impak program transformasi ekonomi (etp) terhadap …nuradli.com/2013p02.pdf · di malaysia takrif...
Post on 07-Feb-2018
262 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
Impak Program Transformasi Ekonomi (ETP) Terhadap Belia
Malaysia
Nooh, Mohammad Noorizzuddin; Khairi, Khairil Faizal; Mohd Dali, Nuradli
Ridzwan Shah; Abdul Shukor, Syadiyah
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstrak1
Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang telah dilancarkan pada tahun 2010 adalah sebahagian
daripada subset kepada Model Ekonomi Baru. Bersama-sama dengan Program Transformasi
Kerajaan (GTP), ia membentuk pelan yang merintis ke arah menggerakkan Malaysia ke arah
mencapai status negara maju. Generasi Belia di Malaysia melebihi 11.9 juta mewakili pelbagai
peringkat umur di antara 15 hingga 40 tahun iaitu lebih daripada 50 peratus di negara ini maka
perananan belia amat penting demi transformasi negara ke arah yang lebih maju. Kajian ini
dijalankan bagi mengenalpasti Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang mempunyai impak
langsung terhadap golongan belia. Kaedah kualitatif dan kuantitatif telah digunakan bagi tujuan
pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa NKEA yang memberi impak terhadap belia
adalah Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, Pemborongan dan Peruncitan, Pelancongan,
Perkhidmatan Perniagaan, Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi, Pendidikan, dan Penjagaan
Kesihatan. Projek-projek yang diberikan keutamaan oleh belia bagi setiap NKEA juga telah
diperincikan di dalam kajian ini.
1 Paper presented at the 17th National Macfea Conference, Puri Pujangga, UKM, 29-30 August 2013
2
Pendahuluan
Fasa pembangunan ekonomi Malaysia sejak dari merdeka menyaksikan pelan rancangan jangka
panjang Malaysia dijalankan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk merapatkan
jurang ekonomi negara dan membasmi kemiskinan hingga kepada model ekonomi negara (MEB)
yang diperkenalkan pada tahun 2010. Program Transformasi Negara di rancang untuk
meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia melalui pertumbuhan mapan (Mohamed, 2013). MEB
mensasarkan Malaysia yang berada pada peringkat pendapatan sederhana dapat meningkatkan
produktiviti pekerja dan inovasi dan menjadikan ekonomi negara kepada negara berpendapatan
tinggi (Economic_Policy_Outlook, 2011; Mohamed, 2013; Pemandu, 2013). Dalam mencapai ke
arah negara berpendapatan tinggi, Program Transformasi Negara (NTP) dilancarkan oleh Perdana
Menteri Dato’ Seri Najib Abdul Razak yang didukung oleh Program Transformasi Ekonomi (ETP)
dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah di perkenalkan pada tahun 2010. Program GTP
berobjektif untuk menangani gejala rasuah, meningkatkan pendidikan dan meningkatkan
keperluan asas infrastruktur kawasan pendalaman (Economic_Policy_Outlook, 2011). GTP
disasarkan untuk menerajui inisiatif transformasi sosial yang penting sementara ETP
membolehkan Malaysia merealisasikan potensi ekonominya yang sebenar yang akan merintis ke
arah menggerakkan Malaysia ke arah mencapai status negara maju (Pemandu, 2013). Perdana
Menteri Malaysia mengunjur bahawa ETP dapat meningkat peluang pekerjaan dan meningkatkan
pendapatan negara kasar (Economic Policy, 2011). ETP memfokus kepada kerjasama strategik
sektor awam dan swasta (Shmavonian and Hershman, 2012) dan penumpuan terhadap 12 Bidang
Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI)
(Economic_Policy_Outlook, 2011; Pemandu, 2013).
Pendapatan pendapatan kasar negara per kapita dijangka dapat ditingkatkan dari USD 6,700 pada
2009 kepada USD 15,000 pada 2020 (Economic Policy, 2011). Disamping itu, ETP juga dijangka
dapat menarik pelaburan asing sebanyak USD444 billion (Shmavonian and Hershman, 2012).
Pada 2012, kedua-dua inisiatif ini merekodkan hasil yang memberangsangkan dalam mencapai
matlamat Petunjuk Utama Prestasi (KPI) (Pemandu, 2013). Cabaran yang di hadapi oleh program
ini adalah untuk mendapatkan sumbangan kewangan dari pihak swasta untuk membantu
sebahagian projek-projek ETP. Tidak terhad kepada pihak swasta, pihak bank komersial dan
3
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga agak keberatan untuk melabur di dalam projek
korporat yang berisko tinggi di dalam ETP (Asia Monitor, 2011). Malah penganalisa ekonomi
Singapura ada yang berpendapat bahawa unjuran yang ingin dicapai menerusi program ETP adalah
tidak realistik berdasarkan kepada keadaan pasaran semasa (Miller, 2011).
Definisi Belia
Belia biasanya dikategorikan di antara kanak-kanak dan dewasa. Golongan ini merupakan tunggak
penting yang tidak boleh dinafikan kepentingannya kerana mereka ini menggambarkan kewujudan
negara pada masa akan datang. Golongan belia juga merupakan golongan yang bakal menjadi
pemimpin, golongan profesional, teknokrat dan tenaga kerja mahir pada masa hadapan negara.
Usia di mana seseorang itu dianggap belia tidak sama mengikut dunia. Menurut Perhimpunan
Agung PBB2, belia adalah mereka di antara umur 15 dan 24 tahun. Bagi Bank Dunia3 pula, belia
secara umumnya merujuk kepada mereka yang berumur di antara 15 hingga 25 tahun.
Di Malaysia takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia dalam kertas kertas
“Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara” (1995) menyatakan golongan belia adalah merujuk
kepada individu yang berumur antara 15 hingga 40 tahun4. Ini adalah berasaskan kepada alasan-
alasan berikut:
1. Ia adalah takrif Majlis Belia Malaysia 1985.
2. Ia dianggap golongan yang sudah mencapai taraf matang yang memuaskan dan dapat
menerima manfaat maksimum daripada rancangan-rancangan yang disusun
3. Ia adalah sebahagian besar daripada jumlah rakyat negara ini
Walau bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan dalam “Draf Kajian Semula Dasar Belia
Negara” mentakrifkan semula umur belia iaitu belia sebagai mereka yang berumur antara 15
2 (n.d.) Frequently Asked Questions Belia di tapak web PBB. 3 (n.d.) Glossary Tapak web Bank Dunia. 4 Belia, Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia, KBS Malaysia (1995)
4
hingga 25 tahun dengan alasan ianya diselaraskan mengikut takrif yang diberikan oleh Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan diguna pakai di banyak negara.
Menurut Azizan Bahari (1995) belia didefinisikan sebagai golongan yang berumur di antara 15-
35 tahun. Ianya dipercayai bahawa populasi belia dijangkakan merupakan kumpulan paling
dominan pada tahun 2020. Golongan belia merupakan golongan yang paling ramai bilangannya
menduduki negara kita. Berdasarkan kepada unjuran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan
Negara5, pada tahun 2011 jumlah tenaga kerja buruh pada golongan belia adalah seramai 8,171.2
juta orang (64.5%) daripada keseluruhan tenaga kerja seramai 12,675.8 juta. Angka ini jelas
menunjukkan bahawa golongan ini boleh menjadi penjana kepada kemajuan dan pembangunan
negara sekiranya mereka terlibat sama semasa memainkan peranan dalam memajukan diri mereka
sendiri.
Dasar Pembangunan Belia Negara mentakrifkan belia sebagai mereka yang berumur antara 15-40
tahun (Norizan, 2003), manakala klasifikasi belia oleh Azimi Hamzah dll (2007), adalah di antara
umur 15-35 tahun sahaja dengan pembahagian tiga kumpulan umur iaitu awal belia (15-20),
pertengahan belia (21-24) dan akhir belia (25-35). Dari segi perkembangan manusia pula ialah di
peringkat 15 tahun hingga 24 tahun di mana golongan ini mengalami perkembangan psikososial
yang sangat kompleks, cenderung meneroka alam kehidupan dan suka menguji batasan peraturan
masyarakat (Abdullah Al-Hadi, Rozumah dan Siti Nor, 1998). Belia sering menjadi fokus kerana
kaitannya dengan gambaran potensi politik dan idealisme. Apatah lagi, gaya hidup dan pemikiran
yang acapkali menentang ketetapan masyarakat sebelumnya. Berdasarkan kedominannya dalam
populasi negara sememangnya tidak dapat disangkal bahawa belia merupakan aset yang bernilai
sebagai pewaris yang akan meneruskan kesinambungan negara dan peranannya sebagai rakan
kongsi dalam pembangunan (Azizan, 2004).
Selain itu, belia juga merupakan warisan negara yang bakal menerajui masa depan bukan sahaja
untuk diri sendiri, malah keluarga, masyarakat dan negara. Belia akan menentukan hala tuju masa
depan negara kerana mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap keadilan sosial, politik dan
5http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=1251&Itemid=109&lang=bm
5
ekonomi serta pembangunan yang akan mendukung cabaran perdana negara di masa hadapan.
Menurut Azimi dan Turiman (1998) belia hari ini yang akan mencorakkan maju atau mundur
negara pada masa hadapan. Ianya signifikan kerana negara berada dalam fasa kedua Wawasan
2020 untuk menjadi sebuah negara maju dengan acuan kita sendiri.
Galakan daripada pihak kerajaan dari segi pembangunan belia dan penglibatan belia dalam
menentukan dasar dan hala tuju negara adalah suatu pengiktirafan besar kepada golongan ini yang
tidak perlu disangkal. Atas dasar itulah kepesatan pembangunan negara sememangnya
memerlukan kepada modal insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi dalam proses perancangan
dan pelaksanaan agenda pembangunan negara (Yahaya dan Hair, 2008).
Program Pembangunan Negara Yang Melibatkan Belia.
Program pembangunan belia rancak direncanakan di negara terutamanya apabila pucuk pimpinan
negara membentangkan belanjawan negara. Setiap tahun peruntukan yang disalurkan kepada
golongan belia adalah jumlah yang agak tinggi yang mana program yang dirancangkan adalah
merangkumi segenap aspek kehidupan belia. Ini adalah amat penting kerana pelaburan dalam
modal insan perlu dimulakan dari awal dengan meningkatkan pengetahun, keperibadian dan
peningkatan kemahiran. Dasar dan perancangan yang melibatkan kepada peningkatan kualiti
modal insan ini dimanifestasikan sejak awal lagi di dalam sistem pendidikan kebangsaan yang
bertujuan melahirkan modal insan yang mampu menghadapi saingan global (Mohd Yusof dan
Dullah Mulok, 2008).
Hakikatnya golongan belia hari ini mahukan suara, pandangan dan aspirasi mereka diambil kira di
dalam pembentukan dasar negara, program pembangunan, partisipasi di peringkat antarabangsa
dan kepercayaan terhadap tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Atas dasar inilah kita
melihat banyak program pembangunan belia dilihat lebih bersifat praktis yang mana
pendekatannya adalah dengan mendekati golongan belia dan bersama-sama melibatkan mereka.
Program-program yang melibatkan belia perlu kepada paradigm baru yang lebih bersifat global
sebagai salah satu elemen di dalam latihan dan pembinaan kepimpinan belia. Penglibatan belia
dalam isu-isu bersifat global dan universal seperti keamanan, demokrasi, pendidikan, alam sekitar
dan sebagainya mampu menganjak paradigm golongan belia setaraf dengan belia-belia di seluruh
6
dunia. Mahathir (1999) menekankan bahawa sebagai satu proses perubahan, pembangunan hanya
tercapai apabila majoriti rakyat menikmati kekayaan negara dan apabila terdapat kemajuan dari
segi kualiti hidup.
Program-program yang dirancangkan untuk golongan belia perlulah melihat kepada pembahagian
umur seperti yang dijelaskan sebelum ini. Keperluan golongan awal belia dan golongan akhir belia
perlulah berlainan. Ini boleh dirumuskan seperti berikut:
1. Golongan belia remaja. Rata-rata kumpulan ini masih di bangku sekolah. Antara
beberapa perkara yang perlu ditekankan pada kumpulan ini adalah mendidik nilai,
memupuk jati diri, di sampaing mendedahkan mereka dengan scenario yang berubah
dan impaknya ke atas mereka. Remaja yang mengalami krisis dan konflik identity perlu
dibimbing dengan Program Rakan Sebaya atau menjinakkan mereka dengan
kaunseling remaja.
2. Golongan belia institusi pengajian tinggi atau penuntut (18 hingga 25 tahun). Golongan
ini terdiri daripada penuntut yang berada di institusi pengajian tinggi dan lepasan
sekolah menengah. Mereka mula memasuki alam lebih bebas daripada kawalan ibu
bapa mahupun peraturan sekolah. Pada peringkat ini, mereka perlu ditekankan dengan
moral yang tinggi dan memupuk hubungan sihat apabila bergaul.
3. Golongan belia awal pekerjaan (18 hingga 23 tahun). Golongn ini perlu didedahkan
dengan pelbagai peluang memajukan diri dalam bidang yang mereka ceburi. Galakan
belajar dan menimba pengalaman perlu diutamakan. Di samping itu, program yang
dapat meningkatkan kesedaran social yang sihat perlu dilaksankan.
4. Golongan belia industri (20 hingga 30 tahun). Sektor industri kini menyediakan
peluang kerja yang tinggi di dalam negara. Belia perlu diberi peluang meningkatkan
diri dalam hal yang berkait dengan keperluan kemahiran bekerja dan membangunkan
insan. Gerakan dan usaha memulihkan imej pekerja industri perlu diutamakan dengan
meletakkan mereka pada posisi yang lebih baik daripada segi nama dan kehidupan
sosial mereka.
5. Golongan belia veteran (30 hingga 40 tahun). Biasanya golongan ini sudah berumah
tangga dan lebih menumpukan pada usaha mengukuhkan pendapatan keluarga serta
mendidik anak-anak. Mereka ini lebih matang da nada tanggungjawab yang lebh tinggi
7
pada keluarga.
Kaedah Penyelidikan
Beberapa kaedah penyelidikan telah digunakan dalam kajian ini. Ianya terbahagi kepada beberapa
seksyen. Seksyen pertama akan menerangkan pengumpulan data di peringkat pertama. Kemudian
seksyen kedua akan memperincikan pengumpulan data di peringkat kedua dan seksyen terakhir
akan menerangkan pengumpulan data di peringkat ketiga.
Pengumpulan data bagi kajian ini melibatkan tiga peringkat iaitu peringkat pertama melibatkan
sesi sumbangsaran dengan kumpulan pakar, peringkat kedua melalui kaji selidik atas talian, dan
peringkat ketiga melibatkan kumpulan fokus. Pengumpulan data pada peringkat kedua dan ketiga
melibatkan kumpulan sasaran bagi kajian ini iaitu golongan belia. Setiap peringkat pengumpulan
data melibatkan kumpulan yang berbeza-beza bagi memastikan kesahihan data yang diperolehi
pada setiap peringkat. Namun khusus untuk kertas kerja ini, penyelidik ingin memfokuskan
perhatian hanya kepada peringkat pertama dan kedia daripada keseluruhan kajian ini. Rajah 1
menunjukkan tiga peringkat pengumpulan data bagi kajian ini dan kumpulan yang terlibat.
Rajah 1: Pengumpulan data bagi kajian ini
Sesi sumbangsaran
Pakar dari bidang sains politik, pemasaran, kewangan, keusahawanan dan ekonomi
Peringkat Pertama
Kaji selidik atas talian
Golongan belia
Peringkat
Kedua
Kumpulan fokus
Golongan belia
Peringkat
Ketiga
8
Pengumpulan Data Peringkat Pertama Melalui Sesi Sumbangsaran dengan Pakar
Peringkat pertama pengumpulan data dalam kajian ini melibatkan sesi sumbangsaran dengan
kumpulan pakar. Empat orang pakar telah terlibat pada peringkat ini. Pakar-pakar tersebut adalah
di dalam bidang sains politik, pemasaran, kewangan, keusahawanan dan ekonomi. Kesemua pakar
yang dipilih adalah bersesuaian dengan kajian ini memandangkan projek-projek di bawah Program
Transformasi Ekonomi (ETP) adalah berkait rapat dengan bidang-bidang tersebut.
Pengendalian Sesi Sumbangsaran Dengan Pakar
Sebelum sesi sumbangsaran diadakan, kesemua pakar yang dipilih telah diberikan maklumat
terperinci tentang latar belakang ETP, 12 Bidang Ekonomi Utama Negara, dan projek-projek di
bawah Bidang Ekonomi Utama Negara. Kesemua pakar telah diminta untuk menganalisa dan
mengkaji dokumen-dokumen tersebut dan mencadangkan Bidang Ekonomi Utama Negara dan
projek-projek berkaitan yang paling memberi impak terhadap belia. Setelah dua minggu dokumen
tersebut diserahkan kepada pakar-pakar, kesemua pakar telah berkumpul untuk berbincang tentang
Bidang Ekonomi Utama Negara dan projek-projek berkaitan yang memberi impak terhadap belia.
Penemuan Hasil Dari Sesi Sumbangsaran
Hasil dari sesi sumbangsaran, enam Bidang Ekonomi Utama Negara dan projek-perojek berkaitan
telah dikenalpasti sebagai agenda ETP yang paling memberi impak kepada belia. Enam bidang
tersebut adalah Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur, Pelancongan, Greater Kuala Lumpur,
Penjagaan Kesihatan, Pemborongan dan Peruncitan dan Pendidikan. Manakala enam lagi bidang
iaitu Kelapa Sawit dan Getah, Minyak, Gas & Tenaga, Perkhidmatan Perniagaan, Perkhidmatan
Kewangan, Elektrikal dan Elektronik dan Pertanian telah dipersetujui sebagai bidang yang paling
kurang memberi impak kepada golongan belia. Rajah 2 menyenaraikan 12 Bidang Ekonomi
Utama Negara dan bidang-bidang yang paling memberi impak kepada golongan belia.
9
Petunjuk: Bidang Ekonomi Utama
Negara yang memberi impak
kepada belia
Bidang Ekonomi Utama
Negara yang tidak atau
kurang memberi impak
kepada belia
Rajah 2: Bidang Ekonomi Utama Negara
Pengumpulan Data Peringkat Kedua Melalui Kaji Selidik Atas Talian
Peringkat kedua pengumpulan data dalam kajian ini melibatkan kaji selidik atas talian. Satu set
soalan kaji selidik atas talian telah dibangunkan menggunakan perisian Survey Monkey. Perisian
tersebut telah digunakan kerana ianya adalah mesra pengguna dan membenarkan penyelidik untuk
mebuat kajian berasaskan web mengikut keperluan yang ditentukan oleh penyelidik. Kaji selidik
atas talian ini bertujuan untuk responden mengenalpasti projek-projek di bawah Bidang Ekonomi
Utama Negara yang memberi impak atau kurang memberi impak ke atas golongan belia. Bidang
Ekonomi Utama Negara yang dipilih adalah berdasarkan hasil sesi sumbangsaran pada peringkat
pertama.
Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur
Pelancongan Greater Kuala Lumpur
Penjagaan KesihatanPemborongan dan Peruncitan
Pendidikan
Kelapa Sawit dan Getah Minyak, Gas & Tenaga Perkhidmatan Kewangan
Perkhidmatan Perniagaan Elektrikal & Elektronik Pertanian
10
Profil Demografi Responden
Di dalam kajian ini, seramai 50 orang responden telah dipilih untuk menyertai kajian ini.
Reponden yang dipilih adalah di kalangan pelajar kolej / universiti yang sedang mengikuti
pengajian diploma atau sarjana muda di sekitar Negeri Sembilan. Seramai 47 orang responden
telah hadir untuk menyertai penyelidikan ini. Profil responden tersebut adalah seperti di Jadual 3
dan Rajah 4.
Berdasarkan Jadual 3, dari jumlah 47 orang tersebut, 44.7% adalah lelaki manakala 55.3% adalah
perempuan. 34.1% peserta berasal dari selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan), 23.5% dari barat
(Kuala Lumpur, Selangor), 23.5% dari timur (Kelantan, Terengganu, Pahang), 12.8% dari utara
(Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis) dan 6.4% dari Sabah dan Sarawak. 61.7% daripada
responden sedang mengikuti pengajian tahap diploma dan 38.3% di tahap sarjana muda. Majoriti
dari responden sedang berada di dalam pengajian tahun tiga dan empat iaitu sebanyak 70%.
Profil Demografi Kategori Sampel (N=46)
Jumlah (%)
Jantina Lelaki 21 43.5
Perempuan 26 56.5
Asal Utara (Perak, Kedah,
Pulau Pinang, Perlis)
6 12.8
Selatan (Negeri
Sembilan, Melaka,
Johor)
16 34.1
Timur (Pahang,
Kelantan,
Terengganu)
11 23.5
Barat (Kuala Lumpur,
Selangor)
11
Sabah dan Sarawak 3
Tempat
Pengajian
IKTBN 10 21.7
KPJ University
College
9 19.6
Murni Nursing
College
10 21.7
11
Profil Demografi Kategori Sampel (N=46)
Jumlah (%)
UPM 7 15.2
USIM 7 15.2
UiTM 3 6.5
Tahap Pengajian Diploma 29 63
Sarjana Muda 17 37
Tahun Pengajian Pertama 12 26.1
Kedua 2 4.3
Ketiga 20 43.5
Akhir 12 26.5
Agama Islam 43 93.5
Buddha 0 4.3
Hindhu 2 0
Lain-lain 1 2.2
Jadual 3: Profil Demografi Responden
Rajah 4 : Carta profil dempografi responden
43%
57%
Jantina
Lelaki Perempuan
18%
49%
33%
0%0%
Negeri Asal
Utara (Perak, Kedah,Pulau Pinang, Perlis)
Selatan (NegeriSembilan, Melaka,Johor)
Timur (Pahang,Kelantan, Terengganu)
Barat (Kuala Lumpur,Selangor)
Sabah dan Sarawak
22%
20%
22%
15%
15%6%
Tempat Pengajian
IKTBN KPJ University College
Murni Nursing College UPM
USIM UiTM
63%
37%
Tahap Pengajian
Diploma Sarjana Muda
12
Pengendalian Kaji Selidik Atas Talian
Setelah kaji selidik atas talian dibangunkan dan pemilihan responden dijalankan, responden yang
terpilih telah dipanggil untuk mengambil bahagian. Responden-responden telah dimaklumkan
bahawa mereka akan terlibat secara langsung dengan kajian ini sebanyak dua kali. Pertama
melibatkan kaji selidik atas talian manakala kali kedua melibatkan kumpulan fokus.
Di peringkat kedua pengumpulan data ini, responden telah diminta untuk menyusun keutamaan
projek-projek yang dilaksanakan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara yang paling memberi
impak langsung terhadap golongan belia. Responden menyusun keutamaan projek mengikut
projek yang paling memberi impak kepada golongan belia iaitu nombor satu (1) menunjukkan
projek tersebut memberi impak terhadap belia manakala nombor yang lebih besar menunjukkan
projek-projek yang kurang memberi impak terhadap belia.
Bagi tujuan penyelidikan ini, responden-responden menyusun keutamaan projek bagi lima Bidang
Ekonomi Utama Negara hasil sesi sumbangsaran pada peringkat pertama. Lima Bidang Ekonomi
Utama Negara yang berkait rapat dengan belia adalah Greater Kuala Lumpur / Klang Valley,
Pemborongan dan Peruncitan, Pelancongan, Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi, dan
Pendidikan. Satu lagi Bidang Ekonomi Utama Negara yang berkait rapat dengan belia iaitu
Penjagaan Kesihatan tidak dimasukkan di dalam kaji selidik atas talian tetapi impak bidang
tersebut terhadap belia diajukan kepada responden di dalam pengumpulan data melalui
perbincangan kumpulan fokus. Rujuk Jadual 1 untuk maklumat terperinci bagi pojek-projek yang
dijalankan di bawah setiap Bidang Ekonomi Utama Negara.
Bidang
Ekonomi
Utama Negara
Projek-projek
Pelancongan Memartabatkan Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan
Perniagaan yang Utama
Memartabatkan Malaysia sebagai Hab Biodiversiti Global
Membangunkan Kepakaran Tempatan dan Pengawalseliaan
Industri Spa yang Lebih Baik
13
Bidang
Ekonomi
Utama Negara
Projek-projek
Membangunkan Resort Eko-Semula Jadi Bersepadu (Eco-
Nature Integrated Resort)
Menambah Baik Kadar, Jenis dan Kualiti Hotel
Menempatkan Malaysia seagai Destinasi Beli Belah BEbas
Cukai
Meningkatkan Kesalinghubungan dengan Pasaran Jarak
Sedarhana Keutamaan
Menjadikan Kawasan Bukit Bintang-Kuala Lumpur City
Centre sebagai Presint Beli Belah yang Meriah
Menyasarkan Lebih Banyak Acara Antarabangsa
Mewuujudkan Ruang Perniagaan Premium di Malayia
Pelancongan Gold
Pelancongan Pelayaran Persiaran: Mewujudkan Straits
Riviera
Zon Hiburan Khas (DEZ)
Pendidikan Penskalaan ke atas Pusat Penjagaan Awal Kanak-Kanak
dan Pusat Pendidikan Awal (ECCE)
Penubuhan Institusi Pendidikan Bukan untuk Keuntungan
Penambahbaikan Penjagaan Awal Kanak-Kanak (ECCE)
dan Latihan Pendidikan
Penskalaan ke atas Sekolah Antarabangsa
Mengembangkan Latihan Guru Swasta
Penskalaan ke atas Penyediaan Latihan Kemahiran Swasta
Mengembangkan Pengajian Jarak Jauh Antarabangsa
Membangunkan Pusat Pendidikan Kewangan dan
Perniagaan Islam
Membangunkan Kluster Disiplin Sains Kesihatan
Membangunkan Kluster Disiplin Hospitaliti dan
Pelancongan
Melancarkan EduCity@Iskandar
Menjuarai Pendidikan Malaysia sebagai Jenama
Antarabangsa
Memperkenalkan Perkongsian Awam-Swasta bagi
Pendidikan Asas
Membangunkan Pusat Pembangunan Permainan
Penubuhan Kampus Cawangan Universiti Luar Negara
14
Bidang
Ekonomi
Utama Negara
Projek-projek
Kandungan
dan
Infrastruktur
Informasi
Memupuk Kandungan Kreatif Malaysia
Menhubungkan 1Malaysia (Connecting 1Malaysia)
Mewujudkan e-Pembelajaran untuk Pelajar dan Pekerja
Melancarkan e-Penjagaan Kesihatan
Memperdalamkan e-Kerajaan
Memastikan Jalur Lebar untuk Semua
Memperluas Jangkauan
Menawarkan Rangkaian Pintar
Memperluas Rangkaian Serantau
Jejak dan Kesan (Track and Trace)
Pemborongan
dan
Peruncitan
Meningkatkan Bilangan Kedai Format Besar
Pemodenan melalui Program Transformasi Kedai Runcit
(TUKAR)
Transformasi Bengkel Automotif
Membangunkan Makan Bazaar
Membangunkan Gedung 1Malaysia
Menubuhkan Gedung Maya
Memudahcara Peniaga Tempatan untuk Memperoleh
Pegangan dalam Perniagaan Runcit Asing
Menjadikan Malaysia Negara Bebas Cukai
Membangunkan Pusat Peranginan Kesihatan
Menganjurkan Jualan Bersepadu 1Malaysia
Mentransformasikan KLIA menjadi Hab Peruncitan
Membangunkan Kedai Runcit Bersepadu Berskala Besar
Greater Kuala
Lumpur Menarik 100 Firma Paling Dinamik Dunia dalam Sektor
Keutamaan
Menarik Kumpulan Tenaga Mahir Tempatan dan Luar
Negara
Pengangutan Keretapi Bekelajuan Tinggi ke Singapura
Membina Sistem Transit Aliran Berkapasiti Tinggi Bandar
yang Bersepadu
Memulihara Sungai Klang untuk Dijadikan Pusat Warisan
dan Komersial
Penghijauan Kuala Lumpur
Membentuk Tempat dan Tarikan Ikonik
Mewujudkan Rangkaian Laluan Pejalan Kaki Komprehensif
Membangunkan Sistem Pengurusan Sisa Pepejal yang
Cekap
Kesihatan Mewujudkan Metropolis Kesihatan: Kampus Bertaraf Dunia
untuk Penjagaan Kesihatan dan Biosains
Jadual 1: Projek-projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara
15
Penemuan hasil kaji selidik atas talian
Setelah semua responden memberi maklum balas, jawapan yang telah diperoleh digunakan sebagai
input untuk pengumpulan data peringkat ketiga iaitu kumpulan fokus. Bagi projek-projek di
bawah NKEA Greater Kuala Lumpur / Klang Valley, responden telah meletakkan menarik 100
firma paling dinamik dunia dalam sektor keutamaan sebagai projek yang paling memberi impak
langsung terhadap belia manakala membangunkan sistem pengurusan sisa pepejal yang cekap
adalah projek yang kurang memberi impak langsung terhadap belia.
Bagi projek di bawah NKEA Pemborongan dan Peruncitan, responden telah meletakkan
meningkatkan bilangan kedai format besar sebagai projek yang paling memberi impak langsung
terhadap belia manakala mentransformasikan KLIA sebagai hab peruncitan sebagai projek yang
kurang memberi impak langsung terhadap belia.
Bagi projek di bawah NKEA Pelancongan, responden telah meletakkan memartabatkan Malaysia
sebagai destinasi pelancongan perniagaan yang utama sebagai projek yang paling memberi impak
langsung terhadap belia manakala pelancongan golf dan zon hiburan khas (DEZ) sebagai projek
yang kurang memberi impak langsung terhadap belia.
Bagi projek di bawah NKEA Kandungan dan Infrastuktur Komunikasi, responden telah
meletakkan menghubungkan 1Malaysia sebagai projek yang paling memberi impak langsung
terhadap belia manakala jejak dan kesan (track and trace) sebagai projek yang kurang memberi
impak langsung terhadap belia.
Bagi Pendidikan, responden telah meletakkan penskalaan ke atas pusat penjagaan awal kanak-
kanak dan pusat pendidikan awal (ECCE) sebagai projek yang paling memberi impak langsung
terhadap belia manakala penubuhan institusi pendidikan bukan untuk keuntungan adalah projek
yang kurang memberi impak langsung terhadap belia. Ringkasan bagi projek yang paling dan
kurang memberi impak terhadap belia adalah seperti di Jadual 2.
16
Bidang Ekonomi
Utama Negara
Paling Memberi Impak Kurang Memberi
Impak
Pelancongan
memartabatkan Malaysia
sebagai destinasi pelancongan
perniagaan yang utama
pelancongan golf dan zon
hiburan khas (DEZ)
Pemborongan dan
Peruncitan
meningkatkan bilangan kedai
format besar
mentransformasikan
KLIA sebagai hab
peruncitan
Pendidikan
penskalaan ke atas pusat
penjagaan awal kanak-kanak
dan pusat pendidikan awal
(ECCE)
penubuhan institusi
pendidikan bukan untuk
keuntungan
Kandungan dan
Infrastruktur
Informasi
menghubungkan 1Malaysia jejak dan kesan (track
and trace)
Greater Kuala
Lumpur/Klang
Valley
menarik 100 firma paling
dinamik dunia dalam sektor
keutamaan
membangunkan sistem
pengurusan sisa pepejal
yang cekap
Jadual 2: Ringkasan projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara yang paling dan
kurang memberi impak
17
Rajah 3 : Ringkasan projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara yang paling dan
kurang memberi impak kepada golongan belia
Kesimpulan
Hasil daripada kajian ini adalah diharapkan dapat membantu pihak kerajaan melaksanakan
pembangunaan ekonomi negara dengan mengambilkira pandangan belia yang akan pada satu hari
nanti mengambil alih pemerintahan negara ini. Adalah diharapkan agar pihak kerajaan dapat
menumpukan kepada projek-projek yang dapat memberikan impak yang siginifikan dan
mengurangkan penumpuan terhadap projek-projek yang kurang memberi impak kepada generasi
belia. Penyelidik ingin mengucapkan terima kasih kepada Biro Tatanegara atas pemberian geran
penyelidikan untuk membiayai kajian ini.
Pelancongan
memartabatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perniagaan yang utama
Pemborongan dan Peruncitan
meningkatkan bilangan kedai format besar
Pendidikan
penskalaan ke atas pusat penjagaan awal kanak-kanak dan pusat pendidikan awal (ECCE)
Kandungan dan Infrastruktur Informasi
menghubungkan 1Malaysia
Greater Kuala Lumpur/Klang Valley
menarik 100 firma paling dinamik dunia dalam
Pelancongan
pelancongan golf dan zon hiburan khas (DEZ)
Pemborongan dan Peruncitan
mentransformasikan KLIA sebagai hab peruncitan
Pendidikan
penubuhan institusi pendidikan bukan untuk keuntungan
Kandungan dan Infrastruktur Informasi
jejak dan kesan (track and trace)
Greater Kuala Lumpur/Klang Valley
membangunkan sistem pengurusan sisa pepejal yang cekap
18
Rujukan
Agen Pembangunan Pewaris Negara. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Asia Monitor (2011) ETP Funding Remains Biggest Challenge. Asia Monitor: South East Asia Monitor
Volume 2 22: 1-2.
Azimi Hamzah dan Turiman Suandi. (1998). Pengukuhan Sinergi Belia dan Negara: Agenda Agen
Pembangunan Pewaris Negara. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Azimi Hamzah & Zanariah Mohd Nor (2007), Kesediaan Belia Sebagai Tunggak Negara Maju, Laporan
Penyelidikan, Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional, Universiti Putra Malaysia.
Azimi Hamzah dll (2007), Muslim Religiosity & Personality Assessment: Prototype for Nation Building,
Serdang: Institute for Social Science Studies (IPSAS), Universiti Putra Malaysia.
Economic_Policy_Outlook (2011) Economic policy outlook. Country Report. Malaysia. EIU: Economist
Intelligence Unit. pp. 5-7.
Economic Policy (2011) Economic policy. Country Report. Malaysia. EIU: Economist Intelligence Unit.
pp. 13-14.
Laporan Penyelidikan, Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional, Universiti Putra
Malaysia.
Mahathir Mohamad, (1999), Jalan ke Puncak. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
Miller G (2011) Getting re-elected. FinanceAsia: 120-124.
Mohamed D S M b (2013) 20/20 VISION ON GROWTH. Foreign Affairs 92: 104-104.
Mohd Yusof Kasim dan Dullah Mulok, (2002), Kerjasama Sub-Wilayah ASEAN : Isu dan Cabaran
Pembangunan Sumber Manusia di BIMP-EAGA. Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia Kelapan
(SKIM 8) anjuran UKM dan Universitas Padjadjaran, Bandung Indonesia, Bangi selangor Darul Ehsan.:
UKM, Bangi Selangor.: UKM.
Norizan Sharif (2003), “Perpaduan Belia Pelbagai Agama di Malaysia”, Dalam Agama dan Perpaduan
19
Kaum di Malaysia, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pemandu (2013) Program Transformasi Negara: Laporan Tahunan ETP 2012. In:
Jabatan_Perdana_Menteri [ed.] Putrajaya.
Shmavonian K, and Hershman M (2012) The Malaysian Third Way: A Public-Private Partnership.
Forbes.com: 49-49.
Yahaya Ibrahim dan Abd. Hair Awang. (2008). Pembangunan Modal Insan, Isu dan Cabaran. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
top related