parti politik terima baik 32 cadangan...
Post on 06-Feb-2018
258 Views
Preview:
TRANSCRIPT
INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA • THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITYJANUARY 2017ISSUE NO. 13
CURRENT AWARENESS SERVICE
PARTI POLITIK TERIMA BAIK32 CADANGAN JKNMPP
Berita penuh di muka surat 4
2
EDITORIAL / EDITORIAL
03 Kerjasama semua parti politik jayakan resolusi JKNMPP
NEWS / BERITA
04 Parti politik terima baik cadangan JKNMPP
05 Integriti retorik, tanpa zikir dan fikir
06 Executive Breakfast Talk- kepimpinan pengurusan dan tadbir urus dalam perspektif integriti
07 RELA berintegriti: Pelan Integriti Organisasi digubal jadi pedoman
08 Sesi percambahan minda bantu mantapkan MIPS
09 Ke arah sistem E-Lelong yang lebih telus
FEATURES / RENCANA
10 Apa tugas YB
Advisor
Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff
Editor
Zubayry Abady Sofian
CONTENTS / KANDUNGAN
EDITORIAL TEAM / SIDANG PENGARANG
Assistant Editors
Norsheeda DinNor Azni Ahmad HusairiAimi Farhana Mohd Amin
08 09 1506
11 Pulihkan integriti penjawat awam
12 Tingkatkan keimanan bendung rasuah
NEW BOOKS IN OUR LIBRARY / BUKU BAHARU PUSAT ILMU INTEGRITI
14 Buku-buku baharu di Pusat Ilmu INTEGRITI
GALLERY / GALERI
15 Berita bergambar tentang aktiviti-aktiviti lain di INTEGRITI
Published monthly byINSTITUT INTEGRITI MALAYSIAMenara Integriti, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603-6209 2000 Website: www.integriti.my
Photographers
Rosalizawati Arshad Izal Ariff Zahrudin
Cover
Aryzam Rahim
Contributors
Mohd Hafizdi Che Md AkhirMohd Yany Yusoff
0705
3
EDITORIAL / EDITORIAL
KERJASAMA SEMUA PARTI POLITIK JAYAKAN RESOLUSI JKNMPP
Pada Ogos 2015, Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak telah mengumumkan
penubuhan Jawatankuasa
Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan
Politik (JKNMPP), jawatankuasa yang
dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Paul Low itu
terus mengorak langkah dalam usaha
merealisasikan kewujudan satu akta khusus
untuk mengawal selia pembiayaan politik di
negara ini.
Mandat berat yang diberikan itu tidak
menjadi penghalang kepada JKNMPP untuk
melaksanakan tugas tersebut dengan baik.
Semua ahlinya terdiri daripada jawatankuasa
utama, jawatankuasa teknikal termasuk
kumpulan sekretariat telah memberikan
komitmen yang cukup tinggi.
Usai tempoh setahun yang diberikan
dengan melalui 11 mesyuarat, 19 sesi
perbincangan meja bulat termasuk
mesyuarat serta interaksi dengan pelbagai
pihak berkepentingan dan kumpulan
pakar, maka pada tanggal 30 September
2016 menjadi titik mula kepada satu
perjalanan baharu kepada Malaysia dalam
memperjuangkan agenda integriti politik
bersih dan telus dengan pelancaran “Buku
Putih” Laporan Lengkap JKNMPP.
Dalam laporan JKNMPP ini terdapat
32 cadangan dan cadangan paling utama
ialah memperkenalkan undang-undang
baharu dinamakan Akta Sumbangan dan
Perbelanjaan Politik. Akta ini mengandungi
semua aspek berkaitan dengan sumbangan
politik dan pentadbiran, perbelanjaan,
pembiayaan aktiviti politik serta langkah
mengawal selia hubungan antara politik dan
perniagaan.
Untuk menjayakan perkara ini sudah
semestinyalah memerlukan sokongan,
penglibatan dan kerjasama dari pelbagai
pihak terutamanya sokongan daripada
pihak yang punyai kepentingan paling utama
iaitu daripada parti-parti politik itu sendiri.
Semua parti sama ada yang mewakili parti
pemerintah mahupun parti pembangkang
perlu bekerjasama dalam hal ini. Isu ini
bukan lagi melibatkan prinsip dan agenda
perjuangan parti semata-mata tetapi
melangkau kepada kelangsungan hidup
sistem politik demokrasi berperlembagaan
negara.
JKNMPP walaupun secara prinsipnya
telah “bubar” dengan siapnya laporan ini,
namun fungsi dan peranan JKNMPP masih
perlu diteruskan. INTEGRITI yang menjadi
tunggak utama dalam sepanjang proses
JKNMPP ini telah mengadakan beberapa
sesi pembentangan dan taklimat dan
konsultasi kepada pelbagai pihak.
Pada 5 Disember 2016 bertempat di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala
Lumpur satu sesi taklimat kepada wakil
Parti Komponen Barisan Nasional telah
diadakan. Pada 8 Disember 2016 pula telah
diadakan sesi taklimat kepada, Parti Islam
SeMalaysia (PAS) dan Parti Ikatan Bangsa
Negara (IKATAN). Manakala pada 26 Januari
2017 juga di INTEGRITI sesi taklimat kepada
Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) dan Parti
Amanah Negara (AMANAH).
Sesi taklimat dan konsultasi ini
bertujuan untuk memberikan pemahaman
dan penjelasan sebaik mungkin kepada
semua parti politik terlibat serta untuk
mendapatkan kerjasama dan sokongan
mereka terutamanya dalam penggubalan
dan pembentangan Akta Sumbangan
dan Perbelanjaan Politik nanti. Ini amat
penting dalam usaha Malaysia mewujudkan
sistem pembiayaan politik yang lebih
berintegriti sekali gus mampu memberikan
penambahbaikan terhadap amalan
demokrasi di negara ini.
INTEGRITI sangat mengalu-alukan
langkah serta inisiatif yang telah diambil
dan yang akan diambil nanti. Hal ini perlu,
agar semua “pemain” yang terlibat dalam
arena politik tanah air kita ini dapat berpolitik
secara berintegriti dan telus. Rakyat
terbanyak juga perlu memainkan peranan
penting sebagai “pemantau” dan bukan
lagi sebagai “pemerhati” yang duduk diam
berserah apa juga yang berlaku. Akhirnya,
manfaat mutlak hasil daripada usaha kita
sekarang ini akan dinikmati oleh anak-cucu
akan datang.
Sekian,
Integriti di Hati
Zubayry Abady bin Sofian
4
NEWS / BERITA
PARTI POLITIK TERIMA BAIK CADANGAN JKNMPPOleh Mohd Hafizdi Bin. Che Md Akhir
Penghujung 2016, YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah membentangkan 32 cadangan oleh Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik
(JKNMPP) kepada Jemaah Menteri. Berkaitan itu, Jemaah Menteri memutuskan agar JKNMPP melakukan beberapa siri taklimat dan konsultasi dengan parti-parti politik utama di negara ini bagi mendapatkan input dan maklum balas daripada parti-parti politik yang terlibat.
Sehubungan itu, beberapa siri taklimat dan konsultasi telah diadakan, di mana YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan sendiri telah memberi taklimat dan mempengerusikan sesi-sesi tersebut. Antara sesi yang paling awal diadakan ialah sesi taklimat dan konsultasi dengan wakil-wakil parti komponen Barisan Nasional pada 5 Disember 2016 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Pada 8 Disember 2016 pula bertempat di INTEGRITI, JKNMPP telah mengadakan sesi taklimat dan konsultasi dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang diketuai oleh YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden) dan Parti Ikatan Bangsa Negara (IKATAN) yang diketuai oleh Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (Presiden).
Manakala pada 26 Januari 2017 di tempat yang sama, sesi taklimat dan konsultasi diteruskan dengan Parti Keadilan Rakyat
(Keadilan) yang diketuai oleh YB Puan Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang diketuai oleh Tuan Hj. Mohd Anuar Tahir (Setiausaha Agung).
Melalui sesi taklimat dan konsultasi yang telah dijalankan itu, semua parti politik termasuk parti pembangkang secara asasnya bersetuju dengan JKNMPP berkenaan perlunya satu mekanisme kawalan atau undang-undang yang berkaitan dengan sumbangan dan perbelanjaan politik. Parti-parti pembangkang turut memberikan maklum balas dan input bagi menambahbaikkan cadangan yang telah diutarakan oleh JKNMPP kepada Kerajaan. Sesungguhnya, penambahbaikan ini penting dalam proses penyediaan draf rang undang-undang yang berkaitan dalam masa yang terdekat kelak.
Pertemuan INTEGRITI dengan wakil-wakil dari Parti PKR.
Sesi Konsultasi JKNMPP bersama wakil-wakil parti komponen Barisan Nasional
5
INTEGRITI RETORIK, TANPA ZIKIR DAN FIKIROleh Aimi Farhana Mohd Amin
“Dengar kisah ini, nak dijadikan cerita, suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong kecil semasa hendak pulang ke rumahnya, ditengah
perjalanannya tadi dia terjumpa seketul tahi.
Pak Pandir masih ragu-ragu sama ada betul atau tidak benda yang dijumpainya itu adalah tahi. Oleh kerana kemusykilan yg teramat sangat itu, Pak Pandir mengambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Lalu, Pak Pandir tengok dengan lebih dekat tahi tersebut, lalu dia berkata, “bentuk macam tahi…”
Kemudian, dia pegang pula tahi itu, lalu dia berkata, “lembik macam tahi...”
Selepas itu, dia ambil pula sedikit tahi itu lalu dia hidu dan berkata, “bau macam tahi...”
Oleh kerana Pak Pandir masih ragu–ragu, lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit tahi tersebut… dan sebaik saja dia menjilat tahi berkenaan... dia pun menjerit ”MEMANG TAHI! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!”
Itu adalah kisah teladan yang dikongsi oleh Encik Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam selokanya untuk menyampaikan mesej mengenai kepentingan menggunakan akal fikiran dalam membuat sesuatu keputusan di dalam sesi Breakfast Talk yang diadakan pada awal Januari.
INTEGRITI melalui kerjasama bersama Unit Integriti, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan
program Breakfast Talk pada 24 Januari yang lepas bertempat di Dewan Seminar, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur.
Sesi yang bertemakan “Kepimpinan Beretika & Berintegriti: Kunci Utama Kepada Kejayaan” ini adalah program yang pertama kali diadakan semenjak Unit Integriti MAIWP ditubuhkan mengambil contoh daripada siri program Breakfast Talk yang diadakan hampir setiap bulan oleh INTEGRITI.
Program kali ini melibatkan Tuan Haji Zakuan bin Sawai, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, selaku pembentang utama dan ditemani oleh ahli panel yang terdiri daripada Encik Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, Cawangan Dakwah Khas, JAKIM, Dr. Ahmed Razman bin Abdul Latiff, Pensyarah Kanan dan Pengurus bahagian Community Engagement & Impact dari Universiti Putra Malaysia dan YBrs. Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI selaku moderator.
Menurut Tn Haji Zakuan di dalam pembentangan beliau, integriti tanpa zikir dan fikir , akan hanya sekadar menjadi retorik. Tambah beliau lagi,
NEWS / BERITA
Sebahagian daripada peserta perbincangan.
nilai integriti merupakan akhlak yang perlu ada sebagai nilai tambah dalam urusan perkhidmatan organisasi. Tambah beliau, segala perancangan memerlukan kerjasama daripada kesemua belah pihak, dan sifat tidak mengambil peduli boleh menyebabkan ‘terbantutnya’ sesuatu pekerjaan. Oleh itu beliau menyeru agar semua cakna kepada keperluan organisasi dan saling bantu – membantu dalam menjayakan misi dan visi sesebuah organisasi.
Rata-rata tetamu yang hadir amat berpuas hati dengan konsep program berbentuk perbincangan yang membuka ruang untuk ahli panel dan para tetamu berkongsi ilmu, pengalaman serta cadangan masing-masing bagi penambaikan corak pentadbiran sesebuah organisasi.
6
EXECUTIVE BREAKFAST TALK - KEPIMPINAN PENGURUSAN DAN TADBIR URUS DALAM PERSPEKTIF INTEGRITI Oleh Aimi Farhana Mohd Amin
Bertempat di Auditorium Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan) telah diadakan julung-julung kalinya
Executive Breakfast Talk yang dianjurkan oleh Perhilitan pada 18 Januari 2017 yang lalu setelah mengambil contoh daripada beberapa siri Breakfast Talk yang dianjurkan oleh INTEGRITI sebelum ini.
Bertemakan “Kepimpinan Pengurusan dan Tadbir Urus dalam Perspektif Integriti”, Tuan Hj Hamilye Sham Harun yang merupakan salah seorang panel jemputan menegaskan bahawa sikap terhutang budi oleh penjawat awam terutama pihak pengurusan tertinggi yang mempunyai kuasa boleh menjerat diri sendiri. Menurut beliau, apabila penjawat awam terhutang budi dengan bantuan yang diterima, mereka akan berada dalam keadaan serba salah dan akhirnya terpaksa akur dengan permintaan pihak terbabit.
Ini adalah kerana lazimnya, pihak tertentu mungkin menawarkan
pertolongan kerana mengharapkan balasan, khususnya daripada mereka yang berpangkat tinggi dan mempunyai kuasa.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah 1 Perhilitan, Fakhrul Hatta Musa sebagai pembicara utama; wakil Kesatuan Pekerja Jabatan Perhilitan serta pengurusan tertinggi dan kakitangan Perhilitan yang menggunakan peluang ini untuk bertanya pendapat dan berkongsi pengalaman mereka.
Menurut Fakhrul Hatta, diantara kerisauan yang sering dihadapi oleh organisasi beliau ialah ‘online smuggling’ dimana urusan ini dilakukan secara atas talian dan tiada rekod khusus untuk tujuan penyemakan terutamanya urusan trading yang melibatkan gading gajah dan juga tenggiling. Beliau juga berkata disinilah pihak pengurusan tertinggi memainkan peranan dalam memantau anak – anak buah mereka disamping sentiasa alert sekiranya berlaku apa–apa kejadian yang
mencurigakan.
Ini disokong oleh Tn Haji Hamilye yang menambah bahawa kes seperti ini terjadi kerana usaha memenangi hati penjawat awam tidak terhad kepada memberi wang, hadiah, wanita dan pakej percutian, malah ada pihak yang menggunakan cara halus termasuk membiayai kos pendidikan anak-anak penjawat awam terbabit.
Beliau memberitahu, malangnya, segelintir penjawat awam tidak sedar tindakan yang diambil mereka boleh mendatangkan kesukaran dan akhirnya mereka terpaksa meluluskan sesuatu projek selepas dibelenggu rasa bersalah atau terhutang budi.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan, INTEGRITI akan terus mengadakan program integriti di agensi-agensi kerajaan dalam usaha mendidik penjawat awam menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan menjauhi gejala rasuah.
NEWS / BERITA
7
NEWS / BERITA
Sekali lagi Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dijadikan hab rujukan utama pelbagai pihak yang berhasrat
mengangkat agenda integriti sebagai teras pedoman dalam operasi organisasi. Kali ini Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah menyuarakan hasrat tersebut. Susulan itu INTEGRITI telah menghantar sepasukan perunding yang diketuai sendiri oleh YBhg. Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI untuk mengadakan satu perbincangan bersama dengan Tuan Zulkifli bin Abidin, Ketua Pengarah RELA bersama-sama pegawai-pegawai pengurusan tertinggi RELA pada 16 Januari 2017 yang lalu.
Hasil pertemuan yang diadakan di Ibu Pejabat RELA, Putrajaya tersebut, INTEGRITI dan RELA telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam beberapa aspek seperti pendidikan dan latihan integriti serta penyediaan dokumen Pelan Integriti Organisasi RELA.
RELA BERINTEGRITI: PELAN INTEGRITI ORGANISASI DIGUBAL JADI PEDOMANOleh Zubayry Abady Sofian
Niat murni ini disegerakan dengan terlaksananya Bengkel Penggubalan Pelan Integriti Organisasi RELA yang telah diadakan pada 23 dan 24 Januari 2017 yang lalu bertempat di Akademi Latihan RELA Malaysia (ALARM), Melaka. Bengkel yang dihadiri seramai 16 orang pegawai peringkat pengurusan RELA ini antara lain bertujuan untuk membuat semakan semula dan menambah baik Pelan Integriti RELA sedia ada. Skop perbincangan bengkel ini menjurus kepada analisis pencapaian Pelan Integriti RELA yang terdahulu serta mengenal pasti masalah integriti yang berlaku dalam jabatan serta cara untuk tangani masalah tersebut.
Pelan Integriti RELA yang dirangka ini nanti akan meliputi enam strategi utama iaitu untuk memantapkan keberkesanan tadbir urus terbaik dan pengurusan risiko, meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan, melaksanakan program kesedaran memerangi jenayah rasuah,
penyelewengan dan salah guna kuasa, memantapkan sistem pengurusan sumber manusia, memantapkan imej korporat dan reputasi jabatan serta memantapkan institusi kekeluargaan warga RELA.
Panel sesi perbentangan PIO RELA.
8
NEWS / BERITA
Oleh Azni Husairi
SESI PERCAMBAHAN MINDA BANTU MANTAPKAN MIPS
Pembangunan yang mantap khasnya daripada aspek kandungan dan pendekatan yang digunakan adalah
amat penting bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan sesebuah modul. Justeru, sejak Modul INTEGRITI Pra Sekolah (MIPS) diperkenalkan oleh INTEGRITI tahun lalu, beberapa siri bengkel telah diadakan.
Terbaharu, INTEGRITI telah menganjurkan sebuah bengkel penyediaan penulisan laporan pada 10 hingga 12 Januari di Menara Integriti. Ia disertai oleh 14 orang wakil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak (FACE), Universiti Putra Malaysia
(UPM) dan tadika awam serta swasta.
Dalam bengkel berkenaan, setiap peserta berpeluang untuk berkongsi idea, pandangan dan pengalaman. Sesi percambahan minda ini memberikan manfaat kepada proses pemantapan modul MIPS, apatah lagi setiap peserta yang hadir terdiri dari kalangan individu yang berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam bidang pendidikan. Dapatan dari bengkel tersebut bakal diadaptasikan menjadi salah satu subjek yang mengetengahkan nilai-nilai murni. Ini sekali gus membolehkan nilai-nilai tersebut disemai dalam diri kanak-kanak daripada peringkat rebung lagi.
Mengutamakan nilai-nilai integriti, MIPS bakal mengetengahkan konsep fun learning dan interaktif kepada
kanak-kanak menerusi pertunjukan boneka serta bercerita bersama boneka maskot INTEGRITI bernama SAM. Ia juga dijangka akan digunakan secara meluas dalam pendidikan peringkat pra sekolah pada masa akan datang.
9
NEWS / BERITA
Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah dijemput oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia untuk hadir dalam program khas Maklum Balas Sesi Soal Jawab dan Ujian Sistem E-Lelong pada 9 Januari 2017 (Isnin) bertempat di
Bilik Latihan IT, Aras 3, Istana Kehakiman Putrajaya.
Program atau pertemuan ini diadakan susulan cadangan oleh YBhg. Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada Mahkamah Persekutuan Malaysia untuk mendapatkan khidmat nasihat dan runding cara Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) terlebih dahulu sebelum melaksanakan E-Bidaan Hartanah Lelongan kepada masyarakat umum.
Turut bersama-sama dalam sesi ini adalah wakil-wakil daripada CyberSecurity Malaysia (CSM) yang hadir bagi memberikan input pasukan tenaga pakar teknikal bersama-sama dengan INTEGRITI.
Sesi ini berlangsung selama setengah hari dihadiri oleh pegawai kanan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, pembekal Sistem E-Lelong manakala INTEGRITI diketuai oleh YBhg.Datuk Dr. Anis Yusal, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Ahmad Fazli Ahmad Tajuddin, Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Amerul Muner Mohamad dan Encik Mohd Yany Yusoff.
Tenaga pakar teknikal dari CSM adalah Encik Mohd Zabri Adil Talib, Ketua Jabatan Forensik Digital dan Encik Abdul Wafi
Abdul Rahman, Juru analisa Forensik Digital. Antara aspek khidmat nasihat dan perundingan integriti dalam sesi tersebut adalah menjurus kepada penilaian profesional berkaitan dengan sistem dan prosedur, perundangan, tadbir urus dan teknikal terhadap ujian sistem E-Lelong.
Satu pelaporan dalaman akan dikeluarkan oleh INTEGRITI kepada Mahkamah Persekutuan Malaysia bagi tujuan penambahbaikan integriti sistem tersebut.
Sejak sekian lama sehingga kini, aktiviti dan proses sistem bidaan lelongan hartanah adalah dilakukan secara manual, di mana peminjam (tuan rumah) yang didapati gagal oleh Mahkamah menjelaskan bayaran bulanan dalam suatu tempoh yang telah dipersetujui, satu transaksi lelongan diadakan untuk pihak bank mendapatkan semula hutangnya yang tertunggak.
Pihak bank menerusi keputusan Mahkamah kebiasaannya menawarkan harga lelongan di bawah harga pasaran (Market Value) yang dikenali sebagai Reserve Price. Pengenalan kepada Sistem E-Lelong ini dapat meningkatkan ketelusan dan keadilan dalam transaksi lelongan hartanah yang diterapkan elemen-elemen integriti secara keseluruhannya diharapkan dapat meningkatkan hasil daripada perbincangan yang telah diadakan.
KE ARAH SISTEM E-LELONG YANG LEBIH TELUS
Oleh Mohd Yany Yusoff
10
APA TUGAS YBOleh Amerul Muner bin MohammadDisiarkan dalam Warta, 25 Januari 2017
KITA akan menghadapi pilihanraya umum ke14 selewat-lewatnya Mei 2018. Bagi rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun keatas dan berdaftar sebagai pengundi, ini adalah suatu peluang keemasan yang
tidak seharusnya dibiarkan berlalu tanpa menggunakan hak masing-masing untuk menentukan siapakah yang paling layak untuk mewakili rakyat ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Warga kota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan memilih 13 daripada 222 orang ahli Parlimen sebagai wakil kepada rakyat di dalam Parlimen.
Apakah peranan ahli Parlimen atau wakil rakyat yang dipilih di dalam pilihanraya?
Menurut sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia, Parlimen atau legislatur adalah badan utama menggubal undang-undang. Oleh itu tugas utama wakil rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang. Undang-undang diwujudkan bagi memastikan hak dan tanggungjawab setiap individu dan badan-badang yang dikoperatkan ditetapkan dengan jelas supaya apabila undang-undang yang dilaksanakan, keseluruhan anggota masyarakat akan mendapat manafaat daripada undang-undang tersebut.
Adalah menjadi lumrah di negara ini bagi anggota masyarakat terutama di luar bandar meletakkan harapan yang tinggi keatas ahli-ahli yang berhormat untuk menyelesaikan masalah mereka. Sebagai pemimpin masyarakat dan bagi menjamin populariti mereka, ahli-ahli Yang Berhormat akan berusaha bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat walaupun dalam banyak keadaan masalah-masalah yang dibangkitkan bukanlah di dalam bidangkuasa atau rangka kerja seseorang wakil rakyat. Mereka secara automatik akan menjadi tempat mengadu dan penyelesai masalah masyarakat.
Melalui pelbagai mekanisme yang diwujudkan di Parlimen, seperti PAC dan lain-lain jawatankuasa yang ditubuhkan dari masa ke semasa, ahli-ahli Parlimen akan menjadi ‘check and balance’ kepada kerajaan memerintah. Peranan ini amat penting bagi memastikan sistem tadbir urus dalam pentadbiran negara dapat dilaksanakan dengan berintegriti. Disamping itu wakil-wakil rakyat juga mempunyai ruang untuk mengenengahkan masalah-masalah rakyat agar dapat diselesaikan oleh pihak-pihak berwajib.
Bagi ahli-ahli Parlimen dari pihak pembangkang, mereka juga memainkan peranan yang penting sebagai ‘pemeriksa kualiti’ bagi perkara-perkara yang dilakukan oleh parti pemerintah.
Harus ditekankan bahawa YB bukanlah ‘Superman’ yang boleh menyelesaikan semua masalah rakyat, namun sebagai wakil rakyat, YB seharusnya menjadi perantara atau orang tengah bagi rakyat menyuarakan hasrat mereka ke dalam Parlimen, badan penggubal undang-undang tertinggi di dalam negara ini dan juga menyampaikan hasrat kerajaan kepada rakyat. Ini adalah sejajar dengan prinsip asas demokrasi iaitu kerajaan dilantik oleh rakyat untuk rakyat.
Di dalam sistem pilihanraya di Malaysia yang diwarisi daripada sistem di Westminster, United Kindom, calon-calon yang bertanding adalah dipilih oleh parti-parti politik, kecuali calon bebas iaitu calon yang tidak mewakili mana-mana parti politik yang berdaftar. Oleh yang demikian, soalan yang sering ditanya adalah sejauhnya manakah wakil rakyat menyuarakan hasrat rakyat dan bukannya hasrat parti politik?
Apa pun soalan, jangan sia-siakan hak sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi.
FEATURES / RENCANA
PENULIS ialah Bekas Pengamal Undang-undang dan Pemerhati Politik
11
FEATURES / RENCANA
Tangkapan demi tangkapan membabitkan beberapa penjawat awam termasuk pegawai kanan yang diklasifikasikan sebagai kes berprofil tinggi ataupun jerung dari pelbagai agensi awam
cukup mengejutkan dan merisaukan masyarakat. Ternyata operasi besar-besaran hasil daripada komitmen dan iltizam pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membersihkan rasuah terutamanya dalam kalangan penjawat awam dan sektor awam mula menampakkan hasil yang jelas.
Seperti dijanjikan hampir setiap minggu sudah ada tangkapan dan pendakwaan terhadap penjawat awam baik yang masih berkhidmat ataupun yang telah bersara tetapi melakukan-kesalahan rasuah ketika berkhidmat dahulu. Secara umumnya kita mengucapkan terima kasih syabas kepada SPRM yang berusaha keras untuk membersihkan sektor awam ataupun masyarakat secara keseluruhannya daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa. Keberanian, integriti dan komitmen yang ditonjolkan oleh anggota SPRM wajar dihargai.
Antara kes rasuah dan salah guna yang mengejutkan kita baru-baru ini adalah membabitkan Setiausaha Bahagian sebuah kementerian, pegawai kanan Jabatan Air Sabah, Ketua Setiausaha kementerian serta pegawai kanan syarikat milik kerajaan (GLC). Nilai rampasan baik wang tunai mahupun aset sudah mula mencecah jutaan ringgit dan ada ketikanya masyarakat seolah-olah sukar untuk mempercayai apabila SPRM mendedahkan rampasan wang tunai yang cukup banyak yang disimpan di merata tempat di rumah suspek.
Tangkapan dan pendedahan kes seperti ini secara langsung menjejaskan nama baik dan imej perkhidmatan awam secara umumnya dan juga penjawat awam secara khasnya.
Apa yang lebih menyedihkan dilaporkan ada penjawat awam yang suka meminta-minta atau memaksa individu, kontraktor atau syarikat untuk memberi rasuah. Rasuah yang biasa berlaku pula antaranya membabitkan pemberian wang tunai dan seks serta berbentuk tajaan misalnya untuk membeli-belah, bercuti di luar negara mahupun bermain golf di luar negara.
PULIHKAN INTEGRITI PENJAWAT AWAMOleh Noor Mohamad Shakil HameedDisiarkan dalam Utusan Malaysia, 17 Januari 2017
Ternyata tangkapan dan pendedahan seperti ini membawa satu malapetaka besar kepada integriti penjawat awam di negara ini. Tatkala kita marah dan geram dengan tindakan segelintir penjawat awam seperti ini, kita juga rasa simpati dengan nasib yang menimpa imej perkhidmatan awam dan kerajaan secara keseluruhannya. Hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Hanya kerana ketamakan beberapa orang penjawat awam, habis rosak imej dan integriti penjawat di mata masyarakat.
Justeru usaha dan langkah serius perlu diambil segera untuk memulihkan reputasi dan integriti penjawat awam supaya akhirnya kita dapat memulihkan kembali imej sektor awam di negara ini.
Bilangan penjawat awam yang ditangkap terutamanya membabitkan mereka dari kategori pegawai utama atau pegawai kanan sesebuah jabatan cukup merisaukan. Hal ini kerana sejak akhir-akhir ini seolah-olah menampakkan trend peningkatan yang ketara dan kita risau ia terus meningkat kerana mengikut SPRM, mereka bakal memburu dan menangkap lebih ramai lagi penjawat awam yang didapati melakukan rasuah dan salah guna kuasa.
Justeru pihak kerajaan perlu bertindak segera untuk membersihkan nama dan imej penjawat awam serta jabatan kerajaan secara menyeluruh selain memulihkan kembali moral dan motivasi penjawat awam lain. Kita tidak mahu majoriti penjawat awam yang masih memiliki nilai integriti yang tinggi berasa malu, tertekan dan kecewa dengan pendedahan seperti ini. Diharap setiap individu penjawat awam perlu berusaha untuk meraih kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat yang dilihat terus jatuh merudum selepas pendedahan seperti ini.
Dalam konteks ini penulis melihat ada dua kaedah untuk memulihkan integriti penjawat awam. Pertama melalui kaedah penguatkuasaan peraturan dan kedua menggunakan pendekatan mewujudkan kesedaran dalam diri penjawat awam. Dari segi penguatkuasaan peraturan, sudah tiba masanya SPRM melakukan proses pembersihan secara menyeluruh ke atas semua jabatan kerajaan di semua peringkat demi memastikan tiada lagi penjawat awam yang pecah amanah dan salah guna kuasa.
Cari hingga ke lubang cacing semua individu terbabit
12
FEATURES / RENCANA
dan bawa ke muka pengadilan. Bagi membantu proses ini elok dimurnikan beberapa sistem sedia ada misalnya proses tapisan keutuhan ke atas semua penjawat awam wajar dinilai semula dan dibuat penambahbaikan. Dan juga elok kiranya amalan pengisytiharan harta oleh penjawat awam sedia ada turut disemak semula dari segi keberkesanan dan kesahihan maklumat yang diisytihar. Ringkasnya aspek pemantauan dan penguatkuasaan perlu dimantapkan lagi supaya pisang tidak berbuah dua kali.
Di samping itu ketua-ketua jabatan juga perlu mewujudkan satu bentuk alert/warning system yang boleh sentiasa memberi peringatan kepada semua penjawat awam agar menjauhi rasuah dan penyelewengan seterusnya
memperkasakan nilai-nilai integriti, amanah, tanggungjawab serta keikhlasan dalam menjalankan tugas. Gunakan pendekatan yang berhemah termasuk melalui sentuhan psikologi dan rohani agar perkara sebegini tidak berlaku dalam jabatan masing-masing. Sedarkan mereka betapa perbuatan ini mengkhianati agama, bangsa dan negara.
Apapun dalam konteks ini kita juga berharap agar masyarakat tidak segera menjatuhkan hukuman dan melupakan segala sumbangan penjawat awam selama ini. Walaupun segelintir terpalit dengan isu ini namun penulis percaya majoriti masih memiliki integriti tinggi dan cukup dedikasi dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.
PENULIS ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra
Malaysia (UPM).
TINGKATKAN KEIMANAN BENDUNG RASUAHOleh Nik Roskiman Abdul SamadDisiarkan dalam Utusan Malaysia, 23 Januari 2017
SPRM harus bertindak terhadap pemberi rasuah dan bukan hanya penerima kerana Allah SWT melaknat kedua-dua belah pihak yang terlibat dengan perbuatan keji itu.
Di sebalik segala usaha pihak berkuasa memberi kesedaran dan kempen tentang keburukan rasuah, malangnya ia seolah-olah tidak memberi kesan dan menimbulkan keinsafan kepada orang ramai. Saban tahun statistik penangkapan rasuah yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kian meningkat. Itu melibatkan pihak yang berjaya ditangkap, di luar sana mungkin masih ramai yang terlepas, namun lambat laun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua.
Bagi mengelak ditangkap menerima atau memberi rasuah, pelbagai cara dilakukan terma¬suklah mengubah nama dan bentuk rasuah. Nama ditukar kepada wang kopi, duit pelincir, wang gerak, hadiah dan pelbagai lagi istilah. Sementara itu, rasuah pada masa kini bukan lagi terhad kepada wang ringgit yang mudah dikesan pihak berkuasa dan jika ditangkap akan menjadi bahan bukti dan mudah disabitkan, tetapi rasuah dalam bentuk pakej pelancongan atau percutian, atau pakej umrah atau bayaran yuran kelab golf dan pelbagai lagi.
Rasuah secara umumnya adalah perbuatan sama ada memberi atau menerima suapan yang berbentuk wang tunai atau barangan atau manfaat sebagai upah bagi melakukan sesuatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas
13
FEATURES / RENCANA
seseorang itu. Rasuah sebenarnya berasal daripada perkataan “al-risywah”.
Rasuah termasuk dalam memakan harta secara batil dan diharamkan sepertimana Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” (Al-Baqarah: 188).
Para ulama pula memberi takrif rasuah sebagai apa jua bentuk pemberian yang bertujuan memalsukan kebenaran. Islam sebaliknya menganjurkan saling memberi hadiah kerana ia akan menyuburkan kasih sayang dan mengeratkan persaudaraan sepertimana hadis yang berbunyi: “Saling memberi hadiahlah sesama kamu, nescaya kamu akan saling mencintai satu sama lain” (HR: Bukhari).
Persoalan yang sering diajukan ialah apakah perbezaan antara hadiah dan rasuah? Dari segi pandangan Islam, ia kembali kepada niat si pemberi itu sepertimana hadis Nabi SAW “Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat” (HR Bukhari).
Jika pemberian itu dengan niat bagi mendapatkan sesuatu yang bukan haknya dan sekali gus menzalimi orang lain yang berhak, atau memalsukan kebenaran dan seumpamanya maka ia termasuk dalam pemberian yang bersifat rasuah. Tetapi jika niat untuk mengeratkan tali persaudaraan dan memupuk kasih sayang maka ia dibenarkan. Namun, berbeza pula dari segi perundangan di mana SPRM telah menetapkan jumlah yang dibenarkan oleh penjawat awam untuk menerima hadiah iaitu apabila nilaian hadiah tersebut kurang ¼ daripada emolumen atau kurang daripada RM500.
Dalam hal ini mengingatkan kita kepada satu kisah yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari berhubung dengan amil yang dilantik mengutip zakat dan kemudiannya kembali membawa sejumlah hadiah lalu Nabi SAW bersabda: “Apa hal dengan amil yang kita utuskan kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu dan ini bahagian aku”. Jika dia duduk di rumah ayah dan ibunya adakah dia akan diberikan hadiah tersebut”. Demi Allah!, dia tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu di tengkuknya” (HR Bukhari).
Kisah sebegini sepatutnya menjadi renungan kepada
penerima hadiah khususnya dalam kalangan penjawat awam dan mereka yang berkedudukan untuk menginsafi adakah pemberian yang diberikan oleh orang kepada kita itu kerana jawatan yang dipegang dan pemberian itu mengharapkan sesuatu balasan menggunakan kedudukan itu seperti kata pepatah ada udang di sebalik batu atau pemberian yang ikhlas.
Dalam satu kisah lain yang diriwayatkan berhubung ketegasan Saidina Umar al-Khattab di mana beliau melihat isterinya memakai kalung leher, lalu dia bertanya: “Di manakah kamu memperoleh kalung ini”. Lalu isterinya menjawab: “Kalung ini pemberian isteri Raja Habshah yang datang berkunjung tempoh hari”. Lalu Umar bertanya kembali: “Hendaklah kalung itu dihantarkan ke Baitulmal. Kalung itu adalah milik negara”.
Isteri Umar menjawab: “Saya rasa ini bukanlah hak negara kerana isteri Raja Habsyi bukanlah pegawai negeri dan yang menerimanya juga bukan pegawai negeri, maka kalung ini adalah hak saya sepenuhnya”. Lalu Umar menjawab kembali: “Ketahuilah bahawa engkau menerima hadiah tersebut kerana engkau isteri Khalifah Umar, kalau engkau bukan isteriku, tentu tidak akan mendapat hadiah tersebut lihatlah berapa banyaknya wanita Arab lain di Madinah ini namun tidak seorang pun yang mendapat hadiah seumpama itu, bukan? Jika engkau berkeras, kau pilihlah antara Umar dan kalung itu”. Melihat ketegasan Saidina Umar itu, isterinya terus menyerahkan kalung berkenaan kepada Baitulmal.
Di sini jelas kepada kita betapa bagi seorang yang memiliki ketakwaan akan menolak sebarang bentuk hadiah yang boleh dikaitkan dengan jawatan yang dipegangnya walaupun ia mungkin dilihat sebagai hadiah kerana dikhuatiri akan meletakkan dirinya dalam situasi sukar untuk membuat keputusan sekiranya melibatkan pemberi hadiah tersebut pada suatu hari nanti.
Tiada cara yang mudah untuk membendung gejala rasuah ini melainkan melalui pendekatan agama. Kalau undang-undang yang tegas dan hukuman yang keras sekalipun diwujudkan, namun ia belum tentu dapat membendung kegiatan ini tanpa kekuatan rohani atau spiritual.
Justeru pihak berkuasa perlu memperbanyakkan program-program yang mengukuhkan akidah dan membina iman serta menyuburkan ketakwaan kerana hanya dengan cara itu sahajalah masyarakat khususnya penjawat awam akan terhindar daripada memberi atau menerima rasuah kerana menginsafi bahawa Allah SWT Yang Maha Melihat sedang memerhatinya setiap masa.
PENULIS ialah Pengarah Pusat Media Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
14
NEW BOOKS IN OUR LIBRARY/ BUKU BAHARU DI PUSAT ILMU INTEGRITI
Publisher: ZED Books Ltd
Published: 2015
Writer: Roslyn Fuller
ROOTS OF FRAUD
BEASTS AND GODS – HOW DEMOCRACY CHANGED ITS MEANING AND LOST ITS PURPOSE
Roots of Fraud is essential to those who need to know more about fraud. The book not only explains fraud and its various types, it also discusses the elements of fraud that would normally exist when fraud occurs. The book also provides a few Malaysian cases that were involved with fraud. Roots of Fraud underscores the social psychology theory, i.e. the Theory of Planned Behaviour, which explains factors that might influence an individual to engage in fraudulent behaviour. The understanding of this theory is important so that appropriate actions can be taken to reduce the occurrence of fraudulent behaviour. The book also enlightens the readers on the importance of the roles of religions, ethics and moral obligation in reducing the occurrence of fraud. Finally, the Roots of Fraud provides some recommendations to companies and its management in ensuring quality directors and quality management systems.
Publisher: Penerbit PRESS Universiti Teknologi Mara
Published: 2013
Writer: Siti Noor Hayati Mohamed Zawawi
Democracy is sold to us on its ability to deliver equal opportunity, and to give every citizen an equal voice. Yet time and again we see that this is not the case: power and spoils alike flow to the few, while the many are left with no recourse. What is wrong with democracy?
Nothing, says Roslyn Fuller: what we have simply isn’t democracy—it’s a perversion of it, created by poorly designed electoral systems, weak campaign laws, and broad limitations on participation and representation at nearly every level. Backing her argument with copious empirical data analysing a wide variety of voting methods
across twenty nations, Fuller makes her conclusion irrefutable: if we want true democracy, we have to return to the philosophical insights that originally underpinned it, and thoroughly re-examine the goals and methods of democracy and democratic participation. A radical, damning, yet at the same time fiercely hopeful work, Beasts and Gods aims to reconfigure the very foundations of modern society.
15
GALLERY / GALERI
Gambar berkumpulan selepas bengkel penggubalan Pelan Integriti Organisasi RELA pada 23 & 24 Januari 2017 bertempat di Akademi Latihan RELA Malaysia, Melaka.
Sesi bersama INTEGRITI yang disampaikan oleh Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI ketika Majlis Perasmian iCOMPLY 2016 pada 6 Januari 2017 bertempat di Menara MNRB.
Tuan Haji Zakuan bin Sawai, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP ketika menyampaikan perbentangan beliau dalam Program Breakfast Talk pada 24 Januari 2017.
integrit i .my @integrit idotmy integrit i .my
www.integrit i .my
top related