moral etika assignment
Post on 03-Jul-2015
1.909 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Maksud alam sekitar
ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi
SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling
Perkataan alam sekitar membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh
itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah
menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus
perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang
melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait
dengan iklim dan cuaca.
Terdapat satu lagi definsi alam sekitar, dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah
geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam
sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia
KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM
Menurut Islam, “invironmentalisme” berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman
kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak
sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan. Menurut sebuah hadis Rasullulah,
misi kerasulannya ialah menyempurnakan akhlak yang mulia. (Zaini Ujang, 1993)
Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar berpunca
daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan. Konsep manusia
sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-
Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini
merupakan tanda yang tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM
Manusia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam sekitar kerana manusia
dijadikan daripada unsur-unsur alam dan akhirnya akan kembali seperti asal kejadiannya.
Unsur alam lain seperti air juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan manusia
kerana ia membina pertumbuhan dan kesihatan daripada manusia. Ini bersesuaian dengan
firman Allah yang bermaksud: “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan
mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum
(sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air,
tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” (al-Anbiya’, 30)
Bahan makanan manusia juga dijadikan daripada unsur air termasuk juga semua jenis
haiwan. Ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam firmannya yang bermaksud: “Dan Allah
menciptakan tiap-tiap haiwan Yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka
menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan Dengan dua kaki, dan
sebahagian lagi berjalan Dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja Yang ia
kehendaki (selain dari Yang tersebut), kerana Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu” (an-Nur, 45)
Menerusi penjelasan dan penerangan berdasarkan dalil-dalil tentang hubungan manusia
dengan unsur-unsur tadi, dapat dilihat bahawa hubungan manusia dengan alam sekitar adalah
sangat erat saling berkait rapat antara satu sama lain. Malah ada ulama’ yang mengatakan
bahawa jasad manusia dijadikan daripada unsur yang telah bercampur melalui bahan
makanan yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan (Muhammad al-Mubarak, 1973). Dengan
ini jelaslah kepada kita betapa jelas dan kompleksnya kejadian manusia dihubungkan terus
dengan unsur-unsur bumi.
PENGURUSAN ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Dalam konteks mengurus alam sekitar, Islam menegaskan supaya manusia tidak melakukan
kerosakan kepada alam sekitar sebagaimana yang telah kita lihat kini, kerosakan alam sekitar
yang dilakukan oleh tangan manusia seperti pembalakan, penarahan bukit dan sebagainya.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala
bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia;
(timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan
perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan
bertaubat)” (al-Rum, 41)
Sesungguhnya alam sekitar dan segala kekayaan adalah milik mutlak Allah sebagaimana
firman Allah yang bermaksud: “Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan bumi serta
Segala Yang ada padanya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” (al-
Maidah, 120). Jelas, tiada siapa yang berhak melarang orang lain menceroboh haknya sendiri
untuk mencari sara hidup di alam ini. Tetapi perlulah diingat bahawa dalam mengejar
kekayaan, alam sekitar tidak patut dicemar atau dimusnahkan. Hal ini telah dijelaskan oleh
Allah dalam firmannya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang
ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi” (al-Syu’ara, 183)
Dalam konsep Islam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai satu
pengurusan alam sekitar yang dikehendaki oleh Islam, maka Islam meletakkan 5 konsep
penting yang perlu diterapkan ke dalam diri manusia supaya wujudnya proses pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar.(Mohd Nur Hakim Razana, 2004)
1. Konsep Tauhid
Dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, aspek penting yang paling ditekankan
ialah konsep tauhid. Ini kerana ia merupakan keperluan asas dalam Islam. Dalam pandangan
tauhid, manusia hanya takut pada satu kuasa dan dipertanggungjawabkan dihadapan seorang
hakim sahaja, mengadap pada satu kiblat dan menumpukan harapan dan kehendak pada satu
sumber sahaja. (Mohd Zuhdi Marzuki & Amer Saifude Ghazali, 2002)
1. Konsep Syariah
Syariah adalah teras perundangan hidup Islam. Ia merupakan bidang ilmu pengetahuan yang
menyediakan peradaban Islam dengan peraturan yang tetap. Segala teori Syariah merangkumi
semua aspek kehidupan manusia dan meliputi kehidupan peribadi, sosial, politik dan
intelektual. Secara praktiknya, ia memberi makna dan isi kepada perbuatan orang Islam
dalam kegiatan mereka di dunia. (Ziaudin Sardar, 1990)
1. Konsep Ilmu
Sebagai langkah ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, ilmu pengetahuan
merupakan perkar penting yang mesti ditekankan. Ini kerana orang yang berilmu dan
mengamalkannya tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri,
masyarakat dan juga alam sekitar. (Nurhibah Hasan Zawawi, 1999)
1. Konsep Khalifah
Dalam konsep mengurus alam sekitar, konsep ini amat penting untuk manusia menjaga alam
sekitar. Apabila mereka sedar diri mereka sebagai seorang khalifah, maka mereka tidak akan
melakukan kerosakan kepada lam sekitar malah akan menjaga dengan sebaik mungkin.
1. Konsep Akhlak
Akhlak adalah amat penting terutama sekali kearah pengurusan ala sekitar. Akhlak yang
mulia adalah akhlak yang mengarahkan ke arah kebaikan dan keharmonian. Dalam konsep
penjagaan alam sekitar, sifat-sifat mulia seperti kasih sayang, sifat suka menjaga kebersihan,
bertanggungjawab dan sikap murni yang lain amat penting dalam menjaga alam sekitar
dengan sebaiknya.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa semakin pantas dunia berkembang seiring
dengan teknologi terkini, maka begitu juga semakin bertambahnya masalah-masalah yang
melibatkan alam sekitar.Iklim duni ayang semakin panas akibat pemanasan global merupakan
salah satu contoh mudah bagaimana kegagalan manusia dalam memelihara alam sekitar.
Sememangnya Islam menggalkan umatnya agar sentiasa memajukan diri dengan pelbagai
nikmat yang dikurniakan di alam ini. Namun perlu diingat ianya juga tidaklah boleh sehingga
melampaui batas yang telah ditetapkan oleh syariat.
Sepertimana yang telah diperjelaskan penulis sebelum ini, konsep alam sekitar menurut Barat
ternyata hanya menumpukan usaha pemeliharaan alam sekitar berdasarkan konteks falsafah
hidup mereka sahaja tanpa disulami dengan nilai-nilai agama. Mereka beranggapan agama
tiada kaitan dengan alam sekitar. Namun ini ternyata berlainan dengan Islam dimana Islam
menekankan kehidupan ini secara keseluruhan iaitu berdasarkan hubungan manusia yang
bukan sahaja terhad kepada Allah dan manusia tetapi juga meliputi hubungan manusia
dengan alam sekitar. Ini jelas membuktikan setiap makhluk ciptaan Allah itu berhubungan di
antara satu sama lain dan saling kait mengait bagi meneruskan kelangsungan hidup yang
harmoni di dunia. Maka dalam hal ini, Islam menekankan konsep-konsep asas dalam
mengurus alam sekitar agar sistem yang telah ditetapkan Allah itu tidak terganggu. Ini
sepertimana yang telah dibicarakan penulis iaitu dengan berdasarkan konsep tauhid, syariah,
ilmu, khalifah dan akhlak. Maka andai kata semua konsep ini berjaya diasimilasikan dengan
sempurna oleh setiap manusia dalam kehidupan mereka maka akan terjaminlah alam sekitar
ini daripada kerakusan manusia itu sendiri. Soalnya kini, mampukah ia dihayati sepenuhnya ?
Konsep alam sekitar menurut Buddha
Kepentingan alam sekitar
Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar
yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di
samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan
aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga
dengan baik. Kepentingan-kepentingannya adalah:-
Kesihatan manusia terjamin
Tarikan pelancong asing
Pembekalan udara yang segar
Ekosistem yang stabil
Habitat hidupan darat dan air terpelihara
Mengelakkan kepupusan
Punca-punca kemusnahan alam sekitar
Kemusnahan alam sekitar diakibatkan oleh pelbagai pihak. Sektor perindustrian dan sektor
pertanian yang merupakan sektor terpenting di negara kita turut menyumbang dalam
kemusnahan alam sekitar. Selain itu,punca-punca lain adalah:-
Penggunaan baja kimia dan secara berlebihan
Penebangan pokok-pokok secara berleluasa
Pembakaran terbuka
Pembebasan gas-gas seperti gas karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida,
hidrokarbon dan lain-lain.
Pengeluaran sisa-sisa bahan toksik yang berbau busuk
Pembuangan sisa-sisa toksik
Kesan-kesan
Alam sekitar yang sedang mengalami kemusnahan telah membawa banyak kemudaratan
kepada manusia dan hidupan tidak kira hidupan di darat ataupun di air. Antara kesan-
kesannya adalah seperti berikut:-
Pencemaran udara dan jerebu
Fenomena hujan asid
Pencemaran bau
Pencemaran air
Kemusnahan hidupan akuatik
Peningkatan suhu sekitar/pemanasan setempat
Keracunan
Hakisan tanah dan banjir
Kesihatan terjejas
Langkah-langkah mengatasi
Teknologi yang semakin canggih telah menghasilkan pelbagai produk menyebabkan semakin
banyak berlakunya pencemaran. Secara tidak langsung, alam sekitar menjadi mangsa; baik di
udara, laut ataupun di darat. Langkah-langkah haruslah diambil untuk 'membersihkan' alam
sekitar daripada pencemaran
Langkah-langkah ini dibahagikan kepada empat tahap:
peringkat antarabangsa
pemerintah
organisasi
individu.
Di peringkat antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti WHO ( Pertubuhan Kesihatan
Sedunia) dan Greenpeace telah ditubuhkan. Kedua pertubuhan ini bertindak sebagai
pengawas pencemaran. WHO memainkan peranan penting dalam mengawal pencemaran dan
berhak menetapkan peraturan mengenai alam sekitar. Greenpeace pula memberi maklumat
kepada orang ramai mengenai pencemaran yang terjadi di dunia dan menunjuk perasaan jika
berlaku sesuatau pencemaran alam.
Langkah yang kedua iaitu, pihak pemerintah dalam negeri, misalnya Singapura, telah
mengadakan berbagai undang-undang dan acara untuk meningkatkan lagi mutu alam sekitar.
Undang-undang seperti sesiapa yang membuang sampah merata-rata akan dikenakan denda
dan kehendaki membersihkan kawasan dengan diawasi oleh pegawai yang bertugas. Industri-
industri yang membuang sampah atau kimia sewenang-wenangnya akan disaman.
Langkah ketiga, organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan syarikat
boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah harus menanamkan
sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di sekolah serta mengadakan
pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar si anak-anak murid mempunyai
sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar. Balai rakyat pula boleh mangadakan pertandingan
pada blok, kedai makan dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja booleh
mengadakan himpunan untuk mengumpul suratkhabar dari rumah ke rumah dan juga
memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai sikap
tanggunjawab dalam pembuangan sampah.
Langkah keempat, adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang
harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula
( reuse), menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula (
recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan (reduce).
Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap
kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.
.
ALAM SEKITAR DALAM PERSPEKTIF HINDUISM
1.0
PENGENALAN
Hari Alam Sekitar Sedunia (HASS) bukan sahaja dilangsungkan di Malaysia tetapiseluruh
dunia sejak tahun 1972 lagi. Setiap tahun HASS disambut dengan membawa temayang
pelbagai dan slogan yang membawa masyarakat untuk menilai kembali situasialam sekitar
sekeliling mereka di samping berusaha memelihara alam sekitar sebaik mungkin.Alam
sekitar adalah ciptaan dan milik Tuhan. Segala kejadian di muka bumi dan alamsemesta ini
adalah dengan kehendaknya. Alam sekitar atau alam sekeliling mempunyaihubungan antara
satu sama lain. Segala yang hidup dan yang mati dipengaruhi oleh alamsekitar. Kehidupan
manusia sangat berkait rapat dengan alam sekitarnya. Contohnya jika kitamencemarkan alam
sekitar kita jugalah yang akan mendapat padah.
2
.0
PENGERTIAN ALAM SEKITAR
Alam sekitar adalah dimaksudkan dengan alam kehidupan yang dihuni oleh manusia,haiwan
dan tumbuhan iaitu bumi ini. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalamkehidupan
harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yangselesa dan
menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikitsebanyak akan
menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar dinegara kita tidak
dijaga dengan baik
.
Komponen Alam Sekitar
Manusiakomponen ini berdasarkan kepada perlantikan manusia iaitu nabi Adam sebagai
khalifah diatas bumi. Khalifah bermaksud µpengganti¶ dan proses ini silih berganti hingga
tiba hariakhirat. Terdapat banyak ayat Qur¶an yang menyatakan kepentingan manusia
sebagai satukomponen alam, e.g. surah al-Baqarah (2): 30. Komponen ini memerlukan
kehadiran dankewujudan komponen lain seperti tumbuhan, haiwan, air dan lain- lain.
Tumbuhantumbuhan meliputi 27.6 % keluasan muka bumi. Fungsi tumbuhan amat penting
untuk menyerap karbon dioksida yang dilepaskan oleh manusia dan haiwan. Disamping
itu,tumbuhan menganugerahkan satu elemen yang penting untuk kehidupan komponen lain
iaitumelepaskan oksigen ke udara yang hasilnya digunakan oleh manusia dan haiwan
untuk bernafas (proses fotosintesis). Tumbuhan juga berfungsi sebagai pengukuh struktur
tanahdari kejadian tanah runtuh, hakisan dan menyerap air hujan yang boleh
mengurangkankejadian banjir. Penanaman dan penjagaan tumbuhan digalakkan oleh semua
agama.BinatangBinatang, Selain berfungsi sebagai makanan, ia juga digunakan untuk
kepentingan manusiaseperti membajak, menunggang, membawa muatan dan sebagainya.
Penganiayaan terhadapbinatang adalah diharamkan berdasarkan hadith: µseorang wanita
telah disiksa dandimasukkan ke dalam neraka disebabkan oleh dia telah mengurung seekor kucing
sehinggamati kelaparan.¶ Semua orang hendaklah berlaku adil samada terhadap binatang
peliharaanatau binatang lain.Bumi (tanah)/ Matahari / Langit dan lain- lain.Bumi, langit,
matahari dan lain- lain di jadikan oleh Allah untuk kegunaan manusia. Bumi,langit, matahari merupakan
amanah Tuhan kepada pengguna, terutamanya manusia. Air air sangat penting untuk
alamsebagai bahan untuk keperluan asas seperti minum, mandi,memasak, siraman untuk
tumbuhan dan sebagainya.AnginSemua agama melarang segala bentuk pencemaran udara
atau angin
kawasan kediaman begi dewa Krishna. Oleh itu, penganut-penganut Hindu
dilarangmenebang pokok sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu mengekalkan kawasan
hutan.Justeru, penganut agama hindu perlu bertindak secara bermoral ke atas alam
sekitar sebagai menhormati alam.
5.0
KONSEP PENGEKALAN, PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAMSEKITAR
Konsep pengekalan alam sekitar dapat dikaitkan dengan cara bagaimana manusia
dapatmenjaga dan mengekalkan alam sekitar seperti sedia ada tanpa merosak
danmenusnahkannya. Pengekalan alam sekitar amat penting supaya alam sekitar dapat
diwarisioleh generasi akan datang demi meneruskan kelangsungan hidup. Tanpa alam sekitar
yangsihat dan berkualiti, bukan sahaja tumbuh- tumbuhan atau hidupan liar akan musnah,
malahanmanusia akan juga turut terjejas kehidupannya. Oleh itu, konsep pengekalan alam
sekitar dapat dikaitkan dengan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Sekiranyakonsep ini dapat dilaksana dan dijalankan dengan betul, akan membolehkan alam
sekitar dapat dikekalkan demi kesejahteraan manusia sejagat.Konsep pemeliharaan
bermaksud usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan danpertubuhan tertentu bagi
melindungi alam sekitar yang sedia ada daripada musnah demikepentingan generasi akan
datang. Bagi menjayakan usaha ini pihak kerajaan Contohnya,telah mewartakan Taman
Negara dan hutan simpanan serta telah menggubal beberapaundang-undang demi menjaga
kesejahteraan alam sekitar. Selain itu, konsep pemuliharaanpula merujuk kepada usha
memulihkan alam sekitar yang telah diterokai dan dicemaridaripada terus musnah dan lenyap
begitu sahaja tanpa boleh diwarisi oleh generasi akandatang.Generasi akan datang tidak akan
dapat manfaat dan faedah yang sepatutnya diterimadaripada kewududan alam sekitar yang
ada tersedia. Kerajaan telah mengambil langkahmengadakan projek lading hutan dan
penghutanan semula bagi memulihkan hutan yang telahditerokai secara berleluasa. Kedua-
dua projek ini boleh menggantikan hutan yang telahlenyap dengan hutan baru yang lebih
sistematik dan berkualiti serta mudah diurus.
6.0
PERANAN MALAYSIAJabatan Alam Sekitar adalah agensi utama yang
dipertanggungjawabkan untuk mengawal dan mencegah pencemaran alam sekitar dengan
penguatkuasaan Akta KualitiAlam Sekeliling sejak diwartakan pada 1974. Jabatan Alam
Sekitar telah merancang danmelaksanakan pelbagai aktiviti promosi kesedaran alam sekitar.
Usaha ini adalah bagimeningkatkan lagi kesedaran terhadap perlindungan dan pemuliharaan
alam sekitar supayamasyarakat umumnya memahami dan sedar betapa pentingnya alam
sekitar yang bersih bagimenjamin kualiti kehidupan yang selamat, sihat dan produktif.
Pendekatan ini diambil keranaaktiviti penguatkuasaan tidak dapat membendung pencemaran
alam sekitar. Antara program yang dirancang ialah Program Sekolah Lestari ± Anugerah
AlamSekitar yang dilancarkan pada 27 Januari 2005. Melalui Program Sekolah Lestari -
AnugerahAlam Sekitar, semua aktiviti-aktiviti kesedaran yang dijalankan oleh pihak Sekolah
dengankerjasama Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) seperti Kem Kesedaran
AlamSekitar, Projek Wira Alam, Program Kitar Semula dan pertandingan bertema alam
sekitar,akan diambil kira untuk penilaian bagi pemilihan penganugerahan Sekolah Lestari-
AnugerahAlam Sekitar. Islam Hadhari mengariskan kepentingan alam sekitar sebagai salah
satu prinsip penting.Kerajaan akan mewujudkan kawasan tertentu untuk terus dipelihara
sebagai kawasansemulajadi dengan memperkenal konsep ladang hutan demi menjamin kelangsungan
alam.Penubuhan satu kementerian khas untuk menjaga kepentingan alam sekitar dan sumber
alam.Malaysia telah menyertai Persidangan PBB bagi Alam Sekitar dan Pembangunan
(UNCED)di Brazil pada tahun 1993. Susulan daripada ini, satu pelan bertindak telah dirangka
dandikenali sebagai Agenda 21. Kita juga telah menandatangani Protokol Kyoto (1997) yangberkaitan
dengan pelepasan gas rumah hijau dan kesan perubahan iklim dunia. Peranan badan-badan bukan
kerajaan (NGO) serta pihak swasta boleh membantumelalui kempen-kempen kesedaran,
penggunaan teknologi mesra alam dan dana-dana yangdisumbang ke arah merealisasikan
aspirasi negara menuju ke arah pembangunan lestari tidak boleh dinafi kan. Masyarakat hari
ini berani tampil untuk mengemukakan bantahan terbukadan kritikan yang membina.
Komuniti masyarakat kita kini mampu bekerjasama danmenggembling tenaga demi
pemuliharaan alam sekitar.
Peranan dan tanggungjawab ibubapa dalam mendidik anak-anak supaya mempunyaisatu
sikap yang sewajarnya dalam memulihara dan memelihara alam sekitar menjadi asasyang
penting. Ibubapa harus menjadi contoh terbaik dalam memimpin keluarga. Melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Kesedaran untuk terus memulihara dan memelihara alamsekitar harus
bermula dari dalam diri sendiri. Malaysia memiliki kepelbagaian biologi yangtidak ternilai
dengan wang ringgit. Justeru, usaha harus dipergiatkan untuk menjaga amanahTuhan yang
sangat bermakna. 7.0
DARI PERSPEKTIF SAINS DAN TEKNOLOGI8.0
KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT HINDUISM9.0
PENGURUSAN ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF HINDUISM10.0
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM11.0
ETIKA HINDUISM BERKENAAN ALAM SEKITAR 12.0
SUDUT PANDANGAN HINDUISM13.0
PENUTUP
Alam sekitar kita amat kompleks. Di dalamnya terdapat beberapa bahagian yang memainkan
peranan tertentu tetapi berfungsi secara saling bergantung. Komponen ini dibahagikan kepada
dua iaitu bukan hidupan seperti rupa bumi, iklim, tanah-tanih dan juga batuan. Sementara
bentuk hidupan pula seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan organisma-organisma
yang lain. Komponen-komponen ini yang wujud dalam satu kawasan atau sempadan yang
tertentu disebut sistem. Bumi merupakan planet yang kelima besarnya antara planet-planet di
sistem suria. Jarak bumi dengan matahari kira-kira 150 juta kilometer dan luas bumi pula
ialah 510 juta kilometer persegi. Kira-kira 29 peratus daripada keluasan bumi terdiri daripada
daratan manakala bakinya ialah air iaitu membentuk 71 peratus dan bumi juga berbentuk
sfera.
Kewujudan atau pembentukan bumi kita ini disokong oleh sistem fizikal bumi iaitu atmosfera
(udara), hidrosfera (air), litosfera (batuan/kerak bumi), biosfera hidupan-haiwan,tumbuhan
dan kepelbagaian biologi) dan juga pedosfera(tanih). Sistem fizikal bumi ini adalah saling
bergantung di antara satu sama lain dan juga interaksi di antara kelima-lima sfera ini
membolehkan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan lain wujud di muka
bumi ini. Hubungan antara komponen-komponen ini amat harmoni dan kestabilan hubungan
komponen ini juga mengekalkan keharmonian alam sekitar serta dapat mengelakkan
berlakunya bencana alam.
• Li t os fe ra
Litosfera merupakan lapisan bumi yang pejal dan keras. Ianya terdiri dari batuan dan
sediment yang saling berpadu untuk membentuk struktur yang kuat. Komponen Litosfera ini
juga dikenali sebagai kerak bumi. Asas pembentukan bumi merupakan satu lapisan kerak
bumi yang tebal dan kental tadi yang berbentuk sfera dan mengandungi logam (metallic
sphere) dengan garis pusat 3,500 km dan ia mempunyai ketebalan 8 hingga 40 km. di
sekeliling kerak bumi ini terdapat lapisan yang menyelubunginya atau ‘mantle’ dengan
garisan pusat 2,900 km. Lapisan luar merupakan lapisan paling nipis dan lembut dan ianya
mudah rapuh. Ia juga menjadi asas pembentukan lapisan tanih (pedosfera).
• Bio s fera
Biosfera terdiri daripada semua organisma hidup di bumi, atmosfera, litosfera, hidrosfera dan
pedosfera yang mempunyai fungsi bersama untuk menghasilkan persekitaran bagi biosfera
yang meliputi dari dasar laut hinggalah ke lapisan bawah atmosfera. Di permukaan tanah,
komponen biosfera terdiri daripada spesis pokok-pokok besar yang boleh mencapai
ketinggian 110 meter serta juga mikroorganisma yang hidup di dalam tanah, gua dan juga
rekahan batu. Hutan tropika di negara kita merupakan hutan yang tertua di dunia disamping
hutan amazon yang mengandungi pelbagai spesis hidupan sama ada haiwan, tumbuhan dan
mikroorganisma.
• Ped os f era
Pedosfera merupakan lapisan tanih yang membentuk tanah dan pelbagai cirinya. Kesemua
komponen ekosistem atau sistem fizikal berinteraksi antara satu dengan yang lain. Tumbuhan
dan haiwan hidup di permukaan pedosfera dan litosfera di mana ia memperolehi makanan
dan perlindungan. Hidrosfera membekalkan bekalan air minum dan sokongan fizikal untuk
hidupan akuatik juga kepada manusia kerana semua elemen itu amat penting kepada manusia
sejagat. Dengan kata lain, keselesaan hidup manusia bergantung kepada komponen-
komponen tersebut. Manusia tidak boleh hidup tanpa udara atau dengan udara yang tercemar
(Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, 2002). Manusia juga tidak dpat hidup tanpa air dan
manusia juga memerlukan makanan daripada biosfera. Kita juga memerlukan haba dalam
jumlah yang tidak ekstrim serta tidak mampu hidup jika terlalu sejuk. Kesemua komponen
ini saling berkaitan dan berinteraksi dan manusia harus mengekalkan hubungan ini supaya
sentiasa harmoni.
KEPENTINGAN MENGENAL ALAM SEKITAR
Setiap apa yang diciptakan Tuhan mempunyai kepentingan dan fungsinya yang tertentu.
Begitu juga dengan kewujudan alam sekitar kita yang sememangnya berfungsi sebagaimana
yang telah ditetapkan oleh Pencipta. Seperti mana yang diketahui, alam ini merupakan tempat
tinggal segala kehidupan termasuklah manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Tanpa alam
ini, kehidupan tidak akan berlaku. Makhluk yang hidup memerlukan habitat atau tempat
tinggal, tempat membiak dan tempat untuk mendapatkan makanan. Jika diperhatikan dengan
teliti, setiap bentuk muka bumi mempunyai jenis-jenis kehidupan tertentu yang sesuai dengan
ciri-ciri yang ada pada hidupan tersebut. Misalnya di padang pasir yang tandus, ada tumbuh-
tumbuhan seperti pokok kaktus yang tahan panas dan dapat menampung air yang banyak.
Alam sekitar kita kaya dengan sumber makanan yang banyak membolehkan segala hidupan
mendapatkan makanan bagi penerusan hidup. Setiap muka bumi mempunyai sumber
makanan yang sesuai dengan keadaan iklim di tempat tersebut.
Mengenal alam sekitar adalah amat penting bagi manusia itu sendiri. Manusia perlu tahu
tentang kegunaan dan kepentingan alam sekitar yang berkait rapat dengan kehidupan mereka.
Apabila manusia tahu tugas-tugas mereka terhadap alam sekitar, sudah tentulah manusia akan
memakmurkannya dan akan mewujudkan persekitaran yang sihat kehidupan. Sebagai
pendidik pula, benih-benih untuk menyintai dan menyayangi alam sekitar perlulah ditanam
ke dalam jiwa anak didik bermula daripada peringkat prasekolah atau sebelumnya
sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Komitmen ini untuk menimbulkan kesedaran
yang tinggi terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Manusia yang terdidik dengan kesedaran ini akan beretika sebagaimana yang sepatutnya
terhadap alam sekitar. Mereka sesekali tidak akan mencemarkannya dengan pelbagai
pencemaran, merosakkannya dan merubah keadaannya dengan sewenang-wenangnya.
Kanak- kanak yang baru saja mengenal alam sekitar mula menyayangi apa yang ada di
sekeliling mereka. Misalnya menyayangi haiwan peliharaan seperti kucing, arnab dan
sebagainya. Begitu
juga tumbuh-tumbuhan di sekeliling mereka seperti pokok-pokok bunga dan pokok-pokok
hiasan. Kanak-kanak akan merasa belas kasihan terhadap hidupan tersebut. Keadaan ini
berlaku hasil daripada didikan sempurna yang diterima oleh kanak-kanak tentang alam
sekitar dan peri penting memelihara dan memuliharanya.
Selain itu kanak-kanak juga menyedari bahawa jika sesuatu berlaku terhadap alam sekitar,
maka kehidupan mereka juga akan terganggu. Mereka dapat mengaitkan dengan aktiviti-
aktiviti yang berlaku dan kesan-kesannya terhadap alam sekitar. Contohnya aktiviti
penebangan hutan yang berleluasa akan menyebabkan berlakunya banjir kilat. Guru
mengaitkan dan menerangkan bahawa jika hutan yang menjadi tadahan hujan musnah, maka
air tidak akan diserap ke dalam bumi. Seterusnya air tersebut akan melimpahi kawasan-
kawasan yang mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan seterusnya akan membanjiri
kawasan kehidupan manusia samada di bandar atau di kampung. Keadaan ini menyebabkan
berlakunya banjir kilat. Guru boleh menunjukkan contoh kepada murid-murid dengan
menyuruh mereka untuk melakonkan keadaan tersebut. Murid-murid diarah untuk membuat
barisan yang rapat di antara satu sama lain dan sebahagian lagi membaling gumpalan-
gumpalan kertas terhadap barisan tersebut. Barisan yang dibentuk diumpamakan sebagai
pokok-pokok atau hutan yang berfungsi sebagai tadahan hujan. Manakala gumpalan-
gumpalan kertas diibaratkan sebagai hujan yang turun ke bumi. Melalui penerangan guru,
murid menyedari bahawa air hujan yang mengenai pokok akan diserap oleh akar. Maka
kuranglah air yang poros daripada penyerapan akar pokok. Ia diibaratkan seperti gumpalan-
gumpalan kertas yang dibaling dan tidak menembusi barisan tersebut. Ini kerana barisan yang
rapat menggambarkan betapa banyaknya pokok-pokok yang menjadi tadahan hujan. Maka
tiadalah gumpalan-gumpalan kertas yang menembusinya.
SU-ISU SEMASA DAN MASALAH-MASALAH ALAM SEKITAR
Masalah persekitaran adalah sesuatu yang kompleks. Contohnya, pembakaran bahan api akan
melepaskan karbon dioksida yang menyumbang kepada pemanasan global. Pada masa yang
sama, ia membebaskan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang menjadi penyumbang
utama pemendapan berasid. Masalah ini mengakibatkan kemerosotan kualiti tanah,
kepupusan hutan dan ancaman kepada hidupan liar. Seiring dengan penambahan populasi
dunia, pengawalan
pencemaran akan terus menjadi cabaran pada masa hadapan. Pembangunan negara menjadi
semakin pesat, justeru sumber dan tenaga yang besar diperlukan untuk mempertingkatkan
produktiviti negara bagi memenuhi permintaan semasa. Akibatnya banyak bahan-bahan
buangan terhasil dan seterusnya menjadi penyebab utama kepada masalah persekitaran
global.
• Gas Rumah Hijau
Gas rumah hijau terdiri daripada 3 jenis gas utama iaitu karbon dioksida, sulfur dioksida dan
nitrogen oksida. Gas ini wujud di atmosfera sama ada secara semula jadi atau melalui
pelbagai kegiatan manusia. Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat
menyatakan gas rumah kaca yang wujud secara semula jadi merangkumi wap air, metana
(CH4), nitrus oksida (N2O) dan ozon (O3) selain 3 gas utama tersebut. Kegiatan manusia
seperti pembakaran sisa pepejal dan bahan api fosil (minyak, gas asli dan arang batu),
pertanian dan penternakan menyebabkan peningkatan gas ini di atmosfera.
Menurut Allaby M., Bramwell M. dan Stokes J., tanpa kesan rumah hijau, purata suhu bumi
adalah kira-kira -0.4°F (-18°C) lebih rendah berbanding purata sebenar iaitu 59°F (15°C).
Mereka juga menyatakan bahawa konsentrasi CO2 meningkat di atmosfera kira-kira 30%,
konsentrasi metana pula meningkat sebanyak 145% manakala nitrus oksida meningkat kira-
kira 11% dalam tempoh 250 tahun. Keadaan tersebut merupakan kesan daripada pembakaran
bahan api fosil, perubahan kawasan padang rumput dan hutan yang luas untuk pertanian,
perusahaan padi, penternakan biri-biri dan ternakan lain.
Gas rumah kaca juga tidak wujud secara semula jadi sebaliknya terhasil daripada pelbagai
proses industri. Antaranya, klorofluorokarbon (CFC), hidrofluorokarbon (HFC),
perfluorokarbon (PFC) dan sulfur heksafluorida (SF6). Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), menetapkan tiga gas iaitu
CO2, metana dan nitrus oksida sebagai gas rumah kaca utama, yang perlu dikurangkan
pelepasannya bagi menangani masalah pemanasan global.
• Penipisan Lapisan Ozon
Ozon adalah salah satu daripada gas-gas yang membentuk atmosfera. Molekul dwiatom
oksigen (O2) membentuk hampir 20% atmosfera. Ozon (O3) merupakan sebatian yang terdiri
daripada tiga atom oksigen setiap molekul. Pada suhu dan tekanan biasa ia berbentuk gas
biru. Ozon membentuk cecair biru tua pada suhu bawah -112°C, dan cecair biru tua gelap
pada suhu di bawah -193°C. Ozon dijumpai oleh Christian Friedrich Schonbein pada tahun
1840. Ozon berupaya menyerap radiasi UV-B. Ozon terbentuk secara semulajadi di lapisan
ozon boleh terhakis oleh klorofluorokarbon (CFC). Secara semulajadi, ozon terhasil melalui
tindak balas cahaya ultra-lembayung dengan atmosfera bumi dan membentuk satu lapisan
ozon pada ketinggian 50 kilometer.
Penipisan lapisan ozon ini boleh dikaitkan dengan pelepasan beberapa gas utama yang
menyebabkan ozon tersebut musnah. Ancaman utama terhadap gas ini adalah daripada
pelepasan gas kloroflorokarbon (CFC). CFC yang dihasilkan oleh manusia ini akan
meningkatkan kadar penyingkiran ozon. Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFC tersebut akan
naik perlahan-lahan ke lapisan stratosfera (10km – 50 km). Pada lapisan ozon utama iaitu
pertengahan julat ketinggian antara 20km hingga 25km, ozon kurang menyerap sinaran UV.
Keadaan ini akan menyebabkan molekul CFC terurai setelah bertindakbalas dengan UV,
seterusnya membebaskan atom klorin. Atom klorin yang dibebaskan tersebut berupaya untuk
memusnahkan ozon (Rajah 2).
• Pembuangan Sisa Toksid
Di Malaysia, berlakunya isu-isu yang berkaitan dengan sisa toksid dapat digolongkan seperti
kurangnya kemudahan pelupusan bahan buangan di dalam atau di luar kawasan industri yang
mencukupi dan cekap. Jumlah sisa toksid berbahaya yang dihasilkan oleh industri di
Malaysia dianggarkan sebanyak 417,000 tan metrik setahun dan akan meningkat di antara 8-
9% setahun. Selain itu, pendedahan manusia dan alam sekitar kepada bahaya bahan radio
aktif serta pelupusan yang dilakukan dengan cara yang tidak dikawal dan diawasi dengan
teliti dan teratur akan meninggalkan kesan negatif jangka panjang. Selain itu, kelahiran
kilang-kilang haram dan berbahaya dan tidak terkawal juga menambahkan beban masalah
pencemaran di kawasan bandar. Tidak ada suatu garis panduan yang komprehensif
berhubung dengan pembuangan bahan terjadual dan berbahaya.
Walaupun kerajaan telah memperkenalkan kaedah yang selamat dan menyediakan
kemudahan untuk melupuskan sisa bahan buangan, namun penghasilan sisa bahan buangan
termasuk sisa toksid menimbulkan banyak masalah. Penghasilan sisa bahan buangan
terjadual yang semakin meningkat di antara 8-9% setahun telah menimbulkan banyak
masalah seperti:
• Masalah Penyimpanan Sisa Toksid
Amalan masa kini, sisa toksid dan berbahaya di Malaysia akan dirawat oleh industri berkaitan
dengan dilupus secara kambus tanah, dieksport ataupun disimpan di premis masing-masing.
Disebabkan tidak semua industri di Malaysia mempunyai loji pelupusan sisa toksid dan
berbahaya terutamanya bagi industri kecil, maka sisa yang dihasilkan terpaksa disimpan
sementara menunggu pusat pelupusan sisa toksid di Bukit Nenas beroperasi. Dianggarkan
jumlah simpanan sisa toksid ini kini telah meningkat kepada 125,000 tan metrik sejak dari
tahun 1987 hingga 1994. Hal ini menimbulkan banyak masalah terutama dari segi ruang
simpanan yang terhad.
• Pengendalian Sisa Toksid
Sisa toksid dan berbahaya perlu dikendalikan dengan baik terutamanya dari segi teknik
penyimpanan yang selamat dan mengelakkan kebocoran termasuklah dari segi
pembungkusan, pengangkutan dan penyimpanan.
• Pen c emar an
Isu pencemaran alam sekitar ini sering kali diperbincangkan di mana-mana sahaja sama ada
melalui media cetak mahupun media elektronik. Kejadian ini timbul kerana manusia sering
mengabaikan masalah-masalah alam sekitar. Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang
Selain itu, kanak-kanak juga dididik agar tidak memusnahkan atau menangkap haiwan-
haiwan semulajadi yang berhabitat seperti rama-rama,pepatung, monyet dan sebagainya
kerana haiwan ini adalah sebahagian daripada kitaran makanan demi mengekalkan kehijauan
alam semula jadi. Guru juga haruslah sentiasa mengikut perkembangan berkaitan dan
mengambil bahagian dalam projek-projek yang melibatkan alam sekitar seperti kempen
menanam pokok bunga, pokok herba dan tanaman sayuran di setiap halaman rumah, taman,
sekolah dan sebagainya. Hal in dapat merapatkan kepada kanak-kanak tentang mencintakan
alam sekitar dalam usaha untuk mengindahkan alam sekeliling.
• Melalui Pendidikan
Melalui pendidikan formal, guru boleh mendidik dan membimbing kanak-kanak supaya
memelihara alam sekitar sejak dari kecil lagi. Amalan ini adalah amat penting kerana ianya
sebagai asas untuk kanak-kanak menjaga alam sekitar dengan baik kelak. Kanak-kanak juga
dapat menyedari bahawa menjaga alam sekitar adalah penting bagi mewujudkan persekitaran
yang sihat dan selamat. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, guru dapat mendedahkan
kepada kanak-kanak tentang bagaimana alam sekitar ini mesti dijaga dengan baik agar ianya
tidak dirosakkan dengan sewenang-wenangnya. Hal ini dapat mengubah sikap kanak-kanak
agar dapat mengamalkan nilai-nilai murni dan etika alam sekitar dengan lebih baik.
Contohnya nilai-nilai murni dan etika alam sekitar yang baik yang boleh diamalkan dalam
kehidupan seharian ialah pengurangan penggunaan beg plastik (tidak biodegrasi),
penggunaan beg kertas, membawa bakul atau beg sendiri semasa membeli belah dan
menggunakan semula beg plastik.
Selain itu, guru juga boleh menjalankan pelbagai aktiviti untuk menbimbing kanak-kanak
mengenal dan memelihara alam sekitar. Antaranya ialah guru boleh menjalankan aktiviti
bercerita kepada kanak-kanak tentang bagaimana hendak menjaga alam sekitar dengan
baik.Selain itu, aktiviti pertandingan melukis pemandangan alam semula jadi, berlakon iaitu
memainkan peranan, kuiz alam sekitar, lawatan sambil belajar dan sebagainya boleh
dijalankan bagi mendedahkan lagi kepada kanak-kanak untuk menyanyangi dan mencintaiu
alam sekitar di samping menarik minat pelajar dan membangkitkan perasaan ingin tahu
mereka terhadap alam sekeliling.
Manakala pendidikan tidak formal juga penting bagi memberi kesedaran sivik kepada
masyarakat untuk menangani masalah ketidakprihatinan masyarakat terhadap isu-isu alam
sekitar. Contohnya, melalui media massa elektronik dan bukan elektronik, banyak maklumat
disebarkan kepada masyarakat tentang penjagaan alam sekitar. Selain itu, kempen dan
ceramah penjagaan alam sekitar di tempat-tempat awam supaya semua lapisan masyarakat
mendapat pendedahan yang mencukupi dapat dilaksanakan.
KESIMPULAN
Kesedaran terhadap pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar seharusnya terbentuk dalam
setiap jiwa insan. Ini kerana manusia sendiri mendiami alam dan alam adalah kediaman kita.
Kita boleh membangunkan pelbagai unsur dan elemen alam sekitar namun dalam batas yang
munasabah dan terkawal. Tragedi tsunami yang berlaku baru-baru ini turut dikaitkan dengan
alam sekitar, di mana kehilangan kawasan hutan paya bakau sebagai penampan dari ombak
besar telah menyebabkan kemusnahan yang lebih buruk. kemusnahan manusia ada kaitannya
dengan kemusnahan alam sekitar dan semua ini adalah akibat perbuatan manusia itu sendiri.
Justeru adalah penting pendidikan dan kesedaran tentang kepentingan alam sekitar walau pun
kecil di pupuk dan di semai demi membangunkan sahsiah peribadi yang memahami
pentingnya pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar. Kita boleh membiarkan persoalan dan
permasalahan khusus tentang alam sekitar kepada ahli ilmuan dan pakar-pakar namun
persoalan dan pemahaman am tentang alam sekitar sepatutnya di pupuk dalam jiwa setiap
insan agar manusia bisa hidup lebih makmur dan bersatu dengan alam tanpa merosakkan
kepelbagaian rantaian biologi di bumi ciptaan Tuhan ini.
BIBLIOGRAFI
Atmosfera. Diperolehi pada 13 ogos 2007 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Atmosfera
Datuk Noraini Ahmad (2007, Julai). Suara Orang Muda: Pemanasan global mesti diberi
perhatian serius. Berita Harian.
Doc Horsley (1998). Geografhy Of World Environment. United States; John Wiley and Sons,
Inc.
Enger and Smith (2006). Environment Science, (Tenth Edition). New York; McGraw – Hill
Companies, inc.
Global Warming, The Green House Effect. Diperolehi pada 15 ogos 2007 daripada
http://www.solcomhouse.com/globalwarming.htm
Lapisan Ozon, Lubang Ozon. Diperolehi pada 15 ogos 2007 daripada
http://www.kjc.gov.my/malay/pendidikan/alam_sekitar/ozon2.html
Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah (2002). Pengantar Persekitaran Fizikal. Tanjong Malim:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pelupusan haram sisa toksik industri (2004). Diperolehi pada 16 ogos 2007 daripada
http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/2004/penawar51.html
Pemuliharaan In-Situ. Diperolehi pada 15 ogos 2007 daripada
http://www.nre.gov.my/opencms/opencms/NRE/BM/Services/Biodiversity/insitut
Raven and Berg (2004).E nvi ro n ment. United States; John Wiley and Sons, Inc
top related