laporan kkd 2063
Post on 30-Dec-2014
524 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Program Experiential ini adalah merupakan satu program yang dibina bagi
mewujudkan satu suasana pembelajaran pengalaman yang lebih kepada “practical”
atau dengan lebih ringkas boleh disebut sebagai ‘belajar daripada pengalaman’.
Diambil daripada kata-kata Aristotle, beliau berkata perkara yang perlu kita belajar
sebelum kita melakukannya adalah dengan kita melakukannya terlebih dahulu.
Kesinambungan program ini ialah bagi menerangkan bahawa pengalaman itu
datang membawa kepada pengalaman yang lain. Program pembelajaran berasaskan
pengalaman ini direkan dengan teliti bagi membantu peserta memahami lebih banyak
lagi tentang diri mereka selain dapat menerangkan bagaimana situasi bekerja sebagai
satu pasukan. Justeru dapat memperbaiki keyakinan diri dan membina kepercayaan
serta semangat berpasukan diantara rakan kerja, peserta juga akan memperoleh
kemahiran kepimpinan serta kemahiran bekerja secara berpasukan. Selain itu juga,
peserta juga dapat melakukan setiap cabaran dan aktiviti dengan berfikir di atas kaki
mereka sendiri. Dengan semangat berpasukan juga dapat melatih mereka agar tidak
mudah mengaku kalah dalam menghadapi cabaran dan juga bagi melakukan tugasan
yang diberikan, tidak kiralah sebagai pelajar mahupun sebagai pekerja di dunia luar
nanti.
1 | P a g e
2.0 OBJEKTIF
Program berdaya pantas serta cergas ini secara teori dan praktikalnya akan dapat
membantu peserta dalam membina sahsiah diri dan juga dapat membina keyakinan
serta meningkatkan lagi prestasi organisasi.
Antara objektif program ini dilakukan ialah :
Merapatkan hubungan diantara peserta program yang baru dan juga terhadap
fasilitator program experiential ini. Hal ini dapat mempraktikan pembelajaran
dalam membangunkan sahsiah dalam diri peserta program.
Peserta dapat beramah mesra dan merapatkan lagi hubungan diantara mereka.
Mereka juga dapat mengenali kawan dan kenalan baru daripada pelbagai etnik,
budaya, negeri, bahasa dan agama.
Menyerlahkan dan mengasah bakat pelajar dalam pelbagai aspek.
Dapat mempraktikan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Melahirkan sahsiah pelajar yang unggul
Memupuk aspek kepimpinan
Melahirkan guru yang kreatif, kritis dan inovatif
2 | P a g e
3.0 PERJALANAN PROGRAM
NAMA PROGRAM : PROGRAM EXPERIENTIAL
TARIKH : 15-16 MAC 2013
MASA : (8.00 – 10.30 MALAM) (7.15 PAGI – 4.00 PETANG)
TEMPAT : (DEWAN SITC) ( MARKAS KEM PUSAT KOKURIKULUM)
15 MAC 2013
8.00 Malam
Sesi pendaftaran semua pelajar kursus Pembangunan Sahsiah KKD 2063. Semua
pelajar dikehendaki berkumpul mengikut kumpulan belajar masing-masing seperti di
dalam kelas. Taklimat ringkas diberikan oleh pensyarah kepada semua peserta.
9.00 Malam
Peserta program telah dipecahkan dan diberikan kumpulan yang baharu. Peserta juga
dibahagikan dan dibentuk satu kumpulan baharu dengan dicampurkan dari pelbagai
kos dan jenis program. Ia dinamakan team-building iaitu satu aktiviti bagi
memecahkan tembok pemisah diantara peserta dan fasilitator.
Program ini diteruskan lagi dengan aktiviti ice-breaking bagi mengenali ahli
kumpulan dengan lebih rapat lagi. Sesi pengenalan dibantu oleh abang-abang dan
kakak-kakak fasilitator. Seterusnya aktiviti yang dijalankan ialah ‘freeze’ dimana
peserta tidak boleh bergerak dan fasiltitator akan mengambil gambar peserta yang
pelbagai galagat. Selain itu, fasilitator telah mengajar peserta pelbagai jenis dan cara
tepukan. Selain itu juga, berada dalam kumpulan, peserta juga perlu memenuhi hati
fasilitator dengan memberikan apa sahaja yang diminta oleh ‘jin’ fasilitator.
3 | P a g e
10.00 Malam
Aktiviti berakhir pada pukul 10.00 malam. Kumpulan dipecahkan semula dan
dibahagikan kepada kumpulan yang baharu yang terdiri daripada 18 orang ahli
kumpulan. Taklimat akhir mengenai hari berikutnya telah diberikan oleh pensyarah
dan fasilitator. Peserta diberitahu bahawa mereka akan menjalankan aktiviti didalam
hutan dan menerangkan lebih lanjut lagi setiap perkara yang perlu dilakukan.
10.30 Malam
Peserta diberikan sehelai kertas manila dan ahli perlu kreatif untuk membuat name-tag
bagi setiap ahli kumpulan. Ahli kumpulan dibiarkan berkumpul. Peserta diberikan
makanan yang telah disediakan dan peserta dibenarkan ansur bersurai.
4 | P a g e
16 MAC 2013
7.15 Pagi
Pendaftaran peserta. Peserta diminta berkumpul di padang kawad kaki bersebelahan
Blok 10 Kampus Sultan Azlan Shah bagi bersiap sedia untuk perjalanan ke kem base
Pusat Kokurikulum. Pagi itu dimulakan dengan senaman ringan dan larian setempat
bagi membuka regangan di dalam badan. Ini kerana perjalanan yang akan dilakukan
pasti akan mencabar kekuatan fizikal dan mental. Kami diminta bersiap sedia daripada
pelbagai aspek. Sekali lagi pensyarah dan fasilitator memberikan taklimat dan nasihat
kepada semua peserta supaya mereka lebih bersemangat.
8.00 Pagi
Peserta program mula bergerak menuju ke kem base Pusat Kokurikulum.Peserta
diarahkan untuk bergerak secara berkumpulan dan mengikut barisan. Perjalanan ke
kem base telah memakan masa selama 1 jam.
9.00 Pagi
Semua peserta telah sampai ke kem base Pusat Kokurikulum. Peserta diminta duduk
ditempat tanah lapang sambil menunggu makanan sampai dibawa oleh pensyarah, En
Zulkifli Bin Mamat. Peserta diajak bermain seketika didalam aktiviti kumpulan. Sekali
lagi peserta diajarkan cara tepukan.
9.30 Pagi
Peserta diberi makanan dan minuman serta bekalan air untuk sepanjang berada
didalam hutan nanti. Peserta diminta makan sarapan yang disediakan bagi memperoleh
tenaga.
5 | P a g e
10.00 Pagi
Semua peserta diminta berkumpul di tanah lapang bagi menerima taklimat akhir
sebelum peserta mula dilepaskan secara berkumpulan dan bergilir-gilir.
10.05 Pagi
Peserta dilepaskan secara berkumpulan dan bergilir-gilir mengikut kumpulan. Jarak
masa antara setiap kumpulan dilepaskan ke dalam hutan ialah 15 minit. Peserta perlu
menjalani setiap aktiviti di setiap check point yang telah ditetapkan oleh fasilitator
ketika berada di dalam hutan.
2.00 Petang
Check point terakhir ialah untuk sampai ke base kem. Peserta keluar dari hutan secara
beransur-ansur. Semua peserta yang sudah sampai ke base kem diberi makanan dan
minuman tengahari. Bagi yang beragama Islam pula diminta menunaikan solat di
tempat yang telah disediakan. Kumpulan terakhir telah tiba di base kem pada pukul 3
petang.
3.00 Petang
Program diteruskan lagi dengan perbentangan ketua kumpulan mengenai kraftangan
atau gubahan yang telah dibuat sewaktu berada didalam hutan. Gubahan itu
semestinya perlu dibuat dengan menggunakan bahan semulajadi di dalam hutan.
Fasilitator meminta setiap kumpulan menghantar wakil ke hadapan. Program ini
diteruskan lagi dengan refleksi diri oleh wakil setiap kumpulan. Penyampaian hadiah
kepada kumpulan melalui setiap aspek iaitu Wawasan, Ceria, Bersemangat, Kreatif
dan Sporting(sempoi).
6 | P a g e
4.00 Petang
Program tamat dan semua pelajar bersurai. Sebahagian pelajar bergerak pulang dengan
berjalan kaki dan sebahagian lagi menaiki lori yang telah disediakan oleh pihak
pengurusan program.
7 | P a g e
4.0 MINAT TERHADAP PROFESION PERGURUAN
Dalam memilih bidang kerjaya, pada mulanya daripada kecil saya
bukanlah berminat untuk menjadi seorang guru walaupun bapa saya sendiri
seorang guru. Pada masa itu saya melihat kerjaya sebagai seorang guru ini
merupaka satu kerjaya yang agak bosan kerana hanya perlu ke sekolah dan
berjumpa dengan pelajar. Tetapi pada akhirnya saya telah berminat bidang
profesion guru ini secara tidak langsung apabila saya mula menceburkan diri
dalam program motivasi dan saya menjadi salah satu daripada fasilitator yang
terlibat. Ditambah lagi pada umur saya mencapai 17 tahun saya telah dilantik
sebagai Ketua Pelajar di sekolah menengah. Sejak daripada itu, saya telah
menanam cita-cita dalam diri saya bahawa saya ingin menjadi seorang guru yang
cemerlang dan berdedikasi. Tetapi sebelum itu saya perlulah dahulu persiapkan
diri saya dengan pelbagai ilmu pengetahuan akademik, agama dan juga ilmu
berkaitan sains. Hal ini kerana saya berpendapat jika saya mahu anak murid saya
dapat belajar dengan bersemangat, saya juga perlu ada ilnu itu barulah saya
boleh mengajar mereka. Saya juga perlu mempunyai ilmu mengenai gaya
pembelajaran supaya saya boleh mempraktikan perkara itu dalam diri anak
murid saya.
Dengan menjadi guru ini juga, saya pasti akan dapat melatih diri saya agar
menjadi seorang yang penyabar dan dapat memahami diri seorang remaja seperti
yang dikatakan oleh tokoh barat Jin Piaget bahawa “Perkembangan seorang
manusia daripada kecil hinggalah besar akan mempunyai pelbagai peringkat
tumbesaran dan ia nya perlulah difahami oleh orang dewasa”. Walau
bagaimanapun, ibu bapa saya sentiasa menyokong dan mendorong saya dalam
mencapai cita-cita saya.
8 | P a g e
5.0 REFLEKSI DIRI
Melalui program experiential ini, banyak pengalaman dan ilmu yang telah
saya dapat dan saya timba yang ia nya merupakan sesuatu yang berguna untuk diri
saya dan juga orang sekeliling. Melalui program ini juga, dapat saya merumus dan
menyimpulkan bahawa setiap diri manusia perlu ada sahsiah kendiri yang baik dan
positif. Setiap pengalaman yang saya perolehi daripada program ini begitu
menampakan kesan yang mendalam di dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh,
sifat penyabar dalam melakukan aktiviti yang susah ataupun berat akan kita praktikan
semasa dalam rutin seharian kita sewaktu kita bekerja kian. Semangat bekerjasama dan
saling tolong menolong juga sangat penting dalam kumpulan yang dimana ia nya akan
kita gunakan disaat kita di dalam kesusahan nanti. Tidak kiralah siapa kita, lumrah
sebagai seorang manusia pasti akan meminta pertolongan.
Selain itu, sikap membina tembok diantara rakan yang kita tidak kenal
atau yang tidak sehaluan dengan kita iaitu sombong haruslah dibuang jauh-jauh
kerana dengan wujudnya sikap ini diantara kita pasti akan memecah belahkan
hubungan yang mungkin baru terjalin. Seharusnya melalui program seperti ini, para
peserta dapat membuka minda dengan lebih luas lagi dan lebih terbuka dengan gaya
perhubungan dan pembelajaran tanpa batasan dan jurang persamaan.
Di samping itu juga, apa yang saya dapati di dalam program ini sifat ego
dan enggan bertegur sapa diantara peserta sangat membimbangkan. Mereka lebih suka
bergaul dan berbual dengan kawan yang mereka kenal sahaja terutamanya wanita.
Jikalau adapun, bagi mereka yang bersifat humor dan suka membuat hiburan, barulah
kenalan lain akan mula mahu rapat dengan mereka. Apa pula kisah dengan peserta
yang hanya duduk diam dan kurang bertegur sapa. Bukan kerana mereka tidak mahu
bertegur sapa tetapi mereka ini diantara golongan yang mungkin malu dan bersopan
santun. Di samping itu juga sikap yang ditunjukan oleh sebahagian peserta yang malu,
9 | P a g e
segan dan malas untuk bergaul mesra dengan peserta lain juga boleh menimbulkan
kerunsingan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana untuk menjadi seorang GURU
yang berdedikasi dan berjaya, mereka perlulah bersifat mesra dan mudah bergaul
dengan orang.
Program ini juga telah berjaya membuka minda para peserta dalam
meningkatkan penghayatan dan menyedari betapa pentingnya untuk mempunyai
komunikasi yang tinggi dan berkesan bagi mempengaruhi seseorang. Sewaktu di
dalam satu orgnisasi kita memerlukan satu komunikasi yang berkesan diantara ahli.
Hal ini kerana, jikalau tiada komunikasi yang berkesan maka, satu organsasi itu tidak
mudah akan ada kepercayaan dan hubungan yang baik.
Malalui program ini juga, selaku ketua kumpulan, saya dapat melihat dan
mentafsir gelagat dan karenah anak buag saya yang lucu, penat, mengeluh dan ceria.
Saya juga memberikan dorongan kepada mereka agar terus bersemangat dan tidak
mudah mengalah. Pada awalnya salah seorang dari kumpulan saya telah berputus asa
dengan memberikan alasan kasutnya tidak sesuai untuk mendaki setiap juram. Saya
memberi nasihat padanya supaya tidak mengalah dan jangan menjadikan sesuatu
kelemahan itu sebagai satu alasan. Saya berkata pada rakan ahli yang lain “ALASAN
MELEMAHKAN SISTEM ” . Ini bermaksud setiap apa pun yang berlaku sebagai
seorang yang bertanggungjawab kita perlulah menjalankan tugas. Setiap apa pun
alasan yang diberi ia akan melemahkan sesuatu organisasi itu samada organisasi
individu mahupun kumpulan.
10 | P a g e
KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI
1) Kekuatan : Ceria.
Suka untuk cuba menghiburkan orang lain dengan pelbagai cara.
Kelemahan : Saya tidak dapat menceriakan orang/kawan sekeliling saya, kerana saya bukan
penghibur yang baik. Saya selalu berfikir saya ditakuti orang/rakan itu akan terasa
hati dengan gurauan saya.
2) Kekuatan : Bertanggungjawab.
Selalu ingin menjadi orang yang menjalankan tugas dengan baik dan sempurna
serta disukai ramai.
Kelemahan : Mudah rasa mengalah dan kurang dapat dorongan daripada orang lain. Lemah
apabila ujian/cabaran yang dihadapi semakin hebat kecuali pada beberapa perkara.
3) Kekuatan : Bersemangat tinggi.
Selalu rasa bertenaga dan bersemangat dalam melakukan aktiviti yang mencabar.
Kelemahan : Mudah jatuh semangat kerana masalah yang dihadapi. Terutamanya apabila tiada
sokongan yang diterima.
4) Kekuatan : Pemurah dan belas kasihan.
Saya selalu rasa belas kasihan pada orang lain atau kawan.
Kelemahan : Selalunya saya apabila saya belas kasihan pada orang dan ingin membantu tetapi
diri saya pula yang terkena dan dalam kekurangan.
5) Kekuatan : Berkorban.
Sanggup berkorban demi kesenangan rakan.
Kelemahan : Saya kurang memikir tentang diri sendiri
dan lupa untuk mendahulukan ahli keluarga.
11 | P a g e
6.0 PELAN TINDAKAN KENDIRI
Tindakan yang saya akan ambil bagi meningkatkan tahap sahsiah diri demi
mempertingkatkan martabat profesion seorang adalah dengan berusaha memperbaiki
kelemahan diri saya yang sepatutnya saya perbaiki daripada dahulu lagi. Antara
kelemahan diri saya adalah cepat merasa lemah semangat dalam sesuatu perkara.
Maka saya perlu mencari jalan bagaimana saya mahu perlu terus bersemangat di dalam
sesuatu perkara atau aktiviti. Saya juga perlu lebih yakin dengan setiap perkara yang
saya lakukan supaya saya tidak mudah merasa lemah semangat.
Selain itu, saya juga akan menjaga kata-kata saya agar saya tidak tersalah dalam
berkata-kata dan dengan cara itu saya tidak akan melukakan hati sesiapa. Saya juga
perlu menjaga tiap tingkah laku saya sebagai seorang penuntut dan sebagai seorang
bakal guru kelak. Saya tidak boleh terus berada di takuk yang lama dan saya berubah.
Saya juga akan menjadi lebih matang dalam sesetengah perkara. Hal ini kerana pada
pendapat saya, dalam hidup ini tidak boleh selalu serius, perlu juga ada sifat ceria dan
kekanak-kanakan supaya hidup menjadi lebih ceria dan disukai orang ramai.
Mulai saat ini juga, saya bertekad untuk mejadi pelajar yang lebih fokus dalam
melaksanakan tanggungjawab. Saya mahu berjaya seperti mereka yang telah berjaya
hingga dapat menggembirakan orang lain terutamanya kedua ibu bapa saya. Saya
mahu mereka gembira ketika saya berjaya dalam hidup saya kelak.
12 | P a g e
7.0 PENAMBAHBAIKAN PROGRAM
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada pihak
penganjur, pengurusan serta semua fasilitator program ini. Dilihat dari pelbagai aspek
bahawa keseluruhan perjalanan program begitu baik. Kerjasama antara fasilitator juga
dapat dilihat begitu baik sekali. Keceriaan yang ditampilkan oleh para fasilitator juga
sangat memberangsangkan.
Bagi proses penambahbaikan program ini pula, pihak penganjur dirasa perlu
memanjangkan lagi tempoh program ini. Program seperti ini perlu lebih dilakukan
sepanjang tempoh 2-3 hari berturut-turut bagi menyedarkan lagi sahsiah diri kepada
kebaikan dan supaya kesan yang terjadi lebih mendalam dan memberikan impak yang
besar dalam diri setiap individu. Selain itu, semasa acara ‘ice breaking’, dilihat
seharusnya diperbanyakan aktiviti. Hal ini bagi mempereratkan lagi hubungan sesame
peserta dan fasilitator.
Disamping itu, dari aspek pengankutan pelajar untuk puang ke kolej juga
seharusnya dipertingkatkan dan diperbaiki. Dengan keadaan selepas hujan dan pelajar
yang penat membuatkan para pelajar merasa bertambah penat. Kenderaan yang
disediakan hanya satu, dan ia nya tidak mencukupi. Sesetengah pelajar terpaksa
pulang sendiri ke kolej dengan berjalan kaki dengan keadaan sepanjang jalan yang
berlecak dan berlumur.13 | P a g e
8.0 PENUTUPAN
Melalui program experiential ini dapatlah saya simpulkan bahawa keseluruhan
program ini sangat bagus. Program ini juga dilihat sangat relevan dalam mendidik
pelajar menjadi seorang penuntut dan bakal pengajar yang berwibawa. Saya berharap
program seperti ini dapat dipraktikan di dalam dan luar kuliah pembelajaran. Program
ini seharusnya sering dijalankan kepada pelajar bagi terus meningkatkan lagi sahsiah
dan kewibawaan seorang pelajar dan guru dalam diri pelajar. Sebagai seorang guru
kelak saya akan berusaha menjadikan diri saya sebagai seorang yang bersahsiah tinggi
dan ingin menjadikan diri saya sebagai ‘role model’ kepada rakan-rakan dan orang
luar. Falsafah pendidikan Negara menyatakan bahawa “Pendidikan di Malaysia adalah
satu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
14 | P a g e
9.0 LAMPIRAN
15 | P a g e
16 | P a g e
top related