makna esa dan mengesakan allah (new update)
Post on 05-Jul-2015
32.949 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
1. MAKNA ESA MENURUT HUKUM ADAT
Esa menurut hukum adat bermakna satu. Jika sebahagian zat atau anggota
diambil,1 maka tidak sempurna zat atau bahagian yang lain. Anggap dan jadikan diri
sendiri sebagai contoh. Jika tidak ada tangan, maka tidak sempurna zat. Jika tidak ada
jantung, maka tidak sempurna zat. Jika tidak ada roh maka tidak sempurna zat dan
sebagainya. Semua anggota itu adalah dalam bentuk satu kesatuan yang TIDAK boleh
dipisahkan. Justeru, jika sebahagian zat diambil, maka tidak sempurna zat atau bahagian
yang lain. Apakah maksud tidak sempurna? “Tidak sempurna” bermaksud :
i. Semua anggota, sama-sama bertanggungjawab pada zat yang satu.
ii. Tidak ada bahagian anggota yang berdiri pada zat.
iii. Cacat,
iv. Sakit, atau
v. Mati @ Binasa
Ingat semula hadith Nabi yang menerangkan makna esa. Mafhum hadith
berkenaan ialah : ”orang mukmin itu ibarat satu jasad (diri)”.
Kenapa ibarat satu jasad atau diri? Ini adalah kerana, jika tangan yang mencuri,
bukan tangan sahaja yang dipenjarakan. Jika kaki yang menendang orang tanpa sebab,
hingga patang tengkuk, bukan kaki sahaja yang mendapat hukuman. Jika sebelah tubuh
sahaja yang boleh berfungsi, sebelah lagi bukan bermakna mati, ia sekadar tidak
berfungsi. Jika tangan yang sebelah itu membuat dosa, tangan yang tidak berfungsi,
tidak akan terlepas daripada menerima hukuman. Jika mulut dan hati sahaja yang
berzikir, bukan mulut dan hati sahaja yang menerima ganjaran. Jika perut sahaja yang
mengisar makanan, bukan perut sahaja yang menerima zat makanan, tetapi semua
anggota tubuh. Jika jantung sahaja yang berhenti mengepam darah, bukan jantung
sahaja yang mati, tetapi kesatuan semua zat pada diri yang satu. Jika diri sendiri (yakni
keseluruhan anggota zahir dan batin) yang membuat kebaikan, BUKAN ROH sahaja
yang menerima pahala atau pembalasan. Tetapi yang menerima balasan ialah
KESATUAN semua zat pada diri yang satu. Semua zat itulah yang esa berbilang-
bilang, esa bersusun dan sebagainya bekerjasama dalam bentuk satu KESATUAN.2
1 Anggota bermaksud, kelengkapan diri seperti pancaindera, jantung, hati, roh dan sebagainya.
2 Yakni semua anggota, tanpa ada yang dikecualikan. Tiada anggota yang menerima, lebih atau menerima kurang,
menerima lambat atau menerima awal. Inilah bukti menunjukkan bahawasanya, roh dan jasad, anggota tubuh yang
zahir atau yang batin adalah ESA pada adat. Dan inilah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya, sifat, zat dan
kelakuan Allah adalah ESA PADA AKAL.
2
2. MAKNA ESA MENURUT HUKUM AKAL
Makna esa menurut hukum akal : Mafhum bagi sifat-NYA, isim-NYA dan
perbuatan-NYA ialah Allah, bukan berlainan. Allah itulah yang Wujud, yang Qidam,
yang Baqo hingga yang Mutakallimun.
Dalil akalnya :
Katalah ada seorang lelaki bernama Ali yang sedang mengaji.
Mafhum SIFATnya, NAMAnya dan PERBUATANnya ialah ALI.
Manusia Yang Menjadikan Alam Semesta
Nama Ali Allah
Sifat Lelaki W Wujud, Qidam, Baqo,.. hingga Mutakallimum
Perbuatan Sedang
mengaji
Sedang memerhatikan perbuatan sekalian
hamba-Nya
Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya, mafhum bagi NAMA, SIFAT dan
PERBUATAN adalah sama. Bukan merujuk kepada zat yang berlainan. Lelaki itu ialah
si Ali yang sedang mengaji. Yang kita lihat itulah zat si Ali. Dalil menunjukkan pada akal,
yang wujud, yang qidam, yang baqo hingga mutakallimun, itulah zat Allah yang sedang
memerhatikan semua perbuatan hamba-Nya. Yang Qidam, Yang Baqo, Yang
Mukholafatuhulilhawadith, Yang Qiyamuhubinafsih itulah Yang Wajib WUJUD dan Yang
Wahdaniah. Itulah juga Yang Qudrat, Yang Iradat hingga Yang Mutakallimun yang ESA
TIADA UMPAMA AKAN SESUATU.
Tetapi JANGAN pula dianggap, kita `sedang memikirkan zat Allah, atau sifat-Nya
atau perbuatan-Nya’ kerana Allah tidak seumpama dengan sesuatu. Justeru
pengenal kepada Allah pun tidak seumpama dengan sesuatu yakni TIDAK SAMA
DENGAN PENGENAL KEPADA SEBARANG MAKHLUK Sesiapa yang memikirkan
Allah bermakna menganggap Allah itu serupa dengan makhluk dan perbuatan itu
membatalkan makna esa. Mustahil akal manusia, mampu memikirkan semua itu.
3
Manusia hanya mampu memikirkan tanda atau dalil yang ada pada diri sendiri
sahaja, yang menunjukkan bahawa, mustahil Allah Ta‟ala mempunyai persamaan
dengan sebarang makhluk. Menurut hukum adat :
Jika A mempunyai persamaan dengan B,
maka A seumpama dengan B.
Begitulah juga menurut hukum syara.„ (Lihat, al-Baqarah ayat ke- 25).
Dalam ertikata lain, jika tidak ada persamaannya, maka mustahil ada yang
seumpama dengan-Nya. Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawa, mustahil akal
manusia mampu memikirkan zat Allah, atau sifat-Nya atau perbuatan-Nya. Juga
DITEGAH mengatakan : “zat Ali LAIN daripada sifatnya atau perbuatannya’. Ini
adalah kerana ianya membatalkan makna esa, yang membawa maksud,“zat Allah
LAIN daripada sifat-Nya atau perbuatan-Nya“.
Pengertian ayat tersebut adalah seperti berikut :
1. Manusia Pengertiannya Pada Adat
Ali (iaitu nama zat)
LAIN daripada sifatnya
(iaitu lelaki)
atau perbuatannya
(yang sedang mengaji)
Membatalkan makna esa kerana mafhum
zat, sifat dan perbuatan yang sedang
mengaji adalah sama
iaitu si Ali. Itulah makna
esa makhluk, tetapi berbilang-bilang.
2. Yang Menjadikan Alam Semesta Pengertiannya Pada Akal
Allah (iaitu nama zat)
LAIN daripada sifat-Nya
(iaitu Yang Wujud, Qidam, Baqo,..
hingga Mutakallimum)
atau perbuatan-Nya
(Yang sedang memerhatikan perbuatan
hamba-Nya)
Membatalkan makna esa kerana mafhum
zat, sifat dan perbuatan yang sedang
memerhatikan hamba-Nya, adalah sama
iaitu Allah. Itulah makna Esa zat, sifat dan
perbuatan-Nya, tiada berbilang-bilang dan
tiada yang seumpama-Nya.
4
Dalam erti kata lain, perkataan “LAIN“ pada kalimah “lain sifat daripada zat“
membawa makna dua atau banyak. Justeru perkataan itu adalah “membatalkan makna
esa“ kerana “menduakan yang satu“.
Menurut hukum ADAT, perkataan “LAIN“ membawa makna DUA zat yang berbeza.
Menurut hukum AKAL pula, ia adalah mustahil. Perkataan itu bermaksud, Allah itu tidak
wujud, tidak qidam, tidak baqo hingga tidak mutakallimun, tidak ada kelakuan dan
sebagainya.
Menurut hukum SYARA„ pula, Maha Suci Allah dan pengenal kepada-Nya daripada
seumpama dengan sesuatu.
Perkataan “LAIN“ adalah mustahil pada akal dan dan pada syara„, perkataan itu jatuh
kepada mengumpamakan Allah Ta‟ala dengan makhluk seperti syurga dan neraka.3 Kita
tahu sifat syurga tetapi belum pernah dilihat.
Lihat maksud perkataan tersebut :
Ditegah Mengata Kerana Ia Bermaksud
Lain sifat daripada zat Lain Yang Maha Pemurah (sifat-Nya) daripada Allah
Lain perbuatan daripada zat Lain Yang Menunjuki (perbuatan-Nya) daripada Allah
Lain nama daripada zat Lain al-Malik (nama-Nya) daripada Allah
Mafhum bagi sifat-Nya, perbuatan-Nya dan nama-Nya adalah yang itu jua, iaitu
Allah, itulah MAKNA ESA PADA AKAL DAN PADA SYARA‟. Allah itulah yang dipuji,
yang menjadikan, yang Maha Pemurah, yang Maha Penyayang, yang menguasai hari
kiamat, yang disembah, yang menjadi tempat mengadu, yang memberi petunjuk, yang
Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat hingga Mutakallimun dan sebagainya. Sesiapa yang tidak
mengesakan Allah Ta‟ala, JELAS hukumnya terkeluar daripada Islam.
3 ”Kita TAHU sifat-sifat syurga berdasarkan hadith dan keterangan al-Quran tetapi keadaan zatnya yang sebenar-
benarnya TIDAK DIKETAHUI kerana ....”. Itulah dalil akal yang menunjukkan perkataan sedemikian adalah ditegah
dalam Islam.
5
3. MAKNA ESA MENURUT SYARA’
ESA menurut hukum syara‟ bermakna SATU. Dalilnya ialah Firman Allah yang
bermaksud : Allah tiada menjadikan seorang mempunyai dua hati di dalam dadanya.
Al-Ahzab 33 : 4
Ayat ini menerangkan bahawa hati (alat yang dianugerahkan oleh Allah untuk
berfikir) hanya satu. Hati dan diri manusia adalah esa pada adat. Jika ada dua hati maka
ada dua diri iaitu mustahil menurut hukum adat dan mustahil pula menurut hukum syara‟.
Firman Allah yang bermaksud : Kata olehmu, Allah Ta’ala ESA. (Al-Ikhlas 112 : 1)
Dalil menunjukkan, perintah yang amat-amat kuat, supaya mengesakan Allah,
tiada yang seumpama-Nya dari segi perkataan, perbuatan dan iktikad.
Lihat kandungan surah al-Fatihah, ayat 1 hingga 7
Sifat-Nya Perbuatan-Nya Nama-Nya
Ayat ke-1
Ar Rohman Ar Rohim
Bersumpah Bersaksi
Allah
Ayat ke-2
Menjadikan
Yang dipuji Yang menjadikan
Allah
Ayat ke-3
Maha Pemurah, Maha Penyayang
Ayat ke-4
Yang menguasai
Menjadikan hari Qiamat
al-Malik
Ayat ke-5
Yang disembah Tempat mengadu
Ayat ke-6
Yang Menunjuki jalan
Ayat ke-7
Yang memperkenan kan
6
Semua ayat dalam surah al-Fatihah di atas adalah dalil menunjukkan bahawa
sifat, perbuatan dan nama-Nya adalah ESA. Semua yang dimaksudkan ialah zat Allah
yang maha Esa. Sesungguhnya sifat Allah, perbuatan-Nya dan nama-Nya adalah esa,
bukan berlainan. DITEGAH mengata, “lain sifat daripada zat”, “lain perbuatan
daripada zat”, “lain nama daripada zat” dan sebarang perkataan yang membatalkan
makna esa, kerana perkataan itu membawa makna DUA, BERBEZA dan MENDUAKAN
YANG SATU.
4. MAKNA MENGESAKAN ALLAH 3 PERKARA 4
i. Dibenarkan dengan hati,
ii. diikrarkan dengan lidah ه الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال ََ bahawasanya tiada yang
menjadikan sekalian alam yang disembah dengan sebenar-benarnya
melainkan Allah. Esa zat-NYA, sifat-NYA, fiil-NYA, isim-NYA, tiada
berbilang-bilang dan tiada berlapis-lapis dan tiada bersusun-susun dan
lainnya daripada suatu yang thabit pada segala yang baharu
iii. Mengikut firman-NYA (dibuktikan dengan perbuatan anggota).
“Bahawasanya, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya
melainkan Allah”. Maka sesiapa yang mengikut perkataan, selain daripada firman dan
hadith tidaklah dinamakan sebagai orang yang mengesakan Allah, maka telah batal
pengakuan dan ikrarnya.
Dalam satu bahasa yang mudah sebarang perbuatan hati, lidah atau
anggota yang jatuh pada perkara yang DITEGAH oleh Allah seperti SIA-SIA
pada syara’ TIDAKLAH DIKATAKAN MENGESAKAN ALLAH. Terlebih lagilah
apabila dilakukan perkara yang MAKRUH. Terlebih-lebih lagilah apabila
dilakukan perkara yang HARAM. Perbuatan itu sebenarnya jatuh kepada makna
SYIRIK samada syirik kecil ataupun syirik yang menyebabkan KAFIR. Orang
yang MENGESAKAN ALLAH ialah orang yang perbuatannya hanya berkisar
kepada perkara yang FARDU atau SUNAT sama seperti perbuatan Nabi-Nabi.
Wallohua’lam.
4 Istilah lain ialah MENTAUHIDKAN ALLAH. Lihat dan fahamkan terlebih dahulu kalimah Nafi Isbat
Maksud Dalilnya, rujuk surah Al-Ikhlas 112 : 1– 4. Sila baca huraian panjang lebar tentang makna mengesakan seperti
yang dimaksudkan dalam kitab khusus Tuan Guru berjudul Tafsir 4 ”Qul” atau Tafsir Surah Al-Ikhlas.
7
5. MAKNA ALLAH TA’ALA ESA 4 PERKARA
5.1 Makna Esa Pada ZAT-NYA
Maknanya, QUDRAT, IRADAT, ILMU, HAYAT, SAMI‟, BASIR dan QALAM
itulah yang dikata ZAT ALLAH. Zat itulah Yang Wujud, Yang Qidam, Yang
Baqo, Yang Mukholafatuhulilhawadith Yang Qiyamuhubinafsih dan Yang
Wahdaniyat. Zat itulah yang ada KELAKUAN. Semua sifat itulah Yang ESA
tiada seumpamanya.
MUSTAHIL LAIN Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami‟, Basir dan Qalam daripada
Zat Allah Yang Wujud, Yang Qidam, Yang Baqo, Yang
Mukholafatuhulilhawadith, Yang Qiyamuhubinafsih dan yang Wahdaniyat.
MUSTAHIL LAIN SIFAT Allah daripada ZAT Allah atau LAIN Allah daripada
Yang ESA dan sebagainya kerana membatalkan makna esa. Perkataan itu
sebenarnya tanpa sedar bermaksud mengata Allah TIDAK Wujud, TIDAK
Qidam, menghina Allah dan sebagainya.
MUSTAHIL Yang ESA LAIN daripada Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami‟, Basir
dan Qalam.
MUSTAHIL Yang ESA lain daripada Qodirun, Muridun, A‟limun, Sami‟un,
Basirun dan Mutakallimun.
MUSTAHIL Yang ESA lain daripada Yang Menjadikan alam semesta.
MUSTAHIL Yang Menjadikan alam semesta lain daripada Tuhan yang ESA.
MUSTAHIL Tuhan yang ESA lain daripada Allah.
MUSTAHIL Allah LAIN daripada Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami‟, Basir dan
Qalam.
MUSTAHIL Allah Yang ESA LAIN daripada yang Wujud, Qidam, Baqo,
Mukholafatuhulilhawadith, Qiyamuhubinafsih, Wahdaniyat, Qudrat, Iradat,
Ilmu, Hayat, Sami‟, Basir dan Qalam Qodirun, Muridun, A‟limun, Sami‟un,
Basirun dan Mutakallimun.
8
5..2 Makna Esa Pada SIFAT-NYA 5
Sifat Wujud, Qidam, Baqo, Mukholafatuhulilhawadith, Qiyamuhubinafsih
dan Wahdaniyat itulah yang Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami‟, Basir dan
Qalam.
Sifat Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami‟, Basir dan Qalam itulah yang
Qodirun, Muridun, A‟limun, Sami‟un, Basirun dan Mutakallimun.
Sifat Qodirun, Muridun, A‟limun, Sami‟un, Basirun dan Mutakallimun itulah
yang Wujud, Qidam, Baqo, Mukholafatuhulilhawadith, Qiyamuhubinafsih
dan Wahdaniyat.
Maknanya ialah sekurang-kurangnya 20 SIFAT iaitu WUJUD, QIDAM, BAQO
hingga MUTAKALLIMUN itulah yang dikata ALLAH. 20 sifat itulah zat Allah
Yang ESA tiada seumpama dengan sesuatu.
MUSTAHIL 20 SIFAT itu LAIN daripada Yang Menjadikan alam semesta.
MUSTAHIL 20 SIFAT itu LAIN daripada Tuhan yang ESA.
MUSTAHIL 20 SIFAT itu LAIN daripada Tuhan yang ESA lain daripada Allah.
MUSTAHIL 20 SIFAT itu LAIN daripada Zat Allah
MUSTAHIL ALLAH, LAIN daripada Yang Wujud, Yang Qidam, Yang Baqo,
Yang Mukholafatuhulilhawadith dan Yang Qiyamuhubinafsih kerana
membatalkan makna esa, mengata ada ”tuhan” selain Allah Yang Wujud,
Yang Qidam, menghina Allah dan sebagainya.
5 Yang dimaksudkan oleh Sifat 20 itu ialah Allah. Itulah makna Esa pada akal dan pada syara‘, yakni sifat
20 itu adalah esa dengan Allah. Dikata sifat bagi Allah bukan bermakna Allah mempunyai sifat. Dikata
sifat hanya kerana diterima oleh akal. Maha Suci Allah daripada sifat.
9
5.3 Makna Esa Pada ISIM-NYA atau NAMA-Nya
Maknanya ialah 99 NAMA ALLAH atau yang tidak terhingga itu seperti :
Yang Maha Pemurah ( ), Yang Maha Penyayang ( ) hingga
Yang Maha Sabar ( ) itulah Allah yang ESA tiada seumpama suatu.
Yang Maha Pemurah ( ) itulah Yang Maha Penyayang ( )
Yang Maha Penyayang ( ) itulah Yang Menguasai ( )
( ) itulah ( ). ( ) itulah ( )
hinggalah kepada ( itulah ( ).
Maksudnya ialah 99 NAMA ITULAH YANG TERHIMPUN dalam
satu KALIMAH AGUNG iaitu .
Semua 99 nama itulah yang WUJUD, QIDAM, BAQO hingga
MUTAKALLIMUN.
Semua 99 nama itu adalah ESA tiada seumpama dengan suatu.
MUSTAHIL ALLAH LAIN daripada, Yang Maha Pemurah, Yang Maha
Penyayang hingga Yang Maha Sabar, kerana membatalkan makna esa, dan
tanpa sedar mengata Allah TIDAK bernama, TIDAK Pemurah, menghina
Allah dan sebagainya.
MUSTAHIL Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang hingga Yang Maha
Sabar LAIN daripada yang WUJUD, QIDAM, BAQO hingga
MUTAKALLIMUN kerana membatalkan makna esa, mengata Yang
Pemurah itu BUKAN Allah, menghina Allah dan sebagainya.
10
5.4 MAKNA ESA PADA PERBUATAN-NYA, 7 PERKARA 6
Sebelum diterangkan yang 7 perkara itu, kita fahamkan dahulu makna
MENJADIKAN menurut hukum adat, akal dan syara„. Dari sudut hukum akal atau pada
akal, diri kita dan sekalian alam, samada makhluk zahir atau ghaib adalah „SEKALI
JADI„, TIADA YANG TERLEBIH DAHULU JADI dan TIADA YANG TERKEMUDIAN
JADI yakni pekerjaan Allah MENJADIKAN makhluk itu tiada tempoh masa, walaupun
kurang daripada satu detik. Perkataan yang paling hampir maksudnya PADA ADAT
ialah semuanya JADI SECARA SERENTAK.
PADA AKAL, mustahil Allah Ta‟ala menjadikan sekalian makhluk secara
berperingkat-peringkat kerana perbuatan itu SAMA SEPERTI PERBUATAN
MAKHLUK. Dalam ertikata lain, pada akal, dengan sifat kamalat Allah iaitu QUDRAT
maka `SEKALI JADI“ sekalian alam. Dalilnya didalam Qur‟an ialah melalui ayat-Nya
`KUNFAYAKUN“ maka `SEKALI JADI“ segala-galanya yang zahir dan ghaib seperti
syurga, neraka, malaikat, manusia dan alam semesta, tanpa ada yang terdahulu dan
yang terkemudian, tapi ini adalah PADA AKAL, bukan pada adat dan pada syara„.
PADA ADAT dan PADA SYARA„, kejadian makhluk adalah secara
BERPERINGKAT-PERINGKAT. Contoh kejadian pada syara„ ialah, alam semesta
dijadikan Allah terlebih dahulu dalam 6 hari atau 6 masa 7, kemudiannya barulah
dijadikan-Nya manusia dan tumbuh-tumbuhan. Contoh kejadian pada adat pula ialah,
manusia mempersiapkan terlebih dahulu batu, pasir dan simen, kemudiannya barulah
menjadikan rumah dan sebagainya. Maha Suci perbuatan Allah Ta‟ala, pada menjadikan
sekalian alam, daripada seumpama dengan perbuatan makhluk.
Maka 7 perkara makna esa yang dimaksudkan ialah seperti berikut :
5.4.1 Makna Esa Pada MENJADIKAN (QUDRAT)
(Perbuatan Hati, Lidah Dan Anggota)
6 Sebenarnya tidak terhad kepada 7 perkara. Contohnya, apa makna esa pada menghukumkan?
7 Lihat surah Yunus ayat 3.
11
Tiada zat yang seumpama qudratnya dengan Qudrat Allah. Menurut
hukum akal, semua yang baik dan yang buruk HANYA Allah yang menjadikan-
Nya. 8 Dalilnya di dalam al-Qur„an :
“Allah yang MENJADIKAN kamu dan apa-apa yang kamu perbuat
(sama ada yang baik ataupun yang jahat)“.9 (As-Soffat 37 : 96)
Menunjukkan bahawa, MUSTAHIL BERBEZA tuhan yang menjadikan
“perbuatan baik/elok“ daripada tuhan yang menjadikan “perbuatan buruk/jahat“.
JANGAN DINAFIKAN KUASA “menjadikan″ pada adat, oleh makhluk
ketika menyebut kalimah Nafi Isbat َه الَ إِلَه إاِلَّ لْال seperti kuasa menjadikan rumah,
kerana ianya membatalkan makna esa. (Lihat dan fahamkan terlebih dahulu
penerangan kalimah Nafi Isbat. Secara tidak sedar dan “tanpa niat“ ianya mendakwa
ada “tuhan” selain Allah yang sama tarafnya dengan Allah, yang berkuasa
menjadikan daripada tiada kepada ada. 10
Lihat dalil akalnya yang bermakna ”menafikan sesuatu” iaitu :
”TIADA yang menjadikan kereta A, MELAINKAN B”.
Perkataan itu menunjukkan kita pernah melihat, ada kereta C yang dijadikan
oleh D. Maka menurut hukum adat, SEBENAR-BENARNYA, KITA MEMANG
MENAFIKAN KERETA A DICIPTA OLEH D. Penafian ini juga menunjukkan bahawa,
A, B, C dan D adalah sebanding dan seumpama kerana mempunyai persamaan.
Natijahnya, maksud tersirat ialah kita MENGAKUI bahawa B dan D, telah mencipta
kereta yang berlainan.
Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya, jika DINAFIKAN ”TUHAN”
selain Allah, ketika menyebut ه secara tidak sedar dan “mungkin tanpa الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال
8 Lihat dalil syara’pada surah 64 : 11, 74 : 56, 76 : 30, 81 : 29, 87 : 6 - 7
9 Pada akal dan pada syara‘, semua perbuatan manusia sama ada perbuatan hati seperti berfikir dan berangan-
angan, perbuatan lidah dan perbuatan anggota sama ada yang baik atau jahat, HANYA Allah yang menjadikannya,
10 Lihat 7 makna kalimah ”La” ( َال ََ ) dan makna sebenar seperti yang diterangkan oleh hadith Nabi, ketika
melafazkan kalimah tauhid.
12
niat“ TELAH MENGAKUI BAHAWASANYA, ADA TUHAN SELAIN ALLAH. Kalimah
itu sebenar-benarnya meletakkan Allah sama taraf atau sebanding dengan
”tuhan” selain Allah iaitu makhluk ataupun yang diada-adakan oleh hati. Iktikad
seperti itu BUKANLAH IKTIKAD ORANG YANG MENTAUHIDKAN ALLAH.
Natijahnya, maksud tersirat ialah mengakui Allah dan wujud ”tuhan selain
Allah”, yang telah mencipta alam semesta yang berlainan. Menurut hukum akal, ianya
MUSTAHIL kerana membatalkan makna esa. Menurut hukum syara‟ pula, ianya
terkeluar dari akidah sebenar.
5.4.2 Makna Esa Pada KEHENDAK (IRADAT)
Menurut hukum akal, TIADA yang menyertai Allah menghendaki kebaikan
atau keburukan kepada sekalian hamba-Nya.11 Tiada zat yang seumpama
kehendaknya dengan kehendak Allah. Jika yang Islam itu dikehendaki-Nya
masuk ke dalam neraka, tiada sesiapa dapat membantahnya. Jika yang kafir itu
dikehendaki-Nya masuk ke dalam syurga, tiada sesiapa yang dapat
menghalangnya.
PADA AKAL, sekalian makhluk adalah `sekali jadi“ maka kehendak Allah
keatas sekalian makhluk adalah `sekali jadi“ yakni tiada kehendak-Nya yang
terdahulu dan tiada yang terkemudian. Kehendak yang datang secara
berperingkat-peringkat itu adalah kehendak makhluk iaitu mustahil bagi Allah pada
akal. Justeru, PADA HAKIKATNYA TELAH JADI KEHENDAK ALLAH PADA
SEKALIAN MAKHLUK YANG SUDAH ZAHIR, SEDANG ZAHIR DAN YANG
AKAN ZAHIR.
Maka JANGAN DINAFIKAN KEHENDAK MAKHLUK, ketika menyebut
kalimah Nafi Isbat ه seperti kehendak syaitan yang menyuruh الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال
melakukan kejahatan, atau kehendak Nabi yang inginkan kebaikan, kerana ianya
membatalkan makna esa. Secara tidak sedar, ianya mendakwa, syaitan dan Nabi
11
Ingat semula bahawa, perkataan ini adalah hukum akal, BUKAN hukum syara’. Menurut hukum syara’, HANYA
yang baik-baik yang dikehendaki Allah. Yang tidak baik adalah kehendak manusia. Yang baik-baik akan dimasukkan
ke dalam syurga. Yang jahat-jahat akan dimasukkan ke dalam neraka. Justeru, menurut hukum syara’, sesiapa yang
mengatakan kejahatan itu, kehendak Allah maka hukumnya KAFIR. Dalilnya telah dinyatakan di dalam buku ini.
Lihat semula di dalam surah an-Nahl, ayat 35.
13
itu, kedua-duanya sama taraf, sama pula taraf kedua-duanya dengan Allah,
berkehendak pada menjadikan daripada tiada kepada ada.
5.4.3 Makna Esa Pada MENGETAHUI (ILMU)
Menurut hukum akal, TIADA yang menyertai Allah, mengetahui hal sekalian
hamba-Nya. Tiada zat yang seumpama pengetahuannya dengan
pengetahuan Allah keatas sekalian hamba-Nya.
Pada akal, sekalian makhluk adalah `sekali jadi“, maka pengetahuan Allah
Ta‟ala keatas sekalian makhluk adalah `sekali tahu“ yakni pengetahuan Allah
itu tiada yang terdahulu dan tiada yang terkemudian. Pengetahuan yang
datang secara berperingkat-peringkat adalah pengetahuan makhluk iaitu mustahil
bagi Allah.
Justeru PADA HAKIKATNYA, telah diketahui oleh Allah, semua yang
SUDAH berlaku, yang SEDANG berlaku dan yang AKAN berlaku, semua
yang ZAHIR dan yang GHAIB. Jika pengetahuan itu diberikan-Nya kepada orang
kafir, tiada sesiapa dapat membantahnya. Jika pengetahuan itu, di tarik dari dalam
dada orang mukmin, tiada sesiapa yang dapat menahannya.
JANGAN DINAFIKAN PENGETAHUAN MAKHLUK ketika menyebut
kalimah Nafi Isbat ه tentang alam ghaib seperti ilmu laduni,12 ,الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال
kerana ianya membatalkan makna esa. Secara tidak sedar, ianya meletakkan
makhluk itu, sama tarafnya, dengan Allah, sama-sama mengetahui, perkara yang
zahir dan perkara yang ghaib.
5.4.4 Makna Esa Pada MENGHIDUPKAN (HAYAT)
Menurut hukum akal, TIADA yang menyertai Allah hidup kekal. Tiada zat
yang seumpama hidupnya dengan hidup Allah. Jika DIA memendekkan umur
12
Ilmu laduni ialah anugerah Allah kepada hamba-Nya yang mencapai makam yang sangat tinggi. Ianya semata-mata
perbuatan atau pekerjaan Allah. Bukan sesuatu yang boleh diikhtiarkan. Lihat dan baca kisah kehebatan ilmu
pengetahuan Sayidina Umar yang telah diakui oleh Nabi.
14
semua orang Islam, tiada sesiapa dapat memanjangkannya. Jika DIA
memanjangkan umur semua orang kafir sehingga berjuta-juta tahun, tiada sesiapa
yang dapat memendekkannya.
JANGAN DINAFIKAN KEHIDUPAN MAKHLUK seperti kehidupan
manusia, ketika menyebut kalimah Nafi Isbat ه kerana ianya الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال
membatalkan makna esa dan menghina Allah. Secara tidak sedar, ianya
meletakkan malaikat itu, sama tarafnya, dengan Allah, sama-sama hidup di alam
ghaib.
5.4.5 Makna Esa Pada MENDENGAR (SAMI‘)
Menurut hukum akal, TIADA yang menyertai Allah, mendengar
perkhabaran sekalian makhluknya. Tiada zat yang seumpama pendengarnya
dengan pendengar Allah. Telah di dengar-Nya perkataan semua makhluk,
yang dengan lidah huruf suara dan yang tiada dengan lidah huruf suara,
samada zahir atau ghaib, yang sudah berlalu, yang sedang berlaku dan yang
akan berlaku. Jika diperdengarkan-Nya sesuatu yang baik kepada orang kafir,
tiada sesiapa dapat membantahnya. Jika diperdengarkan-Nya sesuatu yang jahat
kepada orang mukmin, tiada sesiapa dapat menghalang.
PADA AKAL, sekalian makhluk adalah `sekali jadi“ maka pendengar Allah
keatas sekalian makhluk adalah `sekali jadi“ yakni tiada pendengar-Nya yang
terdahulu dan tiada yang terkemudian. Pendengar yang datang secara
berperingkat-peringkat adalah pendengar makhluk iaitu mustahil bagi Allah pada
akal. Justeru, PADA HAKIKATNYA ALLAH TELAH MENDENGAR
PERKATAAN DENGAN LIDAH HURUF SUARA dan YANG TIADA DENGAN
LIDAH HURUF SUARA, SEKALIAN MAKHLUK YANG SUDAH ZAHIR,
SEDANG ZAHIR DAN YANG AKAN ZAHIR.
15
JANGAN dinafikan karomah 13 para sahabat atau suara melalui alat
perakam, ketika menyebut kalimah Nafi Isbat ه kerana ianya الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال
membatalkan makna esa dan menghina Allah. Secara tidak sedar, ianya
meletakkan makhluk itu, sama tarafnya, dengan Allah, sama-sama boleh
mendengar suara yang perlahan dan suara yang kuat.
5.4.6 Makna Esa Pada MELIHAT (BASIR)
Menurut hukum akal, TIADA yang menyertai Allah melihat sekalian
makhluknya. Tiada zat yang seumpama pelihatnya dengan pelihat Allah.
PADA AKAL, sekalian makhluk adalah `sekali jadi“ maka pelihat Allah
keatas sekalian makhluk adalah `sekali jadi“ yakni tiada pelihat-Nya yang
terdahulu dan tiada yang terkemudian. Pelihat yang datang secara
berperingkat-peringkat adalah pelihat makhluk iaitu mustahil bagi Allah pada akal.
Justeru, PADA HAKIKATNYA ALLAH TELAH MELIHAT, SEKALIAN
MAKHLUK YANG ADA RUPA atau WARNA dan YANG TIADA RUPA atau
WARNA YANG SUDAH TERJADI, SEDANG TERJADI DAN YANG AKAN
TERJADI. Jika diperlihatkan-Nya sesuatu yang baik kepada orang kafir, tiada
sesiapa dapat membantahnya. Jika diperlihatkan-Nya sesuatu yang jahat kepada
orang mukmin, tiada sesiapa dapat menghalang.
JANGAN dinafikan pelihat makhluk atau ilmu kasyaf,14 ketika
menyebut kalimah Nafi Isbat ه kerana ianya membatalkan makna الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال
esa dan menghina Allah. Secara tidak sedar, ianya meletakkan jin itu, sama
tarafnya, dengan Allah, sama-sama melihat yang ghaib.
13
Lihat kisah para sahabat ketika bersama-sama solat dengan Nabi Muhammad s.a.w. , mereka mendengar suara
seperti air mendidih daripada dalam dada Nabi. Suara yang didengar adalah anugerah Allah untuk hamba-Nya yang
tertentu. Ianya semata-mata perbuatan atau pekerjaan Allah. Bukan sesuatu yang boleh diikhtiarkan oleh manusia. 14
Ilmu kasyaf ialah pengetahuan seseorang terhadap sesuatu yang SEDANG berlaku diluar kuasa pelihat manusia.
Allah membuka hijab dan memperlihatkan sesuatu yang sedang berlaku kepada hamba-Nya yang TAKUT. Ilmu
laduni ialah pengetahuan yang dianugerahkan Allah tentang sesuatu yang AKAN berlaku. Lihat kisah Saiyidina Umar
semasa membaca khutbah Jumaat, melihat tentera Islam terkepung di dalam satu peperangan. Sedangkan peperangan
itu jauhnya bertibu batu daripada masjid tempat beliau membaca khutbah. Apa yang disaksikan oleh Saiyidina Umar
itu, semata-mata perbuatan atau pekerjaan Allah. Kedua-duanya BUKAN ilmu yang boleh dipelajari atau
diikhtiarkan, ia semata-mata anugerah Allah.
16
5.4.7 Makna Esa Pada PERKATAAN (QALAM)
Al-Qur‟an ialah kalam Allah yang tiada dengan lidah huruf dan suara. 15
Mustahil ayat al-Quran bercampur dengan perkataan manusia atau Nabi.
PADA AKAL, sekalian makhluk samada yang zahir atau ghaib adalah
`SEKALI JADI“ maka perkataan Allah yang tiada dengan lidah huruf suara
keatas sekalian makhluk adalah `SEKALI JADI“ yakni tiada perkataan-Nya
yang terdahulu dan tiada yang terkemudian. Perkataan yang datang secara
berperingkat-peringkat adalah perkataan makhluk iaitu mustahil bagi Allah pada
akal.
Supaya lebih JELAS, bahawa PADA AKAL semua manusia samada kafir
atau Islam, sejak Nabi Adam hingga hari kiamat diciptakan Allah SEKALI JADI.
Semua manusia sejak Nabi Adam hingga hari Kiamat yang kafir atau Islam, telah
ditanyai oleh Allah dengan SEKALI TANYA, bukan Allah bertanya secara
berulang-ulang kerana itu adalah perbuatan makhluk, mustahil bagi Allah.
Semuanya telah MENGAKU akan MENTAUHIDKAN ALLAH. Justeru pada hari
kiamat, tiada sebarang alasan lalai atau helah bagi manusia yang enggan
mentauhidkan Allah semasa hidup di dunia. Dalilnya daripada Qur‟an ialah ayat ke
172 surah al-A‟raf yang ertinya “Ketika Tuhanmu menjadikan keturunan anak
Adam...... Bukankah Aku Tuhan kamu?. Sahutnya “Ya“, kami menjadi saksi,
SUPAYA KAMU JANGAN mengatakan pada hari Kiamat “sesungguhnya
kami lalai terhadap perkara ini“
Ingat, ayat itu adalah menerangkan HAKIKAT dan PADA AKAL iaitu pada
jalan MENTAUHIDKAN ALLAH. Dalam erti kata lain, PADA HAKIKAT SEGALA-
GALANYA adalah DALAM ILMU ALLAH. Dengan Qudrat dan Qalam-Nya, tiada
siapa yang dapat mencampuri kehendak Allah atau perkataan-Nya, BUKAN
pada syara„. PADA SYARA„ iaitu melalui kitab-kitab-Nya seperti al-Qur‟an, Allah
Ta‟ala mengkhabarkan segala hal dan menjadikan sekalian makhluk-Nya yang
zahir dan ghaib secara berperingkat-peringkat.
15
Persoalan tambahan, apakah iktikad kita tentang ayat Qur’an yang kita baca? Bukankah ia dengan bahasa makhluk?
Bukankah ia dengan lidah huruf suara? Jadi apakah yang dimaksudkan dengan perkataan yang tiada dengan lidah
huruf suara? Dalam sejarah Islam, persoalan ini pernah menjadi punca permusuhan dan pembunuhan. Jawapannya
akan diberi pada buku yang seterusnya, insyaAllah.
17
Contoh lain yang menjadi dalil perkhabaran yang ghaib di dalam Qur‟an
ialah kisah semut dan Nabi Sulaiman a.s 16 dan penciptaan manusia sebelum
dilahirkan ke dunia.17 Qur‟an yang mengkhabarkan berita-berita yang terdahulu,
berita-berita semasa dan yang akan datang telah diturunkan Allah secara
berperingkat-peringkat selama lebih 22 tahun.
Justeru, PADA HAKIKATNYA ALLAH TA‟ALA TELAH MENGKHABAR-
KAN hal sekalian makhluk-Nya yang zahir dan ghaib dengan perkataan yang
tiada dengan lidah huruf suara.
Tiada zat yang seumpama perkataannya dengan perkataan Allah.
Telah dikhabarkan-Nya semua perkara atau kejadian, samada zahir atau
ghaib, yang SUDAH berlalu, yang SEDANG berlaku dan yang AKAN berlaku
yakni SEGALA-GALANYA adalah DALAM ILMU ALLAH dan segala-galanya
telah dikhabarkan di dalam al-Qur‟an
Jika dikhabarkan-Nya sesuatu peristiwa seperti gempa bumi, letusan
gunung berapi, peristiwa kiamat yang akan berlaku dan sebagainya, ia pasti akan
berlaku, tiada sesiapa samada kafir atau Islam yang dapat menghalangnya
daripada terjadi.
JANGAN DINAFIKAN PERKATAAN MAKHLUK seperti sabda Nabi
Muhammad s.a.w tentang kejadian Qiamat yang akan berlaku ketika
menyebut kalimah Nafi Isbat ه kerana ianya membatalkan makna الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال
esa dan menghina Allah. Secara tidak sedar, ianya meletakkan jin itu, sama
tarafnya, dengan Allah, sama-sama mengkhabarkan yang ghaib.
Wallohua’lam.
16
Lihat surah an-Naml ayat 18 – 19. 17
Lihat surah Maryam ayat 9.
18
Soalan :
1. Apakah makna esa menurut hukum adat?
2. Apakah makna esa menurut hukum akal?
3. Apakah makna esa menurut hukum syara’?
4. Apakah makna Allah Ta’ala ESA?
5. Apakah makna mengesakan Allah? Terangkan.
6. Apakah makna esa Allah pada perbuatan-Nya? Terangkan.
7. Apakah makna esa Allah pada nama-Nya? Terangkan.
8. Apakah makna esa Allah pada zat-Nya? Terangkan.
9. Apakah makna esa Allah pada sifat-Nya? Terangkan.
10. Apakah makna esa Allah pada melihat? Terangkan.
11. Apakah makna esa Allah pada mendengar? Terangkan.
12. Apakah makna esa Allah pada berkata? Terangkan.
13. Apakah makna esa Allah pada mengetahui? Terangkan.
14. Apakah makna esa Allah pada menghukumkan sekalian alam? Terangkan.
15. Apakah maksud kunfayakun? (bukan terjemah). Terangkan.
16. Apakah maksud segala-galanya dalam ilmu Allah?
top related