perkhidmatan perundingan penyelidikan p - …pustaka.upsi.edu.my/document/bil_7_2008.pdf ·...
Post on 18-Feb-2018
238 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
P erpustakaan telah mewujudkan perkhidmatan baharu
iaitu Perkhidmatan Perundingan Penyelidikan kepada
pelanggan yang telah beroperasi sepenuhnya pada Disember
2008. Bantuan perundingan penyelidikan ini akan dibimbing
oleh Pustakawan, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan.
Perkhidmatan ini disediakan di Bilik Rujukan dan
Perundingan Aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun. Waktu
perkhidmatan ini beroperasi adalah pada hari Isnin – Jumaat,
jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Perkhidmatan ini bertujuan membantu pelanggan sama ada yang akan atau sedang menjalankan
penyelidikan. Antara bantuan yang diberikan adalah seperti memberikan khidmat nasihat dalam
penyediaan maklumat atau bahan untuk tujuan penyelidikan. Bahan-bahan ini terdiri daripada bahan
bercetak dan juga bahan tidak bercetak. Pelanggan dan juga pustakawan akan bersama-sama berbincang
mengenai bahan yang diperlukan bagi sesuatu penyelidikan dengan menggunakan sumber maklumat
dan kemudahan yang disediakan. Pustakawan juga akan membimbing pelanggan dalam penyediaan
bibliografi mengikut format yang diperlukan.
BIL.7/DISEMBER 2008 http://pustaka.upsi.edu.my ISSN :1675-7394
PERKHIDMATAN PERUNDINGAN PENYELIDIKAN
2
Perkhidmatan Rujukan 1
Aluan Penasihat 2
Bulan Membaca UPSI 2008 3-4
Tahukah Anda 5
Bapa Pendidikan Malaysia 6-7
Literasi Maklumat 8
Berita Perpustakaan 9
Aktiviti Kelab 10
Berita Kakitangan 11
Ulasan Buku 12
Isi Kandungan
Sidang Redaksi
Penasihat
Zahariah Mohamed Shaharoon
Ketua Pengarang
Rusliza Yaacob
Pen. Ketua Pengarang
Muliati Abdul samad
Pengarang
Azura Adnan
Chin Fei Sing
Anizah Tumin
Noriha Muhammad
Mohamad Zaid Mohamed Idris
Mohd Razalli Ahmad Termizi
Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan
Penerbitan dan Edaran
Raja Radiah Raja Ahmad
Pereka Web
Rozman b Che Ross
Sekapur Sirih
Dari Meja Penasihat
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.
Syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan rahmatNya dapat kita bertemu dan berbicara lagi di ruangan ini. Berakhirnya tahun 2008 bermakna perpustakaan perlu merenung kembali kepada usaha-usaha penambahbaikan tahap perkhidmatannya, khususnya dalam memenuhi
kehendak pelanggan seiring dengan peranan utama perpustakaan dalam menyediakan maklumat serta kemudahan bagi menyokong proses
pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti.
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada ahli Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) perpustakaan di atas kejayaan dalam mengharumkan nama jabatan di mana telah memenangi johan pertandingan KIK yang telah diadakan pada 16 Disember 2008 dan seterusnya melayakkan kumpulan ini mewakili universiti
ke pertandingan KIK peringkat IPTA yang akan diadakan pada Februari tahun 2009. Semoga kejayaan ini dapat memberikan semangat serta contoh terbaik kepada kakitangan perpustakaan yang lain untuk lebih berdaya
saing serta ingin maju.
Selain itu juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi UPSI, dekan-dekan dan kakitangan fakulti di atas sokongan padu mereka serta warga kerja perpustakaan dengan komitmen dan prestasi cemerlang pada tahun 2008. Pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh perpustakaan menunjukkan wujudnya kerjasama yang baik di antara semua peringkat kakitangan perpustakaan. Saya yakin perpustakaan akan terus mengecapi kejayaan dan kecemerlangan pada
tahun ini dan tahun-tahun akan datang, insyaallah.
Cik Zahariah bt Mohammed Shaharoon
Ketua Pustakawan
Dari Meja Ketua Pengarang
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan keizinan-Nya memberi kesempatan kepada saya dan sidang redaksi Info @ Pustaka menerbitkan buletin ini. Ucapan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada sidang redaksi di atas segala usaha dalam menerbitkan
Info @ Pustaka.
Bersempena dengan terbitnya Info@Pustaka kali ketujuh ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh setiap warga perpustakaan dalam menyumbangkan artikel untuk penerbitan kali ini. Pihak sidang redaksi pada kali ini telah menyingkap
kembali peristiwa sepanjang April hingga Disember yang lalu serta merakamkan sebanyak mungkin aktiviti yang dijalankan oleh
perpustakaan, di samping rencana serta maklumat ilmiah yang menarik.
Akhir kata, semoga penerbitan Info@Pustaka ini dapat menyediakan maklumat am mengenai perpustakaan kepada semua para pembaca di mana anda semua dapat mengenali perpustakaan dengan lebih
dekat lagi.
Pn. Rusliza bt Yaacob
Ketua Pengarang
3
Perpustakaan menganjurkan pelbagai aktiviti sempena Bulan Membaca UPSI 2008. Majlis perasmian Bulan Membaca ini telah
diserikan lagi dengan kehadiran angkasawan negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang telah mengendalikan slot Ujana
Ilmu pada 31 Julai 2008. Menerusi slot ini, beliau telah berkongsi
pengalamannya dengan menceritakan kejayaannya menakluki
angkasa lepas di samping menayangkan rakaman video mengenai
kehidupannya sepanjang misi beliau. Di samping berkongsi
pengalaman, beliau turut menasihati para pelajar tentang pentingnya
budaya membaca diterapkan dalam diri setiap individu untuk
mencapai kecemerlangan.
Antara aktiviti lain yang diadakan sepanjang Bulan Membaca
UPSI 2008 ialah :
Pameran ‘Yang Pertama’
Tarikh : 28 Julai 2008 – 11 Ogos 2008.
Kerjasama : Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
Huraian : Pameran ini bertemakan fakta yang
berkaitan dengan ‘Yang Pertama’ di
Malaysia. Ianya berkaitan dengan
pencapaian individu dalam pelbagai
bidang. Antara maklumat yang
dipamerkan adalah kejayaan ahli
sukan negara seperti Shalin Zulkifli,
angkasawan negara Dato’ Dr. Sheikh
Muszaphar Shukor dan lain-lain
bidang. Pihak PNM juga telah
membuka kaunter pendaftaran
keahlian baru PNM kepada pelanggan
Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI di
samping menyediakan brosur-brosur
berkenaan perkhidmatan yang
disediakan di PNM.
Pameran Angkasawan Negara
Tarikh : 31 Julai 2008 & 1 Ogos 2008.
Huraian : Pameran ini memaparkan poster Dato’ Dr. Sheikh
Muszaphar Shukor, Angkasawan Pertama Negara
untuk sesi menandatangani bukunya ‘Menggapai
Bintang’ atau ‘Reaching for the Stars’. Sesi ini
diadakan bagi mengalu-alukan kehadiran
angkasawan negara sekaligus memberi semangat
kepada para pelajar untuk lebih menimba ilmu
melalui pembacaan.
Hasil Kajian Pensyarah
Tarikh : 31 Julai 2008 & 1 Ogos 2008.
Kerjasama : Pusat Pengurusan Penyelidikan.
Huraian : Tapak-tapak pemeran dibuka kepada pensyarah
yang menghasilkan bahan-bahan kajian yang
telah memenangi anugerah dari dalam dan luar
negara untuk paparan orang ramai. Menerusi
pameran ini, ianya dapat memberikan
semangat kepada pelajar untuk lebih kreatif
dan inovatif bagi menghasilkan kajian
penyelidikan dan seterusnya dapat
meningkatkan kualiti graduan UPSI.
Pameran ‘Every Baby A Book’
Tarikh : 31 Julai 2008.
Kerjasama: Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
Huraian : Ia merupakan program untuk membantu
ibu bapa dalam penyediaan pendidikan
awal kepada anak-anak mereka. Bagi
memudahkan tujuan ini, maka buku
kain untuk pembelajaran awal bayi
telah dihasilkan. Selain itu juga,
pameran ‘Every Baby A Book’ ini
merupakan satu promosi dan jualan
buku tersebut kepada para pelanggan
Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.
Oleh : Muliati Abdul Samad
Email : muliati@upsi.edu.my
Menandatangani buku Reaching for the stars
BULAN MEMBACA UPSI 2008
4
Persembahan teater oleh kakitangan perpustakaan di
bawah pimpinan Puan Nor Hanizah Zahid dengan judul
‘Gadis pintar kesayangan raja’ dan ‘Penculik dengan
anak yang cerdik’ pada 26 Julai 2008.
Pertandingan bercerita peringkat sekolah rendah Daerah
Batang Padang anjuran bersama Kelab Sahabat
Perpustakaan pada 26 Julai 2008.
Pesta buku pada 28 Julai – 01 Ogos 2008.
Mari membaca anjuran bersama Jabatan Pendidikan Awal
Kanak-Kanak, Fakulti
S a i n s K o g n i t i f &
Pembangunan Manusia
pada 01 Ogos 2008.
Wacana buku yang
d i a d a k a n d e n g a n
kerjasama setiap fakulti .
Pemeriksaan Mata Percuma
Tarikh : 28 Julai 2008 – 1 Ogos 2008.
Kerjasama : Yayasan Pendidikan Prihatin
Malaysia.
Huraian : Memberi perkhidmatan pemeriksaan mata dan
cermin mata secara percuma kepada pelajar
sekolah yang miskin dan harga subsidi kepada
pelanggan-pelanggan lain.
Pandangan Dr. Ahmad Jazimin bin Jusoh
terhadap program Wacana Buku
“Saya berpandangan bahawa wacana buku ini
sangat bermakna sekali dalam konteks
memperkembangkan ilmu di UPSI. Melalui wacana
ini, kita akan lebih memahami ilmu yang ingin kita
dengar. Secara tidak langsung ianya akan memupuk
budaya ilmu dalam diri kita sendiri. Jika di universiti
kita tidak memupuk budaya ilmu, adakah layak untuk
kita memanggil universiti itu sebagai gedung ilmu?
Cadangan saya wacana ini perlu diteruskan.
Biasakan dengan perkara yang baik dan betulkan
perkara yang tidak baik. Syabas kepada pihak
perpustakaan kerana memulakan reformasi ini.”
Aktiviti wacana buku
Penyampaian hadiah pemenang pertandingan bercerita
Pelakon teater kanak-kanak perpustakaan
Penyampaian cenderahati kepada Tn. Hj Halim Ali,
moderator wacana buku Fakulti Bahasa
Persembahan bercerita
Pemeriksaan mata percuma
5
B acalah di mana-mana sahaja. Pernyataan tersebut seringkali digunakan oleh sesiapa sahaja yang
bertegas bahawa ilmu pengetahuan diperolehi melalui pembacaan. Dengan teknologi terkini, anda
boleh membawa bukan hanya senaskah buku bersama-sama anda tetapi beribu-ribu judul buku. Melalui
penggunaan peranti atau perkakasan yang dipanggil e-book reader, anda boleh berbuat demikian. E-book reader
atau pembaca buku elektronik adalah sebuah peranti atau alat yang digunakan untuk memaparkan e-buku. Alat ini
direka khusus untuk tujuan pembacaan e-buku ini. Terdapat banyak produk e-book reader di pasaran, namun
pada isu ini lebih tertumpu kepada tiga (3) produk utama iaitu Amazon Kindle, Sony Reader PRS 505 dan
Astak Mentor.
BUKU DI DUNIA MAYA ANDA
Amazon Kindle
Amazon Kindle adalah sebuah pembaca buku elektronik atau e-
book reader yang dilancarkan oleh Amazon.com pada November 2007. Alat ini menggunakan paparan kertas
elektronik dan boleh digunakan secara berdiri sendiri tanpa komputer. Bahan–bahan bacaan boleh dimuat turun
melalui rangkaian yang dibangunkan oleh Amazon.com iaitu Whispernet secara percuma. Namun, Amazon
Kindle ini hanya dijual di Amerika Syarikat kerana Whispernet hanya boleh beroperasi di
Amerika Syarikat sahaja. Pada hari pelancaran, alat ini dijual pada harga USD 399
sehingga April 2008. Baru-baru ini pihak Amazon.com telah menurunkan harganya
kepada USD 359.
E-BOOK READER
Oleh : Mohamed Zaid Mohamed Idris
Email : zaididris@upsi.edu.my
TAHUKAH ANDA?
Sony Reader PRS 505™
Merupakan sebuah e-book reader yang telah berada di pasaran Amerika Syarikat pada
tahun 2006 dan di pasaran Kanada pada April 2008. Alat ini menggunakan teknologi
paparan kertas elektronik (electronic paper display) yang dibangunkan oleh E-Ink
Corporation yang mempunyai resolusi 166 DPI, lapan (8) peringkat grayscale,
berkeupayaan untuk dibaca di bawah sinaran cahaya matahari dan boleh digunakan secara
orientasi lanskap atau potret. Alat ini sukar untuk dibaca jika tidak mempunyai pencahayaan
yang baik seperti mana penggunaan buku bercetak kerana ia tidak mempunyai backlight.
Format yang boleh dipaparkan ialah Adobe PDF, dokumen peribadi, blog, RSS newsfeeds,
Astak Mentor™
Alat e-book reader ini telah diperkenalkan di International Digital Publishing
Forum Trade Show di New York pada 14 Mei 2008. Mentor didatangkan dengan
saiz 5, 6 dan 9.7 inci serta mempunyai 128 MB memori yang boleh dikembangkan
sehingga 4GB melalui slot SD kad. Mentor menggunakan paparan E-Ink dan boleh
memainkan muzik stereo berformat MP3. Astak Mentor ini menggunakan platform
Windows CE dan dijual dengan harga USD 200 hingga USD 350.
6
A minuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926, di sebuah kampung di Chemor, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal
di Sekolah Melayu Chemor pada tahun 1932-1936. Selepas lulus peperiksaan darjah lima pada tahun 1936, beliau meneruskan pengajiaanya di Sekolah Anderson yang merupakan sekolah Inggeris yang terbaik di negeri Perak ketika itu. Beliau tamat persekolahan menengahnya pada tahun 1941. Pada tahun 1945 hingga 1946, beliau menduduki pendidikan menengah atas dan lulus cemerlang dalam Sijil Persekolahan (School Certificate) di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Semasa masih menuntut sekitar tahun 1945, Aminuddin mula menunjukkan minat dalam persatuan-persatuan pelajar. Beliau yang menjadi ketua pelajar telah menubuhkan Persatuan Penuntut-Penuntut Melayu Victoria Institution pada tanggal 20 November 1945. Walaupun persatuan itu hanya mempunyai 11 orang ahli, namun kegiatan persatuan itu amat aktif dan dapat menarik perhatian ramai penuntut di sekitar Kuala Lumpur. Persatuan ini kemudian bertukar nama kepada Kesatuan Persuratan Penuntut-penuntut Melayu Kuala Lumpur pada 11 Februari 1946.
Kegiatan murni persatuan tersebut amat disenangi oleh pelajar-pelajar sekitar negeri Selangor. Ini menimbulkan kesedaran semua pihak dan tertubuhlah Kesatuan Persuratan Pelajar-pelajar Melayu Selangor yang merupakan perintis kepada sejarah pergerakan pelajar di negara pada masa itu, serta memainkan peranan penting dalam menyatukan semua persatuan pelajar di Tanah Melayu. Aminuddin dilantik sebagai setiausaha dan kemudiannya, menubuhkan pula Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) di Perak pada bulan April 1946. Penubuhan persatuan-persatuan pelajar rata-rata berlandaskan keinsafan untuk bersatu demi meningkatkan taraf pelajaran dalam kalangan anak-anak Melayu. Pemikiran pemimpin persatuan pelajar ini dipengaruhi oleh aliran pemikiran ahli politik pada masa itu yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Aminuddin Baki turut merasakan kekurangan pelajar Melayu melanjutkan pelajaran mereka di pusat-pusat pengajian tinggi. Jumlah bilangan mereka yang kecil itu telah menimbulkan kesedaran untuk bersatu melalui persatuan pelajar. Pada ketika itu parti UMNO telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan Union dan menggalakkan pemimpin-pemimpin persatuan pelajar untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat mereka. Oleh itu, Aminuddin dan pemimpin-pemimpin pelajar lain mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan telah bersidang selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada persidangan itu terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948. Dato‟ Onn Jaafar dan Tun Suffian Hashim telah menjadi penaung GPMS yang pertama. Walaupun Aminuddin tidak mengetuai GPMS, beliau tetap terus mengeluarkan amanat-amanat yang meniupkan semangat orang-orang Melayu supaya memberikan perhatian terhadap isu pendidikan. Dalam kesibukan memperjuangkan aktiviti persatuan, Aminuddin tetap tidak mengabaikan pelajarannya dan diterima sebagai penuntut di Raffles College pada 8 Oktober 1949.
Raffles College kemudiannya bertukar menjadi Universiti Malaya, kini merupakan sebahagian Universiti Nasional Singapura. Beliau telah memilih bidang perguruan semasa menuntut di Universiti Malaya. Beliau amat berminat kepada perguruan dan untuk menimba pengalaman, beliau mendaftar sebagai guru sambilan di Sekolah Malam Anglo-Melayu. Beliau mengajar di sekolah itu dari tahun 1949 hingga 1951. Pada tahun 1950, beliau bergiat aktif semula dalam GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan itu. Dalam tahun yang sama, beliau lulus peperiksaan Sarjana Sastera dan pada tahun berikutnya, memperoleh Ijazah Sarjana Sastera Dengan Kepujian.
Selepas menamatkan pelajarannya pada tahun 1951, Aminuddin kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah untuk sementara waktu. Kemudiannya, beliau mengajar di Sekolah Anderson, Ipoh hingga bulan Julai 1952. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana di London Institute of Education, Universiti London dengan Biasiswa Ratu. Beliau meninggalkan Pulau Pinang dengan menaiki kapal laut pada 12 Julai 1952. Aminuddin memperoleh Ijazah Sarjana Kaedah-Kaedah Dalam Bidang Pendidikan pada bulan Julai 1953.
Selepas pulang ke tanah air, beliau ditawarkan jawatan pensyarah di Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjong Malim. Aminuddin bertanggungjawab meniup kesedaran penghayatan Islam ke dalam hati penuntut-penuntut SITC. Beliau telah memperkenalkan mata
pelajaran Sejarah Islam kepada penuntut-penuntut SITC yang membuka pemikiran mereka tentang soal keutuhan dan falsafah Islam ketika beliau menjadi tenaga pendidik di situ. Tempoh masa perkhidmatannya yang singkat (1952-1955) telah beliau gunakan sepenuhnya untuk mendidik dan memupuk semangat Melayu dalam kalangan penuntut-penuntutnya. Rumahnya juga dijadikan markas untuk menyemai semangat perjuangan bangsa kepada pemimpin pelajar ketika itu selain daripada bilik darjah dan pentas. Usahanya tidak sia-sia kerana beberapa orang bekas pelajar pada waktu itu telah muncul menempa nama dalam sejarah bangsa dan
negara. Antara kata-kata bersemangat yang dapat membakar jiwa yang sering diulanginya ketika bersyarah ialah bidalan Melayu yang berbunyi „jangan biarkan ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan‟. Beliau juga selalu berpesan agar bangsa Melayu tidak menjadi seperti „emak Si Randang, dagang lalu ditanakkan, tiada kayu rumah diruntuhkan‟.
Pada bulan September 1955, Aminuddin terlibat dalam menyediakan Laporan Razak, dan pada tahun 1960, beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman Talib. Ketika berusia 36 tahun, Aminuddin dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor, dan pada tahun yang sama menjadi Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan). Pada masa yang sama, beliau aktif dalam persatuan dan pertubuhan lain seperti Senat Universiti Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bapa Pendidikan Malaysia Oleh: Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan
Email : shalaby@upsi.edu.my
7
Beliau juga mewujudkan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Aminuddin menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 1963.
Aminuddin banyak menyumbang jasa dalam dunia pendidikan di negara kita. Antaranya, beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Barnes. Ahli Jawatankuasa Merancang Pelajaran Tinggi, Jawatankuasa Pelajaran Aneka Jurusan, Ahli Jawatankuasa Ejaan Melayu (Malindo), Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Dewan Kebudayaan Tanah Melayu, Ahli Jawatankuasa Penasihat Ikhtisas dalam Jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Menyiasat Kelemahan Murid-murid Melayu untuk memasuki sekolah menengah dan Jawatankuasa Merancang Pelajaran Tinggi. Beliau bertanggungjawab secara langsung dalam mempelopori berbagai aspek pendidikan seperti kurikulum, pentadbiran, aspek bahasa pengantar, falsafah pendidikan negara bahkan semua aspek yang menyentuh masalah pendidikan negara . Keterampilan beliau dalam dunia pendidik lebih terserlah dengan pelantikannya sebagai Ketua Penasihat Pelajaran Malaysia. Pelantikan beliau ke jawatan tersebut merupakan penghormatan yang tertinggi pihak kerajaan terhadap sumbangan, khidmat bakti beliau dalam perkembangan pendidikan negara. Seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam bidang pendidikan di negara kita dan dianggap "Bapa Pendidikan Malaysia." Aminuddin Baki meninggal dunia pada tanggal 25 Disember 1965, dalam usia muda 39 tahun kerana diserang penyakit jantung selepas menunaikan sembahyang.
Jasa-jasa dan pengorbanan Aminuddin Baki dalam dunia pendidikan telah mendapat pengiktirafan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia seluruhnya. Ini terbukti dengan penamaan beberapa pertubuhan, institut, pusat, sekolah, dewan dan jalan diambil sempena nama beliau.
Yayasan Aminuddin Baki (YAB)
Sebagai menghargai jasa-jasa tokoh pendidikan ulung negara ini, satu yayasan yang diberi nama Yayasan Aminuddin Baki telah ditubuhkan pada tahun 1972 oleh kawan-kawan allahyarham dengan matlamat meneruskan perjuangan allahyarham dalam bidang pendidikan. Kini YAB berdiri megah di Kompleks Damai, Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur. Fokus utama yayasan ini ialah untuk membantu anak-anak Melayu dalam pendidikan. YAB juga kini mempunyai pusat tuisyen iaitu Pusat Tuisyen Kenangan yang beroperasi di bangunannya. Di samping aktif melaksanakan kerjasama dengan sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur dalam melaksanakan perkhemahan pelajar, program motivasi, program pendidikan kreatif dan program-program yang diminta oleh pihak sekolah. Di samping itu, YAB juga aktif dalam penerbitan buku sejarah dan biografi. Pada 7 November 1987, YAB telah menganjurkan majlis `Pidato Umum Aminuddin Baki 1987‟ di Dewan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Lebih 300 orang guru dan bekas guru, pendidik dan bekas pendidik, rakan-rakan sejawat dan kawan-kawan lama allahyarham semasa di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya telah hadir.
Institut Aminuddin Baki (IAB)
Institut Aminuddin Baki telah ditubuhkan oleh kerajaan dan diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, diambil sempena nama Allahyarham Aminuddin Baki yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan. Kampusnya terletak di Gohtong Jaya, Genting Highlands, Pahang. Merupakan satu-satunya pusat latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan, yang idea penubuhannya dicetuskan melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979. Bermula dengan nama asalnya MESTI (Malaysian Educational Staff Training Institute) pada tahun 1979, ia telah berkembang dan berubah seiring dengan perkembangan semasa. Institut ini berperanan memberi latihan ikhtisas dan profesional kepada para pengurus dan pemimpin pendidikan di seluruh negara dengan penganjuran kursus, perundingan dan penerbitan. Selaras dengan perubahan-perubahan terkini dunia pendidikan dan dasar-dasar terkini negara, IAB sedang berusaha menggabungkan amalan terbaik kepimpinan bagi memperkaya ilmu pengetahuan kepada semua pendidik.
Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki (PPGAB)
PPGAB ditubuhkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2004 dengan tujuan untuk mendedahkan para staf dan pelajar dengan isu-isu global. Seorang pengarah bertaraf profesor telah dilantik untuk mengetuai PPGAB pada bulan Jun 2005. Semenjak penubuhannya, pusat ini telah menganjurkan beberapa persidangan, ceramah dan seminar tentang topik-topik yang melampaui sempadan kebangsaan termasuk satu seminar tentang Keselamatan Global dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan Disember 2005. Segala prosiding persidangan itu dibukukan bertajuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Keselamatan Global: Satu Perspektif Malaysia yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2007. Nama Aminuddin Baki diambil dan diabadikan pada pusat perkembangan dan penjanaan ilmu ini kerana beliau merupakan tokoh pendidikan yang tidak asing lagi dalam bidang pendidikan di negara kita, di samping pernah menjadi tenaga pengajar di sini pada tahun 1952-1955.
Sesungguhnya, jasa murni yang ditaburkan selama ini tidak ternilai harganya itu akan tetap menjadi sebutan setiap insan walaupun jasad telah tiada, seperti kata pepatah Melayu “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.
8
P erpustakaan telah menganjurkan bengkel
dalaman yang melibatkan tenaga pengajar
yang terdiri daripada kakitangan profesional
perpustakaan iaitu pustakawan dan pegawai
teknologi maklumat. Bengkel ini diadakan bertujuan
untuk memberikan latihan khusus kepada
kakitangan perpustakaan bagi memantapkan lagi
kompetensi dalam bidang yang berkaitan dengan
kepustakawanan dan ICT.
Bengkel Literasi Komputer : Perkakasan dan
Perisian
Bengkel ini telah diadakan pada 29-30 Julai 2008 di Bilik Serbaguna 2, Perpustakaan di bawah kelolaan Bahagian Pengurusan Automasi (BPA). Bengkel ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bengkel literasi komputer (perkakasan) yang telah disampaikan oleh Encik Khairul Asyrani Sulaiman (pegawai teknologi maklumat) dan bengkel literasi komputer (perisian) yang telah dikendalikan oleh Encik Mohamed Zaid Mohamed Idris (pustakawan). Antara kandungan bengkel ini adalah memberikan maklumat asas berkaitan komputer (perkakasan dan perisian), perkakasan dalaman, luaran, input dan output sesebuah komputer, jenis-jenis komputer dan jenis perisian komputer serta kegunaannya.
LITERASI MAKLUMAT
Bengkel Asas Pengkatalogan Asal
Bengkel ini telah diadakan pada 27 Februari 2008 di Bilik Serbaguna 2, Perpustakaan. Tenaga pengajar bagi bengkel ini adalah Encik Mohd Hizam Samin (pustakawan).
Antara kandungan bengkel ini adalah
pengenalan kepada pengkatalogan dan
pengkelasan, prinsip pengkelasan dan
pengenalan kepada pengkatalogan perkara serta
pengenalan kepada skim pengkelasan Library of
Congress (LCC).
Peserta bengkel literasi komputer
Renungan
1. Adakah kita selalu memberi dorongan
kepada rakan sepasukan untuk bekerjasama?
Mereka sebenarnya memerlukan dorongan
kita.
2. Pernahkah kita berazam hendak membina
pasukan kerja yang hebat?
3. Sedarkah, kita perlu meniru semangat
berpasukan yang ditunjukkan oleh makhluk
tuhan yang kecil seperti lebah dan semut?
4. Andainya kita tiada harta atau wang untuk
diberikan hadiah kepada orang lain, berilah
senyuman atau pun pujian sebagai gantinya.
(Sumber : 55 Petua Orang Berjaya)
Oleh : Anizah Tumin & Chin Fei Sing
Email : anizah@upsi.edu.my / chinfeising@upsi.edu.my
9
LAWATAN ORGANISASI LUAR
Sepanjang April hingga November 2008, Perpustakaan
Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelbagai
pihak. Antaranya daripada sekolah-sekolah, universiti
tempatan serta lawatan daripada luar negara.
UiTM Cawangan Melaka
Universiti Tun Hussein Onn, Johor
UiTM Cawangan Pulau Pinang
Universiti Industri Selangor
Universiti Malaysia Sabah cawangan Gurun, Kedah
Universitas Gorontalo, Indonesia
Michigan State University
Universiti Malaya
Universiti Sains Malaysia
Universiti Islam Antarabangsa
Universiti Darul Iman Malaysia, Trengganu
Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar,
Perak
Maahad Saniah, Pasir Puteh, Kelantan
Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia
HARI BERSAMA PELANGGAN (HBP)
T ujuan diadakan HBP di fakulti adalah untuk
memperkenalkan dan mempromosikan
perkhidmatan perpustakaan kepada warga fakulti. HBP bagi
tahun 2008 dimulakan di Fakulti Seni & Muzik pada 4 & 5
Mac 2008. Program HBP ini kemudiannya diteruskan ke
lokasi berikutnya iaitu Foyer Bangunan IPSI pada 8 & 9hb.
April 2008, di Bilik Mesyuarat Fakulti Bahasa pada 9hb. Mei
2008 dan Foyer Bangunan Canselori pada 15 hingga 16
Oktober 2008.
Oleh : Azura Adnan
Email : azuraadnan@upsi.edu.my
Edaran maklumat perkhidmatan terbaru perpustakaan
Taklimat ringkas di Bahagian Perolehan
Lawatan dari Perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn
Menerima cenderahati dari Institut Pendidikan Guru
Lawatan pelajar Michigan State University
BERITA PERPUSTAKAAN
10
KELAB KAKITANGAN PERPUSTAKAAN (KLIK)
Pelbagai aktiviti telah dianjurkan olek KLIK sepanjang 2008.
Aktiviti-aktiviti yang telah
diadakan antaranya adalah
majlis sambutan hari jadi
ketua pustakawan, majlis
perpisahan, majlis berbuka
puasa dan majlis jamuan hari
raya.
KELAB SAHABAT
PERPUSTAKAAN
Kelab Sahabat Perpustakaan yang keahlian terdiri daripada pelajar
UPSI telah membantu perpustakaan menjalankan aktiviti seperti
menyusun buku di rak, mendigital bahan tesis, mengendali aktiviti
bulan membaca dan lain-lain tugas berkaitan dengan perkhidmatan di
perpustakaan.
Pada 24 Oktober 2008, Mesyuarat Agung Kelab Sahabat
Perpustakaan telah diadakan bagi perlantikan ahli jawatankuasa untuk
sesi 2008-2009. Menerusi mesyuarat ini, ahli kelab dan wakil
daripada perpustakaan telah membincangkan permasalahan dalam
perkhidmatan perpustakaan serta member cadangan untuk
penambahabaikan kepada aktiviti kelab yang akan datang.
Senarai Nama AJK Kelab Sahabat Sesi 2008-2009
Penaung : Zahariah bt Mohamed Shaharoon
Penasihat : Noriha bt Muhammad
Pengerusi : Baharuddin b Arshad (FSSK)
Timbalan Pengerusi : Mohd Fadzil b Hj. Mat Zin (FSSK)
Setiausaha : Nadiah bt Mohd Muzaffar Shah (FSSK)
Bendahari : Nur Izzati bt Mohd Arshad (FSSK)
Ahli Jawatankuasa
AJK Akademik & Seminar : Erda Sazwani Nadia bt Suhaimi (FST)
AJK Makanan & Jamuan : Nor Shaidah bt Mohd Nor (FSSK)
AJK Cenderahati : Samihah bt Pahim (FSSK)
Oleh : Muliati Abdul Samad
Email : muliati@upsi.edu.my
Ucapan perpisahan oleh Encik Johari Kassim
Jamuan Hari Raya anjuran KLIK
Penyampaian cenderahati kepada En.Johari
Kassim oleh Ketua Pustakawan
Majlis Jamuan Hari Raya Kelab Sahabat
Perpustakaan
AKTIVITI KELAB
11
ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG Pada 20 November 2008, seramai 3 orang kakitangan
perpustakaan dianugerahi khidmat cemerlang. Tahniah
diucapkan.
Paridah bt Elias
Pembantu Perpustakaan
Zarlina bt Ascal
Pembantu Perpustakaan
Sa’aidah bt Ibrahim
Pembantu Perpustakaan
KONVENSYEN
KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK)
Pada 16 Disember 2008, Perpustakaan Tuanku Bainun sekali
lagi telah memenangi johan dalam Konvensyen KIK
berturut-turut iaitu pada tahun 2007 dan 2008 peringkat
UPSI. Pada kali ini, tajuk projek yang dibentangkan adalah
‘mewujudkan pangkalan data dalaman i-SYS untuk
memudahkan pengaksesan artikel keratan akhbar yang sering
terganggu’.
Selain itu juga, Encik Mohd Azhari Ma’ani turut
dianugerahkan sebagai penyampai terbaik. Tahniah
diucapkan kepada kumpulan Iqra’ dan selamat maju jaya
pada Konvensyen KIK peringkat IPTA di Universiti
Malaysia Sabah (UMS) yang akan diadakan pada
6-7 Februari 2009.
Oleh : Muliati Abdul Samad
Email : muliati@upsi.edu.my
Kumpulan Iqra’ daripada perpustakaan memenangi
johan Konvensyen KIK peringkat UPSI
Encik Azhari Ma’ani sebagai penyampai terbaik
Kumpulan Iqra’ membuat persembahan
BERITA KAKITANGAN
12
N ovel ini mencatatkan sejarah kesenian, pembunuhan dan percintaan di zaman pemerintahan Sultan Usmaniyah Murat III (1571-1595). Baginda amat dikenali sebagai sultan yang meminati kesenian ilustrasi pada buku dan seni miniatur. Semasa berkuasa, baginda memerintahkan para miniaturis (pembuat ilustrasi buku) ternama di negerinya untuk membuat kitab-kitab terkenal di Istanbul. Dalam novel ini, Sultan telah memerintahkan Enisthe Effendi salah seorang miniaturis terkenal untuk membuat sebuah buku rahsia yang dihiasi ilustrasi-ilustrasi indah. Perkara ini di luar kewajaran kerana biasanya Tuan Osman yang diberi keutamaan untuk menghasilkan buku-buku Sultan. Enisthe dibantu oleh empat miniaturis lain yang dikenali dengan nama Elegant, Olive, Stork, dan Butterfly. Bab awal, pembaca dibawa kepada cerita Elegant yang telah dibunuh, salah seorang dari empat miniaturis yang bekerja di bawah Enisthe Effendi. Pembunuhan ini menimbulkan keresahan di kalangan para miniaturis lain kerana mereka beranggapan hal ini ada kaitan dengan projek membuat buku Sultan yang d ibuat dengan gaya Eropah, yang pada masa itu dianggap menghina ajaran Islam. Bab seterusnya mengisahkan Black, salah satu murid dan anak saudara Enisthe kembali setelah pulang dari mengembara selama dua belas tahun. Sejak dulu Black menaruh hati terhadap Shekure, anak "Enishte"nya. Sekembalinya dari pengembaraan Black masih menyimpan cintanya untuk Shekure. Sayangnya Shekure telah berkahwin dan mendapat dua orang anak. Namun suami Shekure masih belum kembali dari medan perang dan ini membuka peluang Black untuk merebut kembali Shekure. Dalam pada itu, Enishte telah dibunuh dengan kejam. Berita pembunuhan Elegant dan Enishte akhirnya sampai ke pengetahuan Sultan. Baginda telah memerintahkan Black dan Tuan Osman untuk mencari pembunuhnya. Mereka diberi masa 3 hari untuk mendapatkan pembunuhnya, dan jika tidak nyawa mereka dan para miniaturis lainnya menjadi gantinya. Satu-satunya petunjuk yang ditinggalkan pembunuhnya adalah gambar seekor kuda dengan hidung yang terpotong. Perkara ini turut menyeret tiga miniaturis lain iaitu Stork, Olive dan Butterfly menjadi suspek utama.
Novel yang diiktiraf sebagai Nobel Laureates 2006 karya Orhan Pamuk ini boleh dikatakan novel yang kaya dengan perspektif. Novel ini boleh dibaca sebagai novel sejarah peradaban Islam, misteri, cinta dan falsafah. Novel ini sangat menarik kerana narator dalam novel ini berganti-ganti dalam setiap babnya. Masing-masing diberi judul sesuai dengan naratornya seperti ; I am a corpse, I am called Black, I am a dog, I will be called a murderer, I am a tree, I am red. Setiap narator bertutur dan bercerita mengenai peristiwa pembunuhan dan keadaan di sekelilingnya menurut sudut pandangan masing-masing. Yang menariknya, walaupun si pembunuh turut menjadi narator , i den t i t i s i pembunuh amat t i d a k d i d u ga h i n g g a k e b a b - b ab t e r akh i r . Pengarang tidak hanya mengajak pembacanya tenggelam dalam cerita misteri pembunuhan, tetapi turut memasukkan kisah percintaan Black dan Shekure, serta debat falsafah yang menarik akibat pertembungan budaya Timur dan Barat, terutama dalam penggayaan melukis. Ini termasuk kesenian menghias buku berilustrasi pada abad ke-16. Satu lagi yang mungkin akan menjadi tanda Tanya ialah judul buku ini "My Name is Red”. Siapa dan apa sebenarnya Red dalam judul buku ini? Memang ada bab I am Red ini yang digambarkan sebagai warna merah. Namun, tidak cukup menjelaskan apa dan siapa Red yang dimaksud dalam judul buku ini. Seperti pengarang sengaja mengajak pembacanya u n t u k m e n a f s i r k a n s e n d i r i a p a , s i a p a dan mengapa novel ini diberi judul My Name is Red? Novel asalnya berjudul Benim Adim Kirmizi karangan Orhan Pamuk dari Turki ini diterbit pada tahun 1998. Pada tahun 2001, novel ini diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Erdag M.Goknar sebagai My Name is Red dan telah diterjemahkan ke dalam 25 bahasa. Membaca sekali saja novel ini tidaklah cukup, banyak perkara-perkara menarik yang mengasyikan untuk dibaca berulang-kali.
MY NAME IS RED
Keterangan Buku :- Judul : My Name is Red Pengarang : Orhan Pamuk Penerbit : Vintage International, New York Tahun : 2002 No. panggilan : PL248.P34 B4613 2002
Oleh : Najah Saghirah Haroman
Email : najah@upsi.edu.my
top related