kebolehan kognitif
Post on 12-Jun-2015
2.712 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KEBOLEHAN KOGNITIF PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
Dr. Sarimah binti Abd Razak Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
Jalan Datin Halimah80350 Johor Bharu
sarimahzul61@yahoo.comTel: 07-2364624
Fax:: 07-2379736
Profesor Madya Dr. Ramlah HamzahProfesor Madya Dr. Rosini Abu
Profesor Dr. Zakaria Kasa
Jabatan Pendidikan Sains dan TeknikalFakulti Pengajian Pendidkan
Universiti Putra Malaysia43400 UPM Serdang Selangor
ramlah@educ.upm.edu.my Tel: 03-89467909Fax: 03-89468246
Abstrak
Kebolehan kognitif telah didokumentasikan sebagai faktor yang boleh meramal dan menjadi penentu kepada kejayaan dalam pendidikan, pekerjaan dan latihan dalam pekerjaan. Dengan itu, kajian ini dijalankan dengan dua tujuan. Pertama, bagi mengenal pasti tahap kebolehan kognitif pelajar Sekolah Menengah Teknik dan kedua, bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kebolehan kognitif mengikut gender dan pengkhususan akademik pelajar ini. Kebolehan kognitif di dalam kajian ini diukur melalui tiga dimensi, iaitu lisan, kuantitatif dan ruangan. Data daripada kajian deskriptif ini dikumpul melalui kaedah tinjauan yang menggunakan ujian. Responden kajian terdiri daripada 578 orang pelajar yang dipilih dengan menggunakan prosedur persampelan pelbagai tahap. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi menganalisis data kajian. Dapatan menunjukkan pelajar ini mempunyai tahap kebolehan kognitif lisan, kuantitatif, ruangan dan kebolehan kognitif keseluruhan sederhana. Seterusnya, hasil kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam kebolehan kognitif lisan, kuantitatif dan ruangan mengikut gender. Perbezaan signifikan juga wujud dalam kebolehan kognitif lisan, kuantitatif dan kebolehan kognitif keseluruhan mengikut pengkhususan akademik. Hasil kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara gender dan kebolehan kognitif keseluruhan dan juga antara pengkhususan akademik dan kebolehan kognitif ruangan di kalangan pelajar ini.
Keywords: Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kebolehan Kognitif, Sekolah Menengah Teknik, GenderSub- theme – education for sustainable development
Pengenalan
Hari ini, usaha awal dalam memperkembang kebolehan kognitif pelajar di semua peringkat
pendidikan telah menjadi satu agenda global dan matlamat setiap institusi pendidikan
termasuk institusi Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV). Pendidikan Teknikal dan
Vokasional telah dikenal pasti sebagai komponen kritikal bagi pembangunan ekonomi
1
sesebuah negara (Muhammad Ashraf Qureshi, 1993). Di Malaysia, PTV telah diberi
keutamaan dalam polisi dan perancangan pendidikan dan kini muncul sebagai satu bidang
yang sangat penting bagi perkembangan ekonomi dan sosial.
Kebolehan kognitif telah didokumentasikan sebagai faktor peramal dan penentu kepada
kejayaan dalam pendidikan, pekerjaan dan latihan dalam pekerjaan. Menurut McDermott,
Mordell dan Stoltzfus (2001), kebolehan kognitif boleh menyediakan satu gambaran tepat
tentang prestasi pelajar di sekolah. Mereka mendapati pelajar yang berkebolehan kognitif
baik berkemahiran tinggi dalam memproses maklumat dan seterusnya mempertingkatkan
ingatan dan pengekalan maklumat. Gagne dan St Pere (2002) pula mendapati, kebolehan
kognitif merupakan peramal terbaik bagi pencapaian akademik di sekolah. Kebolehan
kognitif juga mempunyai hubungan dengan prestasi di tempat kerja (Hernstein & Murray,
1994). Kesimpulan daripada meta-analisis Hunter (1986) ke atas beratus-ratus kajian
menunjukkan kebolehan kognitif menjadi peramal terbaik bagi prestasi kerja dalam semua
jenis pekerjaan manual dan pekerjaan yang menggunakan mental.
Mengikut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO, 1997), perkembangan pembangunan
sumber manusia menjelang abad ke-21 akan dipengaruhi oleh kemahiran kognitif yang akan
menggantikan kemahiran manual. Ekonomi baru abad ini akan menjana pekerjaan baru
yang semakin kompleks yang memerlukan kemahiran membaca, menulis, matematik, dan
menaakul (Ollhoff & Waidelich, 1989).
Thomas (1992) telah memperlihatkan bagaimana PTV berperanan dalam memperkembang
kebolehan kognitif. Menurut beliau, pekerjaan sekarang semakin bergantung kepada
kapasiti kognitif. Pendidikan Teknikal dan Vokasional pula menyediakan konteks dunia
sebenar bagi perkembangan kognitif. Dengan itu, PTV bukan pendidikan sempit yang
berfokuskan pekerjaan semata-mata tetapi berperanan sebagai alat bagi memperkembang
kebolehan kognitif yang diperlukan bagi kehidupan yang produktif, lengkap dan memuaskan
sepertimana yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8, 2001-2005).
Di Malaysia, kepentingan kebolehan kognitif dalam PTV adalah berkaitan dengan
permintaan terhadap tenaga kerja teknikal dan vokasional dalam kumpulan mahir dan
separa mahir. Dokumen kerajaan yang berkaitan dengan kebolehan kognitif ialah RMK8 dan
Rancangan Rangka Jangka Panjang Ketiga (RRJP3, 2001 – 2010). Kedua-dua dokumen ini
telah menggariskan ciri sumber manusia terutama dalam bidang teknikal dan vokasional
yang diperlukan di tempat kerja Malaysia. Mereka perlu mempunyai antaranya, kapasiti bagi
pemikiran lateral, kritis dan kreatif serta kemahiran menyelesaikan masalah selain daripada
2
kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira. Pendidikan asas yang kukuh pula
dilihat sebagai teras bagi melahirkan sumber manusia sebegini. Sekolah akan bertindak
sebagai tapak memupuk semua ciri ini. Bagi tenaga kerja teknikal dan vokasional pula,
Sekolah Menengah Teknik (SMT) akan bertindak sebagai tapak tersebut.
Definisi Kebolehan Kognitif
Pelbagai definisi telah diberikan kepada konsep kebolehan kognitif. Menurut Spearritt
(1996), kebolehan kognitif telah didefinisikan oleh Caroll (1993) sebagai sebarang
kebolehan berkaitan dengan tugas kognitif. Sternberg (1997) mendefinisikan kebolehan
kognitif sebagai kapasiti untuk memahami idea kompleks, belajar melalui pengalaman,
menaakul, menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri. Di dalam kajian ini, kebolehan
kognitif secara operasional didefinisikan sebagai skor komposit dalam ujian kebolehan
kognitif lisan (kosa kata dan ejaan), kuantitatif dan ruangan. Ketiga-tiga dimensi ini dipilih
kerana semua kebolehan ini merupakan kemahiran yang perlu ada pada semua pekerja hari
ini dan akan datang. Kekurangan dalam semua kemahiran ini akan menyebabkan
produktiviti menurun, peningkatan kadar kemalangan dan kesilapan besar dalam
pengeluaran (ILO, 1997).
Kebolehan kognitif lisan adalah berkaitan dengan semua komponen penggunaan bahasa
antaranya kefasihan lisan, kefahaman bacaan, tugasan sinonim dan antonim, struktur ayat,
kesediaan membaca, ejaan, kosa kata dan bacaan. Di dalam kajian ini, kebolehan kognitif
lisan didefinisikan sebagai kebolehan pelajar membaca dan memahami kosa kata dengan
menggunakan bahan bergambar serta kebolehan pelajar mengeja perkataan dengan betul.
Kebolehan kognitif kuantitatif juga dikenali dengan kebolehan kognitif matematik. Menurut
Torres (1993), Beggs dan Mouw mendefinisi kebolehan ini sebagai ukuran kefahaman
fungsional operasi matematik, konsep asas geometri dan kebolehan menggunakan prinsip
matematik dalam menyelesaikan masalah. Kebolehan kognitif ini juga berkaitan dengan
kemahiran menganggar nisbah, kira-kira, pencapaian matematik, penaakulan matematik,
penyelesaian masalah, penambahan, penolakan, pengiraan, penyusunan nombor, algebra
dan algoritma. Di dalam kajian ini, kebolehan ini mengukur kefahaman pelajar berkaitan
hubungan antara nombor dan kecekapan mengendalikan konsep nombor.
Kebolehan kognitif ruangan pula meliputi pelbagai aktiviti seperti membaca peta, melakukan
susunsuai gambar, mengesan rajah mudah dalam rajah kompleks dan memutar objek tiga
dimensi secara mental. Kebolehan kognitif ini juga merujuk kebolehan seseorang mengesan
sesuatu objek dalam ruangan, menyusun semula objek secara mental, mengenal pasti
3
bentuk dan sebagainya (Lips, 1978). Bagi tujuan kajian ini, kebolehan pelajar
membayangkan (dua dan tiga matra) dan mengorientasi ruangan mewakili kebolehan ini.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk:
1. mengenal pasti tahap kebolehan kognitif pelajar SMT
2. menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kebolehan
kognitif mengikut gender dan pengkhususan akademik pelajar SMT
Metodologi
Kaedah tinjauan telah digunakan bagi mengumpul data kajian. Populasi sasaran kajian ialah
pelajar tingkatan empat aliran Pendidikan Teknikal SMT, Malaysia bagi tahun 2003 yang
berjumlah 18,300 orang. Pelajar mengkhusus dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal,
Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Sains Pertanian, Perdagangan,
Ekonomi Rumah Tangga (Pengurusan Makanan), dan Ekonomi Rumah Tangga (Pengajian
Pakaian). Reka bentuk persampelan pelbagai tahap digunakan dalam menentukan sampel.
Saiz sampel ditentukan berdasarkan jadual Bartlett, Kotrlik dan Higgins (2001) (Lampiran 1).
Daripada sampel 635 orang, sejumlah 578 responden menduduki ujian yang ditadbirkan.
Instrumentasi
Data demografi responden didapati dengan menggunakan soal selidik. Bagi mengukur
kebolehan kognitif responden, tiga jenis ujian telah digunakan, iaitu Ujian Kebolehan Kognitif
Lisan (UKKL), Ujian Kebolehan Kognitif Kuantitatif (UKKK) dan Ujian Kebolehan Kognitif
Ruangan (UKKR). Ujian Kebolehan Kognitif Lisan terdiri daripada dua jenis ujian, iaitu Ujian
Kebolehan Kognitif Kosa Kata (UKKKK, Bahagian A) dan Ujian Kebolehan Kognitif Ejaan
(UKKE, Bahagian B). Bahagian A merupakan ujian kosa kata yang menggunakan format
sub-ujian Vocabulary, Wide Range Intelligence - Personality Test (Jastak, 1978). Dalam
ujian ini, terdapat enam gambar yang diikuti dengan 21 perkataan. Responden mesti boleh
membaca dan mengenal pasti maksud kosa kata tersebut melalui keenam-enam gambar.
Ujian ini merupakan ujian membaca dan kefahaman dengan menggunakan bahan
bergambar. Responden dikehendaki memadankan perkataan dengan gambar yang sesuai
dan menjawab bahagian ini dalam masa empat minit.
Bahagian B ialah ujian ejaan. Ujian ini menggunakan format sub-ujian Spelling, Differential
Aptitude Test (DAT) for Personnel and Career Assessment (PCA) (Bennett, Seashore &
Wesman, 1989). Terdapat 55 perkataan yang sebahagiannya dieja dengan betul dan
sebahagian lagi salah dieja. Pemilihan perkataan di dalam sub-ujian ini adalah berdasarkan
4
kepada kesilapan mengeja yang kerap dilakukan oleh pelajar berdasarkan dapatan dan
pemerhatian guru dan pemeriksa kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2003).dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (Dewan Bahasa
& Pustaka, 1996). Responden dikehendaki mengenal pasti ejaan bagi setiap perkataan
dengan membulatkan abjad “B” bagi ejaan yang betul dan abjad “S” bagi ejaan yang salah.
Had masa ujian ialah enam minit. Setiap jawapan betul diberi skor “1” dan setiap jawapan
salah, skor “0” diberikan. Jumlah skor betul mewakili kebolehan kognitif kosa kata serta
ejaan dan seterusnya, kebolehan kognitif lisan.
Bagi mengukur kebolehan kognitif kuantitatif, sub-ujian Numerical Ability yang merupakan
salah satu daripada lapan sub-ujian di dalam DAT for PCA (Bennet et al., 1989) telah
digunakan. Ujian ini mengukur kefahaman berkaitan hubungan antara nombor dan
kecekapan mengendalikan konsep nombor. Sub-ujian ini diterjemah ke dalam Bahasa
Melayu menggunakan kaedah translation/back translation. Sub-ujian ini mengandungi 25
soalan dengan lima pilihan jawapan. Had masa ialah 20 minit. Bagi setiap jawapan betul,
responden diberikan skor “1” dan skor “0” bagi setiap jawapan salah. Jumlah skor jawapan
betul mewakili kebolehan kognitif kuantitatif.
Instrumen Spatial Ability Test (SAT, Wong, 1992) digunakan bagi mengukur kebolehan
kognitif ruangan. Ujian ini mengukur dua komponen utama kebolehan ruangan, iaitu
pembayangan ruangan (dua dan tiga dimensi) dan orientasi ruangan. Spatial Ability Test
mengandungi 11 sub-ujian, iaitu kubus (mengira bilangan kubus dalam sesuatu susunan),
pembentukan corak I (memilih kumpulan rajah yang betul apabila satu siri corak dua dimensi
dikumpulkan semula, akan membentuk corak asal), pembentukan corak II (memilih corak
yang mengandungi bahagian tepat yang membentuk corak asal), pantulan (kebolehan
melihat imej cermin), putaran (membayang putaran kad berbentuk rombus yang mempunyai
tebukan lubang), lipatan dan pengguntingan kertas (membayang rajah akhir apabila sehelai
kertas dilipat dan ditebuk dengan pelbagai bentuk), rajah tersembunyi (menentukan rajah di
mana rajah lain yang telah dikenal pasti lebih awal tersembunyi di dalamnya), lipatan kotak I
(kebolehan melihat bagaimana sebuah kotak tiga dimensi boleh dibuka ke dalam rajah dua
dimensi), lipatan kotak II (memilih satu daripada empat kotak yang diberi yang boleh
dibentuk daripada melipat rajah dua dimensi), pelunjuran ortografik (kebolehan melihat
sesuatu objek daripada pandangan atas) dan pemotongan blok (membayang potongan blok
selepas bahagian hadapan blok ini dipotong).
Tugasan pembayangan ruangan (dua dan tiga matra) diwakili oleh tugasan dalam kubus,
pembentukan corak I, pembentukan corak II, pantulan, lipatan dan guntingan kertas, lipatan
5
kotak I, lipatan kotak II, pelunjuran ortografik dan pemotongan blok. Tugasan orientasi
ruangan diwakili oleh tugasan putaran dan rajah tersembunyi. Setiap sub-ujian
mengandungi enam item dengan jumlah keseluruhan 66 item. Setiap item diikuti dengan
empat pilihan jawapan. Had masa ialah satu setengah jam. Responden dikehendaki memilih
jawapan betul daripada empat pilihan. Skor “1” bagi jawapan betul dan “0” bagi jawapan
salah. Jumlah skor betul mewakili kebolehan kognitif ruangan.
Kesahan kandungan dan gagasan instrumen kajian ditentukan oleh panel penilai seramai
lima orang Pekali digunakan bagi mengukur ketekalan dalaman instrumen kajian. Pekali
bagi UKKKK, UKKE, UKKK dan UKKR ialah masing-masing .64, .75, .77 dan .79. Penyelidik
telah mentadbir sendiri instrumen kajian berdasarkan peraturan Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia (1996). Statistik deskriptif digunakan bagi menerangkan
Objektif 1. Ujian-t dan ANOVA digunakan bagi menerangkan Objektif 2. Bagi semua
analisis, tahap telah ditetapkan pada .05.
Dapatan
Daripada 578 responden, 63% (364 orang) adalah perempuan dan 37% (214 orang) adalah
lelaki (Jadual 1). Mengikut pengkhususan akademik pula, 16.6% responden mengkhusus
dalam Kejuruteraan Awam, 17.5% Kejuruteraan Mekanikal dan 19.0% dalam Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik. Perdagangan diwakili sejumlah 12.3% responden, Sains Pertanian
13.1%, Ekonomi Rumah Tangga (Pengurusan Makanan) 10.9% dan Pengajian Pakaian
10.6% responden.
Jadual 1: Taburan Responden Berdasarkan Pengkhususan Akademik Mengikut Gender (n = 578)
Pengkhususan Akademik n Lelaki (%)(n = 214)
Perempuan (%)(n = 364)
% Keseluruhan
Kejuruteraan Awam 96 22.9 77.1 16.6 Kejuruteraan Mekanikal 101 80.2 19.8 17.5 Kejuruteraan Elektrik & Elektronik 110 69.1 30.9 19.0 Perdagangan 71 11.3 88.7 12.3 Sains Pertanian 76 18.4 81.6 13.1 ERT (Pengurusan Makanan) 63 12.7 87.3 10.9 ERT (Pengajian Pakaian) 61 8.2 91.8 10.6
Objektif 1 - Tahap Kebolehan Kognitif Lisan, Kuantitatif, Ruangan Dan Kebolehan Kognitif Keseluruhan
Skor Ujian Kebolehan Kognitif Lisan, Kuantitatif, Ruangan dan skor komposit dalam ketiga-
tiga ujian ini dikategorikan ke dalam tiga tahap, iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Jadual 2
6
menunjukkan nilai skor bagi ketiga-tiga tahap dalam ketiga-tiga dimensi kebolehan kognitif
dan kebolehan kognitif keseluruhan.
Jadual 2: Skor Bagi Tahap Kebolehan Kognitif Lisan, Kuantitatif, Ruangan dan Kebolehan Kognitif Keseluruhan
Kebolehan Kognitif
Skor bagi TahapRendah Sederhana Tinggi
LisanKuantitatifRuanganKeseluruhan
41 - 493 - 9
11 - 2668 - 92
50 - 5910 - 1727 - 44
93 - 117
60 - 6918 - 2545 - 61
118 -142
Jadual 3: Taburan Responden Mengikut Tahap Kebolehan Kognitif Lisan, Kuantitatif,
Ruangan dan Kebolehan Kognitif Keseluruhan (n = 578)
Kebolehan Kognitif Skor Kekerapan % Min SPMin Mak
Lisan 41 69 56.10 4.81 Rendah (41 – 49) 53 9.2
Sederhana (50 – 59) 371 64.2Tinggi (60 – 69) 154 26.6
Kuantitatif 3 25 16.98 3.91Rendah (3 - 9) 27 4.7
Sederhana (10 - 17) 272 47.1 Tinggi (18 - 25) 279 48.2
Ruangan 11 61 34.48 8.18Rendah (11 - 26) 96 16.6Sederhana (27 - 44) 410 70.9Tinggi (45 - 61) 72 12.5
Kebolehan Kognitif Keseluruhan 68 142 107.51 12.21Rendah (68 - 92) 68 11.7Sederhana (93 - 117) 390 67.5Tinggi (118 - 142) 120 20.8
Taburan responden mengikut tahap kebolehan kognitif lisan, kuantitatif, ruangan dan
kebolehan kognitif keseluruhan dirumuskan dalam Jadual 3. Julat skor sebenar UKKL ialah
antara 0 hingga 76; namun julat skor responden ialah antara 41 hingga 69 (M = 56.10, SP =
4.81). Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden (64.2%) mempunyai tahap
kebolehan kognitif lisan sederhana dan 26.6% pula mempunyai tahap tinggi. Bagi kebolehan
kognitif kuantitatif, julat skor sebenar UKKK ialah antara 0 hingga 25; namun julat skor
responden ialah antara 3 hingga 25 (M = 16.98, SP = 3.91). Sejumlah 48.2% responden
mempunyai tahap kebolehan kognitif kuantitatif tinggi dan 47.1% tahap sederhana.
Walaupun julat skor sebenar UKKR ialah antara 0 hingga 66; julat skor responden ialah
antara 11 hingga 61 (M = 34.48, SP = 8.18). Majoriti responden (70.9%) mempunyai tahap
7
kebolehan kognitif ruangan sederhana. Responden yang bertahap kebolehan kognitif
ruangan rendah pula ialah 16.6%. Julat skor sebenar ketiga-tiga ujian ialah antara 0 hingga
167; namun julat skor responden ialah antara 68 hingga 142 (M = 107.51, SP = 12.21).
Analisis skor menunjukkan majoriti responden (67.5%) mempunyai tahap kebolehan kognitif
keseluruhan sederhana.
Objektif 2 - Perbandingan Kebolehan Kognitif Mengikut Gender dan Pengkhususan Akademik
Gender
Bagi menentukan perbezaan kebolehan kognitif responden mengikut gender, Ujian-t telah
digunakan. Aras keyakinan ditetapkan pada .05. Di mana terdapat perbezaan signifikan,
magnitud perbezaan ditentukan dengan menggunakan saiz kesan. Keputusan Ujian-t
menunjukkan terdapat perbezaan signifikan secara statistik mengikut gender dalam skor min
bagi tiga dimensi kebolehan kognitif – lisan, kuantitatif dan ruangan (Jadual 4). Responden
perempuan didapati mempunyai kelebihan dalam kebolehan kognitif lisan (M = 57.02, SP =
4.65, t (576) = -6.194, p < .05) dan kuantitatif (M = 17.42, SP = 3.59, t = -3.372, p < .05).
Bagi kebolehan kognitif ruangan, responden lelaki (M = 35. 96, SP = 8.69, t = 2.678, p
< .05) mengatasi responden perempuan. Tidak terdapat perbezaan signifikan mengikut
gender dalam skor min kebolehan kognitif keseluruhan.
Jadual 4: Keputusan Ujian-t Bagi Kebolehan Kognitif Lisan, Kuantitatif, Ruangan dan Kebolehan Kognitif Keseluruhan Responden Mengikut Gender (n = 578)
Kebolehan Kognitif n Min SP Nilai-t p dLisan
LelakiPerempuan
KuantitatifLelakiPerempuan
RuanganLelakiPerempuan
Keseluruhan LelakiPerempuan
214364
214364
214364
214364
54.5457.02
16.2417.42
35.6933.76
106.41108.15
4.684.65
4.313.59
8.697.78
13.0511.66
-6.194
-3.372
2.678
-1.659
.000*
.001*
.008*
.098
0.53
0.33
0.22
*p < .05 df = 576 SP = Sisihan Piawai
8
Bagi kebolehan kognitif lisan, kuantitatif dan ruangan, saiz kesan telah ditentukan bagi
menentukan magnitud perbezaan yang wujud. Menurut Cohen (2001), bagi menginterpretasi
nilai d bagi ujian-t, garis panduan yang diikuti ialah .20 bagi kesan kecil, .50 bagi kesan
sederhana dan .80 bagi kesan besar. Dengan itu, magnitud perbezaan min bagi kebolehan
kognitif lisan ialah sederhana (.53) dan kecil bagi kuantitatif (.33) dan ruangan (.22).
Pengkhususan akademik
Keputusan ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan signifikan secara statistik pada aras p
< .05 bagi skor min kebolehan kognitif lisan [F(6, 578) = 4.466, p = .0001], kuantitatif [F(6,
578) = 6.623, p = .0001] dan kebolehan kognitif keseluruhan [F(6, 578) = 3.730, p = .001]
mengikut pengkhususan akademik. Tiada perbezaan signifikan secara statistik bagi
kebolehan kognitif ruangan (Jadual 5).
Keputusan ANOVA juga menunjukkan responden Perdagangan (M = 57.73, SP = 4.45) dan
Sains Pertanian (M = 57.68, SP = 5.88) mempunyai kebolehan kognitif lisan paling tinggi.
Responden Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik mempunyai kebolehan kognitif lisan paling
rendah (M = 54.86, SP = 4.79). Responden Perdagangan juga didapati mempunyai
kebolehan kognitif kuantitatif (M = 19.13, SP = 3.44) dan kebolehan kognitif keseluruhan
paling tinggi (M = 112.41, SP = 12.15). Sementara responden Kejuruteraan Mekanikal
menunjukkan kebolehan kognitif kuantitatif paling rendah (M = 15.77, SP = 3.75), responden
ERT (Pengajian Pakaian) pula mempunyai kebolehan kognitif keseluruhan paling rendah (M
= 105.03, SP = 8.45).
Menurut Cohen (2001), bagi menginterpretasi nilai 2 bagi ANOVA, garis panduan yang
diikuti ialah .01 = kesan kecil, .06 = kesan sederhana dan .14 = kesan besar. Dengan itu,
saiz kesan (2) bagi kebolehan kognitif lisan dan kebolehan kognitif keseluruhan ialah kecil
(masing-masing .04) dan kuantitatif ialah sederhana (.07).
9
Jadual 5: Keputusan ANOVA Bagi Kebolehan Kognitif Lisan, Kuantitatif, Ruangan dan Kebolehan Kognitif Keseluruhan Mengikut Pengkhususan Akademik
Kebolehan Kognitif
Pengkhususan Akademik n Min SP F p 2
Lisan
Kuantitatif
Ruangan
Keseluruhan
Kejuruteraan AwamKejuruteraan MekanikalKej. Elektrik & ElektronikPerdaganganSains PertanianERT(PM)ERT(PP)
Kejuruteraan AwamKejuruteraan MekanikalKej. Elektrik & ElektronikPerdaganganSains PertanianERT(PM)ERT(PP)
Kejuruteraan AwamKejuruteraan MekanikalKej. Elektrik & ElektronikPerdaganganSains PertanianERT(PM)ERT(PP)
Kejuruteraan AwamKejuruteraan MekanikalKej. Elektrik & ElektronikPerdaganganSains PertanianERT(PM)ERT(PP)
96101110
71766361
96101110
71766361
96101110
71766361
96101110
71766361
55.8655.4654.8557.73 57.68 56.03 55.98
16.19 15.77 16.75 19.13 17.50 17.43 17.03
34.10 35.56 33.83 35.55 34.45 35.6232.03
106.11 106.81 105.37 112.41109.47 108.98105.03
4.624.524.794.455.884.444.00
3.923.753.943.444.243.893.07
8.538.549.208.187.207.676.13
11.9612.4912.2612.1513.6711.81
8.45
4.466
6.623
1.777
3.730
.000*
.000*
.101
.001*
.04
.07
.04
*p < .05 df = 6 SP = Sisihan Piawai
Nota:ERT(PM) Ekonomi Rumah Tangga (Pengurusan Makanan)ERT(PP) Ekonomi Rumah Tangga )Pengajian Pakaian)
Perbincangan
Apa yang paling membimbangkan daripada dapatan kajian ini ialah lebih tiga perempat
pelajar aliran Pendidikan Teknikal mempunyai tahap kebolehan kognitif keseluruhan
sederhana dan rendah sedangkan pelajar ini merupakan kumpulan pelajar terpilih yang
mendapat keputusan baik dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Oleh kerana
kebolehan kognitif menyediakan satu gambaran tepat tentang prestasi pelajar di sekolah,
dapatan kajian ini menyediakan gambaran tentang pencapaian akademik pelajar aliran
10
Pendidikan Teknikal pada masa ini. Mereka ini seolah-olah sedang menempa kegagalan
dan akan tercicir dalam pelajaran jika tiada usaha dilakukan dalam memperkembang
kebolehan kognitif mereka mulai sekarang. Ini adalah kerana, kebolehan kognitif yang
rendah juga dikaitkan dengan keciciran dan kegagalan dalam pendidikan. Matlamat
pendidikan Malaysia untuk menghasilkan tenaga kerja teknikal berpengetahuan tinggi,
mempunyai pemikiran bertahap tinggi, berkemahiran menyelesaikan masalah dan cekap
dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan tidak akan tercapai kecuali SMT bertindak
sebagai tapak memperkembangkan kemahiran asas dalam membaca, menulis dan mengira.
Pertumbuhan kosa kata berlaku secara tidak langsung melalui pendedahan bahasa dan
jumlah bacaan merupakan sumber utama perbezaan dalam kosa kata di kalangan pelajar
(Cunningham & Stanovich, 1991). Ini bermakna, peluang untuk memperoleh kosa kata baru
berlaku lebih kerap melalui bacaan. Sepertimana kosa kata, ejaan juga berkembang secara
berterusan melalui pembacaan meluas. Daripada dapatan kajian, berkemungkinan pelajar
aliran Pendidikan Teknikal ini kurang mendapat pendedahan bahasa atau kurang membaca.
Pembacaan mereka hanya terikat dengan buku-buku teks sahaja dengan tujuan mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Kekurangan dalam kebolehan kosa kata pelajar
ini boleh menyebabkan mereka tidak mampu mengutarakan dan meluahkan idea atau
gagasan dengan jelas dan tepat serta menyelesaikan masalah. Dengan itu, selain bantuan
guru, pelajar ini perlu berusaha dalam meningkatkan jumlah bacaan dan pendedahan
bahasa bagi memperkembangkan kebolehan lisan mereka.
Kurangnya kekuatan dalam kemahiran asas matematik di kalangan pelajar SMT aliran
Pendidikan Teknikal ini digambarkan oleh dapatan kajian yang menunjukkan lebih daripada
separuh pelajar ini mempunyai tahap kebolehan kognitif kuantitatif sederhana dan rendah.
Kekuatan dalam asas matematik adalah penting bagi melakukan tugasan ujian yang diberi
dan seterusnya sehingga ke bidang pekerjaan teknikal yang bakal diceburi pelajar ini.
Peringkat awal pemerolehan kemahiran matematik adalah penting kerana ini akan
mempengaruhi persepsi dan sikap pelajar terhadap pembelajaran matematik sepanjang
hayat mereka. Berkemungkinan pembinaan pemahaman konseptual awal matematik pelajar
ini tidak diberi perhatian oleh guru mereka di peringkat awal persekolahan. Apabila ini
berlaku, sukar bagi pelajar ini membina kemahiran dan konsep matematik peringkat tinggi.
Pendekatan pengajaran guru Matematik SMT juga berkemungkinan menyumbang kepada
dapatan kajian. Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Pembelajaran Kontekstual di Sekolah
Menengah Teknik (JMPPKSMT, 2001) mendapati guru Matematik SMT menggunakan
pendekatan pengajaran yang menekankan penghafalan, mengingat kembali dan
11
menggunakan soalan retorik. Konsep pembelajaran matematik tradisional berdasarkan
kapur dan tulis, latih tubi dan praktis, mengira menggunakan tangan, penghafalan serta
kuliah dan demonstrasi tidak membantu perkembangan kebolehan kuantitatif pelajar ini.
Daripada ketiga-tiga dimensi kebolehan kognitif, pelajar yang dikaji menunjukkan prestasi
terendah dalam kebolehan ruangan di mana hampir 90% pelajar berada di tahap sederhana
dan rendah. Dapatan ini sangat membimbangkan kerana kecekapan dalam kemahiran
ruangan telah dikaitkan dengan kejayaan dalam pendidikan dan pekerjaan seperti
kejuruteraan, perniagaan, dan industri bangunan (Halpern, 1992; Shea, Lubinski & Benbow,
2001). Lynn (1995) pula melaporkan kebolehan ruangan yang tinggi merupakan prasyarat
bagi kejayaan dalam matematik lanjutan dan kursus teknikal. Kebolehan ini juga penting
dalam pemikiran bertahap tinggi seperti penyelesaian masalah, membuat keputusan,
pemikiran saintifik dan pemikiran kritis dan kreatif. Wong (1992) mendapati kebolehan ini
mempunyai hubungan kuat dengan prestasi dalam pelbagai pekerjaan teknikal dan
dianggap sebagai salah satu peramal terbaik kejayaan dalam mata pelajaran teknikal.
Dengan itu, persoalan yang timbul ialah bolehkah pelajar ini berjaya dalam pendidikan dan
pekerjaan teknikal ini jika kebolehan ruangan mereka tidak diperkembangkan dan kekal
seperti sekarang?
Dapatan Wan Hasnah (2000), Busrah (1999), Kartini (1998), Nair (1998) dan Raman (1995)
mendapati pengajaran bilik darjah di negara ini masih didominasi oleh aktiviti, soalan dan
tugasan beraras rendah. Noraini (1998) pula mendapati, pelajar diberi sedikit atau tiada
aktiviti pengajaran dalam pembayangan ruangan. Keadaan yang berlaku ini kurang
mencabar minda pelajar. Analisis huraian sukatan pelajaran aliran ini menunjukkan
sebahagian besar objektif pengajaran dan pembelajaran hanya memerlukan penggunaan
kemahiran kognitif beraras rendah seperti menamakan, menyenaraikan dan mengklasifikasi.
Bagi mencapai objektif ini, guru akan menggunakan aktiviti, soalan, tugasan dan sistem
penilaian yang berpadanan. Keadaan ini tidak membantu pelajar memperkembangkan
kebolehan kognitif ruangan mereka.
Oleh kerana kebolehan ruangan boleh diperkembangkan melalui latihan dan pengalaman
(Lips, 1978; Brannon, 1999; Maizam, 2000), berkemungkinan kekurangan dalam kedua-dua
faktor ini turut menyumbang kepada dapatan kajian. Laporan JMPPKSMT (2001) seterusnya
mendapati pengajaran guru di bilik darjah kejuruteraan SMT masih berasaskan kuliah.
Sebahagian besar masa di dalam makmal digunakan bagi membuat latihan kemahiran
manual yang merupakan lanjutan daripada program vokasional dan hanya berkait dengan
12
sedikit kandungan teori sahaja. Kekurangan latihan dan pengalaman ini menyebabkan
kebolehan ruangan pelajar ini tidak diperkembangkan ke tahap yang sepatutnya.
Terdapat perbezaan signifikan secara statistik mengikut gender bagi semua dimensi
kebolehan kognitif kecuali kebolehan kognitif keseluruhan. Bagi ketiga-tiga dimensi ini,
perbezaan min antara gender didapati kecil. Perbezaan min purata kecil dengan nilai sisihan
piawai yang besar akan menghasilkan nilai-t yang kecil. Nilai-t yang kecil ini menyebabkan
nilai p bagi kebolehan kognitif keseluruhan menjadi tidak signifikan.
Kajian ini menyokong dapatan pengkaji-pengkaji (Halpern, 1992; Lee, 2002; Maccoby &
Jacklin, 1974) yang mendapati perempuan masih mengatasi lelaki dalam kebolehan lisan
(kosa kata dan ejaan) dan menolak kesimpulan meta-analisis Hyde dan Linn (1988) yang
menyatakan tidak wujud lagi perbezaan gender dalam kebolehan ini. Magnitud perbezaan
pelajar ini agak besar (.53) dan masih memihak kepada pelajar perempuan. Pelajar
perempuan didapati mempunyai himpunan kosa kata lebih besar dan kelebihan dalam
ejaan. Menurut Halpern (1992) dan Lee (2002), secara purata kanak-kanak perempuan
bercakap lebih awal daripada lelaki dan perbezaan gender dalam kebolehan ini wujud
seawal kanak-kanak boleh bercakap. Kelebihan ini dikekalkan sepanjang pendidikan di
sekolah rendah dan menengah. Ini berkemungkinan dapat menerangkan dapatan kajian ini.
Perbezaan dalam tugasan yang mengukur kebolehan kuantitatif menyebabkan dapatan
kajian ini tidak konsisten dengan dapatan pengkaji terdahulu (Berinderjeet Kaur, 1991; Mills,
Ablard & Stumpf, 1993; Sorel & Yael, 1995; Robinson, Abbot, Berninger & Busse, 1996)
yang mendapati lelaki mempunyai kelebihan dalam kebolehan ini. Pada masa yang sama,
hasil kajian ini menyokong kesimpulan meta-analisis Hyde, Fennema dan Lamon (1990)
serta Lee (2002) yang mendapati pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dengan
magnitud perbezaan yang kecil (d = .33).
Jenis tugasan yang mengukur kebolehan ini berkemungkinan menyumbang kepada
perbezaan yang wujud. Kebolehan matematik berkait dengan kebolehan ruangan. Dalam
kebolehan ruangan, pelajar lelaki mempunyai kelebihan. Begitu juga dalam tugasan
matematik yang mempunyai komponen ruangan seperti geometri dan penaakulan
matematik. Disebabkan tugasan yang diberikan mempunyai kurang komponen ruangan di
dalamnya, ini mempengaruhi pencapaian pelajar lelaki dalam ujian yang diberi.
Steinberg(1993) mendapati perbezaan gender yang konsisten ialah dalam kebolehan
ruangan sahaja di mana lelaki menunjukkan kelebihan. Dapatan kajian ini menyokong
13
dapatan pengkaji terdahulu dan konsisten dengan dapatan kajian Voyer (1996) dan Voyer,
Voyer dan Bryden (1995) dengan magnitud perbezaan yang kecil.
Selain faktor fisiologi dan biologi (Kimura, 1992; Deming, 1999; Lee, 2002), pengalaman dan
latihan (Brannon, 1999) semasa kecil berkemungkinan membantu dalam memperkembang
kebolehan ruangan di kalangan pelajar lelaki yang dikaji. Menurut Lee (2002), kebolehan
kognitif ruangan diperkembangkan lebih awal di kalangan kanak-kanak lelaki. Pengalaman
bermain dengan permainan seperti kepingan LEGO dan permainan video berkemungkinan
membantu dan menggalakkan perkembangan kebolehan ini. Kanak-kanak perempuan pula
diberi permainan yang berkaitan dengan peranan gender seperti anak patung dan peralatan
memasak yang kurang membantu dalam memperkembangkan kebolehan ruangan.
Analisis keputusan peperiksaan PMR (2002) pelajar ini menunjukkan pelajar Perdagangan
mempunyai pencapaian terbaik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (BM), Kemahiran
Hidup Bersepadu (KHB), Matematik dan Sains. Pelajar Perdagangan pada asasnya terdiri
daripada pelajar cemerlang yang mempunyai asas kuat dalam semua mata pelajaran. Ini
berkemungkinan dapat menerangkan mengapa pelajar Perdagangan mempunyai kelebihan
dalam semua dimensi kebolehan kognitif dan kebolehan kognitif keseluruhan. Hasil kajian
juga mendapati pelajar kejuruteraan menunjukkan pencapaian terendah dalam semua
dimensi kebolehan kognitif. Dapatan ini sangat membimbangkan kerana bidang
kejuruteraan banyak memerlukan tugasan kognitif bertahap tinggi.
Pelajar pengkhususan kejuruteraan ini pada asasnya bukan merupakan pelajar cemerlang.
Berkemungkinan mereka diterima masuk kerana kurangnya jumlah pelajar lelaki
berpencapaian cemerlang yang boleh diambil untuk memasuki pengkhususan ini. Jumlah
pelajar lelaki juga lebih ramai bersesuaian dengan tanggapan yang bidang ini merupakan
satu bidang yang sesuai dengan dan dikuasai oleh kaum lelaki. Ini berkemungkinan dapat
menerangkan mengapa pelajar kejuruteraan mempunyai pencapaian terendah dalam
semua ujian diberi.
Sebagai kesimpulan, kegagalan dalam meningkatkan kebolehan kognitif pelajar aliran
Pendidikan Teknikal mempunyai impak yang besar kepada kejayaan akademk, masa depan
dan kerjaya mereka. Bagi semua mata pelajaran terutama matematik, sains dan
kejuruteraan serta dalam proses penyelesaian masalah, semua kebolehan kognitif ini sangat
diperlukan. Kesedaran semua pihak terutamanya tenaga pelajar SMT diperlukan bagi
membantu pelajar ini. Pemilihan bahan pengajaran, objektif, kandungan kurikulum dan
teknik penilaian perlu dirancang agar berpadanan dan menggambarkan pemahaman yang
14
semua pelajar tidak berfungsi di tahap kognitif sama. Pengalaman pembelajaran pelajar
perlu distruktur dan direka cipta dengan menggunakan aktiviti dan pengalaman
pembelajaran yang mencabar dan menekankan penglibatan aktif secara fizikal dan mental
pelajar. Akhir sekali, sistem pendidikan SMT tidak boleh mengeluarkan bakal sumber
manusia teknikal yang berkebolehan kognitif rendah kerana ini akan memberi impak yang
besar kepada sistem ekonomi Malaysia. Jika keadaan ini berterusan, pelajar ini tidak akan
boleh dan tidak dapat menyumbang dengan berkesan dalam pembangunan diri sendiri dan
seterusnya pembangunan sumber manusia negara.
RUJUKAN
Behling, O, & Law, K.S. (2000). Translating questionnaires and other research instruments: Problems and solutions. Sage University Papers Series on Quantitave Applications in the Social Sciences, 07-131. Thousands Oaks, CA:Sage.
Bartlett, II, J.E., Kotrlik, J.W., & Higgins, C.C. (Spring, 2001). Organizational research: Determining appropriate sampel size in survey research. Information Technology, Learning, and Performance Journal, 19(1), 43 -50.
Bennett, G.K., Seashore, H.G., & Wesman, A.G. (1989). Differential Aptitude Tests For Personnel and Career Assessment. Technical Manual. San Antonio: The Psychological Corporation, Harcourt Brace & Company.
Bennett, G.K., Seashore, H.G., & Wesman, A.G. (1989). Differential Aptitude Tests For Personnel and Career Assessment. General Cognitive Ability Tests. Verbal Reasoning and Numerical Ability. San Antonio: The Psychological Corporation, Harcourt Brace & Company.
Bennett, G.K., Seashore, H.G., & Wesman, A.G. (1989). Differential Aptitude Tests For Personnel and Career Assessment. Clerical and Language Tests. Spelling, Language Usage, and Clerical Speed and Accuracy. San Antonio: The Psychological Corporation, Harcourt Brace & Company.
Cohen, B.H. (2001). Explaining psychological statistics (2nd ed.). New York: John Wiley & Sons, Inc.
Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. Edisi Kedua. (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gagne, F. & St Pere, F. (January – February, 2002). When IQ is controlled, does motivation still predict achievement? Intelligence, 30(1), 71 -100.
Herrnstein, R.J., & Murray, C. (1994). The bell curve. Intelligence and class structure in American Life. New York: The Free Press.
Hunter, J.E. (1986). Cognitive ability, cognitive aptitudes, job knowledge, and job performance. Journal of Vocational Behavior, 29, 340 - 362.
International Labour Organisation (1997). Human resource development in Asia and the Pacific in the 21st century: Issues and challenges for employers and their
15
organisations. Kertas kerja yang dibentangkan di ILO Workshop on Employers’ Organisations in Asia-Pacific in the Twenty-First century, Turin, Italy. http://www.ilo.org/public/english/dialogue/actemp/papers/1998/tanhrd2.htm. Diakses pada 15 September 2005
Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Maklumat kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik.
Jastak, J.F. (1978). Jastak Assessment Systems. Wide Range Intelligence - Personality Test. Wilmington, Delaware: Jastak Associates, Inc.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Buku panduan pengendalian pusat peperiksaan (Pin. 2/98). Lembaga Peperiksaan, Kementerian pendidikan Malaysia.
Lips, H.M. (1978). The psychology of sex differences. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
Malaysia. (2001). Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001 – 2010)
Muhammad Ashraf Qureshi. (September, 1993). Technical and vocational education in Asia and The Pacific: Regional overview and recent inovations. Dalam Proceedings of the International Symposium on Technical and Vocational Education (ms 1-8). Beijing: United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization.
Norusis, M.J. (2000). SPSS 10.0 Guide to data analysis. New Jersey: Prentice Hall.
Ollhoff, B. & Waidelich, W. (November/December, 1989). Attacking illiteracy. Vocational Education Journal, 46.
Pallant, J. (2001). SPSS survival manual. A step by step guide to data analysis using SPSS. Buckingham: Open University Press.
Rancangan Malaysia Kelapan. (2001 – 2005). Ucapan YAB Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 23 April 2001. http://www.epu.jpm.my/RM8/rm8 -ucapan.pdf . Diakses pada 10 April 2002.
Spearritt, D. (1996). Carroll’s model of cognitive abilities: Educational implications. International Journal of Educational Research, 25(2), 107 - 198.
Sternberg, R.J. (1997). The concept of intelligence and its role in life long learning and success. American Psychologists, 52, 1030 -1037.
Thomas, R.G. (1992). Cognitive theory-based teaching and learning in vocational education. Information Series No. 349. Columbus: ERIC Clearinghouse on Adult Career and Vocational Education. (ED 345 109).
Thorndike, R.M. (1997). Measurement and evaluation in psychology and education (6th ed.). New Jersey: Prentice-Hall. Inc.
Torres, R.M. (1993). The cognitive ability and learning style of students enrolled in The College of Agriculture at The Ohio State University. Tesis PhD. Ohio State University.
16
Wong, C.K. (1992). Validation of a test of spatial ability and a study of some of its correlates. Master tesis yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
17
18
Lampiran 1
Jadual Penentuan Saiz Sampel yang Dikembalikan BagiSesuatu Saiz Populasi bagi Data Selanjar dan Kategori
Saiz Populasi
Saiz sampelData selanjar
(ralat margin = .03)Data kategori
(ralat margin = .05) = .10t = 1.65
= .05t = 1.96
= . 01t = 2.58
= .50t = 1.65
= .50t = 1.96
= .50t = 2.58
100 46 55 68 74 80 87200 59 75 102 116 132 154300 65 85 123 143 169 207400 69 92 137 162 196 250500 72 96 147 176 218 286600 73 100 155 187 235 316700 75 102 161 196 249 341800 76 104 166 203 260 363900 76 105 170 209 270 382
1000 77 106 173 213 278 3991500 79 110 183 230 306 4612000 83 112 189 239 323 4994000 83 119 198 254 351 5706000 83 119 209 259 362 5988000 83 119 209 262 367 613
10000 83 119 209 264 370 623
(Sumber: Bartlett, II, J.E., Kotrlik, J.E., & Higgins, C.C. (Spring, 2001). Organizational research: Determining appropriate sample size in survey research. Information Technology, Learning, and Performance Journal, 19(1), 43 – 50.
19
top related