jenis & ciri2 main
Post on 11-Jul-2015
6.513 Views
Preview:
TRANSCRIPT
JENIS-JENIS MAIN DAN CIRI-CIRI MAIN
Disediakan oleh:Abd Rashid bin Ismail
Jabatan Ilmu PendidikanIPG Kampus Tuanku Bainun
Pengenalan
Kanak-kanak belajar melalui proses main. Hal ini mengundang ramai pendidik
awal kanak-kanak mengkaji dengan lebih mendalam tentang sesuatu permainan
dan hasil kajian mereka kita dapati bahawa permainan dapat dibahagikan
kepada beberapa kategori seperti, main sosial, main dengan objek atau disebut
main kognitif, main sosiodramatik, main bebas dan main diluar bilik darjah.
A. Kategori Main Sosial mengikut Mildred Parten (1932)
Mildred Parten (1932) telah mengkategorikan main sosial kepada enam
peringkat pembentukan sosial kanak-kanak melalui main. Kategori main sosial
mengikut Parten adalah seperti berikut :
1. Unoccupied Play
Kanak-kanak bergerak di kelas dari satu tempat ke tempat yang lain sambil
memerhati tetapi tidak bermain. Kanak-kanak tidak bermain dengan sesuatu
atau sesiapapun dan hanya duduk atau berdiri tanpa melakukan sesuatu yang
dapat diperhatikan.
2. Solitary Play
Kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk
berhampiran dengannya. Mereka bermain tanpa menghiraukan apa yang
1
dilakukan oleh kanak-kanak yang ada di sekitar mereka. Seorang kanak-kanak
mungkin membina menara menggunakan blok-blok dan secara keseluruhannya
mengabaikan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lain yang ada dalam bilik
yang sama.
3. Onlooker Play
Kanak-kanak memerhatikan kanak-kanak yang lain bermain tetapi tidak
melibatkan diri dalam permainan.
4. Parallel Play
Kanak-kanak bermain benda yang sama tetapi setiap orang bermain secara
sendirian. Apa yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak tidak bergantung
kepada apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang lain. Contoh yang dapat
dilihat ialah permainan puzzle, apabila seorang kanak-kanak meniggalkan meja
permainan, kanak-kanak yang laian akan terus menyambung permainan.
5. Assosiative Play
Kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan
mainan. Contohnya ialah main kejar-kejar.
6. Cooperative Play
Kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama
dan berkongsi aktiviti. Contohnya kanak-kanak bekerjasama membuat binaan
dari bongkah.
2
B. Main Kognitif (Piaget, 1962)
1. Practice Play/ Functional Play
Kanak-kanak bermain menggunakan motor untuk meneroka rupa bentuk objek
dan cuba memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan.
Contohnya bermain lego di mana kanak-kanak dapat membuat bermacam-
macam binaan dengan menggunakannya.
2. Symbolic Play
Permainan yang melibatkan kanak-kanak menukar sesuatu objek kepada
sesuatu yang lain. Permainan ini berlaku apabila kanak-kanak cuba berlagak
menjadi sesuatu yang lain dari dirinya seperti berlagak menjadi seekor binatang
ataupun kanak-kanak menganggap sesuatu objek sebagai objek yang lain
seperti bermainan menggunakan blok sebagai kereta.
3. Play With Rules
Dalam permainan ini kanak-kanak bermain berdasarkan peraturan yang telah
mereka gariskan ataupun berdasarkan peraturan yang diterima umum untuk
bermain permainan tersebut. Dalam permainan ini kanak-kanak bermain
melibatkan penerimaan pandangan, mengubahsuai peraturan dalam permainan.
Constructive Play
Permainan ini merupakan perkembangan daripada permainan simbolik. Dalam
permainan ini kanak-kanak bermain dengan memanipulasikan bahan permainan
kemudian menggunakan bahan tersebut untuk mencipta dan membina sesuatu
3
objek. Permainan ini merupakan permainan yang melibatkan mencipta sesuatu
objek.
1. Sociodramatic Play
Main simbolik ini menjadi lebih jelas kelihatan semasa peringkat perkembangan
pra-operasi di mana kanak-kanak pada peringkat ini mula mengganti sesuatu
objek dengan seuatu yang lain. Permainan ini biasanya melibatkan aktiviti harian
atau peristiwa yang sebenar dalam kehidupan seharian di mana dalam
permainan ini kanak-kanak memegang sesuatu peranan kemudiannya
melakonkannya. Contohnya seperti kanak-kanak mengisytiharkan dirinya
sebagai bomba, pegawai polis, superhero dan sebagainnya.
2. Free Play
Dalam permainan ini kanak-kanak diberi kebebasan untuk bermain beberapa
jenis permainan yang disediakan oleh guru. Permainan ini diadakan dalam kelas
atau di luar kelas. Ketika permainan ini dijalankan ada kanak-kanak yang
melibatkan diri secara langsung dan ada juga yang hanya memerhati. Permainan
ini boleh menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan aktiviti yang
menarik, alat-alat permainan dan orang-orang di sekelilingnya.
3. Outdoor Play
Merupakan permainan yang dilakukan diluar bilik darjah samada dipadang
ataupun di taman permaianan. Permainan ini meningkatkan perkembangan otot,
koordinasi badan, perkembanagan penguasaan bahasa, interaksi sosial dan
kreativiti. Guru hendaklah merancang supaya aktiviti yang dilakukan dapat
meningkatkan kemahiran kanak-kanak.
4
top related