lontar peluru

Post on 17-Nov-2015

252 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

kf

TRANSCRIPT

LONTAR PELURU

PENGENALANMerupakan acara padang yang melibatkan pergerakan melontar satu bola logam besi berat sejauh yang boleh.

Pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini iaitu Perry O`Brien dari Amerika Syarikat.

Beliau mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini.

S E J A R A HMengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19.Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru ini tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara tersebut.

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara ini telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga.Akhirnya sukan ini menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.

Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun.

Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada awalnya, kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki.

Mula diperkenalkan di Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik pada tahun 1896.

Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan seakan-akan penanda,yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang.

PERALATAN DAN KELENGKAPANPeluruDiperbuat daripada besi pejal berbentuk bulat dan licin. Berat peluru-peserta lelaki adalah 7.257 kg dan bagi wanita adalah 4 kg manakala ukuran diameter adalah antara 110-130 mm dan 95-110 mm. bawah 17 tahun lelaki dan wanita adalah 5 kg dan 4 kg bawah 15 tahun lelaki dan wanita adalah 4 kg dan 3.25 kg.Perbezaan berat peluru perlu bagi memudahkan lontaran dibuat mengikut keupayaan peserta berdasarkan peringkat umur.

Gelanggang

Terdiri daripada bulatan melontar dan kawasan mendarat.

Bulatan melontar dikelilingi oleh satu garisan bulat meliputi kawasan yang berdiameter 2.135 meter.

Di bahagian hadapan kawasan melontar dipasang papan penahan untuk menentukan sama ada lontaran sah atau batal.

Jika peserta memijak atau kaki melepasi papan penahan, lontaran dikira batal.

Kawasan pendaratan peluru hendaklah bebas daripada halangan dan gangguan.

bersudut 40 dari titik tengah bulatan melontar.

Setiap lontaran hendaklah jatuh di dalam kawasan pendaratan ini, lontaran yang keluar atau mengenai garisan dibatalkan.

Pita pengukur

Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan yang dibuat oleh seseorang peserta. Ukuran dibuat dari titik tengah bulatan tetapi bacaan hanya diambil dari papan penanda hingga kesan tempat peluru mendarat.

Kasut berpaku (spike)Kasut berpaku yang sesuai boleh digunakan untuk lontar peluru jika gelanggang yang digunakan adalah padang berumput. Tetapi jika gelanggang diperbuat daripada simen konkrit kasut sukan biasa adalah digalakkan dan sesuai untuk dipakai.

KAEDAH PEGANGAN PELURU

MENGGUNAKAN TIGA JARI

Peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar peluru.

MENGGUNAKAN LIMA JARI

TEKNIK LONTARANTerdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk melontar peluru:teknik berdiriteknik lontaran sisiteknik O Brien teknik membelakangi kawasan lontaran (step-back).

TEKNIK BERDIRI

Berikut adalah cara lontaran dalam teknik berdiri;

Berdiri dengan luas kaki lebih kurang 30 cm

tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk.

Siku tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar.

Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan.

Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakala kaki diluruskan dan peluru di tolak keluar.

Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru manakala tangan kiri membantu mengimbangkan tangan.

TEKNIK LONTARAN SISI

Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengan bulatan lontaran.

Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kaki kanan di angkat.

Letakkan kaki kiri pada gelanggang dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.

Luruskan kaki kiri dan bersedia untuk membuat lontaran.

Pusingkan tapak kaki kanan dan angkat tumit serta tolak peluru keluar.

TEKNIK MEMBELAKANGI KAWASAN LONTARAN

Teknik ini merupakan gaya yang lebih maju dan mempunyai kelebihan jika dapat dipelajari. Langkah-langkah teknik ini adalah;

Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran.

Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.

Kaki kiri diangkat sedikit.Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.Tolak peluru

TEKNIK PEMINDAHAN (OBRIEN)Merupakan teknik yang digunakan oleh atlit-atlit peringkat tinggi yang mempunyai kemahiran lontaran yang tinggi serta berpengalaman. Cara melakukan adalah seperti berikut;Berdiri dengan membelakangi arah lontaran dan kaki kanan bersentuh dengan garisan belakang.

Bongkokkan badan dan angkat kaki kiri serta rapatkan dengan kaki kanan.

Mulakan langkah dengan kaki kanan.

Bengkokkan lutut kanan dan ayunkan tangan kiri keluar.

Pusingkan bahu dan pinggang dan tolak serta lepaskan peluru dengan kuat.

Lakukan lajakan ayunan dengan memindahkan berat badan ke hadapan dan imbangkan dengan tangan kiri.

U N D A N G U N D A N GPeluru hendaklah dipegang dengan tapak tangan dan disokong oleh jari serta menyentuh rongga tulang selangka berhampiran leher.Peluru ditolak dari kedudukan atas bahu.Peserta diberikan enam kali percubaan lontaran sekiranya jumlah peserta tidak melebihi lapan orang.

Lontaran hendaklah dibuat dalam bulatan atau kawasan lontaran dan peluru mesti mendarat di dalam kawasan mendarat. Lontaran yang keluar dari kawasan mendarat dikira batal.

Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan lontaran sebelum peluru mendarat.

Peserta dibenarkan keluar dari sebelah belakang bulatan lontaran. Sekiranya peserta keluar dari sebelah hadapan, lontaran itu dibatalkan.

Peserta tidak dibenarkan memijak atau menyentuh papan penanda semasa membuat lontaran.

Peserta yang melakukan lontaran paling jauh dikira sebagai pemenang.

Terdapat empat orang pengadil yang terlibat iaitu pengadil pertama menentukan cara dan kedudukan peluru, pengadil kedua mengawasi kedudukan kaki peserta, pengadil ketiga dan keempat mengawasi tempat peluru mendarat.

top related