garis panduan penyediaan dokumen untuk permohonanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · iii. nyatakan...
Post on 15-Jun-2019
281 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Garis Panduan Penyediaan Dokumen untuk Permohonan Konsolidasi Program Pengajian Pascasiswazah Mod Penyelidikan
Garis panduan ini menerangkan proses dan prosedur serta dokumen yang perlu dilengkapkan bagi
permohonan untuk proses konsolidasi program pengajian mod penyelidikan (program sarjana mod
penyelidikan dan kedoktoran). Dokumen yang telah dilengkapkan perlu dihantar ke Pusat Jaminan
Kualiti (Kualiti UKM) untuk semakan kecukupan. Bagi memastikan program yang dibuat konsolidasi
menepati kriteria jaminan kualiti yang ditetapkan, permohonan tersebut akan dinilai oleh panel
penilai yang dilantik dalam kalangan kakitangan akademik mengikut bidang program yang dipohon.
Proses permohonan konsolidasi Program Pengajian Pascasiswazah Mod Penyelidikan adalah seperti
berikut (rujuk Jadual 3.1 Proses dan Prosedur Permohonan Konsolidasi Program Pengajian):
1. Fakulti/Institut mengemukakan cadangan konsolidasi program pengajian (permohonan
mengikut Garis Panduan Konsolidasi Program Pengajian UKM, 2015, Standard Program dan
menyemak kelestarian, kerelevanan, isu, cabaran dan penilaian program).
2. Fakulti/Institut berhubung dengan Ketua Jaminan Kualiti di Fakulti/Institut masing-masing
untuk mendapatkan khidmat nasihat semasa penyediaan dokumentasi bagi memastikan
dokumentasi tersebut memenuhi keperluan yang ditetapkan.
3. Cadangan konsolidasi program pengajian yang telah lengkap dibawa ke Mesyuarat
Fakulti/Institut yang dipengerusikan oleh Dekan/Pengarah yang bertanggungjawab
menyemak penyediaan kemudahan, sumber manusia, kewangan dan lain-lain.
4. Selepas cadangan konsolidasi program tersebut dipersetujui oleh Mesyuarat Fakulti/Institut,
dokumen tersebut dihantar kepada Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti UKM).
5. Kualiti UKM bertanggungjawab menyemak kecukupan dokumen permohonan mengikut
Garis Panduan Konsolidasi Program Pengajian UKM, 2015 dan dokumen sokongan yang
meliputi minit Mesyuarat Fakulti/Institut serta laporan Jawatankuasa/Panel Penasihat
Program bagi program yang belum disemak mengikut tempoh kitaran program. Sekiranya
tidak lengkap, Kualiti UKM akan memulangkan semula kepada Fakulti/Institut untuk
dilengkapkan.
6. Jika dokumen lengkap, Kualiti UKM melantik ahli panel penilai untuk membentuk Panel
Penilai (JKPP).
7. JKPP bertanggungjawab menyemak dokumen yang dihantar sama ada memenuhi keperluan
COPPA, Standard Program dan Garis Panduan konsolidasi Program Akademik UKM, 2015.
Sekiranya tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan, Panel Penilai memaklumkan kepada
Kualiti UKM keperluan yang perlu dilakukan penambahbaikan. Proses ini berulang sehingga
kriteria tersebut dipenuhi dan Panel Penilai mengemukakan laporan untuk diserahkan
kepada Kualiti UKM.
8. Kualiti UKM mengemukakan laporan JKPP kepada Jawatankuasa Perancangan dan
Perkembangan Akademik (JPPA) untuk memperakukan cadangan konsolidasi program
pengajian tersebut kepada Senat.
LAMPIRAN A
9. JPPA bertindak sebagai pihak yang bertanggungjawab memperakukan cadangan konsolidasi
program pengajian berdasarkan kepada laporan JKPP. Jika tidak diperakukan, JPPA
mengembalikan laporan tersebut kepada Kualiti UKM untuk disemak semula oleh Panel
Penilai.
10. Setelah diperakukan oleh JPPA, cadangan konsolidasi program pengajian tersebut
dikemukakan kepada Senat untuk kelulusan. Jika tidak diluluskan, Urus Setia Senat akan
mengembalikan cadangan tersebut kepada Kualiti UKM yang memaklumkan keputusan
tersebut kepada JPPA.
11. Apabila cadangan konsolidasi program pengajian diluluskan oleh Senat, cadangan tersebut
akan dikemukakan kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU) untuk kelulusan peruntukan
sumber manusia dan kewangan, serta kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk
makluman.
12. Kualiti UKM akan memasukkan maklumat program yang telah diluluskan oleh Senat ke
dalam Sistem UKM-QR.
Mula
Fakulti/Institut Melengkapkan dokumen cadangan konsolidasi
program pengajian. mendapatkan khidmat nasihat dan semakan
berkaitan penjaminan kualiti program pengajian
daripada Ketua Jaminan Kualiti di Fakulti/Institut.
Fakulti/Institut Pembentangan cadangan konsolidasi program
untuk kelulusan Mesuarat Fakulti/Institut. Menyerahkan dokumen cadangan konsolidasi
program yang telah diluluskan kepada Kualiti
UKM
KUALITI UKM Semakan kesukupan/penjaminan kualiti
Dokuman Lengkap/ Tiada Pembetulan
Fakulti/Institut Pembetulan
Ya
Tidak
KUALITI UKM Lantik Panel Penilai
Panel Penilai Menyemak dokumen dan mengemukakan laporan
penilaian
Memenuhi keperlluan bidang/UKM/MQA
Tidak
KUALITI UKM Mengemukakan laporan penilaian JKPP untuk perakuan JPPA
Perakuan JPPA
Fakulti/Institut Pembetulan
Kelulusan Senat
Tidak
Ya
Ya Tidak
Urus Setia Senat Menghantar makluman penawaran
program kepada KPT
Fakulti/Institut Menawarkan program kepada calon
pelajar
Tamat
t
6 B
ula
n
3 B
ula
n
(an
ggar
an t
emp
oh
tin
dak
an s
ekir
anya
tia
da/
min
imu
m p
emb
etu
lan
ole
h
Faku
lti/
Inst
itu
t)
Jadual 3.1 Proses dan Prosedur Permohonan Konsolidasi Program Pengajian
KUALITI UKM Memasukkan maklumat program ke
dalam UKM-QR
A. Ringkasan Eksekutif
Sila sediakan Ringkasan Eksekutif seperti format berikut:
JAWATANKUASA PERANCANGAN DAN PERKEMBANGAN AKADEMIK (JPPA)
RINGKASAN EKSEKUTIF CADANGAN PROGRAM PENGAJIAN
RINGKASAN EKSEKUTIF
1. FAKULTI /INSTITUT YANG MEMOHON
2. BIDANG TUJAHAN FAKULTI/INSTITUT
3. TUJUAN
4. PROGRAM PENGAJIAN YANG DIPOHON
5. PERINGKAT DAN MOD PENGAJIAN
6. SESI PENGAJIAN PROGRAM AKADEMIK
DIMULAKAN
7. JANGKA MASA PENGAJIAN DAN KAEDAH
PENYAMPAIAN
8. JUSTIFIKASI MENGADAKAN PROGRAM
AKADEMIK
9. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN
PROGRAM
10. HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
11. STRUKTUR PROGRAM
12. UNJURAN PELAJAR
Tahun 20__ 20__ 20__ 20__ 20__
Pengam-
bilan
Enrolmen
Keluaran
13. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
14. IMPLIKASI KAKITANGAN, FIZIKAL DAN
KEWANGAN
(a) Implikasi Kakitangan;
(b) Implikasi Fizikal;
(c) Implikasi Kewangan.
15. PROGRAM PENGAJIAN YANG SEDANG
DITAWARKAN DI FAKULTI/INSTITUT
YANG MEMOHON
i. Program pengajian yang sedang ditawarkan.
ii. Program mobiliti/kerjasama yang ditawarkan
(jika berkaitan).
iii. Program pengajian yang dicadangkan untuk
konsolidasi.
16. KEAHLIAN DAN ULASAN
JAWATANKUASA/PANEL PENASIHAT
PROGRAM TERHADAP PROGRAM
PENGAJIAN YANG DIPOHON
(a) Keahlian Jawatankuasa/Panel Penasihat
Program;
(b) Ulasan Jawatankuasa/Panel Penasihat
Program (pengecualian kepada program
yang disemak mengikut tempoh kitaran
program).
17. TARIKH PROGRAM DILULUSKAN (a) Jawatankuasa/Panel Penasihat Program
(pengecualian kepada program yang
disemak mengikut tempoh kitaran
program);
(b) Mesyuarat Fakulti/Institut;
(c) Senat;
(d) Lembaga Pengarah Universiti.
18. KESIMPULAN/SYOR
B. Kertas Cadangan Konsolidasi Program
1. FAKULTI/INSTITUT YANG MEMOHON
Nyatakan Fakulti/Institut yang memohon program.
2. BIDANG TUJAHAN FAKULTI/INSTITUT
Nyatakan bidang tujahan Fakulti/Institut yang memohon program.
3. TUJUAN
Nyatakan tujuan Kertas Cadangan.
4. PROGRAM PENGAJIAN YANG DIPOHON
i. Nyatakan nama program dan nama ijazah yang akan dianugerahkan.
ii. Nyatakan sama ada ijazah perlu diiktiraf oleh mana-mana badan profesional.
5. PERINGKAT PENGAJIAN DAN MOD PENGAJIAN
Nyatakan peringkat pengajian, sama ada sarjana atau kedoktoran dan tahap MQF bagi program akademik yang dipohon. Contoh: Sarjana, MQF Tahap 7.
6. SESI PENGAJIAN PROGRAM AKADEMIK DIMULAKAN
Nyatakan semester dan sesi pengajian program akademik akan dimulakan. Contoh: Semester I Sesi 2013/2014 (September 2013).
7. JANGKA MASA PENGAJIAN DAN KAEDAH PENYAMPAIAN
i. Nyatakan jenis pengajian sama ada sepenuh masa atau separuh masa serta
jangkamasanya dalam semester dan tahun.
ii. Nyatakan kaedah pengendalian program.
iii. Nyatakan kaedah penyampaian sama ada konvensional, jarak jauh atau dalam talian
atau lain-lain.
8. JUSTIFIKASI MENGADAKAN PROGRAM AKADEMIK
Justifikasi yang dikemukakan boleh merangkumi rasional berikut:
i. Keperluan tenaga manusia dalam bidang kepakaran yang diperlukan oleh negara;
i. Perkembangan dan perubahan teknologi.
ii. Justifikasi lain.
9. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM
i. Nyatakan rasional dan tujuan program diwujudkan.
ii. Nyatakan Matlamat dan Objektif Pendidikan Program.
i. Nyatakan kesesuaian (i) dan (ii) dengan visi, misi dan matlamat pendidikan Universiti
serta aspirasi negara dan kepentingan global.
10. HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
i. Nyatakan tahap kompetensi yang akan ditunjukkan oleh pelajar di akhir program,
seperti penguasaan pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk ICT, daya intelek,
dari segi menyelesaikan masalah, membuat keputusan secara kreatif, ketrampilan,
praktikal, kebolehan berkomunikasi, berfikir secara kritikal, sikap dan akhlak sebagai
warganegara yang bertanggungjawab serta keupayaan meningkatkan kebolehan diri.
Untuk program profesional seperti Kejuruteraan, Perubatan, Seni Bina, Undang-undang,
Perakaunan dan sebagainya, Hasil Pembelajaran Program adalah seperti yang
disyaratkan oleh Badan Profesional masing-masing.
ii. Tunjukkan kaitan antara kompetensi pada akhir program (Hasil Pembelajaran Program)
dengan kompetensi yang akan diperolehi dalam alam pekerjaan (Objektif Pendidikan
Program). Pastikan Hasil Pembelajaran Program digubal mengikut tahap kelayakan di
dalam Kerangka Kelayakan Malaysia, iaitu Aras 7 untuk Ijazah Sarjana dan Aras 8
untuk Ijazah Kedoktoran. Bagi menyokong perkara ini, sediakan Jadual Matriks seperti
di lampiran berikut:
(a) Lampiran 10.1: Contoh Pemetaan antara Hasil Pembelajaran Program dengan
Objektif Pendidikan Program;
(b) Lampiran 10.2: Contoh Pemetaan antara Objektif Pendidikan Program dengan
Matlamat Pendidikan UKM;
(c) Lampiran 10.3: Contoh Pemetaan antara Hasil Pembelajaran Program (HPP) dan
Tahap Kelayakan Aras 7 atau 8 (Jika HPP berbeza dengan hasil pembelajaran aras
tersebut)1.
11. STRUKTUR PROGRAM
i. Berikan sinopsis program yang ditawarkan.
1 Rujuk Standard Ijazah Sarjana dan Kedoktoran, MQA (2013).
ii. Untuk program yang mempunyai kursus, nyatakan sinopsis kursus dan lampirkan
senarai buku teks/rujukan (rujuk Lampiran 11.1).
iii. Nyatakan kandungan dan struktur program:
Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk memahami konsep,
prinsip, dan kaedah bagi pembelajaran program tersebut;
Huraikan prinsip yang dijadikan panduan dalam mereka bentuk kurikulum
program.
iv. Nyatakan penilaian/pemarkahan program dan pengurusan peperiksaan.
Huraikan kekerapan dan kaedah penilaian termasuk kriteria lulus/gagal dan
penganugerahan ijazah.
Huraikan mekanisme dinamik untuk meningkatkan kualiti program dari segi
struktur, fungsi, strategi dan aktiviti program.
12. UNJURAN PELAJAR
Nyatakan unjuran pelajar dari segi bilangan pengambilan,enrolmen dan keluaran (graduan)
untuk tempoh lima tahun.
13. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
i. Nyatakan keperluan kelayakan asas
ii. Nyatakan keperluan dan kemahiran prasyarat serta syarat / kelayakan lain jika
diperlukan.
iii. Nyatakan syarat khas Fakulti/Institut/Program.
iv. iv. Jelaskan sama ada terdapat kursus khas bagi mereka yang terpilih tetapi tidak
memenuhi kriteria kemasukan.
v. Sebarang syarat lain mengikut mengikut KelulusanSenat/Syarat Am dan Khusus.
14. IMPLIKASI KAKITANGAN, FIZIKAL DAN KEWANGAN
i. Implikasi Kakitangan :
Organisasi Fakulti/Institut/Pusat.
Senaraikan tenaga akademik yang terlibat dengan program pengajian.
Nyatakan jumlah tenaga pengajar sedia ada untuk program pengajian yang
dipohon beserta kelayakan,kepakaran dan kemahiran serta kesepadanan
kelayakan dan kepakaran dengan bidang pengajian (lampirkan nama). Nyatakan
bilangan tambahan tenaga pengajar yang diperlukan bagi tempoh lima (5) tahun .
Nyatakan jumlah kakitangan sokongan sedia ada dan unjuran – rujuk
Lampiran 14.1.
ii. Implikasi Fizikal:
Kemudahan-kemudahan fizikal/makmal/peralatan dan lain-lain yang sedia ada
dan tambahan yang diperlukan bagi tempoh lima tahun – rujuk Lampiran 14.2.
iii. Implikasi Kewangan:
Keperluan peruntukan pembangunan program;
Keperluan peruntukan mengurus (termasuk emolumen kakitangan) bagi tempoh
lima tahun;
Nyatakan sama ada terdapat kemudahan lain yang menyokong kepada
keberkesanan program.
15. PROGRAM PENGAJIAN YANG SEDANG DITAWARKAN DI FAKULTI/INSTITUT YANG
MEMOHON
i. Nyatakan program-program pengajian yang sedang ditawarkan.
ii. Nyatakan program mobiliti/kerjasama yang ditawarkan (jika berkaitan).
iii. Nyatakan program pengajian yang dicadangkan untuk konsolidasi.
16. KEAHLIAN DAN ULASAN2 JAWATANKUASA/PANEL PENASIHAT PROGAM TERHADAP
PROGRAM YANG DIPOHON
Senaraikan keahlian Jawatankuasa Penasihat Fakulti/Institut/Program atau Lembaga
Pengajian dan sertakan ulasan dan minit mesyuarat.
17. TARIKH PROGRAM DILULUSKAN
Nyatakan tarikh program diluluskan oleh pihak-pihak berikut:
(a) Jawatankuasa/Panel Penasihat Program2;
(b) Mesyuarat Fakulti/Institut;
(c) Senat;
(d) Lembaga Pengarah Universiti.
18. KESIMPULAN/SYOR
Nyatakan kesimpulan/syor ke atas cadangan program.
2 Pengecualian kepada program yang disemak mengikut tempoh kitaran program.
C. Kriteria Tambahan untuk Akreditasi Sementara (pengecualian untuk
program lama yang telah mendapat Akreditasi Penuh)
Bahagian ini meliputi maklumat dan kriteria yang menerangkan secara spesifik tentang program
yang akan ditawarkan. Ia diadaptasi daripada standard-standard terpilih yang disenaraikan di dalam
Kod Amalan Akreditasi Program dan Standard Program untuk Ijazah Sarjana dan Kedoktoran secara
Penyelidikan yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia. Ia juga disesuaikan untuk tujuan
penilaian dalaman yang terfokus kepada keperluan semasa peringkan reka bentuk suatu program
dan peringkat awal pelaksanaan program, antaranya kepada reka bentuk dan penyampaian
kurikulum, penilaian pelajar, pemilihan dan khidmat sokongan pelajar, serta pentadbiran dan
pengurusan program.
Justeru, Kertas Cadangan ini perlu melampirkan laporan mengikut format berikut bagi
Fakulti/Institut menyatakan sejauh mana kriteria di bawah dipatuhi dan diamalkan.
1. REKA BENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM
1.1 Reka Bentuk Program dan Kaedah Pengajaran-Pembelajaran
1.1.1 Proses untuk membangunkan struktur program, semakan dan penilaian yang
melibatkan staf akademik perlu ditakrifkan.
1.1.2 Program hanya diambil kira setelah mengenal pasti sumber untuk menyokong
program.
1.1.3 Program seharusnya berupaya meningkatkan pemikiran kritikal, kemampuan
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, dan kemahiran pemikiran
analitis, di samping menggalakkan pelajar bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka serta bersedia untuk pembelajaran sepanjang hayat.
1.1.4 Terdapat kepelbagaian dalam aktiviti akademik yang membantu pencapaian
hasil pembelajaran dan memastikan pelajar bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka.
1.2 Kandungan dan Struktur Kurikulum
1.2.1 Pelajar diberi pendedahan kepada konsep, prinsip dan kaedah penyelidikan
yang menyokong hasil program. Ini termasuklah untuk mengelakkan salah laku
penyelidikan seperti plagiat dan lain-lain.
1.2.2 Program dinilai secara berkala agar sentiasa setanding dengan perkembangan
saintifik, teknologi dan pengetahuan, di samping memenuhi keperluan
masyarakat.
1.2.3 Fakulti dan jabatan perlu membangunkan mekanisme untuk capaian maklumat
masa nyata (real-time) dan mengenal pasti bidang berkepentingan terkini
melalui penggunaan teknologi terkini dan jaringan global.
1.3 Pengurusan Program
1.3.1 Pelajar mesti dibekalkan dengan maklumat bertulis terkini mengenai tujuan,
rangka, hasil pembelajaran dan kaedah penilaian program.
1.3.2 Pengurusan akademik program dijalankan, termasuk yang berkaitan dengan
pembangunan kurikulum, pengurusan program dan maklum balas pelajar
adalah jelas.
1.3.3 Jawatan, tanggungjawab dan bidang kuasa pegawai-pegawai akademik utama
termasuk penyelaras yang bertanggungjawab untuk merancang, melaksana,
memantau dan menambahbaik program menggunakan sumber yang
secukupnya melalui prosedur yang telah dibangunkan dinyatakan.
1.3.4 Proses penyemakan dan penilaian program dijalankan dan keputusan penilaian
digunapakai untuk menjamin kualiti program mencapai aras 7 bagi program
sarjana dan aras 8 bagi program kedoktoran. Penilaian perlu melibatkan penilai
luar program.
1.3.5 Fakulti dan Jabatan menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat
menyemai budaya penyelidikan.
1.4 Hubungan dengan Pihak Berkepentingan Luar
1.4.1 Pihak berkepentingan yang dirujuk dalam proses pemantauan dan penyemakan
program adalah dikenal pasti serta bentuk penglibatan pihak berkepentingan
dijelaskan.
2. PENILAIAN PELAJAR
2.1 Hubungan Penilaian dan Pembelajaran
2.1.1 Prinsip, kaedah dan amalan penilaian diselarikan dengan hasil pembelajaran
dan kandungan program melalui kaedah penilaian iaitu penilaian formatif
(berterusan) dan penilaian sumatif (penilaian di akhir semester).
2.1.2 Penilaian pelajar perlu selaras dengan Tahap Kelayakan dan lapan domain Hasil
PembelajaranMQF.
2.1.3 Jabatan perlu memantau penilaian pelajar untuk mengurangkan lebihan
bebanan kurikulum dan menggalakkan pembelajaran bersepadu.
2.1.4 Fakulti dan Jabatan perlu memastikan sikap-sikap yang wajar dipupuk dan
dinilai, contohnya menghormati kepelbagaian sosio-budaya, sensitif terhadap
hak orang lain, keberkesanan kos, kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang
hayat. Untuk memastikan sikap tersebut diterap dan dinilai, pelajar diperlukan
untuk mematuhi garis panduan etika penilaian.
2.2 Kaedah Penilaian
2.2.1 Kaedah penilaian pelajar perlu dijelaskan dari segi jangka masa, kepelbagaian,
pemberatan, kriteria, dan liputannya dan bagaimana penilaian inididokumenkan
dan disampaikan kepada pelajar.
2.2.2 Proses dan prosedur perlu didokumenkan dan boleh dicapai oleh pelajar.
2.2.3 Fakulti dan Jabatan perlu memastikan kebolehpercayaan, kesahan dan
kesesuaian kaedah penilaian, melalui pembentukan Jawatankuasa Pemeriksa
Tesismengikut keperluan program dan juga peraturan yang telah dibangunkan.
2.2.4 Kaedah penilaian perlu disemak semula secara berkala dengan mengambilkira
maklum balas daripada pihak berkepentingan luar dan dalam, dan pemeriksa
luar.
2.3 Pengurusan Penilaian Pelajar
2.3.1 Autoriti yang bertanggungjawab terhadap dasar penilaian dan terma-terma
rujukan dinyatakan dengan jelas.
2.3.2 Fakulti dan Jabatan bertanggungjawab terhadap dasar penilaian dan terma-
terma rujukan. Perlu ada jawatankuasa dan proses bagi:
(a) pengesahan dan pemurnian bagi penilaian sumatif;
(b) penandaarasan standard akademik bagi proses penilaian.
2.3.3 Fakulti dan Jabatan perlu ada autoriti yang bertanggungjawab untuk
memastikan kerahsiaan dan keselamatan proses penilaian pelajar dan rekod
akademik diselenggara.
2.3.4 Prestasi dan keputusan penilaian sumatif dan formatif perlu diberikan kepada
pelajar melalui mekanisme yang bersesuaian
2.3.5 Fakulti dan Jabatan perlu memberikan maklumbalas kepada pelajar tentang
prestasi akademik untuk memastikan mereka mempunyai masa yang cukup,
bagi mengambil tindakan pembetulan.
2.3.6 Prestasi penilaian dan segala keputusannya disampaikan kepada pelajar.
2.3.7 Fakulti dan Jabatan perlu membangunkan mekanisma bagi rayuan terhadap
keputusan peperiksaan lisan.
2.3.8 Fakulti dan Jabatan perlu mempunyai mekanisma untuk menyemak dan
melaksanakan kaedah-kaedah baru bagi penilaian.
3. PEMILIHAN DAN KHIDMAT SOKONGAN PELAJAR DI FAKULTI DAN INSTITUT
3.1 Staf Pentadbiran dan Pengurusan
3.1.1 Struktur staf pentadbiran yang menyokong program adalah jelas.
3.1.2 Bilangan yang diperlukan dan yang sedia ada, kategori jawatan dan kelayakan
minimum staf bukan akademik untuk program ini dikenal pasti – lihat Jadual 1.
Jadual 1 Staf bukan akademik untuk program
Kategori Jawatan Bilangan Semasa
Bilangan
Diperlukan
Kelayakan Minimum
1.
2.
3.
4.
3.1.3 Nama, kelayakan akademik, tanggungjawab semasa dan maklumat lain yang
berkenaan bagi setiap staf yang membantu dalam program ini disenaraikan.
3.1.4 Proses dan tatacara pengurusan disiplin staf adalah jelas.
LAMPIRAN
KERTAS CADANGAN KONSOLIDASI PROGRAM PENGAJIAN
(MOD PENYELIDIKAN)
LAMPIRAN 10.1 Contoh Pemetaan antara Hasil Pembelajaran Program dengan Objektif
Pendidikan Program
Hasil Pembelajaran
Program (HPP)
OP
P1
:
OP
P2
:
OP
P3
:
OP
P4
:
OP
P5
:
OP
P6
:
HPP 1:
HPP 2:
HPP 3:
HPP 4:
HPP 5:
HPP 6:
HPP 7:
HPP 8:
HPP 9:
Objektif Pendidikan
Program (OPP)
LAMPIRAN 10.2 Contoh Pemetaan antara Objektif Pendidikan Program dengan Matlamat
Pendidikan UKM
MPUKM 1: Siswazah
beraspirasi kebangsaan
MPUKM 2: Siswazah
berkompeten
MPUKM 3: Siswazah berdaya
saing dan inovatif
OPP 1:
OPP 2:
OPP 3:
Objektif
Pendidikan
Program (OPP)
Matlamat
Pendidikan UKM
(MPUKM)
LAMPIRAN 10.3 Matriks hubungan Tahap Kelayakan MQF (contoh: Aras 7 bagi Ijazah Sarjana) dan Hasil Pembelajaran Program (HPP)
Hasil Pembelajaran Program (HPP)
Perincian Tahap Kelayakan Aras 7 HP
P 1
HP
P 2
HP
P 3
HP
P 4
HP
P 5
HP
P 6
1 Menunjukkan pengetahuan dan kefahaman lanjutan atau tambahan daripada tahap
sarjana muda dan membangun atau mengguna idea lazimnya dalam konteks penyelidikan.
2 Mengguna pengetahuan dan kefahaman bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan
bidang pengajian dalam situasi baru dan konteks multidisiplin.
3 Mengintegrasi pengetahuan dan mengurus perkara kompleks.
4 Membuat penilaian dan keputusan dalam keadaan tanpa atau dengan maklumat terhad,
mengambilkira tanggungjawab sosial dan etika yang berkaitan.
5 Menyampaikan rumusan, pengetahuan dan rasionalnya kepada pakar dan bukan pakar
dengan jelas.
6 Menguasai kemahiran belajar untuk terus maju dengan autonomi yang tinggi.
LAMPIRAN 11.1 Contoh Maklumat Kursus
(1) Kod Kursus : PPPY6283
(2) Nama Kursus : Kaedah Penyelidikan
(3) Kredit : 3
(4) Taraf Kursus : Wajib Fakulti
(5) Sinopsis:
Kursus ini bertujuan untuk menerangkan konsep penyelidikan dalam Pengajian Islam,
kaedah menulis cadangan penyelidikan, kaedah menjalankan penyelidikan dan kaedah
menulis manuskrip penyelidikan. Kursus ini memberi tumpuan kepada konsep dan etika
penyelidikan, pengenalan kepada kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif, pernyataan
masalah, persoalan kajian, hipotesis, objektif, tinjauan literatur, kerangka kerja teoritikal dan
kerangka kerja konseptual, populasi dan persampelan, pengumpulan data, penganalisisan
data, penulisan rujukan dalam teks, senarai rujukan, transliterasi dan abstrak mengikut
Panduan Gaya UKM. Kursus ini juga memperkenalkanSPSS dan NVivo sebagai alat
penganalisisan data. Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan berupaya untuk menulis
cadangan penyelidikan, menjalankan penyelidikan empirikal dan menghasilkan sebuah
manuskrip ilmiah yang ditulis secara sistematik.
(6) Pra-Keperluan:
Tiada.
(7) Rujukan:
Bamberger, M. 2000. Integrating Quantitative and Qualitative Research in Development
Projects. Washington, D.C.: The World Bank.
Neuman, W.L. 1991. Social Research Methods – Qualitative and Quantitative
Approaches.Boston: Allyn and Bacon.
al-Dughmi, Mohammad Rakkan. 1997. Asalib al-Bahth al-cIlmi wa Masadir al-Dirasah al-
Islamiyyah. Amman: Maktabah al-Risalah.
Ahmad Sunawari Long. 2010. Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi:
Jabatan Usuluddin dan Falsafah.
Pusat Pengurusan Siswazah. 2009. Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM. Edisi Semak Kedua.
Bangi: Pusat Pengurusan Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
(8) Matriks Hasil Pembelajaran:
Bil. Hasil Pembelajaran Kursus (HPK)
Taks
on
om
i
Hasil Pembelajaran Program3
(HPP)
Pengajaran Pentaksiran
HP
P 1
HP
P 2
HP
P 3
HP
P 4
HP
P 5
HP
P 6
HP
P 7
1. Berkebolehan untuk menerangkan falsafah penyelidikan dalam Islam dan pendekatannya dalam penyelidikan.
C3 X Perbincangan Kumpulan Kecil
Sorotan Literatur
2. Berkemampuan dalam menjalankan penyelidikan dan menyiapkan disertasi atau tesis.
A4 X Kuliah Interaktif
Penulisan Proposal
3. Berkebolehan menganalisis data kualitatif dan kuantitatif.
P5 X Tutoran Analisis data menggunakan aplikasi SPSS/Nvivo
4. Berkeupayaan melakukan sintesis terhadap pelbagai sumber maklumat dan data.
C5 X Tutoran Interpretasi Data Hasil Kajian
3 Rujuk HPP yang disenaraikan di dalam Seksyen A.10 dan Seksyen B.10
(9) Rancangan Pembelajaran:
Minggu Topik Perbincangan
Kumpulan Kecil Kuliah
Interaktif Tutoran Belajar Kendiri
Jumlah Jam Belajar
1 Konsep Penyelidikan dalam Pengajian Islam, Tajuk dan Proposal Kajian
- 1 - 2 3
2 Pernyataan Masalah,Persoalan Kajian, Hipotesis dan Objektif - 1 1 4 6
3 Metodologi:Rekabentuk Kajian Kuantitatif dan Kualitatif 1 1 1 6 9
4 Metodologi:Pemilihan Lokasi dan Sampel 1 1 - 4 6
5 Metodologi:Pengumpulan Data Kuantitatif dan Kualitatif-Pembinaan Soal Selidik dan Temu Bual
1 1 - 4 6
6 Metodologi: Analisis Aplikasi SPSS - 1 - 1 2
7 Metodologi: Analisis Aplikasi Nvivo - 1 - 1 2
8 Pelan tempatan dan keterlibatan pihak berkepentingan 1 1 1 6 9
9 Model analitikal dan intiutif. Penilaian alam sekitar dan visual 1 1 1 6 9
10 Infrastruktur pengangkutan, MSMA 1 1 1 6 9
11 Kajian kes - - - 10 10
12 Kajian kes - - - 10 10
13 Kajian kes - - - 10 10
14 Kajian kes - - - 10 10
15 - 17 Peperiksaan - - - 20 20
Jumlah Jam Pembelajaran per Semester 6 10 5 100 121
Jumlah Jam Nosional yang diperlukan 120
Jumlah Kredit 3.025
(10) Pentaksiran:
Bil.
Hasil Pembelajaran Kursus (HPK)
Pada akhir semester ini pelajar berupaya:
HP
P/T
akso
no
mi Komponen Pentaksiran
Sorotan Literatur
Penulisan Proposal
Analisis data menggunakan
aplikasi SPSS/NVivo
Interpretasi Data Hasil
Kajian
1. Berkebolehan untuk menerangkan falsafah penyelidikan dalam Islam dan pendekatannya dalam penyelidikan.
1C3
20
2. Berkemampuan dalam menjalankan penyelidikan dan menyiapkan disertasi atau tesis.
4A4 30
3. Berkebolehan menganalisis data kualitatif dan kuantitatif.
2P5 20
4. Berkeupayaan melakukan sintesis terhadap pelbagai sumber maklumat dan data.
6C5
30
JUMLAH/ TOTAL 20 30 20 30
LAMPIRAN 14.1 Staf Akademik dan Staf Sokongan
A. Maklumat ringkas berkenaan setiap staf akademik yang terlibat mengendalikan program:
Jadual 1 Ringkasan maklumat staf akademik yang terlibat dalam program
Nama dan jawatan staf
akademik
Status lantikan
(sepenuh masa,
separuh masa,
kontrak, dll.)
Kewarga-negaraan
Modul diajar dalam
program
Modul diajar dalam
program lain
Kelayakan Akademik Pengalaman Kerja
Kelayakan, Lapangan
Pengkhususan, Tahun
Pengijazahan
Nama institusi dan negara
yang menganuge-
rah
Jawatan yang
dipegang Majikan
Tahun perkhidmatan
(mula dan akhir)
1.
2.
3.
Sertakan biodata setiap staf akademik yang mengajar program ini, dengan perkara berikut:
i. Nama Penuh ii. Kelulusan Akademik
iii. Keahlian Profesional Semasa iv. Tanggungjawab Pengajaran dan Pentadbiran Semasa v. Pengalaman Kerja
vi. Persidangan dan Latihan vii. Penyelidikan dan Penerbitan
viii. Perundingan ix. Khidmat Masyarakat x. Maklumat lain yang berkaitan
B. Maklumat ringkas berkenaan setiap staf sokongan yang terlibat mengendalikan program:
Jadual 2 Ringkasan maklumat staf sokongan yang terlibat dalam program
Nama Jawatan Kelayakan Penempatan
1.
2.
3.
LAMPIRAN 14.2 Senarai Kemudahan Fizikal
Kemudahan Semasa
Unjuran Penambahan
Tahun 1 Tahun 2
Bil. Kapasiti Lokasi Bil. Kapasiti Bil. Kapasiti
1 Dewan Kuliah
2 Bilik Tutorial
3 Bilik Perbincangan
4 Kemudahan Klinikal
5 Makmal dan Bengkel
- Makmal penyelidikan
- Makmal Komputer
- Makmal Sains
- Makmal Bahasa
- Bengkel Kejuruteraan
- Bengkel Pemprosesan
- Bengkel Pembuatan
- Studio
- Lain-lain
6 Perpustakaan danPusat Sumber
7 Ruang Sosial Pelajar
8 Kemudahan-kemudahan lain
top related