kerja kursus bm sem.6
Post on 20-Jul-2015
152 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PETA KONSEP SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
SUKATAN
PELAJARAN
BAHASA
MELAYU
SEKOLAH
RENDAH
OBJEKTIF
SISTEM BAHASA MATLAMAT
ORGANISASI
KANDUNGAN
FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
RUKUN
NEGARA
PENGISIAN
KURIKULUM
RUKUN NEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan
FALSAFAH DAN MATLAMAT KURIKULUM
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
• FALSAFAH KURIKULUM
BAHASA MELAYU
BERTERASKAN FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
• Mengaplikasikan bidang
yang merangkumi JERI
menerusi pengajaran dan
pembelajaran menerusi
Kurikulum Bahasa Melayu
Sekolah Rendah.
• Melahirkan insan yang
seimbang dan
harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi
dan jasmani.
• Pendidikan di
Malaysia ialah suatu
usaha berterusan ke
arah
memperkembang
potensi individu
secara menyeluruh
dan bersepadu
Melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
• Melengkapkan
pelajar dengan
keterampilan bahasa
dan berkomunikasi
• Melahirkan pelajar
berpotensi secara
menyeluruh menerusi
penggunaan bahasa
OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MALAYSIA
SEKOLAH RENDAH
• Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan
bukan sastera dengan menggunakan teknik
membaca yang sesuai dan berkesan untuk
memperoleh ilmu dan memproses maklumat
secara kritis
• Memupuk minat
membaca sebagai
satu amalan ke arah
membina budaya
pembelajaran
berterusan.
• Memperkembang
imaginasi , kreativiti ,
pemikiran kritis dan
penghayatan nilai murni
melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis.
• Menggunakan bahasa baku
yang meliputi ejaan ,
tatabahasa, kosa serta
sebutan dan itonansi yang
betul dalam aktiviti
mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.
• Menghargai dan
menghayati keindahan
bahasa melalui karya
sastera dan karya bukan
sastera.
ORGANISASI KANDUNGAN
KURIKULUM BAHASA
MELAYU SEKOLAH RENDAH
•
ORGANISASI KANDUNGAN KURIKULUM
BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH
KemahiranBahasa
Hasil Pembelajaran
Sistem Bahasa
Pengisian Kurikulum
•
KEMAHIRAN BAHASA
KEMAHIRAN BERTUTUR
merujuk kepada keupayaan murid berbicara untuk beriteraksi dalam;
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea kritis dan kreatif
Kemahiran Menulis
- Merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui penulisan.
- penggunaan ayat gramatis ,tanda baca dan ejaan yang betul,tulisan yang jelas,cantik dan kemas.
-Penulisan berunsur pengetahuan dan imaginatif.
Kemahiran Membaca
merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan;
sebutan,itonansi, jeda dan kelancaran yang betul
berupaya menghayati teks yang dibaca
KEMAHIRAN MENDENGAR
merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan; -teliti,memahami dan menghayati secara lisan
(menerusi pengucapan dan maklum balas.
HASIL PEMBELAJ
ARAN
Membantu guru memilih kandungan , kaedah , sumber dan prosedur pengajaran
Ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa melayu sekolah rendah
Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid
Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian
pencapaian murid
Dapat dicapai dengan menggabungjalinkan kemahiran bahasa , sistem bahasa dan pengisisan
kurikulum
Kemahiran Berfikir
Pembelajaran Kontekstual
Kajian Masa Depan
Kemahiran Teknologi Maklumat
Dan Komunikasi
Kemahiran Belajar Cara Belajar
Kecerdasan Pelbagai
Pembelajaran Konsturktivisme
PENGISI
AN
KURIKU
LUM
Kemahiran
Bernilai
Tambah
Peribahasa Kesantunan Bahasa
Laras Bahasa
Pengetahuan
merangkumi
pelbagai
bidang ;
- sains,geogr
afi,sejarah
dll.
Unsur patriotisme
diserapkan dalam pnp
dalam mengutamakan
pemupukan semangat cinta
dan taat kepada tanah air.
Melahirkan warganegara
yang ada komitmen
terhadap bangsa dan negara
Penyerapan nilai murni dalam
pendidikan Bahasa Melayu bagi
melahirkan insan yang baik dan
berakhlak mulia.
Sistem Ejaan
Kosa Kata
umum
istlah
HURAIAN RINGKAS PERKAITAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
DENGAN SUKATAN PELAJARAN KBSR BAHASA MELAYU (2003)
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) merupakan satu dokumen yang menjadi panduan guru
bagi melaksanakan pengajarannya. Dalamnya terdapat beberapa aspek yang berkaitan dengan isi
kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang hendak dicapai. Aspek itu merangkumi matlamat dan
objektif pengajaran bahasa Melayu, pengisian kurikulum, kandungan bahasa, sistem bahasa dan
Kemahiran Bernilai Tambah. Aspek-aspek ini menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya.
Tujuannya agar pengajaran bahasa Melayu antara sekolah adalah seragam, terkawal dan
bersistem.
Menurut Kamus Dewan, maksud falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap
sebagai ilmu tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Falsafah juga didefinisikan sebagai
kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki.
Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah
pendidikan. Falsafah menjadi teras kepadasistem pendidikan kerana terkandung pendidikan yang
digunakan, ciri yang hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan, cirri
yang hendak dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan dan liputan yang terangkum
dalam sistem pendidikan. Menurut Abdul Fatah Hasan, falsafah pendidikan merupakan suatu
sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal tentang
pendidikan dan pengajaran yang patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun.
Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di
dalam atau di luar institusi pendidik.
Penggubalan semula Falsafah Pendidikan Negara yang dahulunya hanya dikenali sebagai Falsafah
Pendidikan, menyebabkan berlakunya keperluan untuk mengkaji semula keseluruhan system dalam
pendidikan kebangsaan. Kesinambungan daripada perubahan ini, maka terhasilnya Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Kurikulum ini
digubal bagi memastikan setiap murid diberi peluang untuk mendapatkan kemahiran, pengetahuan,
nilai, sikap dan amalan kehidupan yang diperlukan.
Falsafah KBSR ialah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan
terhadap kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. KBSR turut memberi penekanan
terhadap perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari aspek JERIS serta
pemupukan dan perkembangan bakat seseorang individu itu.
Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai pula ialah:
I. Murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai
alat perpaduan dengan baik dan memuaskan.
II. Murid dapat menguasai kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran bertutur, membaca dan menulis
dalam bahasa pengantar sekolah rendah iaitu Bahasa Melayu.
III. Melalui KBSR, pembinaan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai – nilai kemanusiaan
dan kerohanian yang berlandaskan RUKUN NEGARA dapat dipupuk dikalangan murid. Yang
keempat, murid dapat bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain serta mempunyai semangat
kerjasama dan toleransi. Dan yang kelima, murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan,
kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.
KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan
persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri
daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa
Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta matapelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam
Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen
Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah matapelajaran
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri
individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Reakreasi yang mengandungi matapelajaran
Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas,
maka Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan
KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek
intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai – nilai estetika dan sosial selaras dengan
falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan
kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan
bersistematik. Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan
yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu
diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi
membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah
Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
I. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas
berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca,
dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. ( Abdullah
Hasan,1996).
II. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian,
penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan
Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur,
membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang
sesuai bagi peringkat persekolahan murid (Roselan Baki,2003).
III. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C)
dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di
SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak
berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-
contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.
IV. Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya
terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-
cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan
menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid.
Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitkan dengan Falsafah Pendidikan
Negara, adalah terlebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia. Dengan ini barulah kita
dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini mempunyai kaitan atau menjiwai
‘roh’ dan semangat Falsafah Pendidikan Negara. Jika ia mempunyai kaitan, kita telah pun berada di
jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu yang di ajar di sekolah rendah di Malaysia. Cuma beberapa pendekatan
yang terbaik perlu diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
Menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat:
a. Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari;
b. Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa
yang sesuai dan bertatasusila; Membaca
c. untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;
d. Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan
hiburan
e. Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;
Dengan merujuk kepada definisi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR ), matlamat serta ciri-
ciri KBSR itu sendiri, saya dapati KBSR akan mampu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Negara. Falsafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa Pendidikan itu suatu proses yang
berterusan. Sebagai saluran Pendidikan pada peringkat awal, KBSR sememangnya menggalas
tugas yang amat berat. Ini kerana pada peringkat permulaanlah segalanya bermula. KBSR akan
memastikan Pendidikan yang diberikan kepada pelajar memuaskan dan menepati ciri-ciri yang
diinginkan. Pendidikan awal adalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang akan terus
berkembang hingga ke akhir hayat nanti. Oleh itu, KBSR menekankan kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira. Dengan kemahiran-kemahiran asas yang teguh dan mampat,
segala proses Pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi mudah (Abdullah Hasan, 1996).
KBSR menitikberatkan soal nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya. Dengan ini, Falsafah Pendidikan Negara yang menginginkan insan yang harmoni
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani akan tercapai. Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, KBSR bukan sahaja menekankan soal penyampaian ilmu pengetahuan bahkan
setiap guru dikehendaki menyelitkan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, dalam seminggu hari persekolahan
akan terdapat 2 masa untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ini melambangkan
KBSR amat menitikberatkan soal kesihatan para pelajar supaya pelajar tidak hanya memerah otak
dalam sesi pembelajaran matapelajaran lain tetapi mereka juga boleh berekreasi dan menenangkan
fikiran dengan bersenam dan bersukan.
Seterusnya, unsur Falsafah Pendidikan Negara ingin melahirkan rakyat yang memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Sehubungan dengan itu, KBSR
menekankan kemahiran berfikir dalam sistem penddidikan pada peringkat awal. Melalui ciri ini pelajar
bebas meluahkan pendapat dan mencipta sesuatu yang baru. Secara tidak langsung hasil kretiviti
pelajar akan terus digilap dan dihargai. Oleh itu, maka lahirlah generasi yang mampu memberi
sumbangan dalam pelbagai bidang.
KESIMPULAN
Dalam era globalisasi yang kian mencabar dan melalui arus-arus modenisasi, konsep
pembangunan modal insan amat ditekankan sebagai satu usaha menjadikan negara kita,
Malaysia maju, yakni setaraf dengan negara-negara luar. Ini termasuklah demi pembangunan
sejagat dalam bidang sains dan teknologi berdasarkan acuan sendiri serta selari dengan
hasrat Wawasan 2020 yang pernah diwar-warkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr.
Mahathir Mohamad satu masa dahulu. Kita amat bertuah kerana tidak lama dahulu iaitu pada
tahun 1988, tergubalnya sebuah garis panduan yang diberi nama Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ini kerana oleh sebab falsafah inilah yang membentuk sistem pendidikan
Negara seterusnya melahirkan anak-anak Malaysia yang berjaya.
Sesebuah falsafah yang digubal dalam sistem pendidikan sesebuah negara memainkan
peranan yang amat penting. Falsafah pendidikan menjadi satu pedoman, arah tuju dan
pandangan terhadap perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Di dalamnya terkandung
pelbagai hasrat untuk dilaksanakan yang menjadikan sistem pendidikan sebagai modus
operandinya. Maka dengan itu, sistem pendidikan adalah dibina berdasarkan falsafah
pendidikan. Oleh yang demikian, dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan terkandungnya
garis panduan yang menjelaskan arah tujuan sistem pendidikan negara kita. Ia menjadi
panduan setiap aktiviti pendidikan. Ia tidak lepas dari menjadi cerminan pemikiran dan hasrat
negara kita dalam melahirkan ciri-ciri individu yang dikehendaki oleh negara.
Sistem pendidikan negara kita mengalami anjakan paradigma dengan wujudnya Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Perubahan demi perubahan berlaku dari tahun ke tahun sebagai
tujuan untuk menghasilkan peningkatan kuantiti produk-produk generasi baru yang berkualiti.
Ini juga adalah kerana kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri yang bersifat
menyeluruh, sejagat dan bermotivasi. Pada pendapat saya, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bersifat menyeluruh kerana melibatkan keempat-empat unsur dalam kehidupan
kita. Unsur-unsur tersebut ialah rohani, jasmani, intelek dan sosial. Unsur-unsur inilah yang
memantapkan kehidupan harmonis, seimbang dan cemerlang. Individu yang seimbang inilah
dijamin dapat memaju ke arah kemajuan negara yang tiada taranya.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 6 Intelek
Tema : Alam Sekitar
Tajuk : Pencemaran Udara
Tarikh : 20.8.2014
Masa : 60 minit
Bilangan murid : 30 orang
Objektif pengajaran dan pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
i.Menyatakan tentang pengalaman mereka melihat berlakunya pencemaran udara ini
secara lisan.
ii.Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai pencemaran udara yang
berlaku .
iii. Menulis karangan pendek mengenai gejala pencemaran dengan menggunakan ayat
majmuk yang betul.
Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama :
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan
Menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1
(i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar menggunakan bahasa yang sesuai.
Fokus Sampingan :
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami petikan yang dibaca.
Aras 2
(i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi
berdasarkan tanda baca.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3
(i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat Kemahiran Bahasa : Kemahiran
bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan
dan intonasi.
Ilmu : Bahasa Melayu, Alam sekitar
Nilai : Kebersihan, menghayati, menghormati dan menghargai.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, membuat inferens, dan kemahiran
mengkategori.
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman
mereka mengenai gejala pencemaran alam sekitar dengan cara
berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.
BBM : Power point, Lembaran kerja,buku latihan, kad manila dan alat tulis.
Langkah/mas
a
ISI PELAJARAN
Aktiviti CATATAN
SET INDUKSI
(5 MINIT)
Murid
ditayangkan
power point yang
berkaitan dengan
jenis-jenis
pencemaran.
i) Murid diminta untuk melihat
paparan power point dan
menghayatinya.
ii) Murid diminta untuk
membezakan jenis-jenis
KB : menghubungkait,
Inferens
BCB: menonton dengan
Aktif
BBM : power point
Guru bersoal jawab
dengan murid
berkaitan dengan
Pencemaran
Udara
pencemaran dan menyatakan
pengalaman mereka sendiri.
iii) Guru menjelaskan tujuan
aktiviti dan tajuk pengajaran
yang akan diajari pada hari itu.
LANGKAH 1
(20 MINIT)
Perbincangan
kumpulan. Mencari
isi penting tentang
pencemaran udara.
(i)Murid dikehendaki membaca
petikan secara senyap.
(ii)Murid diminta membaca
petikan itu secara individu
dengan kuat dan mengikut
intonasi serta gaya yang betul.
(ii)Murid-murid yang lain
dikehendaki mendengar dan
meneliti teks sambil memahami
petikan tersebut.
(iii)Guru menanyakan soalan
kepada murid berkaitan dengan
petikan.
(iv)Murid dikehendaki memberi
lima makna perkataan
berdasarkan petikan yang
dibaca.
(v)Murid dikehendaki menjawab
lima soalan pemahaman
dengan ayat yang lengkap
berdasarkan petikan yang
diberi.
KB : menghubungkaitkan,
menjana idea
BCB : memproses
maklumat dan melaporkan
maklumat.
KP : verbal linguistik,
Kemahiran intrapersonal dan
interpersonal
Nilai : kerjasama, hormat
menghormati
LANGKAH 2
(15 MINIT)
Murid
membentangkan
hasil perbincangan.
(i)Murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan.
(ii)Murid diminta untuk berada
dalam kumpulan dan membuat
perbincangan.
BCB : melaporkan
maklumat.
KP : verbal linguistik,
interpersonal
(iii)Murid dikehendaki
membentangkan perbezaan
antara pencemaran sungai dan
pencemaran udara yang
terdapat di Malaysia dan
bandingkan dengan
pengetahuan dan pengalaman
mereka.
(iv)Guru meminta kumpulan
membentangkan hasil
perbincangan.
(v)Guru menanyakan soalan
yang berkaitan dengan isi
pembentangan dan meminta
percambahan pendapat
mereka.
(vi)Guru berbincang dan
membuat kesimpulan hasil
pembentangan murid..
LANGKAH 3
(15 MINIT)
Guru memberi
latihan kepada
murid-murid.
Aktiviti
Pengayaan:
Menulis nilai murni
berdasarkan
tajuk yang diberi.
Aktiviti
Pemulihan:
Menyudahkan
petikan yang
diberikan dengan
mengisi tempat
kosong.
i) Guru memberi latihan kepada
murid iaitu menulis nilai-nilai
murni mengenai pencemaran
udara dari rangka karangan
yang telah disediakan.
ii) Guru membimbing kumpulan
murid yang memerlukan
pemulihan dengan
menyediakan latihan yang perlu
dilengkapkan dengan mengisi
tempat kosong.
KB : menjana idea,
menghubungkaitkan,
membuat inferens.
BCB : mengumpul,
memproses, mencatat dan
melaporkan maklumat.
KP :
intrapersonal;interpersonal,
visual, verbal-linguistik.
Nilai : bekerjasama,
menghargai,
BBM : petikan pencemaran
udara, kertas latihan.
PENUTUP (5
MINIT)
Guru membuat
rumusan
mengenai
pengajaran yang
telah diajar dan
menanyakan
soalan kepada
murid tentang apa
yang mereka
telah pelajari.
Guru juga
menanyakan nilai-
nilai
murni yang
terdapat semasa
sesi pengajaran
dan
pembelajaran.
i) Murid digalakkan supaya
mengumpul maklumat
tambahan daripada bahan-
bahan
yang lain bagi menambahkan
pengetahuan mereka.
ii) murid juga menyatakan nilai-
nilai murni yang telah dipelajari
pada hari tersebut.
Nilai-nilai murni :
-Menghargai
-Bersyukur
-Menghormati
-bekerjasama
Teks : Pencemaran Alam
Lembaran Kerja pemulihan:
Dewasa ini,isu pencemaran semakin menjadi-jadi.Banyak sebab yang
mendorong berlakunya pencemaran alam sekitar.Pembakaran bahan api enjin kenderaan
telah menghasilkan asap yang mengandungi gas seperti karbon monoksida dan plumbum
yang mencemarkan udara.Ekoran pertambahan kenderaan di jalan raya,asap yang
dibebaskan merupakan bahan pencemar alam sekitar yang paling ketara.
Pencemaran juga boleh berlaku akibat daripada pembuangan sisa toksik ke
dalam sungai atau tasik seperti pembuangan bahan sisa dari kilang kelapa sawit.Selain
toksik,penggunaan racun makhlul perosak,baja kimia, dan sebagainya dalam sektor
pertanaian turut mencemarkan alam sekitar.
Pencemaran hendaklah ditangani segera sebelum mengancam kehidupan
manusia.Pengusaha kilang hendaklah mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab
sosial.Janganlah bersikap melempar batu sembunyi tangan.Mereka seharusnya
meletakkan keuntungan sebagai sasaran kedua sebaliknya kesejahteraan alam sekitar
haruslah dijadikan sebagai fokus utama.
Selain itu ,masyarakat perlulah mempunyai kesedaran juga.Kesedaran dapat
dipupuk melalui pendidikan.Melalui pendidikan alam sekitar,sikap positif diri terhadap
alam sekitar dapat dibentuk.Masyarakat akan lebih sedar tentang pentingnya
mengekalkan kualiti alam sekitar.
Kerajaan pula hendaklah menggubal serta mengenakan tindakan yang lebih
tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan aktiviti yang mencemarkan alam
sekitar, terutamanya terhadap pekilang-pekilang.Tujuannya adalah untuk menginsafkan
mereka agar lebih menghargai alam sekitar.
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran perlulah
ditambahbaikkan dan diperbanyakkan.Tanpa teknologi moden , tidak mungkin kerja-kerja
pembersihan tumpahan minyak di laut dapaf dilakukan dengan cekap.Dengan teknologi
moden juga , sisa pepejal seperti surat khabar dan kaca dapat dikitar semula.
Oleh itu , bersama-samalah kita memelihara alam sekitar.Ingatlah bahawa
kemusnahan alam sekitar akan mengancam kehidupan generasi masa hadapan.
Beri maksud perkataan berikut:
a) Ketara : ---------------------------------
b) Makhlul perosak : ----------------------------
c) Sasaran : -------------------------------
d) Menginsafkan : -----------------------------
e) Generasi : ------------------------------
Soalan Pemahaman ( lisan )
1.Kenapakah pembebasan asap kenderaan ke udara menjadi semakin ketara ?
2.Apakah akibat yang terpaksa ditanggung jika kita tidak menangani segera pencemaran ini ?
3.Mengapakah tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pihak-pihak yang menyebabkan
pencemaran alam ?
4.Apakah maksud rangkai kata semakin menjadi-jadi dalam petikan tersebut ?
AKTIVITI PENGAYAAN
Baca petikan di bawah .Tulis lima nilai yang dapat kamu perolehi daripada petikan.Gunakan
perkataan yang diberi sebagai rujukan.
1._____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
2._____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
3._____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
4._____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
5._____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
Keputusan kerajaan hendak memajukan kawasan air terjun di Kampung Setia amat
menggembirakan semua pihak.Khususnya penduduk kampung itu sendiri.Cadangan untuk
membina beberapa gerai menjual cenderamata, peralatan mandi-manda, dan gerai makanan timbul
ekoran kampung tersebut sering dikunjungi para pelancong termasuklah pelancong dari luar
negara.
Dengan wujudnya gerai itu nanti,sedikit sebanyak dapat menyalur masuk
mata wang asing ke negara kita.Selain itu , dengan adanya pelbagai jenis gerai tersebut, penduduk
kampung juga akan memperoleh pekerjaan sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup mereka.
Untuk menggalakkan kedatangan para pelancong ke kawasan air terjun , jalan
tanah akan diturapkan.Kemudahan surau , tandas , dan telefon awam akan duwujudkan
juga.Kemudahan tersebut akan disediakan demi kemudahan dan keselesaan para pengunjung.
Sebenarnya , usaha untuk memajukan air terjun Kampung Setia amat dialu-alukan
kerana usaha tersebut merupakan suatu penghargaan terhadap alam sekitar .Alam sekitar dihargai
dan dipelihara demi kesejahteraan kehidupan manusia.Selain itu , pembangunan yang dilaksanakan
di kawasan Air terjun Kampung Setia pasti akan membuka mata pelancong asing juga.Mereka pasti
kagum akan negara kita kerana destinasi pelancongan alam semulajadi di Malaysia memang tiada
tolok bandingnya.
Pendapatan ekonomi peluang pekerjaan kemudahan infrastruktur
alam sekitar dihargai negara akan terkenal
AKTIVITI PEMULIHAN
Lengkapkan petikan yang berikut berdasarkan jawapan yang sesuai
Salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar disebabkan oleh aktiviti __________ untuk
tujuan pertanian.__________________ yang dilakukan itu telah menyebabkan ________________
dengan banyak sekali gus mencemarkan alam sekitar.keadaan tersebut akan_________________
seandainya aktiviti pembakaran tersebut dilakukan pada ________________________.Sebagai
akibatnya ________________ akan berlaku.Lantaran itu _______________________ .Manusia
akan ditimpa pelbagai penyakit seperti penyakit ________________________. ______________
segera hendaklah dilakukan agar penyakit tersebut tidak akan menjadi bertambah mudarat.
Pembakaran hutan
Menjadi lebih serius
jerebu
Musim kemarau
Kesihatan manusia akan terancam
Pembakaran terbuka
Asap dilepaskan ke
udara
Mata dan batuk
rawatan
Subtopik 2
Jelaskan perkaitan aktiviti yang dirancang dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang cepat dan lambat namun mereka
dapat menyiapkan latihan dengan bimbingan guru.
Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan.
Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang
dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid
tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran
membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini.
Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan
seberapa segera yang boleh.
top related