menganalisa darah manusia
Post on 27-Jan-2017
346 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Menganalisa Darah Manusia
Nama: Nurfatima azzahra bt Fadli
Kelas: 3 alamanda
SEKOLAH: SMK PUTra Perdana
Guru subjek: PN NOR AZIAN
Kod evidens: b6d3e1
ISI KANDUNGANTajuk Muka Surat
Penghargaan 1Komponen darah
dan fungsinya
2-6
Kumpulan darah 7Kumpulan darah
penderma dan
penerima darah
8
Kepentingan
Menderma Darah
9-13
Pengendalian dan
Penyimpanan
Darah
14-15
Rumusan 16
Penghargaan
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Pengetua SMK Putra Perdana
kerana beliau telah memberi semangat dan
motivasi untuk menulis folio ini.
Penghargaan juga kepada guru sains saya,
Puan Nor Azian kerana telah memberi tunjuk
ajar untuk menulis folio ini. Tidak dilupakan
juga kepada kedua-dua ibubapa saya, Fadli Bin
Ab Razak dan Siti Nurbaya Binti Ab. Karim
kerana telah membantu menyiapkan folio ini.
Juga kepada kawan-kawan saya, Farisha,
Fatihah, Aina, Izzati dan Farzana kerana telah
turut menasihati saya dan memberi tips untuk
menyiapkan folio ini. Akhirnya, jutaan terima
kasih saya ucapkan kepada semua yang telah
menghulurkan tangan.
Komponen Darah Dan Fungsinya
DARAH TERDIRI DARIPADA:-
1) 55% PLASMA DARAH
- Ciri-ciri Plasma Darah:-
*Kuning muda
*90% kandungannya terdiri daripada air.
*10% ialah bahan terlarut seperti nutrien, garam
mineral, protein darah, dan hormon.
*Komponen darah terbesar dalam darah.
- Fungsi Plasma Darah:-
*Medium untuk mengangkut bahan seperti makanan
tercerna, bahan buangan, bahan kimia dan lain-lain.
*Berfungsi sebagai rizab protein dalam badan
manusia.
*Melindungi badan daripada jangkitan dan gangguan
darah yang lain.
2) 45% SEL-SEL DARAH & PLATLET
-Sel darah Merah
Ciri-cirinya:-
*Tidak mempunyai nukleus.
*Berbentuk cakera dwicekung.
Fungsinya:-
*Mengangkut oksigen dalam bentuk oksihemoglobin
ke seluruh sel badan.
-Sel darah putih
Ciri-cirinya:-
*Mempunyai nukleus
*Berbentuk tidak sekata
Fungsinya:-
*Melindungi badan daripada penyakit
dan melawan jangkitan.
-Platlet
(Platlet yang berwarna ungu)
Ciri-cirinya:-
*Serpihan kecil sel yang dibina dalam sum-sum
tulang.
*Tiada nukleus.
Fungsinya:-
*Membantu pembekuan darah
FUNGSI DARAH
*Medium pengangkutan yang membawa gas dan
bahan terlarut dari satu bahagian badan
ke bahagian lain.
Contoh:-
-Sel darah merah mengangkut oksigen.
-Plasma darah membawa bahan-bahan terlarut.
*Melindungi badan daripada penyakit.
Contoh: Sel darah putih.
*Mengekalkan suhu badan pada 37°C.
*Membekalkan tisu dengan zat.
Kumpulan Darah
Darah A
Darah ABDarah O
Darah B
Kumpulan darah Penderma kepada penerima
Kumpulan Darah Penerima
Kum
pulan Darah
Penderma
Kumpulan darah
a b ab o
a
b
ab
O
Kepentingan
menderma darah
1) Boleh menyelamatkan nyawa orang lain.
-Darah sangat diperlukan apabila seseorang
itu dalam keadaan yang kritikal.
Contoh: wanita yang melahirkan anak.
-Ketika pembedahan juga memerlukan
bekalan darah kerana pesakit banyak
kehilangan darah ketika pembedahan.
2) Dapat memeriksa kesihatan diri.
-Apabila kita ingin menderma darah, pelbagai
pemeriksaan dilakukan terhadap darah kita.
Maka, kita boleh mengetahui sama ada kita
sihat atau pun tidak.
3) Boleh menghasilkan sel darah baru
yang jauh lebih baik.
-Apabila kita menderma darah kepada orang
yang memerlukannya, darah baru akan
banyak terhasil. Kesihatan penderma menjadi
lebih baik kerana sel darah yang baru lebih
berupaya membawa oksigen dengan lebih
cepat dan baik.
4) Boleh membantu seseorang yang
menghidapi penyakit berkaitan darah.
-Seseorang yang menghidapi penyakit seperti
Leukimia sangat memerlukan darah
dan platlet.
-Bukan sahaja itu, penyakit Hemofilia, Anemia,
dan Talasemia juga berkaitan dengan darah
yang melibatkan sel darah merah.
-Kita boleh membantu mereka yang
berpenyakit ini supaya hidup mereka lebih
panjang dan bahagia.
5) Darah dan komponennya adalah
edisi terhad.
-Ini kerana komponen darah seperti:-
*Sel darah merah hanya boleh bertahan
selama 42 hari.
*Plasma darah hanya boleh disimpan
selama 1 tahun.
*Platlet hanya boleh disimpan selama
5 hari sahaja.
-Jadi, apabila darah sudah tidak berguna lagi,
maka stok darah akan berkurang dan
ramai pesakit akan berisiko
untuk koma atau
akan berhadapan dengan kematian.
6) Hanya dengan menderma sahaja
boleh mendapatkan darah.
-Walaupun terdapat pelbagai medikal dan teknologi
baru dan canggih, namun setakat ini darah tidak
boleh dicipta. Hanya dengan mendermakan darah
sahaja, ramai pesakit yang akan
terjamin nyawanya dan akan terselamat.
PENGENDALIAN DAN
PENYIMPANAN DARAH
Penderma diberi kaunseling percuma oleh pihak hospital
atau klinik.
Rekod derma darah akan disemak bagi memastikan kali
terakhir seseorang itu menderma darah.
Penderma akan mendermakan darah sekurang-kurangnya
450ml.
Darah kemudiannya disimpan dalam beg darah yang diberikan
natrium sitrat bagi menghalang
pembekuan darah.
Darah yang diderma akan diuji dengan darah ABO bagi
memastikan keserasian darah.
Saringan darah dilakukan bagi
memastikan darah itu tiada tanda penyakit seperti Hepatitis B
dan C.
Beg darah yang tercemar akan disingkirkan.
Setelah dipastikan darah benar-benar bersih dan sihat, maka darah akan
disimpan dalam peti sejuk pada suhu 4 °C selama 5-10 hari atau lebih lama jika
ditambah glukosa.
Komponen darah boleh disimpan seperti berikut:-
*Sel darah merah- dalam peti sejuk selama 42 hari.
*Platlet-pada suhu bilik selama 5 hari.
*Plasma-dibekukan selama 1 tahun.
Selepas itu, darah diuji sekali lagi dan akhirnya pesakit menerima darah tersebut.
Proses pemindahan darah dilakukan melalui vena pada lengan tangan.
top related