kaunseling d’puncak - ucs.uitm.edu.my · objektif utama program kemasyarakatan ini dijalankan...
Post on 09-Sep-2019
22 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Keluaran 1: 2015
KAUNSELING D’PUNCAK
UNIT KERJAYA & KAUNSELING (UKK), BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (HEP), UiTM KAMPUS
PUNCAK ALAM & PUNCAK PERDANA
03-32584084 /4094 / 03-79622326
HUBUNGI KAMI:
KHIDMAT KOMUNITI DI MELAKA
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PEERS) dengan kerjasama Unit Kerjaya & Kaunseling telah mengadakan
program kemasyarakatan pada 20– 22 Januari 2015 bertempat di Melaka. Antara tempat yang dikunjungi adalah UiTM Kampus Alor Gajah Melaka dan juga Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tanjung Keling Melaka.
Objektif utama program kemasyarakatan ini dijalankan adalah untuk membentuk keperibadian yang mulia
di kalangan mahasiswa dan juga merapatkan silaturrahim antara PEERS Kampus Puncak Alam dan PEERS
Kampus Alor Gajah Melaka.
Seramai 36 orang ahli kelab PEERS UiTM Kampus Puncak Alam telah mengikuti program kemasyarakatan
ini dan diiringi oleh seorang kaunselor dari Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Puncak Alam. Keakraban
antara PEERS dan anak-anak yatim terjalin melalui aktiviti yang dianjurkan seperti gotong- royong serta
sukan. Program tiga hari ini telah memberi pengalaman yang berguna kepada ahli kelab PEERS agar men-
jadi mahasiswa yang perihatin, penyayang dan mempunyai nilai– nilai murni.
top related