interaksi 15
Post on 05-Dec-2015
228 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Interaksi 15 (28.4.2014 – 2.5.2014)
Tajuk: Pendidikan Untuk Keperluan Khas
Sumber:
Portal Pendidikan Utusan Malaysia. (t.p). (t.t). Dicapai pada 28 April 2014, daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/5643-kurikulum-alternatif-untuk-
murid-istimewa.html
Kurikulum Alternatif Untuk Murid Istimewa
KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa peka terhadap pendidikan anak-
anak istimewa termasuk mereka yang menghadapi masalah pembelajaran.
Pertimbangan perlu dibuat agar pelajar berkeperluan khas diberi peluang yang sama
dengan pelajar-pelajar lain di mana kualiti pendidikan mereka perlu dipertingkatkan agar
mereka dapat menguasai Kurikulum Alternatif yang telah dibina khas untuk mereka.
Mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007, Kurikulum Alternatif
adalah kurikulum yang dibina khusus serta dianggap sesuai dan bermanfaat bagi murid
berkeperluan khas selain dari kurikulum latihan kemahiran.
Bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK), Masalah
Pembelajaran Tahap Satu, terdapat hanya lima mata pelajaran iaitu Pengurusan Kehidupan,
Asas 3M (Membaca, menulis, mengira), Seni Kreatif, Pendidikan Islam atau Moral dan
Pendidikan Jasmani.
Komponen-komponen yang terdapat dalam mata pelajaran Pengurusan Kehidupan pula
ialah Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku dan Kemahiran Manipulatif.
Asas 3M merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik manakala
Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik pula merupakan komponen dalam mata
pelajaran Seni Kreatif.
Menurut Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1)
(B) Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, guru boleh mengubahsuai kaedah
atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata
pelajaran dan bahan bantu mengajar dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas bagi
mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas itu.
Pendekatan yang diambil dapat menentukan komposisi yang terbaik dan sesuai untuk
murid bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang tidak kurang dari segi aptitud atau intelek
turut diberi sokongan untuk menguasai kurikulum arus perdana agar potensi mereka dapat
dipertingkatkan secara menyeluruh dan optimum.
Mereka juga akan ditempatkan di Program-program Inklusif bersama pelajar-pelajar
biasa di kelas aliran perdana serta dibenarkan untuk mengambil peperiksaan awam seperti
UPSR, PMR dan SPM.
Berdasarkan pencapaian, mereka juga boleh dipertimbangkan untuk ditempatkan di
SMPK(V) Indahpura, Kulai, Johor atau sekolah-sekolah menengah teknik yang ditetapkan oleh
Bahagian Pendidikan Khas.
KPM sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan untuk murid berkeperluan
khas selaras dengan hasrat kerajaan dalam memastikan semua murid diberi peluang untuk
mendapat pendidikan yang sama rata
Sumber maklumat : Portal Pendidikan Utusan Malaysia
top related