joget gamelan terengganu dari aspek ... gamelan...4.3 penceritaan dalam tarian perang manggung &...
Post on 22-Jan-2021
45 Views
Preview:
TRANSCRIPT
JOGET GAMELAN TERENGGANU DARI ASPEK PENCERITAAN DAN CABARAN PEMELIHARAANNYA
Nur Zuraidah Binti Mohamad 24641
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)
2012
~Slt Kaidm81 iIlwklumal A..aIlM..j~ VNlVEIISIll MAl...AYIiIA SAiI.A\\,AK
P ~" lO"AT nA~LunQT A~AOEn t~ U.,.lnQS
1000275219 11I1 11 111
JOGET GAMELAN TERENGGANU DARI ASPEK PENCERITAAN DAN CABARAN PEMELIHARAANNY A
NU R ZURAIDAH BINTI MOHAMAD
(24641 )
Projek ini merupakan sa lah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepuj ian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreati f
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2012
UNfVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESISI LAPORAN
JUDUL: ;JO~EfCrAMELt>~r~lI-lO:NqCrAN~ .O.o.l2c.'.A:.sf'Sl'=..p0Jee iLi1AAN. Ot:<:N. .(:A~N.. P.CTr1~~4N/Jy'4 ............................................ .
SESI PENGAJIAN: ....'2.M)'llX>,V.
Saya
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesisl Laporan * ini disimpan di Pusat Rhidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesisl Laporan adalah hakmllik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Killdmat Maklurnat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sax-awak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khtdmat Maklurnat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan teslS! laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tmggl
5. *sila tandakan [2]
SULIT (rnengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ata~ kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RA.HSIA RASMI 1972)CJ TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
I / I TIDAK TERHAD
Disahkan
1~~~ anda angan Penulis Tanda tangan Penyelia
Tankh: ?j!:fI<N(:xm-Tarikh ;,L ~ 411 / ).0 1;2/J
Alamat Tetap: LoT .. H4:>..&, ;rLN.S<JCtc~qON<:<. e,4VAK ~APAl.l'l: .1l€N. A.s.,~oyo.
ICu.ALA. T~Er~"NY·
Catatan: * Tesls! LClporan dlmaksudkan sebag-al teslS bap IJazah Doktor Falsafah, Sarpna dan Sal'jana Muda * Jib TeSlsl LClporan 101 SUUT atau TERHAD, slla lamplrkan SUI'at danpada plhak berkuasa! organlsaSl berkenaan dsngan menyatakan seka h sehab dan tempoh teslst laporal1lTIi perlu dlki<b:-:kan sehag-al SULlT atau TERHAD
Kajian bertajuk ' Joge! Gamelao Tereoggaou dari Aspek Penceri!aan dan Cabaran
Pemelibaraannya ' telah disediakan oleh Nur Zuraidah binti Mo hamad dan telah
diserahkan kepada Fakult i Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk ljazah
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni).
Diterima untuk diperiksa oleh:
Dr. Noria AI< Tugang
Penyelia Program Penguru san Seni
Tarikh:
.... ~9· ·f~Y!I~· (*·
PENGHARGAAN
Assalamualaikwn w.r.b.t dan salam sejahtera,
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kumia-Nya, kajian dan
penulisan tesis ini berjaya disempurnakan.
Terlebih dahulu, jutaan terirna kasih diucapkan kepada Dr. Noria Tugang, selaku
penyelia saya. Kepercayaan dan keyakinan serta komen membina yang beliau berikan
kepada saya menjadikan saya lebih yakin untuk terus menyiapkan tesis ini. Beliau juga
sentiasa mengambil berat terhadap perkembangan tesis ini. Segala didikan dan tunjuk ajar
beliau sangat saya hargai.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak SUKTRA
Terengganu kerana membenarkan saya menemubual dan juga sudi berkongsi maklumat
dalam membantu saya menyiapkan tesis ini. Tidak lupa juga kepada informan saya, iaitu
Mami Wan Salmah, Pn Wan Arina, Cik Nadia dan juga Cik Noor Fatihah yang berusaha
membantu dalam menghulurkan maklumat penting kepada saya. Tanpa kerjasama ini pasti
maklumat yang diperoleh tidak lengkap dan membataskan saya dalam menyiapkan tesis ini.
Akhir sekali, tidak dilupa jasa keluarga tersayang dan sahabat handai yang banyak
membantu dari segi sokongan, terutamanya keluarga saya, abah saya iaitu Mohamad bin
Busu yang tidak putus-putus member semangat dan sentiasa mengambil berat di samping
membantu dari segi sumber kewangan sepanjang perjalanan saya selama tiga tahun di
Universiti Malaysia Sarawak ini. Jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua
yang terlibat.
t>usat Khilhn..1 1a ·lull:.l Akallt'mil. lfNIVERSm MAL\VSlA ARAWAK
JADUALKANDUNGAN
Kandungan Muka surat
PENGHARGAAN ii
JADUAL KANDUNGAN iii
SENARAI JADUAL vi
SENARAI RAJAH vi
SENARAI GAM BAR vi
ABSTRAK viii
ABSTRACT ix
BAB I: PENGENALA
1.1 Pengenalan
1.2 Tarian
1.2.I Game lan 3
1.2.2 Sejarah Ga melan 4
1.2.3 Perkembangan gamelan 6
1.2.4 Tarian Gamelan Mula Mendapat Perhatian Su ltan 9
1.2 .5 Kemunculan Gamelan di Terengganu II
1.2.6 Kumpulan Gamelan Dibawah Naungan Sultan dan Penllaisuri 13
1.2 .7 Joge! Ga melan Mula Didedahkan Kepada Rakyal Biasa 15
1.2.8 Penubuhan Kumpulan-Kumpu lan Jogel Gamelan 17
1.3 Pennasalahan Kajian 19
1.4 Objeklif Kajian 19
1.5 Hipolesis 20
1.6 Soa lan Kajian 20
1. 7 Kepenlingan Kajian 20
1.8 Skop Kajian 21
1.8 .1 Lokasi Kajian 22
1.8.2 Balasa n Kajian 22
iii
• " ~ i
1.9 Limitasi Kajian 23
BAB 2: SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Pengenalan 25
2.2 .loget Gamelan 26
2.2.1 Sejarah Perkembangan Joget Gamelan 27
2.3 Tarian dan Penceritaan 29
2.3.1 Tarian Ga melan dan Unsur Dramatik 32
2.3.2 Turun Gambang (In Trance) 32
2.4 Unsur dan Sumber Penceritaa n Dalam Tarian Joget Gamelan Melayu . 35
2.4.1 .loget Gamelan Sebagai Drarnatari 35
2.4.2 Mitos dan fal sfah Islam dalam Tarian Gamelan 36
2.4.3 Penceritaan Berdasarkan Cerita Panji 39
2.4.4 Penceritaan Berdasarkan Cerita Epikdan Sastera Rakyat 40
2.5 Rumusan 41
BAB 3: METODOLOGI KAJlAN
3.1 Pengenalan 42
3.2 Sumber Data 44
3.2.1 Data Primer 44
3.2.2 Kajian Perpustakaan 45
3.3 Papulasi kajian 45
3.4 Instrumen Kajian 46
3.5 Rumusan 47
BAB 4: DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 48
4.2 Aspek dan Faktor Perubahan La in Pada Jaget Gamelan Temgga nu . 48
4.3 Penceritaan Dalam Tarian Perang Manggung & Tarian Lambang Sari 53
4.4 Cabaran yang Dihadapi da lam Usaha Pemeliliaraan
iv
~ ,."I i! i
59Jo get Gamelan Terengganu
594.4.1 Cabaran dari Segi Had Masa dan Tumpuan
614.4.2 Penerirnaan Terhadap Perubahan yang Berlaku
624.4.3 Bilangan Tenaga Pengajar Berpengalaman yang Terhad
634.4.4 Tiada pennintaan untuk membuat persembahan
4.4.5 Banyak Aspek yang Perlu di Ambil Kira untuk Membuat
Persembahan Luar 63
4.4 .6 Penari lupa pergerakan (s tep) tarian 64
4.4 .7 Swnber Kewa nga n ya ng Terhad 65
4.5 Perkaitan Keadaan Bawa h Sedar Semasa Menari Tarian Gamelan 66
4.6 Konsep Persembahan Tarian Dalam Istana 70
4.6.1 Atureara persembahan 69
4.7 Mendokumentasikan Set Pakaian Lengkap Tarian Gamelan 75
BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Rumusan 80
5.2 Cadangan 83
Bibliografi 85
Lampiran 87
v
!: -= ! ~ f
SENARAI JADUAL
.laduaI4.1: Aspek dan Faktor Perubahan Pada .loget Gamelan Terengganu
.ladual 4.2: Penceritaan Bergambar Tarian Perang Manggung
.laduaI4.3: Penceritaan Bergambar Tarian Lambang Sari
.laduaI4.4: Set Pakaian Lengkap .loget Gamelan Terengganu dan Fungsi
SENARAI RAJAH
Rajah 1.1: Istilah yang Menunjukkan Tari
Rajah 1.2: Kumpulan Penari Gamelan Semasa Kemuncak
Perkembangan Gamelan
Rajah 3.1: Model Kerangka Kaedah Kajian
Rajah 4.1: Susun Atur Tempat Persembahan
Rajah 4.2: Sembah Buka untuk Pembesar dari Pandangan Hadapan
Rajah 4.3: Sembah Buka untuk Pembesar dari Pandangan SisiiTepi
Rajah 4.4: Sembah Buka untuk Raja Muda dari Pandangan Hadapan
Rajah 4.5: Sembah Buka untuk Raja Muda dari Pandangan Sisi/Tepi
Rajah 4.6: Sembah Buka untuk Sultan dari Pandangan Hadapan
Rajah 4.7: Sembah Buka untuk Sultan dari Pandangan SisiiTepi
SENARAI GAMBAR
Gambar 1.1 Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah,
Sultan Terengganu (1920-1942)
Gambar 1.2 Tengkn Ampuan Mariam, Tengkn Ampuan Terengganu
Gambar 1.3 Sultan Ahmad Pahang
Gambar 1.4 Cik Zubedah (Isteri Sultan Ahmad)
Gambar 1.5 Pn.Adnan binti Abdullah (gambar pada tahun 1983)
Gambar 2.lJoget Gamelan Terengganu
Muka surat
49
53
56
76
Muka surat
3
12
43
69
72
72
73
73
74
74
Muka surat
10
10
J3
13
16
25
vi
Gambar 4.1 Model Pakaian Gamelan 73
Gambar lampiran I : Pn. Wan Salmah binti Wan Sulaiman 87
Gambar lampiran 2: Pn. Wan Arina binti Mohamad 88
Gambar lampiran 3: Cik Noor Fatihah binti Mohd 89
Gambar lampiran 4 94
Gambar lampiran 5 94
Gambar Lampiran 6 : Mami sewaktu menjadi jurulatih 95
Gamba r Lampiran 7: ketika Mami Aktif da lam Kumpulan Gamelan SUKTRA 95
Gambar lampiran 10 : Poster Kajian Pengkaji 96
vii
--. 'j~ I
ABSTRAK
Joget Gamelan merupakan salah satu daripada kesenian istana yang sangat dipelihara
dengan baik oleh pihak istana suatu ketika dahulu dan menjadi hiburan kepada golongan
bangsawan sahaja. Tarian ini berasa1 dari Jawa. PerkembangannYd te1ah membuka peluang
kepada masyarakat umum untuk mengena1i kesenian ini walaupun amat jarang
dipersembahkan da1am kalangan rakyat jelata. Untuk mengeka1 dan memelihara tarian ini
sudah pasti berdepan dengan pelbagai masalah. Kajian ini melihat faktor kepada perubahan
tarian Joget Game1an Terengganu, se1ain mengkaji cabaran yang dihadapi oleh pihak
SUKTRA dalam usaha pemeliharaan warisan istana ini. Di samping itu, kajian ini
bertujuan untuk meneliti penceritaan yang diterapkan dalam Tarian Perang Manggung dan
Tarian Lambang Sari. Hasil kajian mendapati wa1aupun masill terdapat usaha pemelillaraan
yang dilakukan, namun cabaran dan kekangan yang diliadapi oleh pihak SUKTRA
mempengaruhi keberkesanan dalarn usaha perneliharaan seni perselubahan warisan istana
yang sangat unik ini.
viii
ABSTRACT
Gamelan dance is one of the palaces of art. This dance very well preserved by the court
lo ng time ago and being entertainment for the aristocracy. This dance originated from Jawa.
The development has opened up opportuniti es for the public to know this art. However, this
Gamelan da nce is rare ly performed even among the people. To mainta in and preserved this
dance is certa inly faced with many problems. This research examines the fac to rs to change
the dance of 'Joget Gamelan Terengganu ' as well as examine the cha llengers and
constraint s faced by the SUKTRA influence the effectiveness of the conservation heritage
of very unique performing arts .
ix
• 'j i I
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
'Gamelan', menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, memberi maksud
seperangkat alat muzik yang berasal daripada beberapa jenis peralatan yang dipalu
sepelii saran, boning, gombang, gong dan lain-lain.
Definisi daripada Kamus Dewan Edisi Bam (1989) pula menyatakan bahawa
'gamelan' sebagai panearagam lawn (Sunda atau Bali) yang tediri daripada beberapa
Jews peralatan muzik. Manakala, 'peneeritaan' didefinisikan sebagai perihal
menceritakan atau cara pengutaraan watak yang agak istimewa.
'Peneeritaan' menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989) merupakan perihal
menceritakan atau eara dan pengutaraan watak yang agak istimewa, manakala
'gamelan' pula didefinisikan sebagai panearagam Jawa (Sunda atau Bali) yang terdiri
daripada beberapa jenis peralatan muzik. 'loget' pula didefinisikan sebagai tarian dan
lagu Melayu yang agak rancak iramanya, selta 'tari' alau 'tarian' didefinisikan sebagai
gerakan badan atau tangan dan kaki seear'a berirama mengikut rentak.
1.2 Tarian
Menurut Muhamad Readuan Ibrahim dalam penulisan tesis Ijazah Sarjana Muda
beliau yang memetik petikan daripada Farouk Mohd Amin menyatakan tarian
1
'I = ~I
merupakan satu bentuk kehidupan estetik yang sangat bemilai dan juga bersifat
universal, dinamik serta berperanan penting dalam proses perkembangan seni yang lain.
Tarian juga dipercayai sebaga i satu cabang kesenian yang tenua dan sudah lama wujud.
Tambahnya lagi, tarian tradisional Melayu dapat dibahag ikan kepada beberapa kategori,
dan salah satu kategori tersebut adalah Tarian Klasik. Tarian Klasik berasal daripada
istana. Dari situ muncullah tarian seperti Tarian Asyik, Tarian lnai , Tarian Gamelan dan
banyak lagi.
Selain itu, l11enurut Kupervia Snyder (1984) , tarian dikatakan satu ekspedisi
budaya ya ng sangat kaya, tetapi agak sukar untuk dianalisis dan diinterpretasikan.
Walaupun untuk mengamati pergerakan tarian merupaka suatu perkara yang mudah,
namun sebaliknya untuk menterjemahkan atau memahal11i maksud tersiratnya.
Sheppard (1972) ada menyatakan bahawa dalam khazanah tarian Melayu,
terdapat empat istilah yang menunjukkan tari, iaitu 'tandak', . [gal' , 'Liuk', sena tarian
yang memerlukan pergerakan tangan, lengan dan jari.
Zawiah Ahmad (1997), menyatakan bahawa tar ian [stana merupakan sa lah satu
tarian yang mel11iliki keistimewaan yang tersendiri dalam tarian-tarian melayu dan
kelembutan pergerakan merupakan satu unsur penting dalam tarian dan mencerminkan
pekelii orang Melayu.
2
2. Igal
- penekanan pada pergerakan tubuh badan
3. Liuk
- pergerakan merendahkan bahagian tubuh dan mengayunkan badan dan
tangan seperti 'mengelai' dan 'melanyah' .
1. Tandak
I I
4.pergerakanI'"- penekanan pada tangan, lengan dan pergerakan kaki jari jemari
RaJah 1.1: Istilah yang Menunjukkan Tari (Sheppard)
1.2.1 Gamelan
Gamelan diambil daripada perkataan 'game!' yang berasal dari Jawa. 'Gamel'
bermaksud 'puku!' atau 'tabuh' yang diberikan bersempena peralatan muzik gamelan
yang memerlukan pukulan. Kebanyakan instrumen gamelan adalah daripada jenis yang
memerlukan pukulan.
Menmut satu artikel yang ditulis di Portal Rasmi Gamelan Terengganu
(gamelan.terengganu.gov.my), gamelan terdiri daripada himpnnan instrumen muzik
seperti metalofon, gambang, dan gong. Kebanyakan instrumen ini boleh didapati di
Pulau Jawa, Madura, Bali dan juga Lombok. Tambahan !agi, gamelan juga dikatakan
telah wujucl sejak kurun ke-17 belas lagi dan berasal daripada Kepulauan Riau-Lingga.
Gamelan juga telah diperkenalkan ke Pahang semassa Pahang dibawah
pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Kemudian datangnya gamelan ke
Terenggann berikutan perkahwinan antara Tengku Ampuan Mariam dengan Sultan
3
. , i ~ i
Sulaiman Badrul Alam Shah yang begitu meminati persembahan gamelan ini. Di
samping itu, gamelan telah diklasiflkasikan sebagai kesenian yang bertaraf tinggi dan
dahulunya menjadi hiburan kepada golongan bangsawan sahaja. Kebiasaannya, gamelan
dimainkan dengan mengiringi tarian persembahan tarian secara langsung yang dikenali
sebagai Joget Gamelan.
Shahnil Asmar Saaid dan Mohamed Roslan Malek (1995) menyatakan bahawa
gamelan wujud kerana dikaitkan dengan satu eerita tentang Raja pertama yang
memerintah Jawa suatu ketika dahulu. Raja tersebut bernama Sang Hyan Guru dan
mempunyai sebuah istana di atas puneak Gunung Medan Kamulan. Diciptakan satu alat
yang boleh mengeluarkan satu nada atau bunyi bagi member isyarat kepada para dewa
untuk datang menghadapnya. Alat tersebut adalah gong. Kemudian, dieiptakan pula
gong yang kedua sebagai tanda untuk menyampaikan pesanan atau isyarat yang lain
sehinggalah tereipta gong yang ketiga.
Menurut Siti Zainon Ismail dan Harun Mat Piah, Ketiga-tiga gong tersebut telah
menjadi satu nada dalam satu set gamelan dan ianya dikenali sebagai 'Lokanata' atau
'Lokananta' yang membawa maksud Raja Alam
1,2,2 Sejarah gamelan
Menm-ut satu sumber daripada laman sesawang, suatu ketika dahulu iaitu pada
zaman pemerintahan Kerajaan Demak di Jawa, gamelan berfi.mgsi sebagai peralatan
yang digunakan untuk menyampaikan ilmu atau untuk berdakwah oleh ahli sunan (kiai).
4
'i ~ i
Sehingga ini gamelan telah dikenali di seluruh dunia sebagai muzik etnik yang sangat
unik dan mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.
Tamba hannya lagi, gamelan dikatakan berasa l dari Indonesia, namun demikian,
terdapat juga sejenis alat yang hampir sarna di negara jiran seperti Filipina, Thailand,
Cambodia dan sebahagian Vietnam., seperti Kulintangan di Saba h, Sarawak, Brunei,
Mindanao dan Celebes. Kulintangan merupakan a lat yang hampu· sa ma namun
dibezakan dengan nama. Hal in; mungkin berbeza dari satu tempat ke tempat lain tetapi
bentuk alat serra susunan peralatannya adalah lebih kurang sarna.
Selain itu, dinyatakan juga bahawa muzik gamelan di Malaysia pula berasal dari
Indo nesia dan telah dibawa ke Malaysia me lalui penghUrahan orang Jawa semasa
Empayar Sri Vijaya dan Majapahit pada kurun ke- 14 hingga 15 , dan dikatakan terdapat
dua versi muzik gamelan di Malaysia iaitu Gamelan .Tohor dan juga Gamelan
Terengganu. nlttp / /muzik -ss ib blogspot. com/2 009/091gamelan. hIm])
Karl-Edmund Prier Sj ( 199 I), menyatakan perkembangan muzik suatu ketika
dulu dipengaruhi o leh drama Hindu pad a mulanya, yang dipersembahkan daJam bahasa
Sanskerta Ramayana setelah diterjemah dan dio lah dalam banyak bahasa di Asia
Tenggara. Pada abad ke-9, drama tersebut diterjemahkan ke ba hasa .Tawa dan selepas itu
berkembanglah pula daripada pementasan tari kepada wayang.
Setelah kedatangan pengaruh Hindu di Jawa, mereka telah menemukan pelbagai
peralatan muzik, iaitu sejumlah besar 'bonang ', nada -nada 'gender ' dan 'saron',
5
• 'j ~ I
' lonceng' , ' gendang', serta gong- gong, namun tidak dapat dipastikan masa atau abad
penemuan tersebut walaupun peralatan tersebut tidak semuanya bertahan di Jawa.
Muz ik gamelan merupakan muzik heterofon yang ka ya dengan ritma dan nila i
keindahannya dalam bunyi yang datang bersama lagu dan irama yang sa ling melengkapi
menjadi satu 'simfoni nada dan irama ' .
1.2.3 Perkembangan gamelan
Haji Marzuki Ali (l994) menceritakan bahawa G amelan telah berkembang dari
Pulau .lawa, Indones ia yang kemudiannya telah menular ke Sumatera, Ka limantan,
Semenanjung Malaysia dan juga selatan Filipina. Pada abad ke 7 hingga abad ke 13
Masihi, iaitu semasa zaman Kerajaan Sriwijaya telah menjadikan persembahan
'Gending Sri Wijaya' sebagai acara kebesaran diraja. Gending ini dimainkan sa rna
seperti lagu-Iagu gamelan dan kemudian telah berkembang ke Istana Kesultanan Ri au
di Lingga.
Selepas itu, muzik gamelan terus berkembang sehingga abad ke-1 9 ke Jo hor dan
kemudian berkembang pula ke Pahang dan seterusnya ke T erengganu . Pad a waktu itu ,
perkembangan ini te lah berlaku kerana wilayah tersebut merupakan negeri-negeri yang
berada di bawah pengaruh Riau atau Johor-Riau. Terdapat petikan daripada satu al1ike l
ya ng diambil daripada Koleksi Terengganu, ada menyatakan bahawa , ga melan yang
berkembang di Pahang pad a mulanya, iaitu sekitar tahun 1880-an merupakan gamelan
ya ng serupa atau sama dengan gamelan yang terdapat di istana Yamtuan Muda Riau di
6
., .z I ~ I
Penyengat. Hal tersebut berlaku kerana, pada masa tersebut, daerah lohor, Pahang dan
Terengganu berada di bawah pengamh Riau-Lingga.
Pada tahun 1726 sehingga tahun 1734, iaitu sewaktu za man pemerintahan
Sultan Terengganu yang pertama, iaitu Sultan Zainal Abidin I yang merupakan
ketunman Bendahara lohor atau Bendahara Paduka lohor Raja Tun Habib Abdu l Majid.
Tun Sulung, iaitu saudara yang tua telah dilantik menjadi Sultan lahar, kemudiannya
baginda diangkat menjadi Raja di Riau dan berkuasa ke at as dua buah negeri, iaitu
lohor dan Pahang. Pahang pula pada waktu itu, mas ih lag i di bawah pemerintahan
Bendahara, bermula daripada Bendahara Tun Tahir lohor sehingga ke Bendahara Wan
Ahmad. Pada tahun 1863 sehingga tahun 1914,Wan Ahmad kemudialUlya telah
mengangkat dirinya sendiri sebagai Sultan Pahang yang memerintah negeri tersebut,
dan sehingga lah kepada perkahwinan dua orang puteri baginda dengan dua orang raja
Terengganu.
Menyambung tulisannya lagi, Gamelan Terengganu telah dikenali sebagai
Gamelan Malaysia dan kemunculannya bermula daripada perkahwinan dua orang puteri
Sultan Ahmad dari Pahang dengan dua orang raj a di Terengganu, iailu Sultan Za inal
Abid in .lII dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah antara tahun J88 1 sehingga tahun
1942. Namun Haji Ahmad Omar bin Haji Ibrahim (2005) menyatakan tarikh lengkap
perkahwinan tersebut berlangsung, adalah pada 4 November 1885.
Zakaria Ariffin (1983) pula ada menyatakan bahawa gamelan dipercayai telah
wujud sejak kurun ke- 17, iaitu sewaktu kerajaan Riau dan Pahang berada di bawah
7
'j ~ ;
kerajaan l ohor, dan dikatakan asal sebenar kesenian tersebut adalah daripada kerajaa n
Kediri di Jawa Timur dan barulah berkembang ke Riau dan lohor. Gamelan di Johor
disesuaikan dengan tarian Kuda Kepang diiringi oleh alunan mu zik ya ng hampir sama
dengan gamelan Melayu, tapi berbeza dari segi tarian. Manakala Riau mas ih lag i
mengekalkan tarian dan muzik yang asa l.
Hubungan kekeluargaan kerajaaan Riau-Lingga dengan kerajaan Pahang melalui
perkahwinan Tengku Hussein, iaitu anak kepada Sultan Abdul Rahman, Lingga dengan
adik kepada bendahara Wan Ali, iaitu Wan Esah (Pahang) pada tahun 1811 telah
membawa kesenian gamelan Riau ke Pahang dan mendapat tempat yang istimewa di
sana semasa Pahang dalam pemerintahan Sultan Ahmad I. Setelah iru , perkembangan
gamelan ke Terengga nu yang juga melalui perkahwinan antara puteri sultan Pahang
dengan putera ke-2 sultan Terengganu.
Menurut Siti Zainon Ismail (1983), sejarah awal kedatangan atau pengenalan
gamelan ke Tanah Melayu semenanjung adalah melalui perkahwinan diraja antal'a
Tengku Hussein, putera Sultan Abdul Rahman (Mahmud Syah III 1716-18 12) dari
kerajaan Riau-Lingga dengan Wan Esah, yang merupakan adinda kepada benda hara
Wan Ali ( 176 1-1 806) dari Pahang pada tahun 1811. Dalam majlis perkahw inan tersebut
tarian-tarian yang berkaitan denga n tradisi Kraton Jawa telah dipersembahkan dan tarian
tersebut merupakan tarian yang sudah lama berkembang di sana.
Menurut Siti Za inon Ismail lagi, dikatakan sejak abad ke-7 hingga abad-1 3,
iaitu pada za man pemerintahan Srivijaya, beberapa kawasa n di Alam Melayu te lah
8
'I ~ i
diresapi oleh sejenis tarian dari Indonesia, iaitu 'Gending' at au dikenali juga sebagai
'Gending Srivijaya' khususnya di bahagian selatan sumatera. 'Gending' membawa
maksud lagu-lagu gamelan dan berfungi sebagai menyambut tetamu.
Kemudian, pada tahun 1913, tradisi persembahan istana telah lenyap ekoran
daripada terhapusnya Kesultanan Riau-Lingga dan kemudian telah beralih ke Pahang,
dan sehinggalah meresap ke Terengganu.
1.2.4 Tarian Gamelan Mula Mendapat Perhatian Sultan
Persembahan gamelan yang diadakan at au dipersembahkan ketika majlis
perkahwinan berfungsi sebagai menyerikan lagi majlis perkahwinan baginda, Raja
Terengganu bersama puteri Sultan Pahang dan persembahan gamelan yang
dipersembahkan kepada baginda tersebut telah menarik perhatian baginda akan
kesenian gamelan ini. Sebagai permulaan, baginda telah meminjam set gamelan
bersama pemain-pemainnya, kecuali penari untuk dipersembahkan semasa acara-acara
kebesaran lain yang diadakan selepas itu daripada Lingga. Namun, baginda tidak
meminjam dengan Pahang kerana perhubungan baginda dengan Sultan Pahang telah
menjadi renggang akibat daripada hubungan baginda bersama Tengku Long yang telah
terputus pada tahun 1892.
Pada tahun 1893 apabi1a baginda mengahwinkan puteri baginda iaitu Tengku
Jebah dengan putera saudaranya, Tengku Keci1 Besar Riau dan majlis tersebut telah
9
berlangsung selama 40 hari dan 40 malam. Hal ini kerana hubugan baginda yang erat
dengan Kerajaan Riau pada masa itu.
Gambar I. I Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, Gambar 1.2 Tengku Ampuan Mariam, Su ltan Terengganu (1920-1942) Tengku Ampuan Terengganu
(Sumber: Haji Almlad Omar bin Ibrahim; 20)
Selepas itu, Gamelan di Terengganu mengalami satu zaman puncak apabila
negeri Terengganu ketika itu berada di bawah pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul
Alam Shah bersama permaisurinya, Tengku Ampuan Mariam pada tahun 1920 sehingga
tahun 1942. Pad a zaman pemerintahan baginda, baginda sangat meminat i gamelan dan
telah berusaha melatih pemuda dan pemudi di Terengganu untuk bennain peralatan
muzik dan tarian gamelan. Pada masa itu juga, sebanyak 95 buah Jagu gameJan telah
dicipt a. Daripada jumlah tersebut, sebahagiannya dimainkan bersama dengan iringan
tarian atau dikenali sebagai 'Joget Gamelan'.
10
~ - .. -i ~ I
Pada tahun 1914, setelah kemangkatan Sultan Ahmad, Pahang, set gamelan di
Pahang telah dibawa ke lstana Maziah, di Terengganu. Dari sinilah bermula zaman
kegemi langan gamelan di Terengganu sehingga gamelan mengalami zaman rna lap
akiba! daripada penaklukan dan pemerintahan Jepun pad a tahun 194 J dan kemudian
diikuti dengan kemangkatan penaungnya pada tahun 1942.
1.25 Kemunculan Gamelan di Terengganu
Menurut satu mtikel Senibudaya Negeri Terengganu, wujudnya gamelan di
Terengganu ada lah bermula dengan muzik gamelan sahaja. Muzik gamelan tersebut
dikenali sebagai 'keromong'. Setelah itu, barulah muneul kepada tarian gamelan atau
joget gamelan. Munculnya tar ian ini adalah melalui perkahwinan antara Tengku
Sulaiman dan Tengku Ampuan Mariam (anakanda Sultan Ahmad).
Tengku Ampuan Mariam juga merupakan anakanda kepada Che Zubedah, iaitu
isteri ketiga sultan dan merupakan salah seorang yang mengendalikan salah satu
daripada tiga kumpulan ga melan istana . Tengku Ampuan Mariam te\ah diasuh dan
diajar tarian game \an oleh ibunya, Che Zubedah untuk terus mempertahankan joget
gamelan dan perkembangan seni ini di Terengganu . Manakala, Sultan Sulaiman pula
teJah melaraskan semula peralatan muzik gamelan yang dibeli dari Jawa supaya
menghasiikan bunyi yang berlainan dan mengikut kesukaan dan e it arasa bagillda.
11
'j ~ I
KUMPULAN PERTAMA
Dikelo lakan oleh Tengku Ampuan Fatimah (Pennaisuri)
KUMPULAN KEDUA
Dikelolaka n o leh Cik Zubedah (lsteri ketiga Sultan Ahmad)
~7 ~
KUMPULAN KETIGA
Dikelolakan o leh Cik Besar (lsteri Bendahara)
Rajah 1.2: Kumpulan Penati Gamelan Semasa Kemunca k Perkembangan Garnelan (zaman pemerintahan Sultan Ahmad)
T engku Ampuan Mariam sang at meminati tarian gamelan ini dan didorong oleh
bondanya untuk menemskan kesenian ini hingga ke Terengganu sete lah berkahwin
denga n Sultan Su laiman pada tahun 1913 . Kelangsun ga n joget atau tarian gamelan ini
berrerusan apabila Tengku Ampuan Mariam turut menjad ikan beberapa orang kanak
kanak sebaga i anak angkat yang juga dikenali sebagai ' Budak Joget ' dan baginda turut
dibantu o leh Che Zubedah dan mengajarkan kepada ' Budak .loget ' seni tari gamelan ini
se lepas kemangkatan Sultan Alnnad.
12
--. -- 'jcji
top related