pengamalan ekonomi islam di negeri kelantan - ukm.my · pengamalan ekonomi islam di negeri kelantan...
Post on 16-Apr-2018
257 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PROSIDING PERKEM VIII, JILID 1 (2013) 371 - 382
ISSN: 2231-962X
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)
“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”
Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013
Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan
Nurul Syahidah binti Roslan
E-mel: syidaroslan_89@yahoo.com
Mohd Adib bin Ismail
E-mel: mohadis@ukm.my
Fakulti Ekonomi & Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
ABSTRAK
Kerajaan Negeri Kelantan dalam Belanjawan Negeri pada tahun 1991, telah membentangkan hasratnya
untuk membawa negeri Kelantan dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan ekonomi dan
pembangunan manusia yang seimbang. Sehubungan itu, Kelantan telah melaksanakan pembangunan
negeri berasaskan Islam menerusi dasar Membangun Bersama Islam (MBI). Selaras dengan itu, kajian
ini dilakukan adalah untuk melihat perkembangan ekonomi yang berlaku di Negeri Kelantan selepas
tahun 1990. Selain itu kajian dilakukan adalah untuk menilai kemiskinan yang berlaku serta
mengenalpasti dasar dan program yang dilakukan dalam mengatasi masalah kemiskinan tersebut.
Kajian ini akan menggunakan kaedah deduktif yang terdiri daripada kajian kepustakaan dan temubual.
Hasil kajian mendapati Kerajaan Negeri Kelantan komited dalam membasmi masalah kemiskinan di
Negeri Kelantan berdasarkan kemampuannya. Kajian ini juga mendapati bahawa Negeri Kelantan telah
berjaya menstruktur semula sosio-ekonomi masyarakat yang lebih bebas dan berdikari. Kajian ini
sangat penting supaya masalah masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan seterusnya
membuktikan sistem ekonomi Islam adalah lebih baik berbanding sistem lain dalam membangunkan
ekonomi sesebuah negeri.
Kata kunci: Sistem ekonomi; Kelantan; Islam; Kemiskinan; deduktif
ABSTRACT
Kelantan In 1991 Budget has presented to bring Kelantan and its people to the level of economics
development and balance with human development. Concord to this statement, Kelantan was
implementation the development with ‘Membangun Bersama Islam’(MBI). According that, this
research want to view the economics developments in Kelantan after 1990. Furthermore, this research
done to assess the poverty in Kelantan and identify the policies and programs to overcome this
problem. This research will use deductive method by libry research and interviews. The outcome from
this research is Kelantan was commited to solve this problem based on ability. This research also
found that, Kelantan had successful to restructure the communities of sosio-economic to be more
independent and self-reliant. This research is important to make sure this problem will solve as soon
as possible and prove that Islamic system is better than other system to develop the economy of a
country
Keywords: Economics System; Kelantan; Islam; Proverty; Deductive
PENDAHULUAN
Pengenalan
Konsep pembangunan ekonomi di Kelantan berbeza dengan pendekatan ekonomi di negeri-negeri lain.
Pembangunan ekonomi Islam yang ditekankan adalah bersifat material dan spiritual merangkumi
pembangunan manusia itu sendiri, pembangunan sosial, kebudayaan dan sebagainya. Impak kepada
pembangunan ekonomi dalam Islam di Kelantan adalah syumul, merata dan bermatlamatkan al-falah
untuk pembinaan umat yang bertamadun. Fokus utama pembangunan dalam Islam ialah pembangunan
372 Nurul Syahidah Roslan, Mohd Adib bin Ismail
manusia itu sendiri termasuk persekitaran fizikal serta sosial budayanya. Islam menganggap diri
manusia itu adalah modal yang paling utama untuk dibangunkan. Bezanya, pendekatan ekonomi Barat
menekankan pembangunan kebendaan dan persekitaran semata-mata tanpa mengambil berat soal
manusia itu sendiri.
Selain itu, Kelantan juga menekankan prinsip dinamik dalam kehidupan sosial Islam dengan
memberikan penekanan yang optimum terhadap dua perkara iaitu penggunaan sumber-sumber yang
dikurniakan oleh Allah dan persekitaraan fizikal. Kedua, penggunaan serta pengagihan sumber-sumber
tadi secara adil dan menggalakkan perhubungan manusia atas dasar hak dan keadilan. Kerajaan Negeri
Kelantan juga mengangkat martabat masyarakatnya supaya menyatakan kesyukuran dengan
menggalakkan seluruh rakyatnya bersyukur (berterima kasih kepada Allah SWT kerana mengurniakan
rahmat-Nya), dan adil serta mengutuk kehinaan kufur (menafikan Allah SWT dan rahmat-Nya) serta
zalim. Negeri yang ditadbir urus oleh kepimpinan ulama ini amat menyedari bahawa perlaksanaan
ekonomi mestilah berasaskan tauhid, rububiyyah, khilafah dan tazkiyyah.
Kelantan menyedari pembangunan bukan matlamat tunggal yang ingin dicapai tetapi ia
merupakan wasilah untuk memperkasakan manusia selaku khalifah Allah SWT di muka bumi ini.
Untuk mencapai matlamat dan objektif pembangunan ekonomi berteraskan Islam, maka strategi yang
diambil juga harus berteraskan Islam. Strategi yang diambil oleh Kelantan ialah sentiasa menekankan
kepatuhan syariah dalam setiap tindakan. Menjadi kelaziman setiap projek pembangunan yang
dilaksanakan dimulakan dengan solat hajat oleh Menteri Besar sendiri bagi memohon keberkatan buat
negeri dan seluruh rakyatnya. Pendekatan pembangunan insan dalam kerangka Islam adalah
menitikberatkan pencapaian kekuatan fizikal dan rohani. Kerajaan sangat serius dalam menjaga
keutuhan ini melalui pelbagai langkah yang diambil antaranya menubuhkan Maahad Tahfiz al-Quran
dan Tahfiz Sains bagi melahirkan generasi al-Quran yang seimbang antara dunia dan akhirat. Selain itu
kerajaan negeri juga menitikberatkan keperluan asas rakyat dengan melaksanakan pembangunan.
Antaranya ialah projek pembangunan yang dilaksanakan adalah projek Bandar Baru Tunjong dan
Bandar Satelit, Pasir Tumboh.
Setelah dua dekat Dasar Membangun Bersama Islam telah dilaksanakan di Kelantan, kajian
mesti dilakukan bagi melihat perkembangan ekonomi negeri kelantan.
Latar Belakang
Sejak pilihan raya pertama diadakan pada tahun 1995, Kelantan dikuasai oleh UMNO sehingga 1959.
Namun pada tahun 1959 hingga 1978, PAS telah mengambil alih kuasa politik Kelantan. Pada tahun
1978 hingga 1990, UMNO berjaya menguasai Kelantan. Walaubagaimanapun pada tahun 1990
sehingga sekarang PAS kekal memerintah Kelantan. Oleh itu kajian perlu dilakukan untuk melihat
prestasi ekonomi Negeri Kelantan.
Masalah yang sering kali dikaitkan dengan negeri Kelantan adalah masalah kemiskinan.
Kemiskinan merupakan faktor utama kelemahan dalam pembangunan. Oleh itu kajian dilakukan adalah
untuk melihat sejauh mana masalah kemiskinan yang dialami oleh Negeri Kelantan.
Kerajaan Negeri komited dalam usaha untuk membasmi kemiskinan di Negeri Kelantan.
Kerajaan Negeri telah melaksanakan dasar dan program-program untuk membantu meringankan beban
rakyat yang miskin. Oleh itu kajian dilakukan adalah untuk melihat dasar dan program yang telah
dilakukan.
Objektif
Kajian ini dijalankan berdasarkan tiga objektif iaitu:
a) Melihat prestasi ekonomi Negeri Kelantan
b) Menilai sejauh mana masalah kemiskinan di Negeri Kelantan
c) Mengkaji dasar dan program yang dijalankan oleh negeri dalam mengurangkan masalah
kemiskinan di Kelantan.
Kajian Lepas
Menurut Mohamed Aslam Haneef (1997), ekonomi Islam adalah satu pendekatan untuk mentafsirkan
dan menyelesaikan masalah manusia berasaskan kepada nilai, norma, undang-undang dan institusi-
institusi yang didapati dan diperolehi daripada sumbersumber pengetahuan di dalam Islam. Menurut
Surtahman Kastin Hasan (1990), pendekatan untuk menyelesaikan masalah manusia itu mestilah
selaras dengan syariat iaitu dari segi memperolehi, mengguna atau mengurus sumber-sumber alam
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 373
373
untuk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohanian bagi mendapat keredhaan
Allah SWT.
Dalam pengurusan pembangunan ekonomi Islam tujuannya termasuk dalam matlamat syariat
yang disebut maqasid syariat yang membentuk dasar utama persaudaraan, keadilan, kesejahteraan,
fizikal, mental, rohani dan peribadi insan yang seimbang sesuai dengan manusia sebagai khalifah
(Umar Chapra, 1997). Mengikut pembahagian dalam Maqasid, syariah Islamiah bertanggungjawab
menjaga dan menjamin kepentingan dan maslahat manusia. Kepentingan manusia itu sendiri adalah
berbeza antara satu sama lain di mana maqasid mempunyai peringkat yang berbeza-beza selaras
dengan bentuk kepentingan manusia. Tahap Maqasid yang paling penting mengikut urutan yang
disebut sebagai daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat yang dilaksanakan bergantung kepada ijtihad dan
maslahat awam dalam Negara Islam (Ibn Taymiyyah, 1992). Matlamat pengurusan Islam yang
berteraskan susunan maqasid syariah adalah panduan dasar yang bersumberkan al-Quran, Sunnah,
Ijma’ dan qias yang dilaksanakan pada zaman Rasulullah saw dan sahabat di Madinah, kerajaan
Umaiyyah di Damsyik dan Kerajaan Abasiyyah di Baghdad (Husaini, 1970).
Khurdshid Ahmad (1981) menyatakan Islam memandang berat masalah pembangunan
ekonomi sebagai sebahagian daripada masalah pembangunan manusia yang lebih luas. Fungsi utama
Islam ialah untuk memandu manusia supaya mengikut landasan yang betul. Ia menyentuh semua aspek
pembangunan ekonomi, tetapi sentiasa dalam rangka kerja pembangunan manusia keseluruhannya dan
tidak pernah terpisah daripada perspektif ini. Pembangunan ekonomi mengandungi satu siri kegiatan
ekonomi yang boleh menyebabkan bertambahnya daya pengeluaran ekonomi pada keseluruhannya
(Khurdsid Ahmad, 1992). Pembangunan umat Islam hendaklah berpaksikan panduan al-Quran dan
Sunnah. Pembangunan seperti ini tidak mungkin dapat dicapai melainkan setelah mengetahui serta
mengenali secara terperinci terhadap kaedah-kaedah pembangunan yang diizinkan oleh al-Quran dan
Sunnah.
Sistem pembangunan ekonomi Islam mengandungi pelbagai langkah atau strategi
perlaksanaannya bagi memastikan berlakunya agihan faedah-faedah pembangunan kepada masyarakat.
Ia meliputi agihan sumber yang adil dan seimbang serta wujud pendapatan langsung untuk kebajikan
sosial dan pembangunan masyarakat umum. Sekaligus ia meliputi pembangunan ekonomi, Negara dan
umat Islam (Saqar, 1987). Umar Chapra, 1981 menyatakan dalam bidang ekonomi,Islam menghendaki
pembangunan yang adil dan stabil untuk memenuhi keperluan yang menyeluruh, guna tenaga penuh,
pengagihan pendapatan dan kekayaan tanpa wujud ketidakseimbangan yang berlanjutan berlaku dalam
masyarakat.
Kajian lepas mengenai ekonomi negeri Kelantan adalah sangat terhad. Hal ini kerana
kebanyakan pengkaji berminat mengkaji sistem politik Kelantan berbanding sistem ekonomi. Kajian
dimulakan seawal tahun 2003 oleh Zakariah Abdul Rashid dan diteruskan oleh Azizah Md. Yusof
(2005) , Suhana binti Saad (2010) dan Ismail Yusoff (2011).
Kajian yang dibuat oleh Zakariah Abdul Rashid 2003, ekonomi Negeri Kelantan dari
Perspektif Analisis Shift Share Wilayah. Dengan menggunakan data-data KDNK mendapati bahawa
dalam tempoh 1980-1995. Kelantan telah mengalami kesan peralihan wilayah yang negatif. Akibatnya
Kelantan telah kehilangan share wilayahnya sebanyak 32peratus. Kajian ini menunjukkan bahawa
prestasi sektor ekonomi Kelantan semakin merosot berbanding dengan sektor ekonomi yang sama bagi
negeri-negeri lain di Malaysia. Kajian yang dilakukan mengambil kira perkembangan sektor untuk
tahun 1980 hingga 1995. Sepanjang tahun 1980 hingga 1995, berlaku peralihan kuasa iaitu pada tahun
1980-1990 diperintah oleh Umno dan pada tahun 1990-1995, PAS telah mengambil alih pemerintahan
Negeri Kelantan. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah untuk melihat prestasi ekonomi sepanjang
pemerintahan PAS iatu pada tahun 1990-2013
Berbeza dengan analisis shift share oleh Zakariah Abdul Rashid 2003 di atas, Azizah Md
Yusoff dan Nariman Saad 2005 telah menggunakan model Anser untuk mengkaji hubungan antara
legislatif dan program Islam dengan hasil negeri menerusi data sekunder dan kaedah statistik. Hasil
kajian mendapati program Islam dan legislatif yang dilaksanakan dalam pentadbiran di Kelantan
memberikan impak yang positif terhadap pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Kelantan untuk
tempoh 1990 hingga 2004. Angkubah utama yang digunakan ialah Hasil, KDNK dan Islam.
Rajah 1: Jangkaan Impak Islam ke atas Pertumbuhan Ekonomi
Didapati pertumbahan ekonomi adalah meningkat dengan Islam berbanding tanpa Islam.
Kajian lain telah dilakukan adalah oleh Ismail Yusoff, 2011. Kajian menunjukkan implikasi
pembaharuan yang dilakukan telah mempengaruhi pembangunan sosio-ekonomi Negeri Kelantan.
Kajian mendapati peningkatan hasil yang berlaku adalah disebabkan oleh pengurusan yang efektif.
Sebagai contoh Kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan sistem tender terbuka dalam aktiviti
374 Nurul Syahidah Roslan, Mohd Adib bin Ismail
pembalakan. Pada tahun 1981-1989, hasil balak berjumlah sebanyak RM31 juta. Sementara dalam
tempoh masa yang sama iaitu pada tahun 1991 hingga 1998 hasil balak meningkat dua kali ganda iaitu
berjumlah RM 61 juta. Pertambahan ini disebabkan oleh kejayaan dasar baru ekonomi yang berkaitan
industri balak. Selain itu, kerajaan negeri telah berjaya menurunkan kadar pengangguran daripada 7.4
peratus pada tahun 1980 kepada 3.4 peratus pada tahun 2000. Pengkaji tidak mengkaji dari dusut
kemiskinan yang merupakan masalah utama rakyat Kelantan. Oleh itu kajian ini dilakukan adalah
untuk melihat masalah kemiskinan yang berlaku di Negeri Kelantan dan program yang dilakukan bagi
membasmi kemiskinan di Negeri Kelantan.
Metodologi Kajian
Kajian ini bersifat kualitatif berdasarkan permasalahan kajian yang dikemukakan. Kaedah deduktif
adalah kaedah penyelidikan yang paling sesuai bagi mendapatkan perlaksanaan pembangunan ekonomi
secara Islam dalam ekonomi semasa. Hal ini kerana ia memerlukan penelitian menyeluruh daripada
data-data yang dikumpulkan seterusnya akan dianalisis sehingga menghasilkan pembangunan ekonomi
Islam yang dikehendaki dan bersesuaian dengan konsep yang dikaji. Oleh itu pendekatan yang
digunakan untuk kajian ini adalah menerusi kajian kepustakaan dan temubual.
a) Kajian Kepustakaan
Kajian kepustakaan telah dilakukan bagi mendapatkan data-data berkaitan dengan pembangunan
ekonomi negeri Kelantan sama ada di peringkat cadangan mahupun yang telah terlaksana. Disamping
itu, data berkaitan perkembangan ekonomi negeri Kelantan dan pengamalannya juga diperoleh melalui
kajian perpustakaan. Kajian perpustakaan juga digunakan bagi mendapatkan mekanisme perlaksanaan
pembangunan ekonomi Islam. Selain itu untuk mendapatkan implikasi perlaksanaan pembangunan
ekonomi Negeri Kelantan, kajian perpustakaan juga digunakan.
b) Temu bual
Temu bual ini telah dilakukan dengan lima orang individu yang mempunyai kaitan dengan fokus
kajian. Mereka ialah
i. En Nik Abdul Halim bin Nik Hassan (Penolong Pengarah Pertanian & Sumber Asli UPEN
Negeri Kelantan)
ii. En. Mohd Nazwan Bin Ismail (Penolong Pengarah Pelaburan UPEN Negeri Kelantan)
iii. Puan Siti Fatima binti Abdullah (Penolong Pegawai Kewangan Negeri Pejabat
Perbendaharaan Negeri Kelantan)
iv. Kamarul Faishal b Che Yacob (Penolong Pegawai Tadbir, Pejabat Pembangunan Negeri
Kelantan)
v. Nor Hannan bin Mohamad (Eksekutif Pembangunan Korporat Perbadanan Menteri Besar
Kelantan)
vi. Ahmad Syarqawey bin Abdul Ghani ( Penolong Pengurus Perancangan Korporat Perbadanan
Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan)
Kepentingan Kajian
Kajian mengenai pembangunan ekonomi Islam di Negeri Kelantan adalah penting kerana akan menjadi
satu sistem alternatif dalam pembangunan ekonomi yang sedia ada. Oleh itu, terdapat tiga sumbangan
utama kajian ini iaitu:
i. Memberi pandangan dan idea kepada penggubal dasar dalam menilai kembali pembangunan
ekonomi sedia ada.
ii. Mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan dan swasta dalam
membangunkan ekonomi Islam.
iii. Menambahkan literatur dalam bidang kajian ekonomi Islam
Dapatan kajian mengenai pembangunan ekonomi Islam di Negeri Kelantan akan dijadikan panduan
dalam membangunkan ekonomi sekiranya diterima untuk dilaksanakan di Malaysia.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 375
375
Dapatan Kajian
Kajian menunjukkan pembangunan ekonomi Islam di Negeri Kelantan adalah berdasarkan prinsip asas
pembangunan ekonomi Islam yang bukan sahaja mementingkan pembangunan fizikal, malah
menitikberatkan kesejahteraan rakyat. Kelantan dilihat komited dalam membasmi kemiskinan yang
berlaku di Negeri Kelantan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan seterusnya untuk mencapai
baldattun toyyibatun. Pembangunan ekonomi secara Islam ini telah berjaya walaupun negeri ini
menghadapi banyak kekangan dari segi modal dan infrastruktur.
Organisasi Kajian
Kajian ini dimulakan dengan pendahuluan dan diikuti dengan perkembangan ekonomi Negeri Kelantan
selepas 1990. Seterusnya Kajian diteruskan dengan masalah kemiskinan yang sinonim dengan rakyat
Kelantan dan diteruskan dengan dasar dan program yang dilakukan dalam memastikan masalah
kemiskinan ini dapat diatasi.
PERKEMBANGAN EKONOMI
Perbincangan mengenai perkembangan ekonomi Kelantan akan memberi tumpuan kepada beberapa
angkubah sosio-ekonomi sahaja termasuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kewangan
kerajaan negeri.
i) Keluaran Dalam Negeri Kasar
Pertumbuhan KDNK Negeri Kelantan pada tahun 2007 dan 2008 buat pertama kali lebih tinggi
daripada KDNK negara. Pertumbuhan KDNK Negara pada tahun 2007 dan 2008 adalah 6.2 peratus
dan 4.1 peratus, berbanding Negeri Kelantan masing-masing 8.1 peratus dan 6.9 peratus pada tahun
yang sama. Walau bagaimanapun Negeri Kelantan menduduki rank paling rendah bagi parameter
KDNK per kapita pada tahun 2008 iaitu hanya RM6,821.00 berbanding dengan negeri-negeri lain di
Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Sungguhpun begitu KDNK per kapita negeri
ini tidak begitu jauh dengan KDNK per kapita beberapa wilayah di Selatan Thailand. Ini menunjukkan
ciri-ciri pertumbuhan ekonomi yang sekata di antara Negeri Kelantan dengan beberapa wilayah di
Selatan Thailand. Rakyat negeri Kelantan perlu berusaha lebih gigih untuk meletakkan negeri ini
setaraf dengan negeri di Wilayah Timur iaitu negeri Terengganu dan Pahang yang telah jauh ke depan
dari segi KDNK per kapita.
Sekor pertanian menunjukkan bilangan penduduk bekerja yang tinggi iaitu 19.60 peratus pada
tahun 2010 dan ini membuktikan bahawa rakyat Kelantan masih bergantung kepada aktiviti pertanian,
penternakan dan perikanan. Sektor perkhidmatan adalah penyumbang tertinggi KDNK Negeri
Kelantan. Pada tahun 2010, KDNK daripada sektor perkhidmatan adalah sebanyak 73.80 peratus. Ini
menunjukkan bahawa disamping pertanian rakyat negeri ini juga aktif dalam bidang-bidang
perdagangan, borong dan runcit, hotel dan restoran, pengangkutan, komunikasi, kewangan,
perlancongan dan perkhidmatan oleh kerajaan sendiri.
Sektor Perlombongan dan Kuari adalah penyumbang terkecil kepada KDNK Negeri Kelantan
pada tahun 2010. Sektor pembinaan dan pembuatan turut memberi sumbangan kepada KDNK Negeri
Kelantan. Pada tahun 2010, sektor pembinaan menyumbangkan hasil sebanyak 1.6 peratus manakala
sektor pembinaan adalah sebanyak 4.7 peratus.
ii) Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan
Prestasi Kewangan mengambil kira mengambil kira perbandingan antara hasil dengan perbelanjaan
mengurus dan pembangunan. Ini bertujuan untuk mengukur lebihan atau kurangan hasil keseluruhan
berbanding jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Berikut merupakan kutipan hasil pada
tahun 2001 hingga 2011.
Jadual 2: Kutipan Hasil Sebenar bagi Tahun 2001 hingga 2011
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Hasil kerajaan negeri terdiri daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil. Kutipan
hasil yang tertinggi adalah daripada terimaan bukan hasil dan kutipan yang terendah adalah daripada
hasil cukai. Berikut merupakan hasil utama kerajaan Negeri Kelantan:
Rajah 3: Penyumbang utama Hasil Kerajaan Negeri bagi Tahun 2003 hingga 2011
376 Nurul Syahidah Roslan, Mohd Adib bin Ismail
Hasil tertinggi pada tahun 2003 dan 2011 adalah daripada premium perhutanan dan premium tanah.
Peningkatan hasil premium perhutanan adalah disebabkan peningkatan permohonan milik tanah,
permohonan ubah syarat dan pecah sempadan manakala peningkatan dalam pengeluaran lesen
membalak oleh Kerajaan Negeri. Hasil yang diperoleh digunakan untuk perbelanjaan. Berikut
merupakan jumlah hasil dan perbelanjaan sepanjang tahun 2001 hingga 2011:
Jadual 4: Prestasi hasil berbanding perbelanjaan mengurus bagi tahun 2001 hingga 2011
Sepanjang tahun 2001 hingga 2011, Kelantan mengalami belanjawan defisit iaitu perbelanjaan
melebihi hasil yang diperoleh. Perbelanjaan yang paling bnyak adalah daripada perbelanjaan mengurus.
Berikut merupakan agihan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2001 hingga 2011:
Jadual 5: Perbelanjaan mengurus kerajaan negeri bagi tahun 2001 – 2011
Perbelanjaan mengurus yang terbesar adalah untuk pemberian dan kenaan bayaran yang meliputi
pemberian kerajaan dan hutang yang dibayar.
Kerajaan Negeri Kelantan telah melakukan pinjaman daripada persekutuan bagi tujuan
pembangunan. Hutang Kerajaan Negeri adalah untuk Rancangan Bekalan Air, Perumahan Awam Kos
Rendah, Projek Pembangunan Dalam Negeri, Pembangunan dan Pelbagai Projek. Berikut merupakan
kedudukan kewangan hutang Negeri Kelantan:
Jadual 6: Kedudukan Hutang Kerajaan Negeri Dan Bayaran Balik Hutang Bagi Tahun 2005 Hingga
2011
Berdasarkan jadual di atas, hutang kerajaan negeri sentiasa meningkat dari tahun 1990 hingga 2011.
Pada tahun 2005, pinjaman dilakukan adalah untuk Projek Bekalan Air Skim Kelar Pasir Mas dan
Projek Bekalan Air Skim Merbau Chondong Machang. Peningkatan hutang pada tahun 2007 adalah
disebabkan Kerajaan Negeri menerima RM23.35 juta pinjaman baru daripada Kerajaan Persekutuan
untuk Projek Bekalan Air yang baru dan tiga Projek Bekalan Air yang telah diluluskan sebelumnya.
Menurut Laporan Audit 2007, pinjaman ini terpaksa dibuat kerana Kerajaan Persekutuan tidak lagi
menyalurkan geran keseimbangan Pihak Berkuasa Tempatan melalui Kerajaan Negeri untuk bekalan
air.
Pada tahun 2008 dan 2009, Kerajaan Negeri menerima pinjaman baru bagi lima buah Projek
Bekalan Air berjumlah RM22.83 juta dan Projek Bekalan Air sebanyak RM467.35. Pada tahun 2011,
pinjaman yang dilakukan adalah untuk Projek Membaikpulih Loji Rawatan Pembentungan dan Projek
Bekalan Air. Walaupun Kelantan merupakan negeri yang miskin, namun kerajaan negeri konsisten
dalam membayar hutang kepada kerajaan persekutuan. Sebahagian besar pinjaman yang dilakukan
adalah untuk pembangunan bekalan air.
KEMISKINAN
Kemiskinan ialah satu masalah yang universal. la berlaku di mana-mana sama ada di negara maju
seperti Amerika Syarikat and Eropah dan juga negara-negara sedang membangun seperti di Asia dan
Afrika. Namun secara bandingan, masalah kemiskinan di negara membangun adalah lebih serius dan
ketara. Malaysia dalam hal ini tidak terkecuali. Di Malaysia, taraf kemiskinan diukur menggunakan
Pendapatan Garis Miskin (PGM) dengan mengambilkira keperluan minima makanan, pakaian, tempat
tinggal, dan perbelanjaan asas lain isirumah untuk menjamin satu taraf hidup yang sepatutnya. PGM
diselaraskan dari masa ke semasa dengan mengambil kira angka tunjuk harga. Dalam Rancangan
Malaysia Kesepuluh, Pendapatan Garis Kemiskinan adalah RM 760 seisi rumah manakala bagi miskin
tegar adalah RM 460 seisi rumah. Ini bermakna sesebuah isirumah akan dikategorikan sebagai isirumah
miskin apabila jumlah pendapatan bulanan isirumah tersebut kurang dari PGM yang ditetapkan. Rajah
di bawah menunjukkan insiden kemiskinan tegar.
Rajah 7: Insiden Kemiskinan Tegar 2009
Negeri Kelantan merupakan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang kedua tertinggi iaitu
sebanyak 1.0 bersama-sama dengan Sarawak. Pada tahun 2009, saiz isi rumah yang besar bagi negeri
Kelantan iaitu 5.4 orang berbanding 5.1 orang untuk Negara. Ianya memerlukan perhatian yang serius
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 377
377
oleh pembuat dasar dalam merangka program kemiskinan. Pendapatan isirumah kasar bulanan purata
adalah sebanyak RM 2545 bagi luar bandar untuk saiz isirumah luar Bandar seramai 5.4 orang dan
pendapatan yang diperoleh adalah sebanyak RM 471.30. Ianya merupakan jumlah pendapatan yang
sangat rendah berbanding pendapatan garis kemiskinan sebanyak RM 740 pada tahun 2009. Rajah
menunjukkan insiden kemiskinan tegar di Negeri Kelantan
Rajah 8: Insiden Kemiskinan Tegar di Negeri Kelantan, 1989-2002
Insiden kemiskinan tegar di Negeri Kelantan menunjukkan tren yang menurun. Hal ini disebabkan
kerajaan telah melakukan pelbagai program dalam mengurangkan kadar kemiskinan di Negeri
Kelantan. Berikut merupakan statistik taburan penduduk miskin tegar Negeri Kelantan mengikut
jajahan yang telah dikumpul oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan melalui sistem e-Tegar.
Rajah 9: Statistik Taburan Penduduk Miskin Tegar, 2011
Berdasarkan rajah di atas, jajahan yang mempunyai bilangan miskin tegar yang tinggi ialah Jajahan
Tumpat iaitu seramai 983 orang pada 2011 dan jajahan yang paling rendah ialah jajahan Machang iaitu
seramai 55 orang. Oleh yang demikian pelbagai dasar dan program yang telah dilakukan oleh kerajaan
dalam membasmi masalah kemiskinan tegar di Negeri Kelantan.
DASAR DAN PROGRAM
Sejak tahun 1990, pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan adalah berdasarkan “Membangun Bersama
Islam”. Teras kepada pembangunan ini ialah berpaksikan kepada ubudiah, masuliah dan itqan (UMI).
Ubudiah merujuk kepada tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah SWT, Masuliah pula berkait
rapat dengan tanggungjawab yang selaras dengan tuntutan syariat manakala Itqan merujuk kepada
akhlak. Segala dasar dan program kerajaan hendaklah dipacu berpandukan al-Quran dan Hadis serta
Ijmak. Dalam menangani masalah pembangunan, kerajaan Negeri Kelantan akan menggunakan
pendekatan pembangunan ekonomi Islam. Pembangunan ekonomi bukan semata-mata pada
pertumbuhan fizikal sahaja, tetapi juga mengambil kira kesejahteraan manusia. Manusia yang
mempunyai ciri-ciri yang islamik akan menggerakkan pertumbuhan ekonomi.
Kesan amalan pentadbiran ini telah mencetuskan perubahan dan transformasi Islamik serta
menzahirkan aspek jimat-cermat, hemat dan berpada termasuk di dalam berbelanja. Slogan yang kerap
digunakan oleh Menteri Besar pada waktu itu ialah ”Berbelanja Jangan Sampai Boros Dan Berjimat
Jangan Sampai Kedekut”. Langkah pertama dalam dasar berjimat cermat ini ialah dengan mengarahkan
para Exco supaya tidak membeli kereta baru. Pegawai-pegawai kanan pula diarahkan menggunakan
kereta Proton Perdana menggantikan Mercedez Benz yang digunakan sebelum ini dan memotong
pelbagai elaun Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, dan Exco-exconya (Buletin, Nov. 1994). Selain
itu, budaya gotong-royong yang pernah menjadi kebanggaan masyarakat Melayu telah dihidupkan
kembali. Melalui konsep ini jalan-jalan kecil, jambatan dan sebagainya dibina melalui konsep gotong
royong. Bahan-bahan pembinaan disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah dan kerja-
kerja pembinaan dilakukan penduduk kampong. Selain itu, amalan berlumba-lumba menghabiskan
peruntukan tahunan telah dihapuskan kerana bagi mengelakkan pembaziran.
Bagi memastikan sektor pertanian di Kelantan berkembang sejajar dengan tuntutan agama,
kerajaan negeri melancarkan kempen “Bertani Satu Ibadah”. Ini bersesuaian dengan usaha untuk
memberi kesedaran secara lebih menyeluruh terhadap kepentingan sektor pertanian. Dasar “Bertani
Satu Ibadah” yang dimulai pada tahun 2009 adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat tani yang
menghayati Islam dan konsep ibadah dalam kehidupan harian mereka sekaligus sebagai faktor
pendorong kepada para petani untuk berusaha dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh dalam
usaha pertanian mereka. Secara tersirat kempen ini adalah satu mesej kerohanian pihak Kerajaan
Negeri kepada para petani, betapa segala usaha titik-peluh para petani, peladang, penternak dan nelayan
adalah sebahagian daripada amal ibadat yang menjadi suruhan agama. Hakikat pahala dan keberkatan
sentiasa wujud dalam apa sahaja usaha memakmurkan bumi Allah ini.
Natijahnya daripada dasar-dasar yang diperkenalkan, rakyat terus dididik dengan falsafah
kehidupan beragama iaitu manusia sebagai khalifah di bumi. Konsep kehidupan beragama itu seiring
dengan dasar Membangun Bersama Islam yang digagas Kerajaan Negeri seawal mengambil alih teraju
kerajaan pada Oktober 1990. Matlamat akhirnya supaya mencapai al-Falah. Kerajaan negeri juga telah
komited untuk membasmi kemiskinan tegar di Negeri ini dengan memperkenalkan pelbagai program
378 Nurul Syahidah Roslan, Mohd Adib bin Ismail
yang boleh membantu rakyat. Antara program yang dilakukan adalah menubuhkan Tabung Serambi
Mekah, Program Ladang Rakyat dan Bantuan Rumah Dhufat.
Tabung Serambi Mekah telah ditubuhkan pada tahun 1991 dibawah seksyen 9 (1) Akta Acara
Kewangan. Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan tabung ini dengan matlamat untuk membangunkan
individu dan orang ramai khasnya mereka yang miskin dan miskin tegar, mereka yang ditimpa
malapetaka, bencana alam dan penyakit-penyakit kronik. Tabung ini juga bermatlamat bagi
menampung kos pembinaan projek infrastruktur bagi kesejahteraan rakyat. Wang tabung boleh terdiri
daripada hadiah atau sumbangan berupa keuntungan, sedekah dan lain-lain hasil daripada pemberian
orang ramai atau organisasi, persatuan, yayasan atau firma dan koperasi. Sumber wang haram juga
diterima dan diasingkan daripada sumber wang halal seperti riba atau hasil judi. Sumber halal
digunakan untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan manakala sumber yang tidak halal
digunakan untuk membiayai program-program dan projek-projek infrastruktur dan kemudahan asas
sahaja atau membina rumah ibadat orang bukan Islam. Menurut Laporan Audit Negeri Kelantan 2010,
Baki Akaun ini pada tahun 2010 berjumlah RM11.55 juta berbanding RM9.07 juta pada tahun 2009
meningkat sejumlah RM2.48 juta atau 27.3% .
Sejak tahun 1993, kerajaan negeri telah memperkenalkan Program Pembelaan Rakyat Miskin
yang dipertanggungjawabkan kepada Pejabat Pembangunan Negeri dan Pejabat Tanah dan Jajahan
(Bahagian Pembangunan). Program ini bertujuan untuk membantu golongan miskin supaya dapat
menikmati kehidupan yang selesa. Bantuan yang diberi adalah berupa bahan binaan seperti kayu,
simen, batu bata, zink dan lain-lain untuk membaiki rumah dengan kadar tidak melebihi RM1 500
seorang. Sehingga akhir tahun 2001, sejumlah RM3.07 juta telah dibelanjakan dan seramai 2,495 orang
miskin telah diberi bantuan. Jumlah peruntukan pada tahun 2013 adalah sebanyak RM1.2juta setiap
kawasan DUN diperuntukan sebanyak RM22,000.00.
Pada tahun 2006, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan telah
melaksanakan Program Ladang Rakyat. Program ini merupakan program kerajaan negeri bagi
membendung masalah penerokaan tanah kerajaan dan membebaskan mereka dari putaran kemiskinan.
Pada tahun 2011, sebanyak 19 kawasan tanah Kerajaan seluas 81,095 ekar di Jajahan Gua Musang,
Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah telah diluluskan oleh pihak Kerajaan untuk dibangunkan sebagai
kawasan Ladang Rakyat dengan tanaman kelapa sawit. Daripada 19 kawasan tersebut, 2 kawasan
dirancang untuk dilaksanakan sendiri oleh Perbadanan dan 17 kawasan lagi akan dilaksanakan oleh
syarikat yang dilantik oleh Perbadanan dengan dikenakan sewaan atau pajakan. Hasil sewaan inilah
yang menjadi punca pendapatan utama Perbadanan yang akan diagihkan sebagai dividen kepada
penduduk miskin seramai 4,767 orang yang dikenali sebagai peserta Ladang Rakyat.
Selain itu bantuan Rumah Dhua’fat telah diperkenalkan pada tahun 2006 dan dikawal selia
oleh kerajaan negeri. Bantuan ini diperuntukan bagi tujuan penyelenggaraan rumah-rumah dan
pembinaan dua buah rumah di setiap Dewan Undangan Negeri bagi membantu meringankan beban
rakyat untuk membaiki dan mendapatkan rumah sendiri, walaupun pada binaan yang asas. Pada tahun
2011 melalui peruntukan yang disediakan, sebanyak 71 buah rumah dhua’fat telah didirikan dan
sehingga September 2012, sebanyak 50 buah lagi rumah dhua’fat telah didirikan di seluruh daerah di
Negeri Kelantan. Pada tahun 2013, jumlah yang diperuntukkan untuk bantuan rumah dhufat adalah
sebanyak RM5.5 juta.
Program Bantuan Beras Percuma atau dikenali sebagai Skim al-It’am telah dilaksanakan pada
Februari 2011. Badan yang bertanggungjawab mengendalikan program ini ialah Kumpulan Pertanian
Kelantan Berhad iaitu syarikat milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Skim ini
adalah untuk meringankan beban rakyat yang miskin. Oleh itu kerajaan negeri telah memperuntukkan
sebanyak RM 2.5 juta pada tahun 2012. Seramai 180 keluarga miskin daripada setiap Dewan Undangan
Negeri akan menerima 10kg beras pada setiap bulan. Senarai nama peserta akan disemak dan
diselaraskan setiap enam bulan dan mana-mana penerima yang dikeluarkan dari e-TEGAR akan hilang
kelayakan untuk menerima bantuan beras tersebut.
Selain itu kerajaan turut menyediakan peruntukan lain untuk rakyat miskin. Antaranya ialah
memberi bantuan bekalan air bersih dan elektrik serta bantuan khas untuk orang miskin. Bagi bekalan
air bersih dan elektrik, jumlah peruntukan pada tahun 2013 adalah sebanyak RM1 juta manakala bagi
bantuan khas adalah sebanyak RM1 juta. Pelajar miskin turut diberikan bantuan bagi memastikan
mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Dalam belanjawan 2013, peruntukan yang disediakan untuk
pelajar miskin adalah sebanyak RM500, 000. Kerajaan juga meneruskan program membantu kesihatan
kepada rakyat miskin yang menghidapi penyakit kronik dimana peruntukan sebanyak RM 505,000
telah disediakan.
Menurut Nik Aziz, kemiskinan adalah terdiri daripada dua dimensi iaitu kemiskinan jasmani
dan rohani. Dalam menangani masalah kemiskinan rohani, kerajaan telah menyediakan peruntukan
RM5.52 juta untuk program-program agama yang berterusan bagi menjamin kemaslahatan ummah.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 379
379
Antara program yang dilakukan adalah Kempen Bulan Sembahyang yang bermotokan “ Solat membina
Insan Cemerlang” yang telah dilaksanakan sepanjang tahun sejak 1995. Kerajaan negeri memberikan
peruntukan yang banyak untuk memperkasakan ibadah solat individu dan masyarakat. Selain itu, forum
perdana mengenai solat turut diadakan supaya rakyat sentiasa peka dalam dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan perintah Allah. Seminar mengenai penghayatan solat dari sudut syariah dan sains turut
diadakan bagi mendedahkan kepada masyarakat akan hikmah dan rahsia solat bukan sahaja dari sudut
syariah tetapi juga dari pandangan ilmu sains. “Program Brainstorming Modul Solat” turut diadakan
khas untuk pengolala dan pegawai yang terlibat. Tujuannya adalah untuk mencari idea-idea baru bagi
menarik minat masyarakat terhadap kepentingan solat dan merangka satu modul solat.
KESIMPULAN
Prestasi ekonomi Negeri Kelantan semakin meningkat berdasarkan kadar pertumbuhan, KDNK,
prestasi kewangan dan bayaran hutang yang konsisten setiap tahun. Untuk mengatasi masalah
kemiskinan di Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan dasar dan program dalam
mengurangkan beban rakyat. Kerajaan komited dan akan terus menyediakan peruntukan-peruntukan
bagi tujuan pembelaan dan kebajikan rakyat. Peruntukan-peruntukan ini disediakan sesuai dengan
hasrat memupuk masyarakat penyayang, selari dengan tuntutan Islam kearah mewujudkan masyarakat
dan negeri berkebajikan.
RUJUKAN
Ahmad, Khursid. (1965). “The future of secularism in the Muslim world,” World Muslim League,”
Vol.2:12-13
Azizah Md. Yusof & Nariman Mohd Saad. 2005. Islam Dan Pertumbuhan Ekonomi. Universiti Utara
Malaysia
Husaini, S.A.Q. 1970. Arab Administration. Lahore: Sh. Muhammad Ashraf
Ibn Tayniyyah. 1992. Al-Siyasah al-syar’iyyah fi islah al-ra’iy wa al-ra’iyyah. Dar al-Fikr.
Ishak Mohd. Rejab 1983. Islam sebagai Agama Sejagat. Kuala Lumpur: Bahagian Agama,
JabatanPerdana Menteri (al-Yakin), Sin 24.
Ismail Yusoff & Shukri Ahmad (2011). Pembangunan Islam Menurut Tuan Guru Dato’ Nik Abdul
Aziz Bin Nik Mat. Jabatan Pengajian Umum, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara
Malaysia.
Jaafar Ahmad, Sanep Ahmad dan Hairunnizam Wahid (2011). Ekonomi Islam: Satu Pendekatan
Analisis, Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Khurshid Ahmad (1981).
Studies in Islamic Economics, Leicester, UK: Islamic Foundation. 15
Khurshid Ahmad (1992). Nature and Significance of Islamic Economics, in Ausaf Ahmad and Kazim
Raza Awan (1992). Lectures on Islamic Economics, Kertas Kerja dan Prosiding International
Seminar on `Teaching Islamic Economics for University Teachers’, Jeddah, Arab Saudi:
Islamic Research and Training Institute, Bank Pembangunan Islam.
Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan
Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2001. Jabatan Audit Negara Malaysia
Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan
Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2002. Jabatan Audit Negara Malaysia
Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan
Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2003. Jabatan Audit Negara Malaysia
Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan
Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2004. Jabatan Audit Negara Malaysia
Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan
Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2005. Jabatan Audit Negara Malaysia
Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan
Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2006. Jabatan Audit Negara Malaysia
Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan
Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2007. Jabatan Audit Negara Malaysia
Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan
Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2008. Jabatan Audit Negara Malaysia
Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan
Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2009. Jabatan Audit Negara Malaysia
380 Nurul Syahidah Roslan, Mohd Adib bin Ismail
Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan
Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2010. Jabatan Audit Negara Malaysia
Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan
Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2011. Jabatan Audit Negara Malaysia
Mohammad Agus Yusoff. (1998). Faderalisme in Malaysia: A Study of the Politics of Centre-State
Relations. PhD Thesis. Universiti of Manchester.
Mohamed Aslam Haneef (1997). “Islam, the Islamic Worldview, and Islamic Economics”, IIUM
Journal of Economics and Management, 5 (1), 39-65.
Muhammad Syukri Salleh (2003). 7 Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam, Kuala Lumpur: Zebra
Editions dan Pulau Pinang: Projek Pengurusan Pembangunan Islam (IDMP), Universiti Sains
Malaysia.
Mohammad Umer Chapra (1985). Towards Just Monetary System. Leicester: The Islamic Foundation.
Mohammad Umer Chapra (1997). Islam dan pembangunan ekonomi: satu strategi untuk
pembnagunan yang adil dan stabil. Terj. Adi Setia bin Mohd Dom. Petaling Jaya: The
International Institute of Islamic Thought.
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. (1995).Asas pentadbiran Islam. Kota Bharu: Pusat Kajian Strategik.
Nik Abdul Aziz Nik Mat 1995. Islam Boleh. Kelantan: Maahad ad-Dakwah Wal Imamah, Yayasan
Islam Kelantan.
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. (1996). Perutusan Menteri Besar sempena bulan Ramadhan bulan
melawat Malaysia.Kota Bharu: Urusetia Kerajaan Negeri Kelantan.
Surtahman Kastin Hassan (1990). Ekonomi Islam, Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia. Syed Nawab Haider Naqvi
Yusri Yusoff. (1995). Kelantan penentu agenda politik Malaysia. Kuala Lumpur: Daisini
Communications.
Zakariah Abdul Rashid. (2003). Ekonomi Negeri Kelantan Dari Perspektif Analisis Shift-Share
Wilayah. Universiti Putra Malaysia
RAJAH 1: Jangkaan Impak Islam Ke Atas Pertumbuhan KDNK Kelantan
JADUAL 2: Kutipan Hasil Sebenar bagi Tahun 2001 hingga 2011
Bil Kategori Hasil Tahun
2001
(RM Juta)
2003
(RM Juta)
2005
(RM Juta)
2007
(RM Juta)
2009
(RM Juta)
2011
(RM Juta)
1 Hasil Cukai 36.01 47.24 57.21 63.63 69.10 78.79
2 Hasil Bukan
Cukai
58.54 64.58 93.44 231.46 104.01 162.79
3 Terimaan
Bukan Hasil
134.24 39.88 167.41 147.76 161.70 185.90
Jumlah 228.79 151.70 318.06 442.85 334.81 427.48
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 381
381
RAJAH 3: Penyumbang Utama Hasil Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2003 Hingga 2011
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
JADUAL 4: Prestasi Hasil Berbanding Perbelanjaan Mengurus Bagi Tahun 2001 Hingga 2011
Bil Perkara Tahun
2001
(RM Juta)
2003
(RM Juta)
2005
(RM Juta)
2007
(RM Juta)
2009
(RM Juta)
2011
(RM Juta)
1 Hasil 228.79 151.70 318.06 442.86 334.81 427.48
2 Perbelanjaan
Mengurus
179.98 223.62 317.89 436.62 354.27 424.35
3 Perbelanjaan
Pembangunan
71.58 154.12 106.91 161.74 100.86 144.66
Defisit -22.77 -226.04 -106.74 -155.5 -120.32 -141.53
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
JADUAL 5: Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2001 – 2011
Bil Maksud
Perbelanjaan
Tahun
2001
(RM
Juta)
2003
(RM
Juta)
2005
(RM
Juta)
2007
(RM
Juta)
2009
(RM
Juta)
2011
(RM
Juta)
1 Emolumen 75.58 87.80 91.96 106.96 127.75 140.43
2 Perkhidmatan
dan Bekalan
32.92 44.79 58.68 74.29 69.50 83.67
3 Aset 5.34 15.17 15.92 36.45 8.27 10.93
4 Pemberian dan
Kenaan Bayaran
Tetap
65.60 74.71 146.91 217.57 146.25 187.27
5 Perbelanjaan lain 0.54 1.15 4.42 1.34 2.50 2.05
Jumlah 179.98 223.62 317.89 436.62 354.27 424.35
Sumber: Penyata Kewangan Negeri
JADUAL 6: Kedudukan Hutang Kerajaan Negeri Dan Bayaran Balik Hutang Bagi Tahun 2005 Hingga
2011
Tahun Hutang Awam (RM Juta)
Kedudukan hutang Bayaran balik
1990 628.37 2.48
2005 880.59 18.99
2006 940.06 9.76
2007 958.67 4.86
2008 980.97 6.50
382 Nurul Syahidah Roslan, Mohd Adib bin Ismail
2009 993.75 2.08
2010 1,112.00 5.20
2011 1,139.85 10.21
Sumber: Penyata kewangan negeri
RAJAH 7: Insiden Kemiskinan Tegar 2009
Sumber: Unit Perancang Ekonomi
RAJAH 8: Insiden Kemiskinan Tegar di Negeri Kelantan, 1989-2002
Sumber: Penyata Kewangan Negeri
RAJAH 9: Statistik Taburan Penduduk Miskin Tegar, 2011
Sumber: Penyata Kewangan Negeri
top related