laporan seminar sarana ibu bapa dan sarana sekolah 2015

Post on 11-Jan-2016

191 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Laporan Seminar Sarana Ibu Bapa Dan Sarana Sekolah 2015

TRANSCRIPT

LAPORAN SEMPENA SEMINAR SARANA IBU

BAPA & SARANA SEKOLAH 2015 ANJURAN PIBG

DUN SUNGAI RAMBAI

Pada 8 Ogos 2015 yang lalu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah-sekolah rendah

yang berada di DUN Sungai Rambai telah menganjurkan satu seminar mengenai

Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah 2015. Seminar ini telah mendapat kerjasama

daripada Yayasan Sarana Pendidikan Malaysia dan JAPERUN Sungai Rambai.

Seminar ini telah diadakan di Dewan Kuliah A, Aras 6 UiTM Melaka Kampus Jasin.

Antara objektif seminar ini diadakan adalah bertujuan memberikan peluang kepada

semua AJK PIBG dari setiap sekolah untuk mendengar sendiri secara jelas

berkenaan dengan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah daripada AJK Penggerak

Sarana Kebangsaan. Selain itu seminar ini diadakan bagi memberi peluang kepada

semua AJK PIBG setiap sekolah berkongsi idea dan pendapat tentang kaedah

pelaksanaan sarana ini di sekolah masing-masing. Objektif yang ketiga adalah

memberikan pengetahuan tentang apa yang di maksudkan dengan anjakan ke-9 dalam

PPPM serta hala tuju yang di hasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Seramai 150 orang peserta terdiri daripada barisan AJK PIBG sekolah-sekolah

rendah dalam DUN Sungai Rambai telah menghadiri seminar ini. Semua peserta

telah mendengar dua slot ceramah berkenaan dengan sarana ini daripada 2 orang

penceramah jemputan iaitu Encik Amza Bin Osman (Jurulatih Utama Penggerak

Sarana Kebangsaan) dan Dato’ Hj. Mazlan Bin Mohamad (Head of Project & Special

Function) Yayasan Sarana Pendidikan Malaysia. Alhamdulillah seminar yang

dianjurkan ini berjaya dijalankan dengan lancar. PIBG DUN Sungai Rambai telah

menjemput YB Datuk Hasan Bin Abd Rahman, EXCO Pertanian dan Pembangunan

Usahawan merangkap ADUN Sungai Rambai untuk merasmikan penutup seminar ini.

Adalah di harapkan setiap ilmu yang diperolehi daripada seminar ini akan dapat

digunakan di sekolah masing-masing. Berikut adalah gambar-gambar yang dapat

diambil sekitar seminar ini berlangsung.

top related