papan kenyataan
Post on 04-Jan-2016
416 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KESELAMATAN SEMASA MENGGUNAKAN PERALATAN
MESIN
• Pastikan mana-mana bahagian mesin yang barbahaya dipasang
alat pelindung.
• Mesin haruslah mempunyai suis keselamatan dan suis saling
mengunci.
• Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna
bagi mengelakkan sebarang bahaya elektrik
• Keadaan fius mestilah betul bagi mencegah beban lampau yang
mestilah mengakibatkan kebakaran
KESELAMATAN DIRI SENDIRI
• Elakkkan memmakai pakaian yang longga.
• Pakai kasut yang mempunyai pelindung keselamatan.
• Memakai gogel atau alat pelindung yang lain
• Elakkan memakai barang-barang hiasan.
• Jangan bergurau senda dan mempermainkan kawan
• Rambut mestilah pendek dan kemas.
Jahitan Kia
Jahitan kia digunakan untuk menjahit klim meretas. Jahitan ini juga digunakan untuk
memulakan dan mematikan jahitan tangan. Jahitan ini kukuh, rapat, dan kelihatan
seperti jahitan mesin. Jahitan ini boleh digunakan sebagai pengganti jahitan mesin.
Berikut adalah langkah jahitan kia:
Mulakan jahitan dari kiri ke kanan.
Cucuk jarum pada A dan keluarkan jarum pada B dengan jarak 1 mm hingga 2 mm.
Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluarkan pada B.
Cucuk jarum semula pada A dan keluarkan pada C dengan jarak 4 mm dari A.
Jahit sehingga siap.
Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak dua kali.
Jelujur Halus
Jahitan jelujur halus digunakan untuk membaiki kelepet merentas. Jahitan ini boleh
menggantikan jahitan mesen.
Berikut adalah langkah jahitan jelujur halus:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri. Jahit dengan halus dan sama
jarak lebih kurang 3 mm hingga 5 mm seperti dalam rajah.
Jahit sehingga siap. Matikan jahitan dengan jahitan kia.
Jahitan Sembat
Jahitan sembat biasanya digunakan untuk menetapkan kelepet. Jahitan ini halus,
rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian. Jahitan sembat juga
biasanya digunakan untuk mengemaskan dan menjahit kelepet baju kurung.
Berikut adalah langkah jahitan sembat:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
Cucuk jarum pada A, keluarkan jarum pada B dengan mencondongkan jarum lebih
kurang 30°.
Jahit sehingga siap.
Matikan jahitan dengan jahitan kia.
Jahitan Lubang Butang
Jahitan lubang butang digunakan untuk menjahit lubang butang, butang katub,
cangkuk dan palang.
Berikut adalah langkah jahitan lubang butang:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan. Cucuk jarum menegak dari
sebelah dalam fabrik ke sebelah luar fabrik. Tarik benang dan susup di bawah
jarum. Jahit sehingga siap. Matikan jahitan dengan jahitan kia.
Jahitan Silang Pangkah
Jahitan ini digunakan untuk menjahit kelepet, lapik, pita zip serta digunakan sebagai
jahitan salaman.
Berikut adalah langkah jahitan silang pangkah:
Jahit dari kiri ke kanan.
Mulakan dengan jahitan kia. Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan
jarak 1 mm.
Masukkan jarum kedalam lipatan pada C dan keluarkan pada D dengan jarak 1mm.
Matikan dengan jahitan kia.
Jahitan Insang Pari
Jahitan ini digunakan untik mengemis tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan
untuk menjahit motif.
Berikut adalah langkah jahitan insang pari:
Jahit dari kiri ke kanan.
Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada A. Cucuk jarum menegak
pada B dan halakan jarum ke arah penjahit. Letak beneng di bawah hujung jarum
dan tarik benang menghala ke arah penjahit.
Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan mata
jahitan insang pari yang akhir.
CONTOH-CONTOH KAD MENU
PERANGGU MEJA
Panduan Menyediakan Peranggu Meja
Panduan pertama yang perlu dilakukan ialah menggunakan alatan yang bersih dan
kering. Alas meja dan napkin yang digunakan juga mestilah bersih. Gunakan alas
meja atau saperah yang bersesuaian dan bentangkan dengan rata di atas meja
hidangan. Alaskan hidangan panas dengan alas pinggan. Manakala aturkan kutleri
dan pinggan dengan jaraj 2.5cm dari tepi meja. Mulut gelas hendaklah dihalakan ke
atas. Letakkan gelas disebelah kanan hujung sudu atau pisau. Jika makan dengan
tangan, letakkan gelas di sebelah kiri pinggan. Letakkan garpu dengan menunjukkan
jejarinya ke hadapan di sebelah kiri pinggan makanan. Langkah akhir sekali ialah
letakkan gubahan bunga yang rendah dan ringkas untuk menyerikan meja hidangan.
Sajian Cara Melayu
1. Alas meja atau saperah digunakan untuk mengalas sajian.
2. Orang Melayu makan dengan menggunakan tangan kanan. Oleh itu, kendi air
disediakan untuk mencuci tangan sebelum, semasa, dan selepas makan.
3. Gelas minuman diletakkan di sebelah kiri pinggan makan.
Sajian Cara Cina
1. Biasanya meja hidangan berbentuk bulat digunakan.
2. Penyepit diletakkan di atas pengalas penyepit dan disusun di sebelah kanan
pinggan / mangkuk.
3. Cawan teh diletakkan di sebelah kanan penyepit.
Sajian cara India
1. Pinggan/mangkuk kalis karat digunakan untuk menyaji makanan.
2. Kendi air disediakan
3. Gelas air diletakkan di sebelah kiri pinggan/mangkuk kalis karat atau daun
pisang.
Sajian Cara Barat
1. Menggunakan alas meja dan lapik pinggan sebagai alas sajian.
2. Gelas minuman diletakkan dis ebelah kanan pinggan makan.
3. Camca,sudu,garpu dan pisau digunakan dalam sajian cara Barat.
4. Nepkin meja di sediakan di atas meja hidangan.
PEMASANGAN KIT MODEL KERETA
Langkah utama
1. Sediakan kit model kereta dan alatan yang diperlukan. Kenal pasti jenis dan
bilangan komponen mencukupi mengikut bahagian.
2.Teliti gambarajah dan panduan kerja. Susun komponen mengikut urutan
pemasangan untuk setiap bahagian.
3. Pasangkan komponen untuk dijadikan bahagian mengikut urutan.
4. Pasangkan bahagian-bahagian kit untuk dijadikan kit model.
5. Uji dan laraskan kedudukan bahagian model yang telah dipasang. Teliti semua
bahagian yang dan komponen untuk memahami fungsinya.
6. Buka semula semua bahagian dan komponen mengikut urutan. Semak, susun
dan simpan kit model di dalam kotaknya.
KOMPONEN KIT MODEL KERETA
Roda
Motor
Gear
Kerangkagka
top related