i persepsi guru pendidikan islam terhadap … · iv penghargaan alhamdulillah, segala puji bagi...
Post on 10-Aug-2019
233 Views
Preview:
TRANSCRIPT
i
PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BERASASKAN ISLAM HADHARI:
KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU
RASYIDAH BINTI RAMLI
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
Dedikasi
Tuhanku…
Kusyukuri setiap anugerahMu yang tidak ternilai,
Hanya kepadaMu aku berserah, hanya padaMu aku memohon pertolongan,
Rasulku…
Selawat dan salam ku mahkotakan buatmu,
Syafaatkan aku wahai Rasul penunjuk jalan,
Ayahku...
Ramli bin Ali,
Semoga rohmu dicucuri rahmatNya,
Ibuku...
Salamah Sabran,
Terima kasih atas segala pengorbanan
Redhakan aku dunia dan akhirat,
Adik-adikku...
Roslina, Salehuddin, Siti Rohani dan Saiful Sazwan,
Teruskan usaha kalian menuju jalan kegemilangan,
Penyeliaku...
Ustaz Azhar Muhammad,
Terima kasih atas segala didikan, teguran dan bimbingan,
Teman-temanku…
Terima kasih atas segala bantuan kalian,
Kepada Mohd. Sufian Maskor,
Pengorbanan dan sokonganmu amat kuhargai.
Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan jua.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang maha pemurah kerana dengan
kehendakNya, diberi saya kekuatan dan keizinan untuk melaksanakan kajian ini.
Salawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga
baginda, sahabat baginda, serta para mujahidin. Setinggi-tinggi penghargaan
diucapkan kepada ibu, keluarga dan insan tersayang yang tidak jemu-jemu memberi
sokongan yang amat membantu saya dalam menyiapkan kajian ini. Semoga Allah
sentiasa memberikan kejayaan dan kebahagiaan buat kalian
Setinggi-tinggi penghargaan ingin saya tujukan kepada penyelia saya, Ustaz
Azhar bin Muhammad yang sentiasa memberikan bimbingan dan dorongan
sepanjang saya melaksanakan kajian ini Tidak lupa juga kepada semua pensyarah di
Fakulti Pendidikan yang banyak memberikan tunjuk ajar, terutama kepada Puan
Adibah Abdul Latiff yang banyak membantu saya dalam melaksanakan kajian ini.
Terima kasih juga buat Dr Roslan Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian
Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Ustaz
M. Lokmanul Hakim, Penolong Pengarah Bahagian Kurikulum di Sektor Pendidikan
Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Negeri Johor atas kerjasama yang diberikan.
Terima kasih diucapkan buat sahabat perjuangan kerana sentiasa bersama
memberi galakan dalam menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih
yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
sehingga saya dapat menyempurnakan kajian ini. Semoga Allah S.W.T akan
membalasnya dengan kebaikan juga.
v
ABSTRAK
Pendidikan Islam berasaskan Islam Hadhari adalah satu pendekatan terbaru
yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pengajaran
Pendidikan Islam. Terdapat lima kompetensi utama yang menjadi tumpuan iaitu
ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan. Kajian ini dilakukan bagi
mengenal pasti persepsi guru-guru Pendidikan Islam terhadap pengajaran Pendidikan
Islam menggunakan pendekatan tersebut. Kajian ini juga mengkaji kaitan antara dua
pemboleh ubah iaitu persepsi guru-guru Pendidikan Islam terhadap pengajaran
Pendidikan Islam KBSM berasaskan Islam Hadhari dengan kesediaan diri guru untuk
melaksanakannya. Sebanyak 172 orang guru dari sekolah-sekolah menengah
kebangsaan seluruh daerah Johor Bahru telah dipilih sebagai responden. Kajian ini
dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen
kajian. Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru terhadap pengajaran Pendidikan
Islam berasaskan Islam Hadhari adalah pada tahap yang tinggi. Selain itu, didapati
wujudnya perhubungan signifikan yang sederhana antara persepsi guru dengan
kesediaan diri mereka untuk melaksanakannya.
vi
ABSTRACT
Islamic education based on Islam Hadhari is a new approach introduced by
Malaysian Ministry of Education in Islamic teaching. There are five core
competencies and there are knowledge, practical, practice, appreciation and habitual.
This research has been conducted to determine the perception from all religious
teachers. This research also trying to find out the connection between two variables
of the perception amongst the religious teacher towards the teaching methodology
using Islam Hadhari as the basis of teaching and the readiness towards implementing
it. There are 172 teachers from all secondary religious teacher within the Johor Bahru
were the respondent. It has been done quantitatively using questionnaire as an
instrument for the research. The research shows that the perception amongst the
teachers is very high and it shows that there is a significant connection between the
perception and the readiness towards implementing it.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.7 Kerangka Konsep Kajian 10
1.8 Pembolehubah Kajian 11
viii
1.9 Kepentingan Kajian 12
1.10 Batasan Kajian 12
1.11 Definisi Istilah 13
1.12 Penutup 15
BAB II SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pendahuluan 16
2.2 Latar Belakang Pendidikan Islam KBSM 16
2.3 Konsep Islam Hadhari 17
2.4 Prinsip Islam Hadhari Dalam Pendidikan Islam 18
2.4.1 Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Ilahi 19
2.4.2 Rakyat Berjiwa Merdeka 20
2.4.3 Penguasaan Ilmu Pengetahuan 21
2.4.4 Keutuhan Budaya dan Moral 21
2.4.5 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam
Semulajadi 22
2.4.6 Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan 22
2.5 Latar Belakang Kurikulum Pendidikan Islam
Berasaskan Islam Hadhari 23
2.6 Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam
Berasaskan Islam Hadhari 24
2.6.1 Kompetensi Ilmu 25
2.6.2 Kompetensi Amali 27
2.6.3 Kompetensi Amalan 28
2.6.4 Kompetensi Penghayatan 29
2.6.1 Kompetensi Pembudayaan 31
2.7 Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Islam Berasaskan Islam Hadhari 32
2.8 Strategi Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam
Berasaskan Islam Hadhari 35
ix
2.8.1 Kurikulum Latihan Guru Pendidikan Islam 35
2.8.2 Pengeksploitasian Sepenuhnya Persekitan
Pembelajaran 37
2.8.3 Pendidikan Sebagai Tanggungjawab Sosial 38
2.8.4 Pengukuhan Institusi Kekeluargaan 38
2.8.5 Pengukuhan Pendidikan Sains dan
Teknologi 39
2.9 Penutup 39
BAB III METODOLOGI KAJIAN 40
3.1 Pendahuluan 40
3.2 Reka Bentuk Kajian 41
3.3 Kerangka Operasi 42
3.4 Tempat Kajian 43
3.5 Populasi dan Sampel 44
3.6 Pemilihan Sampel dan Rekabentuk Persampelan 44
3.7 Instrumen Kajian 46
3.8 Prosedur Kajian 52
3.9 Kajian Rintis 52
3.10 Analisis Data 54
BAB IV DAPATAN KAJIAN 56
4.1 Pendahuluan 56
4.2 Bahagian A (Analisis Deskriptif) 57
4.2.1 Latar Belakang Mengikut Jantina 57
4.2.2 Latar Belakang GPI Mengikut Umur 57
x
4.2.3 Latar Belakang GPI Mengikut Pengalaman
Mengajar Pendidikan Islam 58
4.2.4 Latar Belakang GPI Mengikut Kelulusan
Akademik Tertinggi 58
4.2.5 Latar Belakang GPI Mengikut Kelayakan
Ikhtisas 59
4.2.6 Analisis Persepsi GPI Terhadap Pengajaran
Pendidikan Islam Berasaskan Islam Hadhari 59
4.2.6.1 Kompetensi Ilmu 59
4.2.6.2 Kompetensi Amali 61
4.2.6.3 Kompetensi Amalan 63
4.2.6.4 Kompetensi Penghayatan 65
4.2.6.5 Kompetensi Pembudayaan 67
4.2.7 Analisis Persepsi GPI Terhadap
Kesediaan Diri 69
4.2.8 Analisis Konstruk Secara Keseluruhan 77
4.3 Bahagian B (Analisis Inferensi) 78
4.3.1 Analisis Korelasi 78
4.4 Penutup 81
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN 82
5.1 Pendahuluan 82
5.2 Perbincangan 82
5.2.1 Maklumat Demografi Responden 83
5.2.2 Perbincangan Analisis Deskriptif 84
5.2.3 Perbincangan Analisis Inferensi 94
5.3 Rumusan 95
5.4 Cadangan 96
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 99
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Tangkapan kes juvana 4
3.1 Senarai Nama Sekolah dengan Bilangan Sampel Kajian 45
3.2 Pengelasan Skala Likert 46
3.3 Jenis Konstruk dan Bilangan Item dalam Soal Selidik 47
3.4 Taburan Kebolehpercayaan Item Soal Selidik 53
3.5 Perubahan 5 point Skala Likert kepada Skala 3 Peringkat 54
3.6 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 55
4.1 Taburan GPI Mengikut Jantina 57
4.2 Taburan GPI Mengikut Umur 57
4.3 Taburan GPI Mengikut Pengalaman Mengajar 58
4.4 Taburan GPI Mengikut Kelulusan Akademik Tertinggi 58
4.5 Taburan GPI Mengikut Kelayakan Ikhtisas 59
4.6 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Ilmu 1 59
4.7 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Ilmu 2 60
4.8 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Ilmu 3 60
4.9 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Ilmu 4 61
4.10 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Amali 1 61
4.11 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Amali 2 62
4.12 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Amali 3 62
4.13 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Amali 4 63
4.14 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Amalan 1 63
4.15 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Amalan 2 64
4.16 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Amalan 3 64
4.17 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Amalan 4 65
xiii
4.18 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Penghayatan 1 65
4.19 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Penghayatan 2 66
4.20 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Penghayatan 3 66
4.21 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Penghayatan 4 67
4.22 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Pembudayaan 1 67
4.23 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Pembudayaan 2 68
4.24 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Pembudayaan 3 68
4.25 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Pembudayaan 4 69
4.26 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kesediaan Diri (Tajwid) 69
4.27 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kesediaan Diri (Hadis) 70
4.28 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kesediaan Diri (Ibadat) 70
4.29 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kesediaan Diri (Akidah) 71
4.30 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kesediaan Diri (Sirah) 71
4.31 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kesediaan Diri (Akhlak) 72
4.32 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kesediaan Diri (Fardu Ain
dan Fardu Kifayah) 72
4.33 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kesediaan Diri (Bahasa Arab) 73
4.34 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kesediaan Diri
(Mata Pelajaran Lain) 73
4.35 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kesediaan Diri
(Perkembangan Dalam dan Luar Negara) 74
4.36 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kesediaan Diri (Psikologi) 74
4.37 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kesediaan Diri (Pedagogi) 75
4.38 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kesediaan Diri (Jawi) 75
4.39 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kesediaan Diri (Komputer) 76
4.40 Taburan Persepsi GPI Terhadap Kesediaan Diri
(Teknik Pengajaran) 76
4.41 Taburan Persepsi GPI Secara Keseluruhan 77
4.42 Korelasi Antara Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Ilmu
dengan Kesediaan Diri 78
4.42 Korelasi Antara Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Amali
dengan Kesediaan Diri 79
4.43 Korelasi Antara Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Amalan
xiv
dengan Kesediaan Diri 79
4.44 Korelasi Antara Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Penghayatan
dengan Kesediaan Diri 80
4.45 Korelasi Antara Persepsi GPI Terhadap Kompetensi Pembudayaan
dengan Kesediaan Diri 80
4.46 Korelasi Antara Persepsi GPI Terhadap Pengajaran Secara
Keseluruhan dengan Kesediaan Diri 81
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Konsep Kajian 10 2.1 Model Konseptual Pendidikan Guru 36 3.1 Kerangka Operasi Kajian 42
xvi
SENARAI SINGKATAN
GPI Guru Pendidikan Islam
JPNJ Jabatan Pelajaran Negeri Johor
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
JAPIM Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
IKIM Institut Kefahaman Islam Malaysia
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
BBM Bahan Bantu Mengajar
FPN Falsafah Pendidikan Negara
FPI Falsafah Pendidikan Islam
FPG Falsafah Pendidikan Guru
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan
“...Islam Hadhari adalah Islam yang berasaskan kepada pembangunan yang menjurus
kepada pembinaan peradaban. Islam Hadhari juga adalah mengamalkan Islam sebagai
satu pegangan yang memberikan fokus kepada mempertingkatkan mutu kehidupan sama
ada dari segi ilmu, pembangunan fizikal dan insan, kesihatan, sistem ekonomi dan
kewangan…”
(Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi)
(Dipetik dari ucapan Perdana Menteri Malaysia pada hari Pelancaran dan Perasmian
Islam Hadhari Pengurusan Negara Islam, 30 Januari 2005)
Berdasarkan kepada ucapan Perdana Menteri di atas, jelaslah bahawa tujuan
Islam Hadhari diperkenalkan adalah untuk melahirkan masyarakat Islam yang
membangun dan seimbang dalam segala aspek kehidupan. Tugas ini lebih mencabar
berbanding membangunkan aspek material kerana ia melibatkan pembangunan modal
insan.
2
Konsep pembangunan modal insan dalam Islam adalah proses membentuk insan
yang baik dan berguna, bukan sahaja kepada dirinya, malah masyarakat, agama dan
negara. Jatuh bangun sesebuah bangsa dan negara adalah bergantung penuh kepada
kualiti yang ada pada sumber manusianya (Berita Harian, 17 Mac 2005).
Menerusi gagasan Islam Hadhari, sumber manusia ini perlu digerakkan secara
produktif dan proses pendidikan menjadi titik tolak kepada usaha itu. Proses pendidikan
adalah proses berterusan dan perlu dilakukan secara komprehensif. Menurut Hasan
Langgulung (1997: 329), pendidikan adalah satu alat yang digunakan oleh manusia
untuk memelihara kelanjutan hidupnya (survival), sama ada sebagai individu, mahupun
sebagai masyarakat. Selain itu tujuan pendidikan adalah untuk mengembangkan potensi
yang ada pada individu supaya dapat digunakan oleh dia dan masyarakatnya bagi
menghadapi tentangan persekitaran yang selalu berubah.
Tambahan pula dengan keadaan dunia pada hari ini yang sedang berhadapan
dengan arus globalisasi, untuk mendepaninya memerlukan idea ketamadunan berasaskan
nilai-nilai agama supaya kekuatan akhlak dapat dibina berasaskan acuan kita sendiri.
Justeru, perlunya bidang pendidikan diperkukuhkan terutamanya bidang Pendidikan
Islam. Ini kerana Pendidikan Islam mempunyai kaitan langsung dengan agenda ini
sesuai dengan tujuan utama dan termulia Pendidikan Islam untuk menghaluskan akhlak
dan mendidik jiwa (Hasan Langgulung, 1997: 127).
Dalam konteks Malaysia, masalah keberkesanan sistem Pendidikan Islam untuk
mencapai matlamat sepertimana yang digariskan di atas adalah suatu perkara yang perlu
diberi perhatian serius. Malaysia dengan harapan yang tinggi untuk menjadi negara
Islam contoh kepada negara-negara Islam lain, mestilah menonjolkan satu model yang
terbaik bagi mengendalikan sistem pendidikan agama yang mampu bertahan
mengharungi era globalisasi dalam pelbagai aspek (JAKIM, 2005: 9).
3
Justeru itu, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral di Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyemak semula kurikulum Pendidikan Islam sedia
ada dan telah pun mengambil kira unsur-unsur yang ditekankan dalam pendekatan Islam
Hadhari bagi meningkatkan keberkesanannya (Kertas Kerja Kursus Pelaksanaan
Kurikulum Pendidikan Islam Berasaskan Islam Hadhari, 2005: 1). Ini sesuai dengan
pandangan Hasan Langgulung (1997: 121), yang mengatakan bahawa institusi
Pendidikan Islam bukanlah institusi yang beku, tetapi fleksibel, berkembang dan
menurut kehendak waktu dan tempat.
Melihat kepada kepentingan kurikulum terbaru dalam Pendidikan Islam ini,
maka penyelidik amat berminat untuk mengkaji persepsi guru-guru Pendidikan Islam
(GPI) sendiri sebagai agen pelaksananya. Kajian ini diharapkan dapat memberi
gambaran tentang persepsi GPI terhadap pengajaran Pendidikan Islam berasaskan
pendekatan Islam Hadhari dan kesediaan diri GPI sendiri untuk melaksanakan
pengajaran tersebut.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah sama ada peringkat rendah atau
menengah sudah lama berjalan di negara ini (Hassan Langgulung, 1981: 25). Namun,
keberkesanannya sering dipertikaikan. Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri
Abdullah Ahmad Badawi menyatakan ia kurang berkesan kerana masih banyak berlaku
masalah sosial di kalangan remaja berpunca daripada kelemahan kurikulum (Berita
Harian, Khamis, 11 Mac 2002).
4
Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan delinkuen remaja paling
banyak berlaku di kalangan remaja Melayu berbanding bangsa lain. Ini sungguh
mendukacitakan kerana remaja Islam yang terdidik dengan didikan Islam seharusnya
menonjolkan peribadi yang mulia sebagai cermin kepada keindahan Islam itu sendiri,
namun realiti yang berlaku adalah sebaliknya. Jadual di bawah menunjukkan tangkapan
kes juvana mengikut etnik dan jantina sepanjang tahun 2002, 2002 dan 2003.
Jadual 1.1: Tangkapan kes juvana
2001 2002 2003 Kumpulan Etnik L P J L P J L P J
Melayu 3,368 91 3,459 3,624 81 3,705 3,535 130 3,665
Cina 798 33 831 681 17 698 545 26 571
India 608 6 614 551 15 566 454 6 460
Bumiputera Sabah 68 4 72 111 10 121 98 1 99
Bumiputera Sarawak
125 3 128 139 3 142 85 2 87
Lain-lain 74 4 78 75 12 87 102 14 116
JUMLAH 5,041 141 5,182 5,181 138 5,319 4,819 179 4,998 Menurut Hasan Langgulung (1981: 26), keberkesanan Pendidikan Islam jika
dilihat dari sudut pengetahuan agama Islam sahaja sememangnya telah berjaya.
Buktinya jelas apabila kita melihat kepada keputusan peperiksaan yang dikeluarkan oleh
KPM setiap tahun yang menunjukkan bahawa keputusan itu setanding dengan mata
pelajaran lain. Namun, terdapat aspek lain yang lebih penting dari aspek pengetahuan,
iaitu aspek afektif dan tingkah laku. Andaian kita selama ini bahawa orang yang tahu
akan mengamalkan pengetahuannya, ternyata salah. Kebanyakan pelajar belajar
Pendidikan Islam hanyalah untuk lulus peperiksaan, bukan mengamalkannya dalam
kehidupan seharian.
Adakah punca masalah ini? Jika ditinjau dari sudut kurikulum Pendidikan Islam
sedia ada, ternyata ia sudah cukup lengkap dengan penekanan pada semua bidang iaitu
Tilawah, Syariah dan Akhlak Islamiah. Malah kurikulum Pendidikan Islam negara kita
5
diiktiraf sebagai kurikulum Pendidikan Islam terbaik di rantau ini (Seminar Islam
Hadhari IKIM, 2005). Ujian Pengetahuan Asas Fardu Ain (PAFA) yang ditetapkan oleh
KPM dalam mata pelajaran Pendidikan Islam pula merupakan ujian yang pertama
seumpamanya pernah diadakan di dalam dunia Islam secara besar-besaran dan
sistematik sekali. Dari segi teknik ujian, PAFA menempa sejarah kerana mempelopori
“Criterion Reference Test” (Suzalie Mohamad, 2003: 25).
Namun perubahan dan penambahbaikan perlu sentiasa dilakukan sama ada dari
segi sukatan pelajaran mahupun pendekatan yang digunakan. Menurut Ghazali
Darussalam (2001: 177), kurikulum Pendidikan Islam yang telah dirancang diubahsuai
dari semasa ke semasa untuk menghadapi zamannya bukan bererti ia tidak kekal tetapi
kelenturan adalah untuk memantapkan lagi kesan dalaman dan luaran kepada para
pelajar yang menjadi hala sasarannya.
Sejajar dengan itu, kurikulum Pendidikan Islam berasaskan Islam Hadhari
diperkenalkan. Walau bagaimanapun, melalui temubual penyelidik bersama Roslan
Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral di
KPM, ia bukanlah penggubalan satu kurikulum Pendidikan Islam yang baru, sebaliknya
ia hanyalah satu langkah memurnikan kurikulum sedia ada dengan memberi perhatian
dan penekankan kepada lima kompetensi utama iaitu ilmu, amali, amalan, penghayatan
dan pembudayaan.
Dalam kata lain, Pendidikan Islam berasaskan pendekatan Islam Hadhari lebih
menjurus kepada kaedah dan strategi pengajaran yang digunakan oleh GPI. Ia
menitikberatkan kreativiti, inovasi dan kesungguhan GPI menyampaikan pengajaran.
GPI disarankan agar bijak mengeksploitasi sepenuhnya persekitaran pembelajaran,
meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang penyelidikan, sains dan teknologi. Ia
dilaksanakan melalui penggabungjalinan ilmu sains dalam pengajaran Pendidikan Islam,
penerapan nilai dan penggunaan teknologi pendidikan terkini khususnya komputer
(Kertas Kerja Kurikulum Pendidikan Islam Berasaskan Islam Hadhari, 2005: 5).
6
Ternyata pendekatan baru ini memerlukan GPI memainkan peranan penting. Ini
mendatangkan pelbagai reaksi dan persepsi di kalangan GPI sendiri. Dari sudut yang
lain, pendekatan ini kelihatan seolah-olah akan menambahkan lagi tugasan seorang guru
jika dibandingkan dengan sebelumnya. Kajian Omar Salleh (2004: 83) mendapati 67.3%
daripada respondennya yang terdiri daripada GPI, mengatakan mereka kini sudah
dibebani dengan tugas yang banyak. Mungkinkah juga pelaksanaan pengajaran
menggunakan pendekatan ini akan menambah stress di kalangan guru?
Untuk memberi maklumat kepada GPI tentang pendekatan baru ini, satu kursus
khas telah diadakan di seluruh negara. Kursus ini dinamakan Kursus Pelaksanaan
Kurikulum Pendidikan Islam KBSR berdasarkan Pendekatan Islam Hadhari Untuk
Jurulatih Utama 2005. Di peringkat negeri Johor pula, Sektor Pendidikan Islam dan
Moral JPNJ, telah mengadakan Kursus Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah dan Menengah Pendidikan Islam Berasaskan Pendekatan Islam Hadhari 2005
kepada lebih kurang 1,000 GPI. Ia diadakan secara berperingkat-peringkat mengikut
daerah sepanjang bulan Julai 2005 (Harian Metro Khamis, 4 Ogos 2005).
Untuk daerah Johor Bahru, M. Lokmanul Hakim mengatakan ia telah diadakan
sebanyak dua siri. Siri pertama pada 3 hingga 6 Julai 2005, manakala siri kedua pada 6
hingga 9 Julai 2005 yang bertempat di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru. Kursus itu
bertujuan memastikan pelaksanaan pendekatan baru ini dapat dilaksanakan secara
menyeluruh dan menepati hasrat KPM. Walau bagaimanapun, ia hanyalah melibatkan
ketua-ketua panitia Pendidikan Islam sahaja dan mereka diminta untuk menyampaikan
maklumat kursus ini kepada GPI yang lain melalui in-house tranning.
Secara umumnya, GPI telah menerima pendedahan tentang konsep Islam
Hadhari sama ada secara umum atau khusus dalam bidang Pendidikan Islam. Maklumat
ini diperolehi sama ada secara langsung melalui kursus yang dihadiri atau tidak langsung
melalui media elektronik dan media cetak. Kerajaan sengaja mempergiatkan usaha
menyampaikan maklumat ini agar tidak ada rakyat yang tercicir daripada memahami
7
dasar baru kerajaan ini (Seminar Islam Hadhari IKIM, 2005). Ini adalah bertujuan untuk
mengelakkan rakyat daripada membuat persepsi yang salah terhadap pendekatan Islam
Hadhari itu sendiri.
Daripada senario Pendidikan Islam yang telah dikupas ini, penyelidik berminat
untuk mengetahui, apakah pandangan GPI terhadap pengajaran Pendidikan Islam yang
yang kini menggunakan pendekatan Islam Hadhari untuk tujuan penambahbaikan.
Seterusnya, bagaimanakah kesediaan GPI untuk melaksanakan pendekatan tersebut
memandangkan ia memerlukan ilmu dan kemahiran tertentu semasa mengajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam kajian ini, penyelidik akan mengenal pasti apakah persepsi GPI terhadap
pengajaran Pendidikan Islam berasaskan Islam Hadhari dan persepsi GPI terhadap
kesediaan diri untuk melaksanakan pengajaran tersebut.
Penyelidik juga ingin mengkaji adakah terdapat hubungan antara pandangan GPI
terhadap pengajaran Pendidikan Islam berasaskan Islam Hadhari tersebut dengan
kesediaan diri GPI untuk melaksanakannya.
8
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
a) Mengenal pasti persepsi GPI terhadap pengajaran Pendidikan Islam
berasaskan Islam Hadhari.
b) Mengenal pasti persepsi GPI terhadap kesediaan diri mereka untuk
melaksanakan pengajaran Pendidikan Islam berasaskan Islam Hadhari.
c) Mengenal pasti perkaitan antara persepsi GPI terhadap pengajaran
Pendidikan Islam berasaskan Islam Hadhari dengan kesediaan diri
mereka untuk melaksanakan pengajaran tersebut.
1.5 Persoalan Kajian
a) Apakah persepsi GPI terhadap pengajaran Pendidikan Islam
berasaskan Islam Hadhari?
b) Apakah persepsi GPI terhadap kesediaan diri mereka untuk
melaksanakan pengajaran Pendidikan Islam berasaskan Islam Hadhari?
c) Bagaimanakah hubungan antara persepsi GPI terhadap pengajaran
Pendidikan Islam berasaskan Islam Hadhari dengan tahap kesedian diri
mereka untuk melaksanakan pengajaran tersebut?
top related