pembangunan bahan e-pembelajaran matematik … filemewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di...
Post on 01-Apr-2019
249 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK
TINGKATAN EMPAT BERTAJUK LINES AND PLANES
IN 3-DIMENSIONS
SITI KHAIRIAH BINTI SARDI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK TINGKATAN EMPAT BERTAJUK LINES AND PLANES IN 3-DIMENSIONS
SESI PENGAJIAN : 2009/2010
Saya
SITI KHAIRIAH BINTI SARDI
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PELAJAR) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: NO27A, KAMPUNG PERMATANG PALAS, 82200,BENUT, PONTIAN, JOHOR.
PROF. DR. ISMAIL BIN KAILANI
Nama Penyelia
Tarikh: ______________________________ Tarikh: ____________________________
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan : ..........................................................
Nama Penyelia : PROF. DR. ISMAIL BIN KAILANI
Tarikh : ..........................................................
PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK
TINGKATAN EMPAT BERTAJUK LINES AND
PLANES IN 3-DIMENSIONS
SITI KHAIRIAH BINTI SARDI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ...............................................................
Nama Penulis : SITI KHAIRIAH BINTI SARDI
Tarikh : ...............................................................
Teristimewa buat ayahanda dan bonda Sardi Bin Salim dan Jamelah Binti Hussin
Jasamu memberi dorongan, pengorbanan dan tunjuk ajar yang jitu tidak ternilai harganya dan tiada tolok bandingnya.
Juga doa dan nasihat ayahanda dan bonda sepanjang anakanda meneruskan pengajian di
Universiti Teknologi Malaysia. Kepada abang, kakak dan adik yang dikasihi,
Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman juga yang sentiasa memberi dorongan , galakan
serta doa untuk sama-sama terus berjaya.
Semoga jasa anda semua diberkati ALLAH.
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaan-Nya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan dan
ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Dr. Ismail Bin Kailani selaku
penyelia yang telah banyak memberi bimbingan dan bantuan di sepanjang proses
pelaksanaan projek ini di jalankan. Sesungguhnya segala tunjuk ajar yang diberi
amat berguna dan hanya Tuhan sahajalah yang akan membalasnya.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan Farazila, Fida, Shima,
Zida, Aina dan Ekin serta ahli keluarga tersayang yang banyak memberi bantuan dan
sokongan semasa menyiapkan kajian ini. Budi baik kalian tidak akan saya lupakan
dan hanya Allah yang mampu membalasnya. Akhir sekali saya sudahi dengan salam
takzim penuh penghormatan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek
ini.
Sekian. Terima kasih.
v
ABSTRAK
Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Projek e-pembelajaran bertajuk Lines and
Planes in 3-Dimensions ini menggunakan Moodle sebagai platform untuk
membangunkan bahan interaktif e-pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan
mewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan
pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama lain melalui sumber dan aktiviti
yang disediakan. Antara aktiviti interaktif yang dibangunkan dalam Moodle ini adalah
seperti Nota (Resource dan Lesson), Quiz, Hot Potatoes Quiz, Tugasan(Assignment),
Forum, Chat dan Journal. Nota disediakan dalam dua bentuk iaitu HTML dan
powerpoint sebagai alternatif kepada guru dan pelajar semasa menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran. Kuiz yang disokong dengan pangkalan data membenarkan
guru dan pelajar mengikuti prestasi pelajar apabila markah, tempoh masa, kekerapan
penggunaan boleh diperoleh. Manakala Forum, Chat dan Journal disediakan untuk
memberi ruang kolaborasi kepada guru dan pelajar yang mana komunikasi dua hala
dibenarkan. Dalam pembelajaran Lines and Planes in 3-Dimensions, kefahaman
mengenai garis, satah dan sudut dalam objek 3 dimensi diperkukuhkan melalui nota
latihan dan aktiviti yang dimantapkan dengan penggunaan elemen multimedia seperti
video, animasi, audio dan grafik. Projek yang menggunakan model rekabentuk bersistem
ADDIE ini diharap dapat digunakan oleh pelajar untuk membantu mengatasi masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dan membolehkan pelajar berdikari dalam
pembelajaran mereka.
vi
ABSTRACT
Web based learning is viewed as an effective alternative in the process of
teaching and learning. An e-learning project entitled Lines and Planes in 3-
Dimensions use Moodle as main platform to develop interactive e-learning which
can support student centered learning and create social constructivism learning where
teachers, students and learning material will interact among each other through
resources and interactive activities. Interactive activities provided under Moodle are
Note (Resource and Lesson), Quiz, Hot potatoes Quiz, Assignment, Forum, Chat and
Journal. Note is provided in two types, in HTML and PowerPoint as an alternative
for teacher and student in teaching and learning process. For Quiz, is supported by
database that allows teacher and students knowing their achievement when marks,
time and the usage can be achieved. While Forum, Chat and Journal is provided to
give collaborative space for teacher and student that enables two way
communications. Understanding about Lines and Planes in 3-Dimensions is
enhanced by using note, exercise and activity that is supported with multimedia
elements such as video, audio, animations and graphics. This project that used
instructional model design ADDIE might be used for students to encounter their
learning problems and enables them to be independent in their learning process.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Kepentingan Projek 6
1.5.1 Pembangun 6
1.5.2 Pelajar 6
1.5.3 Guru 7
1.5.4 Sekolah dan Pentadbiran 7
viii
1.6 Skop dan Batasan Projek 8
1.7 Kerangka Teori Projek 8
1.7.1 Kerangka Teori Pengajaran dan Pembelajaran 9
1.7.2 Kerangka Model Rekabentuk Pengajaran 10
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Web Portal 10
1.8.2 ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) 10
1.8.3 PBK (Pembelajaran Berbantukan Komputer) 11
1.8.4 E-Pembelajaran 11
1.9 Penutup 12
2 SOROTAN KAJIAN 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 E-Pembelajaran 14
2.3 Moodle 15
2.3.1 Kelebihan Menggunakan Moodle 15
2.3.2 Kelemahan Menggunakan Moodle 16
2.4 Perkembangan Web Portal 16
2.5 Kajian Pembelajaran Matematik 18
2.5.1 Pembelajaran Matematik Tingkatan Empat Bagi Tajuk
Lines and Planes in 3-Dimensions 18
2.5.2 Kesukaran Pelajar Dalam Matematik dan Topik Lines
and Planes in 3-Dimension 20
2.5.3 Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Matematik
Menggunakan E-Pembelajaran 23
2.5.4 Persepsi Guru Terhadap Pembelajaran Matematik
Menggunakan E-Pembelajaran 24
2.6 Projek- projek yang telah Dibangunkan 25
2.7 Teori Pembelajaran yang Disokong Moodle 27
2.7.1 Teori Konstruktivisme 27
2.8 Model Rekabentuk ADDIE 28
2.9 Elemen-elemen Multimedia dan Perisian 29
2.9.1 Definisi Multimedia 29
2.9.2 Teks 29
ix
2.9.3 Grafik 30
2.9.4 Video 30
2.9.5 Animasi 30
2.9.6 Audio 31
2.9.7 Perisian yang Digunakan 32
2.9.7.1 Perisian Adobe Photoshop 32
2.9.7.2 Ulead Cool 3D 32
2.9.7.3 Macromedia Flash 33
2.9.7.4 Ulead Video Studio 33
2.9.7.5 Sound Forge 34
2.10 Penutup 34
3 PROSEDUR PEMBANGUNAN 35
3.1 Pengenalan 35
3.2 Kaedah Pelaksanaan 35
3.2.1 Analisis 37
3.2.1.1 Pengguna 38
3.2.1.2 Persekitaran Pembelajaran 38
3.2.1.3 Matlamat Pembelajaran 38
3.2.2 Rekabentuk 39
3.2.2.1 Pembentukan Objektif yang Khusus untuk
Pembelajaran 39
3.2.2.2 Pembinaan Item untuk Ujian 41
3.2.2.3 Pemilihan Strategi Pengajaran 42
3.2.3 Pembangunan 42
3.2.3.1 Carta Alir Web Portal 43
3.2.3.2 Nota Pengajaran 44
3.2.3.3 Bahan Pembelajaran Pelajar 45
3.2.3.4 Kuiz (Quiz) 45
3.2.3.5 Hot Potatoes Quiz 46
3.2.3.6 Tugasan (Assignment) 47
3.2.3.7 Forum 48
3.2.3.8 Chat 48
3.2.3.9 Jurnal 49
x
3.2.3.10 Elemen Multimedia di dalam Moodle 49
3.2.3.10.1 Audio 49
3.2.3.10.2 Video 50
3.2.3.10.3 Animasi 51
3.2.3.10.4 Teks dan Grafik 51
3.2.4 Pelaksanaan 52
3.2.5 Penilaian 52
3.3 Penutup 53
4 HASIL PEMBANGUNAN 54
4.1 Pengenalan 54
4.2 Pendaftaran Pengguna (Login) 55
4.3 Menu Utama Web Portal 56
4.4 Nota Pengajaran (Note) 57
4.4.1 Prior Knowledge 58
4.4.2 Learning Outcome 59
4.4.3 Nota Pengajaran 60
4.4.4 Quick Lesson 61
4.5 Exam Question 63
4.6 Hands-on Activity 63
4.6.1 Video 64
4.7 Group Work 65
4.8 Quiz 67
4.8.1 Crossword 67
4.9 Game 68
4.10 Your Opinion 69
4.10.1 Forum dan Chat 69
4.11 Glossary 70
4.12 Ciri-ciri Multimedia dalam Web Portal 71
4.12.1 Teks 71
4.12.2 Animasi 72
4.12.3 Grafik 73
4.12.4 Audio dan Video 74
4.13 Kandungan Matematik Bertajuk Lines and Planes in 3-Dimensions 75
xi
4.13.1 Pendekatan Konstruktivisme dalam Penyampaian
Nota dan Aktiviti 76
4.13.2 Kaedah Penyelesaian Matematik yang Digunakan 77
4.14 Penutup 79
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 80
5.1 Pengenalan 80
5.2 Perbincangan 81
5.3 Kelebihan Web Portal 82
5.4 Kelemahan Web Portal 83
5.5 Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa Penghasilan Web Portal 84
5.5.1 Bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran 84
5.5.2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 84
5.6 Penilaian Formatif: Maklum Balas Pengguna 85
5.7 Cadangan 87
5.8 Kesimpulan 88
RUJUKAN 89
Lampiran A 92
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Jadual Pengajaran dan Pembelajaran
Mengikut Aras Kesukaran 40
5.1 Komen Mengenai Isi Kandungan
Pengajaran dan Pembelajaran 85
5.2 Komen Mengenai Pendekatan
Konstruktivisme dalam Pengajaran 86
5.3 Komen Mengenai Reka Bentuk
Antaramuka 86
5.4 Komen Mengenai Reka Bentuk Interaksi 87
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Teori Projek 8
2.1 Segitiga Bersudut Tegak 19
3.1 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE 37
3.2 Contoh Soalan Subjektif 41
3.3 Carta Alir Web Portal 43
3.4 Skrin Add On Activity Resource 44
3.5 Skrin Add On Activity Lesson 45
3.6 Skrin Adding a New Quiz 46
3.7 Skrin Hot Potatoes Quiz 47
4.1 Paparan Pendaftaran Pengguna (Login) 55
4.2 Paparan login dan membuka akaun baru 56
4.3 Paparan menu utama web portal 57
4.4 Paparan Note dalam Web Portal 58
4.5 Paparan Video Pythagoras Theorem 59
4.6 Paparan Learning Outcomes 60
4.7 Paparan Angle Between Lines and Planes 61
4.8 Paparan Nota dalam Quick Lesson 62
4.9 Paparan soalan dalam Quick Lesson 62
4.10 Contoh Paparan Soalan 63
4.11 Paparan Hands-on Activity 64
4.12 Paparan video hands-on activity 65
4.13 Paparan PowerPoint Group Creativity 66
4.14 Paparan Youtube Activity 66
4.15 Paparan Quiz 67
xiv
4.16 Paparan Crossword 68
4.17 Contoh paparan Game 69
4.18 Paparan Forum 70
4.19 Paparan Glossary 71
4.20 Contoh Penggunaan Teks Jenis Forte 72
4.21 Contoh Animasi dalam Nota Pengajaran 73
4.22 Contoh Grafik dalam Nota Pengajaran 74
4.23 Contoh paparan video 75
4.24 Contoh Grafik melalui pendekatan konstruktivisme 76
4.25 Contoh paparan arahan dalam hands-on activity 77
4.26 Paparan kaedah Plan 78
4.27 Paparan Animasi Rotation Method 78
xv
SENARAI SINGKATAN
MSC - Koridor Raya Multimedia
MOODLE - Modular Object Oriented Dynamic Learning
Environment
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
IPTA - Pusat Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Pusat Pengajian Tinggi Swasta
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
WWW - World Wide Web
PTPK - Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan teknologi komputer di dunia yang serba moden ini sentiasa
berjalan dengan pesatnya dari masa ke semasa. Setiap saat pasti ada penciptaan atau
penghasilan produk terbaru oleh pakar-pakar yang dapat membantu manusia
menjalankan aktiviti dalam pelbagai bidang. Ini sekaligus dapat meningkatkan martabat
ketamadunan manusia. Di Malaysia, teknologi komputer telah lama dilaksanakan dalam
pelbagai aspek kehidupan bagi merealisasikan idea pembangunan negara, terutama
sekali dalam bidang pendidikan. Pihak kerajaan telah merancang dan melaksanakan
pelbagai aktiviti pendidikan yang berbantukan komputer dan ini disokong dengan
pelancaran Projek MSC bermula pada tahun 1995 dan masih diteruskan hingga ke hari
ini. Projek mega ini membuka mata setiap pihak betapa pentingnya teknologi maklumat
dalam kehidupan manusia terutamanya dalam meningkatkan taraf ekonomi negara, taraf
pendidikan rakyat, peningkatan sains dan teknologi, peningkatan perdagangan
antarabangsa dan pentadbiran yang lebih bersistematik.
2
Salah satu aplikasi utama dalam MSC ialah Sekolah Bestari yang
bermatlamatkan menghasilkan pelajar yang mampu berdikari dan membina pengetahuan
mereka sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran yang dibantu oleh pelbagai
kelengkapan teknologi terkini seperti teknologi komputer. Kewujudan Sekolah bestari
tersebut menyebabkan perubahan dari segi pendekatan guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru-guru lebih ditekankan dengan penggunaan teknologi komputer
berbanding pengajaran tradisional. Guru perlu memahami fungsi mereka sebagai
pemudah cara dalam pengajaran berbantukan komputer. Manakala murid didedahkan
kepada cara belajar yang lebih bersikap kendiri seperti mencari maklumat di atas daya
usaha sendiri di bawah bimbingan guru (Baharudin Aris, 2003).
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan salah satu pendekatan
pengajaran menggunakan komputer yang diaplikasikan secara meluas di Sekolah Bestari
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Baharuddin Aris (2002), PBK
boleh berbentuk menggunakan komputer untuk mempelajari sesuatu secara langkah
demi langkah, iaitu program terancang atau menggunakan komputer untuk pembelajaran
dan pengajaran secara penemuan yang memberikan kebebasan kepada pelajar untuk
meneroka maklumat melalui komputer.
Matematik memainkan peranan yang sangat penting sejak zaman berzaman.
Dalam peradaban Babylonian, matematik telah berkembang dan digunakan dengan
meluasnya dalam bidang pengukuran dan begitu juga ketika ketamadunan Mesir lama
mereka banyak mengaplikasikan matematik dalam bidang astronomi. Pada hari ini,
matematik sudah sebati dalam kehidupan manusia dan mempunyai makna yang cukup
luas. Matematik adalah kesepaduan antara struktur, penyusunan, ketepatan, logik dan
masalah. Matematik juga menggambarkan penggunaan simbol dan operasi seperti
tambah, tolak, darab, bahagi, penyelesaian masalah dan penggunaan formula dan
peraturan tertentu (Noraini, 2006). Bagi penggubal kurikulum, mereka menganggap
3
matematik adalah sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah dan bukannya sesuatu aksiom
yang statik dan ia dipelajari melalui aktiviti konstruktif.
Pengaplikasian teknologi komputer dalam pengajaran matematik merupakan satu
pendekatan yang bersesuaian dengan era globalisasi pada masa kini. Ramai pendidik
pada hari ini melihat penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICTs) sebagai
persekitaran ataupun suasana, bukan hanya sebagai alat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Way & Beardon, 2003). Oleh itu pengajaran matematik yang
bersuasanakan teknologi komputer dapat meningkatkan minat dan kesungguhan pelajar.
Contohnya penggunaan internet dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menjelajah
sendiri pengetahuan yang bersesuaian dengan minat mereka. Salah satu aplikasi internet
ialah penggunaan web portal dimana ia merupakan salah satu pendekatan yang sesuai
bagi bidang pendidikan terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam era yang serba maju ini, masih ramai guru hanya mengunakan semata-
mata pengajaran secara tradisional contohnya penggunaan ‘chalk and talk’. Pihak
sekolah sepatutnya menggalakkan lebih banyak penggunaan bahan atau teknik
pengajaran yang lebih moden sebagai pendekatan yang lebih ampuh disamping
penggunaan cara tradisional. Perkembangan seorang guru matematik bersangkut-paut
dengan tiga bidang kepakaran iaitu memahami keperluan pembelajaran pelajar,
pengetahuan kandungan matematik dan penggunaan pedagogi dan strategi yang
pengajaran yang sesuai (Swetz,1982). Oleh itu, pemilihan teknik dan kaedah pengajaran
yang terbaik merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjamin penyampaian
ilmu dalam proses pengajaran lebih berkualiti.
4
Kemajuan era digital pada masa kini menggalakkan penggunaan E-pembelajaran
di kalangan pelajar dan guru.Contoh E-pembelajaran yang paling terkenal ialah web
portal. Pembinaan web portal boleh dilakukan dengan menggunakan Moodle. Menurut
White (2007), Moodle ialah sistem pengurusan kursus sumber terbuka atau bebas yang
direka sebagai alat yang membolehkan pendidik menghasilkan kursus secara talian
dengan mudah.
Matematik merupakan satu matapelajaran terpenting di sekolah sejak dari dahulu
lagi. Matematik merupakan asas bagi semua bidang utama dalam pengajaran.
Sesetengah pelajar menganggap matematik merupakan subjek yang sangat sukar.
Pandangan yang negatif terhadap matematik ini menyebabkan semakin ramai pelajar
yang takut untuk menghadapi matapelajaran ini. Pelajar-pelajar haruslah menyedari
bahawa ilmu matematik bukanlah sesuatu yang asing, sesuatu dari dunia Barat ataupun
sesuatu yang diperkembangkan hanya di negara-negara maju dan ianya harus diajar
sebagai sebahagian daripada kehidupan pelajar (Swetz,1982). Pelajar-pelajar sering
mempunyai masalah dalam memahami sesuatu konsep yang abstrak. Apabila masalah
ini berlanjutan, mereka akan hilang tumpuan dalam pembelajaran sekaligus
mengakibatkan hilang minat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam topik
Lines and Planes in 3 Dimensions, pelajar bermasalah dalam memahami konsep 3
dimensi. Konsep 3 dimensi memerlukan pelajar menggambarkan bentuk sesuatu objek
dari pelbagai sudut. Tidak semua pelajar mempunyai kemahiran berfikir yang kreatif.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus melibatkan pelajar secara aktif bagi
membolehkan pelajar mengemukakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah,
bertukar-tukar pendapat serta dapat berfikir secara kreatif dan kritis.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Lines and Planes in 3-Dimensions bagi tingkatan empat merupakan salah satu
topik yang sukar bagi peperiksaan SPM. Pelajar sukar untuk menggambarkan suatu
bentuk tiga dimensi dalam pemikiran mereka kerana memerlukan pemikiran yang
kreatif. Salah satu sebab berlakunya perkara ini kerana guru masih menggunakan cara
tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tradisional,
pelajar akan terdedah kepada teknik hafalan dan mengakibatkan mereka kurang
memahami topik tersebut. Bagi topik Line and Planes in 3 Dimensions ini, teknik
hafalan merupakan teknik yang paling lemah kerana pelajar mungkin terdedah kepada
risiko salah konsep kerana topik ini lebih sesuai jika dibantu oleh kaedah visual.
Sesetengah perisian atau portal pendidikan hanya menyediakan pelajar untuk melihat
suatu visual tanpa mereka dapat untuk mengolah atau menggunakan idea mereka sendiri
untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Justeru itu, projek ini dibangunkan sebagai
bahan bantu pengajaran terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia
berkualiti, kos efektif, mudah dicapai dan memenuhi kurikulum matematik bagi sekolah
menengah.
1.4 Objektif Projek
Objektif bagi projek web portal ini ialah:
I. Membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi guru dan pelajar iaitu
nota, kuiz, latihan, aktiviti, tugasan, forum dan perbincangan berasaskan Moodle
6
II. Menghasilkan aplikasi pengajaran dan pembelajaran matematik tingkatan empat
bagi tajuk Lines and Planes in 3-Dimensions menggunakan pendekatan
konstruktivisme yang disokong oleh penerapan elemen multimedia.
top related