mesyuarat ketua pengarah kesihatan malaysia … ketua pengarah... · y.bhg. kpk menyentuh tentang...
Post on 26-Oct-2020
18 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MESYUARAT KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BERSAMA KETUA-KETUA PTJ NEGERI SABAH
Kota Kinabalu, Pada 09hb. Mei 2011 yang lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
(KPK), Dato’ Dr. Hassan Bin Abdul Rahman telah mengadakan Mesyuarat Bersama
Ketua-ketua PTJ Negeri Sabah di Bilik Mesyuarat Utama Hospital Queen Elizabeth, Kota
Kinabalu.
Terdahulu semasa mesyuarat, Y. Bhg. KPK mendengar taklimat daripada Dr. Hj. Mohd
Yusof Bin Hj. Ibrahim, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah. Seterusnya, pelbagai agenda
dan isu kesihatan dibincangkan bersama Y. Bhg. KPK. Dalam mesyuarat tersebut juga,
Y.Bhg. KPK menyentuh tentang pentingnya amalan budaya korporat Kementerian
Kesihatan Malaysia iaitu sikap “Penyayang, Kerja Berpasukan dan Profesionalisma”
untuk disemai dan dipraktikkan oleh setiap individu yang dilantik bertugas sebagai
anggota kesihatan di Negeri Sabah. Semasa majlis penutup mesyuarat, Y.Bhg. KPK
memuji anggota kesihatan yang bertugas di Negeri Sabah kerana mempunyai
komitmen yang tinggi dalam memberikan perkhidmatan kesihatan tanpa mengira kaum,
bangsa dan taraf kewarganegaraan. Setelah mesyuarat selesai, Y.Bhg. KPK membuat
lawatan ke Hospital Queen Elizabeth II.
Y.Bhg. Dato’ Dr. Hassan Bin Abdul Rahman mempengerusikan Mesyuarat Ketua-Ketua PTJ Negeri Sabah
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah menyampaikan taklimat kepada Y.Bhg. Dato’ Dr. Hassan Bin Abdul Rahman
Y.Bhg. Dato’ Dr. Hassan Bin Abdul Rahman disambut mesra oleh anggota Hospital Queen Elizabeth II
top related