kuliah 5 - tumbuhan landskap
Post on 07-Dec-2015
267 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
TUMBUHAN LANDSKAP Pendahuluan• Tumbuhan landskap boleh dibahagikan
kepada beberapa jenis mengikut kegunaan, fungsi, tekstur, skala, warna, bentuk dan ciri pertumbuhannya.
• Boleh dibahagikan kepada 12 jenis tumbuhan iaitu pokok naungan atau saka, pokok palma, pokok renek, kaktus dan lendair (sukulen), pokok orkid, rumput turf, tumbuhan memanjat dan menjalar, tanaman hiasan dalaman, tanaman penutup bumi dan tanaman semusim, tumbuhan herba serta tumbuhan air (akuatik).
TUMBUHAN LANDSKAP 1. Pokok Naungan
- Pokok naungan ditanam untuk mendapatkan teduhan di kawasan tertentu. - Jenis tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai penahan angin. - Pokok ini biasanya adalah dari jenis saka dan berbatang tunggal. - Juga dikenali sebagai pokok pinggiran jalan.- Pokok ini tumbuh rendang dan mempunyai kanopi yang padat, boleh mencapai 10 meter tinggi dan hidup melebihi 50 tahun. - Contoh:
semarak api (Delonix regia), tembusu (Fragea fragrans), bungor (Lagerstroemia speciosa), bunga tanjung (Mimusop elengi) dan Enterolobium
saman (hujan-hujan)
Ciri-ciri pokok naungan/saka
i. Bentuk
- mempunyai bentuk silara yang berbeza-beza.
- terdapat 8 bentuk secara umumnya;
a. Bentuk bujur telur (ovoid/oval)
b. Bentuk memanjang (columnar)
c. Bentuk kun (cone/pyramidal)
d. Bentuk piramid terbalik (obovoid)
e. Bentuk mengurai (droopy/weeping)
f. Bentuk bulat (globular)
g. Bentuk mendatar/pepayung (horizontal)
h. Bentuk rampak (irregular)
Bentuk pokok naungan/saka
a. Bentuk bujur @ bujur telur (ovoid / oval)
- Bentuk silaranya lebar di bahagian
bawah.
- Nisbah lebar silara dan ketinggian ialah 1:2.
- Contoh pokok: Hopea odorata (merawan siput
jantan)
Bentuk pokok naungan/saka
b. Bentuk memanjang (columnar)
- Bentuk silaranya adalah bujur memanjang.
- Contohnya; Dyera costulata (jelutung)
Bentuk pokok naungan/saka
c. Bentuk kun (cone /pyramidal)
- Bentuk silaranya adalah
segi tiga yang melebar di
bahagian bawah dan menirus
di bahagian atas.
- Contohnya : Thuja orientalis (tuja)
Bentuk pokok naungan/saka
d. Bentuk piramid terbalik/ terbuka
(obovoid /vase)
- Bentuk silaranya lebar di bahagian
atas.
- Nisbah ketinggian dan lebar silaranya ialah 2:1.
- Contoh pokok:
Swietenia macrophylla
(mahagani)
Bentuk pokok naungan/saka
e. Bentuk mengurai (droopy/weeping)
- Bentuk silaranya tidak menentu tetapi
ranting dan daunnya akan tumbuh ke arah
tanah.
- Contohnya:
Salix babylonica (janda merana)
Bentuk pokok naungan/saka
f. Bentuk bulat (globular/rounded)
- Bentuk silaranya bulat.
- Contohnya:
Milletia atropurpurea (tulang daing)
Bentuk pokok naungan/saka
g. Bentuk mendatar/pepayung
(horizontal / spreading)
- Bentuk silara tidak sekata.
- Dahan akan membesar atau
membuka secara mendatar.
- Contohnya:
Delonix regia (semarak api)
Bentuk pokok naungan/saka
h. Bentuk rampak / tidak sebentuk (irregular)
- Bentuk silaranya tidak menentu.
- Contohnya:
Peltophorum pterocarpum (batai laut)
Ciri-ciri pokok naungan/saka
ii. Ukuran- Saiz pokok naungan akan mempengaruhi skala ruang,
keindahan komposisi, dan rangka keseluruhan rekabentuk.
- Pokok naungan mempunyai saiz dan kadar tumbesaran yang berbeza:
a. Cepat membesar (2.5m setahun)
- Cth: Pterocarpus indicus (angsana)
b. Sederhana membesar (1.5 – 2.5m setahun)
- Cth; Swietenia macrophylla (mahagani)
c. Lambat membesar (kurang 1.5m setahun)
- Cth: Fagraea fragrans (tembusu)
Ciri-ciri pokok naungan/saka
Ketinggian pokok naungan dirujuk pada ketinggian
semasa matang.
a. Pokok rendah (4 – 10 m)
- Bauhinia purpurea (tapak kuda)
b. Pokok sederhana tinggi (10 – 15m)
- Cinnamomum iners (kayu manis)
c. Pokok tinggi ( > 15m)
- Tectona grandis (jati)
Ciri-ciri pokok naungan/saka
iii. Tekstur
Tekstur merujuk pada saiz dan warna daun.
a. Pokok berdaun besar bertekstur kasar.
- Terminalia catappa (ketapang)
b. Pokok berdaun kecil – tekstur halus
- Delonic regia (semarak api)
c. Daun berwarna hijau gelap – tekstur kasar
- Mimusop elengi (bunga tanjung)
d. Daun berwarna hijau muda – tekstur halus
- Casuarina nobilis (ru nobilis)
Ciri-ciri pokok naungan/saka
iv. Warna
- Kebanyakan pokok naungan berwarna hijau tetapi ada juga yang daunnya berwarna-warni atau mengalami perubahan warna pada masa-masa tertentu.
- Cth: Erythrina variegata (dedap batik)
Mesua ferrea (penaga lilin)
Ciri-ciri pokok naungan/saka
v. Ciri-ciri pemilihan sebagai pokok naungan atau pinggiran jalan:
a. Ketinggian melebihi 5 m
b. Dahannya tidak mudah sekah.
c. Kanopinya padat
d. Pokoknya tegap dan kuat
e. Tidak mempunyai akar banir yang boleh merosakkan jalanraya.
f. Tidak mempunyai buah yang beracun serta daun yang besar dan mudah gugur.
g. Kos penyenggaraannya rendah.
Ciri-ciri pokok naungan/saka
Vi. Ciri-ciri lain.
a. mempunyai bau
- cth: Plumeria obtusa (kemboja)
b. mempunyai khasiat perubatan
- cth: Myristica fragrans (pala)
c. Boleh menjadi perasa atau rempah
- cth: Cinnamomun iners (kayu manis)
d. Mempunyai bahagian yang beracun
- cth: Plumeria rubra (kemboja merah)
Fungsi dan kegunaan pokok naungan
1. Sebagai pokok naungan di kawasan tertentu
2. Sebagai penahan dan penapis angin
3. Sebagai latar belakang pemandangan
4. Sebagai sempadan
5. Untuk mengawal hakisan
6. Untuk menceriakan landskap
7. Untuk memberikan bauan
8. Untuk mengawal iklim mikro dan makro.
TUMBUHAN LANDSKAP
2. Tumbuhan Renek - Tumbuhan berbatang kayu yang banyak mengeluarkan dahan serta ranting dari bahagian pangkal. - Tumbuhan ini mempunyai ketinggian kurang daripada lima meter. - Terdapat tumbuhan renek yang mengeluarkan bunga yang menarik atau mempunyai daun yang pelbagai warna dan bentuk. - Contoh tumbuhan renek ialah:
ekor kucing (Acalypha sp.), puding (Codiaeum sp.), bunga raya (Hibiscus rosa sinensis), bunga kertas (Bougainvillea sp.) dan bunga siantan (Ixora sp.)
CIRI-CIRI POKOK RENEK
i. Bentuk- Pokok renek mempunyai berbagai bentuk, contohnya:
a. Bulat
cth: Ixora javanica (siantan, pecah periuk)
b. Mengurai
cth: Cassia biflora (kasia)
c. Rampak
cth: Tecomaria sp. (tekomaria)
CIRI-CIRI POKOK RENEK
ii. Ukuran- Merujuk kepada ketinggian yang dicapai pada
peringkat matang.a. Pokok renek tinggi (1.5 – 4 m)
cth: Callistemon viminalis (bottle brush)
b. Pokok renek sederhana tinggi (1 – 1.5m)
cth: Hibiscus rosa-sinensis (bunga raya)
c. Pokok renek rendah (< 0.5m)
cth: Ixora sunkist (siantan)
******Kadar tumbesaran pokok renek boleh dikategorikan kepada cepat (6 – 12 bulan), sederhana (1 -2 tahun) dan lambat (>2 tahun).
CIRI-CIRI POKOK RENEK
iii. Tekstur- Mempunyai pelbagai tekstur- Cth:
- Tekstur kasar
cth: Ixora javanica- Tekstur halus
cth: Pentas coccinea (rubia)
CIRI-CIRI POKOK RENEK
iv. Warna- Pokok renek paling banyak warna berbanding
kumpulan tumbuhan lain.- Sebab itu pokok renek banyak digunakan untuk
mewarnai landskap.- Kebanyakan mempunyai daun berwarna hijau tetapi
terdapat juga yang berwarna hijau putih dan pelbagai warna.
- Cth: Acalypha wilkesiana (akalifa kuning), pokok Pisonia alba (mengkudu siam) dan Bougainvillea spectabilis variegata (bunga kertas).
CIRI-CIRI POKOK RENEK
v. Bunga- Bunga pokok renek mempunyai pelbagai warna dan
keunikannya.- Cthnya: Hibiscus rosa sinensis (bunga raya),
Bougainvillea sp. (bunga kertas) dan Mussaenda philippica (janda kaya).
vi. Ciri-ciri lain:- Mempunyai banyak khasiat perubatan atau terapeutik.
Cth: Catharanthus roseus (kemunting cina)- Boleh memanjat dan menjalar
Cth: Bougainvillea sp. (bunga kertas) dan Phyllanthus myrtifolius (naga buana)
Kegunaan Pokok Renek
- Mempunyai pelbagai kegunaan dan fungsi:
a. Pagaran
b. Pemisah kawasan
c. Penanda
d. Tanaman latar hadapan
e. Penutup bumi
f. Titik tumpuan
g. Tanaman bonsai
h. Pintu gerbang
**** pokok renek sering digunakan sebagai tulang belakang atau teras kerana kegunaannya yang fleksibel. Pokok renek boleh dibentuk menggantikan pokok saka cthnya Callistemom viminalis (bottle brush). Boleh juga dipangkas pendek menjadi penutup bumi, cthnya Ixora sunkist.
TUMBUHAN LANDSKAP
3. Tanaman Penutup Bumi
- Tanaman penutup bumi ialah tumbuhan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 30cm dari permukaan tanah.
- Kebanyakannya terdiri daripada tumbuhan yang tumbuh secara melata atau menjalar di
permukaan tanah.
- Fungsinya untuk menutup permukaan bumi.
- Contohnya:-
Ros Jepun (Portulaca grandiflora), Alternanthera sp. dan Hemigraphis sp.
Ciri-ciri Fizikal Tumbuhan Penutup Bumi
i. Bentuk
- mempunyai berbagai bentuk.
a. Bulat
cth: Lonicera sp. (honey suckle)
b. Berjuntai
cth: Pandanus pygmaeus(pandan)
c. Rampak
cth: Ophiopogon sp. (ophiopogon)
Ciri-ciri Fizikal Tumbuhan Penutup Bumi
ii. Ukuran a. Tumbesaran cepat
cth: Wedelia trilobata (wedelia)b. Tumbesaran lambat
cth: Zyphyranthes sp. (zyphyranthes)
iii. Tekstur- mempunyai pelbagai tekstur.a. Tekstur kasar
cth: Hemigraphis colorata (hemigrafis)b. Tekstur halus
cth: Bambusa ventricosa (bambu halus)
Ciri-ciri Fizikal Tumbuhan Penutup Bumi
iv. Warna
Daun
a. Berwarna hijau
cth: Pilea nummulariifolia (creeping charlie)
b. Berwarna hijau merah
cth: Alternanthera sp. (alternantera) dan Hemigraphis alternata (hemigrafis)
c. Berwarna hijau putih (variegated)
cth: Pilea cadierei (pilea perak)
Ciri-ciri Fizikal Tumbuhan Penutup Bumi
iv. Warna
Bunga
a. Berwarna merah/putih/merah jambu
cth: Portulaca grandiflora (rose jepun)
b. Berwarna kuning
cth: Wedelia trilobata (wedelia)
Ciri-ciri Pemilihan sebagai Tumbuhan Penutup Bumi
a. Cepat melata
b. Berdaun padat
c. Tahan daripada serangan perosak.
Fungsi dan kegunaan tumbuhan penutup bumi:
1. Menghalang hakisan
2. Menutup permukaan bumi di kawasan cerun
3. Menarik kehadiran serangga dan unggas kecil.
4. Memberi warna landskap
5. Menggabungkan tumbuhan dalam rekabentuk landskap.
TUMBUHAN LANDSKAP
4. Rumput Turf
- Rumput turf ialah sekumpulan rumput daripada keluarga Poaceae yang ditanam dan dijaga dengan rapi di padang permainan, halaman rumah, padang lumba kuda, padang golf dan pinggiran jalan.
- Contoh rumput turf yang biasa ditanam ialah:- Axonopus compressus (Carpet grass, Rumput parit), Digitaria didactyla ( rumput bermuda), Cynodon dactylon (rumput bermuda), Zoysia japonica (Japanese Lawn Grass / Seranggon), St.Augustine Grass (Stenotaphrum secundatum) dan Zoysia matrella (rumput zoysia)
Axonopus compressus (Carpet grass, Rumput parit),
Axonopus sp., bermuda
Ciri-ciri Fizikal Rumput Turfi. Bentuk- Rumput turf tumbuh secara melata dan
menjalar di permukaan tanah.- Mempunyai tekstur kasar dan halus.- Pemilihan tekstur daun adalah mengikut
kegunaannya di sesuatu kawasan.
ii. Ukuran- Mempunyai ketinggian kurang daripada 15cm
dari permukaan tanah.- Tumbesarannya berbeza antara satu sama
lain.
Ciri-ciri Fizikal Rumput Turf
iii. Tekstur- Rumput turf mempunyai pelbagai tekstur
mengikut saiz dan bentuk lai daun.
a. Tekstur kasar dan berdaun lebar
cth: Axonopus compressus (Carpet grass)
b. Tekstur sederhana
cth: Zoysia matrella (rumput zoysia)
c. Tekstur halus
cth: Cynodon dactylon (rumput bermuda)
Ciri-ciri Fizikal Rumput Turfiv. Warna- Berwarna hijau, hijau muda atau hijau kebiruan.- Warnanya juga dipengaruhi oleh cara pemotongan,
jenis mesin pemotongan dan kekerapan pemotongan.
v. Ciri-ciri pemilihan sebagai rumput turfa. Cepat melatab. Tahan penyakitc. Berdaun padatd. Tahan dipijake. Tahan kemarau
Fungsi dan kegunaan rumput turf:
a. Melindungi dan menahan tanah daripada hakisan.
b. Mengurangkan suhu persekitaran
c. Menyerap debu dan asap kenderaan.
d. Latar depan rekabentuk landskap.
e. Penyambung susunan gabungan pokok dalam landskap.
f. Penghubung antara landskap lembut dengan landskap kejur.
g. Sebagai pelapik.
TUMBUHAN LANDSKAP5. Pokok Palma
- Pokok Palma merupakan sekumpulan tumbuhan dalam famili Palmae. - Merupakan tumbuhan monokotiledan yang terbesar saiznya.- Palma biasanya mempunyai batang yang tunggal, tidak bercabang dan diakhiri dengan sejambak daun. - Terbahagi kepada 2 kumpulan:
a. Palma berbatang tunggal – mempunyai satu batang yang tumbuh tegak dan lurus dalam pelbagai saiz dan ketinggian. Cth: pinang manila (Veitchia merillii), Areca catechu (pinang makan), Borassus flabellifer (lontar).
b. Palma berbatang rumpun – mempunyai beberapa batang
yang tumbuh daripada pangkalnya. Cth: Lady’s palm (Raphis excelsa), pinang kuning (Chrysalidocarpus lutescens), Pinang merah/raja (Cyrtostachys lakka).
Ciri –ciri fizikal pokok palma
i. Bentuk- Tumbuhan ini tumbuh tegak dan mempunyai bentuk
yang pelbagai.- Keunikan pokok-pokok palma terletak pada bentuk
batang dan daunnya.- Cth: Roystonea oleareaceae (palma kubis)ii. Ukuran- Boleh membesar dan meninggi dari 10cm hingga 25m- Ada yang cepat tumbesarannya.
Cth: Veitchia merillii- Ada yang lambat tumbesarannya.
Cth: Hyophorbe lagenicaulis (palm botol)- Biasanya tumbesaran palma berbatang tunggal
setinggi 30cm setahun.
Ciri –ciri fizikal pokok palmaiii. Tekstur- Mempunyai tekstur yang berbeza-beza mengikut saiz
batang dan silara pokok.- Cth: Palma bertekstur kasar
Caryota mitis (tukas) - Cth: Palma bertekstur halus Rhapis humilis (rapis kecil) dan Chamaedorea
erumpens (palma buluh).iv. Warna- Sesetengah mempunyai pelepah yang berwarna
seperti palma merah dan palma kuning.- Buahnya yang masak berwarna merah dan ini
memberikan warna yang menarik.- Cth: Veitchia merillii
Fungsi dan kegunaan pokok palma
a. Tanaman pinggiran jalan
b. Pagaran atau sempadan
c. Tanaman kelompok atau tunggal
d. Tanaman hiasan dalam pasu
e. Penapis angin
f. Taman tema formal cth: landskap bercirikan Islam dan taman tropika.
TUMBUHAN LANDSKAP
6. Pokok Hiasan Dalaman
- Tanaman hiasan dalaman tergolong dalam tumbuhan yang memerlukan perlindungan
dan teduhan.
- Jika didedahkan kepada pancaran cahaya matahari terik tumbuhan ini akan terbantut dan tidak
mengeluarkan bunga dengan baik.
- Tanaman jenis ini selalunya digunakan untuk tujuan hiasan di dalam bangunan atau ditanam di bawah naungan.- Kebanyakannya ditanam di dalam bekas supaya
mudah dialih dan perlu diberikan keteduhan pancaran chaya matahari sebanyak 50 – 70%.
Pokok Hiasan Dalaman (samb...)
- Contoh tumbuhan jenis ini ialah:-
Anthurium sp., Caladium sp., Dieffenbachia sp,Begonia sp. Aglaonem nitidum, Adiantum tenerum, Sansevieria trifasciata dan Dracaena surculosa.
- Keluarga Araceae
cth: Alocasia sanderiana (alokasia keris) & Anthurium andraeanum (anthurium flamingo)
- Keluarga paku pakis
cth: pokok Platycerium coronarium (tanduk rusa)- Keluarga Palmae
cth: Rhapis humilis (rafis kecil)- Keluarga Orchidaceae
cth: Dendrobium sp. (dendrobium)
Aglaonem nitidum(Silver Queen)
Silver King
hybrid
Ciri-ciri fizikal tumbuhan hiasan dalaman
i. Bentuk- Tumbuhan ini mempunyai bentuk yang pelbagai.
a. Bulat
cth: Begonia rex (begonia)
b. Rampak
cth: Chlorophytum comosum (klorofitum)
c. Tegak
cth: Cordyline terminalis (jenjuang) dan
Dieffenbachia picta (difenbakia)
Ciri-ciri fizikal tumbuhan hiasan dalaman
ii. Ukuran- Saiz tumbuhan hiasan dalaman adalah antara 30cm –
1m tetapi perlu disenggarakan agar sesuai dengan saiz bekas penanaman yang digunakan.
iii. Tekstura. Tekstur kasar
cth: Asplenium nidus (sakat)b. Tekstur sederhana
cth: Raphis humilis (rafis kecil)c. Tekstur halus cth: Asparagus densiflorus (asparagus)
Ciri-ciri fizikal tumbuhan hiasan dalaman
iv. Warna- Mempunyai kepelbagaian warna:
a. Hijau – Monstera pertusa var. borsigiana dan polyscias scutellaria.
b. Hijau berbelang merah – Caladium bicolor var rubicundum
c. Hijau berbelang putih – Aglaonema pictum (aglonema)
d. Hijau berbelang kuning – Ficus elastica var. tricolore. Pelbagai warna – Codiaeum variegatum dan
Coleus blumei.- Sebahagian mempunyai warna bunga yang menarik.
a. Merah – Anthurium hortulanumb. Putih – Spathiphylum sp.
Caladium bicolor var rubicundum
Fungsi dan kegunaan tumbuhan hiasan dalaman
a. Menjadi hiasan di dalam kawasan bangunan
b. Menjadi tempat untuk berteduh
c. Melembutkan struktur binaan.
top related