mukasurat 02 hebahan & makluman waktu solat filemuda hari ini rosak, maka akan rosaklah agama...
Post on 25-Apr-2019
223 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Mukasurat 02 Minbar Putra/01/2013
Sebarang cadangan & komentar sila e mailkan kepada kami di:
suarapiu@yahoo.com atau, hubungi kami di:
PUSAT ISLAM UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-89468582
FAKS: 03-89483742
HEBAHAN & MAKLUMAN
MUTIARA AL-QURAN
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh. .
Ayat 10, Surah al-Munafiqun.
SUBUH SYURUK
05:48 07:06
ZUHUR ASAR
13:15 16:44
MAGHRIB ISYAK
19: 20 20:31
WAKTU SOLAT
Daerah Petaling dan
kawasan yang sewaktu
dengannya
JADUAL KULIAH MINGGUAN MASJID
OGOS 2013
16 JUMAAT Fiqh Lengkap : Ust. Hj. Ismail bin Hj. Omar
17 SABTU Kuliah Subuh Sirah Nabawiyyah :
Dr. Abd. Rahman bin Mahmod
Kuliah Maghrib Al-Quran dan Tajwid :
Ust. Wan Hilmi bin Wan Abdullah
18 AHAD Kuliah Subuh Amalan Sepanjang Hayat :
Ust. Hj. Yusuf bin Abas
Kuliah Maghrib Mustika Hadith :
Dato’ Dr. Hj. Mohd Mokhtar bin Hj. Shafii
19 ISNIN Tafsir al-Bayan:
Ust. Hj. Hashim bin Mahmud
20 SELASA Tafsir Ibn Kathir :
Ust. Muhammad Arif bin Musa
21 RABU Tazkiratul Maut : Ust. Wan Muhamad bin Wan Sulong
22 KHAMIS Bacaan Surah Yasin
1. Imam / Khatib yang bertugas Juma’at minggu ini 16 Ogos 2013 / 9 Syawal 1434H : Ustaz Alzasha Illiyyin bin Zainal Alam.
2. Sesi Bacaan al-Quran & terjemahan sebelum Solat Fardhu Juma’at , Ayat 39 - 48 Surah al-Fussilat yang akan disampaikan oleh Ustaz Khairul Fahmi bin Mukhid (Al-Quran) & (Terjemahan)
3. Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan pada 24-25 Ogos 2013 (Sabtu-Ahad) jam 8.00 pagi – 5.00 petang bertempat di Dewan Ibnu Sina, Pusat Islam Universiti, UPM. Yuran penyertaan staf RM70.00 /pelajar RM 60.00. Untuk Maklumat lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi Ustazah Siti Rohani (03-8946 8582) atau Mohd Firdaus (03-8946 8582). Penyertaan terbuka kepada staf dan pelajar UPM sahaja. 4. Pusat Islam Universiti, UPM akan memulakan Kelas Pengajian Dewasa pada pada 19hb Ogos 2013 (Isnin) dan Kelas Pengajian Kanak-Kanak bermula 24 Ogos 2013 (Sabtu).
21 Jun 2013 / 12 Syaaban 1434H http://www.pic.upm.edu.my
ميمبر ڤوترا Mimbar Putra
RISALAH JUMAAT MINGGUAN MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Mimbar Putra/08/2013
SEDUTAN KHUTBAH
Seringkali kita dengar cogan kata atau ungkapan bahawa “Pemuda adalah harapan bangsa” dan kadangkala terdengar sama “Pemudi adalah tiang negara”. Ungkapan ini meniti di bibir-bibir segenap lapisan yang biasanya oleh pemimpin-pemimpin masyarakat. Ungkapan tersebut pastinya mengheret dan mendorong kita untuk melihat dan menilai adakah mereka benar-benar dapat diharapkan sebagai harapan agama, bangsa dan negara? Sebenarnya generasi muda hari ini menghadapi cabaran dan peranan yang penting. Generasi muda berperanan memacu negara ke arah yang lebih maju dan lebih baik. Generasi muda adalah masa depan agama dan negara. Sekiranya generasi muda hari ini rosak, maka akan rosaklah agama dan negara pada masa akan datang. Namun, sekiranya generasi muda hari ini adalah mereka yang teguh akidahnya, kukuh imannya, indah budi pekertinya, maka agama dan negara kita akan berada di dalam situasi yang diharapkan semua. Sejarah Islam membuktikan bahawa Islam telahdiperjuangkan, dipertahankan dan disebarkan oleh generasi-generasi muda di sisi Rasulullah s.a.w. Saidina Ali R.A merupakan kanak-kanak yang mula mula beriman kepada Rasulullah s.a.w dan beliau telah mengambil tempat tidur Baginda sewaktu kaum Quraisy mahu membunuh Baginda. Saidina Abu Bakar RA telah memeluk Islam sewaktu umur 38 tahun dan beliau telah menginfak seluruh hartanya untuk perjuangan Islam. Saidina Umar RA telah memeluk Islam sewaktu umurnya 26 tahun. Manakala Saidina Saad bin Abi Waqqas, Saidina al-Zubair bin al-Awwam, Saidina Talhah bin Ubaidillah, semua mereka memeluk Islam sewaktu berumur belasan tahun. Kesemua mereka ini adalah tonggak kepada perkembangan Islam sehingga mereka diangkat kedudukan sebagai 10 sahabat yang telah dijamin Syurga.
Pemuda pemudi mestilah mempersiapkan diri untuk kemajuan agama dan bangsa di masa hadapan. Antaranya adalah; Pertama : Mengukuhkan akidah dan jiwa yang teguh dengan Islam. Sesungguhnnya setiap individu masyarakat perlu memainkan peranan ini dengan bekerjasama. Sama ada sebagai pemimpin, ketua keluarga, ayah, ibu, guru dan sebagainya. Kesemuanya perlu berusaha menghidupkan keimanan dalam jiwa generasi muda. Sesungguhnya iman adalah perisai yang menjauhkan manusia daripada perbuatan maksiat. Kedua : Memperkaya ilmu dan pengetahuan agama. Sesungguhnya sesebuah negara yang maju menurut Islam bukan sahaja maju dari sudut keilmuan dan kebendaan semata-mata. Tetapi negara yang maju menurut Islam ialah negara yang dapat menjaga kualiti kehidupan, agama, akal, hartabenda, dan keturunan rakyatnya. Justeru, pengetahuan keduniaan dan keagamaan perlulah sama-sama diberikan perhatian agar lahirnya pemimpin dan rakyat yang tahu haknya terhadap pencipta dan hak sesama makhluk Allah. Ketiga : Memelihara akhlak dan menghindari masalah sosial. Sesungguhnya Islam datang untuk memperbaiki tingkah laku manusia sesuai dengan fitrah dan tabiat manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“(Ibadah itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh peniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan”.
(An-Nur : 37)
" PEMUDA-PEMUDI HARAPAN AGAMA DAN BANGSA " (Petikan Khutbah JAIS)
top related