oct bertulis soalan 501-569
Post on 05-Feb-2016
129 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT
BAGI JAWAB LISAN
TUAN MOHAMED AZMIN BIN All
[GOMBAK]
501
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI
PENGANGKUT AN menyatakan apakah hasil analisa dan siasatan
terhadap Voice Data Recorder (VDR) dan Flight Data Recorder (FDR)
bagi kotak hitam MH17.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua.
Berdasarkan analisa dan siasatan terhadap Cockpit Voice Recorder
(CVR) dan Flight Data Recorder (FOR) didapati pesawat sedang terbang
dalam keadaan biasa pada kelajuan 915 kilometer sejam. Keadaan enjin
pesawat beroperasi dengan baik. Tidak ada sebarang amaran (system
warning/caution) diterima dari kokpit pesawat. Data dari CVR dan FOR
juga didapati terhenti dengan tiba-tiba/mengejut.
·.
;-o~2
NO. SOALAN : # PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BUKAN LISAN
DARIPADA VB TUAN MOHAMED AZMIN BIN All
SO ALAN
Tuan Mohamed Azmin Bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan berapakah unit rumah PR1MA yang telah
dibina sepanjang tahun 2014.
JAWAPAN: VB DATO' SERI SHAHIDAN BIN KASSIM
MENTERI 01 JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman, PR1 MA sedang rancak melaksanakan mandat
Kerajaan ke arah memastikan 160,000 unit rumah yang disasarkan
bagi tahun 2013 dan 2014 tercapai. Alhamdulillah Anggota
Perbadanan PR1 MA setakat ini telah meluluskan sebanyak 97,887
unit perumahan mampu milik yang selesa dan berkualiti di seluruh
negara. Pada masa ini projek-projek PR1MA masih lagi di dalam
pelbagai fasa perancangan dan pembinaan. PR1 MA telah memulakan
pembinaan sebanyak 11 ,868 unit rumah di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Putrajaya, Kedah, Perak Johor dan Negeri Sembilan.
Menjelang akhir tahun 2014, sebanyak 40,000 unit rumah akan
berada dalam fasa pembinaan. Secara amnya, pembinaan projek
peru mahan PR1 MA ini akan mengambil masa selama 2 tahun bagi
projek bertanah dan 3 tahun bagi kediaman jenis strata untuk
disiapkan.
Sekian. Terima kasih.
2
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
NO SOALAN :503
DARIPADA : Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALl
(GOMBAK)
PERTANYAAN : BERTULIS
Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALl [ GOMBAK] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah hutang semasa 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) berbanding jumlah aset kumpulan 1MDB
dalam tahun kewangan semasa.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Jumlah hutang 1MDB adalah sebanyak RM36.25 bililion dan nilai aset
terkumpul lMDB ialah RM44.66 bilion pada tahun berakhir 31 Mac 2013.
Maklumat lengkap boleh diperolehi di dalam Penyata Kewangan yang
telah diaudit dan dihantar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
NO SOALAN :504
DARIPADA : Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN All
(GOMBAK)
PERTANYAAN : BERTULIS
Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALl [ GOMBAK ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan jumlah dan statistik rakyat yang di senarai
hitamkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) daripada keluar
negara bagi tahun 2011 hingga 2014.
JAWAPAN
Berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), jumlah
bilangan individu yang dikenakan tindakan sekatan atau larangan
meninggalkan Malaysia disebabkan gagal menjelaskan bayaran cukai
pendapatan dan cukai keuntungan harta tanah untuk dirinya, perniagaan
yang dimiliki sepenuhnya atau bertanggung jawab sebagai pengarah
syarikat pada setiap akhir tahun bagi tempoh 2011 hingga 31 Ogos 2014
adalah seperti dalam Jadual berikut:
jadual: Bilangan lndividu Dikenakan Sekatan Atau Larangan
Meninggalkan Malaysia Disebabkan Kegagalan Menjelaskan Cukai
Tahun Cukai Pendapatan Cukai Keuntungan Harta Tanah
Bil. Amaun Bil. Amaun Tertunggak Tertunggak (RM juta) (RM juta)
2011 51,287 1,671.14 8,652 173.99
2012 50,933 1,812.92 6,102 110.45
2013 58,782 1,916.02 6,946 114.76
Sehingga 64,876 2,021.77 7,716 120.62 31 Ogos 2014
2. Mekanisme sekatan perjalanan keluar negara hanya dilaksanakan
melalui pintu keluar antarabangsa sahaja di mana terdapat kawalan oleh
jabatan lmigresen Malaysia. Dengan itu, pembayar cukai yang dikenakan
sekatan ini adalah masih bebas untuk mengatur perjalanan mereka di
dalam negara melalui pintu keluar perjalanan domestik ke destinasi di
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
3. Sekatan perjalanan keluar negara akan dibatalkan sekiranya
pembayar cukai telah menjelaskan kesemua amaun cukai yang
tertunggak. Bagi individu yang membayar sekurang-kurangnya 50°/o
daripada amaun cukai tertunggak dan bakinya ditetapkan supaya
dijelaskan secara ansuran mengikut persetujuan antara LHDN dan individu
berkenaan, kelonggaran mekanisme sekatan perjalanan keluar negara
diberi pertimbangan secara kes demi kes.
4. Kerajaan sentiasa prihatin supaya mekanisme sekatan perjalanan
keluar negara tidak menyebabkan kesukaran dan ketidakselesaan kepada
pembayar cukai. Dengan itu, pendekatan yang diambil adalah dengan
memaklumkan terlebih dahulu setiap individu yang akan disekat
perjalanannya supaya perkara ini diketahui lebih awal. justeru individu
berkenaan akan menerima satu salinan Surat Sekatan Perjalanan yang
dikeluarkan oleh LHDN kepada jabatan lmigresen sebagai makluman
bahawa sekatan perjalanan keluar negara sedang dikuatkuasakan.
NO. SO ALAN: 505
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN
VB TUAN MOHAMED AZMIN BIN All
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah peranan setiap agensi keselamatan
negara yang terlibat dalam operasi Kawasan Keselamatan Khas
Pantai Timur Sabah.
JAWAPAN: VB DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM
MENTERI Dl JABA TAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan Arahan
Eksekutif, Arahan No.1 yang telah ditandatangani oleh YAB Perdana
Menteri, ESSCOM telah distruktur semula mulai 15 Julai 2014.
Agensi-agensi di bawah ESSCOM iaitu Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah distruktur semula
untuk berada di bawah satu kawalan dan perintah iaitu oleh
komander ESSCOM yang merupakan pegawai kanan PDRM. Fungsi
operasi dan penguatkuasaan agensi-agensi di dalam ESSCOM
adalah jelas dan tiada pertindihan dalam perkhidmatan masing
masing.
Ketiga-tiga agensi ini bersama-sama melaksanakan tugasan dan
operasi di ESSZONE mengikut Komponen Laut, Komponen Darat
dan Komponen Udara secara bersepadu. ESSCOM turut berperanan
untuk menganalisa, mengatur gerak setiap aset dan keanggotaan
yang dimiliki oleh agensi-agensi tersebut. Strategi penyusunan aset
dan anggota dilaksanakan berdasarkan kepada maklumat perisikan
yang dikumpul dan dianalisis oleh setiap agensi serta digabungkan di
bawah satu komponen iaitu ESSCOM.
Sekian. Terima kasih.
2
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA : Y.B. TUAN WONG CHEN
{KELANAJAYA)
PERTANYAAN : BERTULIS
NO SOALAN :506
Y.B. TUAN WONG CHEN [ KELANA jAVA ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan :-
a. nama syarikat yang memiliki aset pesawat-pesawat MAS; dan
b. kepada pihak mana pesawat-pesawat tersebut telah dipajakkan.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang 8erhormat, Malaysian Airline System 8hd
(MAS) pada masa ini beroperasi dengan 88 buah pesawat, antaranya
8737-800, 8777-200 dan A330-300. Antara pembiaya bagi perolehan
pesawat-pesawat tersebut adalah Penerbangan Malaysia Berhad (PMB),
Turus Pesawat Sdn Bhd, EXIM Bank Malaysia, DVB Bank dan Pembroke
Group. Walau bagaimanapun, maklumat terperinci berkaitan pajakan
pesawat-pesawat tersebut tidak dapat didedahkan kerana tertakluk
kepada peruntukan kerahsiaan dalam terma dan syarat perjanjian yang
telah ditandatangani dengan syarikat-syarikat berkenaan.
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA : Y.B. TUAN WONG CHEN
{KELANA JAVA)
PERTANYAAN : BERTULIS
NO SOALAN :507
Y.B. TUAN WONG CHEN [ KELANA JAVA ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan :-
a. kesemua tanah-tanah di kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz
Shah yang masih dimiliki oleh Penerbangan Malaysia (MAS) ; dan
b. adakah Kerajaan akan menjualkan tanah-tanah tersebut.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, tapak operasi lbu Pejabat
Malaysia Airline System Bhd (MAS) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz
Shah, Subang merangkumi 9 plot tanah. Walau bagaimanapun, hanya satu
plot iaitu plot PT 44562 sahaja yang dimil iki oleh MAS manakala
selebihnya adalah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, Malaysia Airports
Holdings Berhad, Permodalan Negeri Selangor Berhad dan Kerajaan Negeri
Selangor.
Berdasarkan perancangan semasa di bawah pelan pemulihan MAS,
tanah berkenaan tidak akan dijual sebaliknya akan dijadikan sebagai Pusat
Latihan Semula Korporat (CRC) khusus untuk melatih semula kakitangan
MAS yang memilih untuk tidak berhijrah ke Syarikat Baru.
NO. SOALAN: 508
PEMBERITAHUAN PERTANVAAN DEWAN RAKVAT
PERTANVAAN
DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN
VB TUAN WONG CHEN
[ KELANA JAVA]
Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) perkembangan terkini dalam cadangan projek keretapi laju
KL-Singapore (High-Speed Rail); dan
(b) jumlah kos yang akan ditanggung oleh kerajaan Singapura
dan syarikat-syarikat Singapura, memandangkan kos
keseluruhannya dianggarkan sebanyak RM40 billion.
1
JAWAPAN: YB PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI
MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek kereta api
kelajuan tinggi atau High Speed Rail (HSR) antara Kuala Lumpur dan
Singapura kini berada di peringkat penentuan parameter yang
melibatkan penstrukturan butiran terperinci projek termasuk
pengenalpastian jajaran dan lokasi stesen, kaedah-kaedah
pelaksanaan dan perolehan bersama pihak-pihak berkepentingan,
termasuk Kerajaan Singapura.
2. Pembinaan dijangka bermula setelah persetujuan terperinci
dicapai bersama pihak Singapura dan setelah proses perolehan
tam at.
Sekian, terima kasih.
2
NO SOALAN : 509
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN:
..
BUKAN LISAN
VB TUAN WONG CHEN (KELANA JAY A)
Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-
a) Jumlah bayaran yang diterima oleh Kerajaan
daripada pemaju-pemaju dalam penjualan tanah-tanah
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi,
TUDM Butterworth dan TUDM Kinrara; dan
b) Adakah wang diterima telah digunakan untuk
membantu veteran-veteran dan Koperasi Tentera
Angkasa Berhad.
JAWAPAN:
Kerajaan tidak menerima bayaran secara tunai dari
pemaju-pemaju di atas tanah-tanah yang terlibat dalam projek
penswastaan melalui kaedah 'land swap'. Sebaliknya nilaian
balasan hasil 'land swap' tanah digunakan oleh pihak pemaju
dalam menyediakan fasiliti baru dengan mengambilkira
keperluan semasa berdasarkan perjawatan dan skala terkini.
Bagi cadangan pembangunan semula Pangkalan Udara (PU)
Butterworth, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih lagi
di dalam peringkat kajian.
Kos 'land swap' digunakan sepenuhnya untuk
pembangunan semula Pangkalan Udara yang terlibat sahaja.
Sekiranya terdapat lebihan, semua lebihan tersebut akan
dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan di bawah
Kementerian Kewangan.
2
NO. SO ALAN: 510
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BUKAN LISAN
DARIPADA TUAN HEE LOY SIAN
[PETALING JAVA SELATAN)
SO ALAN
Tuan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) minta PERDANA MENTERI
menyatakan syarat-syarat lulus Skim Usahawan Permulaan Bumiputera
(SUPERB), kaedah dan tempoh bayaran balik.
1
JAWAPAN: YB SENATOR DATO' SRI ABDUL WAHID OMAR,
MENTERI 01 JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB), mempunyai syarat
syarat asas seperti berikut:
i. Pemohon lndividu Bumiputera berumur 18 hingga 40 tahun semasa
permohonan dibuat (berdasarkan kepada tahun kelahiran dan tahun
permohonan ), atau
ii. Pemohon Syarikat yang beroperasi kurang dari 3 tahun yang dimiliki
sekurang-kurangnya 60% oleh individu/ individu-individu Bumiputera
yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun (berdasarkan kepada
tahun kelahiran dan tahun permohonan), dan
iii. Idea perniagaan/produk yang mempunyai unsur-unsur inovasi dan
kreativiti dalam bidang-bidang NKEA, dan
iv. Tertakluk kepada penilaian dan kelulusan ahli panel Jawatankuasa
Pemilihan Superb yang terdiri dari usahawan-usahawan terkemuka
dan dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU.
lnsentif program SUPERB merupakan geran yang bernilai sehingga
RM500,000 bagi setiap pemenang. Penyaluran dana dibuat melalui agensi
agensi pemantau dan penyaluran kepada pemenang dibuat secara
2
berperingkat-peringkat berdasarkan "milestone" yang dipersetujui bersama
di . antara pemenang insentif dan agensi pemantau tersebut dengan
kelulusan Jawatankuasa Pemilihan Superb.
Oleh kerana insentif ini adalah dalam bentuk geran, ia tidak melibatkan
kaedah dan tempoh bayaran balik.
Sekian, terima kasih.
3
NO. SOALAN: 511
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB BUKAN LISAN
DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA TUAN HEE LOY SIAN
[ PETALING JAY A SELAT AN 1
RUJUKAN 7315
SO ALAN:
Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan 1 minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan pihak yang bertanggung jawab memantau dan
mengambil tindakan terhadap pengedaran bekalan najis dadah di kalangan
penghuni Pusat Serenti seluruh negara.
JAWAPAN:
AADK melaksanakan tugas merawat,memulih,mencegah dan
melaksanakan perundangan terhadap klien yang terlibat dengan
dadah berdasarkan Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983,
Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 (Akta 638) danPeraturan
Peraturan &Kaedah-kaedah Pusat Pemulihan 1983.
Klien yang telah ditangkap dan dijatuhkan perintah untuk menjalani
rawatan dan pemulihan di PUSPEN I Cure & Care Rehabilitation
Centre (CCRC) oleh Majistret melalui peruntukan Seksyen 6(1 )(a) Akta
Penagih Dadah 1983 mestilah terikat dengan syarat-syarat dan
peraturan Pusat Pemulihan.
Semua PUSPEN I CCRC AADK telah diwartakan di bawah Penubuhan
Pusat Pemulihan. Sekiranya aktiviti pengedaran dadah di kalangan
penagih berlaku di dalam PUSPEN I CCRC, adalah menjadi
tanggungjawab Pihak Pengurusan PUSPEN I CCRC untukmengambil
tindakan dan membuat laporan terhadap aktiviti pengedaran tersebut
kepada pihak polis.
Di dalam Peraturan-Peraturan & Kaedah-Kaedah Pusat Pemulihan
Dadah 1983, di Sahagian VI di bawah Kaedah 34 menegaskan
berkaitan Larangan Keras terhadap pegawai dan kakitangan yang
membekal, memberi atau menjadi ejen kepada klien di dalam Pusat.
2
SOALAN NO: 512
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
JAWAPAN OLEH VB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN
TUAN HEE LOY SIAN
Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KESIHAT AN menyatakan :-
(a) jumlah peningkatan kes denggi dan kematian bagi 2011 hingga Jun 2014; dan
(b )kern pen komprehensif bagi memerangi pembiakan nyamuk aedes.
Tuan Yang Dipertua,
Jumlah kes dan kematian denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari
tahun 2011 hingga 2014 adalah seperti berikut;
2011: 19,884 kes dengan 36 kematian,
2012: 21 ,900 kes dengan 35 kematian,
2013: 43,346 kes dengan 92 kematian,
2014 (sehingga 20 September): 74,335 kes dengan 143 kematian.
Bagi memerangi pembiakan nyamuk Aedes, selain daripada aktiviti rutin
yang dilaksanakan oleh anggota kesihatan iaitu aktiviti Penghapusan
Tempat Pembiakan (PTP) Aedes bagi setiap kes yang dilaporkan,
Kementerian Kesihatan juga melaksanakan beberapa kempen khas
diperingkat kebangsaan seperti;
1. Melaksanakan "Ops Gempur Aedes" iaitu operasi penguatkuasaan
Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 yang
dijalankan pada setiap bulan bermula pada 8 Julai 2013 sehingga
kini.
2. Melaksanakan pemeriksaan Aedes di tapak-tapak pembinaan
dengan kerjasama dengan Lembaga Pembangunan lndustri
Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Keselamatan & Kesihatan
Pekerja (DOSH) terutama di kawasan wabak denggi selaras dengan
Pelan Tindakan Jawatankuasa Peeringkat Kebangsaan Mengenai
Denggi 2014.
3. Mempertingkatkan penubuhan projek Communication for Behavioral
Impact (COMBI) di komuniti bagi meningkatkan penglibatan
masyarakat di dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi
terutama di dalam aktiviti cari dan musnahkan tempat-tempat
pembiakan Aedes di komuniti masing-masing.
4. Menyediakan perkhidmatan outsource semburan kabus di daerah
yang melaporkan kejadian kes denggi yang tinggi seperti di daerah
Pataling, Hulu Langat, Gombak dan Kota Bharu bagi bantuan
tambahan kawalan denggi dan outsource kutipan sampah di Lembah
Klang terutama sebagai tambahan perkhidmatan kutipan sampah
sedia ada.
NO. SOALAN: 513
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN
DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA TUAN HEE LOY SIAN
[ PETALING JAVA SELATAN ]
RUJUKAN 7316
SO ALAN:
Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) senarai lokasi Ops Tutup di kawasan Parlimen Petaling Jaya
Selatan; dan
(b) jumlah kadar tangkapan lumba haram dan aduan kehilangan
motosikal pada tahun 2011 hingga 2013 di kawasan yang sama.
JAWAPAN:
Bagi menjawab soalan (a), senarai lokasi Ops Tutup di kawasan
Parlimen Petaling Jaya Selatan adalah seperti berikut:-
1. Lebuhraya SPRINT
2. Lebuhraya NKVE
3. Kota Damansara
4. Taman Medan
Bagi menjawab soalan (b), bagi tempoh 2011 sehingga 2013,
tiada sebarang tangkapan dibuat terhadap kes lumba haram,
operasi yang dijalankan adalah membuat pencegahan daripada
aktiviti mat rempit atau lumba haram berlaku seperti
mengadakan rondaan dan sekatan jalanraya.
Statistik kehilangan motosikal di kawasan Parlimen Petaling
Jaya Selatan bagi tahun 2011 sehingga 2013 seperti berikut:-
DAERAH PETALING JAVA 2011 2012 2013
OAMANSARA 254 255 200 KELANAJAVA 245 249 249 KG. BARU SUBANG 159 172 0 KOTA DAMANSARA 214 218 189 LT SULTAN ABDUL AZIZ SHAH 0 1 6 PETALING JAVA 647 704 790 SEA PARK 56 69 75 SG. BULOH 395 386 0 SG. PELONG 112 104 0 SG. WAY 436 522 479 SRI DAMANSARA 0 19 265 ·
JUMLAH 2,518 2,699 2,253
2
NO. SOALAN: 514
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BUKAN LISAN
DARIPADA VB TUAN HEE LOY SIAN
[ PETALING JAVA SELATAN]
SO ALAN
YB Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan] minta PERDANA
MENTERI menyatakan:-
(a) senarai operator bas di Lembah Klang, jumlah laluan yang
dilalui dan bilangan bas setiap laluan itu; dan
(b) sasaran dalam menambahkan bilangan operator bas dan
kaedah dalam pemberian lesen operator bas di Lembah
Klang.
1
JAWAPAN: VB PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI
MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
1. Pada masa ini, sebanyak 13 operator memberikan
perkhidmatan bas henti-henti di kawasan Lembah Kelang,
merangkumi 273 laluan dan 1 ,370 buah bas.
2. Senarai operator bas henti-henti di Lembah Klang, jumlah laluan
yang dilalui dan bilangan bas setiap laluan itu adalah seperti berikut:
No. Pengendali Bas Berhenti-henti di Bilangan Bilangan
Lembah Kelang Laluan Bas
1. Rapid KL 169 817
2. Sri lndah Jaya sdn Bhd 2 13
3. Kenderaan Klang Banting Bhd 26 95
4. Setara Jaya Sdn Bhd 6 51
5. Gito Translink Travels Sdn Bhd 2 3
6. De' alfa City Bus Sdn Bhd 3 4
7. Seranas Sdn Bhd 8 50
8. Selangor Omnibus Sdn. Bhd. 5 25
9. Wawasan Sutera Travel & Tours Sdn Bhd 12 38
10. Syarikat Bas Len Seng Sdn Bhd 1 8
11. Faro Resources (m) Sdn.Bhd 1 1
12. Metrobus Nationwide Sdn Bhd 36 261
13. Sri Theven Travel & Tours Sdn Bhd 2 4
JUMLAH 273 1370
2
3. Buat masa ini, tiada perancangan untuk menambah bilangan
operator bas henti-henti di Lembah Klang. Walaubagaimanapun,
pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) S.P.A.D
sedang merangka cadangan penambahbaikan perkhidmatan sesua1
dengan inisiatif Transformasi Servis Bas Henti-henti (SBST).
4. Di antara cadangan-cadangan yang sedang dikenalpasti ialah
menyarankan para pengendali sedia ada untuk beroperasi
berdasarkan sistem koridor bagi memaksimakan kapasiti loading bas
dan pengurangan kos secara menyeluruh. Selain itu, terdapat juga
perancangan untuk mewujudkan laluan-laluan baru yang belum diberi
perkhidmatan bagi menyokong rangkaian perkhidmatan rei yang sedia
ada dan akan datang.
5. lnisiatif ini dijangka akan dapat memperbaiki sistem
Pengangkutan Awam bagi memastikan ia selesa dan menepati
keperluan penduduk di Lembah Kelang .
Sekian, terima kasih.
3
NO. SOALAN: 515
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN
DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA TUAN R. SIVARASA [ SUBANG ]
RUJUKAN 7317
SO ALAN:
Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan jumlah kes kematian dalam tahanan Polis DiRaja
Malaysia (PDRM) di seluruh Malaysia sejak 2004 hingga 2014
mengikut kaum, jantina, kewarganegaraan, tempat kejadian dan
sebab kematian untuk setiap tahun.
BIL
1
2
3
4
5
6
JAWAPAN:
Kementerian memandang serius dan sentiasa komited dalam
mengelakkan kejadian kematian dalam tahanan polis atau agensi
penguatkuasa yang lain. Kementerian tidak akan sekali-kali
berkompromi dan melindungi mana-mana pegawai polis atau
pegawai penguatkuasa yang disyaki menggunakan kekerasan
yang menyebabkan kecederaan atau menyebabkan kematian
semasa dalam tahanan. Setiap aduan berkaitan kecederaan atau
kematian semasa dalam tahanan akan disiasat dan tindakan
sewajarnya oleh Kementerian akan diambil sama ada dari sudut
tatatertib atau mencadangkan kepada pihak Pendakwaraya untuk
dituduh di Mahkamah.
Statistik tahanan mati dalam lokap Polis pada tahun 2009
sehingga 2014 (Ogos) mengikut bangsa seperti berikut:-
TAHANAN MAn DAb.AM LOKAP DAN JAGAAN POUS PECAMAN MENGIKUT KAUM
BAGl TAHUN 2009 HINGGA 2014 ($9TEMBER)
JUMLAH LAIN-WARGA
TAHUN LELAKI PEREMPUAN MELAYU CINA INDIA NEGARA KES LAIN ASING
2009 7 7 1 2 4
2010 9 9 5 1 3
2011 17 17 11 3 1 2
2012 17 2 . 19 4 4 6 2 3
2013 18 2 20 3 5 . 5 1 6
2014 13 1 14 5 3 4 2
JUMLAH 81 5 86 29 18 23 3 13
2
JUMLAH KES
7
9
17
19
20
14
86
BIL 1 2 3
4
5 6
Bagi statistik tahanan mati dalam lokap Polis pada tahun 2009
sehingga 2014 (Ogos) mengikut punca kematian seperti berikut:-
STATISTIK TAHANAN MATI DALAM LOKAP DAN JAGAAN POLIS MENGIKUT PUNCA KEMATIAN BAGI
TAHUN 2009 HINGGA 2014 (SEPTEMBER) PUNCA KEMATIAN 2009 2010 2011 2012 2013 2014 JUM HIV 1 1 SAKITASMA 1 SAKIT JANTUNG 3 1 2 1 1 LAIN-LAIN PENY AKIT ( USUS, HA TI, KUNING, ULSER, P ARU-P ARU, 3 5 15 13 15 12 KERONGKONG) GANTUNG DIRI 2 1 1 4 2 DICEDERAKAN POLIS 1 1
JUMLAH 7 9 17 19 20 14
Bagi mengatasi kematian dalam lokap, pihak PDRM telah
menyemak semula Standard Operation Procedure (SOP) yang
sedia ada bagi pengurusan orang tahanan dengan memasukkan
elemen baru di antaranya:-
a) Memastikan borang pengesahan penyakit I kecederaan
hendaklah diisi dan disahkan oleh orang tahanan itu
sendiri.
b) Orang tahanan yang menghidap penyakit berjangkit yang
berisiko tinggi kepada tahanan lain hendaklah dengan
seberapa yang boleh diasingkan daripada tahanan lain.
c) Lawatan pihak SUHAKAM adalah untuk menentukan
tahanan yang ditahan mengikuti garis panduan yang
dikeluarkan oleh pihak antarabangsa.
3
2 1 8
63
10 2 86
d) Orang tahanan hendaklah seboleh mungkin diasingkan
mengikut kategori penahanan mereka sama ada ianya
merupakan tahanan reman, tahanan yang telah dijatuhkan
hukuman, tahanan yang mabuk, penjenayah yang habitual
tahanan yang ditahan di bawah undang-undang
pencegahan, tahanan wanita dan tahanan kanak-kanak.
e) Pemeriksaan berkala oleh pegawai perubatan dari
Kementerian Kesihatan.
f) Semua lokap PDRM akan dilengkapi dengan CCTV bagi
tujuan memantau pergerakan dan rakaman bagi
memastikan orang tahanan dan pegawai polis yang
bertugas dapat dipantau sepenuhnya sepanjang masa.
Adalah diyakini dengan transformasi dan langkah-langkah drastik
yang telah diperkenalkan ini, kes kematian dalam tahanan dapat
ditangani dengan lebih telus dan diterima oleh semua pihak dan
sekali gus dapat mengurangkan kes kematian dalam tahanan.
4
NO. SOALAN: 516
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN
DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA TUAN R. SIVARASA [ SUBANG 1
RUJUKAN 7318
SO ALAN:
Tuan R. Sivarasa [ Subang 1 minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan jumlah dan status perjalanan inkues untuk kes-kes
kematian dalam tahanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dari tahun
2004 hingga 2014 untuk setiap tahun. Daripada jumlah kes
kematian:-
(a) berapa kes kematian yang diarahkan untuk menjalani inkues
dan berapa kes inkues yang belum selesai; dan
(b) berapa kes inkues yang sudah selesai dan berapa kes
kematian yang diklasifikasi NFA atau "No Further Action".
JAWAPAN:
Berdasarkan statistik, kes kematian semasa dalam tahanan Polis
bagi tahun 2009 hingga 2014 adalah berjumlah 86 orang.
Daripada jumlah tersebut sebanyak 12 kes telah selesai inkues,
8 masih lagi dalam proses inkues, 23 kes dirujuk kepada
Timbalan Pendakwa Raya, 6 kes dirujuk kepada Majistret, 20 kes
masih dalam siasatan dan 2 kes telah didakwa. Sebanyak 15 kes
pula telah dirujuk kepada Majistret dan memutuskan tiada
inkues a tau "No Further Action".
Pecahan mengikut tahun seperti berikut:-
STATISTIK TAHANAN MATI DALAM LOKAP DAN JAGAAN POUS YANG TELAH D1 NFA/KUS DAN INKUES SEDANG DJJALANKAN PADA iAKUN 2009 HINGGA 2014 (SEPTEMBI;R)
PERKARA
MAJISTRET BIL TAHUN MEMUTUSKAN JUMLAH
PENDAKWAAN MASIH SELESAI TIADA INKUES DIRUJUK DIRUJUK DALAM KES INKUES INKUES DIPERLUKAN DPP MAJISTRET SIASATAN
(NFA)
1 2009 1 (JATUH HUKUM) 1 2 3 7
2 2010 2 3 4 9
3 2011 1 4 6 4 2 17
4 2012 4 2 2 8 1 2 19
5 2013 1 (SEDANG BICARA) 2 2 1 6 3 5 20
6 2014 1 13 14
JUMLAH 2 8 12 15 23 6 20 86
*IDW (INQUEST DISPENSE WITH)
2
SOALAN NO. 517
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN JAWAB BUKAN LISAN
DARIPADA TUAN R. SIVARASA [ SUBANG 1
TARIKH 7 OKTOBER 2014 (SELASA)
SO ALAN
Tuan R. Sivarasa [ Subang 1 minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
a) berapakah bilangan permohonan Perintah Perlindungan Interim yang
diterima oleh mahkamah majistret seluruh negara setiap bulan dari 1
Januari 2010 hingga kini, mengikuti negeri, dan berapakah bilangan
yang diluluskan dan ditolak ; dan
(b) berapakah bilangan laporan pelanggaran Perintah Perlindungan
Interim (I PO) diterima setiap bulan dari 1 Januari 2010 hingga kini
mengikuti negeri, dan berapa suspek ditahan kerana dituduh
1
melanggar IPO, dan jumlah pendakwaan berkaitan, jumlah sabitan,
dan hukuman yang diturunkan.
2
JAWAPAN
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
amat prihatin dan memandang serius akan kes keganasan rumah tangga
yang berlaku di negara ini. Begitu juga dengan kes penderaan ke atas
kanak-kanak yang merupakan aset penting yang bakal mencorakkan masa
hadapan negara. Sesungguhnya sebarang konflik dan cabaran rumah
tangga perlu diselesaikan dengan cara berhemah dan bijak tanpa
melibatkan keganasan berbentuk fizikal, psikologi, emosi atau mental,
sama ada kepada suami, isteri, anak-anak ataupun keluarga.
Mangsa-mangsa keganasan rumah tangga boleh membuat permohonan
ke mahkamah untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Interim (IPO)
dan Perintah Perlindungan (PO) jika merasakan diri mereka terancam atau
tidak selamat di atas perlakuan pelaku seperti telah dicederakan atau
diugut, mengikut peruntukan sek. 4 dan sek. 5 Akta Keganasan Rumah
Tangga 1994. IPO dan PO boleh dipohon terus oleh mangsa kepada pihak
mahkamah atau melalui khidmat guaman atau melalui pegawai
penguatkuasa iaitu pihak polis/Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
3
Perintah ini akan menghalang pelaku untuk terus menggunakan apa-apa
cara keganasan rumah tangga terhadap mangsa atau keluarga yang
dilindungi.
Bilangan permohonan Perintah Perlindungan Interim (IPO) yang diterima
oleh mahkamah majistret di seluruh negara mulai Januari 2010 hingga Jun
2014 yang direkodkan oleh JKM adalah sebanyak 1,402 permohonan.
JKM tidak mempunyai sebarang rekod berkaitan pelanggaran Perintah
Perlindungan Interim (IPO) kerana perkara tersebut dilapor terus kepada
pihak polis untuk tindakan undang-undang.
4
Berikut adalah pecahan permohonan IPO mengikut negeri mulai tahun
2010 hingga Jun 2014 yang direkodkan oleh JKM:
PERMOHONAN PERINTAH PERLINDUNGAN SEMENTARA (IPO) BAGI TAHUN 2010- JUN 2014
TAHUN
NEGERI 2014 2010 2011 2012 2013 (sehingga
Jun) Johor 23 51 52 53 37 Kedah 28 19 25 13 6 Kelantan 28 2 5 5 11 Melaka 8 10 6 12 12 Negeri Sembilan 72 13 5 1 0 Pahang 21 8 12 16 2 Perak 8 25 4 4 3 Perlis 7 0 0 0 2 Pulau Pinang 52 32 32 40 35 Sa bah 38 8 27 0 5 Sarawak 4 1 3 5 6 Selangor 58 121 86 38 39 Terengganu 3 4 2 2 2 W.P. Kuala
24 29 42 27 20 Lumpur W.P. Labuan 4 2 0 0 2
Jumlah 378 325 301 216 182
JUMLAH 1,402
BESAR
5
NO. SOALAN: 518
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN
DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA TUAN R. SIVARASA [ SUBANG ]
RUJUKAN 7319
SO ALAN:
Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan berapakah bilangan kes keganasan rumah tangga yang
dilaporkan ke polis setiap bulan dari 1 Januari 2010 hingga kini
mengikut negeri, dan meminta menyatakan bilangan-bilangan
suspek, kes (laporan) ditarik balik, kes disiasat penuh, suspek
didakwa, kes-kes akhir dengan sabitan dan pecahan hukuman yang
dikenakan.
JAWAPAN:
lsu keganasan rumahtangga adalah merupakan isu yang
kompleks memandangkan pelbagai sebab yang boleh menjurus
kepada berlakunya kejadian tersebut seperti mabuk, masalah
kewangan, hubungan cinta, sifat panas baran, tekanan kerja dan
sebagainya. Pihak PDRM amat perihatin dan mengambil berat
untuk menangani masalah tersebut kerana perlakuan tersebut
bukan sahaja boleh mendatangkan kecederaan fizikal tapi juga
boleh mendatangkan trauma dan kesan psikologi yang
berpanjangan kepada anak-anak yang masih mentah.
Statistik PDRM menunjukan bahawa sebanyak 3,173 kes
keganasan rumah tangga telah dilaporkan pada tahun 2010,
pada tahun 2011 telah meningkat kepada 3,277 kes, tahun 2012
angka berkenaan terus meningkat kepada 3,488 kes. Pada tahun
2013 kes telah menunjukkan peningkatan yang ketara kepada
4,123 kes dan pada tahun 2014 (sehingga Julai), jumlah yang
telah direkodkan 2,87 4 kes.
2
Pecahan mengikut negeri seperti berikut:-
KONTINJEN 2010 2011 2012 2013 2014
PERLIS 47 64 100 91 50 KEDAH 135 173 165 288 263
P/PINANG 282 300 230 240 179 PERAK 345 353 315 344 189
SELANGOR 626 572 436 512 382 KILUMPUR 123 224 271 243 126
N/SEMBILAN 239 250 352 503 290 MELAKA 64 74 80 95 57
JOHOR 300 256 350 583 302
PAHANG 164 190 208 165 129 TERENGGANU 45 65 138 178 124
KELANTAN 242 229 349 413 361 SA BAH 301 280 214 231 191
SARAWAK 260 247 280 237 231
JUMLAH 3173 3277 3488 4123 2874
Statistik jumlah kes yang disiasat dan kes yang ditarik balik bagi
tahun 2010 sehingga 2014 ( Julai ) seperti berikut:-
TAHUN 2010 2011 2012 2013 2014
KES DISIASAT 3173 3277 3488 4123 2874
T/BALIK KES 375 467 61 64 13
3
Kes rumah tangga akan disiasat di bawah seksyen 326 Kanun
Keseksaan dan seksyen 323 Kanun Keseksaan. Pihak PDRM
tidak mempunyai maklumat tentang bilangan dan jenis hukuman
yang dikenakan kerana ianya merupakan bidang kuasa
Mahkamah.
Pihak PDRM akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan kesedaran
kepada mangsa terutamanya wanita tentang hak dan
tanggungjawab untuk membuat aduan terhadap sebarang
bentuk keganasan yang mereka alami dan hanya mengambil
sikap mendiamkan diri atau memendam rasa sahaja.
4
NO. SOALAN: 519
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN
DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA TUAN R. SIVARASA [ SUBANG ]
RUJUKAN 7320
SO ALAN:
Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan :-
a) jumlah tahanan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan
Pemerluasan) 2014 (POCA) dari tarikh pindaan kepada akta
dikuatkuasakan sehingga ke hari ini dengan pecahan setiap bulan
mengikut warganegara, negeri asal, bangsa, jantina, umur,
pertuduhan, tempoh ditahan dan tempat mereka ditahan; dan
b) jumlah Perintah Tahanan dan Perintah Sekatan yang telah
dikeluarkan, mengikut bulan, di bawah POCA 2014 sejak pindaan
dikuatkuasakan ke hari ini.
1
JAWAPAN:
Untuk makluman, sehingga 30 September 2014, seramai enam
(6) orang telah dikenakan Perintah Tahanan di bawah seksyen
19A Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297).
Manakala bagi tempoh yang sama, seramai 115 orang telah
dikenakan Perintah Pengawasan Polis di bawah seksyen 15 Akta
ini. Statistik Perintah Tahanan dan Perintah Pengawasan Polis
tersebut adalah seperti di Lampi ran A, Lampi ran A 1 dan
Lampiran B.
2
LAMPIRAN A
STATISTIK PERINTAH TAHANAN 01 BAWAH AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959
(AKTA 297) BAGI TEMPOH 02 APRIL 2014 HINGGA 30 SEPTEMBER 2014
Bil. Status Kaum Jantina Pusat Pemulihan Khas Kewarganegaraan
w BW Melayu Cina India Lain- L w Bentong Simpang lain Renggam
April - - - - - - - - - -Mei - - - - - - - - - -Jun - - - - - - - - - -Julai - - - - - - - - - -Ogos - - - - - - - - - -
September 3 3 2 - - 4 6 - 4 2
Jumlah 3 3 2 - - 4 6 - 4 2 ~- - - ----- L-.--- -1....--~-- -- -- -~- -- ---~
3
LAMPIRAN A1
MAKLUMAT PERINTAH TAHANAN 01 BAWAH AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 (AKTA 297)
BAGI TEMPOH 02 APRIL 2014 HINGGA 30 SEPTEMBER 2014
Bil. Nama Warganegara Tarikh & Tempoh Tempat Kegiatan Tahanan Tahanan
1. Abu Bakar bin Malaysia 09 September 2014 Pus at Merekrut ahli untuk suatu Jaiyari selama dua (2) Pemulihan· pertubuhan yang menyalahi
(Sabah) Tahun Khas Bentong, undang-undang iaitu Sultanate of 61 Tahun Pahang Sulu & North Borneo. (Melayu I Lelaki)
2. Zainuddin bin Malaysia 09 September 2014 Pus at Merekrut ahli untuk suatu Milsani selama dua (2) Pemulihan pertubuhan yang menyalahi
(Sabah) Tahun Khas Bentong, undang-undang iaitu Sultanate of 50 Tahun Pahang Sulu & North Borneo. (Melayu I Lelaki)
3. Kasim bin Ibrahim Tiada 09 September 2014 Pus at Merekrut ahli untuk suatu Pengenalan selama dua (2) Pemulihan pertubuhan yang menyalahi
49 Tahun Diri Tahun Khas Bentong, undang-undang iaitu Sultanate of (Filipina I Lelaki) Pahang Sulu & North Borneo.
(Filipina)
-----
4
Bil. Nama Warganegara Tarikh & Tempoh Tern pat Kegiatan Tahanan Tahanan
4. Afgan Indonesia 10 September 2014 Pusat Ahli kumpulan samun yang terlibat selama dua (2) Pemulihan di dalam jenayah samun berkawan
40 Tahun Tahun Khas Bentong, bersenjatakan parang. (Indonesia I Lelaki) Pahang
5. Hendrison bin Suid Malaysia 10 September 2014 Pusat Ahli kumpulan samun yang terlibat (PR) selama dua (2) Pemulihan di dalam jenayah samun berkawan
42 Tahun Tahun Khas Simpang bersenjatakan parang. (Indonesia I Lelaki) Renggam,
Kluang, Johor
6. Soleh Indonesia 10 September 2014 Pus at Ahli kumpulan samun yang terlibat selama dua (2) Pemulihan di dalam jenayah samun berkawan
42 Tahun Tahun Khas Simpang bersenjatakan parang. (Indonesia I Lelaki) Renggam,
Kluang, Johor
- - - - - - - - --- -
5
LAMPIRAN 8
STATISTIK PERINTAH PENGAWASAN POLIS Dl BAWAH AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959
(AKTA 297) 2014 BAGI TEMPOH 02 APRIL 2014 HINGGA 30 SEPTEMBER 2014
Bil. Bulan Kaum Jan tina
Jumlah M c I UL Lelaki Perempuan
1 April - 1 - - 1 - 1
2 Mei 2 6 12 - 20 - 20
3 Jun 13 6 17 - 36 - 36
4 Julai 16 4 10 - 30 - 30
5 Ogos 4 2 13 - 19 - 19
6 September 6 2 1 - 9 - 9
Jumlah Besar 41 21 53 0 . 115 0 115
6
NO. SOALAN : 520
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN
YB. TUAN MANIVANAN AIL
GOWINDASAMY [ KAPAR]
YB. Tuan Manivanan a/1 Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI
PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan:
a) Jumlah peserta dalam Program MM2H yang giat dipromosikan sejak
tahun 2002 setakat 30 September 2014 ini, dengan pecahan
mengikut warganegara peserta-peserta tersebut; dan
b) negeri-negeri dalam Malaysia yang paling popular dipilih untuk
program Malaysia Rumah Kedua Ku dan juga menyatakan jumlah
pelaburan asing yang diterima menerusi program tersebut mengikut
pecahan setiap negeri.
JAWAPAN: DATO' SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ
MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
Tuan Yang di-Pertua,
Sejak Program Malaysia My Second Home (MM2H) dilancarkan pada
tahun 2002 sehingga Ogos 2014 (data terkini), seramai 26,162 orang
warganegara asing dari 123 buah negara telah diluluskan untuk tinggal
secara jangka panjang atau "long-stay" di Malaysia. Daripada jumlah ini, 10
buah negara asal dengan bilangan peserta teramai adalah dari negara
China (5,929), diikuti Jepun (3,434), Bangladesh (2,933), United Kingdom
(2, 143), Iran (1 ,303), Singapura (1 ,090), Taiwan (1 ,017), Pakistan (896),
Korea Selatan (872), dan India (762).
Tuan Yang di-Pertua,
Negeri-negeri dalam Malaysia yang paling menjadi pilihan peserta MM2H
adalah Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.
Bagi tempoh 1 Januari 2007 hingga 31 Ogos 2014, Kementerian ini telah
meluluskan sebanyak 2,529 permohonan daripada peserta MM2H untuk
membeli hartanah kediaman yang melibatkan nilai pelaburan sebanyak
RM2,536.22 juta.
Sekian, terima kasih.
2
SOALAN NO: 521
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SO ALAN
BUKAN JAWAB LISAN
TUAN MANIVANAN AIL GOWINDASAMY
[ KAPAR 1
7 OKTOBER- 27 NOVEMBER 2014
521
Tuan Manivanan a/1 Gowindasamy [ Kapar 1 minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-
a) bilangan laporan kes penipuan melalui Iaman sosial Internet untuk
tahun 2012, 2013 dan sehingga 30 September 2014, serta usaha
usaha yang diambil bagi membanteras kes penipuan sedemikian;
dan
b) senaraikan secara terperinci rasional memantau aktiviti-aktiviti
pengguna Internet khususnya dalam Iaman sosial Internet, dan
memberi penjelasan berhubung cara-cara pemantauan yang
didakwa mencabuli keperibadian dan hak pengguna Internet.
JAWAPAN:
Yang Berhormat,
Bukan semua kes atau kesalahan yang dilakukan di Internet berada
dalam bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Jenayah penipuan misalnya adalah di bawah bidang kuasa Kementerian
SOALAN NO: 521
Dalam Negeri khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pihak SKMM
pada kebiasaannya akan memberi bantuan secara teknikal apabila
diperlukan oleh pihak PDRM sekiranya kes tersebut dilakukan dalam
tal ian.
Sepanjang tahun 2012 hingga sekarang, pihak SKMM telah menerima
sebanyak 490 aduan berkaitan dengan skim penipuan di Internet di
mana kes-kes tersebut telah dipanjangkan kepada pihak PDRM untuk
tindakan mereka yang selanjutnya.
Jumlah aduan berkaitan skim penipuan yang diterima SKMM dari
2012 sehingga kini
- - ;r -:~ ~;; r~ ~~(-~-- - --- -' . - -• ~ ... ',:I tJ ! '- : ,, : ' • '~"', '-' I:_ f ~ I I : i ; ,-~' ~ . _- ~' • 'j' ..
. ---- - --- ---- - - - -- - -- - --. . --~--- - ·- - -
2012 193
2013 180
2014 117
JUMLAH KESELURUHAN 490
Kementerian melalui SKMM sentiasa membuat pemantauan Internet
sama ada secara rambang atau berdasarkan aduan orang awam
terhadap kandungan Iaman blog,portal berita atau media sosial yang
dikenalpasti bagi membendung sebarang aktiviti penyalahgunaan
Internet.
Selain pemantauan, pendekatan yang terbaik untuk mengawal
kandungan negatif adalah melalui pendidikan pengguna untuk
SOALAN NO: 521
menggunakan Internet secara positif. Oleh itu, pengguna perlu membuat
pilihan bijak, kerana tidak semua kandungan yang boleh didapati · di
Internet selari dengan pandangan dan budaya tempatan. Maka, pihak
SKMM melalui kempen 'Kiik Dengan Bijak' telah mengambil inisiatif
mendidik pengguna-pengguna Internet mengenai penggunaan Internet
secara positif serta mengamalkan pengawalseliaan kendiri.
SIDANG DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KETIGA BELAS (2014)
PERTANYAAN
DARIPADA
BERTULIS
VB TUAN MANIVANAN AIL
GOWINDASAMY [ KAPAR]
SO ALAN 522
minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan:
a) pencapaian dan kejayaan pelancaran Tahun
Pengkomersilan MOST I 2014 (MCY2014) seta kat ini dalam
mempromosikan dan mengkomersilkan produk-produk
penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains,
teknologi dan inovasi; dan
b) jumlah dana yang ditawarkan kepada syarikat industri kecil
dan sederhana untuk menjalankan projek yang meliputi
sektor teknologi maklumat dan komunikasi, bioteknologi,
industri, teras sains dan teknologi, dan bilangan projek yang
diluluskan untuk setiap kategori dengan nilai pembiayaan
untuk projek tersebut.
1
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Tahun Pengkomersilan MOSTI 2014 atau MOSTI Commercialisation
Year 2014 (MCY2014) telah dilancarkan pada 23 Januari 2014. MOSTI
melancarkan tahun 2014 sebagai MCY2014 adalah bertujuan
menyegerakan pengkomersilan teknologi dan produk yang dihasilkan
melalui peruntukan dana MOST I bagi RMKe-9 dan RMKe-1 0. Objektif
MCY2014 adalah seperti berikut:
a. Menyediakan satu . platform pengkomersilan teknologi
komprehensif (technology commercialisation platform) dari aspek
pembangunan produk untuk menepati standard, clinical dan
market testing serta menambah baik produk bagi tujuan
pembungkusan, pelabelan, penjenamaan dan product redesign;
b. Mempertingkatkan kemampuan dan keupayaan usahawan tekno
melalui akademik, teknologi, teknikal, generik dan keusahawanan;
dan
c. Menyasarkan sekurang-kurangnya enam puluh (60) produk
research and development (R&D) untuk dikomersilkan dari
pelbagai sektor pada tahun 2014.
Tuan Yang di-Pertua,
Sebanyak 58 produk dari 60 produk yang disasarkan setiap tahun
bermula pada tahun 2014 telah berjaya dikomersialkan di bawah
platform MCY2014. MOSTI yakin akan berjaya merealisasikan
pencapaian 1 00% sasaran MCY2014 pad a akhir tahun ini.
2
Di samping itu, MOSTI juga telah menubuhkan dua (2) galeri produk
iaitu Galeri Produk R&D di Technology Park Malaysia (TPM) dan
Pusat Kraftangan (lnnokraf) di bangunan SIRIM Melaka. Penubuhan
galeri produk ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat
setempat mengenai hasil-hasil keluaran projek di bawah biayaan
MOSTI. Galeri produk ini juga dibuat secara maya (virtual) untuk
membantu memperkembangkan promosi produk secara atas talian
(online).
Incubator Visualisation Module (IVM) di Teknologi Park Malaysia (TPM)
juga merupakan pusat bagi memperkasakan teknopreneur melalui
program-program inkubator. lni merupakan salah satu kemudahan
akses kepada lnfrastruktur.
Melalui platform MCY2014 juga, MOSTI telah berjaya menerbitkan
Direktori Produk dan Perkhidmatan Penyelidikan, Pembangunan
dan Pengkomersilan (R,D&C) Edisi Khas yang dilancarkan oleh VB
Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan lnovasi (MOSTI)
semasa Persidangan dan Pameran Pengkomersilan MOSTI (MCCE
2014) di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 13 Ogos 2014.
Sebahagian maklumat produk dan perkhidmatan yang telah
dikomersilkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9) di bawah
pembiayaan MOSTI telah dibukukan dalam Direktori Edisi Khas ini yang
mengandungi senarai 108 buah organisasi yang telah berjaya
mengkomersilkan produk dan perkhidmatan mereka melalui
pembiayaan dana dan geran di bawah MOSTI.
3
Tuan Yang di-Pertua,
Berhubung soalan VB berkaitan jumlah dana yang ditawarkan kepada
syarikat industri kecil dan sederhana. Kerajaan telah menyediakan
pelbagai inisiatif dalam bentuk geran dan kemudahan melalui
Kementerian Sains, Teknologi dan lnovasi (MOSTI) di bawah Dana
TechnoFund dan Dana lnnoFund semasa Rancangan Malaysia Ke-9
(RMKe-9) bagi mengisi jurang di antara peringkat penyelidikan asas dan
pengkomersilan. Pada Rancangan Malaysia ke-10 (RMKe-10) kedua
dua dana ini telah digabungkan untuk menjadi Dana Pra
Pengkomersilan.
Dana lnnoFund melalui skim Dana Enterprise lnnoFund (ElF)
ditawarkan khusus kepada usahawan mikro dan usahawan kecil dan
sederhana dengan jumlah pemDrayaan se ·ngga RMSOO,OOO.OO yang
membiayai pembangunan atau penambahbaikan produk-produk baru
atau sedia ada, proses atau perkhidmatan dengan unsur-unsur inovasi.
Manakala Dana TechnoFund ditawarkan untuk projek di dalam peringkat
pra-pengkomersilan bagi penyelidikan ke arah pembuktian konsep yang
kukuh dengan jumlah pembiayaan sehingga RM 3 juta.
Bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-10, sehingga Oktober 2014,
sebanyak 59 projek berjumlah RM1 04,694.241.33 telah diluluskan di
bawah Dana TechnoFund kepada syarikat industri kecil dan sederhana.
Bagi Dana lnnoFund pula, sebanyak 26 projek berjumlah
RM7,791 ,562.00 telah diluluskan meliputi sektor teknologi maklumat dan
komunikasi, bioteknologi, industri, teras sains dan teknologi. Pecahan
bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
4
Jenis Dana Enterprise lnnoFund TechnoFund
Nilai Nilai Jumlah Jumlah pembiayaan Kategori pembiayaan Projek Projek
(RM) (RM)
ICT 8 2,137,997.00 10 12,739,503.00
Bioteknologi 4 914,660.00 11 20,254,850.00
lndustri 14 4,738,905.00 32 58,998,888.33
Teras Sains & Teknologi - - 6 12,701,000.00
Jumlah 26 7,791,562.00 59 104,694,241.33
Sekian, terima kasih
5
SOALAN NO. 523
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SO ALAN
JAWAB BUKAN LISAN
TUAN MANIVANAN AIL GOWINDASAMY
[ KAPAR]
7 OKTOBER 2014 (SELASA)
Tuan Manivanan a/1 Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan langkah dan bantuan yang telah dan akan dijalankan ke atas
isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Semenanjung serta Sabah dan
Sarawak berdasarkan perincian Kementerian Dalam Negeri bahawa jumlah
kanak-kanak tersebut mencecah 14 ribu dari tahun 2013 sehingga April
2014.
1
Jawapan:
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
amat prihatin dan memandang serius isu kanak-kanak tanpa
kewarganegaraan di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), akan bertindak
menyelamatkan kanak-kanak sekiranya terdapat sebarang aduan berlaku
pengabaian dan penderaan terhadap kanak-kanak. Tindakan yang diambil
berdasarkan kepada perenggan 17(1 ), Akta Kanak-Kanak 2001. Kanak
kanak yang diselamatkan Oika disahkan sebagai warganegara asing) akan
terus dirujuk kepada Jabatan lmigresen atau pihak kedutaan yang terlibat.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai ibubapa atau penjaga tetapi tiada
dokumen pengenalan diri J KM akan membantu menasihati ibubapa atau
penjaga menguruskan permohonan Daftar Lewat Kelahiran kanak-kanak
dengan kerjasama lbu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara.
Sekiranya ibubapa atau penjaga kanak-kanak tidak dapat dikesan maka
kanak-kanak akan diberi perlindungan di institusi kebajikan.
2
Bagi menentukan status kewarganegaraan seorang kanak-kanak,
bidangkuasa tersebut terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri dan
KPWKM hanya memberi tumpuan dari aspek perlindungan kanak-kanak
tersebut sahaja.
3
NO. SOALAN: 524
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN
TUAN MANIVANAN AIL GOWINDASAMY
[KAPAR]
524
Tuan Manivanan all Gowindasamy [ Kapar ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan :-
a) apakah rasional menjadikan tenaga nuklear sebagai tenaga
alternatif dalam negara ini, memandangkan Jerman dan Jepun
pun masing-masing bersungguh-sungguh menggantikan
penjanaan kuasa elektrik melalui sumber nuklear akibat risiko dan
kebahayaannya; dan
b) secara terperinci usaha-usaha penyelidikan yang dijalankan bagi
menjadikan sisa buangan sebagai sumber penjanaan tenaga
dalam negara ini, yang mana bukan sahaja mesra persekitaran,
tetapi juga dapat sekali gus menyelesaikan masalah pengurusan
sisa pepejal.
JAWAPAN: Y.B. DATO' MAH SlEW KEONG
MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
a) Siri Kajian yang komprehensif mengenai penggunaan tenaga
nuklear untuk penjanaan elektrik yang sedang dijalankan adalah
selaras dengan Dasar Baru Tenaga seperti yang dinyatakan
dalam dokumen Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK1 0) dan
juga Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Dasar Baru Tenaga tersebut, di antara lain, telah menyatakan
pembangunan tenaga nuklear akan dipertimbangkan sebagai
salah satu pilihan sumber bahan a pi bagi . penjanaan tenaga
elektrik jangka panjang di Semenanjung. Bagi tujuan tersebut,
Dasar Baru Tenaga ini menekankan aspek pelaksanaan Kajian
Kemungkinan yang terperinci, termasuk meneliti keperluan
latihan modal insan dan juga kempen kesedaran bagi
meningkatkan pemahaman serta penerimaan masyarakat
terhadap tenaga nuklear. ETP pula termasuk satu Projek
Permulaan, atau, dengan izin, Entry Point Project (EPP),
kesebelas di bawah sektor Minyak, Gas dan Tenaga (OGE)
dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP). EPP11 ini
mencadangkan dua (2) buah loji janakuasa nuklear dengan
keupayaan 1000 Megawatt (MW) setiap satu.
Pertimbangan mengenai tenaga nuklear dalam Dasar Baru
Tenaga ini adalah untuk memastikan kecukupan dan
keselamatan bekalan elektrik terjamin untuk mempelbagaikan
sumber tenaga untuk pembekalan elektrik bagi jangka masa
panjang. Projek Permulaan mengenai pembangunan tenaga
2
nuklear dalam ETP juga adalah berasaskan Dasar Baru Tenaga
ini.
Pertimbangan mengenai penggunaan tenaga nuklear ini adalah
atas hakikat bahawa tenaga nuklear adalah salah satu sumber
tenaga utama untuk penjanaan elektrik di dunia. Pada masa ini,
Jerman masih menggunakan loji-loji janakuasa nuklearnya untuk
penjanaan elektrik, manakala Jepun pula sedang meneliti
keselamatan loji-loji janakuasa yang boleh beroperasi semula.
Kerajaan akan mengambilkira perkembangan penggunaan
tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik di dunia, khususnya
pengajaran (lessons learned) dari kemalangan loji janakuasa
nuklear di Fukushima pada Mac 2011 . Semua aspek bencana
a lam di Malaysia dalam tempoh seratus ( 1 00) tahun ke belakang
akan diambilkira dalam siri kajian komprehensif mengenai tenaga
nuklear yang sedang dilaksanakan, berdasarkan garis panduan
antarabangsa. Kemalangan di Fukushima juga dijangka akan
membawa perubahan kepada rekabentuk loji-loji janakuasa
nuklear yang lebih mantap dan kukuh. Agensi Tenaga Atom
Antarabangsa {IAEA) juga telah mengambil inisiatif untuk
menyelaraskan penelitian perkembangan susulan ini di peringkat
antarabangsa.
b) Sejak tahun 2011, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
(JPSPN) telah menjalankan kerjasama strategik bagi
membangunkan sebuah projek printis Bandar Biomass dengan
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Universiti Putra
3
Malaysia (UPM) dan lnstitut Penyelidikan dan Pembangunan
Pertanian Malaysia (MARDI). Jalinan kerjasama ini disokong
oleh Kementerian Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Jepun
(MAFF) melalui pembangunan kapasiti, lawatan sambil belajar
dan penganjuran seminar. Konsep Bandar Biomass ini
memaksimakan penggunaan semula sumber organik tempatan
bagi sesebuah bandar termasuk pengolahan semula sisa
makananan dan minyak masak terpakai kepada produk yang
berguna seperti kompos dan biodiesel. Fasa pertama projek ini
telah berjaya dilaksanakan di mana loji perintis dan peralatan
pemprosesan telah dibina dan dipasang di kampus utama UPM
dan Pasar Awam Seri Serdang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, di bawah NKEA
GKL/KV terdapat satu entry point project iaitu EPP9 yang
bertujuan untuk membangunkan satu ekosistem pengurusan
sisa pepejal yang mampan. Salah satu daripada empat inisiatif
yang terdapat di bawah EPP9 ini, adalah projek rawatan sisa --makanan men unakan anaerobic digestor (AD) sedia ada di
loji rawatan ~mbahan di Sg Besi. ProJe 1n1 1 ena i sebagai
-------Integrated Urban Renewable Energy Plant atau IUREP yang
bertujuan untuk meningkatkan kapasiti rawatan sisa pepejal
(sisa makanan) menggunakan teknologi moden dan mesra alam
bagi mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan.
Projek perintis ini apabila siap akan memproses 30 tan sisa
makanan sehari dan akan menghasilkan biogas dan kompos.
Sekian, terima kasih.
4
SOALAN NO: 525
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN: BERTULIS
DARIPADA: Y.B. TUAN ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID
SOALAN: Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tindakan terhadap syarikat yang mematikan hak kesatuan (Union Busting).
PR-1323-T64280
JAWAPAN:
Tuan Yang Di Pertua,
1. Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177)
memperuntukkan perlindungan terhadap hak-hak pekerja, majikan
dan kesatuan sekerja. Pihak terbabit boleh melaporkannya kepada
Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan di bawah Seksyen 8,
Akta 177 sekiranya terdapat pelanggaran hak-hak pekerja, majikan
dan kesatuan.
2. Aduan akan disiasat melalui sesi rundingan damai dan
sekiranya tiada penyelesaian dicapai, ianya akan dirujuk kepada Y.B
Menteri Sumber Manusia dan kes-kes yang dirujuk akan diputuskan
di Mahkamah Perusahaan.
1
3. Di bawah sub seksyen 59(1) APP 1967, ianya turut
memperuntukkan perlindungan terhadap pekerja-pekerja.
Pelanggaran terhadap seksyen ini boleh dikenakan hukuman penjara
tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi RM 2,000.00 atau
kedua-duanya sekali kepada mana-mana orang yang didapati
bersalah melanggar peruntukan tersebut.
4. Oleh yang demikian, mana-mana kesatuan sekerja yang
merasakan mereka dianiaya oleh majikan mereka, mereka perlu
dengan segera membuat laporan ke Jabatan Perhubungan
Perusahaan untuk diambil tindakan sewajarnya di bawah Akta
Perhubungan Perusahaan 1967.
Berikut adalah bilangan kes yang dilaporkan di bawah Seksyen
8 bagi tempoh 3 tahun:
PERKARA 2011 2012 2013
Kes Yang Dilaporkan 10 3 7
Sumber: Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber
Manusia.
2
SOALAN NO: 526
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN: BERTULIS
DARIPADA: Y.B. TUAN ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID
SOALAN:
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ) minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tindakan terhadap syarikat yang mendapat untung tapi tidak mahu membahagikan keuntungan bersama pekerja (Bonus).
PR-1323-T64281
JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
1. Keputusan syarikat untuk memberikan bonus atau
membahagikan keuntungan kepada pekerja adalah tertakluk kepada
sama ada terdapat klusa pemberian bonus atau tidak di dalam
syarat-syarat kontrak perkhidmatan antara pekerja dan syarikat.
berhubung dengan.
2. Syarikat yang tidak membayar bonus sedangkan terdapat
terma dalam syarat kontrak perkhidmatan berhubung pemberian
bonus, boleh diambil tindakan kerana gagal mematuhi terma-terma
dan syarat-syarat perkhidmatan.
1
3. Jika tiada terma atau syarat berkenaan pemberian bonus ini
didalam kontrak perkhidmatan, maka pemberian bonus ini menjadi
satu budi bicara syarikat samada mahu memberi bonus atau tidak.
2
SOALAN NO: 527
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN: BERTULIS
DARIPADA: Y.B. TUAN ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID
SOALAN:
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tindakan terhadap syarikat yang tidak melaksanakan umur persaraan wajib (60 tahun) dan jumlah syarikat tersebut.
PR-1323-T64282
JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
1. Untuk makluman Dewan yang mulia, mulai 1 Januari 2014
Peraturan-Peraturan Umur Persaraan Minimum (Siasatan) 2013 telah
dikuatkuasakan di mana semua aduan di bawah Akta Umur
Persaraan Minimum 2012 (Akta 753) akan disiasat mengikut
prosedur yang ditetapkan di bawah Peraturan ini.
2. Sehingga 29 September 2014, sebanyak 17 aduan daripada
pekerja telah diterima terhadap syarikat yang tidak mematuhi Akta
753ini.
1
3. Kes-kes tersebut telah difailkan, didengar dan diputuskan
mengikut presiding Mahkamah Buruh. Perincian adalah seperti di
Jadual1 .
Jadual 1: Bilangan aduan kes persaraan sehingga 29 September
2014
Bil Kawasan Bilangan Aduan Aduan Aduan berasas Tidak
Berasas 1 Semenanjung 15 6 9
2. Sa bah 0 0 0
3. Sarawak 2 1 1
Jumlah 17 7 10 Sumber: Jabatan Tenaga Kerja
Tuan Yang Di Pertua,
4. Sekiranya Kementerian Sumber Manusia (KSM) dapat
mengesan syarikat yang masih gagal melaksanakan umur persaraan
minimum, KSM tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan
pendakwaan terhadap syarikat terbabait.
2
SOALAN NO: 528
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN: BERTULIS
DARIPADA: Y.B. TUAN ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID
SOALAN:
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta
MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah tindakan yang
akan diambil terhadap kes-kes tertunggak di Mahkamah Perusahaan
yang melebihi 24 bulan.
PR-1323-T64283
JAWAPAN:
Tuan Yang Di Pertua,
Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, Mahkamah Perusahaan
mendengar kes-kes pembuangan kerja dan kes-kes pertikaian
perusahaan yang dirujuk oleh VB Menteri Sumber Manusia.
Mahkamah Perusahaan sememangnya senantiasa memberi
keutamaan untuk menyelesaikan kes-kes tertunggak mengikut usia
kes.
1
2. Sehingga 31 Ogos 2014 sebanyak 1955 kes yang masih dalam
kendalian. Daripada jumlah tersebut hanya 380 kes (19.4%)
merupakan kes yang telah dirujuk melebih.i 24 bulan. Pecahan
butiran mengenai kes-kes yang tertunggak melebihi 24 bulan adalah
seperti dijadual 1 .
Jadual 1: Kes-kes tertunggak melebihi 24 bulan
BUYIRAN JUMLAH K&S YANG M&lEBIHI24 BULAN
(SEHINGGA 31.8.2014)
Menunggu Bicara 180
Menunggu Keputusan 147
Menunggu Hujahan 49
Presiding 'Certiorari' 4
Baki Kes Keseluruhan 380
Tuan Yang Di Pertua,
3. Mahkamah Perusahaan telah mengambil langkah-langkah pro
aktif bagi mempercepatkan penyelesaian kes penyelesaian kes-kes
tersebut dengan menggunakan langkah-langkah seperti berikut:
2
a. Menggunakan pendekatan Alternatif Dispute Resolution (ADR)
melalui kaedah Perantaraan (Mediation) atau Penilaian Awal
(Early Evaluation) untuk mempercepatkan penyelesaian kes.
b. Memudahkan prosedur perbicaraan dengan memperkenalkan
pemfailan penyataan saksi sebelum perbicaraan. lni adalah
bertujuan untuk menjimatkan masa semasa perbicaraan di
Mahkamah.
c. Tidak membenarkan permohonan daripada peguam untuk
menangguhkan perbicaraan kes kerana sesuatu sebab atau
alasan melainkan dengan sebab atau alasan yang munasabah
dan tidak dapat dielakkan seperti cuti sakit dan kecemasan.
d. Membangunkan 11 buah Mahkamah Teknologi iaitu yang
menggunakan teknologi sistem perekodan digital. Perekodan
perbicaraan secara digital dapat mempercepatkan proses
perbicaraan sesuatu kes. Sistem ePemfailan dan ePenyerahan
juga telah dilaksanakan pada 1 Julai 2014.
4. Mahkamah Perusahaan dari masa ke semasa akan berusaha
untuk mengatasi segala masalah ini dan akan memastikan semua
kes pertikaian yang dirujuk dapat diselesaikan secepat mungkin dan
seadil-adilnya.
3
SOALAN NO: 529
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN: BERTULIS
DARIPADA: Y.B. TUAN ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID
SOALAN:
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tindakan terhadap konvokesyen 87 dan 98 ILO, supaya hak pekerja tidak diabaikan.
PR-1323-T64284
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
1 : Kebebasan berkesatuan telah dinyatakan dengan jelas dalam
Perkara 1 0 ( 1 ) (c), Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 1 0 dan
Seksyen 12, Akta Kesatuan Sekerja 1959, Seksyen 4 dan Seksyen 5,
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Seksyen 8, Akta Kerja
1955.
2. Kerajaan Malaysia telah meratifikasi Konvensyen ILO No. 98
iaitu mengenai hak berkesatuan dan mengadakan perundingan
kolektif pada 5 Jun 1961. Di bawah konvensyen ini, secara amnya,
pekerja mempunyai hak untuk mengadakan perundingan kolektif.
1
Hak-hak yang dinyatakan di bawah konvensyen ini adalah selaras
dengan peruntukan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
3. Kerajaan belum meratifikasikan konvensyen 87
memandangkan mekanisme dan peruntukkan sediaada adalah
memadai bagi pekerja dan majikan untuk menubuhkan kesatuan.
2
RT70/530
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERT ANY AAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. TUAN CHUA TIAN CHANG @ TIAN CHUA [ BATU]
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANYAAN BERTULIS
Y.B. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pembinaan bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Perak Bandar Baharu Sentul telah siap. Apakah kos keseluruhan untuk pembinaan ini. Sila nyatakan pecahkan kos keseluruhan pembinaan ini mengikut invois.
JAWAPAN I ! .
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Projek pembinaan bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Perak Bandar
Baharu Sentul Kuala Lumpur kini dalam proses tender semula
memandangkan kontraktor asal telahpun ;ditamatkan perkhidmatannya ' ..
pada 10 September 2014 rentetan prestasi yang tidak mencapai
ekspetasi Kementerian.
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT
BAGI JAWAB BUKAN LISAN
TUAN CHUA TIAN CHANG @ TIAN CHUA
[ BATU]
531
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI
PENGANGKUT AN menyatakan apakah jumlah kos akhir untuk membina
KLIA2. Apakah kos operasi bulanan KLIA berbanding KLIA2. Sila senaraikan
kos operasi dan pendapatan KLIA untuk satu tahun lepas dan unjuran operasi
dan pendapatan KLIA2 untuk satu tahun akan datang.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Jumlah kos pembinaan klia2 ialah RM4 billion.
Keputusan kewangan Kumpulan Syarikat MAHB {kos operasi dan pendapatan
lapangan terbang) akan didedahkan dalam bentuk gabungan. Sebagai
sebuah syarikat awam yang mempunyai rekod tadbir korporat yang baik,
Kumpulan Syarikat tidak mengeluarkan maklumat berkaitan keuntungan (atau
kerugian) bagi setiap lapangan terbang, kerana pendedahan berasingan yang
demikian tanpa mempertimbangkan sumbangan keseluruhan tidak membantu
dalam kelebihan daya saing MAHB, dan yang demikian tidak mengutamakan
kepentingan para pemegang saham Syarikat.
PERTANYAAN
DARIPADA
SOALAN :-
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
BERTULIS
SOALAN ( 532 )
Y.B. TUAN CHUA TIAN CHANG@ TIAN CHUA [BATU]
Y.B. TUAN CHUA TIAN . CHANG @ TIAN CHUA [ BATU ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan berapakah jumlah peruntukan untuk mengganti atau membaiki kerosakan jentera bomba dan penyelamat setiap tahun, nyatakan dari tahun 2008 hinga 2013 mengikut kategori.
1
JAWAPAN :-
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod daripada
Sahagian Kejuruteraan Jentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(JBPM) dari tahun 2008 sehingga 2013 jumlah peruntukan mengikut
kategori pembaikan dan meyelenggara adalah seperti berikut :-
Statistik Jumlah Peruntukan Penye/enggaraan Kenderaan JBPM Pada Tahun 2008 sehingga 2013.
•I -- • d ~ ~ - ";::' -- -~~ , . \ . -
I (' l j v i ; \.• u ![ l v.-ro'~') '"1 ~1 '1\V:-j""§i(i 'iX[G:-{r.::h J~~V0fft ~ r ·~ ~It"~ I ;• J 1 J ,~ 1 ) L,' :. ·; n i 1\'\' •'•- 1- .'S/t\>1 :::" ':-j_'=:: .~ _ . ':- ~ '\ ~ r'. i\1
I //•,\; l I -....u 1 ~\ I
"·q-;;.··~ (5/;;<~·,, ~, ,--;c~ ~I '•:~It~\ '
'\ _:::ct.., - 7"~~~~'1,-.,_ \ ' \U . . U-~· .. . l - ~ - - ~ _, - . ·- ~ .J~ - -~-- - - ......
2008 2,661 RM 31 ,342,691 .00
2009 2,807 RM 34,601,479.00
2010 3,401 RM 39,094,021.00
2011 3,020 RM 33,641 ,950.00
2012 3,137 RM 41 ,909,154.00
2013 3,264 RM 38,741,530.00
* Jumlah Kenderaan: Meliputi Jentera Bomba, Jentera Khas, Kenderaan Utiliti dan Kenderaan Marin
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
November 2014
2
I 1 I
I J j
"
NO. SOALAN: 533
PEMBERITAHUAN PERTANVAAN DEWAN RAKVAT
PERTANVAAN
DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN
VB. TUAN CHUN TIAN CHANG @ TIAN
CHUA [ BATU]
VB. Tuan Chun Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI
PELANCONGAN DAN KEBUDAVAAN menyatakan berikutan
Kementerian telah membelanjakan RM45 juta peruntukan tambahan bagi
tujuan pengiklanan pada tahun 2013. Antara perbelanjaan pengiklanan In
Market domestic telah menggunakan RM30 juta menerusi agensi
pengiklanan yang telah dilantik. Bagaimana agensi ini dilantik. Adakah
proses tender diadakan. Senaraikan agensi-agensi ini mengikut jenis iklan,
tempoh dan harga.
JAWAPAN: DATO' SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ
MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
Tuan Yang di-Pertua,
Proses tawaran tender terbuka telah digunakan dalam pemilihan agensi
agensi pengiklanan untuk menjalankan pengiklanan In-Market untuk
tempoh selama 3 tahun bermula pada tahun 2011 sehingga 2013 dan
kemudian dilanjutkan sehingga Disember 2014 bagi menjayakan
pelaksanaan VMY 2014.
Tawaran tender terbuka ini telah dilaksanakan pad a tahun 2010 dan agensi
yang telah adalah seperti berikut:-
Agensi Pasaran Tempoh Peruntukan
Impact Creations Domestik & Acara 4 tahun 30 juta
Naga DBB A SEAN 4 tahun 25 juta
Smascom & Design Asia Timur & Utara 4 tahun 25 juta
Sen Media Asia Selatan & Barat 4 tahun 26 juta
M&C Saatchi Amerika, Eropah & 4 tahun 21 juta
Oceania
JUMLAH 127 JUTA
Sekian, terima kasih.
PERTANYAAN
DARIPADA
KAWASAN
TARIKH
NO. SOALAN
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
BERTULIS
YB TUAN CHUA TIAN CHANG @ TIAN CHUA
BATU
20.11.2014
534
YB TUAN CHUA TIAN CHANG @ TIAN CHUA minta MENTER!
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan dari
tahun 2010-2013 berapa banyak pembiayaan yang telah Matrade
keluarkan. Sila senaraikan mengikut kategori. di antara pembiayaan ini,
sila nyatakan jumlah pembiayaan dalam bentuk grant dan jumlah dalam
bentuk pinjaman. Senaraikan jumlah pinjaman yang dikutip balik matrade
dari tahun 2010-2013.
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Pada masa ini , MATRADE tidak menyediakan sebarang kemudahan
pinjaman. Bagi tahun 2010 hingga 2013, jumlah keseluruhan pembiayaan
kewangan dalam mempromosikan eksport bagi syarikat-syarikat kecil dan
sederhana adalah melalui Geran Pembangunan Pasaran (MDG). Jumlah
yang telah dikeluarkan oleh MATRADE melalui geran tersebut dari tahun
2010- 2013 berjumlah RM113.06 juta.
1
Pecahan pembiayaan yang dikeluarkan mengikut tahun adalah seperti
berikut:
2010 RM26.30 juta
2011 RM12.34 juta
2012 RM27.68 juta
2013 RM46.74 juta
JUMLAH RM113.06 juta
Selain itu, pembiayaan yang diberikan mengikut 5 negeri tertinggi bagi
tempoh 2010 hingga 2013 adalah seperti berikut:
Selangor RM53.22 juta
Kuala Lumpur RM18.75 juta
Johor RM15.96 juta
Pulau Pinang RM10.31 juta
Perak RM5.67 juta
Lain-lain RM9.15 juta
JUMLAH RM113.06 juta
Bagi pembiayaan mengikut kategori syarikat pula, pecahan adalah seperti
berikut:
Bumiputera
Bukan Bumiputera
Persatuan
JUMLAH
RM17.57 juta
RM94.53 juta ./
RM0.96 juta
RM113.06 juta
2
SULIT
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KETIGA BELAS
PERTANYAAN
DARIPADA
5~) SOALAN (NO.~
BERTULIS
DATO' DR. TAN KEE KWONG
[ WANGSA MAJU - PKR]
Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan apakah fungsi dan
kelebihan Parlimen Belia dan berapakah jumlah pendaftar Parlimen
Belia.
1 SULIT
SULIT
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Serhormat, fungsi Parlimen Selia
Malaysia adalah seperti berikut:-
1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan
dikalangan generasi Y demi penerusan kepimpinan negara
jangka panjang;
11. Sebagai pendedahan kepada belia bagaimana proses·
undang-undang dibuat serta memahami sistem pentadbiran
negara; dan
iii. Mengenalpasti trend belia untuk disesuaikan dengan
pembentukan polisi pentadbiran negara.
2. Manakala, kelebihan Parlimen Selia Malaysia (PBM) adalah seperti
berikut:-
i. Dapat menimba pengalaman sebagai Ahli Parlimen Selia
Malaysia (APBM);
ii. Diberi keutamaan untuk menyertai program-program belia
yang dianjurkan atau melibatkan Kementerian Selia dan
Sukan;
2 SULIT
SULIT
111. Diberi keutamaan untuk mendapatkan dorongan, sokongan
dan galakan oleh Kementerian Selia dan Sukan (KBS) untuk
merancang dan melaksanakan sendiri program-program
pembangunan komuniti; dan
1v. Berpeluang menyuarakan pendapat serta membahaskan isu
isu semasa mewakili belia peringkat akar umbi serta
melaksanakan program yang menepati kehendak belia
setempat.
3. Jumlah pencalonan Ahli Parlimen Selia Malaysia (APBM) yang
berdaftar adalah seramai 429 calon sehingga 25 September 2014.
Sekian, terima kasih.
3 SULIT
PERTANYAAN
DARIPADA
RUJUKAN
SO ALAN
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
BUKAN LISAN
DATO' DR. TAN KEE KWONG [ WANGSA MAJU ]
BL6 [PR-1323-T63817]
SOALAN NO: 536
Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan apakah kaedah yang diambil oleh
Kementerian untuk menyelesaikan permasalahan seperti banjir dan
kesesakan lalu lintas di kawasan projek MRT.
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju, projek KVMRT
merupakan suatu projek Kerajaan bertujuan untuk menyelesaikan masalah
pengangkutan awam yang kian mendesak. Bagi memastikan kelancaran
pelaksanaan projek tersebut dan juga mengurangkan impak negatif semasa
pembinaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa bekerjasama dengan
MRT Corporation untuk mengambil tindakan-tindakan pre-emptif untuk
mengurangkan kemungkinan berlaku banjir kilat. Antara tindakan-tindakan
pre-emtif yang telah diambil oleh pihak MRT Corporation termasuk:
a) Mengawal hakisan tanah dan mendapan kelodak dari kawasan
kawasan pembinaan;
b) Membersihkan kawasan longgokan tanah dan kawasan potongan
cerun dengan helaian plastik dan susunan beg pasir;
c) Memastikan semua saluran perparitan bebas dari kelodak; dan
d) Memastikan tiada struktur sementara yang mengganggu pengaliran air
di dalam sistem perparitan.
Bagi kerja-kerja pembinaan MRT di dalam rezab jalan di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengenakan
syarat kepada pihak pemaju untuk mengemukakan Pelan Pengurusan
Lalulintas (Traffic Management Plan) yang perlu dibentangkan kepada
Jawatankuasa Tindakan Lalulintas Jabatan Pengangkutan Bandar Dewan
2
Bandaraya Kuala Lumpur. Ahli-ahli Jawatankuasa ini terdiri dari wakil-wakil
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM),
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Malaysian Institute of
Road Safety Research (MIROS), Jabatan Penguatkuasaan Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur dan jabatan-jabatan teknikal Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur.
Pelan Pengurusan Lalulintas untuk kelulusan ini adalah bagi memastikan
impak ke atas aliran lalulintas yang minima dan juga memastikan
keselamatan pengguna jalanraya diutamakan. Setelah mendapat kelulusan,
barulah pemaju boleh memulakan kerja pembinaan. Pemaju juga perlu
mengemukakan Project Work Zone Audit Report sekali setiap 3 bulan.
Selain daripada itu, pihak DOSH juga mengenakan syarat-syarat yang perlu
dipatuhi oleh kontraktor pembinaan MRT demi keselamatan orang awam
dan pekerja-pekerja semasa kerja-kerja dijalankan.
3
PERTANYAAN
DARIPADA
RUJUKAN
SO ALAN
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
BUKAN LISAN
DATO' DR. TAN KEE KWONG [ WANGSA MAJU 1
BL7 [PR-1323-T638181
SOALAN NO: 537
Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju 1 minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan bilakah projek pembinaan jejantas di Jalan
Usahawan menghala ke Hospital Columbia akan dibina.
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju, Projek Pembinaan
jejantas di Jalan Usahawan menghala ke Hospital Columbia akan mula
dilaksanakan pada 13 Oktober 2014 dan tempoh penyiapan adalah 8 bulan.
Berdasarkan kepada tempoh siap kerja, dijangkakan projek ini dapat
disiapkan pada bulan Jun tahun 2015.
Jejantas ini merentangi Jalan Genting Kelang dan kedudukannya diantara
Jalan Usahawan dan Jalan Air Jernih di mana ramai pengguna
pengangkutan awam melintas di lokasi ini.
2
s-~ NO.SOALAN~
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BUKAN LISAN
DARIPADA VB DATO' DR. TAN KEE KWONG
SO ALAN
Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan berapakah jumlah pemohon Skim Perumahan
Rakyat 1 Malaysia (PR1 MA) dan berapakah rumah yang dibina
menerusi skim ini.
JAWAPAN: YB DATO' SERI SHAHIDAN BIN KASSIM
MENTERI Dl JABA TAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Setakat ini, Sistem Pendaftaran Nasional PR1 MA telah menerima
lebih 830,000 permohonan di seluruh negara. Bilangan ini dijangka
akan meningkat dari semasa ke semasa apabila lebih banyak projek
pembangunan PR1 MA dilancarkan kelak. Selain itu, PR1 MA juga
menjangkakan peningkatan jumlah permohonan sejajar dengan
pengumuman YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet
2015 berkenaan kenaikan kelayakan julat pendapatan isi rumah
pemohon terkini iaitu RM 2,500 - RM 10,000 sebulan. Semoga
dengan peningkatan ini, lebih ramai rakyat yang akan menerima
manfaat daripada aspirasi penubuhan PR1 MA.
Seperti mana yang sedia maklum, mandat PR1MA adalah untuk
menyediakan 500,000 unit rumah. Oleh itu, PR1 MA telah
dimandatkan supaya menyediakan 80,000 rumah setahun untuk 3
tahun berturut-turut dengan jumlah keseluruhan sebanyak 240,000
unit rumah dalam tempoh tersebut. Dalam merealisasikan
sasarannya, PR1 MA pada masa ini sedang rancak melaksanakan
mandat yang telah diberikan Kerajaan.
Sekian. Terima kasih.
2
NO SOALAN: 539
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN
VB DATO' DR. TAN KEE KWONG
[ WANGSA MAJU]
Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan mengenai Akta Hasutan yang digunakan
secara agresif sejak kebelakangan ini sedangkan Perdana Menteri
telah mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan dan menggubal Akta
Keharmonian Nasional pada tahun 2012.
1
JAWAPAN: PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI
MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
1. Sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri
pada 11 Julai 2012, Kerajaan telah membuat keputusan untuk
memansuhkan Akta Hasutan 1948 [Akta 15] dan menggantikan
dengan suatu undang-undang baru yang dikenali sebagai Akta
Keharmonian Nasional. Keputusan untuk menggantikan Akta Hasutan
1948 dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan
keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan
bersuara setiap warganegara sebagaimana yang diperuntukkan di
dalam Perlembagaan Persekutuan, dengan keperluan untuk
menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di Malaysia.
2. Sungguhpun begitu, Kerajaan amat prihatin dan mengambil
maklum akan pandangan dan maklum balas yang telah diberikan oleh
pelbagai pihak berhubung dengan isu pemansuhan ini.
3. Sehubungan dengan itu, YAB Perdana Menteri melalui
kenyataan akhbar beliau bertarikh 12 September 2014 telah
memaklumkan bahawa rundingan yang menyeluruh akan diadakan
dengan semua pihak berkepentingan. Selepas proses rundingan
tersebut diadakan, barulah Kerajaan akan menentukan hala tuju yang
akan diambil berhubung dengan Akta Hasutan 1948.
4. Akta Hasutan 1948 ini akan terpakai selagi mana ia tidak
dimansuhkan.
2
5. Pendakwaan sama ada di bawah Akta Hasutan ataupun apa jua
undang-undang sedia ada yang lain hanya akan dilakukan sekiranya
terdapat keterangan dan bukti yang kukuh bahawa seseorang individu
telah melakukan kesalahan di bawah sesuatu undang-undang tanpa
mengira status individu berkenaan.
6. Keputusan tersebut dibuat dengan adil, tidak memihak kepada
sesiapa dan berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa,
saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan dengan
sewajarnya.
Sekian, terima kasih.
3
NO. SOALAN: 540
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN
DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
RUJUKAN
SO ALAN:
BUKAN JAWABLISAN
PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR
[LEMBAH PANTAI 1
7321
Puan Nurul lzzah binti Anwar [ Lembah Pantai 1 minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan :-
a) statistik bilangan penagih dadah dan penghidu gam yang ditahan
mengikut jantina, umur dan keturunan di Wilayah Persekutuan dari
tahun 2009 sehingga Jun 2014. Sila nyatakan mengikut kawasan
Parlimen; dan
b) garis masa untuk menukar kesemua PUSPEN kepada pusat-pusat
C&C.
JAWAPAN:
Bagi menjawab soalan (a), buat masa ini kerajaan tidak
mengharamkan penjualan gam kerana ianya merupakan bahan
komersil yang mempunyai pelbagai guna. Walaubagaimanapun,
kerajaan sedang menggubal Akta Bahan Khayal yang
memperuntukkan supaya penyalahguna bahan mengkhayalkan
diberi rawatan awal melalui kaunseling, program dalam komuniti
dan diletakkan di bawah pengawasan pegawai pemulihan supaya
kembali kepada masyarakat dalam keadaan pulih.
Walau bagaimanapun, AADK menyediakan perkhidmatan rawatan
dan pemulihan secara sukarela kepada penagih bahan khayal
(inhalan). Berdasarkan kepada ASSIST (Alcohol, Smoking and
Subtance Involvement Screening Test) yang dijalankan di Klinik
Cure & Care 1 Malaysia, pada tahun 2013 seramai 229 orang klien
terlibat dengan penagihan bahan khayal dan tahun 2014 pula
seramai 36 orang klien.
Statistik bilangan penagih dadah di Wilayah Persekutuan mengikut
jantina, umur dan keturunan adalah seperti di Lampiran.
Bagi menjawab soalan (b) sehingga Julai 2010, AADK mempunyai 28
buah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).
Walaubagaimanapun, pada Julai 2010 AADK telah menukarkan
peranan dan fungsi 6 buah PUSPEN kepada Klinik Cure & Care
1 Malaysia yang mana menawarkan perkhidmatan rawatan dan
2
pemulihan dadah secara sukarela kepada klien tanpa melibatkan
perundangan. Sehingga tahun 2013, sebanyak 12 buah Klinik Cure &
Care 1 Malaysia sedang beroperasi yang terdiri daripada 11 buah
PUSPEN dan sebuah Pusat Khidmat AADK.
AADK masih lagi mengekalkan sebanyak 20 buah PUSPEN bagi
menempatkan kemasukan klien di bawah perintah Mahkamah supaya
menjalani rawatan dan pemulihan di dalam institusi di bawah Seksyen
6(1 )(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Kemasukan klien ke PUS PEN di bawah Seksyen 6(1 )(a) Akta Penagih
Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 adalah bagi klien enggan
menjalani rawatan dan pemulihan secara sukarela.
Pada masa ini, AADK tidak merancang untuk menambah bilangan
Klinik C&C kerana 12 klinik yang sedia ada sudah mencukupi untuk
menampung kemasukan penagih dadah yang mendapatkan
perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara sukarela. Selain Klinik
C&C, penagih juga boleh mendapatkan perkhidmatan rawatan dan
pemulihan secara sukarela dalam komuniti yang disediakan di 62
buah Cure & Care Service Centre (CCSC) di seluruh negara.
3
LAMPl RAN
~I<UNIKC&CllVI\IA\SIA2013
1 TEMBAKAU 54 35 1997 1882 564 349 4881 2 OPIAT 25 54 357 537 1685 467 3125
3 ATS 73 225 663 797 552 254 2564 4 ALKOHOL 178 169 254 275 78 31 985 5 GANJA 111 107 270 195 66 36 785 6 LAIN-LAIN* 78 36 176 132 89 43 554 7 INHALAN 21 19 77 66 34 12 229 8 PIL TIDUR 12 15 47 35 34 10 153 9 HALUSINOGEN 10 11 30 36 18 12 117
671 :·~ ;~(~~~~:{~:~:~:~~ ~ ~ 1214 13393
*Kebanyakannya adalah kokain, syabu dan ubat penenang
D Skor tertinggi
4
2014
RENDAH • ' • ) ~ o l1 I' 'y •' f ·; ·''·:· Ll ~-,·~ '·{I'. , '..'';'
l~~~~~~~~·i'~~;iJ:h~~.j;~i TINGGI
1 TEMBAKAU 58 631 109 798 2 OPIAT 33 232 236 501 3 ATS 58 250 109 417 4 ALKOHOL 64 64 14 142 5 GANJA 31 74 15 120 6 LAIN-LAIN* 8 39 26 73 7 INHALAN 8 10 18 36 8 HALUSINOGEN 2 9 10 21 9 Pll TIDUR 1 13 6 20
*Kebanyakannya adalah kokain, syabu dan ubat penenang
D Skor tertinggi
5
b) TAHUN BERTUKAR
BIL. PUSPEN PERANAN KEPADA KLINIK C&C 1 MALAYSIA
1 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik
1 Julai 2010 (PUSPEN) Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik 2 (PUSPEN) Bukit Mertajam, Pulau 15 Julai 2010
Pi nang. Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik
3 (PUSPEN)Tampoi, Johor Bahru. 15 Julai 2010
4 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik
15 Julai 2010 (PUSPEN) Kota Bharu, Kelantan.
Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik 5 (PUSPEN) Kuching, Sarawak. 15 Oktober 2010
6 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik
01 November 2010 (PUSPEN) Papar, Sabah.
7 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik
04 April 201 1 (PUSPEN) Tampin, Melaka Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik
8 (PUSPEN) Jerantut, Pahang. 17 Julai 2011
Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik 9 (PUSPEN) Karangan, Kedah. 01 Mei 2012
10 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik
01 Ogos 2012 (PUSPEN) Bachok, Kelantan.
11 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik
01 Januari 2013 (PUSPEN)Dengkil, Selangor.
12 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik
01 September 2013 (PUSPEN) Sungai Ruan, Pahang.
6
JUMLAH KLIEN SEKSYEN 6(1 )(a) APD (R&P) 1983 Dl CCRC SEHINGGA 10 SEPTEMBER 2014
5 PERLOP PERAK 300 336 0
6 KARANGAN 50 69 0
8 300 294 6
9 300 249 51
250 318 0
100 30 70
300 299 1
200 146 54
300 231 69
300 286 14
300 315 0
250 238 12
7
36
19
0
0
68
0
0
0
0
0
15
0
NO. SOALAN : 541
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH JAWAPAN Dl DEWAN RAKYAT
SO ALAN
BERTULIS
VB. PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR [ LEMBAH PANTAI]
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan
a) adakah Kementerian bersedia untuk meminta TNB untuk
mendedahkan kandungan dalam Perjanjian Pembelian Kuasa
(PPA) dengan 1 MOB, sebagai penerima projek jana kuasa solar
SOMW secara runding terus; dan
b) rasional Kerajaan membenarkan perjanjian ini diberikan secara
rundingan terus.
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Perjanjian Pembelian tenaga solar di antara TNB dan 1 MOB
adalah merupakan satu perjanjian yang dibuat atas
kepentingan komersial di antara kedua- dua pihak tersebut
dan tidak melibatkan Kerajaan. Oleh yang demikian, adalah
tidak wajar Kerajaan meminta pihak TNB mendedahkan isi
kandungan Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) atas dasar
privasi kontrak dan kerahsiaan di antara kedua-dua pihak
yang berkontrak.
2. Projek Loji janakuasa solar 50MW yang diberikan kepada
syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1 MDB) melalui
rundingan terus merupakan sebuah projek perintis yang
merupakan kayu pengukur bagi menilai keberkesanan
pembinaan loji janakuasa solar berkapasiti besar.
Bagaimanapun pemberian secara rund ingan terus ini perlu
juga menepati peraturan-peraturan sedia ada dimana
kepentingan kerajaan di lindungi berdasarkan beberapa
syarat yang ditetapkan. Tetapi apa yang penting,
keberkesanan projek perintis ini akan menjadi titik tolak yang
akan membuka peluang kepada syarikat- syarikat penjanaan
solar lain untuk bersaing di dalam proses tender terbuka yang
akan dilaksanakan kelak.
**********************************************************************
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT
BAGI JAWAB BUKAN LISAN
PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR
[ LEMBAH PANTAI]
542
Puan Nurul lzzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI
PENGANGKUT AN menyatakan garis masa bagi penyerahan serta
pendedahan keputusan audit keselamatan ICAO untuk tatapan awam
selesai pengesahan status keselamatan KLIA2 oleh mantan Pemangku
Menteri Pengangkutan pada April 2014.
1
JAWAPAN ·
Tuan Yang di-Pertua,
Buat masa ini, Kementerian Pengangkutan tidak bercadang untuk
mendedahkan laporan audit keselamatan ICAO bagi KLIA2 untuk
tatapan awam.
2
RT71/543
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERT ANY AAN BERTULIS DARIPADA
PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR [ LEMBAH PANTAI]
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTER! PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANYAAN BERTULIS
Puan Nurul lzzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTER! PENDIDIKAN menyatakan :-
a) adakah UiTM mempunyai sebarang program bagi mengambil pelajar antarabangsa; dan
b) jelaskan juga jumlah serta statistik ' negara a sal pelajar-pelajar antarabangsa ini.
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
· Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah lditubuhkan di bawah Akta
Universiti Teknologi Mara 1976. Sehingga kini dasar Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) adalah jelas iaitu UiTM ditubuhkan khusus
untuk memberi Pendidikan Tinggi kepada pelajar bumiputera termasuk
pelajar bumiputera Sabah dan Sarawak di semua peringkat pengajian
iaitu diploma, ljazah pertama, Sarjana dan Doktor Falsafah.
Sehubungan itu juga, KPM mempunyai dasar membenarkan
pengambilan 5% pelajar antarabangsa di UiTM berasaskan kerjasama
antara kerajaan dengan kerajaan (G2G).Jumlah enrolmen pelajar
antarabangsa bagi tahun 2013 adalah seramai 421 orang.
Dasar KPM dalam perkara ini adalah jelas iaitu membolehkan UiTM
menyediakan pelajar-pelajarnya untuk bekerja dan bersaing dalam
peringkat antarabangsa pada masa hadapan. Input dan maklum balas
daripada pelajar antarabangsa yang belajar ketika ini boleh dijadikan
panduan yang berguna di samping dapat membina networking ataupun
jaringan dengan izin, pada peringkat awallagi.
NO. SOALAN: 544
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN
DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
RVJUKAN
SO ALAN:
BUKAN JAWAB LISAN
PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR
[ LEMBAH PANT AI ]
7322
Puan Nurul lzzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang diambil bagi menyekat
sebaran pengaruh kumpulan Negara Islam di Iraq dan AI-Syam (ISIS)
dalam negara ini dan tindakan undang-undang serta rehabilitasi yang
diambil terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti ISIS.
JAWAPAN:
Kementerian melalui Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah dan
sedang menjalinkan kerjasama yang rapat dengan agensi risikan
asing untuk menyekat pengaruh kumpulan pengganas ISIS dari
menular di dalam negara. Kerjasama ini termasuklah melalui
kerjasama berterusan dalam pertukaran maklumat risikan
dengan agensi-agensi keselamatan negara luar, khususnya
negara-negara ASEAN.
Di antara platfom undang-undang yang boleh diambil terhadap
mereka yang terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas ISIS ini
adalah dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah
Langkah Khas) 2012, Kanun Keseksaan 1950, Akta Pencegahan
Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001
(AMLATFA) dan Akta Pertubuhan 1966.
Dari segi tindakan rehabilitasi yang diambil terhadap mereka
yang terlibat dalam aktiviti ISIS adalah dengan mendekati bekas
bekas tahanan serta program mendekati masyarakat oleh PDRM
bersama-sama Jabatan Penjara, Kementerian Dalam Negeri dan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
2
NO. SOALAN: 545 DEWAN RAKYAT
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KETIGA BELAS (2014)
PERTANYAAN BUKAN LISAN
DARIPADA
SOALAN :
VB DATO' KAMARUL BAHARIN BIN ABBAS [ TELOK KEMANG 1
Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang 1 minta PERDANA
MENTERI menyatakan :-
a) senarai nama agensi-agensi kebajikan yang telah mendapat
bantuan daripada baitulmal pada tahun 2013 mengikut negeri
negeri serta jumlah agihan kewangan; dan
b) berapakah jumlah penerima individu serta jumlah agihan
kewangan yang diterima pada tahun tersebut.
JAWAPAN: (VB MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B), MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI)
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, di bawah
Butiran 1, Senarai 2, Jadual Kesembilan, Perlembagaan
Persekutuan, hal-ehwal Agama Islam termasuklah urusan zakat
1
terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kerajaan
Persekutuan tidak boleh mencampuri urusan mengenai perkara
perkara berkenaan di negeri-negeri. Oleh itu maklumat mengenai
agihan zakat di negeri-negeri perlu dirujuk kepada pihak berkuasa
agama negeri masing-masing. Di Wilayah Persekutuan, Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan {MAIWP) merupakan agensi
yang menguruskan dana zakat. Kutipan zakat harta di Wilayah
Persekutuan dilaksanakan oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP
(PPZ-MAIWP) manakala agihan zakat dilaksanakan oleh MAIWP
melalui Sahagian Baitulmal.
Berhubung agensi-agensi kebajikan yang telah mendapat
bantuan daripada baitulmal pada tahun 2013, dimaklumkan
sebanyak 153 agensi kebajikan atau badan bukan Kerajaan
(NGO) telah menerima bantuan daripada Baitulmal MAIWP
dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.53 juta.
(b) Manakala jumlah individu yang menerima bantuan pada tahun
2013, ialah secara keseluruhannya MAIWP telah memberi
bantuan kepada 116,406 penerima dengan jumlah sebanyak
RM264.8 juta .
Sekian terima kasih.
2
NO SOALAN : 546
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN:
BUKAN LISAN
VB DATO' KAMARUL BAHARIN BIN ABBAS (TELOK KEMANG)
Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :
a) Adakah objektif penubuhan Program Latihan
b)
Khidmat Negara (PLKN) sejak 11 tahun lalu lebih
berkesan untuk meningkatkan jati diri dan sifat
nasionalisme dalam kalangan anak muda
berbanding program Rakan Muda ; dan
Apakah benar dana peruntukan yang telah
digunakan oleh PLKN sejak dilancarkan melebihi
dana peruntukan Program Rakan Muda.
DR/Mtsy K~IIJ!all l\lcmpcrkas~ siSIC'm pcrta h:l nan n~aral- 8.10.14
1
JAWAPAN:
Bagi menilai keberkesanan pelaksanaan Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN), Jabatan Latihan Khidmat Negara
(JLKN) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia
telah mengadakan kajian keberkesanan Program Latihan
Khidmat Latihan Negara pada tahun 2010 melibatkan 61,950
orang responden. Tujuan kajian ialah bagi mengenalpasti
pencapaian semangat kesukarelaan, pembentukan remaja
yang cergas, cerdas dan berkeyakinan diri. Hasil kajian
menunjukkan lebih 80o/o daripada jumlah responden yang
terdiri dari kalangan alumni, ibu bapa dan majikan bersetuju
bahawa PLKN telah berjaya membawa perubahan positif
kepada pelatih. Kajian Persepsi Pelatih yang dilaksanakan
pada setiap sesi latihan juga mendapati bahawa PLKN berjaya
mencapai objektif yang disasarkan. Berdasarkan kajian-kajian
tersebut, PLKN perlu diteruskan bagi menyemai semangat
patriotisme dan perpaduankaun di kalangan remaja di negara
ini.
Selain itu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut
melaksanakan Kajian lmpak Nilai Patriotisme Siswa Bekas
Pelatih PLKN negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia
pada tahun 2013. Kajian yang melibatkan 3,787 orang
responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar lnstitut
Pengajian Tinggi (IPT) yang pernah menyertai PLKN, ibu bapa
bekas pelatih, pemimpin masyarakat dan pelaksana PLKN telah
menunjukkan maklum balas yang positif dalam semua aspek
DR/Mcsy KctiJ!afll\lcmpt!l'iasa iisctm llt rtahall2n ll('~:u.,.)- 8JO.J4
2
yang dinilai khususnya berkaitan patriotisme dengan
menghadiri PLKN.
PLKN telah disusun dan dibangunkan dengan begitu
teliti untuk kumpulan sasar antara 18 tahun hingga 35 tahun
dengan tempoh latihan selama 3 bulan. Justeru itu pendekatan
PLKN adalah sesuatu yang berbeza dan unik jika dibandingkan
program rakan muda yang hanya dikhususkan dalam tempoh
yang singkat.
Semenjak pelaksanaan PLKN. JLKN hanya berbelanja
menggunakan peruntukan di bawah Belanja Mengurus yang
telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada setiap
tahun. JLKN juga tidak membuat perbandingan peruntukan
dengan agensi lain.
DR/Mcsy KctiJ!alli\lempcrkasa sistcm I)Crtaltanan ncgara(- 8.10.14
3
RT72/547
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
DATO'KAMARUL BAHARIN BIN ABBAS [ TELUK KEMANG 1
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANYAAN BERTULIS
Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas [ Teluk Kemang 1 minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
a) setakat mana usaha-usaha Kementerian untuk membina sekolah etnik dan vokasional bagi mengatasi masalah keciciran pendidikan dan pengangguran di kalangan anak muda; dan
!
b) jumlah sekolah sedia ada dan yang;dalam rancangan pembinaan mengikut negeri-negeri. i
JAWAPAN
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,
a) Pada dasarnya, perancangan sesebuah sekolah tidak mengikut
etnik atau kaum masing-masing. ·iPembinaan sekofah adalah
untuk semua kaum termasuk pembinaan Kolej Vokasional . (KV).
Bagi mengatasi masalah keciciran pendidikan dan
pengangguran, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
melaksanakan transformasi Perididikan Vokasional dan
memperluas mata pelajaran Pendidikan Asas Vokasi6nal (PAV)
di sekolah menengah harian biasa di bandar dan di luar bandar
mengikut keperluan sumber man usia komuniti setempat.
b) Sehingga kini terdapat 79 buah KV. Manakala 6 buah KV masih
dalam pembinaan yang dijangka beroperasi mulai tahun 2016 iaitu
KV Pasir Gudang, KV Tanjung Piai, KV Pagoh, KV Pasir Puteh,
KV Kuala Berang dan KV Pekan. Berdasarkan perancangan, KPM
akan membina 5 buah KV baharu iaitu KV Lebuh Cator, Perak, KV
Sandakan, Sabah, KV Dengkil, Selangor, KV Gurun, Kedah dan
KV Bao (Telaga Biru ), Sarawak.
i
NO. SOALAN: 548
PEMBERITAHUAN PERTANVAAN DEWAN RAKVAT
PERTANVAAN
DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN
VB DATO' KAMARUL BAHARIN BIN ABBAS [TELOK KEMANG]
VB DATO' KAMARUL BAHARIN BIN ABBAS [TELOK KEMANG]
minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha-usaha pengambilalihan
pengurusan, pelaksanaan dan pemantauan semua projek-projek
Kerajaan Pusat dan Negeri oleh Kementerian seperti mana yang pernah
diamalkan sebelum ini.
JAWAPAN: YB DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM MENTERI 01 JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Pengurusan pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan
Kerajaan Persekutuan yang dibiayai oleh peruntukan pembangunan
adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Bagi projek
projek fizikal, pelaksanaannya dibuat samada oleh Kementerian atau
Jabatan Teknik iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan
dan Saliran (JPS).
Berdasarkan prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa, pelaksanaan
semua projek-projek fizikal binaan menjadi tanggungjawab Jabatan
Teknik, terutamanya JKR. Walau bagaimanapun, Kementerian atau
Agensi boleh melaksanakan sendiri projek fizikal binaan masing-masing
dengan syarat mendapat kelulusan rasmi daripada JKR. JKR diberikan
kuasa first right of refusal untuk menentukan samada projek-projek
tersebut perlu dilaksanakan oleh JKR atau Kementerian atau Agensi.
Tanggungjawab memantau pelaksanaan dan kemajuan projek terletak
pada Agensi Pelaksana sama ada JKR atau Kementerian atau Agensi,
juga pada Kementerian atau Agensi pemilik projek tersebut. Unit
Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) turut
membuat pemantauan dan akan campur tangan sekiranya projek
tersebut mengalami masalah kelewatan dalam pelaksanaannya.
Pengurusan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek
Kerajaan Negeri adalah berada di bawah tanggungjawab Kerajaan
Negeri yang berkenaan.
Sekian. Terima kasih.
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
NO SOALAN :549
DARIPADA : Y.B. DATO' KAMARUL BAHARIN BIN ABBAS
(TELOK KEMANG)
PERTANYAAN : BERTULIS
Y.B. DATO' KAMARUL BAHARIN BIN ABBAS [ TELOK KEMANG ]
minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
a. jumlah syarikat-syarikat korporat dan syarikat-syarikat persendirian
yang masih lagi mempunyai tunggakan cukai terhadap Kerajaan; dan
b. jumlah tunggakan cukai-cukai tersebut.
JAWAPAN
jumlah pembayar cukai di kalangan syarikat berhad, syarikat sendirian
berhad dan perniagaan tunggal (sole proprietor) yang mempunyai
tunggakan cukai terhadap Kerajaan sehingga 31 Disember 2013 adalah
sebanyak 60,130 pembayar cukai. Cukai yang tertunggak adalah terdiri
daripada cukai langsung yang perlu dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam
Negeri Malaysia (LHDNM) dan cukai tidak langsung yang perlu dibayar
kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Pecahan jumlah pembayar
cukai tersebut adalah seperti berikut:
JKDM LHDNM jumlah
(Cukai Tidak (Cukai Langsung) Langsung)
Jumlah: Pembayar 2,951 57,212 60,163 Cukai Tertunggak
jumlah: Cukai RM1.679 bilion RM4. 766 bilion RM6.445 Tertunggak bilion
NO SOALAN :550
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA : Y.B. TUAN SHAMSUL ISKANDAR @ YUSRE BIN MOHDAKIN
(BUKIT KATIL)
PERTANYAAN : BERTULIS
Y.B. TUAN SHAMSUL ISKANDAR @ YUSRE BIN MOHD AKIN [ BUKIT
KATIL ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
a) rasional melantik syarikat-syarikat konsultasi yang bukan merupakan
perunding penerbangan dalam memberi perkhidmatan nasihat kepada
Khazanah Nasional Bhd. dalam usaha menstruktur semula Penerbangan
Malaysia (MAS) serta jaminan yang dapat diberikan bahawa MAS akan
meraih keuntungan dalam masa terdekat; dan
b) jumlah bayaran kepada syarikat-syarikat konsultasi atau penasihat,
termasuk Bain & Company, McKinsey & Company dan Seabury yang
dilantik oleh Khazanah Nasional Bhd. di dalam usaha menstruktur semula
dan menyelamatkan Penerbangan Malaysia.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memastikan kejayaan
Pelan Pemulihan MAS, Khazanah dan MAS telah melantik perunding yang
merupakan pakar dalam bidang masing-masing seperti penerbangan,
undang-undang, kewangan, percukaian, penyelidikan dan pengurusan
projek dengan jumlah bayaran kepada perunding dianggarkan berjumlah 1
hingga 2 peratus daripada kos pelaburan keseluruhan sebanyak RM6
bilion.
Khazanah dan MAS tidak dapat memberikan butiran terperinci
berkaitan perunding ini dan bayaran yang dikenakan oleh setiap
perunding atas sebab memelihara aspek kerahsiaan dalam pelantikan
syarikat-syarikat ini.
SOALAN NO : 551
PARLIMEN MALAYSIA
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
BERTULIS
TUAN SHAMSUL ISKANDAR BIN MOHO
AKIN [ Bukit Katil]
Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin
minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
a) usaha Kementerian untuk
mempromosikan teknik dan teknologi
maju agar diguna pakai secara umum
oleh para petani bagi merancakkan
pembangunan pertanian dalam negara
ini· ,
b) usaha yang diambil bagi
meningkatkan penglibatan golongan
belia di dalam sektor pertanian agar
sektor pertanian dalam negara ini
dapat terus berkembang maju.
a) Kementerian Pertanian dan lndustri Asas Tani (MOA) sentiasa
mengadakan lawatan, penyelidikan dan kerjasama dengan
negara-negara lain terutamanya melalui lnstitut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga
Pertubuhan Peladang (LPP) bagi mengenal pasti teknik dan
teknologi maju yang diguna pakai dalam pertanian.
Sebahagian teknik dan teknologi maju ini dilaporkan dalam
jurnal-jurnal terbitan Jabatan/ Agensi di bawah MOA, media
cetak dan media massa sebagai makluman kepada para petani
dan pengusaha mengenai teknik dan teknologi yang boleh
diaplikasikan dalam pengeluaran pertanian.
Selain itu, teknik dan teknologi maju ini dipromosikan semasa
seminar/ persidangan bagi program-program utama
Kementerian, Hari Bertemu Pelanggan dan melalui aktiviti
pengembangan yang dijalankan oleh Jabatan/ Agensi di bawah
MOA. Penggunaan teknik dan teknologi moden ini juga
diterapkan dalam program-program pertanian yang dijalankan
oleh Kementerian ini melalui MARDI dan Jabatan Pertanian di
peringkat negeri dan daerah supaya ia dapat diguna pakai serta
membantu petani dalam meningkatkan hasil pengeluaran
pertanian di peringkat kebangsaan.
Disamping itu melalui kerjasama dengan di an tara MARDI LPP,
para peladang juga telah diperkenalkan dengan teknologi maju
tersebut melalui pelaksanaan projek-projek seperti berikut:
(i) Chip Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Paya Perlis;
(ii) Just Buah-buahan Pertubuhan Peladang Negeri Johor;
(iii) Makanan Ternakan NAFAS MAEPS Serdang;
(iv) Silaj Makanan Ternakan Pertubuhan Peladang Negeri
(PPN) Perak, PPK Melaka Tengah, PPK Rembau dan PPK
Titi Tinggi;
(v) Sayuran Fartigasi PPK Grik;
(vi) Kilang Sabut PPK Tumpat;
(vii) Teknologi Padi Aerob;
(viii) Teknologi Tanaman Cili Puri PPK Bukit Awang; dan
(ix) Kilang Vitato Terengganu.
b) Kementerian a mat serius dalam mengubah persepsi negatif
golongan muda terhadap sektor pertanian yang masih dianggap
tidak mampu berkembang, mengamalkan cara lama dan perlu
bekerja dalam persekitaran kotor. Sehubungan itu, Kementerian
melalui Jabatan dan Agensi telah mengambil pelbagai langkah
bagi mendekatkan dan meningkatkan penglibatan golongan
muda dalam sektor pertanian yang merupakan penyumbang
ketiga terbesar ekonomi negara.
Bagi menyelaras program pembangunan Usahawan Muda,
Kementerian telah menubuhkan Unit Agropreneur Muda (UAM)
pada bulan September 2013 yang berperanan untuk menarik
lebih ramai penyertaan generasi belia yang berumur di bawah
umur 40 tahun di dalam sektor pertanian menerusi pakej projek
pertanian dan industri asas tani yang mampu menjana
pendapatan lebih RM5,000 sebulan.
NO. SOALAN: 552
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN
DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
RUJUKAN
SO ALAN:
BUKAN JAWAB LISAN
TUAN SHAMSUL ISKANDAR BIN MOHO AKIN
[ BUKIT KATIL]
7323
Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab kenapa kanak-kanak
tanpa kewarganegaraan yang semakin serius berlaku khususnya di
Sabah dan Sarawak sehingga mencecah 14 ribu orang hanya dari
tahun 2013 sehingga April 2014.
JAWAPAN:
Setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia wajib untuk dilaporkan
dan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Dalam hal ini,
Jabatan Pendaftaran Negara menggunakan undang-undang
yang termaktub di bawah tiga (3) akta yang memberikan
peruntukan kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk
mendaftarkan apa-apa kelahiran di Persekutuan termasuk di
kalangan warga asing seperti berikut:
i. Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299)
bagi Semenanjung Malaysia;
ii. Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Bab 12~ (No.
11 Tahun 1948) bagi Negeri Sabah; dan
iii. Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Bab 1 0 (No. 6
Tahun 1951) bagi Negeri Sarawak.
Dalam hal ini, perlu diambil maklum bahawa pendaftaran
kelahiran ini tidak akan memberikan taraf kewarganegaraan
Malaysia secara automatik kepada kanak-kanak yang berkenaan
kerana penganugerahan taraf kewarganegaraan Malaysia .masih
lagi tertakluk kepada peruntukan undang-undang di bawah
Sahagian Ill Perlembagaan Persekutuan, status perkahwinan ibu
bapa dan taraf kewarganegaraan ibu bapa semasa kanak-kanak
dilahirkan. Perlembagaan Persekutuan juga telah menetapkan
2
bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di Persekutuan tetapi
perkahwinan ibu bapanya tidak didaftarkan di bawah undang
undang semasa yang berkuatkuasa dan ibunya juga bukan
Warganegara Malaysia, maka anak akan direkodkan sebagai
bukan seorang warganegara mengikut peruntukan undang
undang di bawah Seksyen 17 Jadual Kedua Sahagian Ill
Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, ibu bapa kanak-kanak
berkenaan perlulah menguruskan dokumen pengenalan diri
anak mereka dengan kedutaan negara asal. Dakwaan · yang
menyebut bahawa terdapat 14 ribu kanak-kanak tanpa
kewarganegaraan dalam tempoh setahun iaitu dari tahun 2013
sehingga April 2014 juga adalah tidak benar.
3
NO. SOALAN: 553
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN
Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd
Akin
Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan senarai negara dan tempat
kunjungan, tempoh lawatan, jumlah serta anggota rombongan dan
keseluruhan perbelanjaan kunjungan ke luar negara yang dibuat oleh
Perdana Menteri sejak April2009.
JAWAPAN: YB DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM
MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Jumlah keseluruhan kunjungan ke luar negara yang dilakukan oleh
Perdana Menteri sejak April 2009 adalah melibatkan 120 lawatan
merangkumi kunjungan ke negara ASEAN, Eropah, Amerika Syarikat
dan lain-lain negara lagi. Perbelanjaan ini merangkumi delegasi Pegawai
Kerajaan dan Pegawai Pengiring YAB Perdana Menteri.
Kunjungan-kunjungan tersebut adalah dengan tujuan rasmi seperti
menghadiri mesyuarat dua hala antara Malaysia dan negara terlibat dan
kunjungan rasmi bagi mengeratkan hubungan diplomatik antara
Malaysia dan negara lain.
Sekian. Terima kasih.
2
RT73/554
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
TUAN SHAMSUL ISKANDAR BIN MOHO AKIN [ BUKIT KATIL 1
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANYAAN BERTULIS Tuan Shamsul Iskandar Bin Mohd Akin [ Bukit Katil 1 minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
a) adakah kejadian kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014, kertas Bahasa lnggeris 014/1 dan 014/2, kertas Sains 018, 028 dan 038 disebabkan kecuaian Kementeria~ atau tindakan sabotaj; dan
b) apakah sudah dikenal-pasti piha~ yang t~rlibat serta jaminan Kementerian supaya perkara yang membebankan murid-murid dan ibu-bapa ini tidak berlaku lagi.
JAWAPAN:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ·~-;
a) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 11 September
2014 telah mengesahkan laporan kebocoran kertas Bahasa
lnggeris bagi Sekolah Kebangsaan (SK) serta kertas Science bagi
SK, SJKC dan SJKT. Manakala pada':21 September 2014, KPM
telah mengesahkan kebocoran kertas ujian Matematik bagi SK,
SJKC dan SJKT serta kertas Bahasa Tamil. lsu bagaimana dan
punca ber_lakunya kebocoran kertas peperiksaan UPSR tersebut
akan diketahui setelah polis selesai menjalankan siasatan.
(b) Perkara ini masih di dalam siasatan polis. Berdasarkan laporan
akhbar pada 5 November 2014 , dua guru lelaki telah didakwa di
mahkamah atas tuduhan terbabit dalam kes kebocoran kertas
UPSR mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 yang
membawa hukuman penjara minimun setahun dan maksimun
tujuh tahun. KPM memandang serius insiden kebocoran soalan
peperiksaan awam dan ingin menegaskan bahawa peperiksaan
awam dilaksanakan mematuhi SOP pengendalian peperiksaan
awam. Namun, walaupun SOP keselamatan pengendalian
peperiksan ditambahkan baik dan diperketatkan, soal kejujuran,
amanah dan integiriti individulah yang akan menentukan perkara ~ . . '
seperti ini tidak akan berlaku lagi.
RT73
. f
NO SOALAN: 555
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN
VB DATO' DR. TAN KEE KWONG
[ WANGSA MAJU]
Datuk Mohd ldris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan kenapa melaksanakan pendakwaan terpilih
menggunakan Akta Hasutan dalam keadaan Perdana Menteri telah
berjanji akan memansuhkan Akta tersebut.
1
JAWAPAN: PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI
MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
1. Sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri
pada 11 Julai 2012, Kerajaan telah membuat keputusan untuk
memansuhkan Akta Hasutan 1948 [Akta 15] dan menggantikan
dengan suatu undang-undang baru yang dikenali sebagai Akta
Keharmonian Nasional. Keputusan untuk menggantikan Akta Hasutan
1948 dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan
keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan
bersuara setiap warganegara sebagaimana yang diperuntukkan di
dalam Perlembagaan Persekutuan, dengan keperluan untuk
menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di Malaysia.
2. Sungguhpun begitu, Kerajaan amat prihatin dan mengambil
maklum akan pandangan dan maklum balas yang telah diberikan oleh
pelbagai pihak berhubung dengan isu pemansuhan ini.
3. Sehubungan dengan itu, YAB Perdana Menteri melalui
kenyataan akhbar beliau bertarikh 12 September 2014 telah
memaklumkan bahawa rundingan yang menyeluruh akan diadakan
dengan semua pihak berkepentingan. Selepas proses rundingan
tersebut diadakan, barulah Kerajaan akan menentukan hala tuju yang
akan diambil berhubung dengan Akta Hasutan 1948.
4. Akta Hasutan 1948 ini akan terpakai selagi mana 1a tidak
dimansuhkan.
2
5. Pendakwaan sama ada di bawah Akta Hasutan ataupun apa jua
undang-undang sedia ada yang lain hanya akan dilakukan sekiranya
terdapat keterangan dan bukti yang kukuh bahawa seseorang individu
telah melakukan kesalahan di bawah sesuatu undang-undang tanpa
mengira status individu berkenaan.
6. Keputusan tersebut dibuat dengan adil, tidak memihak kepada
sesiapa dan berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa,
saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan dengan
sewajarnya.
Sekian, terima kasih.
3
OARIPAOA
NO SOALAN :556
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
: Y.B. OATUK MOHO lORIS BIN JUSI
(BATU PAHAT)
PERTANYAAN : BERTULIS
Y.B. OATUK MOHD lORIS BIN JUSI [ BATU PAHAT ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan langkah-langkah yang telah dijalankan bagi
meyakinkan rakyat terhadap GST, apakah prasarana yang telah disiapkan
dan berapakah jumlah perbelanjaan yang telah digunakan setakat ini
untuk kedua-dua program pendidikan dan pembinaan prasarana.
JAWAPAN
Kerajaan sedar bahawa penerimaan rakyat Malaysia adalah penting bagi
memastikan kejayaan GST yang bakal dilaksanakan secara rasmi pada 1
April 2015. Lantaran itu, Kerajaan telah mengambil beberapa langkah
untuk menyakinkan rakyat terhadap keputusan melaksanakan GST,
antaranya ialah:
1. Menyusun semula strategi komunikasi GST supaya lebih cekap dan
berkesan. Satu pasukan komunikasi khas GST telah ditubuhkan untuk
menyelaras semua strategi komunikasi GST dengan dianggotai oleh
pakar-pakar dari media elektronik, media cetak, media sosial dan juga
saluran komunikasi bersama dengan pertubuhan bukan Kerajaan
berkaitan;
2. Selain itu, Kerajaan khususnya melalui kerjasama INTAN bersama
dengan Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
telah mewujudkan advocator di kalangan penjawat awam mengikut
kementerian. lni adalah kerana Kerajaan menyedari bahawa penjawat
awam juga merupakan salah satu kumpulan penting di kalangan
pengguna/ rakyat;
3. Dari segi penyebaran maklumat secara face-to-face, Kerajaan telah
melatih pegawai dari Jabatan Penerangan seluruh Malaysia, pelajar
pelajar IPTA dan Majlis Professor Negara untuk bertindak sebagai GST
Change Agent dan juga sebagai GST point of reference demi
meningkatkan tahap keyakinan rakyat terhadap GST; dan
4. jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga telah I sedang melatih
mereka yang dikenal pasti sebagai Communicator di kawasan Parlimen
untuk meningkatkan tahap kefahaman rakyat setempat terhadap GST.
Pihak Kerajaan akan terus mempertingkatkan penyebaran maklumat yang
tepat mengenai GST kepada masyarakat melalui semua medium
komunikasi.
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah perbelanjaan yang telah
digunakan sehingga kini bagi program pendidikan, latihan dan prasarana
adalah RM137 juta.
RT74/557
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
DATUK MOHO lORIS BIN JUSI [ BATU PAHAT]
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANYAAN BERTULIS
DATUK MOHO lORIS BIN JUSI [ BATU PAHAT ]minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah sekolah yang dilengkapi dengan bilik guru dan apakah kemudahan-kemudahan asas yang disediakan dalam bilik tersebut bagi membolehkan para pendidik dapat menjalankan tugas asasi "teaching-learning" dengan berkesan dan para pendidik dapat merasakan mereka diberikan perhatian dan penghormatan.
JAWAPAN:
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,
Selain daripada membina bilik darjah, bilik pengetua, tandas dan
sebagainya, bilik guru merupakan skop projek yang mesti dipenuhi
dalam membina sesebuah sekolah. SecC\rc~ keseluruhannya sebanyak
9,623 buah sekolah dilengkapi dengan bilik guru. Daripada jumlah
tersebut sebanyak 7,348 buah sekolah rendah memiliki bilik guru
manakala sebanyak 2,275 buah sekolah menengah memiliki
kemudahan berkenaan. Jumlah ini adalah berdasarkan pengisian
semasa yang dibuat melalui EMIS Online seperti pada 31 Ogos 2014.
NO. SOALAN : 558
DEWAN RAKY AT PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
MESYUARA T KETIGA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KETIGA BELAS(2014)
PERTANYAAN BUKAN LISAN
OARIPAOA YB OATUK MOHO lORIS BIN JUSI [BATU PAHAT]
SOALAN :
Oatuk Mohd ldris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta PEROANA MENTERI
menyatakan tindakan dan langkah yang telah dan akan dilakukan untuk
memendekkan tempoh menunggu giliran menunaikan ibadat Haji.
Setakat ini berapa ramai yang sedang menunggu giliran dan tempoh
masing-masing menunggu.
JAWAPAN: (YB. MEJAR JENERAL OATO' SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B), MENTERI 01 JABATAN PEROANA MENTERI )
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga September 2014,
pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) yang telah mendaftar dan
sedang menunggu giliran untuk menunaikan fardhu haji adalah
berjumlah 1.55 juta orang . Daripada jumlah tersebut, 86% adalah para
pendeposit yang berumur di bawah 60 tahun.
1
Bagi seseorang pendeposit yang mendaftar pada tahun 2014 (1435H)
untuk menunaikan haji, tempoh masa menunggu baginya adalah 63
tahun (dikira pada tahun hijrah) dan tahun gilirannya adalah pada tahun
2075 (1498H).
Bagi menangani masalah menunggu lama untuk menunaikan fardhu
haji, langkah-langkah yang telah diambil adalah seperti berikut:-
i. pendaftaran semula bakal haji hanya boleh dilakukan
selepas lima (5) tahun dari tarikh kali terakhir menunaikan
fardhu haji;
ii. tidak menawarkan tempat untuk menunaikan fardhu haji
kepada kanak-kanak di bawah 15 tahun walaupun telah
berdaftar;
111. pertimbangan yang sewajarnya diberikan kepada bakal
bakal haji yang berusia 75 tahun ke atas untuk ke tanah suci
lebih awal dari giliran. Namun, keutamaan diberikan kepada
bakal jemaah yang belum pernah menunaikan fardhu haji
serta telah lulus pemeriksaan kesihatan; dan
iv. bakal haji untuk kali kedua (sebagai mahram I pembantu I
pengiring bakal haji terpilih), dikenakan bayaran penuh wang
Belanja Haji tanpa ditanggung oleh TH.
Sekian, terima kasih.
2
SOALAN NO: 559
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN: BERTULIS
DARIPADA: Y.B. DATUK MOHD IDRIS BIN JUSI
SOALAN:
Datuk Mohd ldris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapa jumlah penduduk yang termasuk dalam kategori belia, dan berapa jumlah yang menganggur. Apakah tindakan yang dilakukan untuk mengatasi maslah pengangguran belia dan setakat mana keberkesanannya.
PR-1323-T64465
JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
1. Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, sehingga
bulan Jun 2014, terdapat seramai 13.8 juta orang belia yang
berumur antara 15 tahun hingga 40 tahun. Daripada jumlah tersebut
seramai 365,300 (2.6%) orang belia adalah penganggur atau sedang
mencari pekerjaan.
2. Di antara program yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi
membantu para belia yang menganggur mendapat pekerjaan adalah
melalui Program Penempatan Pekerjaan (3P) yang dilaksanakan
1
oleh Kementerian Sumber Manusia. Di bawah Program 3P ini,
beberapa aktiviti dilaksanakan seperti karnival pekerjaan, night
career fair dan lain-lain.
3. Program-program yang dilaksanakan tersebut adalah sangat
berkesan bagi membantu golongan belia untuk mendapat pekerjaan
yang bersesuaian dengan kelayakan dan keperluan serta membantu
peningkatan kerjaya. Jumlah keseluruhan sehingga September 2014
seramai 167,509 orang pencari kerja berjaya ditempatkan dalam
pekerjaan termasuk belia.
2
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
NO SOALAN :560
DARIPADA : Y.B. TUAN IGNATIUS DORELL LEIKING
(PENAMPANG)
PERTANYAAN : BERTULIS
Y.B. TUAN IGNATIUS DORELL LEIKING [ PENAMPANG ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah duti setem yang
telah dikutip oleh LHDN ke atas transaksi-transaksi yang melibatkan urus
niaga pertukaran hartanah yang berada di kawasan daerah Penampang,
Kota Kinabalu dan lain-lain bandar utama di Pantai Barat Sabah pada
tahun 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.
JAWAPAN
Untuk makluman Yang Berhormat, surat cara yang tertakluk kepada duti
setem adalah seperti yang disenara ikan di bawah Jadual Pertama, Akta
Setem 1949. Antara surat cara yang termasuk dalam senarai tersebut
adalah keatas transaksi berhubung hartanah. Kadar duti setem terbahagi
kepada 2 jenis iaitu kategori pertama pada kadar ad valorem dan kategori
kedua pada kadar tetap. Duti setem pada kadar ad valorem adalah
berdasarkan peratusan tertentu daripada nilai transaksi yang dinyatakan
dalam surat cara terlibat seperti surat cara perjanjian pinjaman, perjanjian
jual beli saham, perjanjian sewaan dan instrumen pindah milik hartanah.
Bagi kategori kedua, duti setem dikenakan pada kadar tetap iaitu sebagai
contoh RMlO ke atas surat cara akuan berkanun (statutory declaration)
dan RMlOO ke atas surat cara pemerbadanan sesebuah syarikat.
2. Bagi transaksi tukar milik hartanah, surat cara yang tertakluk kepada
duti setem adalah Borang 14A Kanun Tanah Negara atau Surat lkatan
Serahan Hak (deed of assignment). Kadar duti setem ad valorem ke atas
surat cara ini adalah seperti berikut:
Kadar Duti Nilai Set em Hartanah 1% RMlOO,OOO
yang pertama
2% Nilai yang melebihi RMlOO,OOO sehingga RMSOO,OOO
3% RMSOO,OOO dan seterusnya
Kadar duti setem ini dikenakan berdasarkan nilai harga jualan harta tanah
di dalam perjanjian jual beli atau harga pasaran semasa mengikut
penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dengan
mengguna pakai nilai yang lebih tinggi antara kedua-dua nilai tersebut.
3. Jumlah kutipan duti setem ke atas surat cara pindah milik harta
tanah mengikut daerah di Pantai Barat Sabah dari tahun 2009 hingga
2013 yang diperoleh daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah
seperti berikut:
Daerah jumlah Kutipan Duti Setem (RM)
2009 2010 2011 2012 2013 Kota 21,209,226 33,525,550 37,877,619 16,500,559 48,149,883 Kinabalu
Penampang 4,192,485 4,893,401 5,884,680 3,088,385 6,782,381 Papar 1,721,888 2,057,815 2,974,737 962,844 2,545,133 Tuaran 418,187 860,484 1,777,401 788,970 2,719,253
Ran au 101,729 422,061 453,349 75,186 644,249
Kota Belud 30,162 83,259 247,056 66,305 330,926 Kota 136,314 231,580 367,625 66,305 259,956 Marudu
Kudat 467,848 551,580 1,406,977 1,224,631 989,840 Pitas 2,149 55,913 308,830 6,754 35,888 jumlah 28,279,988 42,681,643 51,298,274 22,779,939 62,457,509
4. Statistik di atas adalah berdasarkan sistem atas talian yang
komprehensif mengikut pecahan daerah di mana pembangunannya telah
dibuat oleh LHDN pada tahun 2009. Namun begitu, statistik bagi tahun
2008 dan tahun sebelumnya adalah mengikut pecahan di peringkat negeri
sahaja.
RT75/561
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
TUAN IGNATIUS DORELL LEIKING [ PENAMPANG]
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANYAAN BERTULIS
Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah pelajar-pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera dari daerah Penampang yang telah berjaya mendapat biasiswa penuh daripada Kementerian untuk meneruskan pendidikan mereka di institusi-institusi .; pendidikan tinggj awam di Malaysia pada tahun 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013. (566)
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan pelbagai program
penajaan di peringkat pengajian tinggi saina ada berbentuk biasiswa,
bantuan kewangan atau pinjaman pelajaran kepada semua rakyat
Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat siji! sehingga
pasca kedoktoran tanpa mengira kuota kaum atau mengikut n'egeri asal.
Pemberian biasiswa dan bantuan kewangan ini mengambil .kira faktor '
kelayakan serta keadilan bagi semua · kumpulan sasa'ran yang
berkelayakan. lni bagi memastikan pembangunan modal insan yang
seimbang di seluruh negara.
Kerajaan sentiasa memastikan pemberian biasiswa dan bantuan
kewangan di peringkat pengajian tinggi ini diberikan kepada pelajar
pelajar yang benar-benar berkelayakan dan memenuhi kriteria
ditetapkan seperti merit akademik, ko-kurikulum dan latar belakang
sosio-ekonomi keluarga pemohon dari seluruh Malaysia.
Rekod di Kementerian dan data berdasarkan ala mat pelajar tajaan,
menunjukkan bahawa jumlah pelajar dari daerah Penampang sejak
2008 sehingga 2013 adalah seramai 101 orang yang mana dari jumlah
tersebut seramai 22 orang merupakan pelajar bumiputera dan seramai
79 pelajar bukan bumiputera.
- I 1 !
1-...
PERTANYAAN
DARIPADA
SOALAN :-
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
BERTULIS
SOALAN ( 562 )
Y.B. TUAN IGNATIUS DORELL LEIKING [PENAMPANG]
Y.B. TUAN IGNATIUS DORELL LEIKING [ PENAMPANG ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan secara terperinci prosedur yang digunakan oleh Kerajaan untuk menangani masalah jenayah judi siber haram yang semakin berleluasa di negeri Sabah dan apakah peranan pihak berkuasa tempatan dalam isu ini.
1
JAWAPAN :-
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aktiviti perjudian yang dijalankan
sama ada di dalam premis ataupun secara atas talian (siber) adalah di
bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan di bawah Akta Rumah
Perjudian Terbuka 1953.
Sekiranya ia melibatkan premis tidak berlesen atau penyalahgunaan lesen,
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan boleh mengambil tindakan di
bawah Undang-undang Kecil (UUK) yang dikuatkuasakan. Di Sabah, di
bawah Kota Kinabalu Municipal Council (Use of Premises) By Laws 1995
(Lampi ran 1 ). Di bawah UUK berkenaan, PBT boleh mengkompaun tidak
lebih daripada RM500 bagi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan
di bawah UUK berkenaan. Sekiranya kompaun tidak dijelaskan dan
dakwaan dilakukan, Mahkamah boleh menjatuhkan denda tidak lebih
daripada RM5,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali jika
sabit kesalahan.
2
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) telah menyemak kandungan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
(Akta 588) dan mendapati bahawa Bab 2, Sahagian (ix) Akta berkenaan
memberi kuasa kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) untuk menyemak perkara berkaitan kandungan pemberi
perkhidmatan dan jika berlaku kesalahan akan didenda tidak melebihi
RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau
kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1 ,000 bagi setiap
hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas
pensabitan. Akta 588 adalah seperti di Lampiran 2.
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
November 2014
3
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN:
SOALAN NO. : 563
DEWAN RAKYAT MALAYSIA
PERTANYAAN BUKAN LISAN
BUKAN LISAN
Tuan Ignatius
Dorell Leiking
[ Penampang ]
Tuan Ignatius Dorell Leiking
[ Penampang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
menyatakan bilakah Projek Pelan Tebatan Banjir Sungai Moyog' (Moyog
River Flood Mitigation Plan) yang mana kajian mengenainya telahpun
selesai dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran akan dimulakan serta
penerangan mengenai dana untuk projek ini berdasarkan fasa-fasa yang
berkaitan Uika ada).
1
JAWAPAN:
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan
dan Saliran Malaysia (JPS) telah memohon untuk melaksanakan projek
pembinaan RTB Lembangan Sungai Moyog dalam Rolling Plan ke-4
(2014-2015) tetapi tidak diluluskan.
Walaubagaimana pun, Kementerian telah membuat rayuan dan
memohon untuk melaksanakan terlebih dahulu sebahagian daripada
komponen projek di dalam Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan
Sungai Moyog, Skim 1 (Kibabaig) melibatkan kerja- kerja lencongan
Kibabaig dan pembinaan pintu kawalan banjir (Flap gate) termasuk
pengambilan tanah dengan anggaran kos sebanyak 11.2 juta. Sekiranya
diluluskan, projek tersebut akan dilaksanakan mulai tahun 2015.
Sekian, terima kasih.
2
NO. SOALAN : 564
PEMBERITAHUAN PERTANVAAN DEWAN RAKVAT
PERTANVAAN
DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN
VB. TUAN IGNATIUS DORELL LEIKING
[ PENAMPANG]
VB. Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI
PELANCONGAN DAN KEBUDA V AAN menyatakan kerugian yang dialami
industri pelancongan di negeri Sabah akibat insiden penculikan yang tidak
terkawal, khususnya dalam tempoh 6 bulan pertama dalam tahun ini, di
mana berlaku sekurang-kurangnya satu kes pencerobohan dan penculikan
hampir setiap bulan.
1
JAWAPAN: DATO' SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ
MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
Tuan Yang di-Pertua,
Menurut Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri
Sabah, kesan dari kes penculikan yang berlaku di pantai timur Sabah telah
mengakibatkan pembatalan pakej pelancongan yang melibatkan seramai
31,599 orang pelancong bagi tempoh lawatan bulan April sehingga hujung
tahun 2014.
Namun dari segi prestasi ketibaan pelancong bagi tempoh Januari hingga
Julai, 2014, Negeri Sabah masih menunjukkan peningkatan sebanyak 2.8
peratus, iaitu dengan ketibaan seramai 1.9 juta orang berbanding seramai
1.8 juta orang pada tempoh yang sama pada 2013. Ketibaan pelancong
bagi tempoh ini turut menjana pendapatan pelancongan sebanyak RM 3. 7
bilion melalui perbelanjaan untuk penginapan, makanan, pengangkutan,
hiburan, membeli belah dan lain-lain perkhidmatan.
Sekian, terima kasih.
2
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KETIGA BELAS
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA
PERTANYAAN : JAWAB BUKAN LISAN
DARIPADA : TAN SRI DATO SRI WILLIAM MAWAN IKOM
[ Saratok]
NO. SOALAN : 565
minta MENTER! KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN
WILAYAH menyatakan sejauh manakah pencapaian
NKRA luar bandar dalam semua empat sub-NKRA yang
diberi fokus iaitu Jalan Perhubungan, Bekalan Air Luar
Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Program
Bantuan Rumah, khususnya di kawasan luar bandar Sa bah
dan Sarawak.
1
JAWAPAN:
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berikut
dikemukakan status pencapaian projek-projek NKRA
Pembangunan Luar Bandar dalam empat sub-NKRA yang
diberi fokus bermula tahun 2010 sehinggga 30 Ogos
2014:
Program Jalan Luar Bandar (JALB):
Sepanjang 4,310.87 km jalan telah siap dibina
(sasaran:3,653.99km) yang melibatkan 1,404.31 km di
Sabah dan 1.173.79 km di Sarawak.
Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB):
Sebanyak 331,812 buah rumah telah menerima bekalan
air bersih/terawat (sasaran: 357,073 buah rumah) yang
melibatkan 105,530 buah rumah di Sabah dan 80,942
buah rumah di Sarawak.
2
Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB):
Sebanyak 120,878 buah rumah telah menerima bekalan
elektrik 24 jam (sasaran: 117,002 buah rumah) yang
melibatkan 47,358 buah rumah di Sabah dan 60,508
buah rumah di Sarawak.
Program Bantuan Rumah (PBR):
Sebanyak 70,896 buah rumah telah berjaya dibina
baru/dibaik pulih (sasaran: 52,129 buah rumah) yang
melibatkan 16,305 buah rumah di Sabah dan 23,815
buah rumah di Sarawak.
3
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
NO SOALAN :566
DARIPADA : Y.B. TAN SRI DATO SRI WILLIAM MAWAN IKOM
(SARATOK)
PERTANYAAN : BERTULIS
Y.B. TAN SRI DATO SRI WILLIAM MAWAN IKOM [ SARATOK] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah GST yang bakal
diperkenalkan dari April 2015 nanti dapat membantu mengurangkan
defisit fiskal negara memandangkan Kerajaan telah menetapkan sasaran
untuk terus mengurangkan defisit fiskal negara.
JAWAPAN
Kerajaan terus komited dalam melaksanakan inisiatif pembaharuan fiskal
bagi mengukuhkan kedudukan kewangan dan memastikan sasaran defisit
fiskal pada paras 3.5% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada
tahun ini, 3% pada 2015 dan bajet berimbang (balanced budget) pada
2020 tercapai. Komitmen ini juga adalah bagi memastikan paras hutang
sentiasa tidak melebihi 55% daripada KDNK dan menjamin kemampanan
fiskal jangka panjang negara.
Langkah utama di bawah inisiatif pembaharuan fiskal termasuk
pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan pelaksanaan
rasionalisasi subsidi. Pelaksanaan GST mulai April 2015 adalah selaras
dengan usaha Kerajaan dalam memperkemas dan memperluaskan asas
cukai serta mengurangkan kebergantungan kepada hasil berkaitan
petroleum. Pertumbuhan hasil yang kukuh terutamanya daripada sektor
bukan berasaskan petroleum adalah penting dalam memastikan
kewangan Kerajaan terus teguh. Kerajaan yakin dengan pelaksanaan GST
ini akan mampu membantu meningkatkan hasil Kerajaan seterusnya
mencapai sasaran defisit yang ditetapkan.
RT76/567
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
TAN SRI DATO SRI WILLIAM MAWAN IKOM [SARATOK]
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANYAAN BERTUUS
TAN SRI DATO SRI WILLIAM MAWAN IKOM [SARATOK] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang meletakkan kuota untuk subjek-subjek tertentu untuk memastikan universiti tempatan melatih guru dalam pelbagi bidang dan subjek untuk menepati permintaan di sekolah untuk mengelakkan isu ketidaksepadan opsyen guru demi menjamin kualiti pengajaran
JAWAPAN
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui lnstitut Pendidikan
Guru (lPG) menawarkan latihan perguruan dalam opsyen tertentu
adalah berdasarkan kepada unjuran keperluan guru mengikut tahun.
Langkah tersebut dilakukan bagi memastikan tidak berlaku lambakan
graduan perguruan untuk ditempatkan ke sekolah-sekolah.
-
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
BAGI BUKAN JAWAB LISAN
TAN SRI DATO SRI WILLIAM MAWAN IKOM
[SARATOK]
568
Tan Sri Dato Sri William Mawan lkom [ Saratok ] minta MENTERI
PENGANGKUT AN menyatakan adakah Kerajaan akan memperkenalkan
undang-undang baharu yang lebih ketat meliputi pembatalan lesen memandu
dan pengharaman pembelian motosikal untuk membendung gejala lumba
haram yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja pada masa kini.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan berpandangan undang-undang sedia ada telah mencukupi dan
bersifat deterrent dalam menangani gejala lumba haram yang berleluasa di
kalangan remaja pada masa kini. Di bawah seksyen 82(3) Akta Pengangkutan
Jalan (APJ) 1987, bagi kesalahan kali pertama, hukuman ke atas orang yang
mengambil bahagian dalam pertandingan atau ujian kelajuan adalah denda
tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan
atau kedua-duanya sekali. Dalam masa yang sama, mahkamah boleh
menghilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu
lesen memandu bagi tempoh tidak melebihi satu tahun.
Bagi kesalahan kali kedua dan kemudiannya pula, mereka yang disabitkan
kesalahan akan didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama
tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya. Selain itu, mahkamah
boleh menghilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan
suatu lesen memandu bagi tempoh tidak melebihi 3 tahun.
Tuan Yang di-Pertua,
Di bawah Seksyen 81(4) APJ 1987 pula memberi kuasa kepada pegawai polis
untuk menangkap tanpa waran mana-mana orang yang melakukan kesalahan
di atas dan kenderaan yang digunakan boleh disita bagi maksud apa-apa
prosiding.
NO. SOALAN: 569
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
SO ALAN
BUKAN LISAN
VB TAN SRI DATO SRI WILLIAM MAWAN IKOM
Tan Sri Dato Sri William Mawan lkom [ Saratok ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah status pembangunan lndeks
Kesejahteraan Sosial yang dirancang Kerajaan bagi mengenal pasti
tahap kualiti hidup serta dasar sosial negara yang juga akan
menumpukan penilaian terhadap ukuran spiritual berkaitan dengan nilai
murni dan moral dalam kehidupan masyarakat dan bukan material
semata-mata.
JAWAPAN: VB DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM
MENTERI 01 JABA TAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
telah membangunkan lndeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia
2012 (Malaysian Well-being Index) yang bertujuan untuk mengukur
peningkatan tahap kualiti hidup dan kesejahteraan sosio-ekonomi rakyat
secara menyeluruh. lndeks ini dibangunkan menggunakan pendekatan
objektif untuk menilai outcome a tau impak yang dinikmati oleh rakyat
berikutan pelaksanaan pelbagai dasar dan strategi pembangunan sosio
ekonomi negara dalam tempoh tahun 2000 hingga 2012. MWI 2012
mengandungi 14 komponen dan 68 indikator berkaitan dalam pelbagai
aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar. Secara keseluruhannya, MWI
2012 mencatatkan peningkatan sebanyak 25.4 mata bagi tempoh 2000
hingga 2012. lni menunjukkan keberkesanan pelaksanaan pelbagai
dasar dan strategi pembangunan dalam menambah baik tahap
kesejahteraan rakyat. Dalam tempoh tersebut, aspek kesejahteraan
ekonomi meningkat lebih tinggi, iaitu sebanyak 33.3 mata atau 2.4
peratus setahun manakala aspek kesejahteraan sosial meningkat
sebanyak 21.0 mata atau 1.6 peratus setahun. Maklumat lanjut
mengenai senarai komponen dan indikator MWI 2012 boleh dimuat turun
daripada Iaman sesawang UPE di http://www.epu.gov.my/en/krm2013.
Setakat ini, MWI hanya mengukur tahap kesejahteraan sosio-ekonomi
rakyat secara kuantitatif dan tidak merangkumi aspek spiritual dan nilai
2
moral masyarakat yang lebih bersifat subjektif. Walau bagaimanapun,
maklumat khusus mengenai pengukuran aspek nilai murni dan moral
kehidupan masyarakat serta keberkesanan dasar sosial negara boleh
diperolehi daripada indeks-indeks berikut:
i. lndeks Pembangunan Ummah (IPU atau MUDI) - oleh lnstitut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM);
ii. lndeks Selia Malaysia- oleh Kementerian Belia dan Sukan;
iii. lndeks Ketegangan Masyarakat (Societal Stress Index) - oleh
Jabatan Perpaduan Negara dan lntegrasi Nasional (JPNIN); dan
iv. lndeks Perhubungan Masyarakat (Societal Relation Index)- oleh
JPNIN.
Sekian. Terima kasih.
3
;
top related