kandungan bab perkara muka surat judul · pdf fileperisian pbk motor at 3.3 model rekabentuk...
Post on 06-Feb-2018
245 Views
Preview:
TRANSCRIPT
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI SINGKATAN xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Rasional Projek 5
1.5 Objektif Projek 6
1.5.1 Objektif Perisian 6
1.6 Kepentingan Projek 7
1.7 Batasan/Skop Projek 7
1.8 Sasaran Pengguna 8
viii
BAB 2 SOROTAN PENULIS
2.1 Pengenalan 9
2.2 Pengajaran Berbantukan Komputer 10
2.2.1 Definisi PBK 10
2.3 Jenis-Jenis PBK 10
2.3.1 Latih Tubi 11
2.3.2 Tutorial 11
2.3.3 Simulasi 11
2.3.4 Permainan Berpendidikan 12
2.3.5 Penyelesaian Masalah 12
2.4 Multimedia 12
2.4.1 Definisi Multimedia 12
2.5 Elemen–Elemen Utama Multimedia 13
2.5.1 Teks 13
2.5.2 Audio 14
2.5.3 Grafik 14
2.5.4 Video 15
2.5.5 Animasi 15
2.6 Keberkesanan Multimedia Dalam Pendidikan 15
2.7 Teori Pembelajaran Dan Aplikasinya Dalam 16
Perisian Multimedia
2.7.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme 17
(Tingkahlaku)
2.7.2 Teori Kognitivisme 17
2.7.3 Teori Konstruktivisme 18
2.8 Komponen Multimedia Dalam Pendidikan 19
2.9 Ringkasan 20
ix
BAB 3 REKABENTUK PERISIAN
3.1 Pengenalan 21
3.2 Aplikasi Teori Pembelajaran 21
Konstruktivisme Dalam Reka Bentuk
Perisian PBK Motor AT
3.3 Model Rekabentuk Perisian 22
3.3.1 Menganalisa Pelajar 22
3.3.2 Menyatakan Objektif 23
3.3.3 Memilih Kaedah, Media dan 24
Bahan Pengajaran
3.3.4 Menggunakan Media dan 24
Bahan Pengajaran
3.3.5 Memerlukan Penglibatan Pelajar 24
3.3.6 Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian 24
3.4 Elemen-Elemen Pembangunan Perisian
Multimedia 25
3.4.1 Teks 25
3.4.2 Audio 26
3.4.3 Grafik 26
3.4.4 Animasi 26
3.4.5 Simulasi 27
3.4.6 Interaktiviti 27
3.5 Alat Pengarangan ( Autoring Tool ) 27
3.6 Perkakasan 27
3.6.1 Perkakasan 28
3.6.2 Perisian 28
3.6.3 Perkakasan Main Balik 29
3.7 Carta Alir Rekabentuk Perisian 29
3.7.1 Menu Utama 30
x
BAB 4 ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan 31
4.2 Pempakejan Dan Penstoran Perisian 31
4.3 Kandungan Perisian 32
4.3.1 Menu Utama 32
4.3.2 Menu Objektif 33
4.3.3 Menu Pengenalan 34
4.3.4 Menu Binaan 34
4.3.5 Menu Kendalian 35
4.3.6 Menu Litar Asas 36
4.3.7 Menu Penggunaan 36
4.3.8 Menu Latihan 37
4.3.9 Keluar 38
4.4 Penutup 39
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 40
5.2 Perbincangan 40
5.3 Rumusan 43
5.4 Cadangan 44
Rujukan 45
LAMPIRAN 48
xiii
SENARAI SINGKATAN
ABM Alat bantuan mengajar
EAEL EU- Asia E-Learning
ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi
IT Imformation Technology
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
NITC Majlis Teknologi Maklumat Negara
PBK Pengajaran Berbantu Komputer
PLATO Programmed Logic for Automatic teaching Operation
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta Alir Menu Utama 30
41 Paparan Memulakan Perisian 33
4.2 Paparan Pendaftaran Pengguna 33
4.3 Paparan Bahagian Objektif 33
4.4 Paparan Bahagian Pengenalan 34
4.5 Paparan Bahagian Kendalian 35
4.6 Paparan Bahagian Litar Asas 36
4.7 Paparan Bahagian Penggunaan 36
4.8 Paparan Bahagian Latihan 37
4.9 Paparan Keluar 38
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Surat Pengesahan Menjalankan Pengujian 49
B Surat Pengesahan Guru Pakar 50
C Paparan PBK Motor AT 51
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kehidupan kita pada zaman sekarang telah banyak dipengaruhi dengan
penggunaan komputer dan ia tidak boleh dinafikan lagi. Kerja-kerja manusia
seharian dalam menyelesaikan masalah seperti dalam bidang pengurusan,
pentadbiran, penyelidikan, penganalisisan, komunikasi, kawalan, perubatan dan tidak
ketinggalan juga dalam bidang pendidikan telah banyak dibantu dengan penggunaan
komputer. Oleh yang demikian proses yang susah menjadi lebih senang, mudah dan
cepat.
Pendidikan adalah merupakan salah satu perkara asas dalam membina
pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Sebuah negara yang maju dikaitkan
dengan tahap pencapaian yang tinggi dalam bidang pendidikannya. Oleh sebab itulah
negara kita khususnya memandang serius dengan memperbaiki mutu pendidikan agar
seimbang dengan keperluan masa kini bagi merealisasikan hasrat mewujudkan
sebuah negara yang maju.
Tahap kepintaran serta daya imaginasi para pelajar yang berbeza kadangkala
menyukarkan guru untuk memastikan pelajaran yang diajarkan diterima oleh para
pelajar. Menurut kajian Computer Technology Research (CTR, 1992), tingkah laku
seseorang pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbeza mengikut
pengalaman penggunaan pelbagai deria semasa belajar. Hasil kajian ini juga
2
menyatakan peratusan perubahan tingkahlaku seseorang pelajar dalam P&P adalah
seperti berikut:
a. 20% daripada sesuatu yang mereka lihat.
b. 30% daripada sesuatu yang mereka dengar.
c. 50% daripada sesuatu yang mereka lihat dan dengar.
d. 80% daripada sesuatu yang mereka lihat, dengar dan buat serentak.
Menurut Zoraini (1994) pengunaan komputer akan menjadikan pelajar-
pelajar lebih kemahiran daya berfikir dan dapat meningkatkan pengetahuan mereka
dalam menyediakan diri dalam corak kehidupan di abad dua puluh satu.
Guru-guru juga perlu diberi latihan tentang kaedah pengajaran yang lebih
kreatif dengan cara menggunakan teknologi yang dibekalkan. Menurut Zoraini
(1993) guru-guru seharusnya peka dengan perkembangan teknologi maklumat yang
semakin berkembang pesat kearah peningkatan diri dan Profesionalisma. Institute
perguruan memainkan peranan penting dalam memberikan latihan kepada guru-guru
terlatih melalui kursus dalam perkhidmatan supaya guru-guru sentiasa dapat
meningkatkan mutu pendidikan dalam era teknologi maklumat yang globisasi.
Sehubungan dengan itu, para guru perlu bersedia dengan pengetahuan
komputer. Ini kerana jika suatu hari nanti kemudahan komputer diperkenalkan
sepenuhnya di sekolah-sekolah, ia tidak menjadi satu kejutan atau bebanan kepada
mereka.
1.2 Latarbelakang Masalah.
Dalam usaha meningkatkan lagi kualiti pendidikan, selain daripada
pengurusan yang cemerlang, kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga
perlulah bersesuaian dan dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar. Ini adalah
kerana tanpa kaedah yang sesuai objektif pelajaran agak sukar untuk dicapai. Di
samping itu juga alatan Bantu mengajar (ABM) perlulah bersesuaian dengan isi
3
kandungan pelajaran. Salah satu kaedah yang dapat digunakan pada masa kini ialah
dengan menggunakan perisian multimedia dalam pendidikan atau lebih tepat lagi
adalah PBK. Dengan kemajuan IT, serta penggunaan ABM yang berkonsepkan
multimedia, tidaklah mustahil bagi guru untuk mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan dalam mata pelajaran Motor Arus Terus kepada
para pelajar. Objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai
sekiranya kaedah yang digunakan tidak sesuai terutamanya dalam mata pelajaran
teknikal seperti Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Menurut Baharuddin, et. al. (2001), penggunaan ABM yang canggih atau
yang berbentuk eletronik jarang sekali digunakan. Memandangkan untuk
menghasilkan satu perisian ABM memerlukan masa dan tenaga yang ramai, guru
lebih cenderung kepada penggunaan papan tulis dengan kapur (Chalk and Talk) carta
atau poster dan contoh sebenar.
Para pelajar tidak dapat menggunakan kesemua panca-indera mereka di
dalam mengikuti proses P&P secara tradisi ini. Mereka hanya mendengar
penerangan yang diterangkan oleh guru di papan hitam sahaja. Apatah lagi terdapat
pelbagai subtajuk dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik ini. Motor Arus Terus (AT) merupakan salah satu subtajuk yang
dipelajari oleh pelajar-pelajar tersebut. Pelajar akan didedahkan dengan jenis motor,
bahagian utama motor AT, kendaliannya motor AT , litar asas motor AT dan
penggunaannya motor AT. Mata pelajaran ini yang berbentuk abstrak menyebabkan
para pelajar perlu mempunyai daya kefahaman dan daya imaginasi yang tinggi.
Chew Choon Kian (2004) dalam tesisnya juga merujuk kepada Okey (1978),
yang mana masalah keciciran pelajar adalah disebabkan beberapa faktor :
I. Bahan pengajaran yang kurang sesuai
II. Organisasi kandungan pembelajaran yang kurang terancang
III. Persekitaran bilik darjah yang kurang menggalakkan
IV. Ketidakpelbagaian dalam kaedah pengajaran yang diamalkan oleh guru.
4
Peratusan kelulusan pelajar aliran teknik dan vokasional yang mengambil
mata pelajaran ini menunjukkan pencapaian yang kurang memuaskan iaitu pada
tahun 2002 hanya 8.9 peratus pelajar sahaja lulus peringkat cemerlang, manakala
65.3 peratus sahaja pelajar lulus peringkat kepujian dan 24.3 peratus sahaja pelajar
mendapat peringkat lulus. Pada tahun 2003, hanya 9.5 peratus pelajar sahaja lulus
peringkat cemerlang, manakala 69.9 peratus sahaja pelajar lulus peringkat kepujian
dan 19.4 peratus sahaja pelajar mendapat peringkat lulus. (Analisa Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia, 2003).
Permasalahan yang dihadapi oleh guru ialah bagaimana hendak
menggambarkan Litar jenis motor AT kepada pelajar. Menurut laporan prestasi
SPM 2003, kebanyakan pelajar menjawab dengan betul pada angker dan belitan
motor, sebaliknya tidak menjawab atau salah dalam menjawab perbezaan litar jenis
motor AT. Pada kebiasaannya pelajar akan diberi penerangan tentang kendalian
sistem dan jenis – jenis litar ini dengan bantuan gambar rajah. Walau bagaimanapun
perbezaan jenis litar motor AT ini tidak dapat diperlihatkan dengan jelas kepada
pelajar.
Perkara yamg diterangkan di atas adalah antara permasalahan yang timbul
dari kaedah pembelajaran yang digunakan sekarang untuk subtajuk motorAT.
walaupun terdapat kemudahan komputer di sekolah-sekolah, kaedah pengajaran dan
pembelajaran menggunakan teknologi multimedia (PBK) masih tidak dijalankan
secara menyeluruh terutamanya dalam matapelajaran teknik dan vokasional. Ini
mungkin disebabkan oleh ketiadaan perisian untuk mata pelajaran ini yang
disediakan oleh kementerian.
Dalam matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
khususnya tajuk Motor A.T, sudah tentu sukar menyediakan satu set situasi
kendalian sesuatu sistem motor. Kekurangan bahan pengajaran bagi matapelajaran
ini di sekolah-sekolah menyukarkan guru untuk menjelaskan konsep sesuatu sistem
dalam motor tesebut.
5
Melalui penggunaan perisian pembelajaran yang menarik serta menepati
kehendak kurikulum sistem pendidikan negara akan dapat merubah sistem
pendidikan yang sedia ada dalam mencapai maklumat tanpa sempadan yang
memberi impak yang besar dalam proses P&P ini. Perubahan akan berlaku selaras
dengan perkembangan dan pembangunan bahan pengajaran berbentuk perisian
komputer dalam berbagai media untuk menjadikannya lebih menarik, tersusun,
merangsang serta mencabar.
1.3 Pernyataan Masalah
Para pelajar sukar untuk memahami dan mengikuti mata pelajaran Pengajian
Elektrik Dan Elektronik, topik Motor A.T yang berbentuk abstrak sekiranya
diajarkan menggunakan kaedah secara konvensional iaitu kaedah “ chalk and talk”,
maka perisian PBK yang sesuai perlulah diwujudkan, pernyataan masalah ini adalah
hasil perbincangan di antara pembangun perisian dengan Guru Pakar Kursus
Elektrik. (Rujuk Lampiran B).
Para pelajar juga sukar untuk mengambarkan gambaran sebenar konsep
motor A.T jika hanya melihat daripada lukisan di papan kapur sahaja dan sekiranya
dibina satu perisian yang sesuai maka teori motor A.T dapat ditunjukkan secara jelas
dan menarik.
1.4 Rasional Projek.
Rasional projek pembinaan perisian PBK bertajuk “Motor Arus Terus”
adalah untuk melihat lebih dekat bagaimana. Perbezaan litar di dalam sistem motor
AT yang sudah tentu tidak dapat dilihat dengan hanya melihat fizikal (luaran) motor
sahaja.
6
Dengan adanya perisian PBK “Motor Arus Terus” ini yang dilengkapi
pelbagai media (multimedia) penyampai dalam penghasilannya bukan sahaja dapat
memudahkan pengajaran guru bahkan pelajar juga dapat meneroka sendiri
bagaimana sistem ini berfungsi. Dengan kata lain P&P dapat dilakukan dengan lebih
mudah dan berkesan.
1.5 Objektif Projek
Perisian PBK yang dibangunkan akan menggunakan pelbagai media
penyampai: teks, grafik, audio, video dan animasi. Pembelajaran akan menggunakan
kaedah tutorial, di mana di dalamnya mengandungi segmen set induksi,
pembelajaran dan latihan.
Objektif rekabentuk perisian untuk:
I. Membangunkan perisian multimedia pembelajaran berbantu komputer
(PBK) Mata Pelajaran Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
Tingkatan 5 Bertajuk Motor Arus Terus (A.T).
1.5.1 Objektif Perisian
Objektif pembangunan perisian pengajaran Berbantu Komputer (PBK)
bertajuk “ Motor Arus Terus” adalah supaya pelajar/pengguna dapat :
I. Menyatakan tujuan dan fungsi motor arus terus (AT)
II. Mengenalpasti komponen yang terlibat dalam Motor AT.
III. Memperihalkan prinsip kendalian Motor AT.
IV. Mengenalpasti jenis litar asas Motor AT
7
1.6 Kepentingan Projek
Tujuan projek perisian multimedia ini dibina adalah berdasarkan tanggapan
bahawa sistem pendidikan pada abad ke-21 akan mengalami satu revolusi yang
ketara berbanding dengan sistem yang sedang diaplikasikan. Perisian multimedia
juga mempunyai pelbagai kepentingan sama ada kepada pelajar mahupun guru yang
mengajar mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Perisian
multimedia yang dibina ini dijangka akan dapat :
I. Membantu dalam proses P&P supaya lebih berkesan.
II. Mempelbagai serta memberi pilihan kaedah penyampaian dalam
proses P&P di dalam bilik darjah.
III. Membantu pelajar sebagai sumber inspirasi dan motivasi bagi
menarik minat terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik serta kandungan yang hendak disampaikan.
IV. Diguna pakai sebagai panduan kepada pembinaan perisian multimedia
yang lain
V. Boleh dijadikan sumber rujukan alternatif semasa membuat ulangkaji
pelajaran.
VI. Boleh digunakan oleh pelajar secara aktif dan dapat menarik minat
serta bermotivasi.
VII. Boleh digunakan oleh pelajar pada bila-bila masa dan di mana-mana
sahaja pelajar berada.
top related