kecerdasan pelbagai & pmbeljrn masteri
Post on 24-May-2015
946 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KECERDASAN PELBAGAI & PEMBELAJARAN MASTERIDISEDIAKAN OLEH:
•FIRDAUS•FAREES•UMAH•VIMALA•SOO YING•KOH FEE YING
KECERDASAN PELBAGAI
Telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983)
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, dan menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat, dan menghasilkan output yang efektif.
Berikut adalah bagaimana teori kecerdasan pelbagai dalam situasi pengajaran dan pembelajaran secara hubungan berikut:
- Kinestetik- Interpersonal- Intrapersonal- Logik-Matematik- Muzik- Verbal-Linguistik- Visual-Ruang- Naturalis
KinestetikKebolehan menggunakan sebahagian atau
keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah
Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain
Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.
InterpersonalKecerdasan interpersonal membolehkan
seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain
Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah.
Dapat memberi motivasi kepada orang lain.
IntrapersonalKebolehan untuk refleksi diri sendiri dan
sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan
dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada.
Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.
Logik-MatematikKebolehan yang dominan di bahagian kiri
otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak.
Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.
MuzikKebolehan untuk berfikir dalam bentuk
musikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan cipta muzik.
Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi,
bersiul, mengubah musik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik.
Verbal-LinguistikKebolehan menggunakan bahasa dengan
efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran
mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan.
Kemahirannya meliputi mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat, memahami perkataan
Visual-RuangKebolehan untuk berfikir secara gambaran,
imej, bentuk dan paten(corak)Kebolehan untuk membentuk model secara
visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal.
Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.
NaturalisSeseorang pencinta alam yang dapat
mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah.
Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.
Aplikasi Teori Komponen Kecerdasan Pelbagai dan Kecerdasan Emosi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
JENIS KECERDASAN
AKTIVITI
Visual-Ruang Pergerakan imaginasi- pelajar melakukan aksi atau gaya haiwan seperti ayam, burung, lompat kanggaru dan lain-lain.
Kinestetik Manipulasi alatan- menggunakan bahan bantu mengajar iaitu “baton” dalam aktiviti perkembanganLakuan dalam aktiviti- pelajar melakukan aktiviti regangan anggota badan Kemahiran- pelajar melakukan teknik hantaran dan terima baton
Interpersonal Kerja kumpulan- pelajar melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulanInteraksi- pelajar perlu berkomunikasi dengan rakan semasa melakukan aktiviti hantaran dan terima baton.
Muzik Pergerakan berentak- pelajar melakukan aktiviti menyejukkan badan mengikut muzik Menyanyi- pelajar menyanyi bersama-sama guru semasa aktiviti menyejukkan badan
Kesedaran Kendiri
Keyakinan kendiri
Kemahiran Sosial
Bekerjasama dan berkumpulanMembantu rakan-rakan
PENGENALANMasteri = kehandalan, kepandaian, ataupun
menguasai sesuatu kemahiran dengan cekap dan lengkap.
Dikemukakan oleh Benjamin Bloom (1968) dan diubahsuai oleh Block.
KONSEP
Pendekatan yg berasaskan andaian bahawa pelajar blh menguasai objektif pembelajaran yg ditetapkan, sekiranya mereka diajar dgn jelas dlm masa yg m’cukupi
OBJEKTIFMendapatkan maklum balas terhadap sesi
PnP & membuat pengubahsuaian & penambahbaikan utk meningkatkan keberkesanannya.
Memberi bantuan & masa yg mencukupi untuk m’bolehkan pelajar mencapai objektif PnP yg telah ditentukan.
Mengikut kajian Bloom perbezaan pencapaian pelajar adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut :
1. Kemahiran asas yg diperlukan utk mempelajari sesuatu topik pelajaran.
2. Kuantiti & kualiti PnP3. Kebolehan murid faham pengajaran
guru.4. Daya usaha pembelajaran yang
berterusan.5. Masa pembelajaran yg diperuntukan.
HASIL PEMBELAJARAN
•merangka objektif pembelajaran secara eksplisit.
PnP •kaedah dan teknik mengajar yg berkesan•penggunaan bbm yg sesuai
PENILAIAN
• ujian formatif (diagnostik) dan ujian sumatif
• tujuan menentukan tahap penguasaan dan pencapaian pelajar selepas aktiviti P&P.
PENGAYAAN/PEMULIHAN
• berikan aktiviti pengayaan untuk mereka yang telah mencapai objektif pelajaran dengan memuaskan.
• pemulihan untuk pelajar-pelajar yang belum menguasai kemahiran sepenuhnya
PERANAN GURU Menentukan objektif pembelajaran masteri
Beritahu pelajar mengenai objektif yg perlu dicapai & kriterianya.
Merancang isi unit pelajaran dan peringkat maklum balas dengan aktiviti pemulihan.
Pecahkan sesuatu unit pembelajaran kpd tajuk2 kecil.
Beri peluang kpd pelajar utk mengulang semula pembelajaran sekiranya mereka gagal mencapai objektif mengikut masa yg telah diberikan.
Menggubah soalan-soalan untuk penilaian formatif dan sumatif.
Menyediakan bimbingan @ pelajaran tambahan kpd pelajar yg belum menguasai sesuatu tajuk kecil.
RUJUKANMok Soon Sang.2008.Murid dan Alam
Belajar. Penerbitan Multimedia SDN. BHD.Selangor.
Open University Malaysia. 2006.HBET2103 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur.
top related