jawatan kosong universiti putra malaysia (serdang) · badan secara profesional, mengesahkan...
Post on 12-Sep-2019
3 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
Ruj. Kami : UPM/PEND/500-3/2/1
Tarikh : 28 Ogos 2017
JAWATAN KOSONG
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (SERDANG)
Kami mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen
yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti yang sedang
menuju ke arah Universiti bertaraf dunia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-
JAWATAN 1 : PEGAWAI TADBIR GRED N41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji : RM2,080.00 – RM9,546.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji
Permulaan : RM2,080.00); atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan : RM2,283.43)
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
c) Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman
bekerja di dalam bidang berkaitan.
Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha
Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong
Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan
untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a) mempunyai kelayakan di perenggan (a); dan
b) had umur pelantikan
2
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab merancang, mengelola, menyelia, menyelaras, mengawal, melaksana
dan pelaporan bagi pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan
hal-ehwal akadmik, hal-ehwal penyelidikan dan inovasi, pengurusan hal-ehwal jaringan
industri dan masyarakat, pengurusan acara universiti, pengurusan rekod/ pengkalan data
universiti
JAWATAN 2 : PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji : RM2,315.00 – RM9,618.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan Gred Q41 : RM2,315.00);
atau
(ii) ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan Gred Q41 :
RM2,418.66); atau
(iii) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji Permulaan Gred Q41 : RM2,522.44); atau
(iv) ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf leh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji Permulaan Gred Q41 : RM2,730.00); atau
(v) ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada instituti pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan Gred Q41 : RM2,833.78)
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
c) Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman
bekerja di dalam bidang berkaitan.
d) Calon hendaklan membunyai kelayakan dalam bidang penyelidikan berikut:
Halal Products Innovation, Business and Management
Pengimejan Molekul
3
Fizik dan Perlindungan Sinaran
Kimia
Mikrobiologi
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan (R&D),
memberi perkhidmatan kepakaran, latihan, khidmat perundangan dan penerbitan artikel
dalam bidang yang berkaitan.
JAWATAN 3 : PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji : RM2,078.00 – RM9,544.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji
Permulaan : RM2,078.00); atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan : RM 2,281.86); dan
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan
adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk
Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan (a); atau
(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan
b) had umur pelantikan
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi, merancang program
belia dan sukan universiti, pengurusan kewangan, pembangunan sosial untuk belia,
4
pembangunan rekreasi dan memberikan nasihat kepakaran serta penyeliaan berterusan
bagi mengembangkan program-program belia dan sukan universiti.
JAWATAN 4 : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji : RM2,188.00 – RM9,552.00
Penempatan : Pusat Asasi Sains Pertanian
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM2,188.00);
atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM 2,391.94); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh
Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan :
RM 2,391.94); atau
(iv) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM
2,902.98); atau
(v) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh
Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan :
RM 3,209.60);
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
c) Bidang Keutamaan:
Pertanian
Matematik
Fizik
Biologi
5
Ringkasan Tugas:
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengajaran (kelas dan tutorial) serta
amali, menyediakan perancangan dan bahan pengajaran, menjalankan kajian ilmiah
dan tugas lain yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pelajar program
Asasi.
JAWATAN 5 : PEGAWAI VETERINAR GRED GV41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji : RM2,697.00 – RM9,551.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau ijazah dalam ilmu perubatan veterinar atau
sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar di bawah
Seksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 (Akta 147) selaras dengan senarai
kelayakan-kelayakan di Bahagian 1 Jadual Kedua. (Gaji Permulaan : RM 2,697.00);
dan
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Veterinar adalah
layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan
Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Veterinar Gred GV41, tertakluk kepada kekosongan
jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a); atau
(ii) mempunyai kelayakan yang disenaraikan di bawah Jadual II Bahagian II
Akta Doktor Veterinar 1974 (Akta 147) yang diiktiraf setaraf dengan
ijazah am oleh Kerajaan dan lulus Peperiksaan Khas anjuran Jabatan
Perkhidmatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia dan Majlis Veterinar
Malaysia.
b) had umur pelantikan
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab melakukan aktiviti perubatan seperti mendiagnosis penyakit, merawat
kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan, memberi ubat pelali dan menjalankan
6
pembedahan haiwan. Membantu dalam epidemiologi, radiology dan pengawasan lain
berkaitan kesihatan haiwan, menjalankan bedah siasat untuk menentukan punca
kematian dan mengawal penyakit-penyakit haiwan dan rawatannya. Memastikan
makanan ternakan selamat untuk pengguna, merancang dan menjalankan kerja-kerja
pemeliharaan dan pembaikan mutu haiwan ternakan dan memberi nasihat berkaitan
kebersihan, makanan, pembiakan dan penjagaan haiwan kepada pemilik haiwan
peliharaan di Hospital Veterinar Universiti.
JAWATAN 6 : PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GRED G29
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,494.00 – RM5,674.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Sijil Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang setaraf
dengannya. (Gaji Permulaan : RM 1,494.00); atau
(ii) diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains
veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan
: RM 1,923.06); dan
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab membantu aktiviti perubatan dan pengurusan haiwan, kesihatan
haiwan, kesuburan haiwan dan tugas-tugas di jabatan dan Hospital Veterinar Universiti.
Memberi khidmat nasihat ternakan, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan
serta lain-lain tugas yang berkaitan yang ditentukan dari semasa ke semasa.
JAWATAN 7 : PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C29
(TERBUKA BAGI CALON DALAM KALANGAN PEMBANTU MAKMAL UPM YANG
BERKELAYAKAN SAHAJA)
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,505.00 – RM5,696.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
7
a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Matematik
atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji Permulaan : RM
1,505.00); atau
(ii) diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM 1,782.91); atau
(iii) diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM 1,858.12); dan
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Makmal adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara
Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29, tertakluk kepada kekosongan
jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas
b) had umur pelantikan
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab membantu Pegawai Akademik/ Penyelidik melaksanakan kerja-kerja
penyelidikan dalam bidang berkaitan, merancang, menyelaras dan mengurus operasi
penyelenggaraan makmal, mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala,
peralatan saintifik, membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan
dan pembangunan serta membantu mengendalikan aktiviti-aktiviti makmal terutama
dalam perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) makmal.
JAWATAN 8 : JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,797.00 – RM5,753.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
8
a) diploma dalam bidang teknologi makmal perubatan atau bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM 1,797.00); dan
c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab menjalankan pendiagnosan sampel-sampel darah, urin, bendalir
badan secara profesional, mengesahkan keputusan ujian, mengeluarkan serta
menyediakan laporan ujian yang berkualiti, tepat, cepat boleh dipercayai serta memberi
khidmat nasihat memenuhi keperluan dan harapan pihak berkepentingan (stakeholders).
JAWATAN 9 : PENOLONG PUSTAKAWAN GRED S29
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,493.00 – RM5,672.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,493.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,493.00); atau
(iii) Diploma Pengurusan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan : RM1770.95); dan
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perpustakaan dan Pembantu
Pemuliharaan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan
untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pustakawan Gred S29, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
9
a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas
b) had umur pelantikan
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab melaksana program dan mengendalikan pembangunan sumber
maklumat, dokumentasi dan pengurusan maklumat, penyediaan perkhidmatan dan
kemudahan perpustakaan, pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan
melaksanakan aplikasi ICT di perpustakaan.
JAWATAN 10 : PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,493.00 – RM5,672.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan :
RM1,493.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,493.00); atau
(iii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya (Gaji Permulaan : RM1770.95); dan
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat, Pembantu
Tadbir (Kewangan), Pemeriksa Cap Jari dan Pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara
Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan
jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas
b) had umur pelantikan
10
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan,
perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan
pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi.
JAWATAN 11 : PENOLONG JURUTERA GRED JA29
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,549.00 – RM5,701.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji
Permulaan : RM1,549.00); atau
(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,935.02)
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Keutamaan
Kejuruteraan Kecemasan dan Keselamatan
Pengurusan Makmal Kejuruteraan
Kejuruteraan Rangkaian Sistem Maklumat
Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penguasa Bekalan Air, Pembantu
Kemahiran, Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, AB22 dan AB26, Penjaga Jentera Elektrik
dan Merinyu Tali Air adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA29,
tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas
b) had umur pelantikan
11
Ringkasan Tugas
Pengurusan Makmal Kejuruteraan
Bertanggungjawab memberi khidmat kepakaran, perkhidmatan pengujian analisis
data dan penggunaan alatan makmal berteknologi tinggi. Menyelia dan
memantau peralatan makmal di jabatan. Membantu menjalankan pengajaran
amali/tutorial dalam bidang kejuruteraan. Memastikan penyelenggaraan dan
kalibrasi peralatan makmal dilaksanakan Memantau pengurusan ISO makmal dan
memastikan pematuhan akta-akta yang berkaitan dengan bidang kejuruteraan
serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Kejuruteraan Rangkaian Sistem Maklumat
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja berkaitan dengan komunikasi dan
ICT universiti, menguruskan laman web, Facebook dan Twritter, menguruskan
perlaksanaan rangkaian (network) baharu, menyelenggara rangkaian (network)
sedia ada, mengurus, memantau dan menyenggara aset ICT, melaksanakan
tugas-tugas jurufoto jabatan.
Kejuruteraan Kecemasan dan Keselamatan
Bertanggungjawab mereka bentuk sistem keselamatan universiti, menjalankan
aktiviti dan operasi Tindakan Kecemasan, menjalankan pemantauan Latihan
Kecemasan (Emergency Drill), menjalankan pemeriksaan berkala berkaitan Fire
Certificate (FC) di setiap bangunan berisiko tinggi dan menjalankan pemeriksaan
tempat kerja (Sistem Pencegah Kebakaran).
JAWATAN 12 : PENOLONG AKAUNTAN, GRED W29
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,498.00 – RM5,678.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,510.92); atau
(ii) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji
Permulaan : RM1,510.92); atau
(iii) diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau
perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan
: RM1,776.08); atau
12
(iv) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of
United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM2,001.68)
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan dan Pembantu
Tadbir (Kewangan) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W29,
tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas
b) had umur pelantikan
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun
pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku
tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.
JAWATAN 13 : PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,377.00 – RM4,052.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,377.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam
bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji
Permulaan : RM1,435.12); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan
oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan : RM1,435.12); atau
13
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan :
RM1,493.24); atau
(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan
oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,493.24); dan
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Logi, Pembantu Awam,
Pembantu Operasi, Pemandu Kenderaan, Pemandu/Operator Jentera Pemunggah dan
Penghantar Notis adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan
untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas
b) had umur pelantikan
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan university dan
kolej kediamana iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta
menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan mekanikal, pepasangan elektrik, sistem
elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan
selamat.
JAWATAN 14 : PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN GRED U19
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,360.00 – RM4,052.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,418.12);
14
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan adalah
layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan
Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a) mempunyai kelayakan di perenggan (a)
b) had umur pelantikan
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab sebagai salah seorang ahli kesihatan pergigian yang memainkan
peranan dalam pengendalian klinikal pesakit, pendidikan kesihatan pergigian,
pengurusan pesakit dan pentadbiran di Pusat Kesihatan Universiti.
JAWATAN 15 : PEMBANTU PUSTAKAWAN GRED S19
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,352.00 – RM4,003.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan (Gaji Permulaan : RM1,352.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan :
RM1,408.40); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan :
RM1,464.80); dan
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
15
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan termasuk
pinjaman antara perpustakaan dan segala urusan di perpustakaan universiti.
JAWATAN 16 : PEMBANTU BELIA DAN SUKAN GRED S19
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,352.00 – RM4,003.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,352.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan :RM 1,408.40); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan :
RM1,464.80); dan
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan program-program serta aktiviti berkaitan belia dan
sukan bagi pihak universiti di peringkat kementerian/ negeri/ jabatan/ daerah dan
membantu memastikan kecemerlangan pusat sukan universiti.
JAWATAN 17 : PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,352.00 – RM4,003.00
SYARAT LANTIKAN
16
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,352.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan :RM 1,408.40); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan :
RM1,464.80); dan
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab menjalankan urusan kesetiausahaan dalam pengurusan surat-
menyurat dan fail, pengurusan mesyuarat, menjaga kerahsiaan dokumen, rekod dan fail,
melaksanakan urusan pentadbiran pejabat dalam mengurus rekod dan maklumat, urusan
kewangan dan perhubungan awam.
JAWATAN 18 : JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,377.00 – RM4,052.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan : RM1,377.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,435.12);
atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,493.24);
dan
17
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan
sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan
kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi
sistem universiti.
JAWATAN 19 : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,352.00 – RM4,003.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,352.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,408.40);
atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,464.80)
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan,
Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu
Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila
telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas
b) had umur pelantikan
18
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat
Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi
tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan
kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan
perhubungan/komunikasi).
JAWATAN 20 : PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP19
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,360.00 – RM4,052.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,360.00); atau
(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat
Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan
dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan
berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan
memuaskan. (Gaji Permulaan : RM1,360.00); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan :
RM1,416.40); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan :
RM1,472.80); dan
b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa
bersepatu.
) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
v
)
mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm
semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan
dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang
berdaftar.
19
c) Calon bagi lantikan dengan kelayakan a(i),a(ii),a(iii) dan a(iv) hendaklah memiliki
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawal Keselamatan adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara
Lantikan ke jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP19, tertakluk kepada kekosongan
jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas
b) had umur pelantikan
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan
keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis universiti, kolej
kediaman dan ladang-ladang termasuk semua kawasan yang dimiliki oleh universiti.
JAWATAN 21 : PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,205.00 – RM2,939.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,205.00);
atau
(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat
Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan
telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod
perkhidmatan yang baik. (Gaji Permulaan : RM1,205.00); dan
b) Syarat Lantikan Tambahan - mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera
seperti berikut:
tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa
bersepatu.
) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
vmempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm
20
) semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan
dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang
berdaftar.
c) Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan a(i) dan a(ii) hendaklah memiliki
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Ringkasan Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan
keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis universiti, kolej
kediaman, ladang-ladang termasuk semua kawasan yang dimiliki oleh universiti.
JAWATAN 22 : PEMBANTU AWAM GRED H11
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,218.00 – RM2,939.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,218.00);
dan
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian
Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.
Ringkasan Tugas:
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan
keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan
sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja, membantu dalam menjalankan
kerja-kerja pembersihan tempat kerja dan kawasan pejabat dan melaksanakan tugas-
tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa
21
JAWATAN 23 : PEMBANTU OPERASI GRED N11
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,216.00 – RM2,983.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,216.00)
atau;
(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian MenengahRendah atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas
B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali
Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji Permulaan : RM1,262.15)
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian
Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.
Ringkasan Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat telefon, khidmat
penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan di peringkat agensi berkaitan
seperti mengendalikan panggilan telefon (peringkat dalaman dan luaran),
melayani dan membantu pelanggan yang berurusan dengan agensi dan memberi
penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi.
Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan
pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran
surat/dokumen berkaitan.
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang
memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat
Calon yang fasih berbahasa Inggeris diberikan keutamaan.
TARAF JAWATAN: Jawatan di atas bertaraf TETAP.
SYARAT LAIN:
a) Pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan mestilah
berumur tidak melebihi 50 tahun; d) Syarat umur bagi pertimbangan Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
22
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 58 tahun; atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
e) Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada
syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang
dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa; dan
f) Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan
yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki
sekurang-kurangnya keputusan berikut:
i. Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2)
daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya
peringkat Lulus dalam satu (1) peperiksaan; atau
ii. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) mata
pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang
dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan dalam tempoh tiga (3) tahun
berturut-turut; dan
iii. Memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
CARA MEMOHON :
Semua permohonan jawatan adalah menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara Online (SPJOnline) sepenuhnya dengan memasuki laman web http://spj.upm.edu.my
PERHATIAN :
Permohonan secara online yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.
Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
TEMPOH IKLAN:
Sistem Permohonan Jawatan secara online (SPJOnline) akan mula dibuka pada 29 Ogos
2017 (Selasa) dan akan ditutup pada 12 September 2017 (Selasa).
top related