kajian kandungan manual sistem pemarkahan …
Post on 04-Oct-2021
35 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KAJIAN KANDUNGAN MANUAL SISTEM PEMARKAHAN
STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN
(CONSTRUCTION INDUSTRY STANDARD)
CIS 18:2010 - SKOR IBS
NORAISYAH BINTI PARIMIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK
Nama penuh penulis : NORAISYAH BINTI PARIMIN
Tarikh lahir : 5HB NOVEMBER 1980
Judul :
KAJIAN KANDUNGAN MANUAL SISTEM PEMARKAHAN
STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN (CONSTRUCTION
INDUSTRY STANDARD) CIS 18:2010 - SKOR IBS
Sesi Akademik : 2017/2018
Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai;
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)*
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)*
TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa tesis saya akan diterbitkan
sebagai akses terbuka atas talian (teks penuh)
Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut;
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
Disahkan oleh,
________________________________________ ________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
( 801105-01-6464 ) (PM. SR DR KHERUN NITA BINTI ALI)
Tarikh: Tarikh:
CATATAN: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab
dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
ii
“ Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah
Sains Pembinaan.”
Tandatangan : …………..……………………...............
Nama Penyelia : PM. Sr Dr. Kherun Nita binti Ali
Tarikh : …………..……………………...............
Tandatangan : …………..……………………...............
Nama Pembaca Kedua : Sr Dr. Mohd Saidin bin Misnan
Tarikh : …………..……………………...............
* Potong yang tidak berkenaan.
iii
KAJIAN KANDUNGAN MANUAL SISTEM PEMARKAHAN
STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN
(CONSTRUCTION INDUSTRY STANDARD)
CIS 18:2010 - SKOR IBS
NORAISYAH BINTI PARIMIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JUN 2018
iv
“ Saya akui laporan ini yang bertajuk “ Kajian Kandungan Manual Sistem
Pemarkahan Standard Industri Pembinaan (Construction Industry Standard) CIS
18:2010 ” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali sebahagiannya yang setiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya ”.
Tandatangan : …………………………………
Nama Penulis : NORAISYAH BINTI PARIMIN
Tarikh : JUN 2018
v
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi,
Teristimewa Buat Mak, Abah, Mertua
Buat Keluarga Tersayang
Suami Yang Tersayang : Fazian Azli B Baharuddin
(Berkat Doa dan Tidak Jemu Memberi Sokongan)
Anak-Anak Yang Tercinta: Fadhlin Afif, Nurafrina Fathiah dan Faris Amru
(Kalianlah Segalanya Dalam Hidup Ini)
&
Setinggi-Tinggi Penghargaan Untuk Penyelia Projek,
PM. Sr Dr. Kherun Nita binti Ali
Terima Kasih di Atas Segala Curahan Ilmu Bermanfaat
...
vi
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya kajian ini dapat disiapkan.
Selawat dan salam keatas junjungan kita Rasulullah S.A.W yang membawa
rahmat ke seluruh alam.
Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia
PSM iaitu PM. Sr Dr. Kherun Nita Binti Ali, PM. Sr Dr Zakaria Mohd Yusof, Dr
Nurshikin Binti Shukery selaku penasihat yang telah banyak memberi tunjuk ajar
serta bimbingan dalam menyiapkan kajian ini. Segala nasihat yang dicurahkan
akan saya hargai dan kenang.
Terima Kasih juga buat suami tercinta Fazian Azli B. Baharuddin dan
anak-anak serta abah, mak dan kedua mertua yang menjadi pendorong dan
semangat untuk saya terus belajar demi menggenggam segulung ijazah.
Akhir sekali terima kasih juga kepada rakan-rakan yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dengan projek ini. Segala jasa kalian amatlah
dihargai Terima kasih.
vii
ABSTRAK
Perlaksanaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam industri pembinaan
dikawal selia oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Pada tahun 2003, CIDB Malaysia dengan panduan daripada Jawatankuasa Pemandu
IBS, telah menghasilkan satu Roadmap IBS 2003 – 2010 bagi menentukan hala tuju
produk IBS. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi Sistem Skor IBS dan mengenal pasti persepsi kontraktor pembinaan
terhadap Manual Pemarkahan Standard Industri Pembinaan Skor IBS sedia ada. Skop
kajian ini melibatkan kontraktor-kontraktor yang melaksanakan projek teknologi IBS
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Metodologi kajian
menggunakan kaedah kuantitatif iaitu borang kaji selidik sebagai intrumen
mendapatkan data. Hasil kajian mendapati faktor utama yang mempengaruhi sistem
Skor IBS adalah faktor kos dan reka bentuk yang lebih tinggi mencerminkan
pengurangan buruh tapak, kurang pembaziran dan kurang bahan-bahan di tapak bina
secara tak langsung jumlah kos pembinaan menjadi lebih rendah. Hasil kajian juga
menunjukkan kebanyakan kontraktor bersetuju dengan pernyataan bahawa Skor IBS
ini berkesan bagi menambah baik projek syarikat pembinaan dengan nilai purata
tertinggi.
viii
ABSTRACT
The implementation of industrial building system (IBS) in the construction
industry is regulated by Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB).
In 2003, CIDB Malaysia with guidance from the IBS guide committee produced an
IBS 2003-2010 Roadmap deciding the direction of IBS product . The objective of the
research is to identify the influencing factors of the IBS Score system existing in the
construction industry and to identify contractors perceptions against the Manual For
IBS Content Scoring System (IBS Score) will be used by the industry is the need
arise. The scope of this study involves contractors who implement IBS technology
project in Federal Territory of Kuala Lumpur and Selangor only. The methodology
of the study uses quantitative methods in example the survey form as the instrument
to obtain data. The finding show that the major factors affecting the IBS Score
system are cost factor and higher design factors reflect reducing site labour, reducing
wastage and building materials indirectly building construction costs are lower. The
finding also show that most contractor agree with the IBS Score statement to
effectively improve the company’s project with the highest average value.
ix
KANDUNGAN
BAB TAJUK HALAMAN
PENGAKUAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
SINGKATAN xvi
SENARAI SIMBOL xvii
1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Penyataan Masalah 9
1.3 Persoalan Kajian 10
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Skop Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 11
x
2 KAJIAN KANDUNGAN MANUAL
SISTEM PEMARKAHAN
STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN
(CONSTRUCTION INDUSTRY STANDARD)
(CIS 18: 2010) - SKOR IBS 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Definisi 14
2.2.1 Kandungan Manual 14
2.2.2 Pemarkahan Sistem Skor IBS 15
2.2.3 Sistem Binaan Berindustri (IBS) 15
2.3 Pihak yang terlibat dengan
Manual Sistem Pemarkahan Skor IBS 17
2.3.1 Jawatankuasa Pelaksanaan IBS 20
2.4 Manual Skor IBS (CIS 18:2010) 22
2.5 Latar belakang Manual Skor IBS (CIS 18:2010) 22
2.6 Objektif Sistem Skor IBS (CIS 18:2010) 23
2.7 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Sistem Skor IBS 23
2.7.1 Faktor Kos 24
2.7.2 Faktor Reka bentuk 24
2.7.3 Faktor Pengangkutan 25
2.8 Kaedah Pengiraan Kandungan Sistem Skor IBS 26
2.8.1 Formula bagi keseluruhan bangunan 27
2.8.2 Skor IBS Sistem Struktur 29
i.Formula Sistem Struktur 29
2.8.3 Skor IBS Sistem Dinding 32
2.8.4 Skor IBS Lain-lain kaedah binaan (Solutions) 34
2.8.5 Skor IBS Projek Bangunan Kumpulan 37
2.9 Mengenal pasti Persepsi Kontraktor Terhadap
Sistem Skor IBS 38
2.10 Rumusan Bab 40
xi
3 METODOLOGI KAJIAN 41
3.1 Pengenalan 41
3.2 Responden 41
3.3 Metodologi Kajian 42
3.4 Peringkat Metodologi Kajian 42
3.5 Pemilihan Tajuk Kajian 44
3.6 Reka Bentuk Kajian 45
3.6.1 Kaedah Kuantitatif Yang Digunakan
Dalam Kajian Ini 46
3.7 Pengumpulan Data 46
3.8 Populasi dan Pensampelan 47
3.9 Kajian Instrumen 48
3.10 Kaedah Pengumpulan Data 50
3.11 Analisis Maklumat 51
3.12 Borang Kaji Selidik 51
3.13 Kesimpulan dan Cadangan 54
3.14 Rumusan Bab 55
4 ANALISIS DAN HASIL KAJIAN 56
4.1 Pengenalan 56
4.2 Maklumbalas Responden 57
4.2.1 Analisis Bahagian A:
Latar Belakang Responden 58
4.2.2 Analisis Jenis Sistem IBS
Yang Digunakan Dalam Projek 61
4.2.3 Analisis Kaedah Mengetahui
Sistem Skor IBS. 63
4.3 Objektif 1: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Sistem Skor IBS Dalam Projek Pembinaan 64
4.4 Objektif 2: Persepsi Kontraktor Terhadap Manual
Permarkahan Standard Industri Pembinaan
xii
Sistem Skor IBS. 71
4.5 Saranan Dan Pandangan Responden 73
4.6 Rumusan Bab 74
5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 76
5.1 Pengenalan 76
5.2 Kajian Analisis 77
5.2.1 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Skor IBS
Dalam Projek Pembinaan Berindustri. 78
5.2.2 Persepsi Penggiat Industri Pembinaan
Terhadap Manual Pemarkahan Standard
Industri Pembinaan Skor IBS yang sedia ada 78
5.3 Masalah/Limitasi Yang Dihadapi Semasa Kajian
Dijalankan 79
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 56
SENARAI RUJUKAN xviii
LAMPIRAN
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Kandungan IBS Sektor Swasta 6
1.2 Komponen Bangunan IBS 8
2.1 Skor IBS Bagi Sistem Struktur merujuk kepada Jadual 1
Seperti Yang Tercatat di dalam Manual Skor IBS 28
2.2 Faktor IBS Bagi Struktur Bumbung – Fs 31
2.3 Faktor IBS Bagi Sistem Dinding 33
2.4 Skor IBS Bagi Pembinaan Mudah Yang Lain Merujuk
Kepada Jadual 3 CIS 18:2010 35
3.1 Reka bentuk Kajian 45
3.2 Maklumat Dikumpul Untuk Kajian 47
3.4 Kandungan Borang Kaji Selidik 49
3.5 Reka bentuk Kajian 50
3.6 Penunjuk Skala 52
3.7 Contoh Pengiraan untuk Indeks Purata 53
3.8 Julat Purata untuk Soalan Skala Likert 54
4.1 Maklumbalas Responden 57
4.2 Responden Kajian 59
4.3 Pengalaman Responden 60
4.4 Analisis Peratusan Penggunaan Komponen IBS 62
4.5 Kategori untuk Tahap Persetujuan 64
4.6 Kekerapan dan purata faktor kos bagi
mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
Sistem Skor IBS 65
xiv
4.7 Kekerapan dan purata faktor reka bentuk bagi
mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
Sistem Skor IBS 67
4.8 Kekerapan dan purata faktor pengangkutan bagi
mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
Sistem Skor IBS 70
4.9 Kekerapan dan purata kelebihan sistem Skor IBS
4.10 Analisis Persepsi Tentang Sistem Skor IBS 71
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Pelan Induk Pembinaan 2006-2015 3
1.2 Penggunaan IBS bagi Sektor Awam sehingga
tahun 2020 4
1.3 Penggunaan IBS bagi Sektor Swasta sehingga
tahun 2020 5
1.4 Peratusan Kontrak Pembinaan Sektor Awam dan
Sektor Swasta 7
2.1 Jumlah Perunding IBS Di Malaysia pada tahun 2016 17
2.2 Jumlah Pengeluar & Pengedar Komponen IBS pada
Tahun 2016 18
2.3 Taburan Pengeluar IBS pada tahun 2017 19
2.4 Jumlah Kontraktor IBS di seluruh Malaysia
Mengikut Jenis 20
2.5 Jawatankuasa Perlaksanaan IBS 21
3.1 Carta alir metodologi kajian 43
4.1 Maklum balas Responden 58
4.2 Jenis Projek Pembinaan Yang Dijalankan Oleh Responden 61
4.3 Analisis Jenis Sistem IBS Yang Digunakan 62
4.4 Kaedah Mengetahui Sistem Skor IBS 63
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang kaji Selidik
B Pengiraan Index Purata
C Buku Log
xvii
SENARAI SINGKATAN
CIDB - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
(Construction Industry Development Board)
IBS - Industrialised Building System
CITP - Program Transformasi Industri Pembinaan
(Construction Industry Transformation Program)
CIS - Standard Industri Pembinaan
(Construction Industry Standard)
PBT - Pihak berkuasa Tempatan
EPS - Expended Polystyrene System
EPU - Unit Perancangan Ekonomi
(Economic Planning Unit)
ICU - Unit Penyelarasan Pelaksanaan
(Implementation Coordination Unit)
MS - Malaysian Standard
xviii
SENARAI SIMBOL
∑ - Jumlah
𝑄𝑆 - Struktur sistem bagi Kawasan binaan
𝑄𝑆𝑇 - Jumlah kawasan binaan bangunan
𝐹𝑆 - Faktor IBS bagi sistem struktur
𝑄𝑊 - Panjang sistem dinding (dalaman atau luaran)
𝑄𝑊𝑇 - Jumlah panjang dinding (dalaman atau luaran)
𝐹𝑊 - Faktor IBS bagi sistem dinding
𝑆 - Faktor IBS bagi lain-lain kaedah binaan
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah
ditubuhkan dengan wujudnya Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (Akta 520) Pindaan 2011. Berdasarkan Pindaan Seksyen 4 dalam akta ibu
tersebut, salah satu fungsi Lembaga telah ditambahbaik adalah untuk mengawal selia
pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri dalam industri pembinaan merujuk kepada
Seksyen 4.(1) (m). Pada tahun 2003, CIDB Malaysia dengan panduan daripada
Jawatankuasa Pemandu IBS, telah menghasilkan satu Roadmap IBS 2003 – 2010.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB, 2003).
Teras didalam Pelan Induk Industri Pembinaan (CIMP), IBS dibawah Inovasi
melalui penyelidikan dan pembangunan serta menerima pakai kaedah pembinaan
baru menerusi Strategi 5-M (Manpower, Materials Components-Machines,
Management-Processes-Methods, Monetary and Marketing) dengan sasaran
2
mempunyai industri pembinaan perindustrian dan mencapai pembinaan konsep
terbuka atau pada tahun 2010. Mengikut rekod yang dicatatkan oleh CIDB Malaysia,
pada tahun 2015 sektor awam telah menjalankan sebanyak 1,769 jumlah projek
pembinaan manakala 5,244 mewakili projek pembinaan dari sektor swasta. (CIDB,
2015). Berdasarkan kepada jumlah tersebut termasuk juga projek-projek yang
menggunakan komponen sistem bangunan berindustri (IBS).
Rajah 1.1 menunjukkan teras didalam Pelan Induk Industri Pembinaan IBS
dibawah Inovasi melalui penyelidikan dan pembangunan dan menerima pakai kaedah
pembinaan baru. Dalam memastikan bahawa visi industri ini berjaya, kerajaan
menyarankan semua pemain industri pembinaan yang terlibat dengan projek kerajaan
untuk mempunyai sekurang-kurangnya 50% kandungan IBS dalam unsur-unsur
pembinaan mereka yang telah dikira menggunakan Manual Skor IBS yang
dibangunkan oleh CIDB. Jemaah Menteri pada 29 Ogos 2003 telah bersetuju supaya
Roadmap Industrilised Building Systems 2003-2010 dijadikan sebagai dokumen
blueprint sektor pembinaan di Malaysia. Dalam menjayakan hasrat ini, Kementerian
Kewangan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7
tahun 2008 (1PP PK 1/2013), yang bertujuan untuk memaklumkan kepada semua
agensi mengenai keputusan melaksanakan kaedah IBS didalam projek pembinaan
bangunan kerajaan.
3
Rajah 1.1: Pelan Induk Pembinaan 2006-2015.
Sumber: CIDB (2008)
Usaha berterusan telah dilakukan oleh CIDB bagi memastikan bahawa
penggunaan IBS akan berterusan didalam industri pembinaan di Malaysia. Oleh itu,
Jemaah Menteri pada 9 Julai 2010 telah meluluskan Roadmap IBS 2011-2015.
Antara usaha-usaha yang dilakukan adalah dengan mengekalkan 70 skor IBS bagi
projek-projek pembinaan bangunan kerajaan. Seterusnya menyokong dan
memberikan galakan kepada sektor swasta untuk mencapai purata 50 skor IBS pada
tahun 2012. CIDB (2016).
4
Rajah 1.2 menunjukkan graf hala tuju penggunaan IBS bagi sektor awam
sehingga tahun 2020. Dengan dipacu oleh dasar pasaran semasa, peningkatan Skor
IBS bagi projek awam dijangka berterusan sehingga ke tahun sasaran.
Rajah 1.2 : Penggunaan IBS Bagi Sektor Awam Sehingga Tahun 2020.
Sumber : CIDB (2010a)
Pekeliling 1PP PK 1/2013 ini telah dikeluarkan pada 31 Oktober 2008 dan
ditujukan kepada Semua Ketua Setiausaha Kementerian, Semua Ketua Jabatan
Perseketuan, Semua Setiausaha Kerajaan Negeri, Semua Ketua Badan Berkanun
Persekutuan dan Semua Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi mencapai objektif
pelaksanaan kaedah IBS yang telah ditetapkan, Kerajaan telah memutuskan
penggunaan kandungan komponen bagi setiap projek kerajaan yang bernilai 10 juta
dan ke atas pada tahap tidak kurang daripada 70 skor IBS.
5
Rajah 1.3 menunjukkan graf penggunaan IBS bagi sektor swasta sehingga
tahun 2020.
Rajah 1.3 : Penggunaan IBS Bagi Sektor Swasta Sehingga Tahun 2020.
Sumber : CIDB (2003)
Pengiraan kandungan skor ini adalah berdasarkan kepada Standard Industri
Pembinaan (CIS 18:2010) – Kandungan Manual Pemarkahan Sistem Skor IBS.
Dibawah inisiatif P3b Meningkatkan Penggunaan IBS Dalam Projek Swasta melalui
Perintah Pembangunan (DO) oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Hanya tiga buah
negeri sahaja, iaitu Selangor, Johor dan Pulau Pinang dikenal pasti bagi projek
bernilai RM 50 juta dan ke atas dengan 50 Skor IBS menjelang tahun 2020. CIDB
(2010).
6
Jadual 1.1 menunjukkan kandungan IBS bagi sektor swasta mengikut jenis
bangunan dan meningkat secara berstruktur mengikut tahun.
Jadual 1.1 : Kandungan IBS Sektor Swasta
Tahun Perumahan
(landed)
Perumahan
(non
landed)
Komersil
(Pusat
Membeli-
belah dan
pejabat)
Perindustrian
(kilang dan
gudang)
Institusi
(sekolah)
2011 - - - - -
2012 - 50 50 50 50
2013 45 50 50 50 50
2014 45 55 55 55 55
2015 45 55 55 55 55
Sumber : CIDB (2003)
Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 telah
dilancarkan oleh YAB. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak pada 10
September 2015. Didalam dokumen ini telah disebut bahawa penggunaan IBS dapat
mengurangkan pekerja tidak mahir, pengurangan pembaziran di tapak bina, tapak
pembinaan yang lebih bersih dan kawalan kualiti pembinaan yang lebih baik. Selain
daripada itu juga, ia dapat meningkatkan produktiviti, mengurangkan isu-isu risiko
yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, seterusnya
mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
Standard bagi pengiraan skor IBS yang pertama telah bermula pada tahun
2005 iaitu “Manual for Industrialised Building System (IBS) Content Scoring
System”. Setelah lima tahun digunapakai oleh industri, terdapat beberapa
penambahbaikan dilakukan termasuklah menjadikan manual Skor IBS ini sebagai
satu standard didalam industri pembinaan dan dinamakan sebagai “Construction
7
Industry Standard (CIS 18: 2010) Manual For IBS Content Scoring System (IBS
Score)”. Usaha murni terus dijalankan bagi memberikan nafas baru kepada CIS 18 :
2010 iaitu dengan membuat penambahbaikan, penambahan komponen dan mengkaji
semula keseluruhan isi kandungan merujuk kepada perubahan dan peredaran masa.
Rajah 1.4 : Peratusan Kontrak Pembinaan Sektor Awam dan Sektor Swasta
Sumber : CIDB (2016)
IBS adalah satu kaedah pembinaan yang melibatkan elemen struktur
bangunan yang dihasilkan dalam persekitaran yang terkawal sama ada di kilang atau
di tapak bina dan dipasang menjadi struktur bangunan yang lengkap. Jadual 2.2
menunjukkan komponen IBS yang dibahagikan kepada lima kategori utama, iaitu
Konkrit Pra-tuang (Precast Concrete), Blok (Blocks), Kerangka Keluli (Steel
Framing), Kerangka Kayu (Timber Framing), Acuan Berulang (Reusable Formwork)
dan selain daripada kategori yang telah dinyatakan terdapat juga kategori lain yang
menepati kriteria IBS seperti Dry Wall System dan Expanded Polystyrene System
(EPS) Wall (CIDB, 2014).
8
Jadual 1.2 : Komponen Bangunan IBS
Kategori &
Komponen
Konkrit
Pratuang
Blok
Kerangka
Keluli
Kerangka
Kayu
Acuan
Berulang
Lain-
lain
Tiang (Column) / / / / / /
Rasuk (Beam) / / / / / /
Dinding (Wall) / / / /
Kekuda
Bumbung
(Roof Truss)
/ /
Papak (Slab) / / /
Sumber : CIDB (2003)
Komponen bangunan yang boleh dibina menggunakan sistem IBS terdiri
daripada lima jenis komponen, iaitu tiang, rasuk, dinding, papak dan kekuda
bumbung. Merujuk kepada buku Modul IBS M01 Pengenalan Kepada Sistem Binaan
Berindustri (IBS) Untuk Bangunan, telah menjelaskan berkenaan pecahan komponen
mengikut kategori tersebut. Kaedah pembinaan IBS ini dikatakan dapat
mengurangkan penggunaan buruh kurang mahir di samping mempercepatkan lagi
kerja-kerja pembinaan dan menghasilkan persekitaran tapak bina yang selamat.
Menurut CIDB (2003), penggiat industri perlu memperbaiki kaedah dan
amalan yang boleh meningkatkan paras produktiviti dan kualiti industri pembinaan
negara. Antaranya amalan-amalan tidak efektif di dalam sistem pendaftaran
kontraktor, prosedur pentadbiran, kaedah dan latihan perolehan, mendapatkan
kontrak, kaedah pembinaan dan penyerahan pelan bangunan bagi tujuan kelulusan;
Ketidakupayaan menarik minat dan membangunkan pekerja tempatan bagi menukar
imej 3D “Dirty, Difficult, Dangerous”; kesukaran dalam mengenal pasti tempoh siap
projek, kewangan bagi setiap peringkat pembinaan projek dan kesukaran dalam
pembahagian untung/dividen; Ketidakupayaan bergabung serta bekerjasama dalam
mendapatkan projek-projek luar negara seperti syarikat pembinaan Jepun, Korea dan
9
Jerman yang dapat menyediakan ‘total solution’ termasuk menyediakan pakej
kewangan dan jentera.
1.2 Penyataan Masalah
Industri pembinaan di Malaysia merupakan penyumbang kepada
pembangunan ekonomi negara. Menurut Ketua Setiausaha kementerian Kerja Raya
antara sektor yang menyumbang adalah projek perumahan, projek bukan perumahan
dan infrastruktur, Sinar Harian (2014). Kecanggihan teknologi hari ini turut
membantu kepesatan industri pembinaan negara melalui teknologi atau kaedah yang
bermanfaat iaitu “Industralised Building System” atau IBS. Namun begitu, pada
masa ini, penggunaan IBS masih berada pada tahap rendah di mana kurang daripada
24 peratus projek kerajaan menggunakan komponen IBS bagi pembinaan bangunan
kerajaan dan 20 peratus bagi projek pembinaan swasta, Harian Metro (2016).
Standard Industri Pembinaan (CIS) adalah merupakan rujukan dan panduan
kepada para penggiat industri pembinaan. Selain daripada itu juga, CIS ini juga telah
menjadi sumber rujukan dan bahan ilmiah yang digunakan didalam silibus di
universiti yang melibatkan subjek pembinaan. Bagi memastikan CIS ini memberi
impak yang positif kepada industri, semakan dan penambahbaikan perlu dilakukan.
Menurut Kajian Keberkesanan Standard Program Kepada Pihak Berkepentingan
yang telah di jalankan pada 1 hingga 20 September 2013 oleh Bahagian Standard
Agensi Kelayakan Malaysia mendapati bahawa tempoh dan keperluan semakan
semula standard program adalah selama lima (5) tahun.
Standard Industri Pembinaan (CIS 18:2010) telah diterbitkan pada tahun 2010
dan sehingga sekarang telah menjangkau tujuh tahun penggunaanya. Oleh yang
10
demikian adalah perlu bagi membuat penambahbaikan dan semakan semula standard
tersebut bagi memenuhi keperluan semasa industri. CIDB telah menjemput
kontraktor, konsultan serta pihak yang telibat dalam pembinaan berindustri ke
bengkel penambahbaikan Standard Industri Pembinaan (CIS 18 :2010) anjuran
CIDB. Melalui bengkel tersebut pihak CIDB dapat mengumpul maklumat serta
maklum-balas berkenaan permasalahan Standard Industri Pembinaan (CIS).
Persoalan yang timbul daripada permasalahan kajian ini sejauh mana
kandungan Manual Pengiraan Kandungan Sistem IBS Skor dapat membantu pemain
industri dalam menjalankan projek pembinaan yang ditawarkan kepada mereka?
1.3 Persoalan Kajian
Persoalan yang boleh dikemukakan dalam kajian ini ialah:
i. Apakah faktor yang mempengaruhi sistem Skor IBS dalam projek
pembinaan?
ii. Apakah persepsi kontraktor IBS terhadap Manual Pemarkahan Standard
Industri Pembinaan Sistem Skor IBS yang sedia ada?
11
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi Sistem Skor IBS dalam
projek pembinaan.
ii. Mengenal pasti persepsi penggiat industri pembinaan terhadap Manual
Pemarkahan Standard Industri Pembinaan Sistem Skor IBS yang sedia ada.
1.5 Skop Kajian
Skop kajian ini adalah bertujuan untuk memberi panduan dan mengawal
tahap-tahap kajian supaya proses yang dijalankan menjurus kepada objektif kajian.
Skop responden melibatkan kontraktor-kontraktor yang menjalankan projek
menggunakan teknologi IBS di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor
sahaja.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini amat penting bagi pihak kerajaan khususnya CIDB dalam usaha
meningkatkan keberkesanan penggunaan Manual Sistem Pengiraan IBS (Skor IBS)
ini di samping membantu kontraktor serta pemain industri pembinaan meningkatkan
daya saing syarikat mereka. Hasil kajian ini akan membantu CIDB membuat
perancangan program-program penambahbaikkan bagi meningkatkan produktiviti
syarikat kontraktor.
12
Kajian ini juga penting bagi kontraktor tempatan untuk memahami dan
memberi pengetahuan mengenai Manual Sistem IBS (Skor IBS) yang telah
dibangunkan oleh CIDB. Di samping itu kontraktor juga dapat mengenal pasti
keupayaan dan kemampuan syarikat mereka dengan menggunakan Manual Sistem
IBS (Skor IBS).
13
BAB 2
KANDUNGAN MANUAL SISTEM PEMARKAHAN
STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN
(CONSTRUCTION INDUSTRY STANDARD)
CIS 18:2010 - SKOR IBS
2.1 Pengenalan
Secara ringkasnya bab ini akan menghuraikan secara terperinci tentang
objektif kajian seperti yang telah diterangkan di dalam Bab Satu (1). Bab ini akan
menerangkan tentang definisi Kandungan Manual Sistem Pemarkahan Standard
Industri Pembinaan (IBS) (CIS 18:2010) Skor IBS. Seterusnya, perbincangan akan
menerangkan latar belakang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)
sebagai badan pengurusan hal ehwal kontraktor dan pihak yang telibat dalam
pembinaan di Malaysia. Turut dibincangkan adalah latar belakang (CIS 18:2010)
Skor IBS dimana penerangan secara terperinci meliputi sejarah pembangunan (CIS
18:2010) Skor IBS, objektif dan kepentingan (CIS 18:2010) Skor IBS kepada
kontraktor.
14
2.2 Definisi
Definisi merupakan pentakrifan kenyataan yang ringkas dan padat telah
dikenal pasti bagi menjelaskan konsep kajian yang dijalankan akan dihuraikan dalam
bab ini.
2.2.1 Kandungan Manual
Maksud Kandungan merujuk kepada apa-apa yang termuat di dalam sesuatu
manakala perkataan Manual bermaksud buku yang mengandungi panduan dan
maklumat untuk melaksanakan sesuatu. (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002).
Dalam kajian ini, Manual Pemarkahan Sistem Skor IBS dikaitkan dengan
rujukan kontraktor terhadap Sistem Skor IBS. Kandungan Manual ini adalah sistem
penilaian yang sistematik dan berstruktur yang boleh digunakan untuk mengukur
penggunaan IBS secara konsisten.
Manual Standard Industri Pembinaan ini bertujuan untuk menjadi panduan
bagi mereka yang berminat untuk mengukur kandungan IBS dalam mana-mana
projek bangunan. Skor IBS boleh digunakan untuk tujuan apa pun, sama ada untuk
memenuhi keperluan peraturan dan juga untuk memenuhi keperluan mana-mana
program insentif, CIDB (2010).
15
2.2.2 Pemarkahan Sistem Skor IBS
Sistem Skor IBS adalah sistem yang telah dibangunkan oleh CIDB yang
mengandungi formula, jadual, kaedah dan contoh untuk pengiraan Skor IBS bagi
projek pembinaan terutamanya IBS. Sebagai langkah awal ke arah perindustrian
terbuka, CIDB menggalakkan penggunaan komponen bangunan standard dan
pembinaan di luar tapak, CIDB (2010b).
2.2.3 Sistem Binaan Berindustri (IBS)
Sistem Binaan Berindustri bermaksud satu sistem atau kaedah pembinaan
yang melibatkan komponennya dihasilkan di dalam keadaan terkawal (di kilang atau
di tapak bina), kemudiannya diangkut dan dipasang dalam kerja pembinaan dengan
menggunakan pekerja yang minimum di tapak. CIDB (2008). Apabila dilihat dari
sudut klasifikasi struktur, IBS boleh dikategorikan ke dalam lima (5) kumpulan
utama, iaitu:
i. Sistem Kerangka, Panel dan Kekotak Konkrit Pra-Tuang
Komponen di bawah kumpulan ini ialah tiang, rasuk, papak lantai dan panel
dinding pra-tuang. Termasuk juga di bawah kumpulan ini adalah komponen pasang
siap 3-dimensi seperti tangga, langkan dan tandas.
ii. Sistem Acuan
Acuan bagi komponen konkrit tuang di situ seperti acuan untuk tiang, rasuk,
papak lantai dan panel dinding yang boleh digunakan berulang kali. Acuan ini
biasanya diperbuat dari plastik, fibreglass, keluli, aluminium dan bahan logam.
16
iii. Sistem Kerangka Keluli
Komponen di bawah kumpulan ini terdiri daripada tiang, rasuk, kerangka
portal dan sistem kekuda bumbung dan seumpamanya yang diperbuat daripada
keluli.
iv. Sistem Kerangka Kayu Pasang siap
Komponen di bawah kumpulan ini ialah tiang, rasuk, papak lantai sistem
kekuda bumbung pasang siap dan seumpamanya yang diperbuat daripada kayu.
v. Sistem Blok
Sistem ini merujuk kepada penggunaan blok jitu (precision blockworks) termasuk
blok konkrit ringan, blok terkunci (interlocking block) dan seumpamanya.
vi. Sistem Terbuka
Sistem terbuka bermaksud sistem pembinaan bangunan atau komponen
bangunan secara IBS yang tidak terhad kepada pemunya atau proprietor tertentu
sahaja.
vii. Reka Bentuk Standard
Reka bentuk standard bermaksud bentuk atau rupa bentuk lazim komponen
yang telah ditentukan saiz dan ukuran.
17
2.3 Pihak yang terlibat dengan Manual Sistem Pemarkahan Skor IBS
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menyasarkan sebanyak
300 kilang pembuatan produk Sistem Binaan Berindustri (IBS) menjelang 2020.
Pada dasarnya, CIS 18: 2010 Skor IBS ini memberi pendedahan kepada pelbagai
pihak antaranya adalah firma arkitek, firma kejuruteraan, kontraktor, sektor kerajaan
dan ahli akademik. Namun begitu, kecenderungan penggunaan Manual Pemarkahan
Standard Industri Pembinaan ini dilihat lebih kerap melibatkan pihak konsultan dan
pengeluar IBS di atas permintaan reka bentuk IBS.
Rajah 2.1 menunjukkan statistik Industri IBS yang dikeluarkan oleh CIDB,
pada 31 Januari 2016, jumlah konsultan atau perunding IBS adalah terbahagi kepada
tiga (3) kategori. Kategori pertama, iaitu mewakili Arkitek sebanyak lima buah
firma, kategori kedua iaitu Jurutera sebanyak tujuh buah firma dan kategori ketiga,
iaitu Juru Ukur Bahan mewakili 23 buah firma. CIDB (2011). Bilangan konsultan
dan perunding ini terus meningkat dari tahun ke tahun.
Rajah 2.1 Jumlah Perunding IBS Di Malaysia pada tahun 2016
Sumber : CIDB (2016)
Berdasarkan Rajah 2.2 menunjukkan jumlah pengeluar & pengedar
komponen IBS pada tahun 2016. Pengeluar dan pengedar produk IBS boleh
dikategorikan kepada beberapa jenis antaranya:
23 7 5
Perunding IBS di Malaysia 2016
Jurutera Arkitek Juru ukur Bahan
18
i. Pengeluar dan pengedar sistem konkrit pratuang
ii. Pengeluar dan pengedar konkrit pratuang (on site casting)
iii. Pengeluar dan pengedar sistem rangka logam
iv. Pengeluar dan pengedar rangka logam bumbung
v. Pengeluar dan pengedar sistem kerangka kayu
vi. Pengeluar dan pengedar sistem blok
vii. Pengeluar dan pengedar sistem acuan
viii. Pengeluar dan pengedar sistem berinovatif lain.
Rajah 2.2 Jumlah Pengeluar & Pengedar Komponen IBS Pada Tahun 2016
Sumber : CIDB 2016
Rajah 2.3 menunjukkan penglibatan pengeluar IBS menunjukkan
peningkatan pada tahun 2017. Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB) permintaan yang rendah bagi teknologi baharu pada masa lalu telah
Sist
em k
on
krit
pra
tuan
g
Ko
nkr
it p
ratu
ang
(on
sit
eca
stin
g)
Sist
em r
angk
a lo
gam
Ran
gka
loga
m b
um
bu
ng
Sist
em k
eran
gka
kayu
Sist
em b
lok
Sist
em a
cuan
Sist
em b
erin
ova
tif
lain
0
10
20
30
40
50
60
59
12 7
26
5
29 23
29
0
0 1
0
0
2 4
8
Pengilang dan Pengedar Produk IBS (Mengikut Jenis)
Pengedar (Bil.), Jumlah : 15
Pengilang (Bil.) Jumlah : 190
19
menyaksikan peningkatan dalam pelaksanaan Sistem Binaan Industri (IBS) dalam
kalangan pemain industry terutamanya dalam sektor swasta.
Rajah 2.3 Taburan Pengeluar IBS pada tahun 2017
Sumber : CIDB (2016)
Tan Sri Ahmad Tajuddin Ali (Pengerusi CIDB) berkata peningkatan itu
dipengaruhi oleh bekalan komponen IBS yang semakin meningkat dalam pasaran
serta inisiatif kerajaan untuk memacu skala penggunaan IBS. "Tanda-tanda mula
menunjukkan bahawa ekonomi IBS ini sedang berjalan. Selain daripada peraturan
yang ditetapkan, kita juga meninjau pemain tempatan atau luar negara untuk
membawa masuk teknologi dan komponen IBS ke dalam pasaran. Ini akan
membantu menyemarakkan lagi penggunaan IBS di negara ini (Berita Harian, 2018).
Rajah 2.4 menunjukkan jumlah kontraktor IBS di seluruh Malaysia mengikut
jenis. Pengeluar dan pengedar produk IBS lebih banyak tertumpu di bahagian tengah
Semenanjung Malaysia, iaitu di Selangor dan Kuala Lumpur.
20
Rajah 2.4 : Jumlah Kontraktor IBS di seluruh Malaysia Mengikut Jenis
Sumber : CIDB, 2016
2.3.1 Jawatankuasa Pelaksanaan IBS
Menurut Kementerian Kewangan Malaysia (2008), Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2008, Jawatankuasa Pelaksanaan IBS melibatkan lima
(5) bahagian utama yang disebut sebagai Jawatankuasa Induk IBS, Jawatankuasa
Pemantau Penguatkuasaan IBS, Sekretariat IBS Kebangsaan, Jawatankuasa
Pengurusan Komponen IBS dan Jawatankuasa Teknikal IBS.
Rajah 2.5 menunjukkan carta aliran bagi Jawatankuasa Pelaksanaan IBS.
Jawatankuasa Induk IBS dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan
dianggotai oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan
(ICU), Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pertahanan.
Jawatankuasa ini berfungsi menyelaras isu-isu polisi berkaitan pelaksanaan IBS
dalam projek-projek Kerajaan.
21
Rajah 2.5 : Jawatankuasa Perlaksanaan IBS.
Sumber : CIDB (2016)
Jawatankuasa Pemantau Penguatkuasaan IBS dipengerusikan oleh Ketua
Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan
dianggotai oleh ICU, UPE dan Kementerian Kewangan. Jawatankuasa ini berfungsi
memantau penguatkuasaan pelaksanaan kaedah IBS dalam projek-projek Kerajaan.
Sekretariat IBS Kebangsaan pula dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha,
Kementerian Kerja Raya dan dianggotai oleh Jabatan Kerja Raya, Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Agensi-agensi pusat dan
Bahagian-bahagian Pembangunan Kementerian yang melaksanakan projek
pembangunan. Berikut adalah fungsi Jawatankuasa Sekretariat IBS:
i. Memantau pelaksanaan IBS dalam projek-projek Kerajaan;
ii. Menyemak dan mengemas kini pangkalan data bagi semua projek Kerajaan
yang menggunakan kaedah sistem IBS;
22
iii. Menyelaras penyediaan katalog komponen IBS dan memantau pematuhan
kepada standard piawaian MS 1064; dan
iv. Mengadakan mesyuarat secara berkala bersama CIDB, JKR, Agensi-agensi
pusat dan Bahagian-bahagian Pembangunan Kementerian bagi mendapatkan
maklum balas pelaksanaan projek IBS.
Jawatankuasa Pengurusan Komponen IBS pula adalah menyokong
pelaksanaan projek-projek IBS Kerajaan dan menyediakan satu industri berasaskan
komponen IBS. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
2.4 Manual Sistem Skor IBS (CIS 18:2010)
Bagi menepati garis panduan dalam penggunaan bahan daripada sistem
binaan berindustri (IBS), pihak yang menjalankan projek boleh merujuk kepada
manual Sistem Skor IBS. Contoh pengiraan juga disertakan bagi memudahkan pihak
yang terlibat membuat rujukan dan semakan. (CIDB, 2010b).
2.5 Latar belakang Manual Sistem Skor IBS (CIS 18:2010)
Manual untuk sistem Skor IBS telah diterbitkan pada Januari 2005 oleh
CIDB. Sejak beberapa tahun, CIDB telah mengumpul produk baru IBS, maklumat
dan pertanyaan bagi meningkatkan atau menambah baik manual ini. Sistem Skor IBS
April 2010 hendaklah terpakai bagi kerja-kerja bangunan baru yang dibuat pada atau
23
selepas April 2010 dan menggantikan manual Sistem Skor IBS yang sebelum ini.
Kandungan IBS Sistem Skor (Skor IBS) adalah satu sistem penilaian yang sistematik
dan berstruktur yang boleh digunakan untuk mengukur penggunaan sistem binaan
berindustri (IBS) dengan cara yang konsisten (CIDB, 2010b).
2.6 Objektif Sistem Skor IBS (CIS 18:2010)
Objektif Manual ini adalah untuk menyediakan satu sistem penilaian yang
berstruktur untuk Skor IBS. Ia menggariskan formula Skor IBS, Faktor IBS bagi
setiap elemen yang digunakan di dalam bangunan, kaedah pengiraan Skor IBS, nota-
nota serta pengiraan sampel. Ia juga bertujuan untuk memberi panduan bagi setiap
profesional untuk menilai Skor IBS kepada projek bangunan (CIDB, 2010b).
2.7 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Sistem Skor IBS
Faktor-faktor yang diberikan ini adalah berdasarkan kepada penelitian dari
aktiviti yang dijalankan oleh penggiat industri pembinaan IBS seperti yang tertera.
Untuk keseluruhan faktor-faktor ini dibentuk untuk dilampirkan sebagai borang kaji
selidik bagi melihat sejauh mana ia dapat menpengaruhi sistem Skor IBS. Faktor-
faktor yang mempengaruhi sistem Skor IBS adalah merangkumi faktor kos, reka
bentuk dan pengangkutan (CIDB, 2010a).
24
2.7.1 Faktor Kos
Kontraktor merasakan berhadapan dengan kos pembinaan yang tinggi. Ini
berikutan harga bahan binaan yang meningkat. Berdasarkan faktor ini, kontraktor
mempunyai pilihan untuk meminimumkan segala kos pembinaan keseluruhan. Kos
buruh tempatan adalah RM50.00 – 120.00 sehari manakala kos buruh asing adalah
sebanyak RM50.00 – 70.00 sehari. Faktor ini menyebabkan kontraktor lebih
cenderung memilih buruh asing dan mengetepikan hak buruh tempatan berkerja
dinegara sendiri. Kedudukan projek pembinaan berhampiran dengan kawasan
pembangunan baru yang berpotensi dengan nilai projek RM100 juta. Contoh projek-
projek akan datang adalah institusi pendidikan, kemudahan infrastruktur, kawasan
perumahan baru, kawasan industri baru dan pusat perniagaan baru kawasan. 20% kos
dibelanjakan untuk tanah manakala modal permulaan mencecah RM5 -30 Juta
(CIDB (2010a).
Skor IBS yang lebih tinggi mencerminkan pengurangan buruh tapak,
pembaziran yang lebih rendah, pengurangan bahan-bahan di tapak, persekitaran yang
lebih bersih, kualiti yang lebih baik, tapak pembinaan yang lebih kemas dan selamat,
penyiapan projek dengan lebih cepat serta jumlah kos pembinaan yang lebih
rendah.
2.7.2 Faktor Reka Bentuk
Pada peringkat reka bentuk, kontraktor merasakan perlu menetapkan konsep
atau reka bentuk yang tertentu supaya memudahkan proses pemasangan ditapak
pembinaan. Keupayaan dalam mereka cipta sesuatu komponen juga memerlukan
25
kepakaran yang tinggi. Reka bentuk yang terdapat dalam menentukan Skor IBS
menekankan kepada ciri-ciri berikut:
i. Kebolehulangan.
ii. Komponen penggunaan seragam.
iii. Pengeluaran komponen di luar tapak.
iv. Penggunaan komponen pasang siap dan pratuang.
v. Reka bentuk Komponen bangunan berdasarkan "Guide to Modular
Coordination Building" Malaysian Standard, MS 1064.
Kaedah penentuan Skor IBS direka bukan sahaja untuk menjadi satu proses
yang mudah tetapi berkesan. Mata diberi berdasarkan kepada Faktor-faktor IBS dari
segi elemen struktur dan dinding yang digunakan. Pengulangan yang tinggi dalam
reka bentuk serta lain-lain kaedah pembinaan (Solution) juga menyumbang kepada
jumlah skor. Mata akan dijumlahkan untuk memberi Skor IBS bangunan tersebut.
Skor IBS untuk pembangunan projek keseluruhan yang terdiri daripada sekumpulan
bangunan juga disediakan (CIDB, 2010).
2.7.3 Faktor Pengangkutan
Kontraktor merasakan jarak di antara pengilang produk IBS dan lokasi
pembinaan memerlukan perancangan yang rapi supaya komponen yang di hantar
mudah diuruskan. Ia memerlukan kepakaran dalam pengurusan logistik bagi
menjamin keselamatan serta kualiti produk terjamin ketika sampai di tapak bina.
26
2.8 Kaedah Pengiraan Kandungan Manual Sistem Skor IBS
Menurut CIDB (2010b), borang Pengiraan Sistem Skor IBS boleh dimuat
turun dari laman rasmi sesawang CIDB di www.cidb.gov.my atau di semua pejabat
CIDB Negeri. Borang yang telah lengkap boleh dikembalikan kepada CIDB berserta
dokumen-dokumen lampiran untuk dinilai. Nilai maksimum Skor IBS untuk
bangunan adalah 100 mata. Skor IBS terdiri daripada komponen-komponen berikut:
i. Bahagian 1 – Sistem Struktur (Skor Maksimum ialah 50 mata) Mata diberi
untuk pelbagai jenis sistem struktur yang digunakan. Contohnya rasuk
konkrit pratuang dan tiang, keluli, kayu pasang siap, dan lain-lain.
ii. Bahagian 2 – Sistem Dinding (Skor Maksimum ialah 20 mata) Mata diberi
berdasarkan kepada pelbagai jenis sistem dinding yang digunakan.
Contohnya panel konkrit pratuang, kaca, partition kering, kerja blok dan lain-
lain.
iii. Bahagian 3 – Lain-lain kaedah binaan (Solution) (Skor Maksimum ialah 30
mata) Mata diberi berdasarkan kepada penggunaan dari lain-lain kaedah
binaan (Solution). Contohnya komponen-komponen standard MS 1064 , dan
pengulangan susun atur struktur.
27
2.8.1 Formula Bagi Keseluruhan Bangunan
Di dalam kandungan manual Sistem Skor IBS, formula utama yang
dicatatkan dalam Manual Sistem Skor IBS adalah seperti ringkasan berikut:
SKOR IBS = SKOR BAGI SISTEM STRUKTUR +
SKOR BAGI SISTEM DINDING +
SKOR BAGI LAIN-LAIN KAEDAH BINAAN
50 ∑ [𝑄𝑆
𝑄𝑆𝑇𝐹𝑆] + 20 ∑ [
𝑄𝑊
𝑄𝑊𝑇𝐹𝑊] + 𝑆
Sumber : CIDB, 2010
Where:
∑ = Jumlah
𝑄𝑆 = Struktur sistem bagi Kawasan binaan
𝑄𝑆𝑇 = Jumlah kawasan binaan bangunan termasuk bumbung
𝐹𝑆 = Faktor IBS bagi sistem struktur dari Jadual 1 & Jadual 2
𝑄𝑊 = Panjang sistem dinding (dalaman atau luaran)
𝑄𝑊𝑇 = Jumlah panjang dinding (dalaman atau luaran)
𝐹𝑊 = Faktor IBS bagi sistem dinding dari Jadual 2
𝑆 = Faktor IBS bagi lain-lain kaedah binaan dari Jadual 3
28
2.8.2 Skor IBS Sistem Struktur
Jadual 2.1 menunjukkan jadual yang boleh dirujuk untuk menentukan nilai
bagi Skor IBS Sistem Struktur.
Jadual 2.1 : Skor IBS bagi Sistem Struktur merujuk kepada Jadual 1
seperti yang tercatat di dalam Manual Sistem Skor IBS
Sumber : CIDB, 2010
Jadual 1.
Skor IBS Bagi Sistem
Struktur
SY
ST
EM
FLOOR
COLUMN
&BEAM (5)
Precast
concrete
slab(1)
In-situ
concrete
on
permanent
metal
formwork
In-situ
concrete
using
reusable(3)
system
formwork
In-situ
concrete
using
timber(4)
formwork
Steel
flooring
system
Timber
frame
flooring
system
No
floor(8)
CO
NC
RE
TE
Precast column and
beam 1.0 0.9 0.7 0.6 1.0 1.0 1.0
Precast column and
in-situ beams using
reusable(3)
formwork
0.9 0.8 0.6 0.5 0.9 0.9 0.8
Precast column and
in-situ beams using
timber(4)
formwork
0.8 0.7 0.5 0.4 0.8 0.8 0.7
Precast beams and
in-situ columns
with reusable(3)
system formwork
0.9 0.8 0.6 0.5 0.9 0.9 0.8
Precast beams and
in-situ columns
using timber(4)
formwork
0.8 0.7 0.5 0.4 0.8 0.8 0.7
In-situ column and
beams using
reusable(3)
system
formwork
0.7 0.6 0.5 0.3 0.7 0.7 0.6
In-situ column and
beams using
timber(4)
formwork
0.6 0.5 0.3 0.0 0.6 0.6 0.0
LO
AD
BE
AR
ING
BL
OC
KW
OR
K(7
)
Vertical and
horizontal member
systems / structure
0.8 0.7 0.6 0.5 0.8 0.8 0.7
ST
EE
L
Steel columns and
beams 1.0 0.9 0.7 0.6 1.0 1.0 1.0
29
i. Skor IBS Sistem Struktur
50 ∑ [𝑄𝑆
𝑄𝑆𝑇𝐹𝑆]
Sumber : CIDB, 2010
Di mana:
𝑄𝑆/𝑄𝑆 – peratusan kawasan pembinaan yang mana sistem struktur tertentu
digunakan; daripada jumlah kawasan pembinaan bangunan termasuk
bumbung
𝐹𝑆 - Faktor IBS untuk sistem struktur tertentu dari Jadual 1 dan Jadual 1A
i. Skor IBS maksimum untuk bahagian ini ialah 50 mata.
ii. Skor IBS bagi sistem struktur tertentu ialah produk dari peratusan kawasan
pembinaan dilindungi oleh sistem dan skor IBS yang sepadan dari Jadual 1.
Untuk mencapai Skor IBS, ia didarab dengan skor 50 mata.
iii. Untuk kesederhanaan, dimensi bagi pengiraan kawasan pembinaan mungkin
perlu dari garisan grid atau kaedah lain seperti pengukuran langsung daripada
lukisan. Kawasan pembinaan bagi struktur diambil dari kawasan pelan
dilindungi oleh garisan bangunan dibawahnya. Seperti, kawasan pembinaan
bumbung adalah sama dengan kawasan pembinaan rasuk/ tiang di bawahnya.
Rujuk examples in Seksyen 6.
iv. Bagi elemen yang tidak mendatar, contohnya bumbung, tangga dan semua
permukaan bercerun; kawasan pelan hendaklah digunakan untuk pengiraan.
30
v. Pengiraan Skor IBS termasuk elemen-elemen superstruktur dari bangunan
sahaja. Kerja-kerja sub-struktur, jalan masuk, apron dan kawasan landskap
tidak diambil kira dalam pengiraan.
vi. Jadual 1 menyediakan Faktor-faktor IBS bagi kombinasi lantai biasa dan
sistem rasuk/ tiang yang digunakan manakala Jadual 1A, menyatakan 𝐹𝑆, bagi
pelbagai jenis sistem bumbung. Bagi sistem struktur tertentu yang tidak biasa
digunakan dan tidak dinyatakan dalam Jadual 1, 𝐹𝑆 boleh diperolehi dari
Pusat IBS, CIDB.
vii. Bagi bangunan yang menggunakan sistem multi-struktur, penglibatan setiap
sistem adalah dikira dan dijumlahkan sehingga mencapai Skor IBS
keseluruhan untuk kombinasi sistem struktur.
Seterusnya pengguna boleh merujuk kepada nota yang mencatatkan maksud
nombor yang terdapat di dalam tanda kurungan, contohnya nombor (1) bagi
mengetahui maksud dan fungsi pengiraan seperti dibawah:
Nota:
1) Papak konkrit pratuang termasuk papak separuh, papak teras berongga,
dan papan konkrit pratuang prategangan.
2) Papak konkrit pratuang termasuk produk yang disediakan dari kilang,
penyediaan tapak atau penggunaan sistem kecondongan.
3) Penggunaan semula acuan termasuk plastik, gentian kaca, logam,
aluminium, dan lain-lain acuan logam yang boleh digunakan tidak kurang
dari 20 kali.
4) Acuan kayu bermaksud komponen kayu yang bersaiz, dipotong dan
dibuat di situ untuk membentuk acuan dan kerja sementara yang
diperlukan.
5) Bagi sistem struktur menggunakan dinding galas beban, sama ada
pratuang atau dibuat di situ, faktor boleh dikenal pasti daripada jadual
dengan merawat tembok sebagai ruang yang luas.
31
6) Faktor IBS bagi sistem acuan terowong ialah 0.6.
7) Beban penghalang beban termasuk blok saling, unit batu konkrit, blok
kosong dan blok ringan.
8) Ini adalah untuk struktur tanpa lantai. Rujuk contoh di Seksyen 6.
9) Bagi sistem struktur lain tidak dinyatakan di dalam jadual, Faktor IBS
rujuk IBS Centre, CIDB.
Jadual 2.2 menunjukkan Jadual 1A menyediakan faktor IBS, 𝐹𝑆 untuk
pelbagai jenis sistem bumbung.
Jadual 2.2 : Faktor IBS Bagi Struktur Bumbung - 𝐹𝑆
Sumber : CIDB, 2010
Nota:
1. Precut bermaksud bahagian logam dipotong dan bersaiz di kilang tetapi
dipasang di situ.
2. Bumbung-bumbung kayu bermaksud komponen kayu dipotong, disusun
dan di-situ untuk membentuk formwork dan kerja-kerja sementara yang
diperlukan.
Jadual 1A. Faktor IBS Bagi Struktur Bumbung - 𝐹𝑆
Bil. Sistem Bumbung Faktor IBS
a. Kekuda bumbung kayu pasang siap 1.0
b. Kekuda bumbung logam pasang siap 1.0
c. Precut(1) metal roof truss 0.5
d. Timber roof trusses(1) 0.0
32
2.8.3 Skor IBS Sistem Dinding
Untuk mendapatkan pengiraan Skor IBS bagi sistem dinding adalah seperti
yang ditunjukkan dibawah:
20 ∑ [𝑄𝑊
𝑄𝑊𝑇𝐹𝑊]
Sumber : CIDB, 2010
Di mana,
𝑄𝑊/𝑄𝑊𝑇 – Nisbah panjang sistem dinding tertentu (luaran atau dalaman) yang
digunakan dari jumlah panjang dinding bangunan.
𝐹𝑊 - Faktor IBS untuk sistem dinding tertentu, dari Jadual 2.
i. Skor IBS maksimum bagi bahagian ini ialah 20 mata.
ii. Nilai IBS untuk sistem dinding adalah penjumlahan produk nisbah panjang
dinding yang dilindungi oleh sistem dinding dan Faktor IBS yang sepadan.
Untuk mencapai Skor IBS, darabkannya dengan skor 20 mata.
iii. Dinding bawah tanah luaran untuk tujuan penahan bumi dan dinding partikel
tandas dikecualikan daripada pengiraan. Untuk dinding rongga,
pertimbangkan dua kulit berasingan sebagai dinding.
iv. Parapet dan dinding koridor / balkoni mesti dikira dalam pengiraan.
v. Bagi bangunan yang menggunakan sistem berbilang dinding, sumbangan
supaya setiap sistem dikira dan berjumlah sehingga mencapai jumlah Skor
IBS untuk sistem dinding.
vi. Jadual 2 menyediakan Faktor IBS untuk pelbagai sistem dinding biasa.
Untuk sistem dinding yang tidak biasa tidak disebutkan dalam Jadual 2,
faktor ini boleh diperolehi daripada IBS Center, CIDB.
33
Jadual 2.3 menunjukkan tentang Faktor IBS yang terdapat pada sistem
dinding merujuk kepada Jadual 2 CIS 18:2010.
Jadual 2.3 : Faktor IBS Bagi Sistem Dinding
Jadual 2
Bil Sistem Dinding Faktor IBS
1 ‘Precast’ Panel Konkrit (1)
1.0
2 Pelapisan Dinding(2)
1.0
3 Panel kayu yang diperbuat 1.0
4 Panel kaca ketinggian penuh(3)
1.0
5 Sistem dinding kering(4)
1.0
6 Konkrit in-situ dengan sistem acuan yang boleh diguna
semula(5)
0.5
7 Konkrit dalam-situ dengan kerja kayu(6)
0.0
8 Sistem blockwork(7)
0.5
9 ‘Brickwall’ / dinding blok pra-pasang (8)
1.0
10 ‘Brickwall’ biasa 0.0
Sumber : CIDB, 2010
Nota:
1. ‘Precast’ Panel konkrit termasuk panel sandwic, panel pepejal dan
tingkap bay. Konkrit prategang termasuk produk-produk ‘precast’
dikilang, ‘site precasting’ atau penggunaan sistem kecondongan.
2. Pelapisan dinding terdiri daripada panel sementara sebagai dinding
atau fasad dan bukan sebagai skim ke dinding bata
3. Untuk tingkap ketinggian penuh, gunakan Faktor IBS untuk kaca
panel. Untuk dinding dengan tingkap hight tidak lengkap, ambil bahan
paling tinggi atau terluas contohnya ‘brickwall’, dinding pracetak,
kaca, dan lain-lain.
34
4. ‘Precast’ dinding kering termasuk panel bersimen dan papan gipsum
komposit.
5. ‘Formwork’ yang boleh digunakan semula termasuk plastik, kaca,
keluli, aluminium dan bahan logam lain yang dapat digunakan
berulang kali.
6. Kayu kerja kayu bermakna komponen kayu adalah saiz, potongan dan
fabrikasi di-situ untuk membentuk bentuk dan kerja sementara yang
diperlukan. Ini biasanya dirujuk sebagai kerja keras kayu yang dibina.
Kayu termasuk papan lapis.
7. Sistem ‘Blockwork’ sama ada (galas beban atau tidak galas beban)
termasuk blok berongga, blok ‘interlock’, blok konkrit ringan yang
boleh diletakkan pada mortar pelekat.
8. Pra-memasang ‘brickwall/blockwork’ bermaksud bata yang diletakkan
dalam bentuk panel dan diangkut ke tapak.
9. Dinding dibina dengan menggunakan kerja terowong, gunakan Faktor
0.6. Untuk sistem dinding lain yang tidak disebutkan di dalam jadual,
sila rujuk kepada IBS Center, CIDB untuk Faktor IBS.
2.8.4 Skor IBS Lain-lain kaedah binaan (Solutions)
Rujukan seterusnya kepada kaedah binaan lain adalah menggunakan formula
berikut:
S
i. Bahagian 3 dari formula menyediakan mata bagi mereka yang menggunakan
kaedah pembinaan atau penyelesaian yang dapat menyumbang kepada
objektif perindustrian melalui standardisasi dan pengulangan.
35
ii. Mata diberikan berdasarkan peratusan penggunaan atau liputan penyelesaian
tertentu dan disimpulkan untuk membentuk Skor IBS untuk bahagian ini.
Tiada mata diberikan jika penggunaan kurang daripada 50%.
iii. Skor maksimum untuk bahagian ini ialah 30 mata.
iv. Untuk item 1 - penggunaan komponen piawai berdasarkan MS 1064, Jadual
ini hendaklah dibaca bersamaan dengan Standard Malaysia MS 1064:
Bahagian 10: 2001 - Saiz Penyelarasan dan Saiz Pilihan untuk Komponen
Konkrit Bertetulang.
v. Peratusan penggunaan untuk setiap jenis ciri reka bentuk dibahagikan kepada
2 kategori:
a. 50% ≤ X < 75%
b. 75% ≤ X ≤ 100%
Jadual 2.4 menunjukkan tentang Skor IBS bagi Kaedah binaan lain. Peratusan
penggunaan juga ditunjukkan bagi memudahkan pengguna membuat pengiraan.
Jadual 2.4 : Skor IBS Bagi Pembinaan Mudah Yang Lain
Merujuk kepada Jadual 3 CIS 18:2010
Jadual 3
Bil Unit Skor IBS
Peratusaan Penggunaan
Keterangan 50%≤ X
<75%
75%≤ X≤
100%
1
Penggunaan Komponen Bersandar Berdasarkan MS 1064
i. Rasuk (1)
Unit 2 4
ii. Kolum (1)
Unit 2 4
iii. Dinding (1)
m 2 4
iv. Papak (1)
m2 2 4
v. Pintu (2)
Unit
2 4
vi. Tingkap (3)
Unit 2 4
36
Jadual 2.4 : Skor IBS Bagi Pembinaan Mudah Yang Lain
Merujuk kepada Jadual 3 CIS 18:2010 .(Sambungan)
Bil Unit Skor IBS
Peratusaan Penggunaan
Keterangan 50%≤ X
<75%
75%≤ X≤
100%
2
Pengulangan Tata Letak Struktur
a) Untuk bangunan yang melebihi 2
tingkat
i. Pengulangan lantai ke
ketinggian lantai
Unit 1 2
ii. Pengulangan menegak susun
atur lantai struktur
Unit 1 2
iii. Pengulangan mendatar
susunan lantai struktur
Unit 1 2
b) Untuk bangunan yang melebihi
2 tingkat
Pengulangan mendatar susunan
lantai struktur
Unit 3 6
Sumber : CIDB, 2010
Nota:
1. Rujuk kepada MS 1064: Pt 10: 2001 Saiz penyesuaian dan saiz pilihan untuk
komponen konkrit bertetulang. Nilai untuk digunakan dari jadual: rasuk dan
lajur - lebar & kedalaman, dinding - lebar (ketebalan), tebal papak.
2. Rujuk MS 1064: Pt 4: 2001 Saiz penyesuaian dan saiz pilihan untuk set pintu.
3. Rujuk kepada MS 1064: Pt 5: 2001 Saiz penyesuaian dan saiz pilihan untuk
tetingkap tetingkap.
4. ‘Precast’ komponen kemasan/ produk bermakna komponen yang
memerlukan apa-apa kemasan selepas dipasang di tapak seperti plaster,
salutan skim dan lukisan.
37
5. Untuk struktur menggunakan sistem dinding galas beban, (tanpa rasuk &
lajur) 8 markah diberi secara automatik.
6. Bagi rasuk, lajur, dan lajur tanpa konkrit, 4 markah diberi secara automatik
untuk setiap komponen.
7. Buruh lain yang mengurangkan produk, sila berikan butiran dalam
penyerahan.
2.8.5 Skor IBS Projek Bangunan Kumpulan
Jika terdapat sesuatu kes sekumpulan bangunan dalam satu projek, Skor IBS
projek akan dikira dengan mendarabkan peratusan kawasan pembinaan bangunan
masing-masing (daripada jumlah kawasan pembinaan projek); dengan Skor IBS
bangunan persendirian.
∑ [𝑺𝑲𝑶𝑹 𝑰𝑩𝑺 𝑩𝑨𝑮𝑰 𝑩𝑨𝑵𝑮𝑼𝑵𝑨𝑵 𝑿 𝑸𝑺𝑻 (𝒃𝒂𝒏𝒈𝒖𝒏𝒂𝒏)
𝑸𝑺𝑻 (𝒑𝒓𝒐𝒋𝒆𝒌)]
Sumber : CIDB (2010)
Di mana:
∑ = Jumlah
𝑸𝑺𝑻 (𝒃𝒂𝒏𝒈𝒖𝒏𝒂𝒏) = Jumlah bagi kawasan pembinaan bangunan termasuk
bumbung
𝑸𝑺𝑻 (𝒑𝒓𝒐𝒋𝒆𝒄𝒕) = Jumlah bagi keseluruan kawasan pembinaan
bangunan termasuk bumbung
38
Semua struktur utama dalam projek itu, termasuk bangunan tempat letak
kereta, surau, dan sebagainya perlu dipertimbangkan apabila mengira kawasan yang
dilindungi oleh sistem masing-masing. Struktur kecil, misalnya. rumah jaga, tong
sampah dan lain-lain harus dikecualikan daripada pengiraan dengan syarat ia tidak
berada dalam atau berstruktur dengan bangunan utama.
2.9 Mengenal pasti Persepsi Kontraktor Terhadap Sistem Skor IBS
Kontraktor digalakkan untuk berhubung dengan jawatankuasa Sakretariat
Kebangsaan dalam pelaksanaan projek dan mengenali peranan dan tugas utama
jawatankuasa tersebut. Kontraktor diberi peluang dan disyorkan untuk melibatkan
diri dalam melaksanakan projek pembinaan IBS kerana menyediakan informasi
sehenti di Pusat IBS. Terdapat beberapa program yang dianjurkan khusus buat
kontraktor adalah program-program latihan dan perundingan mengenai IBS dan
mempamerkan teknologi IBS melalui projek demonstrasi. Tugas-tugas asas Pusat ini
adalah sebagai Industri perancangan, promosi dan pemasaran, pengesahan dan
latihan pensijilan dan pembangunan teknologi. Pada masa ini, pusat IBS ini
menawarkan tujuh kursus latihan profesional:
i. Modul IBS01: Pengenalan kepada IBS dan Kordinasi Modular
ii. Modul IBS02: pengiraan Skor IBS dan penyerahan
iii. Modul IBS03: Precast perancangan konkrit dan pelaksanaan
iv. Modul IBS04: Analisis dan reka bentuk struktur pratuang konkrit
v. Modul IBS05: Analisis dan reka bentuk struktur kerangka keluli
vi. Modul IBS06: Penyelarasan reka bentuk Modular
vii. Modul IBS07: Perolehan dan pentadbiran kontrak
39
CIDB sentiasa menawarkan kursus-kursus untuk kontraktor untuk menjadi
pemasang komponen IBS di bawah Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan bagi
Industri Pembinaan (NOSS) yang dijalankan di bawah Personel dan Kontraktor
Sektor Pembangunan CIDB. Manual Sistem Pemarkahan Skor IBS diberi penekanan
dalam kursus sebegini supaya kontraktor tidak tersasar dari garis panduan dan
mematuhi standard piawaian MS 1064.
Kontraktor didedahkan dengan pengiraan faktor-faktor IBS dalam pengiraan
Sistem Skor IBS (CIS 18:2010). Formula pengiraan meliputi kesemua sistem
bangunan termasuk sistem struktur, sistem dinding dan sistem lain yang boleh
menjadi solusi kepada komponen pemasangan IBS. Di dalam Manual Sistem Skor
IBS tersebut, contoh pengiraan Skor bagi bangunan kediaman ‘landed’, bangunan
tinggi dan pelan tapak jugak dinyatakan dengan terperinci secara tidak langsung
berkesan menambah baik projek yang akan dilaksanakan oleh kontraktor.
Keperluan bagi perubahan atau mempertingkatkan kualiti Sistem Skor IBS
sangat diutamakan bergantung pada kefahaman dan pandangan semua pihak yang
terlibat. Peningkatan projek IBS dari tahun ke tahun membuktikan saranan kerajaan
dipenuhi. Penekanan yang dibangkitkan dalam surat pekeliling penggunaan
komponen IBS dalam projek-projek kerajaan mestilah tidak kurang daripada 70%
dan kemasukan IBS sebagai sebahagian daripada dokumen kontrak untuk kerja-kerja
semua bangunan kerajaan (Hamid et al, 2008).
40
2.10 Rumusan Bab
Rumusan daripada bab ini dapat mengetahui kewujudan Manual Sistem Skor
IBS yang bertujuan untuk membantu kontraktor mendapatkan rujukan standard yang
dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pembinaan Malaysia kepada syarikat
mereka. Selain itu, bab ini menerangkan garis panduan pengiraan mengikut projek
pembinaan mengikut komponen-komponen dalam sistem bangunan berindustri IBS.
Jelas sekali penglibatan kontraktor di dalam industri pembinaan tidak dipandang
rendah kerana pihak bertanggungjawab sentiasa memikirkan cara untuk
memudahkan kontraktor agar dapat mengaplikasikan penggunaan sistem Skor IBS
dalam projek mereka dan bersaing antara satu sama lain. Selain daripada itu, dapat
dirumuskan persepsi awal kontraktor disamping mengenal pasti keberkesanan sistem
Skor IBS secara teorinya. Bagi mencapai objektif kajian secara lebih terperinci,
kajian selanjutnya di dalam bab empat (4) akan dilakukan.
41
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan kaedah yang digunakan sepanjang kajian ini dijalankan.
Elemen penting yang perlu diutamakan sebelum sesuatu kajian dimulakan adalah
dengan membuat perancangan dan pemilihan metodologi yang tepat serta
bersesuaian. Segala prosedur kajian dan peraturan yang telah ditetapkan hendaklah
difahami dan diikuti bagi menghasilkan satu keputusan kajian yang mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi. Menurut Chua Yan Piaw (2006), reka bentuk kajian
merupakan satu tatacara mengumpul dan mengolah data berdasarkan perancangan
khusus dan sistematik yang melibatkan serangkaian pemboleh ubah dalam sesebuah
kajian.
3.2 Responden
Responden yang dipilih bagi kajian ini merupakan seorang yang sesuai dan
layak menjawab persoalan kajian untuk memastikan hasil analisis bertepatan dan
42
mencapai objektif kajian. Bagi kajian ini, responden terdiri daripada kontraktor yang
menjalankan projek teknologi Sistem Bangunan Berindustri (IBS) yang aktif di
sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.
3.3 Metodologi Kajian
Metodologi kajian bertujuan memberi panduan dalam mencapai matlamat
dan objektif kajian yang dikehendaki. Menurut Rajasekar (2006), metodologi kajian
merupakan pendekatan sistematik untuk menyelesaikan masalah. Kaedah yang akan
dijalankan ini membolehkan proses pencarian maklumat dan setiap persoalan yang
dikehendaki adalah mencapai sasaran objektif yang dibangkitkan. Keputusan yang
diperolehi dari persoalan akan menunjukkan hasil yang akan dibentangkan dan
seterusnya diikuti dengan perbincangan serta cadangan dan rumusan terhadap kajian
yang dijalankan.
3.4 Peringkat Metodologi Kajian
Rajah 3.1 menunjukkan carta-alir metodologi kajian memaparkan tentang
aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan bermula daripada pemilihan tajuk dan berakhir
apabila laporan akhir siap. Secara asasnya kajian ini yang terbahagi kepada empat (4)
peringkat seperti dibawah:
i. Peringkat pertama – pemilihan tajuk
ii. peringkat kedua – reka bentuk penyelidikan
iii. peringkat ketiga – analisis data
43
iv. peringkat keempat – kesimpulan dan cadangan
---------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------
Rajah 3.1: Carta alir metodologi kajian
Kajian Literatur dan Perbincangan awal
Mengenal pasti Pernyataan Masalah
Objektif Kajian
Skop Kajian
Pengumpulan Data
Data Sekunder
Buku Rujukan
Tesis
Kertas Seminar
Keratan Akhbar
Data Primer
Soal Selidik
Penganalisisan Data
Rumusan dan Cadangan
Penyediaan dan Penulisan Laporan Kemajuan
Penyelidikan
Penyerahan
44
3.5 Pemilihan Tajuk Kajian
Pada peringkat pertama, bagi mengenal pasti bidang tajuk yang akan
dicadangkan penyelidik perlu membuat perbincangan dengan penyelia. Jenis tajuk
dan kajian kes yang sesuai adalah perlu dalam menentukan kejayaan analisis ini. Ia
perlu diseimbangkan dengan kemudahan yang akan diperoleh dalam proses untuk
mendapatkan gambaran tepat tentang tajuk pilihan. Pembahagian masa dan jadual
perancangan yang berkesan sangat penting dalam menyiapkan analisis ini.
Setelah pemilihan tajuk kajian, penyataan masalah, objektif kajian yang ingin
dicapai, kepentingan dan skop kajian ditentukan. Pengumpulan maklumat
dilaksanakan melalui pemerhatian dan penelitian dari masa ke semasa serta hasil
perbincangan dengan penyelia kajian dan beberapa pihak lain. Perbincangan awal
dengan penyelia banyak membantu memberi nasihat, cadangan dan idea meliputi
pelbagai aspek termasuk turutan kerja yang perlu dilakukan, sumber-sumber
maklumat yang boleh didapati serta persediaan bagi menghadapi masalah-masalah
yang mungkin timbul semasa menjalankan kajian.
Pengumpulan maklumat dibuat untuk menyiapkan kajian literatur. Maklumat
berkenaan kajian literatur diperolehi daripada pelbagai sumber seperti penulisan
buku-buku yang berkaitan tajuk kajian, jurnal dalam talian, keratan akhbar, kajian
terdahulu, kamus, laman sesawang rasmi Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB) dan yang berkaitan.
45
3.6 Reka Bentuk Kajian
Pada peringkat ini, metodologi pengkajian membincangkan strategi dan
teknik yang digunakan dalam kajian ini. Kaedah pengkajian dapat didefinisikan
sebagai kaedah yang dapat digunakan untuk mencapai objektif kajian (Naoum,
2007).
Menurut Naoum (2007), penyelidikan kuantitatif digunakan sebagai
penyelidikan dalam masalah sosial atau manusia berdasarkan kepada pengujian
hipotesis ataupun teori yang terdiri dari pembolehubah, diukur dengan angka dan
dianalisis dengan prosedur statistik, untuk menentukan kebenaran hipotesis atau
teori.
Sumber data utama untuk melengkapkan kajian yang digunakan dalam kajian
ini adalah dari sumber yang boleh dirujuk iaitu melalui soal selidik. Menurut Azizi
(2006), sumber utama ialah sumber yang didapati melalui temu ramah dengan orang
terlibat dalam sesuatu kejadian. Penggunaan ujian statistik terhadap sesuatu kajian
adalah sebagai usaha untuk menerangkan, menjelaskan atau mencari perhubungan
antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam suatu penyelidikan. Oleh itu, reka
bentuk penyelidikan ini menggunakan kaedah pengkajian kuantitatif seperti
ditunjukkan dalam Jadual 3.1
Jadual 3.1 : Reka bentuk Kajian
Reka bentuk
Kajian
Kaedah
Pengumpulan
Responden/
Sampel
Jenis Data
Kajian
Deskriptif
Soalan
Kaji Selidik Kontraktor
Kuantitatif
(Soalan Terbuka)
46
3.6.1 Kaedah Kuantitatif Yang Digunakan Dalam Kajian Ini
Satu set borang soal selidik disediakan kepada kalangan Konsultan, Jurutera
Perunding, Arkitek (penggiat industri pembinaan) dan Kontraktor-kontraktor yang
menjalankan projek menggunakan teknologi IBS di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Selangor. Data yang diperolehi kemudiannya dikumpulkan bagi
mencapai sasaran objektif pertama dan kedua. Penerangan yang jelas perlu dibuat
agar mereka yang terlibat dalam soal selidik ini memahami keperluan dan kehendak
kajian ini. Kesemua data akan dikumpulkan dan dianalisis yang membawa kepada
keputusan, perbincangan dan akhirnya cadangan.
Melalui penggunaan borang soal selidik, maklumat yang lebih baik dapat
diberikan oleh responden dengan mengambil masa yang sesuai untuk menjawab
sendiri soal selidik yang diterima.
3.7 Pengumpulan Data
Pada peringkat ini, segala maklumat yang terkumpul akan dianalisis satu
persatu bagi menghasilkan jawapan kepada objektif. Di sini pengkhususan dibuat
mengikut kehendak kajian. Untuk kajian ini, Kaedah penyelidikan deskriptif
digunakan bagi menganalisis data.
Jadual 3.2 menunjukkan bagaimana susun atur maklumat yang dikumpul
untuk peringkat kajian yang berikutnya.
47
Jadual 3.2 : Maklumat Dikumpul Untuk Kajian
3.8 Populasi dan Pensampelan
Populasi merujuk kepada keseluruhan dari aspek yang ingin dikaji seperti
peristiwa, barangan, manusia dan sebagainya. Istilah ‘sampel’ bermaksud spesimen
atau sebahagian daripada keseluruhan (populasi) yang diambil kira utnuk
menunjukkan seperti apa yang ada selebihnya.
Populasi responden kajian ini adalah kontraktor industri pembinaan yang
terlibat dengan sistem skor IBS. Berdasarkan kepada maklumat Kontraktor, dirujuk
dari laman web Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) terdapat lebih
dari 500 kontraktor yang berdaftar dan menjalankan projek pembinaan IBS. Daripada
jumlah tersebut, seramai 30 kontraktor telah memberikan maklumbalas.
Bil. Objektif Kaedah Kajian
1.
Mengenal pasti faktor-faktor
yang mempengaruhi Sistem
Skor IBS dalam projek
pembinaan.
Borang kaji selidik :
melibatkan tahap
kecenderungan 30 responden
daripada kontraktor di sekitar
Lembah Klang.
2.
Mengenal pasti persepsi
penggiat industri pembinaan
terhadap Manual Sistem
Pemarkahan Standard
Industri Pembinaan sedia
ada.
Skop: Kontraktor yang
menjalankan Sistem Skor IBS.
48
3.9 Kajian Instrumen
Pengumpulan data melalui kaji selidik adalah dalam bentuk angka dan
statistik. Responden dengan mudahnya boleh mengisi soalan kaji selidik mereka
sendiri. Borang kaji selidik dipilih sebagai instrumen kajian kerana dianggap sebagai
kaedah yang cepat dan ekonomi dalam menjalankan kajian. Di samping itu, kaji
selidik adalah agak mudah untuk dianalisis dan penyediaan kesahan keputusan yang
agak tinggi. Kaedah ini akan memberi lebih banyak masa kepada responden untuk
menjawab soalan-soalan. Dengan itu kemungkinan kadar tindak balas yang rendah
dapat dikurangkan.
Terdapat tiga bahagian utama dalam rangka borang kaji selidik, iaitu
Bahagian A merujuk kepada latar belakang responden, Bahagian B adalah faktor-
faktor yang mempengaruhi sistem Skor IBS, kebaikan Sistem Skor IBS dan persepsi
tentang sistem Skor IBS, dan Bahagian C adalah cadangan dan pendapat.
Sejumlah 70 set borang kaji selidik diedarkan menerusi e-mel dan ‘google
form’. Sebanyak 25 set diedar melalui kaedah e-mel, manakala 45 set borang kaji
selidik yang sama diedar melalui kaedah ‘google form’ kepada kontraktor yang
terlibat dengan pembinaan IBS.
49
Jadual 3.4: Kandungan Borang Kaji Selidik
BAHAGIAN TAJUK INSTRUMEN
A
Latar belakang responden
Nama
Nama Syarikat
Umur
Kategori Kontraktor
Peranan/ Jawatan
Pengalaman Dalam industri Pembinaan
Jenis Projek Yang Dijalankan
Jenis Sistem IBS Yang Digunakan
Kaedah Mengetahui Sistem Skor IBS
Peratusan Penggunaan Komponen IBS
dalam Pembinaan
Skala Likert
B
Kebaikan dan faktor-faktor yang
mempengaruhi Sistem Skor IBS
Faktor Kos
Faktor Reka bentuk
Faktor Pengangkutan
Skala Likert
C Persepsi tentang Sistem Skor IBS Skala Likert
D Cadangan dan pendapat Skala Likert
50
3.10 Kaedah Pengumpulan Data
Jadual 3.5 menunjukkan reka bentuk kajian. Dengan menggunakan
penghantaran melalui e-mel dan ‘google form’, borang kaji selidik dihantar terus
kepada responden. Responden telah diberikan masa selama dua minggu untuk
mengisi borang kaji selidik dan akan kembali semula kepada penyelidik melalui e-
mel. Kajian telah melibatkan masa selama satu bulan untuk pengumpulan data.
Jadual 3.5: Reka bentuk Kajian
Objektif
Instrumen
Pengumpulan
Maklumat
Maklumat
yang
Dikumpulkan
Sumber Analisis
Maklumat
1
.
2
.
Mengenal pasti
faktor-faktor
yang
mempengaruhi
Skor IBS dalam
projek
pembinaan.
Mengenal pasti
persepsi
penggiat industri
pembinaan
terhadap Manual
Pemarkahan
Standard
Industri
Pembinaan Skor
IBS yang sedia
ada.
Borang Kaji
Selidik
Kontraktor
IBS yang
menggunakan
Sistem Skor
IBS
30
Kontraktor
Indeks
Purata
51
3.11 Analisis Maklumat
Kaedah statistik deskriptif adalah kaedah analisis yang digunakan bagi kajian
ini. Ini kerana kaedah analisis yang paling sederhana yang memberikan gambaran
keseluruhan data yang diperolehi di kumpul, disusun, dipersembah dan diolah secara
terus. Analisis ini akan menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi dan persepsi
Sistem Skor IBS. Bahagian A merupakan maklumat responden yang diproses
menggunakan frekuensi dan peratusan. Manakala Bahagian B dan Bahagian C
menggunakan markah peratusan indeks purata. Gambaran yang lebih jelas dapat
ditunjukkan dengan menggunakan carta.
3.12 Borang Kaji Selidik
Maklumat yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisisan Microsoft
Excel. Pemilihan perisian ini adalah kerana ia lebih memudahkan proses analisis.
Keputusan yang diperolehi akan dibentangkan dalam bentuk jadual. Seterusnya,
setelah data-data dikumpulkan, analisis kekerapan (frequency analysis) dan skala
Likert digunakan. Kaedah ini digunakan kerana ia amat mudah dan sesuai untuk
difahami.
Dalam kaedah ini data-data yang diperolehi akan dikira dalam peratusan
seperti berikut:
Peratusan (%) = Kekerapan Jawapan yang Dipilih x 100
Jumlah responden keseluruhan
52
Borang soal selidik yang akan dihantar mempunyai lima (5) titik penunjuk
skala yang menunjukkan tahap persetujuan oleh responden ke atas soalan-soalan
yang dikemukakan dan ia dipanggil Skala Likert di mana kaedah analisis ini telah
diperkenalkan oleh Rensis Likert, Salkind (2003). Pengukuran jawapan responden
dilihat sama ada bersetuju atau tidak berdasarkan kepada sesuatu kenyataan yang
berkaitan dengan cita rasa manusia. Melalui kenyataan yang telah disenaraikan,
responden akan memberikan pandangan tahap persetujuannya berdasarkan kepada
lima (5) titik penunjuk skala seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.6.
Jadual 3.6 : Penunjuk Skala
No. Perkara Skala
i. Sangat Tidak Setuju 1
ii. Tidak Setuju 2
iii. Agak Setuju 3
iv. Setuju 4
v. Sangat Setuju 5
Keseluruhan skor yang diperolehi akan dijumlahkan. Jumlah keseluruhan
tersebut akan dibahagikan untuk mendapat skor min. Min yang mempunyai skor min
yang tertinggi merupakan pertimbangan yang paling tinggi disusuli dengan pilihan
lain dengan mengikut tingkat min skor tertinggi ke skor yang terendah. Berpandukan
objektif kajian, data akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta atau graf.
Untuk menentukan jumlah skor yang diperolehi, indeks purata digunakan
dalam menganalisis soalan berskala likert. Julat bermula dengan 1 hingga 5. Contoh
pengiraan ditunjukkan dalam ruangan di berikut:
53
Contoh Pengiraan,
Jadual 3.7 menunjukkan contoh pengiraan untuk Indeks Purata.
Jadual 3.7: Contoh Pengiraan untuk Indeks Purata
No. Perkara Skala Skor Kekerapan
i. Sangat Tidak Setuju 1 0
ii. Tidak Setuju 2 0
iii. Agak Setuju 3 3
iv. Setuju 4 12
v. Sangat Setuju 5 15
Indeks purata = (1 x 0) + (2 x 0) + (3 x 3) + (4 x 12) + (5 x 15)
0 + 0 + 3 + 12 + 15
Indeks Purata = 132
30
= 4.40
𝐱 =∑ 𝑿𝒊
𝑵
Di mana,
𝐱 = Indeks purata
∑ 𝑿𝒊 = Jumlah skor atau pemerhatian
dalam set
𝑵 = Jumlah skor nombor atau
pemerhatian dalam set
54
Indeks purata yang diperolehi daripada pengkaji kemudiannya dikategorikan
kepada 3 kategori untuk soalan urutan pangkat dan lima kategori untuk soalan skala
likert berdasarkan julat purata yang ditunjukkan seperti berikut:
Julat purata = Skala besar – Skala kecil
5
(untuk Soalan Skala Likert) = (5 – 1)/5
= 0.80
Selepas itu, indeks purata dijadualkan dan dikategorikan mengikut 5 kelas
yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.8.
Jadual 3.8: Julat Purata untuk Soalan Skala Likert
Kekerapan Purata
Sangat Tidak Setuju
Tidak Bersetuju
Agak Setuju
Setuju
Sangat Setuju
1.00 – 1.80
1.81 – 2.60
2.61 − 3.40
3.41 – 4.20
4.21 – 5.00
3.13 Kesimpulan dan Cadangan
Peringkat akhir kaedah penyelidikan adalah kesimpulan dan cadangan.
Kesimpulan terhadap hasil kajian dan menyatakan rumusan daripada analisis data
yang diperolehi. Cadangan dibuat untuk mengatasi kelemahan kajian ataupun
saranan kepada kajian seterusnya.
55
3.14 Rumusan Bab
Bab ini membincangkan tentang metodologi kajian yang akan digunakan di
dalam kajian ini. Kaedah kajian yang dikemukakan berbentuk kuantitatif. Kajian
telah dilakukan kepada anggaran 70 orang penggiat industri pembinaan di Lembah
Klang, bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan dan tahap pemahaman
Manual Pengiraan (CIS 18:2010). Dapatan kajian akan menyokong dapatan
kuantitatif. Seterusnya, analisis dapatan kajian akan dibincangkan di dalam bab
keempat.
56
BAB 4
ANALISIS DAN HASIL KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan objektif kajian iaitu mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi Sistem Skor IBS dalam projek pembinaan dan mengenal pasti persepsi
penggiat industri pembinaan terhadap Manual Pemarkahan Standard Industri Pembinaan
Sistem Skor IBS yang sedia ada. Analisis data dilakukan terhadap data-data yang telah
diambil bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kandungan IBS Skor dan
persepsi pihak penggiat industri pembinaan terhadap manual Kandungan Skor IBS.
Analisis ini juga akan menentukan faktor-faktor yang perlu diambilkira dalam
memperkasakan silabus atau kandungan CIS 18:2010.
57
4.2 Maklumbalas Responden
Dalam kajian ini, sejumlah 70 set borang kaji selidik diedarkan menerusi e-mel
dan ‘google form’. Sebanyak 25 set diedar melalui kaedah e-mel, manakala 45 set
borang kaji selidik yang sama diedar melalui kaedah ‘google form’ kepada kontraktor
yang terlibat dengan pembinaan IBS. Borang kaji selidik paling berkesan adalah yang
diedarkan melalui kaedah ‘google form’.
Kesemua data yang diambil kemudiannya dianalisis dan diterjemahkan dalam bentuk
jadual, carta dan graf dalam menghuraikan dengan lebih jelas bagi tujuan penilaian.
Analisis yang dijalankan pada bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas
daripada para penggiat industri pembinaan serta lainnya mengenai kandungan Manual
Pemarkahan Standard Industri Pembinaan CIS 18:2010 – Skor IBS. Jadual 4.1
menunjukkan maklumbalas responden.
Jadual 4.1 Maklumbalas Responden
Kaedah Borang Kaji
Selidik Diedarkan
Dihantar Dikembalikan Jumlah
Peratus
E-mel 25 9 36%
‘Google Form’ 45 21 64%
Jumlah
70 30 100
58
Rajah 4.1 menunjukkan maklumbalas responden dalam kajian ini.
Rajah 4.1 Maklumbalas responden dalam kajian ini.
4.2.1 Analisis Bahagian A: Latar Belakang Responden
Analisis kajian telah dijalankan terhadap beberapa responden yang terdiri
daripada syarikat kontraktor binaan yang menjalankan sistem Skor IBS yang berada di
dalam kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pemilihan responden ini dibuat
berdasarkan kepada kepentingan manual pemarkahan terhadap aktiviti mereka di tempat
kerja. Seramai 30 responden telah diterima maklumbalasnya.
Jadual 4.2 menunjukkan peratusan bilangan responden yang menjawab soalan
borang kaji selidik mengikut peringkat jawatan. Hasil peratusan responden yang
tertinggi berdasarkan Jadual 4.2 menunjukkan bahawa peringkat jawatan kategori
43% 57%
Peratus Maklum Balas
Borang Kaji Selidik Dikembalikan Borang Kaji Selidik Tidak Dikembalikan
59
pengurusan pertengahan yang mencatatkan sebanyak 50 peratus merupakan responden
tertinggi yang telah menjawab soal selidik ini. Diikuti pula dengan kategori pengurusan
bawahan sebanyak 23.3 peratus. Manakala selebihnya adalah dari peringkat pengurusan
atasan 20 peratus, pengurusan pentadbiran 6.7 peratus.
Jadual 4.2 : Responden Kajian
No. Peringkat Jawatan Bil.
Responden
Peratusan
(%)
1. Pengurusan Atasan (Ketua Pengarah, Pengurus
Besar, Pengurus Projek dan lain-lain) 6 20%
2. Pengurusan Pertengahan (Jurutera, Arkitek,
Juruukur Bahan dan lain-lain) 15 50%
3. Pengurusan Bawahan (Penyelia Tapak, Penyelia Keselamatan Tapak dan lain-lain)
7 23.3%
4. Pengurusan Pentadbiran 2 6.6%
5. Lain-lain - 0%
Jumlah 30 100
Maklumat pengalaman responden ditunjukkan dalam Jadual 4.3 yang terlibat
dalam industri ini. Pengalaman responden adalah penting dalam memberikan maklum
balas yang lebih berkesan terhadap soal selidik seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
4.3 menunjukkan pengalaman dalam industri pembinaan yang melebihi 15 tahun adalah
sebanyak 20 peratus. Manakala peratusan tertinggi iaitu sebanyak 30 peratus yang
menjawab soal selidik ini adalah terdiri daripada mereka yang telah melibatkan diri
dalam industri pembinaan di antara 6 hingga 10 tahun. Selebihnya adalah responden
yang berpengalaman dalam industri pembinaan dalam tempoh 1 hingga 5 tahun dan 11
hingga 15 tahun masing-masing sebanyak 23.3 peratus dan 26.7 peratus.
60
Jadual 4.3 : Pengalaman Responden
No. Pengalaman Bilangan
Responden Peratusan (%)
1. 1-5 tahun 7 23.3%
2. 6-10 tahun 9 30%
3. 11-15 tahun 8 26.7%
4. Lebih 15 tahun 6 20%
Jumlah 30 100%
Sebanyak 4 syarikat kontraktor bumiputera dari gred G6 dan 26 syarikat
kontraktor G7 menjawab kaji selidik ini.
Analisis bagi jenis projek yang dijalankan oleh responden boleh dirujuk seperti
Rajah 4.2. Analisis menunjukkan peratusan tertinggi yang dicatatkan dalam jenis projek
yang dijalankan oleh responden adalah bagi projek kerja bangunan iaitu sebanyak 80
peratus dan diikuti oleh projek kerja awam sebanyak 60 peratus. Projek pemasangan IBS
yang dijalankan oleh responden adalah sebanyak 53.3 peratus manakala projek kerangka
keluli sebanyak 36.7 peratus. Seterusnya projek pembinaan yang melibatkan projek
perumahan sebanyak 26.7 peratus dan diikuti dengan projek Stesen MRT sebanyak 20
peratus dan projek telekomunikasi sebanyak 3.3 peratus.
61
Rajah 4.2 : Jenis projek pembinaan yang dijalankan oleh responden
4.2.2 Analisis Jenis Sistem IBS Yang Digunakan Dalam Projek
Analisis yang diperolehi seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.3 menunjukkan
berkenaan jenis sistem IBS yang telah dilaksanakan dalam projek pembinaan
responden. Melalui soal selidik ini dapat dilihat sebanyak mana populasi projek
pembinaan yang cenderung kepada penggunaan komponen IBS diterapkan oleh syarikat
responden. Peratus tertinggi bagi sistem konkrit pratuang adalah sebanyak 53.3 peratus,
seterusnya bagi sistem kerangka keluli sebanyak 36.7 peratus, sistem blok dan acuan
berulang masing-masing sebanyak 30 peratus, manakala sistem kerangka kayu dan
sistem inovatif adalah sebanyak 10 peratus.
01020304050607080
80
60 53.3
36.7 26.7
20
3.3
Jenis Projek Pembinaan Yang Dijalankan Oleh Responden
Jenis Projek Pembinaan YangDijalankan Oleh Responden
62
Rajah 4.3 : Analisis jenis sistem IBS yang telah dilaksanakan
Jadual 4.4 menunjukkan peratusan penggunaan komponen IBS bagi setiap
responden. Peratus tertinggi yang dicatatkan adalah dari 0% - 25% iaitu sebanyak 60
peratus, peratus berikutnya dari 25% - 50% mencatatkan sebanyak 33.3 peratus, peratus
seterusnya dari 50% - 75% sebanyak 6.7% dan peratus terendah dicatatkan iaitu dari
75% - 100% adalah sebanyak 0%.
Jadual 4.4 : Analisis peratusan penggunaan komponen IBS
No Peratus Penggunaan
Komponen IBS Peratus (%)
1. 0% - 25% 60
2. 25% - 50% 33.3
3. 50% - 75% 6.7
4. 75% - 100% 0
53.30%
36.70%
30%
30%
10%
10%
0.00% 20.00% 40.00% 60.00%
Konkrit Pratuang
Kerangka Keluli
Blok
Acuan berulang…
Kerangka Kayu
Inovatif
Jenis Sistem IBS Yang Digunakan
Jenis Sistem IBSYang Digunakan
63
4.2.3 Analisis Kaedah Mengetahui Sistem Skor IBS
Rajah 4.4 menunjukkan kaedah mengetahui sistem skor IBS. Analisis ini
dijalankan terhadap responden adalah untuk mengetahui bagaimana responden
mendapatkan maklumat mengenai Sistem Skor IBS dalam pengetahuan mereka
berkenaan sistem bangunan berindustri di Malaysia. Berdasarkan kepada kajian yang
dijalankan, kebanyakan responden mendapatkan informasi berkenaan Kandungan
Manual Sistem Skor IBS ini melalui laman web yang mencatatkan peratusan tertinggi
sebanyak 53.3 peratus. Seterusnya diikuti dengan taklimat sebanyak 46.7 peratus,
melalui rakan sebanyak 23.3 peratus, surat sebanyak 16.7 peratus dan brosur 13.3
peratus seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4.
Rajah 4.4 : Kaedah mengetahui sistem skor IBS
35%
30%
15%
11%
9%
Kaedah Mengetahui Sistem Skor IBS
Laman Web
Taklimat
Rakan
Surat
Brosur
64
4.3 Objektif 1: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Sistem Skor IBS Dalam
Projek Pembinaan
Bahagian ini akan membincangkan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi
Sistem Skor IBS mengikut pandangan responden. Faktor-faktor ini adalah pencarian
untuk kajian ini. Skala likert digunakan dalam bahagian ini dengan lima skala penilaian.
Skor 1 mewakili ‘sangat tidak setuju’ dan skor 5 mewakili ‘sangat setuju’. Dengan
pengiraan biasa, skor min bagi setiap faktor dalam soal selidik telah ditentukan. Skor
min bagi setiap faktor ditunjukkan dalam Jadual 4.5. Skor min bagi setiap faktor-faktor
yang mempengaruhi sistem Skor IBS telah dikira dan disenaraikan bermula dari yang
paling rendah hingga yang paling tinggi seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.5.
Jadual 4.5 menunjukkan kategori untuk tahap persetujuan. Semua faktor
terbahagi kepada 5 kategori iaitu ‘sangat tidak setuju’, ‘tidak setuju’, ‘agak setuju’,
‘setuju’ dan ‘sangat setuju’.
Jadual 4.5 : Kategori untuk Tahap Persetujuan
Tahap
Persetujuan
Sangat
Tidak Setuju
Tidak
Bersetuju
Agak
Setuju Setuju Sangat
setuju
Nilai
purata 1.00-1.80 1.80-2.60 2.60-3.40 3.40-4.20 4.20-5.0
Frekuensi keseluruhan dan nilai purata bagi setiap faktor-faktor yang
mempengaruhi sistem Skor IBS ditunjukkan dalam Jadual 4.6. berdasarkan hasil analisis
seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.6 menunjukkan nilai purata faktor kos bagi mengenal
pasti faktor yang mempengaruhi sistem Skor IBS. Nilai purata tertinggi bagi faktor-
faktor yang mempengaruhi sistem IBS ialah faktor Skor IBS yang lebih tinggi
65
mencerminkan pengurangan buruh tapak, kurang pembaziran,kurang bahan-bahan
ditapak secara tak langsung jumlah kos pembinaan menjadi lebih rendah dengan nilai
4.5. Nilai kedua tertinggi dengan nilai purata 4.2 ialah kontraktor cenderung memilih
buruh asing. Seterusnya, faktor yang mempengaruhi sistem Skor IBS iaitu 20% kos
dibelanjakan untuk tanah manakala modal permulaan mencecah RM5-30 juta dengan
nilai purata 4.0.
Jadual 4.6: Kekerapan dan purata faktor kos bagi mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi Sistem Skor IBS
Faktor Kos
Frekuensi untuk Skala Likert
Nilai
Purata 1 2 3 4 5 Jumlah
1) Kontraktor berhadapan
dengan kos pembinaan yang
tinggi.
1 6 7 7 9 30 3.6
2) Kos buruh tempatan agak
tinggi iaitu RM50 - RM120
sehari.
0 1 7 13 8 30 3.8
3) Kos buruh asing agak rendah
iaitu RM50 – RM70 sehari. 0 0 8 7 13 30 3.8
4) Kontraktor cenderung
memilih buruh asing. 0 1 5 10 14 30 4.2
5) Buruh tempatan kurang
mendapat tempat dalam
projek pembinaan.
2 5 7 11 6 30 3.6
6) Kedudukan projek
pembinaan berhampiran
dengan kawasan
pembangunan baru yang
berpotensi dengan nilai
projek RM100 juta.
1 3 5 14 7 30 3.8
7) 20% kos dibelanjakan untuk
tanah manakala modal
permulaan mencecah RM5-
30 juta.
1 3 4 8 14 30 4.0
66
Jadual 4.6: Kekerapan dan purata faktor kos bagi mengenal pasti Faktor-faktor
yang mempengaruhi Sistem Skor IBS. (Sambungan)
8) Skor IBS yang lebih tinggi
mencerminkan pengurangan
buruh tapak, kurang
pembaziran, kurang bahan-
bahan ditapak secara tak
langsung jumlah kos
pembinaan menjadi lebih
rendah.
0 0 1 14 15 30 4.5
Faktor kos buruh tempatan mencatatkan angka agak tinggi, iaitu RM50.00 -
RM120.00 sehari, faktor kos buruh asing agak rendah iaitu RM50.00 – RM70.00 sehari
dan faktor kedudukan projek pembinaan berhampiran dengan kawasan pembangunan
baru yang berpotensi dengan nilai projek RM100 juta masing-masing berkongsi nilai
purata iaitu 3.8. Manakala faktor kontraktor berhadapan dengan kos pembinaan yang
tinggi dan faktor buruh tempatan kurang mendapat tempat dalam projek pembinaan
berkongsi nilai purata yang sama, iaitu 3.6.
Jadual 4.7 menunjukkan kekerapan dan purata faktor reka bentuk bagi mengenal
pasti faktor-faktor yang mempengaruhi Sistem Skor IBS. Faktor reka bentuk yang
tertinggi bagi faktor-faktor yang mempengaruhi sistem Skor IBS ialah faktor keperluan
penggunaan BIM (Building Information Modelling) dengan nilai purata 4.4. Faktor
kedua tertinggi pula ialah faktor reka bentuk komponen IBS memerlukan
kebolehulangan, penggunaan komponen pasang siap dan pratuang dan penggunaan
komponen standard berdasarkan ukuran pilihan Malaysia Standard 1064 (MS: 1064)
iairu Panduan Penyelarasan Modular Dalam Bangunan berkongsi nilai purata, iaitu 4.3.
67
Seterusnya nilai purata sebanyak 4.1 adalah bagi faktor keupayaan dalam mereka
cipta sesuatu komponen memerlukan kepakaran yang tinggi dan reka bentuk
menggunakan komponen modular. Faktor reka bentuk komponen IBS mempunyai
bentuk yang seragam pula memiliki nilai purata 4.0 manakala nilai purata terendah iaitu
sebanyak 3.6 adalah faktor perlu menetapkan konsep atau reka bentuk yang tertentu
supaya memudahkan proses pemasangan ditapak pembinaan dan faktor Pengeluaran
komponen dibuat di luar tapak.
Jadual 4.7: Kekerapan dan purata faktor reka bentuk bagi mengenal pasti faktor-faktor
yang mempengaruhi Sistem Skor IBS
Faktor Reka bentuk
Frekuensi untuk Skala Likert
Nilai
Purata 1 2 3 4 5 Jumlah
1) Perlu menetapkan konsep
atau reka bentuk yang
tertentu supaya
memudahkan proses
pemasangan ditapak
pembinaan.
0 7 6 10 7 30 3.6
2) Keupayaan dalam mereka
cipta sesuatu komponen
memerlukan kepakaran
yang tinggi.
0 3 5 8 14 30 4.1
3) Reka bentuk komponen IBS
memerlukan
kebolehulangan
0 1 6 6 17 30 4.3
4) Keperluan penggunaan BIM
(Building Information
Modelling)
0 1 4 8 17 30 4.4
5) Reka bentuk komponen IBS
mempunyai bentuk yang
seragam.
0 2 9 7 12 30 4.0
68
Jadual 4.7: Kekerapan dan purata faktor reka bentuk bagi mengenal pasti faktor-
faktor yang mempengaruhi Sistem Skor IBS. (Sambungan)
6) Pengeluaran komponen
dibuat di luar tapak. 1 4 8 9 8 30 3.6
7) Penggunaan komponen
pasang siap dan pratuang. 0 0 2 16 12 30 4.3
8) Penggunaan komponen
standard berdasarkan
ukuran pilihan Malaysia
Standard 1064 (MS: 1064)
Panduan Penyelarasan
Modular Dalam Bangunan.
0 0 3 14 13 30 4.3
9) Reka bentuk menggunakan
komponen modular 0 0 4 19 7 30 4.1
Jadual 4.8 menunjukkan kekerapan dan purata faktor pengangkutan bagi
mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi Sistem Skor IBS. Nilai purata tertinggi
adalah jentera yang sesuai diperlukan mengikut saiz komponen iaitu 4.4. Nilai purata
kedua tertinggi pula sebanyak 4.3 iaitu memerlukan kepakaran dalam pengurusan
logistik bagi menjamin keselamatan serta kualiti produk terjamin ketika sampai di tapak,
manakala nilai purata terendah sebanyak 4.1 ialah jarak di antara pengilang produk IBS
dan lokasi pembinaan memerlukan perancangan yang rapi supaya komponen yang di
hantar mudah diuruskan.
69
Jadual 4.8: Kekerapan dan purata faktor pengangkutan bagi mengenal pasti faktor-
faktor yang mempengaruhi Sistem Skor IBS
Faktor Pengangkutan
Frekuensi untuk Skala Likert
Nilai
Purata 1 2 3 4 5 Jumlah
1) Jarak di antara pengilang
produk IBS dan lokasi
pembinaan memerlukan
perancangan yang rapi
supaya komponen yang di
hantar mudah diuruskan.
0 2 2 16 10 30 4.1
2) Memerlukan kepakaran
dalam pengurusan logistik
bagi menjamin keselamatan
serta kualiti produk terjamin
ketika sampai di tapak.
0 1 2 15 12 30 4.3
3) Jentera yang sesuai
diperlukan mengikut saiz
komponen. 0 0 2 15 13 30 4.4
Jadual 4.9 menunjukkan kekerapan dan purata kelebihan sistem Skor IBS. Hasil
analisis seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.9 mendapati nilai purata untuk
kelebihan sistem Skor IBS. Ia boleh dilihat bahawa nilai purata tertinggi bagi kelebihan
sistem Skor IBS adalah dapat mengurangkan pembaziran bahan pembinaan dengan nilai
purata 4.6. Seterusnya kawasan tapak pembinaan lebih kemas, bersih dan tersusun serta
kualiti komponen-komponen IBS dapat dikekalkan berkongsi nilai purata iaitu 4.3.
Sementara itu, penggunaan bahan binaan di tapak pembinaan dapat dikurangkan dengan
nilai purata 4.2. Jumlah pekerja am di tapak pembinaan dapat dikurangkan dan
menggalakkan penggiat industri pembinaan mengamalkan pembinaan modular dengan
nilai purata 4.1. Tempoh penyelesaian projek yang lebih cepat mempunyai nilai purata
sebanyak 4.0 manakala mengurangkan kos pembinaan pula dengan nilai purata 3.6.
70
Jadual 4.9: Kekerapan dan purata kelebihan sistem Skor IBS
Kelebihan
Frekuensi untuk Skala Likert
Nilai
Purata 1 2 3 4 5 Jumlah
1) Jumlah pekerja am di tapak
pembinaan dapat
dikurangkan. 0 1 2 20 7 30 4.1
2) Penggunaan bahan binaan
di tapak pembinaan dapat
dikurangkan. 0 0 4 16 10 30 4.2
3) Mengurangkan pembaziran
bahan pembinaan. 0 0 3 16 13 30 4.6
4) Mengurangkan kos
pembinaan. 2 5 4 11 8 30 3.6
5) Kawasan tapak pembinaan
lebih kemas, bersih dan
tersusun. 0 1 1 17 11 30 4.3
6) Kualiti komponen-
komponen IBS dapat
dikekalkan. 0 0 1 18 11 30 4.3
7) Meningkatkan keselamatan
di tapak bina. 0 2 2 19 6 30 3.9
8) Tempoh penyelesaian
projek yang lebih cepat.
1 1 2 14 11 30 4.0
9) Menggalakkan penggiat
industri mengamalkan
pembinaan modular. 0 0 4 20 6 30 4.1
71
4.4 Objektif 2: Persepsi Kontraktor Terhadap Manual Pemarkahan Standard
Industri Pembinaan Sistem Skor IBS Yang Sedia Ada.
Bahagian ini akan membincangkan perspektif tentang sistem Skor IBS daripada
pihak responden seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.10.
Jadual 4.10 : Kategori tahap persetujuan persepsi sistem Skor IBS
Kategori untuk Tahap Persetujuan Nilai
Purata
Setuju
Saya bersetuju bahawa Skor IBS ini berkesan menambah baik
projek syarikat. 3.9
Skor IBS ini sangat membantu syarikat saya mempertingkatkan
penggunaan komponen IBS dalam pembinaan. 3.9
Perubahan pada komponen Skor IBS akan dapat menggalakkan
komponen IBS digunakan dalam pembinaan. 3.8
Sistem bangunan berindustri (IBS) masih lagi kurang
dilaksanakan. 3.7
Pada pandangan saya, terdapat kekangan bagi projek bernilai
RM 10 juta dan ke atas dan projek swasta bernilai RM 50 juta
dan ke atas mencapai skor 70 peratus seperti yang disarankan
oleh kerajaan.
3.4
Jadual 4.12 : Kategori tahap persetujuan persepsi sistem Skor IBS. Jadual
72
Jadual 4.10 : Kategori tahap persetujuan persepsi sistem Skor IBS
(Sambungan)
Agak Setuju
Saya faham/ jelas tentang komponen pengiraan Skor IBS. 3.3
Saya pernah/akan berhubung dengan Pusat IBS bagi
mendapatkan informasi/ maklumat tentang sistem bangunan
berindustri (IBS). 3.3
Saya kurang maklumat tentang Kandungan Manual Sistem
Pemarkahan Standard Industri Pembinaan (CIS 18:2010) Skor
IBS. 3.2
Saya mengetahui tentang keujudan Sakretariat Kebangsaan. 3.1
Jika perubahan dilakukan pada komponen Skor IBS, ia tidak
mendatangkan apa-apa kesan terhadap komponen IBS
digunakan dalam pembinaan. 3.0
Saya tidak perlu berhubung dengan Pusat IBS kerana informasi
di dalam internet sudah memadai. 2.8
Sangat Tidak Setuju
Pihak CIDB perlu memperbaharui kandungan Skor IBS. 1.7
Pihak CIDB perlu membuat semakan semula Skor IBS untuk
setiap komponen dalam Sistem Struktur. 1.6
Hasil analisis seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.10 menunjukkan
kebanyakan kontraktor bersetuju dengan pernyataan bahawa Skor IBS ini berkesan
menambah baik projek syarikat dengan nilai purata tertinggi, iaitu 3.9. Skor IBS ini
sangat membantu kontraktor mempertingkatkan penggunaan komponen IBS dalam
pembinaan dengan nilai purata juga sebanyak 3.9. Seterusnya perubahan pada
komponen Skor IBS akan dapat menggalakkan komponen IBS digunakan dalam
pembinaan mencatat nilai purata sebanyak 3.8. Skor IBS masih kurang dilaksanakan
mencatat nilai purata sebanyak 3.7. Kontraktor bersetuju dengan kenyataan bahawa
73
terdapat kekangan bagi projek bernilai RM 10 juta dan ke atas dan projek swasta bernilai
RM 50 juta dan ke atas mencapai skor 70 peratus seperti yang disarankan oleh kerajaan
dengan nilai puratanya 3.4. Oleh yang demikian, tidak ada keperluan untuk pihak CIDB
memperbaharui kandungan Skor IBS ini kerana nilai purata sangat tidak setuju yang
dicatatkan adalah sebanyak 1.7. Pihak CIDB juga tidak perlu membuat semakan semula
Skor IBS untuk setiap komponen dalam Sistem Struktur kerana nilai purata adalah 1.6.
4.5. Saranan Dan Pandangan Responden
Merujuk kepada persoalan yang dinyatakan dalam soal selidik di Bahagian C,
Terdapat dua persoalan tentang pendapat dan pandangan responden iaitu:
i. Persoalan Pertama berkenaan apakah yang mendorong syarikat mereka
mengaplikasikan Sistem Skor IBS?
Sebilangan responden telah menjawab persoalan dibahagian ini iaitu dinyatakan
di ruangan pendapat dan pandangan. Responden menjawab persoalan berkenaan perkara
yang mendorong firma mereka mengaplikasikan Sistem Skor IBS adalah 43 peratus
menyatakan mereka dapat memberikan penjimatan dari segi masa atau tempoh
pembinaan yang lebih singkat, pengurangan pekerja tapak, penjimatan bahan binaan dan
mengurangkan pembaziran bahan binaan. Sebanyak 33 peratus menyatakan menyahut
saranan kerajaan terutamanya dalam meningkatkan kualiti dan mutu pembinaan.
Sebanyak 6 peratus pula menyatakan bahawa dapat memenuhi keperluan kontrak atau
arahan pelanggan, pendedahan kepada kaedah terkini dalam pembinaan, kelewatan
74
projek siap dapat dielakkan. Selain itu juga, 6 peratus responden menyatakan
penggunaan Sistem Skor IBS dapat menghasilkan reka bentuk dan kerja yang efisyen
dalam penghasilan reka bentuk yang mudah dan seragam. Manakala sekiranya mendapat
subsidi dari kerajaan dan pengurangan cukai perniagaan serta mendapat projek yang
besar nilainya sebanyak 6 peratus dan selebihnya 3 peratus tidak menjawab persoalan
ini.
ii. Persoalan kedua, kontraktor diminta untuk menyatakan cadangan dan saranan
mereka tentang penggunaan Sistem Skor IBS.
Saranan atau cadangan firma responden terhadap penggunaan Sistem Skor IBS,
sebanyak 76 peratus responden menyatakan supaya dikekalkan Sistem Skor sedia ada di
samping membuat hebahan dan promosi yang lebih meluas kepada masyarakat tentang
penggunaan keseluruhan komponen IBS dalam pembinaan oleh pihak yang terlibat.
Selain itu, sebanyak 8 peratus menyatakan kerjasama pihak berkuasa tempatan
diperingkat awal cadangan amat diperlukan agar sistem IBS ini dapat diaplikasikan
secara menyeluruh kepada semua projek. Responden juga mencadangkan supaya
penyediaan satu bentuk kalkulator pengiraan IBS secara atas talian bagi memudahkan
pelaksanaan sebanyak 3 peratus. Sebanyak 13 peratus tidak menyatakan cadangan
mereka.
4.6 Rumusan Bab
Kajian ini telah menganalisis data-data yang telah diperolehi melalui kaedah
seperti yang telah diterangkan di dalam Bab 3. Data-data telah Berjaya dikumpulkan dan
dianalisis di dalam bab ini. Hasil analisis yang telah dijalankan terhadap pihak yang
75
terlibat dengan industri pembinaan mendapati kebanyakan responden sangat bersetuju
dengan faktor-faktor yang mempengaruhi Sistem Skor IBS. Terdapat juga persepsi tidak
faham tentang Sistem Skor IBS kerana kurang pengetahuan terhadap pembangunan
manual sistem Skor IBS.
76
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Berpandukan kepada kajian literatur dan menganalisis data, pengkaji dapat
membuat kesimpulan secara keseluruhan berdasarkan kepada tajuk kajian yang telah
dijalankan. Dalam bab ini akan menyentuh berkenaan perkara-perkara yang telah dikaji
dan dibincangkan di dalam bab-bab sebelum ini. Seterusnya kesimpulan dan cadangan
kajian lanjutan akan diterangkan dalam bab ini.
77
5.2 Kajian Analisis
Analisis telah dijalankan dengan menggunakan kaedah pengumpulan data
melalui 30 set borang kaji selidik. Berdasarkan kepada objektif kajian yang telah
ditetapkan pada peringkat awal penyelidikan ini, maka dapat dihasilkan kesimpulannya.
Penilaian dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui dan memastikan setiap kajian
yang dilakukan memenuhi matlamat, objektif serta skop yang telah ditetapkan. Melalui
kesemua yang telah dimuatkan dalam kajian ini, penemuan yang diperolehi mendapati
faktor-faktor yang mempengaruhi sistem Skor IBS terbahagi kepada tiga iaitu faktor
kos, faktor reka bentuk dan faktor pengangkutan. Daripada ketiga-tiga faktor ini, faktor
utama dari faktor kos adalah skor IBS yang lebih tinggi mencerminkan pengurangan
buruh tapak, kurang pembaziran dan kurang bahan-bahan ditapak secara tak langsung
jumlah kos pembinaan menjadi lebih rendah. Faktor kedua ialah keperluan penggunaan
BIM (Building Information Modelling) dari faktor reka bentuk dan yang ketiga dari
faktor pengangkutan iaitu jentera yang sesuai diperlukan mengikut saiz komponen.
Ketiga-tiga faktor ini adalah yang tertinggi nilai skor antara keseluruhan faktor.
Bagaimanapun, persepsi kontraktor terhadap sistem Skor IBS bersetuju bahawa Skor
IBS ini berkesan menambah baik projek syarikat. Skor IBS ini sangat membantu
syarikat mereka mempertingkatkan penggunaan komponen IBS dalam pembinaan. Pihak
CIDB tidak perlu memperbaharui kandungan Skor IBS kerana penggunaan manual
masih tidak menyeluruh mengikut keperluan projek.
78
5.2.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi sistem Skor IBS dalam projek
pembinaan
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi Sistem Skor IBS. Maklum balas yang telah diberikan oleh responden
dapat disimpulkan bahawa semua faktor kajian ini, faktor utama yang mempengaruhi
sistem Skor IBS adalah faktor kos dan reka bentuk yang lebih tinggi mencerminkan
pengurangan buruh tapak, kurang pembaziran dan kurang bahan-bahan ditapak secara
tak langsung jumlah kos pembinaan menjadi lebih rendah. Penggunaan Building
Information Modelling (BIM) dan penggunaan komponen standard berdasarkan
(MS:1064) panduan penyelarasan modular dalam bangunan banyak mempengaruhi
sistem Skor IBS. Reka bentuk berulang dan menggunakan komponen modular juga
perlu ada. Faktor-faktor ini dapat membantu mereka dalam merekabentuk sesuatu binaan
diperingkat awal.
5.2.2 Persepsi Kontraktor Pembinaan Terhadap Manual Pemarkahan Standard
Industri Pembinaan Skor IBS Yang Sedia Ada
Objektif kedua kajian ini telah berjaya dicapai berdasarkan persepsi-persepsi
daripada syarikat responden berkenaan dengan persepsi penggiat industri pembinaan
terhadap Manual Pemarkahan Standard Industri Pembinaan Skor IBS yang sedia ada.
Berdasarkan kajian literatur dari bab dua, terdapat maklumat tentang manual tentang
sistem Skor IBS meliputi garis panduan pengiraan skor antaranya formula skor IBS
mengikut sistem bangunan.
79
Hasil kajian mendapati faktor pengetahuan responden mengenai sistem Skor IBS
ini menjadi penyumbang pelbagai persepsi.
5.3 Masalah/Limitasi Yang Dihadapi Semasa Kajian Dijalankan
Terdapat beberapa halangan dan masalah dihadapi semasa menjalankan kajian
ini, di antaranya ialah:
i. Kesukaran Mendapatkan Kerjasama Responden
Segelintir responden tidak membalas soalan kaji selidik yang telah dihantar dan
pengkaji perlu menghantar semula soalan supaya membuat maklum balas.
ii. Borang Tidak Diisi Dengan Sempurna
Responden tidak menjawab soalan dengan terperinci menyebabkan pengkaji
berkemungkinan oleh sebab-sebab yang kurang pasti dalam sesuatu perkara
tersebut.
80
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
Berdasarkan kajian serta analisis yang telah dijalankan, satu cadangan
penyelidikan lanjutan telah dikenal pasti, iaitu kajian berkenaan cadangan pembaharuan
Manual Pemarkahan Sistem Skor IBS yang baharu.
81
SENARAI RUJUKAN
Azizi et al. (2006), Menguasai Penyelidikan dalam pendidikan : Teori, Analisis dan
Interpretasi Data, Kuala Lumpur: PTS Professional.
BH Online (2018), Penggunaan IBS Oleh Kontraktor Semakin Meningkat, 28 Mac
2018. [Akses pada 3 Jun 2018]
Chua Yan Piaw (2006), Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
Hamid, Z. A., Kamar, K. A. M., Zain, M. Z. M., Ghani, M. K. and Rahim, A. H. A.
(2008) Industrialised Building System (IBS) in Malaysia: The Current State and
R&D Initiatives Malaysian Construction Research Journal (MCRJ), 2 (1): 1-11.
Kementerian Kewangan Malaysia. KKM (2008) Surat Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 7 tahun 2008 (1PP PK 1/2013) Kuala Lumpur: KKM Malaysia.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). (2003) Roadmap
Industrilised Building Systems 2003-2010. Kuala Lumpur: CIDB Malaysia.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). (2005) Manual for
IBS Content Scoring System (IBS Score). Kuala Lumpur: CIDB Malaysia.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). (2010a) Roadmap
IBS 2011 – 2015 (Kelulusan Jemaah Menteri Julai 2010). Kuala Lumpur: CIDB
Malaysia.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). (2010b) Manual for
IBS Content Scoring System (IBS Score). Kuala Lumpur: CIDB Malaysia.
82
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (2010c). The importance of
quality, skills and standard in the construction indsutry. Buletin Bina Integriti.
Edisi Jan – Mac. 04-05
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (2008). Pelan Induk Industri
Pembinaan (CIMP). Kuala Lumpur: Black & Brown Resources Sdn. Bhd
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (2016). Pelan Induk Industri
Pembinaan (CITP). Kuala Lumpur: Black & Brown Resources Sdn. Bhd
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (2011). Tinjauan Industri
Pembinaan 2010. Kuala Lumpur: CIDB.
Naoum (2007), Dissertation Research & Writing For Construction Student, Second
Edition, London: Elsevier.
Rajasekar, S., Philominathan, P. & Chinnathambi, V. (2006), Research
Methodology, Ar XIV Physics, Available from : http://arxiv.org/pdf/physics/
060100.pdf [Dicapai pada 29 November 2014]
Ranjit Kumar (2011), Research Methodology : A Step-by-step guide for beginners,
Third Edition. London: Sage Publications Ltd.
Salkind, N.J.(2003), Exploring Research : Method of Measuring Behavior.
Pennsylvania: Pearson Education.
Undang-undang Malaysia.(2015) Akta 520 Akta Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia 1994 Pindaan 2011. Pesuruhjaya Penyemak Undang-
Undang Malaysia Di Bawah Kuasa Akta Penyemakan Undang-Undang 1968
2015.
83
Sinar Harian (2014), Industri Pembinaan Negara Bergerak Rancak (6 Disember
2014). www.sinarharian.com.my. [Diakses pada 3 Jun 2018]
Harian Metro (2016), Bajet 2016 Pacu Perkembangan IBS, 27 Oktober 2015.
www.harianmetro.com.my. [Diakses pada 2 Jun 2018]
84
FAKULTI ALAM BINA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TAJUK KAJIAN:
KANDUNGAN MANUAL SISTEM PEMARKAHAN
STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN
(CONSTRUCTION INDUSTRY STANDARD)
CIS 18:2010 - SKOR IBS
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mencapai dua (2) objektif utama
iaitu:-
i. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi Sistem Pemarkahan Standard
Industri Pembinaan Skor IBS dalam projek pembinaan berindustri.
ii. Mengenalpasti persepsi pihak penggiat industri pembinaan terhadap Manual
Sistem Pemarkahan Standard Industri Pembinaan Skor IBS sedia ada.
Oleh:
Nama Pengkaji:
Noraisyah Binti Parimin
Fakulti Alam Bina,
Universiti Teknologi Malaysia UTMSPACE,
Kuala Lumpur
019-6953840
Email : aisyahparimin@gmail.com
Penyelia:
Pm Sr Dr. Kherun Nita Binti Ali
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor Bahru
85
JOHOR
BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN
Sila tandakan [√ ] bagi jawapan yang berkenaan :
1. Alamat E-mel : ______________________________________________
2. Nama Syarikat : ______________________________________________
3. Umur : 25-35 tahun [ ] 36-45 tahun [ ]
46-55 tahun [ ] 56 tahun keatas [ ]
4. Kategori Syarikat:
Gred G7 [ ] Gred G6 [ ]
Gred G5 [ ] Gred G4 [ ]
5. Peranan/ Jawatan dalam organisasi:
Pengurusan Atasan [ ]
Jabatan reka bentuk [ ]
Jabatan Kontrak [ ]
Jabatan Pengurusan Projek [ ]
Lain-lain, sila nyatakan: ______________________________________
6. Pengalaman dalam industri pembinaan
1-5 tahun [ ] 6-10 tahun [ ]
11-15 tahun [ ] Lebih 15 tahun [ ]
7. Jenis projek yang dijalankan
Kerja bangunan [ ]
Perumahan [ ]
Kerja awam [ ]
Pemasangan IBS [ ]
Lain-lain, sila nyatakan: ______________________________________
86
8. Jenis Sistem IBS yang digunakan dalam projek : [boleh tandakan lebih daripada
satu]
Sistem Inovatif [ ]
Sistem Blockwork [ ]
Sistem Konkrit Precast [ ]
Sistem Kerangka Keluli [ ]
Sistem Pembingkaian Kayu [ ]
Sistem Acuan Guna Semula (formwork) [ ]
T / B (tidak berkaitan) [ ]
9. Kaedah mengetahui Sistem Skor IBS
Taklimat [ ]
Laman web [ ]
Surat [ ]
Brosur [ ]
Rakan [ ]
Lain-lain: Natakan _____________________________________
10. Peratusan penggunaan komponen IBS dalam pembinaan firma tuan.
0% - 25% [ ]
25%-50% [ ]
50%-75% [ ]
75%-100% [ ]
87
BAHAGIAN B:
Arahan: Sila pilih persetujuan anda mengenai Sistem Skor IBS mengikut skala
berikut:-
Skala petunjuk:
1 – Sangat Tidak Setuju (STS)
2 – Tidak Setuju (TS)
3 – Agak Setuju (AS)
4 – Setuju (S)
5 – Sangat Setuju (SS)
Bil.
Perkara
(STS)
1
(TS)
2
(AS)
3
(S)
4
(SS)
5
FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
SISTEM SKOR IBS
a. Faktor Kos
11. Kontraktor berhadapan dengan kos
pembinaan yang tinggi.
12. Kos buruh tempatan agak tinggi iaitu RM50
- RM120 sehari.
13. Kos buruh asing agak rendah iaitu RM50 –
RM70 sehari.
14. Kontraktor cenderung memilih buruh asing.
15. Buruh tempatan kurang mendapat tempat
dalam projek pembinaan.
16. Kedudukan projek pembinaan berhampiran
dengan kawasan pembangunan baru yang
berpotensi dengan nilai projek RM100 juta.
17. 20% kos dibelanjakan untuk tanah
manakala modal permulaan mencecah
RM5-30 juta.
18. Skor IBS yang lebih tinggi mencerminkan
pengurangan buruh tapak, kurang
pembaziran,kurang bahan-bahan ditapak
secara tak langsung jumlah kos pembinaan
menjadi lebih rendah.
88
b.Faktor Reka bentuk
19.
Perlu menetapkan konsep atau reka bentuk
yang tertentu supaya memudahkan proses
pemasangan ditapak pembinaan.
20.
Keupayaan dalam mereka cipta sesuatu
komponen memerlukan kepakaran yang
tinggi.
21.
Reka bentuk komponen IBS memerlukan
kebolehulangan
22. Keperluan penggunaan BIM (Building
Information Modelling)
23. Reka bentuk komponen IBS mempunyai
bentuk yang seragam.
24. Pengeluaran komponen dibuat di luar tapak.
25. Penggunaan komponen pasang siap dan
pratuang.
26. Penggunaan komponen standard
berdasarkan ukuran pilihan Malaysia
Standard 1064 (MS: 1064) Panduan
Penyelarasan Modular Dalam Bangunan.
27. Reka bentuk menggunakan komponen
modular
c. Faktor Pengangkutan
28. Jarak di antara pengilang produk IBS dan
lokasi pembinaan memerlukan perancangan
yang rapi supaya komponen yang di hantar
mudah diuruskan.
29. Memerlukan kepakaran dalam pengurusan
logistik bagi menjamin keselamatan serta
kualiti produk terjamin ketika sampai di
tapak.
30. Jentera yang sesuai diperlukan mengikut
saiz komponen.
KEBAIKAN SISTEM SKOR IBS
31. Jumlah pekerja am di tapak pembinaan
dapat dikurangkan.
89
32. Penggunaan bahan binaan di tapak
pembinaan dapat dikurangkan.
33. Mengurangkan pembaziran bahan
pembinaan.
34. Mengurangkan kos pembinaan.
35. Kawasan tapak pembinaan lebih kemas,
bersih dan tersusun.
36. Kualiti komponen-komponen IBS dapat
dikekalkan.
37. Meningkatkan keselamatan di tapak bina.
38. Tempoh penyelesaian projek yang lebih
cepat.
39. Menggalakkan penggiat industri pembinaan
mengamalkan pembinaan modular.
PERSEPSI TENTANG
SISTEM SKOR IBS
40. Saya mengetahui tentang kewujudan
Sakretariat IBS Kebangsaan.
41. Saya pernah/akan berhubung dengan Pusat
IBS bagi mendapatkan informasi/ maklumat
tentang sistem bangunan berindustri (IBS).
42. Saya tidak perlu berhubung dengan Pusat
IBS kerana informasi di dalam internet
sudah memadai.
43. Saya faham/ jelas tentang komponen
pengiraan Skor IBS.
44. Saya kurang maklumat tentang Kandungan
Manual Sistem Pemarkahan Standard
Industri Pembinaan (CIS 18:2010) Skor IBS.
45. Saya bersetuju bahawa Skor IBS ini
berkesan menambah baik projek syarikat.
46. Jika perubahan dilakukan pada komponen
Skor IBS, ia tidak mendatangkan apa-apa
kesan terhadap komponen IBS digunakan
dalam pembinaan.
47. Sistem bangunan berindustri (IBS) masih
lagi kurang dilaksanakan.
90
48. Pada pandangan saya, terdapat kekangan
bagi projek bernilai RM 10 juta dan ke atas
dan projek swasta bernilai RM 50 juta dan
ke atas mencapai skor 70 peratus seperti
yang disarankan oleh kerajaan.
49. Skor IBS ini sangat membantu syarikat saya
mempertingkatkan penggunaan komponen
IBS dalam pembinaan.
50. Pihak CIDB perlu membuat semakan
semula Skor IBS untuk setiap komponen
dalam Sistem Struktur.
51. Pihak CIDB perlu memperbaharui
kandungan Skor IBS.
52. Perubahan pada komponen Skor IBS akan
dapat menggalakkan komponen IBS
digunakan dalam pembinaan.
BAHAGIAN C:
Pendapat dan Pandangan.
38. Apakah yang mendorong firma tuan mengaplikasikan Sistem Skor IBS.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
39. Nyatakan cadangan dan saranan firma tuan tentang penggunaan Sistem Skor IBS.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Soalan tamat, terima kasih.
91
Senarai Responden (Kontraktor)
Bil. Nama Syarikat Alamat E-mel No. Tel Gred
1 ACRE WORKS SDN. BHD acre@areworks.com.my
0362033819 G7
2 ADAMAS EXCEL SDN. BHD. aesb_sec13@yahoo.com
0355117270 G6
3 AMANMAJU CONSTRUCTION SDN. BHD.
amanmaju@yahoo.com
0378877988 G7
4 AMN CONSTRUCTION (M) SDN. BHD. amncmsb@gmail.com 03-77828116 G7
5 ARMADA BAIDURI SDN BHD armadabaiduri@gmail.com 0379805275 G7 6 AXVENTURE SDN. BHD
ajibcrazella2@gmail.com 0358864002 G7
7 BGMC CORPORATION SDN BHD abdghanimuhammad80@gmail.com 03-5115 1128 G7 8 BINA TERBIT SDN. BHD.
b.terbit@yahoo.com 03-90570800 G7
9 CANGGIH KILAT SDN. BHD.
canggihkilat@cksb.com.my 03-42517003 G7
10 CATONIC (M) SDN. BHD.
catonic.m@gmail.com 0361888816
G7
11 CEMPAKA MUDA SDN. BHD.
cempaka_nor@yahoo.com.my 0340214037 G7
12 CONSOLIDATED LEGEND (M) SDN. BHD.
clsb55@yahoo.com 03-78809771 G7
13 ECOBUILDERS SDN. BHD. ecobuildersfad@gmail.com
03-89266435 G6
14 HSA SETIAMURNI SDN. BHD. hafizah@hsasetiamurni.com
0389439743 G6
15 JURU WAJAR SDN. BHD.
juru_wajar@yahoo.com 0379826040 G7
16 KIMLUN SDN. BHD. doreen@kimlun.com 0327839191 G7 17 KP SYNERGIES BHD. kpsysb@hotmail.com 0362576322 G7 18 LINGKARAN MUHIBAH SDN. BHD.
lingkaranmsb@yahoo.com.my 03-22849981 G7
19 MADANI CORPORATION SDN. BHD.
madanicorp@yahoo.com 0342709902 G7
20 MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD
mrcb_01@yahoo.com 0327868080 G7
21 METRO BINA RESOURCES SDN BHD
metrobinaresources@yahoo.com 0341081415 G7
22 MIZURA SDN. BHD. mzr_96@yahoo.com 0392821840 G7 23 MMC GAMUDA
rahimeem@yahoo.com 0374945900 G7
24 NEW MILLENNIUM BUILDERS (M) SDN. BHD.
newmillenium.bmsb@gmail.com
0342527577 G6
25 OSK CONSTRUCTION SDN. BHD. info.admin@pjdc.com.my 0321621111 G7
26 PEMBINAAN TAJRI SDN. BHD. info@tajri.com.my 0391018172 G7 27 RIC BUILDER SDN. BHD
ric.builder@gmail.com 0380667169 G7
28 SPA INTEGRATED SDN. BHD.
info@spaintegrated.com.my 0392837171 G7
29 UNI PRESTIJ JAYA SDN. BHD.
emilytan_tsh@yahoo.com 0379800326 G7
30 ZIKAY CONSTRUCTION SDN. BHD. office@zikay.com 0326988789 G7
top related