sabitha Marican (2005) temubual ialah suatu perbualan yang
bermatlamat iaitu matlamatnya adalah untuk mengetahui perkara yang terdapat
dalam minda individu yang lain. Temubual juga merupakan salah satu kaedah
pengumpulan maklumat yang utama dalam kajian kualitatif. Ia dilakukan secara
lisan atau perbualan. Jawapan bagi setiap temubual akan direkod oleh pengkaji sama
ada secara bertulis, melalui rakaman kaset, video atau media elektronik yang lain.
Temubual terbahagi kepada tiga iaitu temubual berstruktur, semi struktur dan tidak
berstruktur. Di dalam kajian yang dijalankan ini, pengkaji menggunakan kaedah
temubual semi struktur dalam kaedah kualitatif.
3.4.1 Data Primer
3.4.1.1 Temubual Semi Struktur
Temubual yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal jawab semi
struktur atau separa struktur. Ia bertujuan bagi mendapatkan objektif kajian dengan
menyenarai terlebih dahulu soalan yang relevan untuk dikemukakan kepada
responden. Format kaedah temubual semi struktur terletak di antara temubual
berstruktur dan temubual tidak berstruktur. Sesi temubual dijalankan adalah secara
separa formal. Dalam temubual semi struktur ini, pengkaji akan menyediakan satu
bentuk soalan formal dan semasa sesi temubual berlangsung, pengkaji juga bebas
untuk menyoal dan bertanyakan secara lebih mendalam tentang jawapan responden
berdasarkan soalan formal yang telah diutarakan. Soalan yang akan ditanya kepada
responden adalah sama tetapi terdapat sedikit tambahan bergantung kepada jawapan
yang diberi oleh responden. Ayat soalan temubual adalah fleksibel dan boleh
diubahsuai. Aras bahasa dalam soalan temubual ini juga boleh diselaraskan dengan
keupayaan bahasa yang boleh difahami oleh responden. Fungsi pertanyaan soalan
yang sama adalah untuk rangsangan yang serupa kepada semua subjek atau
responden supaya maklumat yang dikumpul atau diperoleh daripada mereka dapat
dibezakan dengan tepat. Terdapat beberapa andaian temubual semi struktur iaitu:
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 45/77
i. Setiap soalan boleh diberi dalam aras bahasa yang berbeza kerana setiap
responden mempunyai keupayaan memahami bahasa yang berlainan.
ii. Soalan yang digunakan dalam temubual semi struktur boleh diubahsuai
dan disusun mengikut urutan tertentu supaya setiap responden boleh
memahaminya dengan baik.
iii. Aras bahasa dalam soalan boleh diubahsuai mengikut keperluan dalam
proses temubual.
3.4.2 Data Sekunder
Data Sekunder boleh diperolehi daripada kaedah dokumentasi terhadap hasil
dapatan daripada Jabatan Kualiti Hwa Tai Industries Berhad. Data laporan yang
diperolehi adalah maklumat yang berkaitan dengan jadual latihan pekerja tentang
kawalan kualiti dan data tentang peralatan kawalan kualiti yang diaplikasikan.
Menurut Sabitha Marican (2005) kaedah dokumentasi adalah satu kaedah
dalam menyusun dan seterusnya mendedahkan kepada awam tentang maklumat
yang telah dikumpul. Data sekunder yang kedua pula diperoleh daripada hasil
bacaan terhadap buku pengurusan berkaitan dengan latihan dan keperluan latihan,
jurnal, tesis, akhbar-akhbar dan internet bagi membantu pengkaji membina konsep
kajian ini.
3.5 Analisis Data
Apabila maklumat dan data telah diperolehi, analisis terhadap data tersebut
dilakukan. Analisis data adalah penting bagi memastikan setiap kajian yang
dilakukan adalah mencapai objektif atau tidak. Kajian ini akan menggunakan
analisis kaedah kualitatif. Terdapat 2 cara analisis data yang boleh digunakan iaitu:
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 46/77
i . Software Nvivo, ATLAS/ti atau MAXQda (Seale et. al., 2004)
iii. Data Reduction, Data Displays dan Draw Conclusion (Miles &
Huberman, 1994)
Dalam kajian yang dilakukan ini, pengkaji telah menggunakan kaedah yang
kedua iaitu kaedah Miles & Huberman (1994) dimana data yang diperolehi dari sesi
temubual yang diadakan akan dianalisis menggunakan 3 cara:
i. Data Reduction (Pengurangan Data)
Data yang diperolehi daripada responden akan mengambil kira data yang
berkaitan dengan objektif kajian sahaja.
ii. Data Displays (Paparan Data) –
Data boleh dipaparkan samada dalam bentuk jadual, graf, diagram,
peratusan dan lain-lain.
iii. Draw Conclusion (Membuat Kesimpulan)
Kesimpulan bagi data kajian yang diperolehi
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 47/77
3.6 Carta Aliran Metodologi Kajian
MENGENALPASTI FAKTOR-FAKTOR PENENTU
PELAKSANAAN KUMPULAN KAWALAN KUALITI
(QCC) DALAM INDUSTRI PEMBUATAN MAKANAN
DI SYARIKAT HWA TAI NDUSTRIES BERHAD
OBJEKTIF DAN SKOP KAJIAN
METODOLOGI KAJIAN
DATA SEKUNDER
Data Dokumentasi
DATA PRIMER
Hasil Temubual Semi
Struktur
ANALISIS DATA
PERBINCANGAN, CADANGAN,
DAN KESIMPULAN
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 48/77
BAB 4
ANALISIS DAN PENGUMPULAN DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan hasil analisis yang diperolehi berdasarkan kepada
pengumpulan data dokumentasi dan juga temubual yang telah dijalankan. Data
dokumentasi yang didapati adalah alat dan teknik kawalan kualiti yang
diaplikasikan, data tentang perbincangan bulanan dalam kumpulan kawalan kualiti
yang dijalankan, pelan latihan dan pendidikan bagi Syarikat Hwa Tai Industries
Berhad.
Hasil temubual semi struktur dijalankan terhadap ahli di 4 Jabatan Syarikat
Hwa Tai Industries Berhad yang menjalankan aktiviti QCC telah di temubual. Hasil
temubual yang diperolehi di kumpulkan bagi mengenalpasti faktor penentu kepada
pelaksanaan kumpulan kawalan kualiti dalam industri pembuatan makanan di
Syarikat Hwa Tai Industries Berhad. Analsis data yang diperolehi dari hasil
temubual dan data dokumentasi akan akan dianalisis dengan menggunakan kaedah
Miles dan Huberman (1994) iaitu melalui pengurangan data (data reduction),
paparan data (data displays) dan membuat kesimpulan (draw conclusion).
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 49/77
4.2 Pengurangan Data (Data Reduction)
4.2.1 Hasil Temubual
Seramai 4 responden yang telah terlibat bagi membantu pengkaji mendapatkan data
yang diperlukan. Responden terdiri dari individu yang terlibat secara langsung
dalam aktiviti kumpulan kawalan kualiti di Syarikat Hwa Tai Industries Berhad.
Responden telah ditemubual oleh pengkaji berdasarkan soalan-soalan yang telah
dibina bagi menjawab objektif kajian. Objektif kajian ini ialah:
a) Mengenalpasti faktor penentu kepada pelaksanaan Kumpulan
Kawalan Kualiti (QCC) dalam Industri Pembuatan Makanan di
Syarikat Hwa Tai Industries Berhad.
Pengurangan data telah dijalankan melalui jadual berikut:
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 50/77
Jadual 4.1 Pengurangan Data ( Data Reduction)
Soalan Responden A Responden B Responden C Responden D Demografi
Responden
a) Nama
b) Umur
c) Jawatan dalam
Syarikat
d) Jabatan
a) Gary Ho Khean Fatt
b) 29 Tahun
c) Pengurus Jabatan
d) Jabatan Kualiti
a) Tan Huey Lee
b) 42 Tahun
c) Pegawai Penyelia
d) Jabatan
Penyelengaraan
a) Md Khalid B.
Misran
b) 39 tahun
c) Senior -Eksekutif
d) Jabatan
Pengurusan &
adminstration
a) Yunos Bin Manap
b) 35 Tahun
c) Eksekutif
d) Jabatan
Pembangunan dan
Penyelidikan
Bahagian Umum
Soalan
1) Apakah yang anda paham
tentang QCC dalam industri
makanan?
Penting bagi industri
makanan kerana bagi
industri makanan yang
menerima sijil Kualiti
ISO 9000 Pengurusan
Kualiti Bersiri dapat
Kumpulan kawalan
kualiti yang berfungsi
bagi membincangkan
masalah dan isu tentang
kualiti produk makanan
yang dihasilkan.
Kumpulan kawalan
kualiti yang terdiri
dari jabatan yang
menghasilkan dan
menambahbaik
produk makanan.
Diaplikasikan oleh
industri makanan yang
mendapat sijil Kualiti
ISO 9000 Pengurusan
Kualiti Bersiri.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 51/77
menjalankan
penambahbaikan secara
berterusan terhadap
produk makanan. Konsep
kitaran Merangka-
Melaksanakan-
Memeriksa-Tindakan
diaplikasikan.
2) Apakah teknik dan alat
kawalan kualiti yang
diaplikasikan ketika berada
dalam kumpulan kawalan
kualiti?
Purpose Analysis
Pareto Analysis
Flowcharting
Check Sheet
Histogram
Graph
Picture of Rejected
Items
5 Housekeeping
MCOS(manufacturin
g Control Operation
Purpose Analysis
Pareto Analysis
Flowcharting
Check Sheet
Histogram
Graph
Picture of Rejected
Items
5 Housekeeping
MCOS(manufacturin
g Control Operation
Purpose Analysis
Pareto Analysis
Flowcharting
Check Sheet
Histogram
Graph
Picture of
Rejected Items
5 Housekeeping
MCOS(manufact
uring Control
Purpose Analysis
Pareto Analysis
Flowcharting
Check Sheet
Histogram
Graph
Picture of Rejected
Items
5 Housekeeping
MCOS(manufacturi
ng Control
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 52/77
System) System)
Cause and effect
diagram
Operation
System)
Operation System)
Sensory Analysis
3) Berapa lama anda
mengaplikasikan aktiviti
kumpulan kawalan kualiti?
7 tahun 10 tahun 5 tahun 8 tahun
4) Bagaimanakah anda menilai
tahap pengamalan kumpulan
kawalan kualiti di Syarikat
anda?
Bagus dan boleh dinaik-
taraf bagi
penambahbaikan pada
masa depan.
Baik. Banyak membantu
dalam menyelesaikan
masalah mesin
pembuatan yang
menjejaskan kualiti
produk
Sangat baik dan
produk makanan
syarikat mampu
bersaing dari segi
kualiti produk
Sangat baik dan
sentiasa diberikan
latihan tentang kawalan
kualiti
Analisis Objektif
1) Adakah pihak pengurusan
syarikat mengambil berat
tentang peningkatan kualiti
produk makanan yang
dihasilkan?
Memang mengambil
berat.
Ya Ya Ya, memberikan
perhatian dan fokus
terhadap peningkatan
kualiti produk
2) Bagaimanakah cara pihak Memberikan sepenuhnya Menyokong program Menyediakan dana Keputusan terus
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 53/77
pengurusan atasan menyokong
sepenuhnya aktiviti kumpulan
kawalan kualiti yang
dijalankan?
hak untuk menjalankan
aktiviti kawalan kualiti
aktiviti kawalan kualiti bagi program latihan
dan pendidikan
dilaporkan kepada
pihak pengurusan
atasan.
3) Adakah pihak pengurusan
atasan mempunyai
pengetahuan tentang proses
pengurusan kawalan kualiti?
Memang ada kerana
Group Chief Executive
Director syarikat
mendapat pengiktirafan
tentang pengurusan
makanan (Food handling
and Food Hygiene)
Ada Ada disebabkan
program latihan
melibatkan pihak
pengurusan atasan
Ya. Pihak pengurusan
atasan juga terlibat
dengan latihan.
4) Adakah pekerja syarikat
berminat secara sukarela untuk
terlibat dengan kumpulan
kawalan kualiti bagi membantu
dalam proses pengurusan
kualiti?
Memang, ada penilaian
tentang inisiatif pekerja
menyertai kumpulan
kawalan kualiti
Ya, kerana pihak
pengurusan atasan
meyarankan pekerja
untuk terlibat
Ya, kerana ada
borang penilaian
individu dan borang
rumusan penilaian
bagi isu kualiti yang
diselesaikan
Ya, sebab terdapat
penilaian terhadap
penyertaan tersebut
dari pihak atasan
5) Bagaimanakah pekerja diberi Memang, setiap bulan Ya, melalui perbincangan Ya, Pekerja berhak Ya, ketua kumpulan
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 54/77
peluang untuk mencadangkan
idea-idea dan membuat
keputusan terhadap sesuatu
perbincangan dalam kumpulan
kawalan kualiti?
terdapat perbincangan
tentang isu kualiti produk
mingguan atau bulanan mencadangkan idea
tentang
penambahbaikan
kualiti ketika
menyertai kumpulan
kawalan kualiti
kawalan kualiti akan
membincangkan
cadangan dan isu
kualiti bersama ahli
kumpulan
6) Adakah pekerja diberi peluang
untuk mempelajari teknik dan
prosedur pengurusan kualiti
semasa menyertai kumpulan
kawalan kualiti?
Memang. Ya kerana program
latihan dan pendidikan
dijalankan oleh pihak
syarikat
Ya, bagi
mengelakkan
pekerja kurang
berminat menyertai
aktiviti kumpulan
Pekerja diberikan in-
house tentang 7 alat
dan teknik kawalan
kualiti
7) Adakah pekerja diberikan
latihan dan teknik kerja yang
spesifik dalam aktiviti
kumpulan kualiti oleh
syarikat?
Ya tetapi pekerja juga
diberikan pengetahuan
tentang teknik kerja yang
lain.
Ya Ya dan ahli
kumpulan kawalan
mesti mahir dengan
teknik kerja yang
telah diberikan.
Ya
8) Bagaimanakah kaedah latihan
yang diberikan kepada pekerja
Mengadakan in-house
training
In-house training tentang
7 alat dan teknik kawalan
In-house training.
Mengenalpasti ahli
In-house training
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 55/77
dalam mengaplikasikan
peralatan dan teknik kawalan
kualiti?
kualiti kawalan kualiti yang
kurang tentang
teknik kawalan
kualiti dan ahli
tersebut di hantar ke
program latihan
9) Apakah program latihan yang
dijalankan oleh syarikat bagi
membantu pekerja memahami
konsep kawalan kualiti?
In-house training dan on-
job training
In-house training dan on-
job training
In- house training
atau mentor mentee
system
In-house training. Ahli
QCC yang
berkelayakan akan
membuat latihan
kepada ahli QCC yang
lain
10) Pada pendapat
anda, apakah faktor-faktor
penentu kepada pelaksanaan
kumpulan kawalan kualiti di
syarikat anda?
Komitmen Pihak
Pengurusan
Penglibatan Pekerja
Pendidikan dan
latihan
Pendidikan dan
Latihan
Komitmen pihak
pengurusan
Komitmen Pihak
Pengurusan
Penglibatan
Pekerja
Latihan dan
pendidikan
Pendidikan dan
latihan
Penglibatan Pekerja
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 56/77
4.2.2 Hasil Dokumentasi
4.2.2.1 Perbandingan Faktor Pelaksanaan Kumpulan Kawalan Kualiti Bagi Kajian
Lepas Bagi Industri Pembuatan Makanan dan Syarikat Hwa Tai Industries
Berhad
Jadual 4.2 Perbandingan Faktor Pelaksanaan Kumpulan Kawalan Kualiti Bagi
Kajian Lepas Bagi Industri Pembuatan Makanan dan Syarikat Hwa Tai
Industries Berhad
Clemens Morath
and Reiner
Doluschitz (2008)
David A. Crank (1995) Syarikat Hwa Tai
Industries Berhad
Faktor-
faktor
Pelaksan
aan
Latihan dan
pendidikan
berterusan
Pengllibatan
pekerja
Polisi dan
strategi
syarikat
Sumber dan
Perkongsian
Penglibatan
pekerja
Latihan pekerja
Kepimpinan
Pengurusan
Penambahbaikan
kualiti produk
Komitmen
pihak
pengurusan
Penglibatan
pekerja
Pendidikan
dan latihan
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 57/77
4.2.2.2 Maklumat Tentang Penggunaan Teknik dan Alat Kawalan Kualiti oleh
Kumpulan Kawalan Kualiti
Rajah 4.1 Picture of rejected items: Penggunaan Teknik dan Alat Kawalan Kualiti
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 58/77
Rajah 4.2 Pareto Analysis: Assorted Tin Reject (Empty Tin)
Rajah 4.3 Pareto Analysis: Assorted Tin Reject (After Shrink Wrap)
Asst.Biscu
its800g
Always
800g
Choice
800g
Salam
800g
Wonderful800g
Powerful
800g
Festival
800g
Luxury
Asst.610g
Tesco
Asst.800g
PestaPowerful
625g
Average Quantity 26 49 21 31 22 28 50 18 0 41
Total Quantity 52 147 62 245 154 56 150 18 0 651
0
100
200
300
400
500
600
700
Q u a n t i t y ( P c s )
Monthly Asst. Tins Reject Summary (Empty Tins) - July2011
AverageQuantity
Asst.Biscu
its800g
Always
800g
Choice
800g
Salam
800g
Wonderful800g
Powerful
800g
Festival
800g
Luxury
Asst.610g
Tesco
Asst.800g
Pesta
Powerful
625g
Average Quantity 4 5 3 5 2 0 4 0 0 12
Total Quantity 7 14 8 40 13 0 13 0 0 184
0
20
40
60
80
100
120
140
160
180
200
Q u a n t i t
y ( P c s )
Monthly Asst. Tins Reject Summary (After Shrink Wrap) -July 2011
AverageQuantityTotalQuantity
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 59/77
Rajah 4.1, 4.2 dan 4.3 menunjukkan salah satu analisa yang dijalankan oleh
kumpulan kawalan kualiti menggunakan alat dan kawalan kualiti tentang isu kualiti
assorted tin reject di Syarikat Hwa Thai Industries Berhad. Alat dan teknik kawalan
yang digunakan oleh kumpulan kawalan kualiti ialah picture of reject item dan
pareto analysis bagi mendapatkan data tentang bilangan dan purata assorted tin
reject.
Rajah 4.4 Histogram: Monthly Overweight Summary- Produk Makanan
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 60/77
Rajah 4.4 diatas menunjukkan alat kawalan kualiti yang digunakan oleh kumpulan
kawalan kualiti (QCC) di Syarikat Hwa Tai Industries Berhad dalam menyelesaikan
dan menganalisa masalah kualiti produk makanan yang dihasilkan. Alat kawalan
kualiti yang digunakan ialah histogram.Rajah berikut merupakan analisis histogram
bagi Monthly Overweight Summary untuk produk makanan yang dikeluarkan oleh
Syarikat Hwa Tai Industries Berhad. Rajah tersebut menunjukkan kumpulan
kawalan kualiti mengaplikasikan alat kawalan kualiti dalam membuat analisa
tentang lebihan berat bagi setiap produk makanan yang dikeluarkan oleh Syarikat
Hwa Tai Industries Berhad.
4.2.2.3 Maklumat Tentang Pelan Program Pendidikan dan Latihan
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 61/77
Rajah 4.5 Pelan Program Pendidikan dan Latihan
Rajah 4.5 menunjukkan pelan program latihan dan pendidkan bagi kumpulan
kawalan kualiti di Syarikat Hwa Tai Industries Berhad bagi tahun 2011. Salah satu
program latihan yang dijalankan ialah tentang 7 teknik dan alat kawalan kualiti.Program pendidikan dan latihan ini merupakan salah satu in-house training yang
dijalankan kepada ahli kumpulan kawalan kualiti bagi membantu dalam
mengaplikasikan peralatan dan teknik kawalan kualiti. Selain itu juga, program
latihan ini juga melibatkan pihak pengurusan atasan. Program latihan tentang 7 alat
dan teknik kawalan kualiti ini juga merupakan program latihan yang perlu diadakan
dan wajib dilaksanakan dan disertai oleh kumpulan kawalan kualiti di Syarikat Hwa
Tai Industries Berhad.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 62/77
4.2.2.4 Maklumat Tentang Perbincangan Bulanan Kumpulan Kawalan Kualiti
Rajah 4.6 Perbincangan Kumpulan Kawalan Kualiti Tentang Isu Kualiti Produk
Rajah 4.6 diatas menunjukkan perbincangan tentang masalah dan isu kualiti yang
dibincangkan oleh ahli kumpulan kawalan kualiti sebelum masalah dan isu tersebut
di usulkan semasa perbincangan bulanan bersama pihak pengurusan atasan dan
ketua-ketua jabatan yang lain. Isu dan masalah kualiti ini diusulkan dan
dibincangkan dalam aktiviti kumpulan kawalan kualiti sebelum sebelum isu dan
masalah tersebut diketengahkan dalam perbincangan bulanan.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 63/77
4.3 Paparan Data ( Data Display)
4.3.1 Mengenalpasti Faktor Penentu Kepada Pelaksanaan Kumpulan Kawalan
Kualiti (QCC) dalam Industri Pembuatan Makanan di Syarikat Hwa Tai
Industries Berhad.
Jadual 4.3 Faktor- faktor Kepada Pelaksanaan Kumpulan Kawalan Kualiti
(QCC) dalam Industri Pembuatan Makanan di Syarikat Hwa Tai Industries
Berhad.
Faktor-faktor
Pelaksanaan
Responden
A
Responden
B
Responden
C
Responden D
Komitmen
Pihak
Pengurusan
√ √ √
PenglibatanPekerja
√ √ √
Pendidikan
dan Latihan
√ √ √ √
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 64/77
Jadual 4.4 Peratus Faktor Penentu Kepada Pelaksanaan Kumpulan Kawalan
Kualiti (QCC) dalam Industri Pembuatan Makanan di Syarikat Hwa Tai
Industries Berhad
Faktor-faktor
Pelaksanaan
Bilangan Peratus (%)
Komitmen Pihak
Pengurusan
3 30
Penglibatan Pekerja 3 30
Pendidikan dan Latihan 4 40
Jumlah 10 100
Berdasarkan jadual 4.2 dan 4.3, menunjukkan faktor penentu kepada pelaksanaan
kumpulan kawalan kualiti (QCC) dalam industri pembuatan makanan di Syarikat
Hwa Tai Industries Berhad. Melalui hasil temubual yang telah dijalankan kepada 4
responden yang mewakili ahli kumpulan kawalan kualiti bagi 4 Jabatan di Syarikat
Hwa Tai Industries Berhad, faktor penentu bagi pelaksanaan kumpulan kawalankualiti (QCC) ialah faktor pendidikan dan latihan. Faktor pendidikan dan latihan ini
mencatatkan bilangan paling tinggi mewakili 4 persepsi responden dengan peratusan
sebanyak 40% diikuti faktor komitmen pihak pengurusan atasan dan penglibatan
pekerja sebanyak 30%.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 65/77
4.4 Membuat Kesimpulan (Draw Conclusion) Bagi Faktor Penentu Kepada
Pelaksanaan Kumpulan Kawalan Kualiti (QCC) dalam Industri Pembuatan
Makanan di Syarikat Hwa Tai Industries Berhad.
4.4.1 Faktor Pendidikan dan Latihan
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor penentu kepada pelaksanaan
kumpulan kawalan kualiti dalam industri pembuatan makanan di Syarikat Hwa Tai
Industries Berhad. Faktor pendidikan latihan merupakan faktor penentu kepada
pelaksanaan kumpulan kawalan kualiti (QCC) dalam industri pembuatan makanan
di Syarikat Hwa Tai Industries Berhad. Pihak pengurusan, penyelia, dan pekerja
harus menerima pendidikan dan latihan kualiti dalam organisasi. Pendidikan dan
latihan tentang kualiti merangkumi kesemua pendidikan yang berkaitan tentang
kesedaran kualiti dan kaedah pengendalian kualiti seperti kawalan proses statistik,
kaedah penyelesaian masalah, alat-alat dan teknik. Pendidikan dan latihan gagal
sekiranya tidak membawa sebarang perubahan kepada organisasi (Juran dan Gryna,
1993). Pelan program latihan yang disediakan kepada ahli kumpulan kawalan kualiti
menunjukkan pelaksanaan pendidikan dan latihan yang diberikan kepada ahli
kawalan kualiti. Program latihan seperti cara menggunakan tujuh alat kawalan
kualiti yang diadakan dapat membantu ahli dalam kumpulan kawalan kualiti dalam
menganalisa masalah kualiti dengan lebih baik. Hal ini kerana, aktiviti kumpulan
kawalan kualiti dilaksanakan dengan mengaplikasikan teknik kawalan kualiti dalam
menyelesaikan masalah seperti penggunaan kertas pemeriksaan, carta Pareto,
gambar rajah penyebab akibat, carta kawalan, gambar rajah Scatter dan histogram
yang akan membantu dalam proses menganalisa data (Mizuno et. al. 1978). Selain
itu juga, menurut Merton R.Hubbard (1987) ketujuh-tujuh alat kawalan kualiti
merupakan alat yang telah berjaya diaplikasikan dalam aktiviti kumpulan kawalan
kualiti bagi industri pembuatan makanan. Program latihan seperti in-house training
dan on-job training merupakan program latihan yang dijalankan oleh syarikat bagi
membantu pekerja dalam memahami konsep kawalan kualiti. Pelaburan dalam
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 66/77
menjalankan program pendidikan dan latihan sangat penting dalam memastikan
kejayaan kepada pengurusan kualiti (Juran dan Gryna, 1993).
4.4.2 Faktor Komitmen Pihak Pengurusan
Faktor komitmen pihak pengurusan merupakan salah satu faktor yang mendorong
kepada pelaksanaan kumpulan kawalan kualiti dalam industri pembuatan makanan
di Syarikat Hwa Tai Industries Berhad. Hal ini kerana pihak pengurusan syarikat
mengambil berat tentang peningkatan kualiti produk makanan yang dikeluarkan oleh
syarikat dengan menyertai perbincangan bulanan yang melibatkan penyertaan dari
ketua ahli kumpulan kawalan kualiti bagi membincangkan dan menyelesaikan isu
kawalan kualiti serta cadangan tentang peningkatan kualiti yang telah dicadangkan
oleh ahli-ahli kumpulan kawalan kualiti. Oleh itu, komitmen pihak pengurusan serta
kepimpinan menghubungkan objektif dan tanggungjawab pengurusan dalam
mewujudkan objektif yang baru untuk menyokong serta meningkatkan budaya
pengawalan kualiti dan persekitaranya (Sha "ri, 2003). Selain itu juga, pihak pengurusan atasan mempunyai pengetahuan tentang proses pengurusan kawalan
kualiti. Pengetahuan tentang food handling dan food hygiene yang dimiliki oleh
Group Chief Executive Director serta penglibatan pihak pengurusan atasan terhadap
program latihan yang dijalankan menunjukkan komitmen pihak pengurusan terhadap
proses pengawalan kualiti. Selain daripada penglibatan pihak atasan dalam program
latihan yang disediakan, pihak atasan menyediakan dana bagi menyediakan program
latihan dan pendidikan kepada ahli kumpulan kawalan kualiti. Pemimpin yang
enggan untuk menghadiri latihan tentang kawalan kualiti kerana mereka mendakwa
bahawa latihan tersebut membuang masa dan penyertaan terhadap latihan itu tidak
perlu diberikan perhatian (Fukui et. al. 2003). Oleh sebab itu, QCC tidak dapat
dilaksanakan ke dalam organisasi sekiranya pihak pengurusan memandang rendah
terhadap aktiviti tersebut.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 67/77
4.4.3 Faktor Penglibatan Pekerja
Penglibatan pekerja juga merupakan faktor yang mendorong kepada pelaksanaan
kumpulan kawalan kualiti di Syarikat Hwa Tai Industries Berhad. Faktor tersebut
dapat dilihat melalui penglibatan pekerja yang berminat secara sukarela untuk
terlibat dengan aktiviti kumpulan kawalan kualiti bagi membantu dalam proses
peningkatan kualiti produk makanan. Hal ini kerana, terdapat penilaian tentang
inisiatif pekerja menyertai kumpulan kawalan kualiti. Terdapat borang penilaian
individu yang menyertai kumpulan kawalan kualiti selepas penyelesaian sesuatu isu
kualiti diselesaikan. Penglibatan pekerja dalam kumpulan kawalan kualiti ini adalah
disebabkan pekerja diberi peluang untuk mencadangkan idea-idea dan membuat
keputusan terhadap perbincangan ketika menyertai kumpulan kawalan kualiti. Selain
itu, pekerja diberi peluang untuk mempelajari teknik dan prosedur pengurusan
kualiti. Hal ini dapat dilihat melalui perbincangan yang diadakan tentang isu dan
permasalahan sesuatu kualiti produk. Pekerja juga diberikan continuous in-house
training tentang teknik dan prosedur pengawalan kualiti supaya pekerja yang
menyertai kumpulan kawalan kualiti dapat mengaplikasikan alat dan teknik tersebut.
Menurut Zhang (1999). Penglibatan pekerja merupakan komitmen djangka panjang
dalam menjalankan perniagaan dan merupakan keperluan yang diperlukan dalam
mengubah asas budaya. Tidak ada sistem yang akan dilaksanakan sekiranya pekerja
kurang berminat dan tidak terlatih.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 68/77
BAB 5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Dalam bab ini, ia akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai keputusan
yang diperolehi hasil daripada analisis temubual dan data dokumentasi yang telah
dilakukan oleh pengkaji bagi menjawab persoalan kajian dan memastikan objektif
kajian ini tercapai. Pengkaji juga akan memberikan cadangan kepada kajian lanjutan
berdasarkan hasil kajian yang diperoleh dan pengalaman yang dilalui sepanjang
menjalankan kajian ini. Disamping itu juga, kesimpulan bagi keseluruhan bab ini
juga akan dirumuskan.
5.2 Perbincangan
Kajian ini membincangkan faktor-faktor penentu pelaksanaan kumpulan kawalan
kualiti (QCC) dalam industri pembuatan makanan di Syarikat Hwa Tai Industries
Berhad. Objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti faktor penentu kepada
pelaksanaan kumpulan kawalan kualiti (QCC) dalam industri pembuatan makanan
di Syarikat Hwa Tai Industries Berhad. Faktor-faktor perlaksanaan yang telah
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 69/77
dikenalpasti melalui kajian lepas iaitu, komitmen pihak pengurusan, penglibatan
pekerja serta pendidikan dan latihan.
Pengumpulan data didapati hasil dari pengumpulan data dokumentasi dan
temubual semi-struktur yang telah dijalankan oleh pengkaji kepada 4 ahli kawalan
kualiti bagi 4 Jabatan Syarikat Hwa Tai Industries Berhad. Analisis telah dilakukan
terhadap hasil temubual tersebut dengan menggunakan kaedah Miles dan
Huberman(1994). Ianya menggunakan tiga kaedah utama iaitu data reduction
(pengurangan data), data displays (paparan data) dan draw conclusion (membuat
kesimpulan) bagi menganalisis data yang telah diperolehi.
Berdasarkan analisis data daripada hasil temubual semi struktur dan data
dokumentasi yang diperolehi, faktor-faktor pelaksanaan kumpulan kawalan kualiti
dalam industri pembuatan di Syarikat Hwa Tai Industries Berhad adalah faktor
komitmen pihak pengurusan, penglibatan pekerja serta pendidikan dan latihan.
Ketiga-tiga faktor tersebut dinyatakan oleh keempat-empat ahli kawalan kualiti bagi
4 Jabatan Syarikat Hwa Tai Industries Berhad. Walaubagaimanapun, melalui
analisis paparan data yang telah dijalankan, faktor penentu kepada pelaksanaan
kumpulan kawalan kualiti dalam industri pembuatan makanan di Syarikat Hwa Tai
Industries Berhad ialah pendidikan dan latihan. Faktor tersebut telah dinyatakan oleh
keempat-empat responden yang di temubual oleh pengkaji. Pendidikan dan latihan
merupakan faktor penting dalam pengurusan kualiti. Pendidikan dan latihan adalah
salah satu elemen yang akan diaplikasikan dalam pengawalan kualiti. Faktor
kejayaan pelaksanaan aktiviti pengawalan kualiti bergantung kepada bagaimana ia
dilakukan (Kanji dan Gad, 1993).
5.3 Cadangan Bagi Kajian Lanjutan
Berdasarkan kajian ini, salah satu limitasi utama ialah penerimaan Jabatan lain
dalam Industri Pembuatan Makanan di Daerah Batu Pahat untuk di temubual. Selain
itu, data dokumentasi susah untuk dikongsi kepada pengkaji disebabkan maklumat
data dokumentasi adalah sulit dan merupakan polisi syarikat. Cadangan bagi kajian
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 70/77
lanjutan yang boleh dijalankan ialah membuat perbandingan diantara dua atau lebih
daripada satu bagi syarikat industri pembuatan makanan tentang faktor penentu
pelaksanaan kumpulan kawalan kualiti. Selain itu, kaedah kuantitatif boleh
dijalankan dengan mengenalpasti faktor penentu kepada pelaksanaan kumpulan
kawalan kualiti dalam industri makanan di Daerah Batu Pahat atau Negeri Johor.
5.4 Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah kajian ini mencapai objektif kajian dimana
pengkaji dapat mengenalpasti faktor penentu kepada pelaksanaan kumpulan kawalan
kualiti (QCC) dalam industri pembuatan makanan di Syarikat Hwa Tai Industries
Berhad. Berdasarkan perspektif dari ahli kumpulan kawalan kualiti di Syarikat Hwa
Tai Industries Berhad, faktor pendidikan dan latihan merupakan faktor penentu
kepada pelaksanaan kumpulan kawalan kualiti.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 71/77
RUJUKAN
Aalbregtse, R.J, Hejka, J.A. and McNeley, P.K. (1991). “TQM: How Do You Do
It?” Automation. Vol.38 No.8. pp.30-32.
Anthony, J., Leung, K. and Knowles, G. (2002). “Critical Success Factors of TQM
Implementation in Hong Kong Industries.” International Journal of Quality
& Reliability Management. Vol.19 No.5. pp.551-566.
Black,S.A. and Porter, L.J. (1996). “Identification of the Critical Success Factors of
TQM.” Decision Sciences. Vol.27 No.1. pp.1-21.
Bayazit, O. (2003). “Total Quality Management (TQM) Practices in Turkish
Manufacturing Organizations.” The TQM Magazine. Vol.15 No.5. pp.345-
350.
Chua, Y.P. (2006a). “Kaedah Penyelidikan.” 1st ed. Malaysia: McGraw-Hill Sdn
Bhd.
Chua, Y.P.(2006b). “Asas Statistik Penyelidikan.” 1st ed. Malaysia: McGraw-Hill
Sdn Bhd.
Clemens Morath and Reiner Doluschitz (2008). “Total Quality Management in the
food industry- Current situation and potential in Germany” University of
Hohenheim, Institute for Farm Management, Computer Applications and
Business Management in Agriculture. pp. 83-87.
Dale H. Besterfield. “Quality Control Eight Edition” Pearson International Edition.
David A. Crank (1995). “Total Quality Management Technique Explored at
Carolina Cream and Scott Speciality Foods: A Case Study pp. 1-22
Fukui, R., Honda, Y., Inoue, H., Kaneko, N., Miyauchi, I., Soriano, S., Yagi, Y.
(2003a). “Handbook of TQM and QCC Volume I”.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 72/77
Fukui, R., Honda, Y., Inoue, H., Kaneko, N., Miyauchi, I., Soriano, S., Yagi, Y.
(2003b). “Handbook of TQM and QCC Volume II”.
Guidelines on Quality Control Circles (QCC) In The Public Services. Prime
Minister‟s Department Malaysia. 1991.
Ho, S.K.M. and Fung, C.K.H. (1994). “Developing a TQM Excellence Model.” The
TQM Magazine. Vol.6 No.6. pp.24-30.
Ishikawa, K. (1976). “Guide to Quality Control.” Tokyo: Asian Productivity
Organization.
Ishikawa, K. (1985). “What is Quality Control?” London: The Japanese Way.
Juran, J.M. and Gryna, F.M. (1993). “Quality Planning and Analysis.” 3rd ed. New
York: McGraw-Hill Inc.
Kanji, G.K. and Asher, M. (1993). “Total Quality Management Process: A
Systematic Approach, Advances in Total Quality Management Series.”
London: Carfax Publishing Company.
Millson, F. and Kirk-Smith, M. (1996). “The Effects of Quality Circles on Perceived
Service Quality in Financial Services.” Journal of Marketing Practice:
Applied Marketing Science. Vol.2 No.4. pp.75-88.
Mizuno, Shigeru, Hotoshi and Kume (1978). “Developments in Education and
Training in Quality Control.”International Cooperation on Quality Problems
in Japan. pp.36-60.
Sabitha Marican, “Penyelelidikan Sains Sosial, Pendekatan Pragmatik.” Prentice
Hall Pearson Malaysia , 2005.
Sha‟ri bin Mohd Yusof (2003). “Total Quality Management (TQM) Advancement
and Critical Success Factors for Implementation in Manufacturing Small
and Medium Sized Enterprise (SMEs).” Universiti Teknologi Malaysia.
Unpublished.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 73/77
Tamimi, N. (1998). “A Second-order Factor Analysis of Critical TQM Factors.”
International Journal of Quality Science.Vol.3 No.1. pp.71-79.
Thang, L.L. and Gan, S.K. (2003). “Deconstructing „Japanisation‟: Reflections
From the „Learn From Japan‟ Campaign in Singapore.” New Zealand
Journal of Asian Studies. Vol.5 No.1. pp.91-106.
Zhang, Z. (1999).“Developing a TQM Quality Management Method Model.”
University of Groningen.
Mr. K. V. R. Raju. “Quality Control For Process Food” APO Seminar on Quality
Control for Processed Food.
http://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=OSsOsgEGNr8C&oi=fnd&pg=P
R9&dq=quality+control+in+food+industry&ots=wD7UOFlaKJ&sig=_Zbs_f
yBogLK4Aw_WXqidvG5aJk#v=onepage&q&f=false
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 74/77
LAMPIRAN
TRANSKRIP TEMUBUAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA(UTHM)
JABATAN PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI
FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI
TAJUK KAJIAN:
Mengenalpasti Faktor-faktor Penentu Kepada Pelaksanaan Kumpulan Kawalan
Kualiti (QCC) dalam Industri Pembuatan Makanan di Syarikat Hwa Tai Industries
Berhad
OBJEKTIF KAJIAN:
Mengenalpasti faktor penentu pelaksanaan Kumpulan Kawalan Kualiti (QCC)
dalam Industri Pembuatan Makanan di Syarikat Hwa Tai Industries Berhad
PENYELIDIK:
MOHD ZULFADLI BIN ROZALI
AP080126
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN TEKNOLOGI
(PENGELUARAN DAN OPERASI)
Segala maklumat yang diperolehi dari hasil temubual ini adalah sulit dan hanya akan
digunakan untuk kajian ini sahaja. Kerjasama dari pihak anda adalah amat dihargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih.
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 75/77
PENGENALAN
"Kumpulan Kawalan Kualiti (QCC) adalah satu kumpulan kecil yang terdiri daripada
pekerja, dari tempat kerja yang sama, yang bertemu secara tetap, sukarela untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti kawalan kualiti dan melibatkan diri dalam pembangunan diri
" (Ishikawa, 1985). Kumpulan kawalan kualiti adalah satu pasukan terdiri daripada pekerjayang mengenal pasti, menyiasat, menganalisis dan menyelesaikan masalah yang berkaitan
kawalan kualiti dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti Ishikawa "s 7QC Tools -
Pareto Analysis, Check Sheets, Cause and Effect Diagrams dan lain-lain lagi. Aktiviti
kumpulan kawalan kualiti dijalankan sebagai sebahagian daripada Pengurusan Kualiti
Menyeluruh (TQM) dengan objektif untuk membangunkan ahli-ahli kumpualan kawalan
kualiti dari segi potensi kerja.
SOALAN TEMURAMAH
Bahagian 1: Latar Belakang Responden
Nama
Umur
Jawatan dalam Syarikat
Bahagian 2: Soalan umum berkaitan syarikat dan pemahaman tentang kumpulan
kawalan kualiti (QCC) dalam industri makanan
1. Apakah yang anda faham tentang kumpulan kawalan kualiti (QCC) dalam industri
makanan?
2. Apakah teknik dan alat kawalan kualiti yang diaplikasikan ketika berada dalam
kumpulan kawalan kualiti (QCC)?
Contoh:
Cause and Effect
Pareto Analysis
SPC
Quality Costing
Purpose Analysis
Flowcharting
Check Sheet
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 76/77
Histogram
Scatter Plot
Graph
Picture of rejected items
Others
3. Berapa lamakah anda mengaplikasikan aktiviti kumpulan kawalan kualiti?
4. Bagaimanakah anda menilai tahap pengamalan kawalan kualiti (QCC) di syarikat?
Bahagian 3: Soalan tentang elemen bagi faktor-faktor pelaksanaan Kumpulan
Kawalan Kualiti (QCC)
1. Adakah pihak pengurusan syarikat mengambil berat tentang peningkatan kualiti
produk makanan yang dihasilkan?
2. Bagaimanakah cara pihak pengurusan atasan menyokong sepenuhnya aktivitikumpulan kawalan kualiti yang dijalankan oleh pihak Jabatan Kualiti?
3. Adakah pihak pengurusan atasan mempunyai pengetahuan tentang proses
pengurusan kawalan kualiti?
4. Adakah pekerja syarikat berminat secara sukarela untuk terlibat dengan kumpulan
kawalan kualiti bagi membantu dalam proses pengurusan kualiti?
5. Adakah pekerja diberi peluang untuk mencadangkan idea-idea dan membuat
keputusan terhadap sesuatu perbincangan dalam kumpulan kawalan kualiti?
6 Adakah pekerja diberi peluang untuk mempelajari teknik dan prosedur pengurusan
kualiti semasa menyertai kumpulan kawalan kualiti?
5/14/2018 Full Report New - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/full-report-new 77/77
7 Bagaimanakah pekerja diberi peluang untuk mencadangkan idea-idea dan
membuat keputusan terhadap sesuatu perbincangan dalam kumpulan kawalan
kualiti?
8. Bagaimanakah kaedah latihan yang diberikan kepada pekerja dalam
mengaplikasikan peralatan dan teknik kawalan kualiti?
9. Apakah program latihan yang dijalankan oleh syarikat bagi membantu pekerja
memahami konsep kawalan kualiti?
10. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mendorong kepada pelaksanaankumpulan kawalan kualiti di syarikat anda?
top related