pengenalan sejarah
Post on 12-Jun-2015
2.741 Views
Preview:
TRANSCRIPT
B
1
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Sejarah Fizikal 1.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
1.0 SEJARAH FIZIKAL 1.1 Sejarah Negeri Sembilan
Sejarah awal penubuhan Negeri Sembilan, Jempol dan
seterusnya perkampungan dengan menggunakan kaedah
mengenal pasti 11 elemen landskap yang terdapat di dalam
sesuatu kawasan. Perkembangan yang dimaksudkan
merangkumi aspek politik, sosial ekonomi dan kebudayaan di
kawasan kajian iaitu Kampung Kuala Kepis.
Bahawa adalah Negeri Sembilan itu tempatnya tiada
diketahui orang. Sebelum kedatangan Raja Melewar iaitu kira
kira dalam akhir kurun masihi yang ke 18, harus agaknya
persatuan 19 buah tempat yang dinamakan Negeri Sembilan itu
hanya baru disebut orang, setelah Raja Melewar datang ke
Negeri itu sahaja.
Maka di dalam babad jawa yang bernama "Negara
Kartagama" yang terkarang dalam kurun masihi ke 14 (oleh
Para Pancar) seorang pengarang di Manjapahit dalam zaman
hayam waruk dahulu, tiada tersebut nama Negeri
Sembilan itu, demikian jua tiada tersebut dalam
Hikayat Sejarah Melayu yang
dikarang oleh Tun Sri Lanang, kira-kira dalam tahun masihi
1612, maka dalam tahun masihi 1613, sebuah buku cerita
tawarikh Melaka telah dikarang oleh seorang pengarang
Portugis bernama "Godinho D Eredia" tetapi dalam buku itupun
tiada jua didapati nama Negeri Sembilan itu, demikian jua tiada
lagi tersebut dalam buku perharian orang Belanda yang
bernama "Degh Register" tertulis di Betawi di antara tahun
masihi 1625-1682.
Jadi, nyatalah nama Negeri Sembilan itu belum lagi
diketahui orang pada zaman-zaman tersebut, maka setengah
daripada jajahan - jajahan kecil yang bersatu kemudiannya
menjadi Negeri Sembilan itu, hanya pada zaman - zaman itu
diketahui orang dengan namanya masing-masing sahaja, tiap-
tiap satunya dihitungkan sebuah negeri.
Maka lawarikh negeri yang dinamakan Negeri Sembilan
itu sangatlah kabur ceritanya, kerana masing-masing tempat
dalam negeri itu adalah ceritanya yang berasing-asing,
B
2
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Sejarah Fizikal 1.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
tambahan pula banyak yang lanjut dan karut-karut, maka cerita
itu tiadalah dapat dibentangkan semuanya, dipetik dari buku
sejarah Alam Melayu yang kelima karangan Buyung Adil tahun
masihi 1939.
Tarikh yang tepat kedatangan orang Melayu dari Pagar
Ruyong (Minangkabau) ke Tanah Melayu ini tidaklah dapat
dinyatakan dengan tepatnya, tetapi mengikut karangan-
karangan buku-buku daripada sejarah, bahawa kedatangan
orang Melayu dari Pagar Ruyong ke Tanah Melayu, ialah kira-
kira pada abad yang ke-16 dan tempatnya di satu kawasan
Utara Melaka bemama Naning tetapi menurut buku salasilah
alam Minangkabau sebelum itu lagi, orang-orang Melayu Pagar
Ruyong ( Minangkabau) telah ada menduduki Tanah Melayu
disuatu daerah Naning namanya, kebenaran itu dapat
dibuktikan dari salasilah dan juga dari keterangan tuan Tibul,
seorang pengarang Inggeris dalam bukunya bemama "Koloniel
Negeskrip" nombor 11 dan 12 tahun 1914.
Katanya,........ "tidak lama selepas Singapura dikalahkan oleh
Jawa dalam tahun 1377 masihi, Naning telah didatangi oleh
seorang pembesar Melayu dari Minangkabau, To' Pak Tahir
namanya, (To' Pak Radin ialah Dato' pada Pak
Teh Nan Sebatang) atau disebut orang juga To*
Patih (Mengikut loghal) dengan diiringi oleh
seramai 22 orang kelasi pengiring-pengiringnya.
Naning dan Negeri Sembilan sejak zaman silam ada
mempunyai pertalian, asal nama Negeri Sembilan, ialah diambil
sempena dari serambi alam Minangkabau, iaitu dari masjid di
Minangkabau yang mempunyai 9 tiang, nama yang dibuat oleh
orang Minangkabau yang mula-mula sekali mendiami Naning,
Kelang, Jelebu, Semujung (Sungai Ujong), Johol, Segamat,
Rembau, Sebuah Jajahan Dalam Pahang dan Muar.
Kerana kesembilan tempat ini didiami oleh mereka
(orang Melayu Minangkabau) maka sebab itulah dinamakan "
Negeri Sembilan" iaitu ada mempunyai 9 puak menurut
salasilah Tok Pepatih inilah yang membuka (meneroka) Negeri
Sembilan itu bersama-sama dengan Batin Maha Kalang dan
Batin Sekudai, anak cucu ketiga-tiga mereka inilah yang
menjadi penghulu di dalam Negeri Sembilan dan asal usul
bangsa orang yang di dalam Negeri Sembilan itu. Dan ada pun
bilangan pada zaman dahulu kalanya, negeri itu beraja ke
B
3
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Sejarah Fizikal 1.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
Johor, berkalike Siak, bertuan ke Minangkabau dan
berpangkalan ke Melaka.
Setelah Dato' Pepatih Nan Sebatang datang memduduki
daerah Rembau, maka perubahan-perubahan tentang
kehidupan dan peraturan hidup sebagai manusia yang
sempuma iaitu di antaranya berpedomankan pada adat istiadat
yang bersendikan syarak dan syarak bersendikan kitab Allah,
(dipetik dari majalah Mastika keluaran bulan Julai 1955 dan
pengarang salasilah ini).
1.2 Kaitan Alam Minangkabau Dengan Negeri Sembilan.
Mengikut keterangan doktor R.W. Winsted dalam kurun
ke empat belas (XIV) memang telah ada orang Minangkabau
menduduki di hulu Melaka dalam kurun ke enam belas (XVI)
tatkala Kerajaan Melayu di Melaka dikalahkan oleh Portugis
pada tahun masihi 1511 orang Minangkabau memang telah ada
di bandar Melaka. Sebelumnya mengikut keterangan dalam
buku peringatan seorang bangsa Portugis bemama Goudinho
De Erodia ada menyebutkan iaitu dalam tahun masihi 1613
sudah ada sedia orang-orang Minangkabau di
Naning dan Rembau yakni diluar takluk Portugis.
Tetapi tak ada pula dalam buku peringatan itu
menyebutkan orang-orang Minangkabau sudah ada di Johor,
Seri Menanti dan Sungai Ujong. Dengan hal yang demikian
bolehlah diagakan tempat-tempat itu diduduki oleh orang-orang
asli sahaja. Dalam buku peringatan tersebut ada pula
menerangkan Naning takluk pada Portugis dan Sungai Ujong
tempat orang asli.Maka dengan keterangan ilu boleh jadi asas
yang dikatakan Negeri Sembilan itu adanya kemudian daripada
tarikh tersebut.
Pada tahun 1939 seorang Admiral bangsa Belanda
bernama Vandevear ada membuat perjanjiaan persahabatan
dengan Sultan Abdul Jalil Johor, supaya sama-sama menawan
Melaka tetapi didapatinya bantuan orang Melayu tidak beberapa
memberi pertolongan dalam angkatan Belanda itu.Tetapi
apabila Melaka dapat dikalahkan, rakyat Sultan Johor memang
ada bersama terutama orang Minangkabau.Maka dari tarikh
tersebut, kuasa Kerajaan Sultan Johor Melayu merebak ke
Negeri Sembilan. Oleh yang demikian Sultan Johor
B
4
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Sejarah Fizikal 1.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
menghantarkan pegawai-pegawai dan saudagar-saudagar ke
Negeri Sembilan.
Oleh yang demikian orang-orang Minangkabau yang
datang dari Melaka dan Johor yang mana suka berpindah dan
meneroka. Maka dia membuat dan mendirikan rumah ditepi-tepi
sungai di Negeri Sembilan, dihulu-hulu sungai, dikaki-kaki bukit
yang ada beranak air. Juga di Naning dan Rembau supaya
boleh bercucuk tanam dan bersawah padi.
Mengikut cerita dari tuan R.J. Wilkinson dua orang yang
bersaudara iaitu seorang bemama Sutan Semanik dan seorang
lagi Sutan Kebesaran. Kedua-duanya anak buah Dato'
Makhudum Sati Semanik dari Tanah Datar dalam salah satu
Luak Minangkabau mula datang ke Negeri Sembilan ramai
orang bersama-sama dengannya. Mereka datang menerusi
Siak dari Siak terus ke Melaka dari Melaka terus ke Seri
Menanti melalui jalan Naning dan Rembau.
Sutan Semanik meneroka di air Merbau Anjing Beranak
dan Sultan Johan Kebesaran meneroka di Tanjung Alam.
Kemudian dari itu datang pula tiga orang lagi yang
ternama dari Minangkabau iaitu Tok Putih suku
Seri Lemak Minangkabau. Dia membuka tempat di
Gamin dan dia dilantik jadi pawang negeri. Yang kedua
bemama Tok Laut suku Mungkal dan bertempat di air Humban
Tali. Yang ketiga bemama Tok Sheikh suku Seri Melenggang
dan berkediaman di anak air Sungai Lintah. Dari masa ke
semasa semakin luaslah tempat-tempat dibuka dan diteroka
untuk mereka berkediaman sehingga terbukalah Inas, Johol,
Gemencheh , Terachi, Gunung Pasir, Jempol, Pasir Besar dan
Ulu Muar. Sememang adat Minangkabau iaitu bersuku-suku
dan berkaum-kaum. Maka sebab itulah adatnya pada
perbilangan;
’Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, biar mati anak
jangan mati adat’
Sistem pentadbiran negeri dapat dikatakan satu
pemerintahan yang bercorak demokrasi yang berbentuk 'tear
system'. Perbilangan yang menyebutkan,
B
5
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Sejarah Fizikal 1.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
'Bulat anak buah menjadikan Buapak Bulat Buapak
menjadikan Lembaga Bulat Lembaga menjadikan Penghulu
Bulat Penghulu menjadi Raja'
Membuktikan atas kebenaran ini. Manakala sistem
pentadbiran pula turun dari atas iaitu Raja, Penghulu, Lembaga
dan Buapak. Buapak yang memiliki anak buah menyampaikan
segala perintah. Itulah yang disebutkan dalam perbilangan
adatnya: 'Berjenjang naik, bertangga turun'.
Setelah penjajah Inggeris mencampuri pemerintahan,
maka berlakulah berbagai-bagai perkara yang tidak diingini
"pecah-pecah dan perintah" yang menjadi permainan penjajah
itu telah digunakan dengan bijaksana oleh penjajah Inggeris.
Akhirnya Sungai Ujung dan Jelebu terpaksa menerima seorang
Residen British, kemudian diikuti oleh Rembau manakala Seri
Menanti telah kalah berperang dengan Inggeris yang dibantu
oleh Penghulu Syed A.Rahman Sungai Ujung pada tahun
1874M.
Nama Negeri Sembilan yanag kita warisi
sekarang ini adalah diambil dari nama 'Sembilan
Negeri' yang diketuai oleh 'Sembilan Penghulu' yang
menabalkan Raja Melewar. Perkataan 'Negeri' di pangkal huruf
'Sembilan' itu adalah diambil dari istilah yang lazim dipakai dari
tanah leluhur (asal) Minangkabau yang membawa pengertian
satu kawasan atau daerah yang kira-kira seluas luak atau
mukim atau kampung, orang-orang Minang memanggil dengan
nama 'negeri'
Sejarah negeri sembilan banyak dinyatakan di dalam
buku –buku khususnya banyak diterbitkan oleh bahagian
penyelikan dan kebudayaan Muzium Negeri dan kerajaan
Negeri Sembilan. Menurut pengenalan sejarah Negeri
Sembilan, Pada 1895, Yamtuan Seri Menanti (Tuanku
Muhammad), Undang Luak Johol, Sungai Ujong, jelebu,
Rembau dan Tengku Besar Tampin telah menyatukan semua
daerah itu dan dinamakan “Negeri Sembilan’.
Terdapat banyak buku – buku yang menulis mengenai sejarah
Negeri sembilan terutamanya buku yang ditulis oleh Saadon
B
6
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Sejarah Fizikal 1.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
Osman, kebudayaan Muzium Negeri dan kerajaan Negeri
Sembilan. 1992 di dalam bukunya iaitu menurut tulisan Nathans
dan Winstedt yang menyebut sejarah Negeri Sembilan
dibahagikan kepada 3 fasa iaitu:
1. Period permulaan pecahan 4 negeri taklukan iaitu
Sungai Ujong, Kelang, Jelebu dan Johol.
2. Period kedua ialah peralihan dengan 4 negeri taklukan
kepada Sembilan negeri Minangkabau dibawah naugan
Johor.
3. Period ketiga, disamping 4 negeri taklukan, Sembilan
negeri Minangkabau dimerintah sendiri di bawah
Yamtuan N. Sembilan.
Jika dikira dari segi luas topografinya, Negeri Sembilan
adalah negeri ketiga terkecil di semenanjung malaysia. Menurut
jabatan ukur dan pemetaan di ibu negeri Seremban, Negeri
sembilan merupakan sebuah negeri yang mempunyai keluasan
kawasan seluas 6,646 km persegi (664,600 hektar) dan terletak
di sebelah barat Semenanjung Malaysia. Ianya terletak di
tengah-tengah himpitan 4 negeri iaitu Melaka,
Selangor, Johor dan Pahang.
Ianya juga mempunyai 7 buah daerah pentadbiran iaitu
Seremban, Tampin, Port Dickson, jelebu, Rembau dan Kuala
Pilah dan Jempol. Iklim micro adalah 29 º Celcius. Jika di kaji
secara saintifik, Negeri sembilan merupakan sebuah negeri
yang bertopografikan bukit -bukau dan berbatu keras.
Begitu juga jika dilihat dari segi jaringan jalan raya yang
dibina dengan terpaksa meneres bukit untuk menghubungkan
diantara sesebuah daerah. Terdapat dua jaringan jalan raya
yang terpenting yang dibina di kaki banjaran titiwangsa iaitu
Bukit Tangga dan Bukit Putus. Terdapat banyak kawasan
tarikan semulajadi di sini seperti Jeram dan air terjun, flora dan
fauna dan juga kawasan hutan simpan yang tebal.
B
7
Sejarah Fizikal 1.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Sungai Muar berikutan ketibaan Penghulu Luak
pada ketika itu . Perkataan ‘kumpul’ disebut –
sebut nama tersebut lama-kelamaan berubah
menjadi Jempol.
1.3 Asal Usul Jempol.
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
Asal kedatangan orang-orang Minangkabau di Jempol
adalah sama seperti Luak Sungai Ujung iaitu disekitar kurun ke
17 atau awal kurun ke 18. Pergolakan politik dalam kerajaan
Melayu Melaka dan Kerajaan Melayu Johor mendorong
perpindahan mereka ke tempat yang lebih selamat. Pada waktu
itu Jempol terletak dibawah pemerintahan Sultan Johor. Tetapi
sebelum kemunculan Melayu Johor, Jelebu telah berada
dibawah pemerintahan Melayu Melaka.
Gambar Rajah : Peta Negeri Sembilan Sumber : Web Site
Jempol terletak di sebelah timur Negeri Sembilan iaitu di
penghujung banjaran Titiwangsa. Keluasan daerah adalah
1,768km persegi dan mempunyai bentuk muka bumi yang
berbukit-bukau serta iklim yang panas kering.
Ada sumber yang menyatakan bahawa Luak Jempol
mula diteroka dengan penemuan Sungai Muar di Kuala Pilah.
Luak Jempol adalah merupakan antara empat negeri Sakai
pada period pertama dan dianggap luak ketiga tertua di negeri
Sembilan. Hubungan antara Jempol dengan Sungai Ujong
dikatakan bermula sejak kurun ke 13 lagi.
Menurut cerita lisan dan juga menurut diari yang ditulis
oleh Pegawai British yang pertama di Jelebu iaitu Encik Queritz
dan En O’Brien’s dalam notanya yang bertajuk ‘Journal of the
Straits Branch of the Royal Asiatic Society’ menyebut bahawa
pada asalnya Jempol berasal dari nama Sungai Muar. Sejarah
nama itu kemudiannya ditukar kepada Jempol, yang dipercayai
berasal dari peristiwa perkumpulan orang kampong di tepi
B
8
Sejarah Fizikal 1.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan 1.4 Lokasi Kawasan Kajian. 1.5 Sejarah Pembukaan Kampung
Kuala Kepis.
Kampung Kuala Kepis terletak di dalam daerah Jempol,
pekan kampung adalah Bahau. lokasi kajian adalah adalah
berdekatan dengan pekan bahau dan pekan kuala pilah.
Keluasan kampung adalah 2,786 ekar .
Kampung Kuala Kepis terletak di dalam daerah Jempol, pekan kampung adalah Bahau. Lokasi kajian adalah
adalah berdekatan dengan pekan bahau dan pekan kuala pilah.
Keluasan kampung adalah 2,786 ekar .
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
Setiap kawasan penempatan yang diterokai mempunyai
nilai sejarah yang tersendiri. Menurut Prof. Madya Suria
Sulaiman, Fakulti Senibina perancangan dan ukur, Universiti
Teknologi Mara, Shah Alam menyatakan bahawa ‘tempat yang
kita pijak atau duduki sekarang mempunyai latar belakang
sejarah yang tidak diketahui melainkan kita melakukan kajian
terhadap tempat tersebut’. Jadi kesimpulan dari keterangan
beliau, kajian yang akan dijalankan mestilah merangkumi
sejarah pembukaan kampung kerana ia merupakan salah satu
cara untuk mengenal pasti dan memahami ciri-ciri dan juga
mempelajari gaya hidup sebenar bagi pembentukkan sesebuah
masyarakat.
Kawasan sawah Padi
Kawasan Kampung
Kawasan Pertanian Getah
B
9
Sejarah Fizikal 1.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Bagi mendapatkan asal usul nama kampung Kuala Kepis adalah melibatkan maklumat yang diambil dari
keterangan penduduk Kampung Kuala Kepis sendiri. Tiada
fakta yang menyatakan asal usul nama kampung Kuala Kepis
diberi. Mengikut perkiraan jangka waktu perbezaan umur
penduduk di situ, uwan jahara (78 tahun), beliau menyatakan
bahawa beliau masih ingat lagi mengenai datuknya yang
menetap dikampung tersebut. Maka dengan itu, dapatlah
disimpulkan bahawa Kampung Kuala Kepis telah ada kira – kira
150 tahun yang lampau iaitu disekitar tahun 1850-an. Menurut
Mohd. Nor b.Hassim bekas ketua kampung terusan seberang,
beliau juga menyatakan bahawa kampung tersebut telah dibina
di sekitar tahun 1850-an berikutan bukti pendaftaran surat
beranak dan surat kematian.
Menurut cerita, Kampung Kuala Kepis
berasal dari pertembungan dua sungai iaitu Sungai Muar dan Sungai Kepis. Lokasi
pertembungan di antara dua sungai tersebut terletak di
kawasan kampung bukit tempurung.
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
Hasil kajian yang dijalankan melalui termurah, terdapat
beberapa orang tua yang berusia lebih kurang 80 tahun telah
lama menetap di kampung tersebut. Di antara nama-nama yang
ditemuramah untuk mendapatkan sejarah asal usul Kampung
Kuala Kepis ialah Hj. Wahab b. Hassan (1928)dari suku
Mungkal, Hjh. Jahara bt. Natin(1927) dari suku acheh, Noreda
bt. Mohamad Nor(1961) dari suku Selomak Terata.
Gambar: Nama Kampung Kuala Kepis di ambil dari pertembungan Sungai Muar dengan Sungai Kepis yang terletak di hulu kampung di antara sempadan Kampung Kuala Kepis dengan Kampung Bukit Tempurung.
Sumber: Penulis
B
10
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Sejarah Fizikal 1.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
1.5.1 Era Penerokaan Kampung. (1850-1945)
Pada awalnya, Kampung Kuala Kepis terdiri daripada
tiga buah kampung iaitu kampung iaitu:
1. Kampung Kuala Kepis
2. Kampung Bukit Tempurung
3. Kampung Terusan Seberang
Pada zaman dahulu, Kampung Kuala Kepis adalah
merupakan kawasan hutan. Kira – kira 150 tahun yang lalu iaitu di sekitar tahun 1850-an, Seorang pembuka Kampung
Kuala Kepis (tidak diketahui nama dan asalnya) telah membuka
kampung tersebut di tepi Sungai Muar. Menurut cerita Uwan
Jahara bt. Atin (78 tahun) Kampung Kuala Kepis adalah
merupakan ciri – ciri kampung yang sebenar kerana Kampung
Kuala Kepis mempunyai ciri – ciri kampung seperti adanya
sungai sebagai perhubungan, adanya kawasan rendah untuk
bersawah padi, adanya kawasan bukit untuk kawasan
pertanian, dan adanya kampung di sepanjang sungai iaitu
Sungai Muar.
Beliau pernah bertanyakan kepada
bapanya iaitu (Natin b. Poyo mengenai kisah
orang dulu – dulu. Pada ketika era penerokaan
zaman Atin b. Poyo, Pekerjaan penduduk kampung ketika itu,
adalah berdasarkan pertanian sawah padi. Menurut Atok Hj.
Wahab b. Hassan, orang dulu – dulu yang ingin bersawah padi
terpaksa menebang hutan dan membersihkan kawasan.
Tambahan beliau, orang dulu – dulu terpaksa menyabung
nyawa dari binatang buas seperti harimau, gajah, beruang dan
sebagainya.
Menurut Uwan Jahara, orang dulu – dulu telah membina
denai – denai kecil di dalam hutan dengan cara menebas
dengan parang sebagai laluan untuk pergi ke sawah dan ke
kampung yang berdekatan untuk mendapatkan bekalan
makanan.
Bagi sumber air untuk penanaman padi, terdapat
sebatang Sungai Muar yang mengalir ke kampung tersebut.
Menurut uwan Jahara dibahagian Baruh (merujuk di kawasan
sawah padi) di belakang rumahnya, terdapat sebuah ’bonda’
(terusan) yang dibina untuk menyalirkan air ke sawah sejak
B
11
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Sejarah Fizikal 1.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
beliau berusia lebih kurang 10 tahun. Tambah beliau, orang
dulu – dulu telah menggunakan kincir air untuk memindahkan
air dari Sungai Muar ke sawah padi. Dari analisa kenyataan
beliau dapatlah disimpulkan ’bonda’ (terusan) yang dibina di
sepanjang kampung tersebut telah dibina di sekitar tahun 1937.
Menurut cerita Atok Hj. Wahab b. Hassan setelah mendengar cerita – cerita orang dulu – dulu sebelumnya, perebakan kampung kuala kepis bermula dari hulu Kampung Kuala Kepis. Pada ketika itu, penduduk kampung hanya berberapa orang sahaja yang terdiri dari berlainan suku. Walaubagaimanapun suku kaum tersebut tidak dapat dipastikan.
Penduduk Kampung Kuala Kepis kebanyakannya terdiri
daripada anak jati Negeri Sembilan. Kebanyakan penduduk
yang tinggal di situ adalah dari suku Selomak Minangkabau, Acheh, Selomak Terata, Biduanda Lingkungan, dan suku Tiga Batu.
1.5.2 Era Jepun, Bintang Tiga dan British di awal kemerdekaan Malaya (1945-1960).
Di dalam kajian ini, penulis ingin membuat pemerhatian
dan mengklasifikasikan Era Jepun , Bintang Tiga dan British
sebagai satu era. Ini adalah kerana tiada pembangunan dan
zaman di mana penduduk telah mengalami zaman
kesengsaraan.
1.5.2(a) Era Penaklukan Jepun Di Tanah Melayu (1942 - 1945)
Apabila kerajaan Jepun telah menakluki semenanjung
tanah melayu pada tahun 1942, ramai tentera Jepun
memasuki kawasan kampung. Menurut Atok Hj. Wahab b.
Hassan, pada awalnya askar jepun memasuki Kampung Kuala
Kepis sacara aman. Tambahan beliau, tentera jepun telah
membuat markas tentera di Juasseh. Selang beberapa minggu,
tentera Jepun mula melakukan kekejaman terhadap penduduk
kampung. Di antara kekejaman yang dilakukan terhadap
penduduk kampung adalah seperti berikut:-
B
12
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Sejarah Fizikal 1.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
1. Memaksa penduduk kampung memberi semua hasil
pertanian terutamanya hasil padi yang ditanam apabila
musim menuai.
2. Melakukan kerahan tenaga bagi membuat satu kawasan
lapangan terbang di pengkalan tenteranya di Juasseh.
3. Memaksa penduduk kampung berkerja sebagai tentera
jepun.
4. Mendera penduduk kampung bagi mereka yang engan
berkerja untuk tentera jepun dan memberi hasil padi
kepada tentera jepun.
Menurut atok Hj. Wahab b. Hassan, beliau menyatakan
sendiri pengalamannya ketika berkerja dengan tentera jepun
sebagai buruh untuk membina lapangan kapal terbang tentera
jepun di Juasseh. Beliau mendakwa bahawa setiap pagi semua
kaum lelaki penduduk kampung dikerah untuk menebang hutan
bagi pembinaan lapangan terbang tersebut. Setiap pagi tentera
jepun akan mengira jumlah buruh yang datang bekerja tetapi
sekiranya pada keesokan harinya jika terdapat buruh yang tidak
hadir bekerja maka tentera jepun akan mencarinya sampai
jumpa.
Menurut Atok Hj. Wahab b. Hassan, pada
tahun 1944, pernah satu ketika, seorang penduduk
kampung yang engan membuat kerja membina
lapangan terbang telah didera oleh tentera jepun. Tambahan
beliau, lelaki tersebut telah dihimpit dengan kayu balak dan
kemudian dipijak – pijak oleh beberapa orang tentera jepun.
Peristiwa tersebut telah disaksikan oleh beliau dan beberapa
orang kampung yang bekerja di situ.
Beliau juga mendakwa tentera jepun hanya memberi
satu pot beras, segenggan gula dan seketul ubi kayu kepada
mereka yang berkerja. Kadang – kadang tentera jepun tidak
memberi apa – apa, cuma yang dapat hanya keletihan berkerja
dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Menurut Atok Hj. Wahab b. Hassan, bagi memindahkan
kayu balak yang telah ditebang, tiga ekor gajah kepunyaan Tok
Jelobu (Undang Luak Jelebu) dan beberapa ekor kerbau milik
orang kampung telah diambil oleh tentera jepun untuk
digunakan menarik kayu balak. Tambahan beliau, pernah satu
ketika pada pukul 9.00 pagi , ketiga - tiga gajah Tok Jelobu
mengamuk kerana ada penduduk kampung mengata bahawa
B
13
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Sejarah Fizikal 1.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
Tok Jelobu (Undang Luak Jelebu) pada waktu itu telah
meninggal dunia. Berikutan kejadian itu, semua pekerja lari
bertempiaran berikutan kejadian itu.
Walaubagaimanapun, lapangan terbang tersebut tidak
dapat disiapkan kerana tentera jepun telah menyerah kalah
pada tahun 1945.
Selain cerita mengenai pembinaan lapangan terbang,
terdapat juga cerita mengenai paksaan terhadap penduduk
kampung memberi semua hasil pertanian terutamanya hasil
padi yang ditanam apabila musim menuai. Menurut Uwan
Tiamal bt Jais (78 tahun)di rumahnya bernombor 35 Kampung
Kuala Kepis, penduduk kampung mesti menyerahkan semua
hasil padi kepada tentera Jepun dan mengumpulkannya di
Juaseh. Tambahan beliau, di Juaseh tempat melonggokkan
padi. Boleh dikatakan hasil longgokan ke semua padi tesebut
adalah setinggi pokok kelapa.
Menurut cerita uwan Tiamal bt Jais seperti mana yang
diceritakan oleh Arwah suaminya Hj. Mohamad Amin b. Badul
yang pernah mengagotai (MP) angkatan polis malaya pada
ketika itu pada tahun 1945, terdapat juga
kumpulan – kumpulan lain yang menentang Jepun
ketika itu. Di antaranya ialah (Malayan people anti-
japanese Army – MPAJA) yang dikenali sebagai bintang tiga.
Kumpulan ini sebenarnya dikuasai oleh Parti Komunis
Malaya – PKM. Terdapat juga kumpulan – kumpulan lain seperti
Pasukan 136(Force 136) dan Wataniah yang melawan jepun
sehinggalah jepun menyerah kalah pada tahun 1945 berikutan
pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki. 1.5.2(b) Pemerintahan Bintang Tiga (1945- 1948)
Pada akhir tahun 1945 Jepun telah menyerah kalah dan
kumpulan – kumpulan lain seperti Pasukan 136 (Force 136) dan
Wataniah yang melawan Jepun telah membubarkan diri kecuali
pihak Bintang Tiga telah mengambil alih kawasan tersebut.
Mengikut sejarah yang ditulis di dalam buku yang bertajuk
’Negara Kita’,menyatakan bahawa pada zahirnya Bintang Tiga
ini telah membubarkan dirinya tetapi tidak. Mereka telah
menjajah selama 15 hari sahaja.
B
14
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Sejarah Fizikal 1.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
Pada ketika itu, PKM yang mengendalikan Bintang Tiga
mempunyai rancangan yang tersendiri. PKM bertujuan hendak
mendirikan satu pemerintahan komunis di semenanjung tanah
melayu. Jadi banyak senjata – senjata Bintang Tiga telah
disorok supaya memudahkan melakukan pemberontakan
apabila tiba masanya nanti.
PKM telah berjaya mempengaruhi beberapa kumpulan
terutamanya kesatuan – keasatuan sekerja seperti Kesatuan
Sekerja Demokratik Tanah Melayu, Liga Belia Demokratik
Tanah Melayu, Persatuan Bekas MPAJA, Persatuan Kesatuan-
Kesatuan Sekerja SeMalaya, dan penduduk kampung telah di
arahkan oleh Pihak British supaya berkumpul di kawasan
tertentu untuk mengelakkan mereka dari dibunuh atau diserang
oleh pihak Bintang Tiga tersebut.
Zaman PKM adalah era kekejaman. Menurut cerita
Uwan Tiamal bt. Jais, beliau dan arwah suaminya Mohamad
Amin b. Badul atau lebih dikenali sebagai Pak Awai adalah
salah seorang (MP) Persatuan bekas polis dan seorang guru
silat di Kampung Kuala Kepis (dahulu kampung kuala kepis)
pernah mengawal kampung dari dicerobohi komunis.
Menurutnya lagi, pada ketika itu komunis
telah mengganas di dalam hutan di kampung
Temeris sehinggakan banyak di antara orang
kampung telah diseksa dan dibunuh kerana tidak memberi
bekalan makanan, pakaian dan enggan berkerjasama dengan
komunis.
Pernah pada suatu ketika, Arwah Pak Awai menjaga
pintu masuk utama di hilir kampung bersama rakan-rakan
seperjuangannya. Ketika itu berlaku keanehan ke atas diri Pak
Awai apabila komunis menyerang pintu masuk utama. Semua
rakan – rakannya terkorban termasuk anggota polis cawangan
Bahau. Yang anehnya, Pak Awai seorang sahaja yang
terselamat kerana dipercayai beliau mempunyai ilmu kebatinan
seperti halimunan. Walaubagaimanapun terdapat kesan
geselan pelulu pada kulit kepalanya semasa serangan
tersebut.Menurut cerita, Pak Awai tidak menurunkan ilmu
kebatinan tersebut kepada mana – mana anak muridnya kerana
dikuatiri akan memesongkan akidah jika tersalah amalannya.
B
15
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Sejarah Fizikal 1.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
Selain itu, terdapat cerita lain yang telah diceritakan
semula oleh Atok Hj. Wahab b. Hassan. Ketika itu terdapat dua
seorang anggota polis (MP) yang membawa kain pelekat dan
pakaian untuk diagihkan kepada penduduk Kampung Kuala
Kepis. Mereka telah ditangkap oleh komunis kerana enggan
memberikan kain yang dibawanya itu. Kemudian belaku
pertelingkahan dan tembak – menambak di antara komunis dan
anggota polis (MP) tersebut. Mereka telah ditangkap oleh
komunis dan dibawa ke dalam hutan. Kemudian anggota polis
(MP) tersebut telah diseksa dan dipaku pada pergelangan
tangan dan kakinya di sebatang pokok balak sehigga selepas
beberapa bulan, orang kampung telah menemui kerangka
mereka yang dipercayai anggota polis (MP) yang hilang.
Selain itu, beliau juga hampir – hampir dibunuh oleh
komunis kerana pernah bekerja dengan tentera jepun semasa
membina lapangan terbang di Juasseh. Walaubagaimanapun
beliau terselamat kerana Hj. Sobih yang mempunyai pangkat
yang besar dalam PKM adalah bapa saudaranya. Sehubungan
dengan itu, beliau telah dilepaskan dengan menggantikan
seekor kambing hitam miliknya.
1.5.2(c) Pemerintahan British (1948 – 1957 )
Apabila pihak British mengambil alih semula pentadbiran
di Negeri Sembilan, jawatan ketua kampung telah diwujudkan.
Menurut bekas ketua Kampung Kuala Kepis iaitu Mohd Nor bin
Hassim, Ketua kampung yang pertama telah dilantik adalah pada tahun 1955 iaitu Hj. Derahman. Jawatan Ketua
kampung juga di panggil ‘Tok Ompek’ (Tok Empat) oleh
penduduk kampung. Pemilihan dibuat berdasarkan kepada
jumlah majoriti suku teramai yang mendiami kawasan
Kampung Kuala Kepis pada waktu itu. Ketua juga dilantik
dengan mendapat persetujuan semua pihak pada waktu
tersebut.
Pada 1950-an keadaan kampung mula tenteram
selepas pemerintahan PKM pada tahun 1948. Menurut Hj.
Muhamad Nor b. Ibrahim, seorang bekas tentera berpangkat
sarjan telah dilahirkan pada tahun 1944 di Kampung Kuala
Kepis. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu
kuala Kepis sehingga darjah 6. Menurut beliau, Pada tahun
1955, Seorang penduduk kampung yang bernama Osman b.
B
16
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Sejarah Fizikal 1.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
Kaya telah dilantik sebagai setiausaha kampung. Walaupun
Osman b. Kaya hanya memegang jawatan sebagai setiausaha
tetapi beliau adalah seorang yang berpengaruh di kampung
tersebut.
Menurut Hj. Muhamad Nor b. Ibrahim lagi, beliau adalah
jawatankuasa yang berani mengusulkan supaya diadakan
Sekolah Kebangsaan Kuala Kepis dan balai raya di
kampung tersebut kepada YB. Tuan Hj. Katib b, Kulup Adun
Kawasan Jempol pada ketika itu. Sekolah Kebangsaan Kuala
Kepis pada asalnya dipanggil sekolah Melayu Kuala Kepis. Ia
telah mula dibuka pada 7 Januari 1956.
Tambahan beliau, orang dulu – dulu mendapat
pendidikan di sekolah melayu Terusan bersebelahan dengan
bekas lapangan terbang jepun tetapi sekarang telah dijadikan
’KEM RIMBA TAKWA’ untuk perkhemahan sekolah. Beliau juga
menyatakan sebelum zaman pemerintahan Jepun, kebanyakan
penduduk kampung di situ mendapatkan pendidikan di sekolah
Tengku Muhammad , Kuala Pilah (TMH) yang telah dibina pada
tahun 1933 dan juga Maktab Perguruan Tanjung Malim (SITC).
1.5.3 Era pemerintahan Kerajaan Tempatan (1957 - 1980)
Pada tahun 1960, memandangkan ’Tok Ompek’ iaitu Hj.
Derahman mempunyai pengatahuan serba sedikit mengenai
politik, beliau adalah salah seorang pelopur yang meminta
perubahan kampung kuala kepis supaya jalanraya yang lebih
luas dibina pada ketika itu.
Pada tahun 1960-an, telah berlaku permasalah
mengenai ketiadaan tanah perkuburan di kampung Kuala
Kepis. Menurut Noreda bt. Mohd Nor (45 tahun), Ayahnya Mohd
Nor b. Kulup telah mewartakan sebuah tanah wakaf perkuburan kepada penduduk kampung seluas 5 ekar. Pada
asalnya tanah wakaf tersebut adalah tanah pusaka yang
diwarisi daripada ayahnya iaitu Kulup b. Poyo. Kedudukan
tanah perkuburan tersebut adalah berdekatan dengan
rumahnya.
Menurutnya, sebelum adanya tanah perkuburan
tersebut, kebanyakan jenazah penduduk kampung dikebumikan
di dapan rumah masing – masing. Kini tanah perkuburan lama
B
17
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Sejarah Fizikal 1.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
di hadapan rumah penduduk kampung tersebut ada yang masih
kelihatan batu nisannya dan ada yang telah tiada.
Menurut bekas ketua Kampung Terusan seberang iaitu
Mohd Nor bin Hassim, Pada tahun 1960-an Kampung Kuala
Kepis semakin berkembang maju dan kawasan pertanian moden seperti getah mula diperkenalkan oleh pihak RISDA.
Harga getah juga agak mahal dan sistem pertanian moden
yang diperkenalkan oleh RISDA telah digunapakai oleh
penduduk kampung. Sawah padi masih lagi diusahakan pada
waktu itu. Hampir 70 peratus penduduk kampung pada masa itu
masih lagi menggunakan kaedah penanaman padi secara
menual.
Pada 1962, satu lembaran sejarah tercipta di Kampung
Kuala Kepis, satu projek pembinaan jalanraya telah dibina dari
persimpangan Kampung Rembang Panas ke hujung Kampung
Bukit Tempurung. Pada asalnya, lebar jalan tersebut adalah
selebar 3 kaki dan jambatan selebar 4 kaki sahaja, cukup untuk
laluan basikal dan laluan pejalan kaki.
Pada tahun 1963, sistem persuratan
mula diperkenalkan di kampung Kuala Kepis
tersebut. Menurut Hj. Muhamad Nor b. Ibrahim,
segala surat yang diterima dari luar dihantar ke rumah Osman
b. Kaya kerana beliau adalah setiausaha kampung tersebut.
Tambahan pula, pada waktu itu, Osman b. Kaya telah
membuka kedai runcit secara kecil – kecilan. Kedudukan
rumahnya adalah strategik kerana terletak diantara Kampung
Terusan Seberang dan Kampung Bukit Tempurung. Setiap hari
posmen akan menghantar surat dan mengambil surat di kedai
Atok Osman b. Kaya. Setiap hari seluruh penduduk kuala kepis
pada ketika itu akan mengambil surat di kedai Atok Osman.
Menurut Atok Hj. Muhamad Nor b. Ibrahim, pada tahun 1964 sebuah masjid telah dibina berikutan surau yang sedia
tidak dapat menampung penduduk kampung yang ramai.
B
18
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Sejarah Fizikal 1.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
1.5.4 Era pemerintahan Kerajaan Tempatan Sekarang (1980–2005) Pada tahun 1980, pihak kerajaan tempatan Kuala Pilah
telah mengambil langkah – langkah untuk menyalurkan
bekalan elektrik terus kepada penduduk kampung. Selang dua
tahun kemudiannya iaitu pada tahun 1982, Jabatan Bekalan
Air bahagian Kuala Pilah telah mula melakukan kerja – kerja
pemasangan paip – paip untuk membekalkan bekalan air bersih kepada penduduk kampung. Sumber bekalan air diambil
dari empangan Talang yang berkemampuan membekalkan air
ke serata daerah Kuala Pilah, sebahagian daerah Seremban
dan Jempol.
Pada tahun 1985, terdapat beberapa lagi kemajuan
yang dilaksanakan oleh kerajaan tempatan iaitu longkang – longkang utama dikorek yang terletak di sepanjang utama
Kampung Kuala Kepis untuk mengelakkan banjir.
Pada tahun 1986, pihak berkuasa tempatan telah
memecahkan sempadan kampung Kuala Kepis kepada tiga perkampungan yang baru kerana bagi memudahkan
pengurusan pentadbiran pihak berkuasa tempatan
Jempol dan Kuala Pilah pada ketika itu. Pecahan
tiga kampung tersebut adalah Kampung Kuala
kepis dan Kampung Bukit Tempurung adalah dibawah pihak
berkuasa tempatan Jempol manakala kampung Terusan
Seberang adalah dibawah pihak berkuasa tempatan Kuala
Pilah.
Pada tahun 1990, kerja – kerja pembinaan semula Balai Raya Kampung Kuala Kepis talah dilaksanakan bagi
manukar bahan binaannya daripada kayu kepada batu - bata
dan simen.
Pada tahun 1999, seorang usahawan muda adalah
salah seorang pemuda kampung tersebut telah mengusahakan
tanaman tembikai secara komersial. Zamri b. Hasan beliau
adalah salah seorang penduduk kampung yang berjaya
mengubah haluannya untuk mengusahakan tanaman tembikai
secara kormersial. Beliau telah menyewa tanah penduduk
kampung untuk dijadikan kawasan penanaman tembikai.
B
19
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Sejarah Fizikal 1.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
Dari segi politik pula, jawatan ketua Kampung Kuala
Kepis ’Tok Empat’ telah disambung oleh beberapa orang sejak
tahun 1955, antaranya ialah:
1. 1955 – 1967 ; Hj. Derahmah dari suku Tiga Batu,
2. 1967 – 1975 ; Ahmad b. Panjang dari suku Tanah
Datar
3. 1975 – 1984 ; karim b. Mahad dari suku selomak
Minangkabau.
4. 1984 – 1995 ; Zakaria b. Manap dari suku Acheh
5. 1995 – 2004 ; Zainal b. Yahya dari suku Tanah
Datar.
6. 2004 – 2005 ; Cikgu Sulaiman b. Nordin dari pahang.
Walaubagaimanapun tradisi sistem politik kampung
Kuala Kepis telah dipecahkan oleh bekas guru besar sekolah
kebangsaan Kuala Kepis, Cikgu Sulaiman b. Nordin yang
bukan daripada anak jati N. Sembilan. Perkara ini terjadi akibat
desakan ahli politik yang inginkan ketua kampung yang lebih
barkaliber untuk memajukan kampung Kuala Kepis dalam
rancangan kampung Wawasan yang telah disarankan oleh
pucuk pimpinan sekarang.
B
20
Sejarah Fizikal 1.0
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan 1.5.5(a)
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
B
21
Sejarah Fizikal 1.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
1.5.5(b)
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
B
22
Sejarah Fizikal 1.0
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan 1.5.5(c)
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
B
23
Sejarah Fizikal 1.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
1.5.6 (a) Peta Zaman Pendudukan Awal (1850 - 1900)
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
Sumber : Penulis
Petunjuk :-
Pokok Kelapa Hutan Denai – denai kecil Surau Kawasan penempatan Kawasan Sawah Padi Kawasan paya Kawasan sejarah Sungai
B
24
Sejarah Fizikal 1.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
1.5.6(b) Peta Zaman Penjajahan (1900 - 1957)
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
Sumber : Penulis
Petunjuk :-
Pokok Kelapa Balai Raya Denai – denai kecil Sekolah Surau Kawasan penempatan Kawasan Sawah Padi Kawasan paya Kawasan sejarah Sungai
B
25
Sejarah Fizikal 1.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
1.5.6(c) Era Pemerintahan Kerajaan Tempatan (1957 - 1980)
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
Sumber : Penulis
Petunjuk :-
Pokok Kelapa Pokok Getah Balai Raya Jalanraya Sekolah Kawasan Tanah Perkuburan Masjid Surau Kawasan penempatan Kawasan sawah padi Kawasan paya Kawasan sejarah Sungai
B
26
Sejarah Fizikal 1.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 26 Bab 1.0 Sejarah Fizikal T k
Sumber : Penulis
1.5.6(d) Era Pemerintahan Kerajaan Tempatan Sekarang (1980 - 2005). Petunjuk :-
Pokok Kelapa Pokok getah Bekalan air Bekalan elektrik Kawasan tanaman tembikai Balai Raya Jalanraya Sekolah Kawasan Tanah Perkuburan Masjid Surau Kawasan penempatan Kawasan sawah padi Kawasan paya Kawasan sejarah Sungai
top related