penggunaan nama allah oleh bukan muslim
Post on 14-Apr-2018
247 Views
Preview:
TRANSCRIPT
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 1/38
1
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 2/38
2
SENARAI ARTIKEL
1. BOLEH GUNAKAN “ALLAH” ASALKAN… ms 3
2. MENJAWAB DR ASRI ISU “ALLAH” ms 7
3. KRISTIAN MALAYSIA MASIH MAHU GUNA NAMA ALLAH? ms 24
4. ANTARA SYARAT PENGGUNAAN NAMA ALLAH ms 29
5. ISU PENGGUNAAN “ALLAH” OLEH BUKAN MUSLIM ms 35
6. MEREKA HENDAK SAMAKAN ALLAH DENGAN JESUS ms 38
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 3/38
3
BOLEH GUNAKAN “ALLAH” ASALKAN…
Penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam Alkitab (Bible) dan tulisan-tulisan Kristian di Malaysia
memang MENDATANGKAN KEKELIRUAN, bukan sahaja kepada umat Islam, tetapi juga
kepada penganut agama Kristian (1) sendiri. Sepatutnya perkataan ‘Allah’ ataupun ‘TuhanAllah’ digantikan sahaja dengan Tuhan, ataupun Yahweh, ataupun Yehovah, El, Eloah,
Elohim ataupun apa saja istilah lain (umat Kristian tentu lebih tahu) yang ada kaitan dengan
The Old Testament (Perjanjian Lama) dan The New Testament (Perjanjian Akhir). Apakah
agama Kristian kekurangan perkataan hingga terpaksa menggunakan perkataan ‘Allah’ yang
lebih sinonim dengan kitab suci Al-Quran (The Last Testament/ Perjanjian Akhir)? Ataupun…
ada sesuatu di sebaliknya?
Sepatutnya perkataan ‘Allah’ tidak digunakan oleh penganut agama Kristian untuk
menggambarkan Tuhan mereka walau di mana saja. Walau bagaimanapun, tulisan ini lebihmenjurus dalam KONTEKS ‘MALAYSIA’.
Perlu kita fahami, Bahasa Melayu Malaysia ada banyak juga perbezaan berbanding Bahasa
Melayu Indonesia. Contohnya ‘tewas’ di Malaysia bermaksud ‘kalah’ sedangkan di Indonesia
bermaksud ‘mati’. Sebab itu jangan mudah-mudah menyebut ‘pemain badminton Indonesia
telah tewas di tangan pemain Malaysia’ kepada saudara-saudara kita dari Indonesia- nanti
‘bisa bikin ribut’. : )
Di Malaysia, ‘Allah’ ialah Tuhan YANG ESA bagi orang-orang Islam (dan Tuhan Yang Esa bagi
semua manusia). ‘Allah’ ini langsung tidak sama dengan makhluk. Sebelum mana-mana
makhluk wujud, Dia sudah SEDIA ADA. Sebelum tempat, ruang, warna, kecerahan, gelap,
bentuk, sempadan, rupa, arah dan lain-lain (yang semuanya makhluk) wujud (diciptakan-
Nya), Dia sudah sedia ada. Apa sahaja yang terpengaruh dengan tempat, ruang, warna,
kecerahan, gelap, bentuk, sempadan, rupa, arah dan lain-lain adalah makhluk. Apa sahaja
yang lebih muda atau ‘datang kemudian’ daripada-Nya- bukan Allah. Begitulah hebatnya
Allah, satu-satunya Tuhan sebenar.
Allah tidak dapat dibayangkan oleh makhluk. Apa saja yang tergambar dalam fikiran kita
bukan Allah. Jika Tuhan boleh dibayangkan, hilanglah kehebatannya. Allah suci daripada
segala kelemahan seperti mengantuk, lapar, dahaga, lupa, tersilap, berehat, tidak tahu,
sakit, tua dan sebagainya. Jauh sekali untuk Dia diseksa ataupun mati. Dia SEMPURNA.
Dia tidak dapat diperintah atau diarah-arah kerana Dialah Pemerintah- Raja Segala Raja. Dia
tidak dapat diutus kerana Dialah Pengutus. Dialah sahaja yang tahu bila saatnya Kiamat.
Siapa sahaja yang tidak tahu tarikh dan saat Kiamat, itu bukan Allah. TIDAK TAHU
menunjukkan kelemahan dan sifat makhluk. Mustahil Tuhan ‘tidak tahu’ dan lemah. Siapa
saja yang ‘tidak tahu’ dan lemah tidak layak menjadi Tuhan. Allah tidak layak memohon
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 4/38
4
kerana Dialah Tempat Permohonan.
Allah tidak dapat dipecah-pecahkan, dipisah-pisahkan atau dibahagi-bahagikan- Dia Esa
(Satu). Sesiapa yang menyembah Tuhan yang boleh dipecah-pecahkan dipisah-pisahkan
atau dibahagi-bahagikan, maksudnya orang itu tersembah selain daripada Allah iaitumakhluk. Hal ini kerana Dia sudah ‘sedia ada’ sejak ruang dan pembahagian belum dicipta.
Jadi, mustahil Dia boleh dibahagi-bahagikan. Allah sentiasa ada, tidak pernah ‘tidak ada’
ataupun ‘belum ada’. Dia sentiasa muncul, mustahil Dia baru muncul ataupun belum muncul
dan kemudiannya menghilang ataupun mati. Zat Diri-Nya tidak pernah berubah atupun
bertukar. Apa sahaja yang MENGALAMI PERUBAHAN (umat Islam menyebutnya ‘baharu’),
bukan Allah tetapi makhluk.
Inilah sebahagian daripada ciri-ciri ‘Allah’ yang disebut dalam Perjanjian Terakhir- Al Quran.
Dan Allah ini memiliki begitu banyak persamaan dengan Tuhan bagi umat Kristian yangberfahaman Unitary (Unitarian). (2)
Apabila penganut agama Kristian tempatan menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk ‘Tuhan’
mereka, memang menimbulkan masalah. Hal ini kerana sifat-sifat ‘Allah Kristian’ itu jauh
berbeza dengan Allah. Jangan kita diperbodohkan oleh sebahagian golongan Iselam Liberal
yang mendakwa Allah sebagai ‘Tuhan Sembahan’ semua agama.
Allah sebagai TUHAN SEBENAR SEMUA MANUSIA memang benar, tetapi mengatakan Allah
sebagai TUHAN SEMBAHAN semua agama ternyata jauh menyimpang. Hanya Muslim yang
menyembah Allah TUHAN SEMUA MANUSIA itu, yang tertera sifat-sifatnya sebagaimana
yang dijelaskan di atas tadi. Sesiapa yang menyembah Tuhan yang memiliki semua sifat-sifat
tersebut, maksudnya dia menyembah Allah. Jika Sembahannya itu tidak memiliki sifat-sifat
itu, maksudnya dia menyembah SELAIN ALLAH. Jadi, sesiapa yang menyembah SELAIN
ALLAH, sepatutnya gunakanlah nama lain bagi ‘Tuhan Sembahan’ mereka itu. Selesai
masalah.
Kita sedia maklum, Tuhan Sembahan umat Kristian itu boleh dipecah-pecah dan dibahagi-
bahagikan walaupun dikatakan ‘3 oknum dalam satu’. Jesus sebagai Tuhan menunggu
wahyu di bumi, Roh Kudus sebagai Tuhan sedang turun ke bumi membawa wahyu manakala
Bapa yang juga Tuhan sedang berada di syurga (3). Hal ini memang jelas bertentangan
dengan ALLAH kerana Dia tidak dapat dipecah-pecahkan, dipisah-pisahkan atau dibahagi-
bahagikan- Dia Esa (Satu).
Tuhan umat Kristian itu memerlukan ‘rehat’ selepas mencipta tetapi Allah tidak pernah
berehat. Berehat adalah satu kelemahan. Tuhan Kristian pernah kalah bergusti dengan
manusia tetapi Allah tidak pernah kalah. Tuhan sembahan Kristian tidak tahu di mana Adam
menyorok tetapi Allah Maha Mengetahui. Sembahan Kristian itu dilahirkan tetapi Allah
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 5/38
5
sudah sedia ada sebelum pembahagian, jasad dan ruang dicipta. Jesus yang Tuhan dan Roh
Kudus yang juga Tuhan tidak tahu tarikh Kiamat sedangkan Allah Maha Mengetahui. Tuhan
Sembahan itu boleh menyesal (menunjukkan Dia tidak Maha Mengetahui) sedangkan Allah
mustahil menyesal kerana Dia Maha Mengetahui.
Lihatlah betapa jauh bezanya antara Allah dengan Tuhan Sembahan penganut agama
Kristian. Kita tidak mahu umat Islam dan umat Kristian di negara ini terkeliru lalu menyangka
yang mereka sedang MENYEMBAH TUHAN YANG SAMA. Persamaan yang wujud hanyalah
Muslim dan Kristian percaya kewujudan Tuhan dan semua orang mesti menyembah Tuhan.
TAPI Islam dan Kristian ada begitu BANYAK PERSAMAAN jika ‘Allah’ yang dimaksudkan oleh
Kristian itu ialah BAPA, sebagimana faham para Unitary. Sekiranya HENDAK SANGAT, Alkitab
(Bible) dan tulisan-tulisan Kristian di Malaysia boleh saja menggunakan perkataan ‘Allah’
asalkan kena dengan tempatnya. Gantikan saja perkataan ‘Bapa’ dalam Bible dengan ‘Allah’.Jangan nisbahkan ‘Allah’ kepada Jesus ataupun Roh Kudus tetapi untuk Bapa sahaja.
“…biarlah dunia percaya yang Bapa (ALLAH) telah mengutus aku (Jesus).”
(Yohanes 17:21)
“Bapa (ALLAH) yang mengutus aku (Jesus), Dialah yang bersaksi tentang aku, kamu tidak
pernah mendengar suara-Nya, rupa-Nya pun tidak pernah kamu lihat.”
(Yohanes 5:37)
“Namun akan hari (terjadi)nya (kiamat) atau ketikanya itu tidak diketahui oleh seorang
jua pun, baik segala malaikat yang di syurga pun tidak, anak (Jesus) itu pun tidak,
HANYALAH BAPA (ALLAH) SAHAJA.”
(Markus 13: 32)
“Jika kamu mengasihi aku, kamu akan bersukacita kerana aku pergi kepada Bapa (ALLAH),
oleh sebab Bapa (ALLAH) lebih besar daripada aku."
(Yohanes 14:28)
"Setelah berkata demikian, Jesus mengadah ke langit lalu berkata, "Ya Bapa (ALLAH),
sekarang tibalah saatnya. Muliakanlah Anak-Mu, supaya Anak pun boleh memuliakan
Bapa (Allah)""
(Yohanes 17:1)
Bagaimana? …
Kalau penganut agama Kristian berasa keberatan, maka kita kembali saja kepada Kitab Suci
agama masing-masing. Umat Islam menggunakan nama ‘Allah’ sebagaimana yang tertera
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 6/38
6
dalam Kitab Suci Al-Quran, manakala umat Kristian gunakan nama Tuhan yang ada dalam
Bible Ibrani ataupun Aramaic-yang pastinya tidak ditulis sebagai ‘Allah’. Kan selesai dengan
aman? Mengapa tidak mahu menggunakan nama Tuhan dalam Kitab Suci sendiri?
'BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw'
Abu Zulfiqar
31 DISEMBER 2007
Lokasi artikel : http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/11/boleh-gunakan-allah-
asalkan.html
* Penganut agama lain yang ingin tahu tentang isi kandungan ajaran Islam boleh ke laman
MENGENAL ISLAM di http://mengenalislam.blogspot.com/ . Tentu anda ingin tahu apakepercayaan umat Islam, perayaan umat Islam, ibadah Haji, hiburan umat Islam, cara
beribadah dan lain-lain. Tidak ada ruginya anda menambah pengetahuan.
* Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui perbandingan agama Islam dengan
agama-agama lain, boleh mengembara ke laman MENGAPA ISLAM
di http://mengapaislam.wordpress.com/ .
(1) ‘Kristian’ di Malaysia membawa maksud seluruh cabang agama Kristian manakala di
Indonesia, ‘Kristen’ dispesifikasikan sebagai aliran ‘Protestan’ dan penganut agama Kristian
aliran Katholik disebut ‘Katholik’.
(2) Umat Kristian berfahaman Unitary percaya Bapa ialah Tuhan sebenar manakala Jesus
dan Roh Kudus mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada-Nya. Penganut agama
Kristian yang berfahaman Trinity (Trinitarian) pula percaya Bapa, Roh Kudus dan Jesus
sebagai Tuhan sebenar- tiga peribadi dalam satu peribadi. FAHAMAN ASAS Unitary memang
selaras dengan pandangan agama Islam. Banyak kaum Kristian di Timur Tengah
berfahaman Unitary. Oleh itu jika mereka menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk Tuhan
mereka (Bapa), memang ada relevannya. Namun di Malaysia, majoritinya beraliran Katholik
dan selebihnya Protestan, yang kedua-duanya Trinitarian.
(3) “Dan turunlah Roh Kudus dalam rupa burung merpati ke atasnya (Jesus). Dan
terdengarlah suara dari langit: "Engkaulah anak-Ku yang Ku-kasihi, kepadamulah Aku
berkenan."
(Lukas. 3:22)
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 7/38
7
MENJAWAB DR. ASRI ISU “ALLAH’
DR. ASRI MENULIS:
Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh
agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak,cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya
lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.
PENJELASAN KITA:
Pembetulan, isu ini sebenarnya isu AKIDAH sejagat, bukan isu pentadbiran ataupun
tempatan sebagaimana yang didakwa oleh Dr. Asri. Teruskan pembacaan anda hingga ke
akhir untuk memahaminya. Buatlah pertimbangan yang adil, bukan atas dasar taksub
kepada mana-mana pihak. Insyaallah anda akan dapat menyaksikan kebenarannya.
DR. ASRI MENULIS:
Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru
ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak
menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda
tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada
asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.
PENJELASAN KITA:
Isu ini timbul sekarang kerana sudah ada orang-orang Islam yang lebih pengetahuan mereka
dalam hal ini. Sebelum ini memang sudah ada begitu banyak ulama, tetapi masing-masing
dengan bidang-bidang tersendiri yang tidak bersentuhan dengan isu penggunaan “Allah”
ini.
Bible berbahasa Melayu (yang disebut Alkitab) mahu menggunakannya dengan tujuan untuk
mendakwahkan fahaman Kristian kepada umat Islam. Ada pihak yang sedikit demi sedikit
mahu mengaitkan “Allah” itu dengan Jesus. Antara buktinya, para pembaca boleh melihat isi
dialog saya dengan seorang penganut agama Kristian di
http://isunamaallah.blogspot.com. Ringkasnya, memang ada agenda tersembunyi.
DR. ASRI MENULIS:
Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam
bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk
terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik
tolak dari kedua sumber tersebut.
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 8/38
8
PENJELASAN KITA:
Memang kita akan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam hal ini, tetapi mestilah
dengan huraian yang benar. Ada pihak yang menggunakan kedua-dua sumber tersebut
tetapi mengeluarkan huraian yang salah. Bahagian ini yang mesti kita perhatikan betul-
betul.
DR. ASRI MENULIS:
Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting,
boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah
kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap
rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap
Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.
PENJELASAN KITA:
Kadang-kala kekurangan pengetahuan kita dalam hal-hal tertentu, ataupun kesilapan kita
sendiri menyebabkan kita menyangkakan hal-hal yang penting sebagai tidak penting.
Tentang keadilan, kerahmatan dan pengikisan gambaran negatif yang disebutkan itu
memang kita sangat setuju.
DR. ASRI MENULIS:
Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya
bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan
penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita
sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan
Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan
kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam,
atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?
PENJELASAN KITA:
Tidak juga. Ada kalanya sebutan menjadi penentu sama ada kita berakidah Islam ataupun
selainnya. Contoh:
Kristian Triniti menganggap Jesus sebagai Allah dan Allah sebagai Jesus. Jika mereka
mengatakan, “Yang mati disalib itu ialah Allah”, “Yang dilahirkan Maryam itu ialah Allah”
ataupun “Allah (Jesus) ialah anak Tuhan” lalu kita menyetujuinya, maka akidah kita sudah
rosak.
Satu perkara yang mesti sangat difahami ialah... kita tidak pernah tidak bersetuju jika kaum
Kristian mahu memanggil Tuhan sebenar sebagai Allah. Yang kita tolak hanya apabila
mereka mahu memanggil Jesus dan Roh Kudus sebagai Allah atau Allah sebagai Jesus dan
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 9/38
9
Roh Kudus. Perhatikan betul-betul apa yang sedang kita perjuangkan dan apa yang tidak
kita perjuangkan. Adalah satu kesilapan besar jika ada yang menyangkakan kita sedang
menolak orang lain daripada memanggil Tuhan sebenar sebagai Allah.
DR. ASRI MENULIS:
Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang
menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak
membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang
sebenar.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad)
bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan
menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dialah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku!
Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf
ayat 87-88).
PENJELASAN KITA:
Golongan musyrikin yang berada di sekeliling Nabi Muhammad ketika itu memang tahu
siapa Allah. Bahkan bapa baginda sendiri mereka namakan “Abdullah” yang membawa
maksud “Hamba Allah”. Mereka tahu Allah ialah Tuhan Sebenar, cuma mereka
menyekutukannya dengan berhala-berhala mereka. Jika mereka menyebut “Allah”,
sememangnya mereka menisbahkan sebutan itu kepada Tuhan Sebenar ataupun Zat
Sempurna itu. Mereka tidak menisbahkan “Allah” kepada selain Allah. Mreka tidak
menisbahkan sebutan “Allah” kepada berhala-berhala yang mereka sembah ataupun
kepada Jesus dan Roh Kudus.
Situasi ini sangat jauh berbeza dengan pegangan kaum Kristian Trinitarian yang beria-ia
mahu menggunakan “Allah” di Malaysia. Pada mereka, Jesus dan Roh Kudus ialah Allah.
Mereka sudah menisbahkan “Allah” kepada selain Allah iaitu Jesus dan Roh Kudus.
Kesimpulannya- Kaum musyrikin yang disebut dalam ayat al-Quran itu menisbahkan “Allah”
kena dengan tempatnya sedangkan kaum Kristian Trinitarian di Malaysia ini mahu/ sedang
menisbahkan “Allah” kepada selain Allah. Oleh itu, kaum Kristian ini tidak boleh
menggunakan “Allah” kecuali mereka menisbahkannya kepada Tuhan Sebenar iaitu Bapa.
DR. ASRI MENULIS:
Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai
Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 10/38
10
hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah
matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad):
“Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan
kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut
ayat 63).
PENJELASAN KITA:
Masih sama juga. “Mereka” yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah orang-orang musyrik di
sekeliling Rasulullah saw. Mereka tahu siapa Allah tetapi mereka melakukan syirik dengan
menyembah selain-Nya. Sebab itulah mereka dinamakan “musyrikin”. Jadi, apabila mereka
menjawab “Allah”, memang mereka menisbahkan/ memaksudkan sebutan itu kepada
Tuhan Sebenar, bukan kepada selain-Nya. Padahal kaum Kristian yang kita maksudkan ini,
apabila mereka menyebut “Allah”, mereka menisbahkannya kepada selain Tuhan Sebenar
iaitu Roh Kudus dan Jesus.
Saya tidak akan mengulangi lagi hal ini di bawah nanti, diharap para pembaca
memikirkannya dengan teliti.
Kaum musyrikin Arab dalam ayat-ayat al-Quran itu ialah orang-orang yang menyebut
“Allah” memang untuk Tuhan Sebenar, bukan untuk selain-Nya. Dr. Asri jelas sudah
menyebarkan maklumat yang salah kepada masyarakat Islam kerana mentafsirkan ayat-ayat
ini lalu menisbahkankannya kepada “orang bukan Islam”. Padahal ayat-ayat itu dnisbahkan
kepada “orang-orang musyrik Arab di sekitar Nabi Muhammad”.
DR. ASRI MENULIS:
Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak
membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha
Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana
mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama
Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah
terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.
PENJELASAN KITA:
Tumpukan perhatian kita pada perkataan “BUKAN MUSLIM”. “Bukan Muslim” yang
dimaksudkan oleh Asri ialah mereka yang tidak beragama Islam termasuklah Kristian
Trintarian. Padahal ayat al-Quran ini tidak Allah tujukan kepada “Bukan Muslim”
sebagaimana yang difahami/ disalahfahami/ sengaja diselewengkan (yang mana satu
tidaklah dapat kita pastikan sekarang) oleh Asri, tetapi kepada KAUM MUSYRIKIN ARAB
yang berada di sekitar Nabi Muhammad ketika itu.
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 11/38
11
Tentang kepercayaan kaum Musyrikin Arab yang dinyatakan dalam ayat-ayat seumpama ini
sudah dua kali saya sentuh pada permulaan tadi. Sememangnya apabila mereka menyebut
“Allah”, mereka menisbahkannya kepada Pencipta yang Maha Agung, bukan kepada
berhala-berhala, Jesus, Roh Kudus, Krishna, Ramasami ataupun yang lain-lain.
Sebab itulah al-Quran tidak membantah. Sebab itu juga Nabi Muhammad disuruh oleh Allah
mengucapkan “Allahmdulillah” sebagai tanda kesyukuran. Bersyukur kerana apa? Kerana
kaum musyrikin itu masih tahu siapa Allah yang sebenar. Mereka tidak kata berhala-
berhala mereka sebagai Allah. Jadi kesyukuran Nabi Muhammad itu adalah atas perkara
yang benar.
Bandingkan dengan kaum Trinitarian. Jika kita tanyakan : “Siapakah yang menurunkan hujan
dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?”
Katakanlah mereka menjawab, “Allah iaitu Jesus” ataupun “Jesus iaitu Allah”. Apakah anda akan menjawab , “Syukur Alhamdulillah”?
Pastinya tidak! Kerana kesyukuran itu bukan untuk perkara yang benar.
Tapi berdasarkan pegangan Asri, tentunya dia akan mengatakan begitu.
Kesimpulannya, kita bersyukur jika yang dikatakan itu benar, bukan sebaliknya.
DR. ASRI MENULIS:
Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh
bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya,
jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau
menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.
PENJELASAN KITA:
“...bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam”. Pernyataan ini satu
pendustaan. Dr. Asri mestilah mengemukakan sandaran-sandaran yang kukuh untuk terus
menyebarkan fahaman sebegini, jika tidak dia secara jujurnya mestilah menarik balik
sebarannya ini. Ayat al-Quran mana yang mengatakan begitu? Hadis mana yang
membenarkannya?
Apabila kita mendengar bukan Muslim mengatakan “Allah yang menurunkan hujan, atau
menumbuhkan tumbuhan”, sudah tentulah kita berasa gembira. Siapa pula yang akan tidak
gembira? Peliknya!
Tetapi jika mereka mengatakan Allah (iaitu contohnya menurut mereka ialah Jesus, Krishna,
Aki Kopuno dan lain-lain) menurunkan hujan atau menumbuhkan tumbuhan, mana boleh
kita berasa gembira?
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 12/38
12
Jika sekadar dia mengucapkan hal itu dan kita tidak punya bukti yang dia menisbahkan
sebutan “Allah” kepada selain Allah ketika itu, semestinyalah kita mendahulukan sangka
baik. Mana boleh terus bersangka buruk! Selagi tidak ada bukti itu, kita anggaplah memang
dia menisbahkan sebutan itu kepada Tuhan Sebenar.
Tetapi jika kita memperolehi bukti lain yang menunjukkan dia tidak menisbahkan kepada
Tuhan Sebenar, contohnya selepas itu dia mengatakan “Allah” yang dia maksudkan ialah
selain Allah iaitu Jesus, Roh Kudus, Maria, Siva, Krishna ataupun yang lain-lain, orang Islam
yang gembira mendengarnya tentulah seorang yang jahil (dalam hal ini) lagi membawa
kerosakan. Sudah tentulah ketika itu si bukan Muslim bukannya hendak mengakui
kebesaran Allah, tetapi kebesaran selain Allah yang dipercayainya sebagai Allah.
DR. ASRI MENULIS:Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau
mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya
awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul?
Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya
berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini
adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.
PENJELASAN KITA:
Mustahil kita akan berkata sebagaimana kata-kata di atas. Kita yang menolak penggunaan
“Allah” untuk selain Allah oleh Kristian Trinitarian di Malaysia ini memang mustahil akan
mengatakan sebegitu.
Baiklah. Kita lihat pula bagaimana terumbang-ambingnya pendirian Asri dalam hal ini.
Apabila seseorang bukan Muslim mengatakan, “Tokong ini adalah Allah”, dia mengatakan
“Awak dusta.” Tapi apabila kaum Kristian Trinitarian di Malaysia mengatakan, “Jesus ialah
Allah” ataupun “Roh Kudus ialah Allah”, maka dia akan mengucapkan, “Alhamdulillah,
syukur.”
Perkara semudah ini takkanlah kita tidak dapat memahaminya...
Fikirlah berulang kali dengan hati yang jernih.
DR. ASRI MENULIS:
Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan
dan kesejahteraan manusia,
Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia
menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 13/38
13
pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum
Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-
banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang
menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa.
(Surah al-Hajj ayat 40).
Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah.
PENJELASAN KITA:
Hal ini juga mudah sebenarnya.
Pertama- Sila pembaca tumpukan perhatian kepada perkataan “NAMA ALLAH”. Allah ada
banyak nama. Dalam Islam saja yang masyhurnya sudah ada 99 nama-nama Allah. Para
penganut agama tauhid sejak zaman berzaman juga menyebut nama Tuhan Sebenar dengan
nama-nama menurut bahasa mereka. Bani Israil mungkin menyebut Yehowah. Orang Parsimungkin menyebutNya Ahura Mazda. Orang Nusantara mungkin menyebutNya Dewata
Mulya Raya. Pengikut Lao Tse mungkin menyebutnya Tao. Kaum Kristian Unitarian mungkin
menyebutnya Bapa. Ini semua NAMA-NAMA ALLAH mengikut bahasa kaum masing-masing.
Jadi yang disebut banyak-banyak dalam tempat-tempat pertapaan pelbagai agama, gereja
dan sinagog (rumah ibadat agama Yahudi) itu ialah “NAMA ALLAH” dalam pelbagai sebutan,
BUKANNYA mereka menyebut “Allah”.
Menyebut “NAMA ALLAH” dengan menyebut ‘ALLAH” adalah dua perkara yang berbeza.
Perbezaan ini mesti kita ingat betul-betul.
Kedua- Dalam rumah ibadah agama apa pun, ataupun di luar rumah ibadah di tempat mana
pun, jika disebut “Allah” sebanyak mana pun, asalkan sebutan “Allah” itu ditujukan kepada
Tuhan Sebenar memanglah tidak ada salahnya. Dalam ayat itu, yang disebut dalam gereja
dan sinagog ialah “NAMA ALLAH” yang bukan ditujukan kepada Jesus ataupun lain-lain.
DR. ASRI MENULIS:
Adapun berhubung dengan orang Kristian,
Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata:
“Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).
Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan
bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 14/38
14
PENJELASAN KITA:
Memang ayat ini tidak membantah orang-orang Kristian untuk menyebut “Allah”, tetapi
pada bahagian mana ayat ini yang menunjukkan Allah membenarkan mereka menyebut
“Allah” untuk dinisbahkan kepada Jesus? Cuba cari jika ada.
Sekadar sebut “Allah”, memanglah tidak ada bantahan. Tetapi kita mesti ingat, ayat ini
membantah mereka yang menyebut “Allah’ tetapi menisbahkannya kepada Triniti
termasuklah Jesus pastinya. Inilah isu yang sedang berkumandang di Malaysia hari ini.
Sebahagian kaum Kristian Trinitarian mahu menggunakan sebutan “Allah” untuk dikenakan
kepada selain Allah iaitu Jesus dan Roh Kudus. Sedangkan sesiapa yang beriktikad begitu,
ayat Al-Quran di atas mengecopnya sebagai “KAFIR”.
Kemudian kita pula hendak menyetujui lagi menyokong pula perbuatan mereka yang dicop
kafir itu, bukankah kita turut mendapat saham? Fikir-fikirkan.
Kesimpulannya, Islam membenarkan sesiapa juga menyebut “Allah” selagi tidak ada bukti
menunjukkan dia menisbahkan sebutan itu kepada selain Allah. Dan Islam menghukum
“kafir” kepada sesiapa yang menyebut “Allah” tetapi dinisbahkan kepada selain Allah.
Anda berada di pihak yang menyokong orang bukan Islam terutamanya Kristian Triniti
menyebut “Allah” untuk dinisbahkan kepada selain Alah?
DR. ASRI MENULIS:
Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam
Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum
muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini
mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang
diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan
orang salah faham terhadap agama suci ini.
PENJELASAN KITA:
Pertama- Pernahkah Dr. Asri membaca isi kandungan Bible berbahasa Arab sebelum dia
menulis artikel ini? Jika pernah baguslah. Cuma kita ingin minta kepastian, apakah “Allah’ di
dalam Bible itu ditujukan kepada Tuhan Sebenar ataupun kepada Jesus atau Roh Kudus?
Jika “Allah” itu ditujukan kepada Tuhan Sebenar, memang patutlah para ulama tidak
membantahnya. Buat apa mereka menentang perkara yang benar?
Kedua- Apakah kerana tidak pernah ada ulama membantahnya, maka perkata itu pasti
betul?
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 15/38
15
Ketiga- Kristian Arab yang dimaksudkan itu berfaham Trinity ataupun Unitary?
Keempat- Bible yang mengandungi perkataan “Allah” itu dicetak oleh kaum Trinitarian
ataupun Unitarian?
Persoalan-persoalan ini perlu diambilkira sebelum mahu menyamakan apa yang berlaku di
sana dengan di sini. Bukan main tangkap muat saja tanpa berusaha membuat sedikit
penyelidikan, terus hendak menyokong ataupun membenarkan secara melulu.
DR. ASRI MENULIS:
Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak
memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus
bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agamayang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan.
Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin
meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia
sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian
hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka
itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6).
PENJELASAN KITA:
Bagaimana umat Islam di negara ini mahu meningkatkan anti-bodi dan kekuatan diri
sekiranya maklumat-maklumat salah tentang agama yang murni ini sentiasa disebarkan oleh
pihak-pihak berkenaan? Lebih-lebih lagi jika pihak berkenaan punya pengaruh ke atas orang
ramai.
Lihat saja tafsiran ayat-ayat al-Quran yang dihidangkan oleh Dr. Asri dalam tulisannya ini.
“Musyrikin Arab” senang-senang diubahnya/ disamakannya kepada “orang-orang bukan
Islam”. Padahal kedua-duanya jauh berbeza dalam isu “Allah” ini. Apakah ini bukan satu
jenayah keagamaan?
Malangnya nasib umat Islam di negara ini, seringkali saja disogokkan dengan info-info yang
salah tetapi dikatakan sebagai info agama Islam. Berapa ribu orang sudah membaca dan
mempercayai maklumat yang salah ini.? Tidakkah kita rasa bertanggungjawab untuk
memulihkannya demi menjaga kebenaran agama murni ini?
Kata Dr. Asri: “Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal
itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan.”
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 16/38
16
Itu bukan bimbang dan takut membuta-tuli. Yang benarnya, sikap itu ialah peka. Dan peka
itu pula adalah beralaskan tapak kebenaran. Beginilah sifat Islam. Dan inti utama Islam ialah
tauhidnya. Jika perkara tauhid yang melintas, sekilas lintasan pun orang-orang Islam
sepatutnya dapat mengesan kerana pekanya mereka.
DR. ASRI MENULIS:
Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama
Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya
berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam,
tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w.
Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.
PENJELASAN KITA:Itulah berwaspada namanya. Memang boleh keliru dan tidak mustahil boleh merosakkan
akidah jika dibiarkan tanpa pemantauan.
Contohnya remaja kita pastinya keliru jika suatu hari ada ulama mengatakan memang tidak
boleh disalahkan jika orang Kristian memanggil Jesus sebagai “Allah” dan orang-orang Hindu
memanggil patung di kuil mereka sebagai “Allah”. Akhirnya mereka akan punya satu
andaian bahawa Allah itu sama saja sama ada yang kita sembah, yang berjasad manusia
seperti Jesus ataupun yang bertangan empat iaitu patung di kuil. Padahal para ulama
zaman-berzaman sentiasa berusaha membezakan anatara Allah dengan makhluk-makhluk
lain yang dipertuhankan.
Kedua- Penisbahan “Allah” di tempat yang betul ialah salah satu daripada keperluan akidah
yang sejahtera. Ia bukan satu-satunya penentu akidah, tetapi salah satu. Harap dapat
difaham.
DR. ASRI MENULIS:
Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu
sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul.
Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman
dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma
yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!
PENEJELASAN KITA:
Kita tidak pernah menolak penggunaan “Allah” oleh kaum musyrik ketika itu kerana mereka
meletakkannya di tempat yang betul.
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 17/38
17
DR. ASRI MENULIS:
Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara
Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:
QUOTE:
“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraishialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis
Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami
tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu
BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w
menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.
PENJELASAN KITA:
Sudah dijelaskan berulang kali. Kaum musyrik Mekah ketika itu memang menggunakan
“Allah” kena dengan tempatnya. Sebab itu kita tidak pernah pertikaikan merekamenggunakan “Allah”.
DR. ASRI MENULIS:
Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang
menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat
akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada
sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah
akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala
unsur syirik.
PENJELASAN KITA:
Bercakap tentang syirik, memang kita menentangnya. Sebab itu kita mengajarkan ilmu
tauhid Sifat 20 agar umat Islam tidak melakukan syirik khafi, iaitu apabila umat Islam
tersembah “Allah yang bercampur dengan makhluk” dan bukannya menyembah “Allah yang
Esa”
DR. ASRI MENULIS:
Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang
sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih
pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza
mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-
orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.
Firman Allah: (maksudnya) Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa
syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 18/38
18
(sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan
kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara
mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi
hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-
bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (Surah al-Zumar ayat 3).
PENJELASAN KITA:
Ramai? Bukan segelintir?
Jika mereka menyembah kubur orang-orang tertentu, saya pun memang menolaknya. Jadi
perkiraan kita sama.
Dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat? Bukan semua tarekat kan? Bahagian ini pun
saya bersetuju juga.
Oleh itu bahagain ini tidaklah saya panjangkan kerana kita punya pandangan yang sama.
DR. ASRI MENULIS:
Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid
rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh
dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim
memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar
mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah
kepadaNya dan sifat-sifatNya.
PENJELASAN KITA:
Orang-orang itu tidak ada kaitan dengan saya. Saya sendiri mengambil an mengajar apa
yang benar daripada pengajaran tauhid jenis itu, tetapi pada masa yang sama menolak apa
yang salah dan yang lemah daripadanya.
Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran ilmu tauhid
Sifat 20. Mereka ini juga jelas menyimpan malah menyebarkan agenda musuh-musuh
dakwah. Padahal pengajaran tauhid sedemikianlah antara yang dapat membetulkan
sembahan agar kita menyembah Allah yang Esa dan bukannya menyembah Allah yang
bercampur dengan makhluk (menyekutukan dan mensyirikkanNya).
DR. ASRI MENULIS:
Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w
telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang
datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sesi ringkas. Bahkan
mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 19/38
19
kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan
menyusahkan.
PENJELASAN KITA:
Nabi Muhammad menyebarkannya dengan agak pantas dan mudah kerana sebaran itudibuat dalam kalangan masyarakat yang memang tahu “Allah”. Antara perkara pokok
dalam sebarannya ialah:
Jangan sembah isi alam semesta/ alam makhluk ini (patung, manusia, dewa dan
kesemuanya yang makhluk) tetapi sembah Allah sahaja.
Percaya bahawa dirinya ialah utusan Tuhan.
Apabila Islam semakin meluas “big bang”nya, para pekerja agama Allah ini terpaksa
berhadapan dengan banyak kaum yang tidak tahu “Allah” seperti rata-rata penganut
agama Hindu, Buddha, Shinto, Rom, Confucious, animism dan lain-lain. Kita terpaksakenalkan Allah terlebih dahulu kepada mereka. Oleh kerana mereka tidak percaya al-Quran
dan hadis serta lain-lain sumber agama Islam, maka para genius umat ini menyusun ilmu
tauhid berasaskan akal fikiran yang waras.
Jika kita hidangkan kepada mereka al-Quran dan hadis, biasanya mereka akan menolak:
“Kalau kami percaya al-Quran dan hadis, sudah lama kami memeluk agama Islam.” Jadi
sebagai langkah penaut hati, mereka diajak berdialog dalam ruang yang mereka percaya dan
kita pun percaya juga, iaitu menggunakan hujah-hujah akal. Setelah kita berjaya meyakinkan
mereka dengan akal fikiran, barulah hati mereka tertarik untuk mengetahui isi kandungan
al-Quran dan hadith. Dari situlah hati mereka berbunga untuk memeluk agama Islam.
Begitulah strategi dakwah yang disusun oleh para imam ilmu tauhid.
Berkesankah kita hendak menarik orang bukan Islam supaya memeluk agama Islam dengan
menggunakan ilmu tauhid uluhiyyah, rubbubiyyah dan asma wa sifat? Apa hujah yang
hendak kita berikan kepada mereka? Al-Quran dan hadis mereka memang tidak percaya.
Bukankah akhirnya kita akan menggunakan hujah akal juga? Bukankah hujah akal itu tidak
tersusun lalu para ulama yang genius menyusunnya menjadi ilmu tauhid Sifat 20?
Jangan disamakan akal dengan logik 100%. Manusia yang benar menggunakan akal, bukan
logik semata-mata. Sebab itu kita lihat, walau agama apa pun manusia ini, mereka biasanya
akan makan daging ayam dan bukannya daging kucing. Mengapa? Kerana mereka
menggunakan akal. Mengikut logik, tentulah kucing peliharaan lebih bersih luar dalamnya
untuk dinikmati berbanding ayam yang makan kotoran.
Biasalah, seseorang yang tidak ada kemampuan untuk memahami sesuatu ilmu akan
menghukum ilmu itu sebagai susah. Pelajar yang gagal menguasai ilmu Matematik akan
menghukum pelajaran Matematik memeningkan kepala dan menyusahkan. Tetapi bagi
mereka yang berjaya menguasainya, mereka jadi pecinta Matematik.
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 20/38
20
Begitulah juga situasinya dalam pembelajaran ilmu tauhid Sifat 20 ini. Hal ini bukanlah
sesuatu yang ganjil, yang perlu dibuat-buat terkejut.
DR. ASRI MENULIS:
Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan
bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran.
Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok
tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut
agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan
seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?
PENJELASAN:Orang universiti mana? Banyak juga pelajar universiti yang belajar ilmu ini dan faham.
Apakah kegagalan murid memahami sesuatu pelajaran membuktikan pelajaran itu perlu
dihapuskan? Hukum jenis apa ini?
Sangat besar bezanya jika kita memahami perkara tersebut. Orang-orang yang tidak belajar
dan memahami ilmu ini memanglah tidak nampak perbezaannya.
Ilmu Tauhid mengajar Tuhan itu kekal. Ada penganut agama Hindu yang juga mengatakan
Tuhan itu kekal. Tetapi kekal kita dengan kekal mereka tidak sama. Kekal kita dengan
maksud Tuhan itu langsung tidak pernah ataupun akan berubah. Sebagaimana zatNya
dahulu, sebgitulah sekarang dan akan datang. Padahal dalam agama Hindu, Tuhan sudah
mengalami perubahan daripada Brahma kepada Vishnu dan Siva. Dalam agama Kristian pun
ada perubahan iaitu daripada janin ke bayi kekanak-kanak dan ke dewasa. Kan berubah tu?
Kita kata Tuhan melihat. Kristian juga kata Tuhan melihat. Tetapi melihat kita tidak sama
dengan melihat mereka. Pada kita, Tuhan sentiasa melihat segala perkara. Namun dalam
Bible, Tuhan pernah berjalan-jalan di dalam syurga dan tercari-cari Nabi Adam dan isterinya,
dan Tuhan siap bertanya pula (lebih kurang), “Oi Adam, engkau menyorok di mana?”
Kemudian apabila ilmu tauhid mengatakan “Tuhan ada”, maksudnya sentiasa ada dalam
keadaanNya sebagaimana sejak azali tanpa berlaku sebarang perubahan. Tetapi sebahagian
penganut agama Kristian percaya Tuhan mereka pernah mati 3 hari 3 malam! “Adanya
Tuhan” pada Islam dengan “adanya Tuhan” pada Kristian itu kan tidak sama? Bagaimana Dr.
Asri boleh mengatakan tidak ada beza?
Begitulah, orang yang celik akan nampak perbezaan yang jauh menjurang manakala orang
yang buta akan menganggap tidak ada apa-apa perbezaan.
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 21/38
21
Orang yang menyelam ke dasar lautan dan mendapatkan sendiri mutiara pasti akan
menyatakan betapa berbezanya mutiara dengan batu-batu di jalan. Tetapi orang yang tidak
pernah melihat mutiara dan tidak mahu pula menyelam mencarinya, mungkin akan
mengatakan tiada berbeza. Untuk itu, pelajarilah terlebih dahulu Ilmu Tauhid Sifat 20
sehingga faham, jangan sekadar mempercayai kata-kata mereka yang memusuhinya.
DR. ASRI MENULIS:
Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar.
Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-
Ikhlas yang ringkas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam,
sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya
akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran
Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah
al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak
dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.
PENJELASAN KITA:
Jika benarlah pemahaman tentang akidah dan tauhid anti-syirik boleh diselesaikan sekadar
dengan surah al-Ikhlas, Allah Taala tak akan menurunkan ayat-ayat lain tentang akidah
dalam al-Quran. Allah tak akan melakukan kerja yang sia-sia. Maha Suci Allah daripada
melakukan sesuatu yang sia-sia.
DR. ASRI MENULIS:
Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian?
Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan
ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah?
Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat
membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak
lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak
kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan
berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga
pengajarnya perlu dibetulkan.
PENJELASAN KITA:
Dalam isu ini, antara perkara pokok perjuangan kita ialah memelihara kesucian sebutan
“Allah” itu agar tidak dicemari. Nama Tuhan Sebenar iaitu “Allah’ akan tercemar jika kita
memberi keizinan membabi-buta kepada bukan Islam untuk menisbahkannya kepada
sembahan mereka. Mesti ada syarat-syaratnya dan syarat utama ialah “Allah’ tidak
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 22/38
22
mereka gunakan untuk selain Allah. Jika syarat ini mereka persetuju dan kita ada
kemampuan untuk memantaunya, kita tidak ada masalah langsung untuk membenarkan
sesiapa sahaja menggunakan “Allah”.
Bayangkan seandainya di dahi patung besar Batu Caves ditulis “Alif lam lam ha”. Apakahkita akan mengucapkan “Alahamdulillah, syukur” sambil tersenyum kegembiraan? Hendak
dilarang sudah tidak boleh kerana kita sudah membenarkan mereka menyebut Tuhan
mereka sebagai Allah!
Ada yang menganggap lembu itu Tuhan. Suatu hari kita melihat lukisan lembu di dinding
bangunan lalu ditulis “Allah”. Apakah Tuhan menyuruh kita bersyukur?
DR. ASRI MENULIS:Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah
yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua
bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba
mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan
akidah generasi kita dapat dipertahankan.
PENJELASAN KITA:
Bagaimana akidah orang awam boleh kukuh sedangkan akidah orang atasan pun ada yang
goyah teruk? Jika tidak, masakan boleh bersetuju kaum Kristian Triniti menggunakan “Allah”
untuk Tuhan mereka? Betul tidak?
Maka orang atasan seperti inilah yang terlebih dahulu mesti dibetulkan atau membetulkan
akidah mereka. Hulu sungainya sudah keruh, bagaimana mahu jernih di hilir?
DR. ASRI MENULIS:
Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya
berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala
peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih
takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan
ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari
ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.
PENJELASAN KITA:
Mungkin Dr. Asri tersilap taip. Tumpukan pada perkataan “HANYA”. Mana buktinya umat
Islam di Malaysia hari ini terus “hidup” HANYA dengan berbekalkan oksigen dari saluran
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 23/38
23
undang-undang? Ayat yang benar sepatutnya berbunyi: “Sehingga bilakah kita akan mampu
terus hidup dengan BANYAK bergantung kepada oksigen dari saluran undang-undang.”
Jauh perbezaannya tu.
DR. ASRI MENULIS:Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda
besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi
kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.
PENJELASAN:
Di sini Asri sudah salah faham ataupun gagal memaham. Perjuangan kita bukannya berjuang
merebut nama Allah ataupun sebutan “Allah”, tetapi kita memperjuangkan agar sebutan
“Allah” kena dengan tempatnya walau siapapun (Muslim ataupun bukan) yang
menggunakannya. Perhatikan jurang besar antara kedua-dua perkara ini.
Kita tidak pernah kata Allah itu Tuhan orang-orang Islam saja. Pada hakikatnya, Allah ialah
Tuhan kepada seluruh alam dan penghuninya. Tetapi dari segi praktiknya, sebutan “Allah”
mahu salahgunakan oleh orang-orang tertentu untuk dinisbahkan kepada selain Allah. Hal
inilah yang setiap orang beriman mesti berjuang menidakkannya, bukan menyokongnya
pula.
"BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW"
Abu Zulfiqar
Lokasi artikel “ http://alexanderwathern.blogspot.com/2009/05/menjawab-dr-asri-isu-
allah.html
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 24/38
24
KRISTIAN MALAYSIA MASIH MAHU GUNA NAMA ALLAH?
Abu Zulfiqar
16 Mei 2013
PERSOALAN : Assalamualaikum. Ustaz, artikel ni saya ambil dari themalaysianinsider.
Mohon semakan ustaz dan pencerahan..untuk kebaikan umat Islam. Terima kasih.
(Tajuk artikel itu ialah ) Bila, mengapa dan bagaimana Kristian menggunakan kata ‘Allah’ —
Persekutuan Kristian Malaysia.
(Artikel penuh saya letakkan di bawah sekali nanti)
PENJELASAN : (Artikel itu mempertikaikan ketidakbolehan penganut agama Kristian menggunakan kalimah
“Allah”)
Sebenarnya sesiapapun boleh menggunakan kalimah “Allah” asalkan ia ditujukan kepada
Tuhan sebenar, iaitu satu-satunya Tuhan. Tuhan ini sudah sedia ada sebelum mana-mana
makhluk (termasuklah Jesus, darah, daging, tulang dan seluruh alam) diciptakan-Nya. Tetapi
jika kalimah “Allah” mahu ditujukan kepada selain Tuhan seperti kepada Jesus, Roh Kudus,
Maria, Buddha, malaikat, dewa-dewi, Betara Guru, Saraswati, manusia (termasuk Jesus), jin,
benda dan sebagainya, maka tentulah tidak boleh.
Memang orang-orang Arab sebelum zaman Nabi Muhammad lagi sudah menyebut
“Allah”, tetapi mereka tidak pernah menujukannya kepada mana-mana berhala, manusia
(termasuklah Jesus), jin, dewa-dewi ataupun mana-mana makhluk, tetapi kepada satu-
satunya Tuhan, iaitu Dia yang sudah sedia ada sejak sebelum mana-mana makhluk wujud.
Orang-orang Arab itu memang tahu akan Allah tetapi mereka turut menyembah selain Allah.
Sebab itulah mereka disebut sebagai orang-orang yang menyekutukan Allah,
mensyirikkan Allah, musyrikin dan sebagainya.
Penyelesaian masalah ini sangat mudah. Orang Islam menggunakan nama bagi Tuhan iaitu
“Allah” yang diambil terus daripada kitab suci agama Islam dalam bahasa asalnya iaitu
bahasa Arab. Tidak perlu meminjam nama bagi Tuhan daripada mana-mana bahasa,
termasuklah daripada bahasa Melayu atau mana-mana bahasa Nusantara. Dalam kitab suci
agama Islam, nama bagi Tuhan disebut “Allah”, maka orang Islam di seluruh dunia termasuk
di Nusantara terus guna kalimah “Allah” sebagai nama kepada Tuhan yang Satu itu.
Langsung tidak ada sebarang kekecohan.
Sepatutnya penganut agama Kristian juga begitu. Mereka mestilah terus menggunakan
nama bagi Tuhan mereka yang disebut dalam kitab suci mereka iaitu dalam bahasa
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 25/38
25
asalnya, bukannya nama kepada Tuhan yang dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa
Arab, bahasa Iban, bahasa Kadazan atau bahasa-bahasa lain. Jika nama bagi Tuhan itu ialah
Yehovah (sekadar contoh), maka terus gunakan sahajalah “Yehovah” sebagai nama kepada
Tuhan yang mereka sembah, walau isi kandungan Bible itu diterjemah ke bahaas apa
sekalipun. Jika namanya “Richard” (sekadar contoh), terus gunakan “Richard”. Kenapamahu ditukar-tukar dan dipinjam-pinjam? Kan mudah? Tamat cerita.
Masalah ini timbul apabila penganut agama Kristian tidak mahu menggunakan nama bagi
Tuhan yang disebutkan dalam kitab suci mereka. Entah mengapa jadi begitu. Adakah
kerana malu? Adakah kerana tidak tahu nama Tuhan dalam bahasa asal kitab suci mereka?
Adakah kerana Tuhan mereka tidak ada nama? Adakah kerana ada tujuan-tujuan tertentu?
Atau yang lain-lain?
Secara peribadi, saya selalu berbual-bual dengan penganut agama Kristian. Kebanyakanmereka tidak tahu pun nama kepada Lord, nama kepada God, nama kepada Tuhan mereka.
Anda boleh tanyakan : “Sebelum Tuhan turun sebagai Jesus, siapakah nama-Nya?”
Sepatutnya penganut agama Kristian mestilah berbangga dengan kitab suci mereka dan
bahasa asalnya termasuklah kalimah yang berupa nama kepada Tuhan.
Kata artikel itu : “Walau bagaimanapun, lebih 60 peratus daripada Kristian di Malaysia
hanya bercakap dalam Bahasa Malaysia, dan perkataan yang digunakan untuk Tuhan di
dalam kitab Bahasa Malaysia (Al-Kitab) sejak terjemahan pada tahun 1731, adalah “Allah”.
Kata ini digunakan oleh Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantara mereka terutama di Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, dan
masyarakat Baba di Melaka.”
Zaman dulu orang-orang Islam Nusanatara umumnya belum mengkaji Alkitab /Bible.
Alkitab hanya dibaca oleh orang-orang Kristian. Oleh itu apa sahaja kesalahan dan
kekeliruan yang ada dalam Alkitab tidak diketahui oleh orang-orang Islam. Orang-orang
Islam pun tidak mahu tahu malah sebahagiannya takut pun untuk membaca Alkitab. Maka
berlalulah zaman itu buat beberapa lama.
Namun apabila zaman berubah, orang-orang Islam Nusantara sudah mula memahirkan diri
dalam ilmu perbandingan agama. Dari situ orang Islam mula meneliti Alkitab dan kitab-kitab
suci agama lain. Barulah ketika itu perkara-perkara yang tidak kena dalam Alkitab/Bible
ditemui secara jelas oleh orang-orang Islam Nusantara. Sebab itulah baru sekarang isu ini
timbul (hendak kata sekarang pun tidak juga, kerana isu ini sudah saya lontarkan dalam
forum-forum di internet sejak tahun 1999).
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 26/38
26
Kalimah “Allah” ialah kalimah Arab, bukan kalimah Melayu, bukan kalimah orang
Nusantara. Jika benar penganut Kristian di Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak
mahu gunakan kalimah tempatan/kalimah Bumiputera/kalimah warisan, mengapa tidak
sahaja menggunakan kalimah “Aki Kopuno” dan “Kinorohingan”? Bukankah itu gelaran
kepada Tuhan menurut ramai orang-orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak zamanberzaman sebelum zaman kedatangan Kristian lagi? Mengapa hendak juga menggunakan
nama Tuhan yang disebut dalam kitab suci orang-orang Islam?
Kata artikel itu lagi : “Kata “Allah” adalah istilah yang digunakan bagi Tuhan yang tertinggi
di antara tuhan-tuhan, sebelum wahyu Islam. The Shorter Encyclopedia of Islam, ed. H.A.R.
Gibb & J. H. Kramer dan The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, ed. John L.
Esposito, menyokong dan mengesahkan pernyataan ini.”
Pada zaman itu Tuhan sebenar iaitu Allah sudah dihinakan oleh orang-orang Arab jahiliyyah.
Mereka anggap Tuhan ada banyak, ada yang tinggi dan ada yang lebih rendah. Padahal
sebelum itu mereka datuk nenek mereka percaya hanya ada satu Tuhan, tak ada istilah
Tuhan tinggi Tuhan rendah Tuhan besar Tuhan kecil. Itulah yang asalnya.
Apabila Islam datang, Islam berperanan membetulkan semula pemahaman tentang jawatan
Tuhan, dan Islam telah berjaya. Bagi Islam, Tuhan hanya ada satu, iaitu yang sudah sedia ada
sejak sebelum mana-mana makhluk diciptakan, dan nama Tuhan itu ialah “Allah”. Sebab itu
kalimah terpenting dalam agama Islam ialah “Laa Ilaahaillallaah” (Tidak ada ILAH/Tuhan
selain ALLAH). “Ilah/Tuhan” ialah jawatan, sedangkan “Allah” ialah nama kepada
pemegang jawatan itu. Hanya Allah sahaja yang memegang jawatan Ilah/Tuhan, tetapi
orang-orang zaman jahililiyyah itu sudah membahagi-bahagikan jawatan Ilah itu kepada
selain Allah iaitu seperti kepada berhala, dewa-dewi, jin, tokoh-tokoh dan sebagainya.
Selepas berjaya, Islam tak akan membenarkan mana-mana pihak cuba menghina Allah lagi.
Jika ada pihak mahu meletakkan kalimah “Allah” kepada Jesus (yang orang Arab pun tidak
berbuat demikian), Islam pasti akan menghalang. Tidak ada orang-orang terdahulu yang
menggunakan kalimah “Allah” kepada kepada selain Tuhan Yang Satu. Berhala-berhala Al-
Lata, Al-Uzza, Manat dan lain-lain tidak pernah mereka sebut sebagai Allah.
Pada asalnya istilah Allah hanya untuk satu-satunya Tuhan sebenar. Kemudiannya orang-
orang jahiliyyah mula mencipta tuhan-tuhan lain lalu mengatakan Allah Tuhan Tertinggi,
sedangkan yang lain-lain pun Tuhan tetapi lebih rendah (walaupun yang lain-lain itu bukan
Allah). Islam datang untuk membetulkan semula hal ini kerana yang sebenarnya hanya ada
satu Tuhan.
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 27/38
27
Artikel itu mendakwa : “Kata “Allah” adalah istilah yang digunakan bagi Tuhan yang
tertinggi di antara tuhan-tuhan, sebelum wahyu Islam. The Shorter Encyclopedia of Islam,
ed. H.A.R. Gibb & J. H. Kramer dan The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, ed.
John L. Esposito, menyokong dan mengesahkan pernyataan ini.”
Kajian yang dibuat oleh orang-orang yang disebutkan dalam artikel itu ialah kajian sekerat
jalan. Cerita mereka bermula pada zaman manusia khsusunya Arab Jahiliyyah sudah cipta
banyak Tuhan, ketika mereka sudah menyembah banyak Tuhan. Kenapa para penulis itu
tidak mahu memulakan kenyataan mereka ketika zaman sebelum itu, iaitu ketika manusia
percaya hanya ada satu Tuhan iaitu Allah? Kita boleh faham permainannya di sini.
Dakwa artikel itu : “Penterjemahan Al -Kitab bukan menterjemah dari Bahasa Inggeris tetapi
berdasarkan teks-teks dari Al-Kitab Ibrani dan teks Yunani. Dalam Bahasa Ibrani, kata“Allah” mempunyai bentuk akar yang sama seperti Bahasa Arab. Jadi, apabila kata “Allah”
pertama kali diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, para penterjemah sebenarnya
mengikut penggunaan Bahasa Arab Kristian dan mengekalkan perkataan “Allah”.
Katanya menterjemah dari Bible Ibrani dan Yunani, mengapa pula guna bahasa Arab? Terus
sahajalah guna apa kalimah untuk nama Tuhan yang disebut dalam bahasa Ibrani atau
Yunani itu. Mengapa hanya nama Tuhan yang diterjemahkan menggunakan bahasa Arab
sedangkan kalimah-kalimah lain terutamanya nama Yesus tidak pula menggunakan
bahasa Arab? Kan kita boleh nampak permainannya di sini?
Dakwanya lagi : “Dalam Bahasa Melayu, “Allah” bermakna “Tuhan” dan “Tuhan” bermaksud
“Lord”.
Ini satu pembohongan. Dalam bahasa Melayu Malaysia, kalimah “Allah” ialah nama kepada
Tuhan, sedangkan kalimah “Tuhan” ialah jawatan kepada Allah.
Contoh : Tun Mahathir ialah nama kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri pula ialah
jawatan kepada Tun Mahathir. Antara jawatan dengan nama orang yang memegang
jawatan ialah dua perkara berbeza. Dalam bahasa Melayu, “Allah” tidak pernah bermakna
“Tuhan” dan “Tuhan” tidak pernah bermakna “Allah”. Nama seseorang dengan jawatan
seseorang ialah dua perkara yang berlainan.
Dari abad ke-16 hingga ke-20 orang Islam Nusantara belum membaca Alkitab dan belum
berusaha membongkar kesalahan-kesalahan di dalamnya. Apabila umat Islam sudah berjaya
membongkar kesalahan-kesalahan itu, maka umat Islam tidak akan berdiam diri dengan
membiarkan sahaja “Allah” diterjemahkan sebagai God. God itu jawatan, bukan nama
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 28/38
28
kepada Tuhan. Sedangkan Allah ialah nama kepada Tuhan, bukan jawatannya. Apabila
penulis-penulis Alkitab menterjemahkan “God” (iaitu jawatan Tuhan) sebagai “Allah” (iaitu
nama kepada Tuhan), maka berlakulah kesalahan bahasa yang akhirnya mengelirukan
manusia. Sepatutnya kalimah “God” (iaitu jawatan) diterjemahkan sebagai “Tuhan” (yang
juga jawatan).
Dakwa pemulis artikel itu lagi : “Ini sangat jelas melalui satu contoh sahaja. Di dalam
Yesaya, Bab 41 dan Ayat 13; 43:3 dan 51:51. “For I am the LORD, your GOD...”
diterjemahkan sebagai “Akulah Tuhan, Allah kamu...”(ALKITAB: Berita Baik. 2001. Edisi
Kedua. Terbitan The Bible Society of Malaysia).”
Disinilah kesilapannya. Perkataan GOD (iaitu satu jawatan) cuba digantikan dengan
perkataan ALLAH (iaitu satu nama, bukannya satu jawatan). Padahal kedua-dua perkataandalam ayat itu iaitu LORD dan GOD ialah jawatan, bukannya nama. Kesilapan yang sudah
lama berlaku ini dan sengaja dibiarkan terus silap tidak boleh dibiarkan, lebih-lebih lagi di
negara Malaysia ini.
Sepatutnya ayat itu diterjemahkan sebagai : “Sebab Aku ini TUAN, (iaitu) TUHANMU.”
Selain itu, kita juga ingin bertanya kepada orang-orang Kristian yang memperjuangkan isu
ini, siapakah nama kepada Tuhan menurut Bible? (Bertanya bukan bermaksud tidak tahu,
tetapi mahu membuatkan mereka berfikir dan berulah kemudiannya memberikan jawapan).
Perkataan Allah jelas ada dalam Quran tapi tidak pernah ada dalam Bible. Jadi kalimah
“Allah” tidak ada kaitan dengan agama Kristian. Yang berkait dengan agama Kristian ialah
kalimah Yehovah, Yahweh, El, Elohim, Eloah dan seumpamanya. Barulah ia bersesuaian
dengan Perkara 11(1) dan 11(5). Sila gunakan kalimah asal untuk nama kepada Tuhan
Kristian yang ada dalam kitab Bible yang asal. Dengan itu tidak ada sesiapapun yang akan
mengganggu penganut agama Kristian. Berbanggalah dengan bahasa asal kitab suci
Kristian. Gunakanlah nama untuk Tuhan sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab suci
kalian, maka kita tidak perlu saling berbalah lagi.
Jalan penyelesaiannya mudah, terpulang kepada kalian.
Tapi jika masih mahu menggunakan nama “Allah”, sila baca sebuah artikel lama saya ini :
“ANTARA SYARAT PENGGUNAAN NAMA "ALLAH" OLEH BUKAN MUSLIM”
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 29/38
29
ANTARA SYARAT PENGGUNAAN NAMA "ALLAH" OLEH BUKAN MUSLIM
Abu Zulfiqar (9 Januari 2013)
Saranan saya, sekiranya orang bukan Islam terutamanya penganut Kristian mahu
menggunakan “Allah” dalam Bible/Alkitab dan lain-lain, pada muka surat awal setiapBible/Alkitab itu mestilah dituliskan dengan jelas akan perkara di bawah (sekadar satu
contoh ringkas). Hal ini akan dapat mengelakkan mereka daripada sengaja/tak sengaja
menyalahgunakan “Allah”.
“Allah” yang dimaksudkan dalam kitab Bible/Alkitab ini mempunyai ciri -ciri berikut :
1. Allah ada, sentiasa ada, tidak pernah tidak ada. Apa atau sesiapa sahaja yang pernah
tidak ada, sedang tidak ada, atau akan tidak ada, bukanlah Allah.
2. Allah sudah sedia ada sejak awal, sejak azali, sebelum mana-mana makhluk diciptakan
termasuklah Jesus, Nabi Isa, malaikat Jibril, malaikat Gabriel, tempat, arah, sempadan,
batas, tepi, warna, cerah, gelap, langit, bumi, ‘arasy, naik, turun dan sebagainya. Malahan
Allahlah yang menciptakan itu semua. Oleh itu Allah tidak pernah walau sekejap
dipengaruhi oleh tempat, langit, ruang, posisi, warna, arah, rupa, daging, darah atau apa-
apa makhluk pun. Apa atau sesiapa sahaja yang pernah terpengaruh dengan mana-mana
satu sahaja daripada semua itu walaupun sesaat atau kurang, bukanlah Allah. Apa atau
siapa sahaja yang lebih muda daripada Allah, wujud kemudian daripada Allah, bukanlah
Allah tetapi makhluk ciptaan Allah.
3. Allah tidak pernah berubah. Zat Allah tidak pernah mengalami sebarang perubahan. Apa
sahaja yang mengalami perubahan ialah makhluk, bukan Allah. Contoh perubahannya ialah
seperti kecil besar, tua muda, kuat lemah dan sebagainya.
4. Allah dan makhluk saling bertentangan. Zat Allah langsung tidak pernah sama dengan zat
makhluk, zat makhluk langsung tidak pernah sama dengan Zat Allah.
5. Allah sentiasa berkuasa, tidak pernah lemah. Apa sahaja yang pernah mengalami
kelemahan, kekalahan, ketuaan, kelupaan, kecuaian dan sebagainya bukanlah Allah tetapi
makhluk.
6. Allah ialah Tuhan kepada seluruh makhluk, tetapi bukan seluruh makhluk berTuhankan
Dia, berIlahkan Dia. Ada juga makhluk yang berTuhankan manusia, malaikat, dewa-dewi,
berhala, iblis, syaitan, alam semesta, fikiran sendiri dan sebagainya.
7. Allah sentiasa tahu, tidak pernah tidak tahu. Allah mengetahui segala-galanya. Allah
sudah sedia tahu apa sahaja yang akan berlaku. Apa atau siapa sahaja yang pernah tidak
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 30/38
30
tahu walau sekali, ia/dia bukan Allah tetapi makhluk yang diciptakan oleh Allah.
8. Allah tidak boleh diperintah-perintah, kerana hanya Dia yang memerintah. Apa sahaja
yang boleh diperintah dan menurut perintah walau sekali, bukanlah Allah tetapi makhluk
ciptaan Allah.
9. Tidak ada suatu apa pun yang setara/setanding/sebanding dengan Allah.
10. Allah tidak boleh digambarkan oleh fikiran makhluk, kerana Dia sangat hebat
sehinggakan ZatNya tidak boleh tercapai oleh akal fikiran manusia dan lain-lain makhluk.
Apa atau siapa sahaja yang boleh digambarkan oleh fikiran makhluk, apatah lagi jika boleh
dilihat oleh makhluk, bukanlah Allah tetapi makhluk ciptaan Allah.
11. Allah bukan Jesus, bukan Ruh Kudus, bukan Maryam, bukan mana-mana malaikat danbukan mana-mana makhluk. Jesus, Ruh Kudus, Maryam, para malaikat dan mana-mana
makhluk juga bukanlah Allah.
Sekiranya ada pada mana-mana tempat, walaupun satu tempat dalam kitab Bible/Alkitab
ini yang menunjukkan “Allah” tidak mempunyai w alau satu sahaja daripada ciri-ciri di atas,
maka Bible/Alkitab ini sudah menyelewengkan penggunaan nama “Allah”. Oleh itu
Bible/Alkitab ini hendaklah dirampas, dimusnahkan, diharamkan, dilarang pengedarannya
oleh pihak berkuasa, dan pihak-pihak yang terlibat dalam penghasilan Bible/Alkitab ini mesti
dikenakan tindakan yang sesuai oleh pihak berkuasa.
Saya yakin, jika peraturan sebegini dikenakan, para penganut agama Kristian itu tidak akan
berani pun meletakkan “Allah” dalam Bible/Alkitab mereka, kerana secara automatik ia
akan membatalkan ajaran Triniti dan melemahkan ajaran Unitari, serta mengukuhkan
kebenaran agama Islam, iaitu sesuatu yang sangat-sangat mereka takuti.
Kesimpulannya, bolehkah dan bersetujukah kita jika orang-orang bukan
Islam menggunakan “Allah”?
Jawapannya, boleh dan setuju sekiranya sebutan “Allah” itu diletakkan di
tempat yang tepat, sesuai dan selayak dengan-Nya. Dan tidak boleh dan
tidak setuju sekiranya nama “Allah” itu diletakkan/digunakan pada tempat
yang tidak tepat, tidak sesuai dan tidak selayak dengan-Nya.
Bible/Alkitab sebuah kitab yang tebal. Ia terdiri daripada Perjanjian Lama (Old Testament)
dan Perjanjian Baru (New Testament). Setiap satunya terdiri daripada banyak kitab-kitab
kecil.
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 31/38
31
Dalam banyak-banyak kitab kecil yang berada dalam Perjanjian Baru (New Testament),
terdapat 4 kitab yang dinamakan Injil (Gospel).
Saranan saya, sekiranya mereka mahu menggunakan nama “Allah” dalam Bible/Alkitab,kemasukan sebutan “Allah” itu mestilah dibuat secara berperingkat -peringkat, sedikit demi
sedikit, bukannya dimasukkan dan dicetak terus dalam keseluruhan kitab Bible/Alkitab. Hal
ini supaya pihak pemerintah, para ulama dan orang-orang Islam yang berkeahlian dalam
ilmu agama-agama dan ilmu perbandingan agama membuat semakan sama ada betul
ataupun tidak letak kedudukan nama “Allah” dalam Bible/Alkitab itu. Apabila sudah
disahkan betul, maka barulah bahagian itu boleh dicetak, disebar dan digunakan oleh orang
bukan Islam.
Contoh – Terjemahkan terlebih dahulu hanya 1 Gospel iaitu Gospel Matthew/Matius dandimasukkan nama “Allah”. Setelah siap, pihak -pihak yang disebutkan tadi akan membuat
semakan. Sekiranya betul penggunaan nama Allah di dalamnya, barulah diluluskan.
Sekiranya tidak betul, hendaklah dibuat pembetulan dan semakan semula. Begitulah
seterusnya.
Dengan langkah-langkah yang disebutkan, nama “Allah” tidak akan disalahgunakan, insya-
Allah. Malahan, sebahagian orang bukan Islam pula yang akan terdorong untuk mengakui
kebenaran agama Islam. Wallahua’lam. Tamat artikel lama.
Lokasi artikel : http://alamsyari.forumms.net/t336-isu-penggunaan-nama-allah-himpunan-artikel-
abu-zulfiqar
Artikel yang kita jawab ini ialah :
Bila, mengapa dan bagaimana Kristian menggunakan kata ‘Allah’ — Persekutuan Kristian
Malaysia
16 MEI — Tujuan dokumen ini adalah untuk menjelaskan secara ringkas kepada orang-orang Kristian
yang tidak faham bila, kenapa dan bagaimana Gereja-gereja di Malaysia menggunakan kata
“Allah”. Ia juga untuk orang Kristian yang keliru tentang bagaimana harus bertindak apabila
berhadapan dengan orang bukan Islam yang jahil tentang penggunaan kata “Allah” dalam agama
Kristian.
Terdapat banyak (tidak tepat) kenyataan bukan Kristian yang mendakwa bahawa kita tidak boleh
menggunakan kata “Allah” kerana ia adalah istilah eksklusif untuk agama Islam yang merujuk
kepada Tuhan Islam dan hanya boleh digunakan oleh orang Islam. Ia merupakan masalah pelik di
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 32/38
32
Malaysia kerana di negara-negara Islam yang lain, di negara Arab penganut Kristian berbahasa Arab
menggunakan kata “Allah”.
Umat Kristian sendiri kadang-kadang jahil kecuali jika kita berdoa dalam Bahasa Malaysia, kita
berdoa kepada “Allah” dalam bahasa kita sendiri. Sebagai contoh, dalam Bahasa Inggeris, kita tidak
menggunakan kata “Allah”.
Walau bagaimanapun, lebih 60 peratus daripada Kristian di Malaysia hanya bercakap dalam Bahasa
Malaysia, dan perkataan yang digunakan untuk Tuhan di dalam kitab Bahasa Malaysia (Al-Kitab)
sejak terjemahan pada tahun 1731, adalah “Allah”. Kata ini digunakan oleh Bumiputera Kristian
yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantara mereka terutama di Sabah,
Sarawak, Semenanjung Malaysia, dan masyarakat Baba di Melaka
Sejarah Makna dan Penggunaan
1. Kata “Allah” adalah istilah yang digunakan bagi Tuhan yang tertinggi di antara tuhan-tuhan,
sebelum wahyu Islam. The Shorter Encyclopedia of Islam, ed. H.A.R. Gibb & J. H. Kramer dan TheOxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, ed. John L. Esposito, menyokong dan
mengesahkan pernyataan ini.
2. Dari segi sejarah, penganut Kristian berbahasa Melayu di Asia Tenggara telah menggunakan
“Allah” untuk merujuk kepada Tuhan. Buktinya adalah seperti berikut:
• Wujudnya Kitab salat as sawai atau Katekismus Kristian di dalam Bahasa Melayu telah ditulis pada
tahun 1514 dan diterbitkan sekitar 1545,
• Telah ada versi cetakan Injil Matius di dalam Bahasa Melayu oleh A.C. Ruyl pada tahun 1629, 2
• Kamus Melayu-Latin telah dicetak di Roma pada tahun 1631 (Dictionarium The Malaicum-Latinum
dan Latinum — Malaicum)
• Terjemahan Kitab Kejadian oleh D. Brouwerius (1662),
• Terjemahan M. Leijdecker (1733),
• Terjemahan H.C. Klinkert (1879),
• Terjemahan W.A. Bode (1938), dan
• Pada tahun 1731-1733, telah wujud Al-Kitab Bahasa Melayu lengkap mengandungi kata “Allah”
iaitu terjemahan untuk “God”.
3. Oleh itu, sejak awal lagi, kata “Allah” telah digunakan dalam liturgi, doa-doa dan ibadat orang-
orang Kristian yang bertutur dalam Bahasa Malaysia. Tetapi selama berabad-abad itu, tidak ada
bantahan atau kegemparan mengenai penggunaan kata “Allah”.
Bahasa
Bantahan terhadap penggunaan kata “Allah” kebanyakannya berpunca dari wacana politik, atau di
kalangan mereka yang membantah dengan tuduhan bahawa penterjemahan dan penggunaan kata
“Allah” baru sahaja berlaku. Ini tidak benar kerana sebab-sebab berikut:
1. Dalam bahasa-bahasa Semitik, kata “Allah” telah digunakan secara meluas di Timur Tengah sejak
abad ke-5 SM, sehingga masa perkembangan Islam dan penyebaran Bahasa Arab pada abad ke-7 M.
2. Penterjemahan Al-Kitab bukan menterjemah dari Bahasa Inggeris tetapi berdasarkan teks-teks
dari Al-Kitab Ibrani dan teks Yunani. Dalam Bahasa Ibrani, kata “Allah” mempunyai bentuk akar yang
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 33/38
33
sama seperti Bahasa Arab. Jadi, apabila kata “Allah” pertama kali diterjemahkan ke dalam Bahasa
Malaysia, para penterjemah sebenarnya mengikut penggunaan Bahasa Arab Kristian dan
mengekalkan perkataan “Allah”.
3. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kata “Allah” digunakan sebelum kedatangan Islam. Ia bukan
ciptaan umat Islam dan kewujudannya tidak bermula di dalam Al-Quran.
Haruskah Kristian Menggantikan kata “Allah” dengan “Tuhan”?
Ini tidak mungkin atas sebab-sebab berikut:
1. Dalam Bahasa Melayu, “Allah” bermakna “Tuhan” dan “Tuhan” bermaksud “Lord”. Ini jelas
apabila kita membaca Al-Kitab, “Allah” dan “Tuhan” digunakan di dalam Al -Kitab, dan kedua-duanya
mempunyai konotasi yang berbeza. Oleh itu “Allah” tidak boleh digantikan dengan “Tuhan”.
2. Kata Tuhan telah digunakan untuk Yesus Kristus iaitu Tuhan Yesus. Sekiranya Kristian
menggantikan kata “Allah” untuk Tuhan, ia menimbulkan banyak kekeliruan dan tidak keruan yang
merujuk kepada Tuhan dan Yesus kerana:
• Makna “Allah” dan Tuhan adalah berbeza. • Ini sangat jelas melalui satu contoh sahaja. Di dalam Yesaya, Bab 41 dan Ayat 13; 43:3 dan 51:51.
“For I am the LORD, your GOD...” diterjemahkan sebagai “Akulah Tuhan, Allah kamu...”(ALKITAB:
Berita Baik. 2001. Edisi Kedua. Terbitan The Bible Society of Malaysia).
• Ia akan mewujudk an situasi tidak masuk akal jika orang Kristian perlu menterjemahkan frasa
alkitabiah “Lord God” sebagai Tuhan Tuhan. Pengulangan kata Tuhan Tuhan menunjukkan jamak di
dalam Bahasa Malaysia, ia seolah-olah memperlihatkan bahawa agama Kristian percaya akan
banyak tuhan, ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
• Umat Kristian berbahasa Malaysia tidak akan dapat mengesahkan ketuhanan Yesus Kristus dan
mengajar doktrin Tritunggal kerana dua perkataan ini adalah kata-kata asas dan penting untuk
mengekalkan serta menyampaikan kebenaran ini.
Kesan-kesan Larangan Kata “Allah”
1. Dinafikan untuk menggunakan kata “Allah” adalah melanggar hak perlembagaan kebebasan
beragama rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 Perlembagaan
Persekutuan melindungi hak setiap rakyat Malaysia untuk menganut agama dan amalan pilihan
masing-masing. Perkara 11 (3) jelas memperuntukkan bahawa setiap kumpulan agama mempunyai
hak untuk mengurus hal ehwal agama mereka sendiri.
2. Pada tahun 2011, Mahkamah Tinggi memberikan penghakiman yang membenarkan Gereja
Katolik menggunakan perkataan “Allah”. Kerajaan (semua rakyat Malaysia, termasuk Kristian)
membawanya ke Mahkamah Rayuan dan ia masih belum selesai.
3. Selain itu, terdapat juga pelanggaran hak menggunakan kata-kata penting dalam Al-Kitab Bahasa
Malaysia. Lihat arahan 5 Disember 1986 daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
menyatakan bahawa, sebagai tambahan kepada “Allah”, kata-kata Al-Kitab, Firman, Rasul, Iman,
Ibadah, Injil, Wahyu, Nabi, Syukur, Solat dan doa adalah tidak boleh digunakan dalam Al-Kitab. Di
samping itu, membuat larangan melalui fatwa hanyalah relevan dengan umat Islam sahaja dan
tidak terpakai kepada bukan Islam.
4. Melarang penggunaan kata “Allah” dan istilah-istilah lain adalah tidak adil. Kristian Bumiputera
perlu diberi penghormatan dan kebebasan untuk memanggil Tuhan dalam satu-satunya bahasa
yang mereka. Ini adalah penting bagi identiti agama dan budaya mereka.
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 34/38
34
5. Jika gereja-gereja di Malaysia bersetuju untuk berhenti menggunakan kata “Allah”, bermakna hak
untuk mengedit Kitab Suci agama utama dunia telah diberikan kepada sebuah kerajaan sekular. Ini
akan menjadi satu perkara memalukan dan kejadian yang belum pernah berlaku pada mana-mana
agama dan kerajaan.
Kesimpulan
Sesetengah umat Islam mendakwa berulang kali bahawa orang Kristian di Malaysia enggan berhenti
menggunakan kata “Allah” kerana mahu mengelirukan umat Islam dan memurtadkan penganut
Islam, sekali gus menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara. Tuntutan itu adalah tidak
berasas kerana tiada bukti penggunaan kata ini membawa ancaman keselamatan negara. Tuduhan
ini kekal sebagai tidak berasas.
Sebaliknya, keadaan sebegitu dibuat kerana jahil dengan hakikat bahawa apabila orang Kristian
menggunakan Al-Kitab, ia adalah khusus untuk umat Kristian berbahasa Malaysia. Gereja-gereja di
Malaysia tidak pernah mencadangkan untuk mengubah kata “Allah” dan “Lord” kepada “Allah” dan
“Tuhan”, begitu juga bahasa-bahasa lain dalam Al-Kitab.
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 35/38
35
ISU PENGGUNAAN “ALLAH” OLEH BUKAN MUSLIM
Perkara paling penting yang mesti difahami oleh mereka yang mengambil tahu dan
berbicara tentang isu ini ialah “APA YANG DITOLAK oleh golongan yang tidak bersetuju
perkataan “Allah” digunakan bukan Islam.” Kita jangan suka mengikut-ngikut ataupunbertaqlid tanpa sedikit usaha untuk membuat penelitian.
Kami tidak menentang sama-sekali jika bukan Islam mengatakan, “Tuhan semua orang
ialah Allah.” Yang itu kami sangat-sangat setuju, tidak pernah tidak bersetuju.
Yang kami tentang ialah apabila perkataan “Allah” itu dinisbahkan kepada selain Allah.
Contohnya “Allah” dinisbahkan kepada Roh Kudus, Jesus, Krishna, Maria, Vishnu, Siva,
Subramaniam, God dan sebagainya.
Jika mereka dibenarkan menggunakan perkataan “Allah” lalu mereka nisbahkannya kepadatuhan-tuhan mereka, anda setuju?
SOALAN:
Mengapa sibuk-sibuk dengan isu perkataan “Allah” ini?
JAWAPAN:
Orang yang berpengetahuan tentangnya wajib menyibukkan diri kerana ia adalah persoalan
akidah, bukan sekadar persoalan fiqh harian, politik, tajwid dan lain-lain. Sebagaimana yang
kita sedia maklum, persoalan akidah ialah persoalan tertinggi dalam agama Islam.
SOALAN:
Bagaimana ia boleh dikatakan persoalan akidah?
JAWAPAN:
Bayangkan orang-orang Kristian yang biasa memakai baju bertulis “Jesus is Crazy”
menukarkannya kepada “Allah is Crazy”. Bayangkan juga jika penganut agama Hindu
menuliskan “Alif lam lam ha” di dahi patung-patung Tuhan mereka di kuil. Bagaimana pula
jika orang-orang Yahudi membuat sebuah filem yang memaparkan Allah (dilakonkan oleh
Arnorld tanpa berpakaian- contoh) teruk dibelasah oleh Yaakob (dilakonkan oleh Jim Carrey-
contoh) dalam pergaduhan? Mengapa tidak, dalam Old Testament diceritakan Tuhan
mereka (Allah) pernah bertumbuk dengan manusia bernama Yaakob dan Tuhan (Allah)
kalah.
Anda bersetuju mereka menggunakan perkataan “Allah” untuk tuhan-tuhan mereka?
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 36/38
36
Rata-rata yang mahu menggunakan “Allah” untuk Tuhan mereka di negara kita ini ialah
kaum Kristian Trinity (sila pelajari serba-sedikit perbezaan antara Kristian Unitary dengan
Kristian Trinity untuk mendapatkan pemahaman sebenar penentangan kami). Bagi kaum ini,
Jesus ialah Allah, Roh Kudus ialah Allah dan Tuhan Bapa juga ialah Allah. Ketiga-tiganya Allah
dalam satu kesatuan. Jesus 100% Allah, Roh Kudus 100% Allah dan Tuhan Bapa 100% Allah.Semuanya setara dalam segala hal, tidak berkurang walaupun sedikit.
Sau hari mereka berkata kepada anak-anak muda Muslim, “Allah ialah Jesus, Jesus ialah
Allah.” Jika anak-anak muda kita menyangkalnya, mereka akan katakan, “Lihat bukti-bukti
ini. Pemerintah kita mengizinkan kami menggunakan Allah untuk Tuhan kami. Ulama-ulama
kamu juga benarkannya. Jadi kami gunakan Allah untuk Tuhan kami iaitu Jesus, Roh Kudus,
Maria dan lain-lain. Bagaimana kamu boleh menidakkannya pula?”
Di sini ada kemungkinan anak-anak muda kita akan terperangkap. Mereka akan meyakinibahawa Allah ialah Roh Kudus dan Roh Kudus ialah Allah.
Boleh nampak apa yang cuba saya sampaikan?
Bukankah ia persoalan akidah?
Bolehkah kita senang-senang mengatakan, “Biarlah, saya tak mahu panjang-panjangkan isu
ini” tanpa mahu menarik balik kebenaran yang kita beri?
Bukankah kebenaran yang diberikan itu akan jadikan hujah oleh mereka yang bukan Islam
sampai bila-bila hingga ke zaman anak cucu kita?
SOALAN:
Bukankah dalam al-Quran sendiri dibenarkan orang-orang bukan Islam menggunakan
perkataan “Allah”?
JAWAPAN:
Setahu saya tidak pernah ada. Jika ada sesiapa terjumpa sila maklumkan, saya akan
betulkan kenyataan saya. Yang menyebut perkataan “Allah” untuk dinisbahkan kepada
Tuhan sebenar (ataupun Tuhan tertinggi menurut mereka) dalam al-Quran itu ialah kaum
musyrikin Quraisy dan sekitarnya. Tidak ada bukti (saya belum menemui) dalam al-Quran
menunjukkan penganut agama Zoroaster menyebut Tuhan mereka “Allah”, begitu juga
dengan penganut ajaran Kung Fu Tze, Mesir purba, Buddha, Hindu, Shinto, Tao dan lain-lain.
Jika benar ada tolong tunjukkan. Apatah lagi hendak dibenarkan penganut agama Kristian
Trinitarian di Malaysia hari ini menggunakannya.
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 37/38
37
SOALAN:
Bukankah ayat-ayat Quran di bawah ini membenarkan orang bukan Islam (termasuklah
Kristian Unitary) menggunakan “Allah”?
JAWAPAN:Al-Ankabuut:
[29.61] Dan sesungguhnya jika engkau (wahai MUHAMMAD) bertanya kepada MEREKA
(YANG MUSYRIK) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan
matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan
menjawab: "Allah".Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya
daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?
[29.63] Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang
musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannyatumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab:
"Allah".Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan
pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat
tauhid dan pengertian syirik).
Surah Luqman:
[31.25] Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang
musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan
menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur
disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan
kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
JAWAPAN:
“MEREKA” dalam ayat-ayat ini ialah kaum musyrikin Arab di sekeliling Rasulullah, bukan
selainnya. Bila masanya Nabi Muhammad berdialog dengan kaum Kristian Unitary, Majusi,
Shinto dan lain-lain?
Memang tidak salah jika kaum musyrik Arab menggunakan “Allah” kerana memang mereka
nisbahkan kepada Allah sebenar. Mereka tahu Allahlah Tuhan sebenar tetapi mereka turut
menyembah selain-Nya iaitu berhala-berhala. Bagi mereka, Allahlah sebenarnya yang
berkuasa tetapi berhala-berhala juga turut mempunyai kuasa. Maksudnya mereka
menyekutukan Allah, mensyirikkan Allah. Sebab itu dinamakan MUSYRIK/ MUSYRIKIN.
Nabi Muhammad berdialog dengan mereka, bukan dengan orang-orang bukan Islam lain.
Jauh sekali dengan penganut agama Kristian Unitary yang menganggap Jesus, Maria dan Roh
Kudus sebagai Allah. Kita jangan terkeliru dalam memahami ayat-ayat ini.
7/27/2019 Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim
http://slidepdf.com/reader/full/penggunaan-nama-allah-oleh-bukan-muslim 38/38
Abu Zulfiqar
12 MAC 2009
Lokasi artikel : http://alexanderwathern.blogspot.com/2009/03/isu-penggunaan-allah-oleh-bukan-
islam.html
MEREKA HENDAK SAMAKAN ALLAH DENGAN JESUS
Kristian Trinitarian di Malaysia hendak menyamakan Allah dengan Jesus. Antara buktinya,
boleh teliti dialog saya dengan seorang Kristian di
http://isunamaallah.blogspot.com/2009/03/1-kristian-najran.html (*SAYA SANGAT SARANKANAGAR ANDA MEMBACA KESELURUHAN DIALOG KAMI ITU UNTUK BETUL-BETUL FAHAM
PERMASALAHAN INI). Itulah yang mereka kehendaki sebenarnya... menyamakan Allah
dengan makhluk.
Padahal Allah tegaskan dalam Al-Quran Surah Al-Maidah ayat 72 :
“Demi sesungguhnya, telah KAFIRLAH orang-orang yang BERKATA: “Bahawasanya Allah
ialah al-Masih Ibnu Maryam."
Mereka yang hendak samakan Allah dengan Jesus dan Jesus dengan Allah, hukumnya kafir.Kita yang menyetujuinya pula?
Sebab itu pendirian kita : Mereka boleh gunakan kalimah "Allah" asalkan mereka tujukan
kepada Allah, tapi mereka tidak boleh menggunakannya jika mereka mahu tujukannya
kepada selain Allah (termasuklah Jesus, malaikat, Ruh Kudus dll).
Allah memang Tuhan seluruh manusia dan jin, tetapi bukan semua manusia dan jin yang
menjadikan Allah sebagai Tuhan mereka.
Abu Zulfiqar
18 Oktober 2013
KESIMPULANNYA - Mereka boleh gunakan kalimah "Allah" asalkan mereka tujukan
kepada Allah, tapi mereka tidak boleh menggunakannya jika mereka mahu tujukannya
kepada selain Allah. Oleh Itu mestilah ada pemantauan sekiranya dibenarkan. Untuk lebih
memudahkan, lebih baiklah jangan dibenarkan langsung. Wallahua’lam.
top related