kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan di … · kepuasan mahasiswa terhadap kualiti...
Post on 10-Mar-2019
237 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ 10,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR
MOHD NAZARUDDIN BIN MOHD ALI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESI
JUDUL : KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDI KOLEJ 10, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKJOHOR.
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya MOHD NAZARUDDIN BIN MOHD ALI
Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di PeUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sa3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara insti
pengajian tinggi.4. **Sila tandakan (√)
SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan akepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamRAHSIA RASMI 1972)
TERHAD(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________ _________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYEL
Alamat Tetap:NO 21 FELDA CHINI 3, DR. HAMDAN BIN26690 CHINI, PAHANG
Tarikh:
Catatan: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripad
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebabini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah danpenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursusu datau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
S
DUPANUDAI,
rpustakaan
haja.tusi
tauAKTA
an oleh
,
____IA)
SAID
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
a pihakdan tempoh tesis
Sarjana secaraan penyelidikan
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan sayakarya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : ….……………………..
Nama Penyelia: Dr. Hamdan Bin Said
Tarikh : ………………………..
KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ 10,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR
MOHD NAZARUDDIN BIN MOHD ALI
Laporan ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………………...
Nama Penulis : Mohd Nazaruddin Bin Mohd Ali
Tarikh : ……………………………...........
v
DEDIKASI
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin,
rahmat serta limpah kurniaNya maka kertas laporan ini dapat disiapkan dengan jayanya.
Teramat istimewa buat,
Ibuku
yang melahir dan membesarkan
Ibu dan Ayah mertuaku
yang memberi kekuatan
Isteriku yang sangat mengerti dan memahami
Hamiza bt Mohd Salleh @ Yaakob
Anakku yang sabar menanti
Aizat Nasruddin
Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian
sepanjang pengajianku. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat serta hidayah dari
Allah s.w.t.
Wassalam.
vi
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur ke
hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya
menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil kesempatan
ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih buat
Dr. Hamdan bin Said selaku penyelia Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi
bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan
saya menyempurnakan projek ini.
Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan seperjuangan
khususnya kepada pelajar 4 SPH (PKPG) dan tidak lupa juga kepada semua yang
terlibat dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek
penulisan ini.
Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta dorongan
yang diberikan amat dihargai. Semoga segala pengorbanan dan budi baik kalian
mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti
kehidupan di Kolej 10. Kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan ini ditinjau dari
lapan aspek iaitu persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan, layanan staf dan ahli
jawatankuasa mahasiswa kolej kediaman, pentadbiran pejabat, keseluruhan pengalaman,
pengawasan dan keselamatan, program dan aktiviti yang dijalankan, dan perkhidmatan
makanan. Kajian deskritif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan
melibatkan seramai 305 responden Kolej 10 yang dipilih secara rawak. Data dianalisa
dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan
dapatan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa mahasiswa berpuashati terhadap kualiti kehidupan di Kolej 10
dalam semua lapan aspek yang dikaji. Kajian ini juga memajukan cadangan untuk
menambahbaik kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan di kolej kediaman dan
cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan.
viii
ABSTRACT
This study intended to identify students’ satisfaction towards the life quality of
Kolej 10. The quality of life was surveyed through eight aspects that is college
environment, facilities and services, staff’ and Student Committee services, office’s
administration, student overall experience, safety and monitoring, program and activity
conducted, and food services. This descriptive study used a modified questionnaire as
the research instrument, and involved randomly selected 305 Kolej 10 residents. The
data were analyzed using the Statistical Packages for Social Science (SPSS) software and
the findings were presented in the form of frequency, percentages, and mean. The
findings indicated that the students were satisfied towards the quality of life at the Kolej
10 UTM in all aspects surveyed. This study also proposes suggestions to improve the
quality of life at the residential college, and further study that can be carried out.
ix
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK M/ SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
ISI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI SINGKATAN PERKATAAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
viii
ix
xiii
xiv
xv
xiv
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Batasan Kajian
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Persekitaran Tempat Tinggal di Kolej Kediaman
1
2
4
5
6
6
7
7
8
x
1.8.2 Rakan Sebaya
1.8.3 Kemudahan dan Perkhidmatan
1.8.4 Kakitangan dan Pengurusan Kolej 10
1.8.5 Kualiti Kehidupan
1.8.6 Pengalaman Tinggal di Kolej Kediaman
1.8.7 Pengawasan dan Keselamatan di Kolej Kediaman
1.8.8 Perkhidmatan Makanan
1.9 Penutup
8
9
10
10
11
11
12
13
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
2.2 Sejarah Kolej Kediaman
2.2.1 Sejarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
2.2.2 Sejarah Kolej Kediaman di UTM
2.2.3 Sejarah Penubuhan Kolej 10
2.3 Kualiti Kehidupan
2.3.1 Persekitaran Tempat Tinggal
2.3.2 Kemudahan dan Perkhidmatan di UTM
2.3.2.1 Persamaan dengan Universiti Luar Negara
2.3.3 Layanan Staf dan AJK Mahasiswi Kolej Kediaman
2.3.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman
2.3.5 Pengalaman Tinggal di Kolej Kediaman/ Asrama
2.3.5.1 Rakan-rakan
2.3.6 Pengawasan dan Keselamatan di Kolej Kedaiaman
2.3.7 Program dan Aktiviti di Kolej Kediaman
2.3.8 Perkhidmatan Kafetaria
14
14
16
16
18
18
22
23
26
27
30
32
33
35
37
38
xi
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Tempat Kajian
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Kajian Rintis
3.7 Prosedur Kajian
3.8 Analisis Data
3.9 Penutup
40
40
40
41
41
43
44
44
46
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden
4.2.1 Klasifikasi Pengajian Akademik
4.2.2 Jumlah Semester Menginap di KOLEJ 10
4.2.3 Perancangan Penginapan Tahun Hadapan
4.2.4 Aras Bilik di Kolej 10
4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian
4.3.1 Persekitaran Di Kolej 10
4.3.2 Kemudahan dan Perkhidmatan di Kolej 10
4.3.3 Kakitangan dan AJK Mahaisiwa Kolej 10
4.3.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan Kolej 10
4.3.5 Keseluruhan Pengalaman Penghidupan Tinggal di Kolej 10
4.3.6 Pengawasan dan Keselamatan di Kolej 10
4.3.7 Program dan Aktiviti-ktiviti di Kolej 10
4.3.8 Perkhidmatan Kafetaria di Kolej 10
4.4 Analisis Tahap Penerimaan
4.5 Rumusan
4.6 Kesimpulan
47
47
48
48
49
49
50
50
52
53
55
56
57
58
59
60
62
63
xii
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan Kajian
5.3 Latar Beakang Responden (Bahagian A)
5.4 Perbincangan Hasil Kajian (Bahagian B)
5.4.1 Persekitaran Kolej 10
5.4.2 Kemudahan dan Perkhidmatan Kolej 10
5.4.3 Layanan Oleh Staf dan AJK Mahasiswa Kolej 10
5.4.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan Di Kolej 10
5.4.5 Keseluruhan Pengalaman Tinggal di Kolej Kediaman
5.4.6 Pengawasan dan Keselamatan Di Kolej 10
5.4.7 Kepuasan Terhadap Program dan Aktiviti di Kolej 10
5.3.8 Kemudahan Perkhidmatan Makanan di Kafetaria Kolej 10
5.5 Rumusan
5.6 Cadangan
5.6.1 Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar
5.6.2 Pihak Pentadbiran Kolej 10
5.6.3 Pihak Jawatankuasa Mahasiswa Kolej 10
5.7 Cadangan Lanjutan
5.8 Penutup
RUJUKAN
LAMPIRAN A-D
6464
65
65
65
67
68
69
70
71
72
73
74
74
75
75
75
75
76
77
81
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK M/ SURAT
3.1 Jadual Skala Likert 433.2 Jadual Skala Binari 433.3 Senarai Item Mengikut Aspek 433.4 Jadual Pengkategorian Tahap Kualiti Kehidupan
Mahasiswa di Kolej 1045
3.5 Jadual Pemeringkatan Min Menentukan Tahap KualitiKehidupan Mahasiswa di Kolej 10
46
4.1 Klasifikasi Pengajian Akademik 484.2 Jumlah Semester Menginap di Kolej 10 484.3 Perancangan Penginapan Masa Hadapan 494.4 Aras Bilik di Kolej 10 494.5 Jadual Pengkategorian Tahap Kualiti Kehidupan
Mahasiswa di Kolej 1050
4.6 Analisis Persekitaran di Kolej 10 514.7 Analisis Kemudahan dan Perkhidmatan di Kolej 10 534.8 Analisis Kakitangan dan AJK Mahasiswa Kolej 10 554.9 Analisis Pentadbiran Pejabat Pengurusan Kolej 10 564.10 Analisis Mengenai Pengalaman Penghidupan di Kolej 10 574.11 Analisis Pengawasan dan Keselamatan di Kolej 10 584.12 Analisis Program dan Aktiviti di Kolej 10 594.13 Analisis Perkhidmatan Kafetaria di Kolej 10 604.14 Analisis Tahap Penerimaan Responden Terhadap
Keseluruhan Kajian61
4.15 Ananlisis Tahap Penerimaan Terhadap KeseluruhanKajian
61
4.16 Analisis Tahap Penerimaan Responden TerhadapPernyataan Ya atau Tidak
62
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK M/ SURAT
2.2 Hierarki Keperluan Maslow 19
2.3 Lima Fasa Kualiti Kehidupan di Kolej Kediaman 21
2.4 Aliran Pengurusan Kolej Kediaman 31
xv
SENARAI LAMPIRAN
Borang Soal Selidik
Surat Kebenaran dari TNC (HEP)
Surat Pengesahan dari Fakulti Pendidikan
Surat Pengesahan Kerjasama dari Kolej 10
xvi
SENARAI SINGKATAN
UTM - Universti Teknologi Malaysia
KTGB - Kolej Tun Ghafar Baba
SPSS - Statistical Package For Social Sciences
IPT - Institut Pengajian Tinggi
USM - Universiti Sains Malaysia
UiTM - Universiti Teknologi Mara
DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka
SUB - Student Union Board
HEP - Hal Ehwal Pelajar
C - Cemerlang
B - Baik
SD - Seperti Dijangka
SPD - Sedikit Peningkatan Diperlukan
L - Lemah
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Penginapan dalam kampus merupakan salah satu ciri atau aspek kehidupan
para pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka di institusi pengajian tinggi.
Pembangunan mereka dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek bukan sahaja
dipengaruhi oleh persekitaran dalam bilik kuliah tetapi juga persekitaran tempat
penginapan dan juga lain-lain tempat di universiti.
Menurut Chickering (1969) pembangunan diri individu yang berada di
institusi pengajian tinggi adalah dipengaruhi oleh persekitaran institusi tersebut.
Pembangunan diri individu ini dipengaruhi oleh objektif universiti, saiz universiti,
kurikulum di universti, pengajian dan penilaian yang dilaksanakan di universiti
tersebut, susun atur asrama di universiti, fakulti dan pentadbiran universiti, dan
budaya yang dibentuk atau diamalkan dikalangan para pelajar.
Pembudayaan kolej kediaman merupakan usaha untuk melahirkan para
pelajar yang berdikari, berakhlak mulia, berilmu dan berketerampilan. Pembudayaan
ini dilakukan melalui program-program peningkatan diri seperti ceramah-ceramah
keagamaan dan kursus-kursus motivasi yang dijalankan di asrama dari masa ke
semasa. Dengan ini para pelajar seharusnya menggunakan kesempatan tinggal di
kolej kediaman dengan semaksimum mungkin untuk mencapai wawasan
kecemerlangan akademik mereka kelak.
2
1.2 Latar Belakang Masalah
Kolej kediaman di universiti menyediakan pelbagai kemudahan untuk
membantu mahasiswa menghadapi dunia pendidikan peringkat tinggi. Di antara
kemudahan-kemudahan yang disediakan di kolej kediaman adalah blok-blok
penginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. Menurut
Shafie Jusoh (1994), pembinaan kolej kediaman di institusi pengajian tinggi adalah
bertujuan untuk mengumpul pelajar-pelajar bagi mencapai kecemerlangan akademik.
Justeru itu sewajarnya peluang ini digunakan dengan sebaik mungkin.
Mahasiswa memerlukan persekitaran yang kondusif di kolej kediaman untuk
membolehkan pencapaian akademik yang cemerlang dan pembangunan diri yang
seimbang. Namun begitu terdapat mahasiswa yang berpusu-pusu meninggalkan
kampus dan Kolej 10 khususnya sama ada semasa hujung minggu ataupun semasa
dalam minggu perkuliahan. Mengapakah ini terjadi? Adakah mahasiswa keluar
meninggalkan kampus kerana mencari tempat yang lebih baik untuk mereka
mengulangkaji pelajaran mereka? Adakah suasana persekitaran di kolej kediaman
mereka tidak menyenangkan sehingga memaksa mereka mencari tempat lain yang
lebih kondusif?
Pihak pengurusan kolej kediaman dan pihak Hal Ehwal Pelajar sesebuah
universiti telah berusaha meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan
untuk memberikan keselesaan kepada para penghuni kolej kediaman. Pihak kolej
kediaman misalnya telah menyediakan perkhidmatan dobi, televisyen dan permainan
video, padang permainan, dan kemudahan permohonan pembaikan mengenai sesuatu
kerosakan atas talian. Namun begitu masih kedapatan para siswa-siswi yang kerap
keluar kampus. Mengapakah ini terjadi? Adakah ini disebabkan oleh kekurangan
kemudahan asas di UTM? Adakah ini disebabkan oleh kemudahan dobi di UTM
tidak memenuhi kehendak mereka? Atau adakah keadaan ini disebabkan para siswa-
siswi tidak berminat hendak tinggal di kolej kediaman tetapi terpaksa disebabkan
peraturan yang menghendaki para mereka tinggal di kolej kediaman? Secara
khususnya apakah kekurangan kemudahan di Kolej 10.
3
Tinggal di kolej kediaman membawa impak yang besar kepada penghuninya.
Persekitaran kolej kediaman biasanya lebih mendorong penghuninya untuk
melibatkan diri dalam berbagai aktiviti di kampus. Selain itu, pencapaian akademik
mereka dapat diberikan jaminan akan sentiasa dalam keadaan yang baik.
Pengalaman hidup di kolej kediaman juga membina persepsi positif para pelajar
terhadap iklim sosial di kampus. Mereka akan merasa seronok dan gembira kerana
persekitaran di kampus adalah lebih akademik dan menyokong terhadap aktiviti
pembelajaran. Interaksi dan hubungan akrab antara para pelajar akan mewujudkan
kematangan fikiran yang membawa kepada pertumbuhan serta pembangunan
peribadi yang baik (Blimling, 1999). Adakah kekerapan pelajar-pelajar Kolej 10
berpusu-pusu meninggalkan kampus setiap hujung minggu itu disebabkan kurang
interaksi antara mereka?
Namun begitu, dewasa ini terdapat banyak berita dari media yang melaporkan
tentang kejadian buruk yang menimpa pelajar di sekitar kolej kediaman dan kampus
institusi pengajian tinggi. Misalnya Tanggal 9 Ogos 2002, seorang pelajar
perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berusia 20 tahun telah dibunuh
oleh seorang warga Bangladesh di kolej kediamannya sendiri. Dalam kejadian yang
lain pula, seorang pelajar baru Universiti Sains Malaysia (USM) berketurunan Cina
berumur 20 tahun juga telah bertindak menggantungkan dirinya sendiri pada kipas
siling pada Jun 2006 kerana disyaki tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan
di kampus. Mangsa dalam surat terakhirnya mendakwa bahawa rakan sebiliknya
sering mengganggu ketika dia sedang tidur. Terkini, 2 orang siswi di salah sebuah
IPTA di Lembah Klang cuba diculik dan dirogol. Persoalannya adakah kawasan
Kolej 10 selamat untuk di diami? Kejadian-kejadian yang seumpama ini seolah-olah
menunjukkan bahawa kedapatan perkhidmatan keselamatan yang tidak menepati
kehendak pelanggan. Adakah para pelajar berpuas hati terhadap tahap keselamatan
di Kolej 10 UTM?
Tinjauan ke atas pelajar kolej kediaman memperlihatkan masih terdapat lagi
runggutan-runggutan yang berkaitan dengan kehidupan di kolej kediaman. Antara
runggutan itu ialah:
4
i) Terpaksa berkongsi kemudahan yang sedikit seperti mesin basuh dan tandas
di mana pelajar terpaksa menunggu giliran untuk menggunakannya.
ii) Keadaan di kolej kediaman tidak seperti di rumah yang lengkap dengan
keperluan lain seperti peti sejuk. Selain dari itu para pelajar tidak
dibenarkan memasak makanan mereka sendiri.
iii) Terdapat sebuah televisyen sahaja di setiap bangunan yang terdapat di kolej
kediaman. Berlaku perebutan siaran/ rancangan televisyen antara para
pelajar yang kadang-kadang menimbulkan perbalahan antara mereka.
iv) Di sesetengah kolej kediaman yang agak lama, terdapat kemudahan awam
yang tidak diselenggara dengan baik. Contohnya mangkuk tandas yang lama
kelihatan kotor, saliran air yang telah digunakan di bilik mandi tidak lancar
serta paip bocor dan menyebabkan air menitis.
v) Terpaksa mengemas barang dan mengosongkan bilik asrama semasa cuti
semester dirasakan sesuatu perkara yang membuang masa sedangkan jika
hendak dibandingkan dengan di rumah, mereka tidak perlu melakukan
perkara ini.
vi) Sesetengah pelajar merasakan tiada atau kurangnya kesedaran sivik di
kalangan pelajar lain yang tidak pandai menjaga kebersihan dan kemudahan
yang disediakan oleh pihak kolej kediaman.
1.3 Pernyataan Masalah
Persekitaran yang kondusif, kemudahan dan perkhidmatan berkualiti, layanan
staf dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswa profesional, pentadbiran pejabat pengurusan
cekap, pengalaman kehidupan di kampus yang bermakna, pengawasan dan
keselamatan yang tinggi mutunya, program dan aktiviti yang menarik dan mencabar,
dan perkhidmatan kafeteria yang memenuhi kehendak pelanggan mampu
memberikan kepuasan kepada penghuni kolej. Berasaskan masalah-masalah yang
dihadapi oleh mahasiswa, pihak institusi pengajian tinggi tidak tahu sama ada
mahasiswa berasa selesa tinggal di kolej kediaman atau tidak. Pihak pentadbiran
universiti juga tidak mengetahui kualiti kehidupan mahasiswa di Kolej 10 yang
5
sedikit sebanyak membawa kesan positif ataupun negatif terhadap kecemerlangan
akademik dan bukan akademik pelajar mereka. Ini adalah kerana, masih belum
terdapat lagi kajian yang dijalankan bagi mengenalpasti kualiti kehidupan mahasiswa
di kolej kediaman di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kajian ini adalah
bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan di
Kolej 10 UTM, Skudai, Johor.
1.4 Objektif Kajian
Berasaskan kepada pernyataan masalah di atas objektif kajian ini adalah
seperti berikut:
i) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti persekitaran di Kolej
10.
ii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kemudahan dan
perkhidmatan di Kolej 10.
iii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti layanan staf dan Ahli
Jawatankuasa Mahasiswa di Kolej 10.
iv) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti pentadbiran pejabat
pengurusan di Kolej 10.
v) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti keseluruhan
pengalaman kehidupan di Kolej 10.
vi) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti pengawasan dan
keselamatan di Kolej 10.
vii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti program dan aktiviti
yang dijalankan di Kolej 10
viii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti perkhidmatan kafeteria
di Kolej 10.
6
1.5 Persoalan Kajian
Secara khusus kajiselidik ini bertujuan menjawab beberapa persoalan berikut
iaitu:
i) Apakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti persekitaran di Kolej 10?
ii) Apakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti kemudahan dan perkhidmatan
di Kolej 10?
iii) Apakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti layanan yang diberikan oleh
staf dan ahli jawatan kuasa mahasiswa di Kolej 10?
iv) Apakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti pentadbiran pejabat
pengurusan di Kolej 10?
v) Apakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti keseluruhan pengalaman
tinggal di Kolej 10?
vi) Adakah mahasiswa berpuashati dengan aktiviti pengawasan dan keselamatan
di Kolej 10?
vii) Adakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti terhadap program dan aktiviti
yang dijalankan di Kolej 10?
viii) Adakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti perkhidmatan makanan
kafeteria di Kolej 10.
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini dapat memberi maklum balas yang boleh digunakan untuk
menambahbaik kualiti kehidupan para siswa di Kolej 10, membantu pihak Hal Ehwal
Pelajar UTM, pentadbiran Kolej 10, dan juga Jawatankuasa Kolej Mahasiswa
meningkatkan kepuasan pelanggan mereka. Kepada pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar
hasil kajian ini dapat digunakan sebagai garis panduan untuk menyediakan pelbagai
kemudahan di Kolej 10. Ini termasuklah kemudahan pengangkutan bas, padang
permainan dan sebagainya. Kepada pihak pentadbir Kolej 10 untuk
mempertingkatkan lagi kemudahan dan keselesaan suasana di Kolej 10. Kepada
Jawatankuasa Kolej 10 diharapkan hasil kajian ini dapat memberikan mereka garis
top related