mesyuarat task force vle negeri kedah 2015_daerah baling sik
Post on 05-Dec-2015
50 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
MESYUARAT TASK FORCE VLE DAERAH BALING SIK 2015
06 OKTOBER 2015BILIK MESYUARAT
PPD BALING SIK
1. PERUTUSAN TUAN PENGERUSI. 2. PERBENTANGAN DAN LAPORAN VLE. 3. PELANTIKAN JK TASK FORCE VLE DAERAH BALING SIK. 4. PELAN STRATEGI. 5. HAL-HAL LAIN.
AGENDA MESYUARAT
Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment – VLE)
Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning
Environment – VLE) merupakan satu platform yang berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. VLE juga ialah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi daripada seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat.
Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Guru-guru boleh merancang proses PdP, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara maya manakala murid boleh menghantar tugasan, berinteraksi, berkomunikasi dan berkolaborasi dengan rakan sebaya dan guru. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi secara real-time dengan guru-guru dan pihak sekolah untuk memantau perkembangan pembelajaran anak-anak. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa menggunakan teknologi awan.
PENDAHULUAN
STRUKTUR JAWATANKUASA Struktur Jawatankuasa Pembestarian Sekolah
terbahagi kepada TIGA tahap seperti berikut:
STRUKTUR JAWATAN KUASA
1. Mempengerusikan Jawatankuasa Pembestarian Sekolah / Pasukan Petugas (Task Force) VLE di peringkat negeri
2. Memastikan KPI VLE KPM tercapai
3. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pelaksanaan VLE di peringkat negeri
4. Memastikan semua guru menerima latihan VLE di peringkat negeri
5. Memantau pelaksanaan VLE di peringkat negeri
6. Memastikan semua PPD/PPW melaksanakan pemantauan VLE
7. Melaporkan keberkesanan program yang telah dilaksanakan kepada pihak yang berkepentingan
8. Memberikan pengiktirafan dan anugerah VLE peringkat negeri
PERANANJabatan Pendidikan Negeri
(JPN)
1. Mempengerusikan Jawatankuasa Pembestarian Sekolah / Pasukan Petugas (Task Force) VLE di peringkat daerah
2. Memastikan KPI VLE di peringkat daerah tercapai
3. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pelaksanaan VLE di peringkat daerah
4. Memastikan semua guru menerima latihan penggunaan VLE di peringkat daerah
5. Memantau pelaksanaan VLE di peringkat daerah
6. Memastikan semua pentadbir melaksanakan pemantauan VLE di peringkat sekolahMelaporkan keberkesanan program yang telah dilaksanakan kepada jawatankuasa peringkat negeri
7. Memberikan pengiktirafan dan anugerah VLE di peringkat daerah
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) / Pejabat
Pendidikan Wilayah (PPW)
Mempengerusikan Jawatankuasa Pembestarian Sekolah / Pasukan Petugas (Task Force) VLE di peringkat sekolah
Memastikan KPI VLE di peringkat sekolah tercapai Menggunakan VLE dalam menyebarluaskan maklumat sekolah Memastikan guru mengintegrasikan VLE dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dan mencatatkannya dalam Rekod Persediaan Mengajar.
Menggalakkan guru memberi tugasan kepada murid melalui VLE Memastikan latihan dalaman VLE dilaksanakan di sekolah Menggalakkan ibu bapa / penjaga memantau pembelajaran
anak-anak melalui VLE Melibatkan agensi luar / komuniti / alumni termasuk PIBG dalam
membudayakan penggunaan VLE di sekolah Melaksanakan pemantauan dan pencerapan pengintegrasian
VLE dalam PdP secara berterusan Menganalisis dan melaporkan pelaksanaan VLE kepada PPD dan
PKG
Pengetua / Guru Besar
Membangun, mengemaskini dan memantau laman bidang / panitia (departmental site) di dashboard sekolah
Merancang pembinaan laman pembelajaran VLE bagi setiap matapelajaran
Membantu dalam memberikan latihan dan kemahiran / kepakaran berkaitan penggunaan VLE
Memberikan bimbingan, khidmat nasihat dan kepakaran kepada guru berkaitan pengintegrasian VLE dalam PdP bagi mata pelajaran masing-masing
Melaksanakan pemantauan dan pencerapan pengintegrasian VLE dalam PdP secara berterusan
Membantu mempromosikan VLE dalam matapelajaran masing-masing
Menggalakkan penggunaan VLE dalam aktiviti ko-akademik
Ketua Bidang / Ketua Panitia
Mengurus setiakan Jawatankuasa Pembestarian Sekolah / Pasukan Petugas (Task Force) VLE di peringkat sekolah
Memastikan pelaksanaan pelan tindakan untuk memantapkan penggunaan VLE
Memastikan kemudahan peralatan ICT berfungsi bagi tujuan pelaksanaan VLE
Menyediakan jadual penggunaan bilik komputer / makmal bagi tujuan pelaksanaan VLE
Mewujudkan jawatankuasa VLE dalam kalangan murid (Cth: Briged Bestari)
Mempromosikan penggunaan VLE kepada warga sekolah, ibu bapa dan komuniti
Bekerjasama dengan Ketua Bidang / Ketua Panitia / Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dalam meningkatkan koleksi sumber pendidikan digital yang boleh dimuatnaik dalam VLE
Menganalisis dan melaporkan pelaksanaan VLE kepada pengetua / guru besar
Melaporkan sebarang permasalahan berkaitan capaian Internet, kerosakan kemudahan ICT kepada Meja Bantuan 1BestariNet
Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT
Membangun dan mengemaskini dashboard sekolah Membuat edaran ID dan kata laluan kepada semua guru,
murid dan ibu bapa Memastikan semua ID bagi guru, murid dan ibu bapa
diaktifkan Mengemaskini data penggunaan VLE di sekolah Menjadi pemudahcara / fasilitator kepada warga sekolah
berkaitan penggunaan VLE Memantau penggunaan VLE sekolah berdasarkan laporan
analytics Menyediakan laporan penggunaan VLE kepada Guru
Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT dan pengetua / guru besar
Melaporkan sebarang permasalah / aduan kepada Meja Bantuan 1Bestarinet berkaitan keciciran ID guru, murid dan ibu bapa
Guru Pentadbir (Administrator) VLE
1. Menghasilkan laman pembelajaran yang bersesuaian dengan
kurikulum dan memenuhi keperluan murid
2. Melaksanakan pengintegrasian VLE dalam PdP dan direkodkan
dalam Rekod Persediaan Mengajar
3. Memberi tugasan kepada murid melalui VLE
4. Membimbing rakan guru yang kurang mahir dalam
pengintegrasian VLE dalam PdP
5. Melaporkan sebarang permasalahan berkaitan VLE kepada
Guru Pentadbir (Administrator) VLE dan Meja Bantuan
1BestariNet
Guru
Mengurus setiakan Pasukan Petugas (Task Force) VLE di peringkat negeri
Mengurus pembangunan laman pembelajaran VLE Memastikan kandungan VLE memenuhi keperluan murid Menghasilkan bahan ‘micro-teaching’ berkaitan VLE di peringkat
negeri Memberikan pendedahan, taklimat dan latihan berkaitan VLE
kepada pegawai JPN, JNJK Negeri, PPD dan SISC+ / SIP+ Memastikan PKG memberikan khidmat bantu / hand-holding VLE
kepada guru di sekolah Memantau pelaksanaan VLE di peringkat negeri melalui PKG Membantu JPN menganalisis dan melapor keberkesanan
pelaksanaan VLE yang telah dilaksanakan di peringkat negeri Memaklum dan melaporkan kepada BTP mengenai keperluan
teknikal VLE
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
1. Mengurus setiakan Pasukan Petugas (Task Force) VLE di peringkat PKG
2. Membimbing guru dalam pembangunan laman pembelajaran VLE
3. Memastikan kandungan VLE memenuhi keperluan murid
4. Membantu BTPN dalam penghasilan bahan ‘micro-teaching’ berkaitan VLE
5. Membantu pihak sekolah melaksanakan program kesedaran penggunaan VLE
6. Berkerjasama dengan PPD, JNJK dan SIP+/SISC+ dalam meningkatkan penggunaan VLE
7. Memberikan khidmat bantu / hand-holding kepada Pentadbir dan guru di sekolah dalam pembinaan laman pembelajaran dan penggunaan VLE
8. Memantau penggunaan VLE dalam PdP di sekolah
9. Memaklum dan melaporkan kepada BTPN mengenai keperluan teknikal VLE berdasarkan laporan guru atau pemantauan
Pusat Kegiatan Guru (PKG)
PENCAPAIAN NEGERI KEDAH
PENCAPAIAN KPI VLE
ZON BALING
ZON KUALA KETIL
ZON KUALA PEGANG
ZON SIK
PELAN STRATEGIJPN DAN PPD
Gempur VLE sekolah peringkat negeri dan daerah
1. Mempengerusikan Jawatankuasa Pembestarian Sekolah / Pasukan Petugas (Task Force) VLE di peringkat negeri dan daerah
2. Memastikan KPI VLE KPM tercapai3. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pelaksanaan VLE di
peringkat negeri dan daerah4. Memastikan semua guru menerima latihan VLE di peringkat negeri
dan daerah5. Memantau pelaksanaan VLE di peringkat negeri dan daerah6. Memastikan semua PPD/PPW melaksanakan pemantauan VLE7. Melaporkan keberkesanan program yang telah dilaksanakan kepada
pihak yang berkepentingan8. Memberikan pengiktirafan dan anugerah VLE peringkat negeri dan
daerah9. Melaksanakan pemantauan dan penilaian ke sekolah10.Penglibatan Guru Muda 1 Malaysia11.Laporan pencapaian disekolah di laporkan dalam mesyuarat TASK
FORCE VLE setiap dua minggu.
1. Melaksanakan Khidmat bantu Teknikal kepada sekolah-sekolah.
2. Mengurus setiakan Pasukan Petugas (Task Force) VLE di peringkat BTPN dan PKG
3. Mengurus dan membimbing guru dalam pembangunan laman pembelajaran VLE
4. Memastikan kandungan VLE memenuhi keperluan murid
5. Membantu BTPN dalam penghasilan bahan ‘micro-teaching’ berkaitan VLE
6. Membantu pihak sekolah melaksanakan program kesedaran penggunaan VLE
7. Berkerjasama dengan PPD, JNJK dan SIP+/SISC+ dalam meningkatkan penggunaan VLE
8. Memberikan khidmat bantu / hand-holding kepada Pentadbir dan guru di sekolah dalam pembinaan laman pembelajaran dan penggunaan VLE
9. Memantau penggunaan VLE dalam PdP di sekolah
10.PKG memaklum dan melaporkan kepada BTPN mengenai keperluan teknikal VLE berdasarkan laporan guru atau pemantauan
BTPN DAN PKG
top related