persetiaan raja - raja
Post on 06-Apr-2018
312 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
1/44
Persetiaan Raja-Raja
1. Persetiaan dengan KedahPada 16 hari bulan Sya'ban tahun Hijriah 1205, hari Ahad.
Teks ini diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia.
(2008). Kuala Lumpur: ITNM
Bahawasanya, pada hari ini tulisan ini menunjukkan bahawa Gabenor Pulau Pinang, wakil Syarikat
lnggeris, telah mengikat Perjanjian keamanan dan persahabatan dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda
Yang Dipertuan Kedah, dan semua Orang-orang Besar Baginda dan rakyat kedua-dua negeni, untuk
hidup aman damai di laut dan di darat, supaya berkekalan selagi matahani dan bulan bercahaya: Perkara-
perkara Perjanjian adalah seperti berikut:
Perkara I
Syarikat Inggeris akan memberi Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan Kedah enam nibu
Dolar Sepanyol setiap tahun, selagi Inggeris kekal memiliki Pulau Pinang.
Perkara II
Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan bersetuju bahawa segala jenis bekalan yang diperlukan
untuk Pulau Pinang, kapal perang, dan kapal Syarikat, boleh dibeli di Kedah tanpa halangan atau
dikenakan apa-apa cukai.
Perkara III
Semua hamba yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dan Pulau Pinang ke Kedah, hendaklah
dikembalikan kepada pemunya mereka.
Perkara IV
Semua orang berhutang yang lari daripada pemiutang mereka, dan Kedah ke Pulau Pinang, atau dan
Pulau Pinang ke Kedah, jika kerana tidak membayar hutang mereka itu, hendaklah diserahkan kepada
pemiutang mereka.
Perkara V
Baginda Yang Dipertuan tidak akan membenarkan orang Eropah dan mana-mana negara lain tinggal di
mana-mana bahagian negeri Baginda.
Perkara VI
Syarikat tidak akan menerima (melindungi) mana-mana orang yang melakukan penderhakaan besar atau
pemberontakan terhadap Baginda Yang di-Pertuan.
Perkara VII
Semua orang yang melakukan pembunuhan, yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dari Pulau
Pinang ke Kedah, akan ditangkap dan dipulangkan berbelenggu.
Perkara VIII
Semua orang yang mencuri cap meterai (pemalsuan) akan diserah balik sedemikian juga.
Perkara IX
1
-
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
2/44
Baginda Yang Dipertuan tidak akan membekalkan apa-apa bekalan kepada semua orang yang menjadi
musuh kepada Syarikat Inggeris.
Kesembilan-sembilan Perkara ini telah diselesaikan dan diikat, dan keamanan diwujudkan antara
Baginda Yang Dipertuan dengan Syarikat Inggeris; Kedah dan Pulau Pinang akan menjadi sebuah
Negeri.
Persetiaan ini dibuat dan disempurnakan oleh Tunku Shariff Mohamad, Tunku Alang Ibrahim, dan
Datuk Penggawa Talibon, wakil-wakil bagi pihak Baginda Yang Dipertuan, dan diberikan kepada
Gabenor Pulau Pinang, wakil bagi Syarikat Inggeris. Dalam Perjanjian ini, mana-mana pihak yang
menyimpang danipada apa-apa yang tertulis dalam Perjanjian ini, Tuhan akan menghukum dan
memusnahkannya; tidak akan ada padanya kesejahteraan dan kesihatan.
Meterai Shariff Mohamad dan Tunku Alang Ibrahim, dan Datuk Penggawa Talibon, diperturunkan pada
Perjanjian ini, dengan tandatangan masing-masing.
Ditranskripsikan oleh Hakim Bunder, Pulau Pinang.
Ditandatangan, dimeterai dan disempurnakan di Kota Cornwallis, Pulau Pinang pada 1 hari bulan Mei
tahun Masihi 1791.
(Tandatangan)
F. LIGHT
2. Persetiaan dengan Naning, 1801
Selasa, 13 Oktober 2009 04:22 | Ditulis oleh Prof.Abdullah
PERSETIAAN YANG DIIKAT PADA 1801 OLEH RESIDEN BRITISH DI MELAKA, LEFTENAN
KOLONEL TAYLOR DENGAN PENGHULU NANING
Perkara dan syarat yang diimlakkan oleh Leftenan Kolonel Aldwell Taylor, Gabenor dan Komandan
Melaka, untuk dan bagi pihak Yang Mulia Gabenor Kota St. George dengan Raja Merah Kapitan
Penghulu, dll., yang bemama Dol Said; dan Lela Hulubalang dan Maulana Hakim, yang bergelar Orang
Kaya; Kecil yang bergelar Musah; dan Menobonjon-kaya bergelar Konchil dan Maharaja Ankaia
bergelar Sumuna; dan Maulana Garang, Menteri dan Pembesar Naning dan kampung-kampung di
sekelilingnya yang dengan sesungguhnya telah menerima dan berikrar mematuhi Perkara-perkara
berikut:-
Perkara 1
Kapitan, atau Penghulu, Menteri, dan Pembesar-pembesar berjanji dan bersumpah atas nama dan bagi
pihak seluruh masyarakat Naning, untuk taat setia kepada Yang Mulia Gabenor dalam Majlis di Kota
Saint George yang tersebut di atas, dan demikian juga kepada Gabenor dan Komandan Bandar dan Kotaini, serta semua Komandan yang ada atau yang selepas ini dilantik di bawah mereka dan tambahan pula,
mereka akan melakukan apa-apa sahaja dengan penuh taat setia kepada Pihak Berkuasa British,
sebagaimana yang dikehendaki daripada rakyat yang taat setia, tanpa bersama-sama atau secara
berasingan mencuba melakukan apa-apa langkah permusuhan terhadap Gabenor tersebut, sama ada
secara langsung ataupun tidak langsung, dan Perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi dengan
sesungguhnya dan dengan seketat-ketatnya, dan segala kontrak dan waad lain yang telah diluluskan
dengan negara lain yang boleh memudaratkan British hendaklah dimansuhkan.
2
-
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
3/44
Perkara 11
Jika mana-mana orang di Naning, anak Minangkabau dan anak Melayu, melanggar kandungan Kontrak
ini, atau ingkar kepada Gabenor atau Pegawainya, maka Penghulu dan Pembesar hendaklah, apabila
diminta oleh Gabenor, menyerahkan mereka bagi dihukum sebagaimana sepatutnya.
Perkara 111
Penghulu, Pembesar dan penduduk Naning keturunan Minangkabau, dan juga Melayu, adalah terikatuntuk menyerahkan satu per sepuluh daripada hasil padi dan segala buah-buahan mereka kepada
Syarikat Hindia Timur; tetapi memandangkan keadaan mereka yang miskin, Syarikat tersebut telah
memutuskan bahawa Penghulu hendaklah datang sendiri, setiap tahun, atau mengarahkan salah seorang
Pembesarnya supaya datang ke Melaka, bagi memberi penghormatan kepada Syarikat, dan, sebagai
tanda taat setia mereka, mereka hendaklah menghadiahkan Syarikat tuaian pertama mereka sebanyak
setengah koyan padi (400 gantang).
Perkara 1V
Penduduk Naning, apabila meninggalkan negeri mereka untuk ke Melaka, hendaklah menyerahkan
kepada Syahbandar kebenaran bertulis daripada Penghulu, yang ditandatangan dan dicapmeterainya; dan
begitu juga semua orang yang ingin meninggalkan Melaka untuk ke Naning, diarahkan supaya
menunjukkan dokumen serupa kepada pihak berkuasa di sana, yang ditandatangani (atas perintah
Kerajaan) oleh Syahbandar; jika tidak, kedua-dua pihak wajib menghantar balik orang yang berkenaanitu; tetapi apabila ditunjukkan Perakuan yang dikehendaki, mereka akan dibenarkan tinggal di Naning
dan di kampung-kampung bersebelahan dan mencari nafkah dengan bercucuk tanam seperti menanam
sirih, dll., dengan syarat mereka berpegang teguh dan mematuhi adat resam tempat itu sebagaimana
yang diamalkan penduduk lain.
Perkara V
Penghulu dan Pembesar berjanji bahawa semua bijih timah yang dibawa dari Sri Menanti, Sungai
Ujong, Rembau, dan tempat-tempat lain di daerah-daerah itu ke Naning, hendaklah dengan serta-merta
dihantar dan diserahkan kepada Syarikat, di mana mereka akan menerima sebanyak 44 Dolar Rix tunai,
dibayar dengan wang Rupee Surat, bagi setiap bahara 300 kati.
Perkara V1
Mereka juga berjanji menyerahkan lada Naning dan lada daerah-daerah bersebelahan kepada Syarikat,
jika apa-apa jumlah yang banyak diperlukan, dengan dibayar harga 12 Dolar Rix sebahara.
Perkara V11
Penghulu, Pembesar, dan penduduk Naning tidak dibenarkan merunding (jualan) atau berdagang dengan
mana-mana negeri pedalaman, tetapi hendaklah membawa barang-barang mereka menghilir Sungai
Melaka, dengan menggunakannya, tanpa apa-apa jua alasan untuk menggunakan mana-mana laluan atau
cara pengangkutan lain, dan mereka juga tidak boleh mengadakan apa-apa perhubungan dengan mana-
mana negeri pedalaman di Sungai Penajis, jika tidak nyawa mereka akan melayang dan harta benda
mereka dirampas.
Perkara V111
Penghulu dan Pembesar berjanji, atas nama Masyarakat Naning, bahawa bilamana Pembesar YangMemerintah berundur daripada memerintah, atau apa-apa geruh menimpa mereka, Penghulu dan
Pembesar hendaklah dalam keadaan sedemikian mencadangkan salah seorang daripada anggota keluarga
mereka yang terdekat dan paling berkelayakan, kepada Gabenor Melaka, bagi menjadi penggantinya;
tetapi mereka tidaklah boleh mengharapkan cadangan itu akan sentiasa dipersetujui Gabenor; sebaliknya
adalah menjadi pilihan Gabenor melantik sesiapa yang difikirkannya patut dilantik.
Perkara 1X
Mana-mana hamba sama ada kepunyaan Syarikat Yang Mulia, atau kepunyaan penduduk Melaka, yang
3
-
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
4/44
mencari perlindungan di Naning, atau di kampung-kampung atau di tempat-tempat di sekelilingnya,
maka Penghulu, Pembesar dan penduduk (tiada sesiapa pun yang dikecualikan) adalah terikat bagi
menangkap dan menghantar ke Pekan orang pelarian itu dengan serta-merta, (atau) orang pelarian itu
boleh diserahkan kepada tuan mereka dan tuntutan sebanyak 10 Dolar Rix, tidak lebih daripada itu,
boleh dituntut daripada tuannya sebagai hadiah.
Perkara XMana-mana hamba lelaki dan perempuan yang dipujuk lari dari Naning ke Melaka, bagi memeluk
agama Kristian, maka tuan punya hamba itu akan menerima ganti rugi sebanyak separuh daripada harga
hamba itu, mengikut penilaian Jawatankuasa yang akan dilantik Kerajaan.
Perkara X1
Tetapi (jika) mana-mana orang menjual mana-mana hamba beragama Kristian atau orang biasa dari
Melaka kepada orang Islam atau orang Pagan, sama ada dengan kerelaan mereka sendiri atau digoda
ataupun dilarikan secara paksa daripada tuan mereka, lebih-lebih lagi mereka yang menggoda hamba
Kristian atau orang biasa supaya berkhatan atau menggunakan kekerasan bagi mempengaruhi mereka
menjadi orang Islam, nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas.
Perkara X11
Dan bahawa kandungan Perkara tersebut hendaklah dipatuhi tanpa boleh dilanggar, dan Penghulu sertaPembesar berjanji dan bersumpah atas nama seluruh masyarakat, bahawa mereka akan serta-merta
memulangkan dan menyerahkan kepada Yang Mulia Gabenor semua hamba yang lari yang berada di
Naning atau di tempat-tempat lain.
Perkara X111
Akhir sekali, Penghulu dan Pembesar berjanji dan bersumpah dengan menggunakan al-Quran, atas nama
masyarakat Naning, bahawa mereka akan mematuhi dengan sesungguhnya segala perintah yang
ditetapkan dalam Perkara-perkara ini, dan mengikat diri mereka bagi menyerahkan mana-mana
pencabul perintah tersebut kepada Syarikat Hindia Timur, supaya hukuman boleh dikenakan ke atas
orang itu.
Bagi menyempurnakan segala yang dijanjikan dan dipersetujui dalam Perjanjian ini, maka saya denganini menurunkan tandatangan saya.
Dibuat dan diikrarkan di Bandar dan Kota Melaka pada 16 hari bulan Julai 1801.
(Tandatangan) A. TAYLOR.
Ikrar Penghulu dan Pembesar Naning
Kami, Kapitan atau Penghulu dan Pembesar-pembesar, berjanji dan bersumpah bagi pihak diri kami dan
juga bagi pihak masyarakat Naning, akan sentiasa taat setia kepada Gabenor dalam Majlis Kota Saint
George, Gabenor dan Komandan Melaka, serta semua Komander yang dilantik atau yang akan dilantik
di bawah mereka selepas ini, dan selanjutnya akan menepati masa bagi memenuhi segala perintah dan
arahan yang dikeluarkan atau yang akan dikeluarkan selepas ini, dan akan berkelakuan sewajarnya
terhadap Syarikat Hindia Timur pada masa hadapan, mengikut cara sebagaimana yang dikehendaki
daripada rakyat dan vasal yang taat setia.
Ditandatangani oleh DOL SAID, BILAL MOREN, KANJUN, SAMEON dan MAULANA GUNAN.
4
-
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
5/44
3. Perjanjian Sir Stamford Raffles, 1819Selasa, 13 Oktober 2009 04:16 | Ditulis oleh Prof.Abdullah |
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia. 2008. KualaLumpur: ITNMB
Datuk Temenggung Seri Maharaja Abdul Rahman Raja Singapura yang memerintah negeri Singapura
dan sekalain tukun pulau mana di dalam perintahya Singapura di dalam dia punya nama sendiri dan di
dalam nama Seri Sultan Hussein Muhammad Shah Raja Johor dengan Seri Paduka Thomas Stamford
Raffles, Leftenan Gabenor Bengal Yang Maha Mulia.
Maka dari sebab lama bersahabat dan berdagangan perniagaan antara Kopeni Inggeris dengan negeri-
negeri daerah yang di bawah perintah negeri Singapura Johor itulah baik dibakikan pekerjaan yang patut
tiada boleh putus selama-lamanya.
PERKARA YANG PERTAMAMaka boleh Kompeni Inggeris membaki loji akan penduduk di Singapura atau lain-lain tempat yang di
bawah perintah Singapura Johor.
PERKARA YANG KEDUA
Maka dari sebab itu Kompeni Inggeris berjanji pelihara Datuk Temenggung Seri Maharaja.
PERKARA YANG KETIGA
Dari hal tanah Kompeni mahu baki loji penduduk Kompeni boleh kasi pada satu tahun kepada datuk
Temenggung Seri Maharaja tiga ribu rial.
PERKARA YANG KEEMPAT
Maka Datuk Temenggung ada perjanjian selama-lamanya yang kompeni Inggeris boleh duduk danpelihara seperti janji ini tiada ia boleh masuk bicara atau lepas masuk di dalam daerahnya pada segala
bangsa yang lain daripada bangsa Inggeris.
PERKARA YANG KELIMA
Maka apabila datang seri sultan yang di jalan sampai di sini boleh habiskan segala perkara-perkara hal
perjanjian ini dan tetapi baiklah Kompeni Inggeris boleh pilih satu tempat mahu dinaikkan bala
tenteranya dengan alat perkakasnya dan menaikkan bendera Kompeni Inggeris maka dari itu diturunkan
tandatangan dan cap kedua kita di dalam kertas ini tatkala diperbuat surat ini kepada empat hari bulan
Rabiul Akhir 1233.
Cap dan tandatangan
4. Persetiaan antara Great Britain dengan Johor, 1824 --menyerah sepenuh kedaulatan dan hak ... untuk
selama-lamanya Selasa, 13 Oktober 2009 04:13 | Ditulis oleh Prof.Abdullah |
Teks ini diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia. Kuala
Lumpur: ITNMB
5
http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_mailto&tmpl=component&link=aHR0cDovL2lwbS51cHNpLmVkdS5teS9pbmRleC5waHA/b3B0aW9uPWNvbV9jb250ZW50JnZpZXc9YXJ0aWNsZSZpZD0yMTY6NC1wZXJzZXRpYWFuLWFudGFyYS1ncmVhdC1icml0YWluLWRlbmdhbi1qb2hvci0xODI0LW1lbnllcmFoLXNlcGVudWgta2VkYXVsYXRhbi1kYW4taGFrLS11bnR1ay1zZWxhbWEtbGFtYW55YS0mY2F0aWQ9MzI6cGVyc2V0aWFhbi1yYWphLXJhamEmSXRlbWlkPTc0http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=216%3A4-persetiaan-antara-great-britain-dengan-johor-1824-menyerah-sepenuh-kedaulatan-dan-hak--untuk-selama-lamanya-&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&option=com_content&Itemid=74http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=216%3A4-persetiaan-antara-great-britain-dengan-johor-1824-menyerah-sepenuh-kedaulatan-dan-hak--untuk-selama-lamanya-&format=pdf&option=com_content&Itemid=74http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_mailto&tmpl=component&link=aHR0cDovL2lwbS51cHNpLmVkdS5teS9pbmRleC5waHA/b3B0aW9uPWNvbV9jb250ZW50JnZpZXc9YXJ0aWNsZSZpZD0yMTc6My1wZXJqYW5qaWFuLXNpci1zdGFtZm9yZC1yYWZmbGVzLTE4MTkmY2F0aWQ9MzI6cGVyc2V0aWFhbi1yYWphLXJhamEmSXRlbWlkPTc0http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=217%3A3-perjanjian-sir-stamford-raffles-1819&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&option=com_content&Itemid=74http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=217%3A3-perjanjian-sir-stamford-raffles-1819&format=pdf&option=com_content&Itemid=74 -
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
6/44
SUATU PERSETIAAN PERSAHABATAN dan PERIKATAN antara SYARIKAT HINDIA TIMUR
lNGGERIS YANG MULIA di satu pihak, dengan DULl YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN
dan DATUK TEMENGGUNG JOHOR di satu pihak lagi, diikat pada dua hari bulan Ogos, satu ribu
lapan ratus dua puluh empat (1824), bersamaan dengan enam hari bulan Zulhijah, tahun Hijriah, satu
ribu dua ratus tiga puluh sembilan (1239), oleh Sultan Johor yang di atas, iaitu DULl YANG MAHA
MULIA SULTAN HUSSAIN MUHAMMAD SHAH, dan DATUK TEMENGGUNG JOHOR yang diatas, iaitu DULl YANG AMAT MULIA DATUK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN SRI
MAHARAJA bagi pihak Baginda dan Datuk Temenggung sendiri, dengan JOHN CRAWFURD,
ESQUIRE, Residen British di Singapura, yang diberi kuasa sepenuhnya dalam persetiaan ini oleh Yang
Teramat Mulia WILLIAM PITT, LORD AMHERST, Gabenor General Kota William di Benggala, bagi
pihak SYARIKAT HINDIA TIMUR lNGGERIS YANG MULIA itu.
Perkara I
Keamanan, persahabatan, dan persefahaman yang baik akan wujud selama-lamaya antara Syarikat
Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Datuk
Temenggung Johor serta waris dan pengganti masing-masing.
Perkara II
Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul Rahman SriMaharaja dengan ini menyerah sepenuh kedaulatan dan hak kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris
Yang Mulia, waris dan penggantinya untuk selama-lamanya, Pulau Singapura, yang terletak di Selat
Melaka, bersama-sama laut, selat dan pulau-pulau kecil bersebelahan dengannya, dalam lingkungan
sepuluh batu geografi dari pantai pulau utama Singapura.
Perkara III
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sebagai balasan kepada penyerahan
yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu ini, membayar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain
Muhammad Shah, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus (33,200) Dolar Sepanyol,
bersama dengan gaji, sepanjang hayat Baginda, sejumlah satu ribu tiga ratus (1,300) Dolar Sepanyol
sebulan, dan kepada Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, sejumlah
wang sebanyak dua puluh enam ribu lapan ratus (26,800) Dolar Sepanyol, dengan gaji bulanan sebanyaktujuh ratus (700) Dolar Sepanyol sepanjang hayatnya.
Perkara IV
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah dengan ini mengaku menerima
daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, sebagai menyempurnkan ketetapan kedua-dua
Perkara terdahulu ini, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus (33,200) Dolar Sepanyol
(iaitu kurang drpd RM3 juta sekarang - Hasbullah Pit), bersama dengan ansuran bulanan pertama gaji
yang tersebut di atas sebanyak satu ribu tiga ratus (1,300) Dolar Sepanyol, dan Duli Yang Amat Mulia
Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja juga dengan ini mengaku menerima daripada Syarikat
Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, sebagai menyempurnakan ketetapan kedua-dua Perkara terdahulu
ini, sejumlah wang sebanyak dua puluh enam ribu lapan ratus (26,800) Dolar Sepanyol, bersama dengan
ansuran bulanan pertama gaji di atas sebanyak tujuh ratus Dolar Sepanyol.
Perkara V
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia berjanji menyambut dan melayan Duli Yang Maha Mulia
Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah, dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja,
dengan penuh kemuliaan, kehormatan dan adat istiadat yang layak atas kedudukan dan taraf masing-
masing, bilamana Baginda dan Datuk Temenggung menetap atau mengunjungi Pulau Singapura.
Perkara VI
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sekiranya Duli Yang Maha Mulia
6
-
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
7/44
Baginda Sultan dan Datuk Temenggung, waris atau pengganti Baginda dan Datuk Temenggung memilih
untuk menetap di mana-mana bahagian Negeri sendiri, dan bagi maksud tersebut hendak berpindah dari
Singapura, membayar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, waris atau
pengganti Baginda, sejumlah wang sebanyak dua puluh ribu (20,000) Dolar Sepanyol, dan kepada Duli
Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, waris atau pengganti Datuk
Temenggung sejumlah wang sebanyak lima belas ribu (15,000) Dolar SepanyoP
Perkara VII
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul
Rahman Sri Maharaja, sebagai balasan kepada bayaran yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu ini,
dengan ini menyerahkan, bagi pihak diri, waris, dan pengganti masing-masing, kepada Syarikat Hindia
Timur Inggeris Yang Mulia, waris dan pengganti mereka buat selama-lamanya, semua hak dan hak
milik kepada setiap jenis harta tak alih, sama ada dalam bentuk tanah, rumah, kebun, dusun, atau pokok
kayu, yang mungkin dimiliki oleh Baginda dan Datuk Temenggung di Pulau Singapura atau di wilayah
tanggungannya pada masa yang difikirkan Baginda dan Datuk Temenggung sebagai sesuai untuk
berpindah dari pulau tersebut, bagi maksud menetap di Negeri sendiri, tetapi hendaklah difahami dengan
sejelas-jelasnya oleh setiap pihak bahawa peruntukan Perkara ini tidak meliputi apa-apa jenis harta yang
boleh dipegang oleh mana-mana pengikut atau orang suruhan Duli Yang Maha Mulia dan Datuk
Temenggung yang berada di luar kawasan sekitar kediaman sebenar yang kini diperuntukkan kepada
Duli Yang Maha Mulia dan Datuk Temenggung.
Perkara VIII
Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri
Maharaja, dengan ini berjanji bahawa selama Baginda dan Datuk Temenggung menetap di Pulau
Singapura, atau menerima gaji bulanan masing-masing daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang
Mulia, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Persetiaan ini, Baginda dan Datuk Temenggung tidak
boleh sekali-kali mengikat apa-apa perikatan dan juga tidak boleh berutus-utusan dengan mana-mana
kuasa atau raja asing, tanpa pengetahuan dan keizinan Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia,
waris dan penggantinya.
Perkara IX
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, dengan ini berjanji bahawa jika sekiranya Duli Yang MahaMulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah, dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja
berpindah dari Pulau Singapura sebagaimana yang dibayangkan dalam Perkara ke-6, dan berasa gusar
untuk menetap di wilayah mereka sendiri berbangkit daripada perpindahan itu, memberi mereka suaka
diri dan perlindungan sama ada di Pulau Singapura atau Pulau Pinang.
Perkara X
Pihak Penjanji dengan ini menyatakan dan berjanji bahawa tiada mana-mana pihak pun akan campur
tangan dalam hal-ehwal dalaman pihak pemerintah yang satu lagi, atau dalam mana-mana
pertelingkahan politik atau peperangan yang mungkin tercetus dalam wilayah masing-masing, dan
mereka juga tidak boleh menyokong satu sarna lain melalui kekuatan senjata terhadap mana-manajua
pihak ketiga.
Perkara XIPihak Penjanji dengan ini berjanji menggunakan apa-apa cara yang masing-masing berkuasa bagi
menghapuskan rompakan dan pelanunan di Selat Melaka dan juga di laut sempit, selat dan sungai lain
yang bersempadanan, atau yang di dalam, wilayah masing-masing selagi ia berkaitan dengan kekuasaan
dan kepentingan langsung Duli Yang Maha Mulia dan Datuk Temenggung.
Perkara XII
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul
Rahman Sri Maharaja dengan ini berjanji mengekalkan perdagangan bebas dan tidak terganggu di mana-
7
-
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
8/44
mana sahaja di kawasan kekuasaan mereka, dan membenarkan perdagangan dan lalu lintas negara
British ke dalam semua pelabuhan dan pangkalan kapal kerajaan Johor dan wilayah tanggungannya
berdasarkan syarat negara yang paling diutamakan.
Perkara XIII
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, selagi Duli Yang Maha Mulia Baginda
Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja kekal menetapdi Pulau Singapura, tidak membenarkan mana-mana orang suruhan atau pengikut Baginda dan Datuk
Temenggung meninggalkan langsung khidmat sebenar mereka, untuk tinggal atau kekal berada di Pulau
Singapura atau wilayah tanggungannya. Tetapi dengan ini hendaklah difaharni sejelas-jelasnya bahawa
semua orang suruhan dan pengikut itu hendaklah terdiri daripada rakyat kelahiran mana-mana bahagian
wilayah kekuasaan Baginda dan Datuk Temenggung sahaja, di mana kuasa Baginda dan Datuk
Temenggung kini bertapak kukuh, dan nama-nama mereka pada masa memasuki perkhidmatan Baginda
dan Datuk Temenggung, hendaklah ditulis secara sukarela dan sewajarnya dalam sebuah daftar yang
disimpan bagi maksud itu oleh ketua pihak berkuasa tempatan pada masa itu.
Perkara XIV
Maka adalah dengan ini, saling dinyatakan dan dipersetujui bahawa syarat-syarat semua Konvensyen,
Persetiaan atau Perjanjian yang lalu yang diikat antara Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia
dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Datuk Temenggung Johor, hendaklah denganPersetiaan ini disifatkan sebagai, dan dengan ini, terbatal dan termansuh sewajarnya, walau
bagaimanapun dengan pengecualian syarat-syarat terdahulu sebagaimana yang telah diberikan kepada
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, apa-apa hak atau hak milik bagi pendudukan atau
pemilikan Pulau Singapura dan wilayah tanggungannya seperti yang tersebut di atas.
Dibuat dan diikat di Singapura, pada hari dan tahun yang tertulis di atas.
(T.T.) SULTAN HUSSAIN MUHAMMAD SHAH.
(T.T.) 1. CRAWFORD.
DATUK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN SRI MAHARAJA.(T.T.) AMERST.
(T.T.) EDWARD PAGET.
(T.T.) F. FENDALL.
Diratiftkasikan oleh Yang Amat Mulia Gabenor Jeneral dalam Majlis, di Kota William di Benggala,
pada sembilan belas hari bulan November, satu ribu lapan ratus dua puluh empat.
(Tandatangan)
GEO. SWINTON, Setiausaha Kerajaan.
Nota:
2 Perkara VI dan VII, apabila berkaitan dengan Datuk Temenggung, telah dibatalkan melalui perjanjian
bertarikh 19 hari bulan Disember 1862. Lihat Maxwell & Gibson 1924: 129-130.
8
-
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
9/44
5. Perjanjian Belanda 1824Selasa, 13 Oktober 2009 04:11 | Ditulis oleh Prof.Abdullah |
Diambil daripada, Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia, 2008. Kuala Lumpur:ITNMB
PERSETIAAN ANTARA DULl YANG MAHA MULlA BAGINDA KING GREAT BRITAIN
DENGAN RAJA NEGERI BELANDA BERKAITAN DENGAN WILAYAH DAN PERDAGANGAN
DI HINDIA TIMUR, DITANDATANGANI DI LONDON PADA 17 HARI BULAN MAC 1824.
Dengan Nama Trimurti Paling Kudus dan Paling Tunggal.
Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland, dan Duli Yang Maha
Mulia Baginda Raja Negeri Belanda, berhasrat mewujudkan suasana saling memanfaatkan berkaitan
dengan Tanah Jajahan dan Perdagangan rakyat masing-masing di Hindia Timur, supaya kesejahteraan
dan kemakmuran kedua-dua negara boleh digalakkan sepanjang waktu pada masa hadapan, tanpa apa-
apa perbezaan dan rasa cemburu yang pada masa lampau telah menggugat keharmonian yang sepatutnyawujud antara mereka; dan dengan harapan segala kejadian salah faham antara Wakil masing-masing
boleh, sedapat mungkin, dihalang; dan dengan tujuan membuat keputusan tentang sesetengah persoalan
yang telah timbul dalam penyempurnaan Konyensyen yang dibuat di London pada 13 hari bulan Ogos
1814, setakat yang berkaitan dengan Tanah Jajahan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri
Belanda di Timur, telah melantik Wakil Penuh Kerajaan masing-masing, iaitu:-
Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland melantik Yang Amat
Arif George Canning, seorang Ahli Majlis Privi Yang Amat Mulia Duli Yang Maha Mulia Baginda
King, Ahli Parlimen, dan Ketua Setiausaha Negara bagi Hal-Ehwal Luar Duli Yang Maha Mulia
Baginda King; dan Yang Amat Arif Charles Watkin Williams Wynn, seorang Ahli Majlis Privi Yang
Amat Mulia Duli Yang Maha Mulia Baginda King, Ahli Parlimen, Leftenan Kolonel Pemerintah
Rejimen Askar Berkuda Yeomanry di Montgomeryshire, dan Presiden Lembaga Pesuruhjaya Duli Yang
Maha Mulia Baginda King bagi Hal-Ehwal India:-
Dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda melantik Baron Henry Fagel, Ahli Kor Askar
Berkuda Wilayah Holland, Konsul Negara, Knight Grand Cross of the Royal Order of the Belgic Lion,
dan Royal Guelphic Order, dan Duta Besar Khas dan Wakil Penuh Duli Yang Maha Mulia Raja Belanda
(di negeri) Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain; dan Anton Reinhard Falck, Commander
of the Royal Order of the Belgic Lion, dan Menteri Jabatan Arahan Awam, Perindustrian Negara, dan
Tanah Jajahan Duli Yang Maha Mulia Baginda King:-
Yang, setelah menyampaikan Kuasa Penuh masing-masing, mendapati segala-galanya baik dan
sewajarnya, maka telah bersetuju tentang Perkara-perkara berikut:-
Perkara I
Pihak Penjanji Tertinggi berjanji membenarkan rakyat satu sama lain berdagang antara Tanah Jajahanmasing-masing di Kepulauan Timur, dan di Benua India dan di Ceylon, sebagai negara bertaraf paling
diutamakan; dan rakyat masing-masing perlu mematuhi Peraturan tempatan di setiap Petempatan.
Perkara II
Rakyat dan kapal sebuah negara tidak perlu membayar, atas pengimportan atau pengeksportan di
pelabuhan pihak yang satu lagi di Laut Timur, apa-apa duti pada kadar yang melebihi sekali ganda duti
yang dikenakan ke atas rakyat dan kapal negara pemilik pelabuhan itu.
Duti yang dibayar ke atas eksport atau import di Pelabuhan British di Benua India, atau di Ceylon oleh
9
http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_mailto&tmpl=component&link=aHR0cDovL2lwbS51cHNpLmVkdS5teS9pbmRleC5waHA/b3B0aW9uPWNvbV9jb250ZW50JnZpZXc9YXJ0aWNsZSZpZD0yMTU6NS1wZXJqYW5qaWFuLWJlbGFuZGEtMTgyNC1tYWthLXRlcnBlY2FobGFoLWR1bmlhLW1lbGF5dSZjYXRpZD0zMjpwZXJzZXRpYWFuLXJhamEtcmFqYSZJdGVtaWQ9NzQ=http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=215%3A5-perjanjian-belanda-1824-maka-terpecahlah-dunia-melayu&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&option=com_content&Itemid=74http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=215%3A5-perjanjian-belanda-1824-maka-terpecahlah-dunia-melayu&format=pdf&option=com_content&Itemid=74 -
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
10/44
kapal kargo Belanda, hendaklah dikira sebegitu rupa supaya tiada apa-apa duti yang dikenakan itu
melebihi sekali ganda amaun duti yang dibayar oleh kapal kargo British.
Berhubung dengan apa-apa barang yang tiada apa-apa duti dikenakan, apabila diimport atau dieksport
o1eh rakyat, atau di atas kapal negara pemilik pelabuhan itu, maka duti yang dikenakan ke atas rakyat
atau kapal pihak yang satu lagi itu tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi enam peratus.
Perkara III
Pihak Penjanji Tertinggi berjanji bahawa selepas ini tiada apa-apa Persetiaan dibuat oleh mana-mana
pihak, dengan mana-mana Kuasa Peribumi di Laut Timur yang boleh mengandungi apa-apa Perkara
yang cenderung, sama ada secara nyata atau melalui penetapan duti tak setara bagi mengecualikan
perdagangan Pihak yang satu lagi daripada pelabuhan Kuasa Peribumi itu; dan jika dalam mana-mana
Persetiaan yang wujud kini pada mana-mana Pihak terdapat apa-apa Perkara yang mempunyai maksud
sedemikian, maka Perkara itu hendaklah terbatal sebaik-baik sahaja Persetiaan ini diikat.
Maka adalah difahami bahawa sebelum pengikatan Persetiaan ini, perhubungan telah dibuat o1eh setiap
Pihak Penjanji dengan pihak yang satu lagi tentang segala Persetiaan atau Perjanjian yang wujud antara
setiap mereka dengan mana-mana Kuasa Periburni di Laut Timur dan bahawa perhubungan itu
hendaklah dibuat berkaitan dengan segala Persetiaan yang diikat oleh mereka masing-masing selepas
ini.
Perkara IV
Duli-Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dan Raja Negeri Belanda berjanji memberi
Perintah yang ketat kepada Pihak Berkuasa Awam dan juga Tentera dan demikian juga kepada Kapal
Perang mereka supaya menghormati kebebasan perdagangan yang ditetapkan oleh Perkara I, II dan III;
dan tidak boleh, dalam mana-mana hal menyekat perhubungan bebas Peribumi di Kepulauan Timur
dengan pelabuhan kedua-dua Kerajaan atau rakyat kedua-dua Kerajaan dengan Pelabuhan kepunyaan
Kuasa Peribumi.
Perkara V
Duli-Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dan Raja Negeri Belanda, juga berjanji
bersetuju mencegah pelanunan di laut-laut itu; mereka tidak akan memberi sama ada suaka atauperlindungan kepada kapal yang terlibat dalam pelanunan, dan mereka tidakakan membenarkan dalam
mana-mana hal kapal atau dagangan yang ditawan oleh kapal itu dibawa masuk, disimpan, atau dijual di
mana-mana Tanah Jajahan mereka.
Perkara VI
Maka adalah dipersetujui bahawa Perintah akan diberikan oleh kedua-dua Kerajaan kepada Pegawai dan
Wakil mereka di Timur supaya tidak mendirikan apa-apa Petempatan baru di mana-mana pulau di Laut
Timur, tanpa terlebih dahulu memperoleh kebenaran daripada Kerajaan masing-masing di Eropah.
Perkara VII
Kepulauan Maluku, khususnya Ambon, Banda, Temate, dan Wilayah Tanggungan terdekat masing-
masing adalah dikecualikan daripada kuat kuasa Perkara I, II, III dan IV, sehingga Kerajaan Negeri
Belanda mendapati sesuai untuk melepaskan monopoli rempah-ratus; tetapi jika Kerajaan tersebut, padabila-bila masa sebelum pelepasan monopoli itu, hendak membenarkan rakyat mana-mana kuasa, selain
Kuasa Periburni Asia, menjalankan apa-apa hubungan perdagangan dengan pulau-pulau tersebut, maka
rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain hendaklah dibenarkan mengadakan hubungan
sedemikian dengan kedudukan yang betul-betul serupa.
Perkara VIII
Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda menyerah kepada Duli Yang Maha Mulia
10
-
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
11/44
Baginda King Great Britain, semua pertapakannya di Benua India, dan melepaskan segala keistimewaan
dan pengecualian yang dinikmati atau dituntut disebabkan oleh pertapakan itu.
Perkara IX
Kilang di Kota Marlborough dan semua Tanah Jajahan British di Pulau Sumatera adalah dengan ini
diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Belanda; dan Duli Yang Maha Mulia Baginda
King Great Britain selanjutnya berjanji bahawa tiada apa-apa Petempatan British akan didirikan di Pulauitu, dan tiada apa-apa persetiaan akan diikat oleh Pihak Berkuasa British dengan mana-mana Raja,
Orang Besar atau Negeri Peribumi di sana.
Perkara X
Bandar dan Kota Melaka serta Wilayah Tanggungannya adalah dengan ini diserahkan kepada Duli Yang
Maha Mulia Baginda King Great Britain; dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda
berjanji, bagi pihak diri dan rakyat Baginda, tidak akan mendirikan apa-apa Pertapakan di mana-mana
bahagian Semenanjung Melaka, atau mengikat apa-apa Persetiaan dengan mana-mana Raja, Pembesar
atau Negeri Peribumi di sana.
Perkara XI
Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain menarik balik bantahan yang dibuat berhubung
dengan pendudukan Pulau Belitong dan Wilayah Tanggungannya, oleh Wakil Kerajaan Negeri Belanda.
Perkara XII
Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda menarik balik bantahan yang dibuat berhubung
dengan pendudukan Pulau Singapura, oleh rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain.
Walau bagaimanapun, Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain berjanji bahawa tiada apa-
apa Pertapakan British akan didirikan di Pulau Karimon, atau di Pulau Batam, Bintang, Lingin, atau di
mana-mana pulau lain di selatan Selat Singapura, dan tiada apa-apa Persetiaan akan diikat oleh Pihak
Berkuasa British dengan para Pembesar pulau-pulau itu.
Perkara XIIISegala Tanah Jajahan, Petempatan dan Pertapakan yang diserahkan melalui Perkara terdahulu hendaklah
diserahkan kepada para Pegawai Raja masing-masing pada 1 hari bulan Mac 1825. Segala Kubu
hendaklah berada dalam keadaan seperti sebelum tempoh pemberitahuan Persetiaan ini di India; tetapi
tiada apa-apa tuntutan boleh dibuat oleh suatu pihak ke atas pihak yang satu lagi terhadap kelengkapan
tentera atau bekalan daripada apa jua jenisnya, sama ada yang telah ditinggalkan atau dipindahkan oleh
Kuasa penyerah, dan tiada juga terhadap apa-apa tunggakan hasil atau bagi apa-apa bayaran
pentadbiran.
Perkara XIV
Semua penduduk Wilayah yang diserahkan melalui Perjanjian ini, akan menikmati kebebasan, selama
satu tempoh enam tahun dari tarikh ratifikasi Persetiaan ini, bagi melupuskan, sesuka hati mereka,
segala harta mereka dan berpindah ke mana-mana negeri yang mereka sukai, tanpa disuruh atau
dihalang.
Perkara XV
Pihak Penjanji Tertinggi bersetuju bahawa tiada mana-mana Wilayah atau Pertapakan yang disebut
dalam Perkara VIII, IX, X, XI, dan XII boleh, pada bila-bila masa, dipindahkan kepada mana-mana
kuasa lain. Sekiranya mana-mana Tanah Jajahan tersebut ditinggalkan oleh salah satu Pihak Penjanji,
maka hak pendudukannya hendaklah dengan serta-merta beralih ke pihak yang satu lagi.
Perkara XVI
Maka adalah dipersetujui bahawa segala akaun dan penuntutan kembali yang berbangkit daripada
11
-
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
12/44
pemulangan Jawa, dan Tanah Jajahan lain kepada para Pegawai Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja
Negeri Belanda di Hindia Timur, dan juga yang tertakluk di bawah Konvensyen yang dibuat di Jawa
pada 24 hari bulan Jun 1817 antara Pesuruhjaya kedua-dua Negara itu, seperti yang lain-lainnya,
hendaklah ditutup sepenuhnya secara muktamad dan diselesaikan dengan bayaran sejumlah wang
sebanyak seratus ribu paun sterling, yang hendaklah dibuat di London oleh pihak Negeri Belanda,
sebelum habis tempoh tahun 1825.
Perkara XVII
Persetiaan ini hendaklah diratifikasikan, dan ratifikasi yang akan dibuat bersama-sama di London
hendaklah diadakan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh ini, atau secepat yang mungkin jika boleh.
Pada menyaksikannya, maka Wakil Penuh Kerajaan masing-masing telah menandatangani Persetiaan ini
dan mengecap padanya meterai lambang mereka.
Dibuat di London pada tujuh belas hari bulan Mac tahun Masihi satu ribu lapan ratus dua puluh empat.
(Tanda tangan)
GEORGE CANNING.
(Tanda tangan)CHARLES WATKIN WILLIAMS WYNN.
Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 8-12.
6. Penyerahan Pemerintahan Sarawak oleh Pangeran MudaHassim, 1841 -
Selasa, 13 Oktober 2009 04:08 | Ditulis oleh Prof.Abdullah |
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia, Kuala Lumpur:ITNMB, 2008
Perjanjian ini yang dibuat pada hari Rabu, tiga puluh hari bulan Rejab tahun Hijriah satu ribu dua ratus
lima puluh tujuh pada pukul dua belas menunjukkan bahawa dengan suci hati dan penuh kejujuran
PANGERAN MUDA HASSIM putera Al-Marhum Sultan Muhammad dengan ini menyerahkan hasil
dan segala tanggungjawab masa depan Pemerintahan Sarawak bersama dengan wilayah tanggungannya,
kepada JAMES BROOKE Esquire. Selanjutnya, dia, James Brooke Esquire adalah pemunya tunggal
hasil negeri dan dia sahajalah yang bertanggungjawab terhadap perbelanjaan awam yang diperlukan
demi kebaikan Sarawak.
Seterusnya, James Brooke Esquire dengan suci hati dan dengan penuh kejujuran menerima Perjanjian
ini seperti yang ditetapkan dan selanjutnya mengaku janji dari tarikh ini akan membayar kepada Sultan
Brunei satu ribu dolar, kepada Pangeran Muda satu ribu dolar, kepada Petinggi tiga ratus dolar, kepada
Bandar satu ratus lima puluh dolar dan kepada Temenggung satu ratus dolar.
Seterusnya, James Brooke Esquire mengaku janji bahawa undang-undang dan adat resam orang Melayu
Sarawak akan dihormati selama-lamanya kerana Negeri Sarawak hingga sekarang ini tertakluk kepada
pemerintahan Sultan Brunei, Pangeran Muda dan Raja-Raja Melayu.
12
http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_mailto&tmpl=component&link=aHR0cDovL2lwbS51cHNpLmVkdS5teS9pbmRleC5waHA/b3B0aW9uPWNvbV9jb250ZW50JnZpZXc9YXJ0aWNsZSZpZD0yMTQ6Ni1wZW55ZXJhaGFuLXBlbWVyaW50YWhhbi1zYXJhd2FrLW9sZWgtcGFuZ2VyYW4tbXVkYS1oYXNzaW0tMTg0MS0mY2F0aWQ9MzI6cGVyc2V0aWFhbi1yYWphLXJhamEmSXRlbWlkPTc0http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=214%3A6-penyerahan-pemerintahan-sarawak-oleh-pangeran-muda-hassim-1841-&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&option=com_content&Itemid=74http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=214%3A6-penyerahan-pemerintahan-sarawak-oleh-pangeran-muda-hassim-1841-&format=pdf&option=com_content&Itemid=74 -
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
13/44
Seterusnya, jika timbul apa-apa honar sama ada di dalam atau di luar Negeri Sarawak yang boleh
memudaratkan kepentingannya, sama ada yang disebabkan oleh rakyat atau putera raja mahupun raja
yang bermusuhan dengan Sarawak, maka Sultan dan adinda Baginda, iaitu Pangeran Muda hendaklah
mengesahkan James Brooke Esquire sebagai Raja Sarawak yang dilantik secara sah dan tidak boleh
diganggu-gugat oleh mana-mana orang lain.
Seterusnya, Pangeran Muda dan James Brooke Esquire mengikat Kontrak ini dan Pangeran bersetuju
melepaskan semua aktiviti selanjutnya dalam Pemerintahan Sarawak kecuali sebagaimana yang boleh
dijalankan olehnya dengan izin James Brooke Esquire dan apa-apa yang dilakukan oleh mereka secara
berasingan atau secara individu berkaitan dengan Pemerintahan Sarawak mestilah menurut syarat Perjan
jian ini.
Ditulis di Sarawak pada malam Jumaat, dua hari bulan Syaaban 1257 pada pukul sepuluh.
Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 184-185.
7. Tauliah daripada Sultan Borneo yang Melantik GustavusBaron de Overbeck sebagai Maharaja Sabah dan Raja
Gaya dan Sandakan, 1877
Selasa, 13 Oktober 2009 04:07 | Ditulis oleh Prof.Abdullah |
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia. Kuala Lumpur:ITNM
Kepada seluruh negara di muka bumi ini yang ada kaitannya dengan perkara ini, beta, Abdul Mumin
ibni Al-Marhum Maulana Abdul Wahab, Sultan Borneo mengirim salam kepada semua.
Bahawasanya beta berasa perlu untuk menganugerahkan kepada sahabat beta yang setia serta yang
dikasihi, Gustavus de Overbeck dan Alfred Dent Esquire, bahagian tertentu Negeri di bawah kekuasaan
beta yang terdiri daripada seluruh bahagian utara Pulau Borneo dari Sungai Sulaman di sebelah pantai
barat ke Teluk Maludu dan ke Sungai Paitan dan kemudiannya seluruh bahagian pantai timur sehingga
ke Sungai Sibuko, yang terdiri daripada Negeri Paitan, Sugut, Bangayan, Labok, Sandakan,
Kinabatangan, dan Mumiang, dan tanah yang lain sejauh hingga ke Sungai Sibuko sehingga meliputi
wilayah Kimanis dan Binoni, wilayah Pappar dan wilayah Teluk Gaya dan Teluk Sapanggar dengan
semua tanah daratan dan pulau yang menjadi sebahagian daripada kawasannya dan begitu juga Pulau
Banguey, bagi balasan tertentu yang dipersetujui antara kami.
Dan bahawasanya Gustavus Baron de Overbeck tersebut ialah ketua dan satu-satunya sahaja wakil Sah
Syarikatnya di Borneo.
Dengan yang demikian, maka ketahuilah semua yang ada bahawa beta, Sultan Abdul Mumin ibni Al-
Marhum Maulana Abdul Wahab hendak menamakan dan melantik dan dengan ini menamakan dan
melantik Gustavus Baron de Overbeck sebagai Pemerintah Tertinggi wilayah-wilayah yang tersebut di
atas dengan gelaran Maharaja Sabah (Borneo Utara) dan Raja Gaya dan Sandakan, dengan kuasa hidup
dan mati ke atas penduduknya, dengan segala hak mutlak ke atas harta yang terletak hak kepada beta
bagi isi bumi negeri ini dan hak untuk melupuskan harta itu dan juga hak terhadap pengeluaran hasil
13
http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_mailto&tmpl=component&link=aHR0cDovL2lwbS51cHNpLmVkdS5teS9pbmRleC5waHA/b3B0aW9uPWNvbV9jb250ZW50JnZpZXc9YXJ0aWNsZSZpZD0yMTM6Ny10YXVsaWFoLWRhcmlwYWRhLXN1bHRhbi1ib3JuZW8teWFuZy1tZWxhbnRpay1ndXN0YXZ1cy1iYXJvbi1kZS1vdmVyYmVjay1zZWJhZ2FpLW1haGFyYWphLXNhYmFoLWRhbi1yYWphLWdheWEtZGFuLXNhbmRha2FuLTE4NzcmY2F0aWQ9MzI6cGVyc2V0aWFhbi1yYWphLXJhamEmSXRlbWlkPTc0http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=213%3A7-tauliah-daripada-sultan-borneo-yang-melantik-gustavus-baron-de-overbeck-sebagai-maharaja-sabah-dan-raja-gaya-dan-sandakan-1877&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&option=com_content&Itemid=74http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=213%3A7-tauliah-daripada-sultan-borneo-yang-melantik-gustavus-baron-de-overbeck-sebagai-maharaja-sabah-dan-raja-gaya-dan-sandakan-1877&format=pdf&option=com_content&Itemid=74 -
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
14/44
bumi negeri ini sama ada daripada jenis galian, tumbuh-tumbuhan mahupun haiwan, dan dengan hak
untuk membuat undang-undang, membuat duit, mewujudkan tentera darat dan tentera laut, mengenakan
cukai kastam ke atas perdagangan dan perkapalan dalam dan luar negeri dan cukai dan yuran lain ke atas
penduduknya sebagaimana yang dilihatnya sebagai baik atau perlu, berserta dengan segala kuasa dan
hak lain yang biasanya dijalankan dan dimiliki oleh pemerintah berdaulat, dan yang dengan ini beta
wakilkan kepadanya dengan kerelaan beta sendiri.
Dan beta menyeru kepada seluruh negara asing yang telah beta wujudkan persetiaan dan persahabatan
serta perikatan supaya mengakui bahawa Maharaja tersebut sebagai diri beta sendiri di wilayah-wilayah
tersebut dan menghormati kuasanya di wilayah itu, dan jika sekiranya berlaku kematian atau persaraan
dari jawatan oleh Maharaja tersebut, maka orang yang sewajarnya dilantiknya sebagai pengganti dalam
jawatan pemerintah tertinggi dan Gabenor Besar wilayah Syarikat di Borneo hendaklah demikian juga
menggantikan jawatan dan gelaran Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan, dan segala kuasa
yang dinyatakan di atas hendaklah terletak hak padanya.
Dibuat di Istana Brunei pada 29 hari bulan Disember, TM 1877.
Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 156-157.
Dibuat di Istana Brunei pada 29 hari bulan Disember, TM 1877.
8. Perjanjian yang Dibuat oleh Pembesar Perak di
Pulau Pangkor, 1874Selasa, 13 Oktober 2009 04:01 | Ditulis oleh Prof.Abdullah |
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia, Kuala Lumpur:
ITNMB (2008)
Bahawasanya keadaan huru-hara sedang berlaku dalam Kerajaan Perak disebabkan oleh ketiadaan
pemerintah yang tetap di Negeri itu dan tidak wujud kuasa yang berkesan untuk melindungi rakyat dan
untuk menjamin hasil usaha mereka, dan,
Bahawasanya sebilangan besar orang Cina yang diupah dan sejumlah besar wang yang dilaburkan dalam
perusahaan bijih timah di Perak oleh rakyat British dan lain-lain yang bermastautin dalam Tanah Jajahan
Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, dan lombong serta harta tersebut tidak dilindungi secukupnya,
dan kegiatan lanun, pembunuhan, pembakaran sengaja berlaku dengan berleluasa di negeri tersebut, dan
ini menyebabkan perdagangan dan kepentingan British terjejas teruk dan keamanan serta ketenteraman
Petempatan British yang berjiranan dengannya kadang-kadang turut terancam, dan,
Bahawasanya sesetengah Pembesar semasa Kerajaan Perak telah menyatakan ketakmampuan mereka
mengawal kacau-bilau yang melanda sekarang ini, dan bersama-sama dengan mereka yangberkepentingan dalam perusahaan negeri ini telah memohon bantuan, dan,
Bahawasanya Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen terikat oleh Syarat Persetiaan bagi
melindungi Kerajaan tersebut dan membantu pemerintahnya, maka dengan ini,
Tuan Yang Terutama SIR ANDREW CLARKE, K.C.M.G., C.B., Gabenor Tanah Jajahan Negeri-
Negeri Se1at, sebagai mematuhi permintaan tersebut, dan dengan tujuan membantu pemerintah tersebut
dan bagi mewujudkan penyelesaian yang berkekalan terhadap masalah di Perak, telah mencadangkan
14
http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_mailto&tmpl=component&link=aHR0cDovL2lwbS51cHNpLmVkdS5teS9pbmRleC5waHA/b3B0aW9uPWNvbV9jb250ZW50JnZpZXc9YXJ0aWNsZSZpZD0yMTI6OC1wZXJqYW5qaWFuLXlhbmctZGlidWF0LW9sZWgtcGVtYmVzYXItcGVyYWstZGktcHVsYXUtcGFuZ2tvci0xODc0LSZjYXRpZD0zMjpwZXJzZXRpYWFuLXJhamEtcmFqYSZJdGVtaWQ9NzQ=http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=212%3A8-perjanjian-yang-dibuat-oleh-pembesar-perak-di-pulau-pangkor-1874-&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&option=com_content&Itemid=74http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=212%3A8-perjanjian-yang-dibuat-oleh-pembesar-perak-di-pulau-pangkor-1874-&format=pdf&option=com_content&Itemid=74 -
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
15/44
Perkara perkiraan yang berikut sebagai yang boleh mendatangkan manfaat bersama kepada Pemerintah
Bebas Negeri Perak, rakyatnya, rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan orang lain yang
bermastautin atau yang berdagang di Negeri Perak, iaitu:-
I. Pertama. - Bahawa Raja Muda Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak.
II. Kedua. - Bahawa Raja Bendahara Ismail, yang sekarang ini menjadi Pemangku Sultan, dibenarmengekalkan gelaran Sultan Muda dengan diberi pencen dan sebuah Wilayah kecil diserahkan hak
kepadanya.
III. Ketiga. - Bahawa segala pelantikan Pegawai-pegawai besar lain yang dibuat pada masa Raja
Bendahara Ismail menerima alat kebesaran diraja, hendaklah disahkan.
IV. Keempat. - Bahawa kuasa yang diberikan kepada Orang Kaya Menteri ke atas Larut oleh Al-
Marhum Sultan hendaklah disahkan.
V. Kelima. - Bahawa semua hasil negeri hendaklah dikutip dan semua pelantikan hendaklah dibuat atas
nama Sultan.
VI. Keenam. - Bahawa Sultan menerima dan menyediakan sebuah kediaman yang sesuai untuk seorangPegawai British yang dinamakan Residen, yang akan ditauliahkan ke istana Baginda, dan nasihatnya
mestilah dirninta dan diambil tindakan atas semua persoalan selain yang menyentuh agama Islam dan
adat istiadat orang Melayu.
VII. Ketujuh. - Seorang Penolong Residen, iaitu seorang Pegawai British yang bertindak di bawah
Residen Perak, dengan kuasa yang serupa dan tertakluk hanya kepada Residen tersebut hendaklah
ditempatkan di istana Gabenor Larut.
VIII. Kelapan. - Bahawa pembiayaan untuk Residen-residen ini dan Perjawatan mereka hendaklah
ditentukan oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadi tanggungan pertama daripada hasil Negeri
Perak.
IX. Kesembilan. - Bahawa peruntukan diraja yang mengawal selia pendapatan yang akan diterima oleh
Sultan, Bendahara, Menteri, dan Pegawai lain hendaklah menjadi tanggungan seterusnya daripada hasil
tersebut.
X. Kesepuluh. - Bahawa pemungutan dan pengawalan segala hasil dan pentadbiran am negeri dikawal
selia di bawah nasihat Residen-residen ini.
XI. Kesebelas. - Bahawa Persetiaan di mana Pulau Dinding dan pulau-pulau Pangkor telah diserahkan
kepada Great Britain telah tersalah faham, dan dengan yang demikian, maka perlulah diselaraskan
semula supaya dapat dikuatkuasakan tujuan sebenar para penggubal
Persetiaan itu, dan dengan ini maka diisytiharkan bahawa sempadan wilayah yang diserahkan itu
hendaklah diperbetulkan seperti berikut:-
Dari Bukit Sigari, seperti yang tertera dalam Lembaran Carta No.1 Selat Melaka, yang salinannya
dilampirkan, dengan bertanda A, merentas lurus hingga ke laut, kemudiannya di sepanjang pantai laut ke
selatan, ke Pulau Katta di sebelah Barat, dan dari Pulau Katta merentang ke timur laut kira-kira
sepanjang lima batu, dan kemudiannya ke utara, iaitu ke Bukit Sigari.
XII. Kedua belas. - Bahawa legih selatan Sungai Krian, iaitu bahagian kawasan yang salirannya masuk
ke sungai itu dari selatan diisytiharkan sebagai Wilayah British, sebagai membetulkan Sempadan
Selatan Province Wellesley (Seberang Prai). Sempadan itu hendaklah ditandakan oleh Pesuruhjaya,
15
-
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
16/44
seorang yang dinamakan oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat, dan seorang lagi dinamakan oleh Sultan
Perak.
XIII. Ketiga belas. - Bahawa apabila keadaan kacau-bilau sekarang ini sudah terhenti di Negeri Perak
dan keamanan dan ketenteraman telah kembali pulih dalam kalangan puak-puak yang berbalah di Negeri
itu, maka langkah-langkah segera di bawah kawalan dan seliaan seorang atau lebih daripada seorang
Pegawai British hendaklah dilaksanakan bagi memulihkan sejauh mana yang boleh dilakukan kerja-kerja perlombongan dan pemilikan alat jentera, dll., seperti keadaan sebelum berlaku kacau-bilau, serta
bagi menguruskan pembayaran pampasan kerana kerosakan, dan keputusan pegawai atau pegawai-
pegawai itu dalam hal sedemikian adalah muktamad.
XIV. Keempat belas. - Menteri Larut berjanji mengaku sebagai hutangnya kepada Kerajaan Negeri-
negeri Selat untuk segala caj dan perbelanjaan yang ditanggung atas penyiasatan ini, dan juga atas caj
dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Tanah Jajahan Negeri-negeri Selat dan Great Britain dalam
usaha mereka bagi mewujudkan ketenteraan di Negeri Perak dan keselamatan perdagangan.
Perkara di atas telah dibaca dan telah dijelaskan kepada mereka yang berkenaan yang telah memaharni
perkara-perkara itu dan masing-masing bersetuju dan menerimanya sebagai mengikat diri mereka dan
Waris serta Pengganti mereka.
Peijanjian ini dibuat dan diikat di Pulau Pangkor dalam Tanah Jajahan British, pada dua puluh hari bulan
Januari tahun Masihi satu ribu lapan ratus tujuh puluh empat.
Disempumakan di hadapan saya,
ANDREW CLARKE,Gabenor, Panglima Besar dan Laksamana Madya Negeri-Negeri Selat.
Cap Mohor Sultan Perak.Cap Mohor Bendahara Perak.Cap Mohor Temenggung Perak.
Cap Mohor Menteri Perak.Cap Mohor Syahbandar Perak.Cap Mohor Raja Mahkota Perak.Cap Mohor Laksamana Perak.Cap Mohor Dato' Sagor.
Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 28-30.
9. Pemasyhuran Selangor, 1875 - meminta pada kami
seorang Pegawai Inggeris bagi membantu Bagindamembuka dan memerintah negeri Baginda
Selasa, 13 Oktober 2009 03:57 | Ditulis oleh Prof.Abdullah |
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia. 2008, Kuala Lumpur ITNM
Pemasyhuran Selangor oleh Tuan Yang Terutama Kolonel Sir Andrew Clarke, R.E., C.B., K.C.M.G.,
Gabenor dan Panglima Besar Negeri-Negeri Selat dan Laksamana Madya Negeri-Negeri itu.
16
http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_mailto&tmpl=component&link=aHR0cDovL2lwbS51cHNpLmVkdS5teS9pbmRleC5waHA/b3B0aW9uPWNvbV9jb250ZW50JnZpZXc9YXJ0aWNsZSZpZD0yMTE6OS1wZW1hc3lodXJhbi1zZWxhbmdvci0xODc1LW1lbWludGEtcGFkYS1rYW1pLXNlb3JhbmctcGVnYXdhaS1pbmdnZXJpcy1iYWdpLW1lbWJhbnR1LWJhZ2luZGEtbWVtYnVrYS1kYW4tbWVtZXJpbnRhaC1uZWdlcmktYmFnaW5kYSZjYXRpZD0zMjpwZXJzZXRpYWFuLXJhamEtcmFqYSZJdGVtaWQ9NzQ=http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=211%3A9-pemasyhuran-selangor-1875-meminta-pada-kami-seorang-pegawai-inggeris-bagi-membantu-baginda-membuka-dan-memerintah-negeri-baginda&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&option=com_content&Itemid=74http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=211%3A9-pemasyhuran-selangor-1875-meminta-pada-kami-seorang-pegawai-inggeris-bagi-membantu-baginda-membuka-dan-memerintah-negeri-baginda&format=pdf&option=com_content&Itemid=74 -
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
17/44
Ketahuilah oleh sekalian manusia bahawa Sultan Abdul Sarnad, Pemerintah Selangor, Klang, Langat,
Bernam dan Lukut, serta wilayah tanggungannya dengan hasrat mewujudkan Kerajaan yang lebih baik
di negeri Baginda, telah meminta pada kami seorang Pegawai Inggeris bagi membantu Baginda
membuka dan memerintah negeri Baginda, dan atas permintaan Baginda itu, kami telah menghantar dua
orang pegawai, iaitu Tuan Davidson bagi menetap di Klang dan Tuan Swettenham bagi menetap di
Langat, untuk membantu menjalankan kerja-kerja ini, khususnya melindungi nyawa dan harta bendapenduduk dan pedagang di Selangor dan Wilayah-wilayahnya.
Maka dengan yang demikian, Sultan Selangor telah mengeluarkan suatu Pemasyhuran bertarikh 21 hari
bulan Sya'ban tahun Hijriah 1291, yang mengundang para saudagar dan orang lain mencari rezeki di
negeri Baginda, dan karni menyokong Pemasyhuran itu sepenuh-penuhnya dan pegawai kami yang
tersebut di atas akan membantu semua orang yang baik-baik yang pergi ke Selangor dan Wilayah-
wilayahnya, sama ada untuk menetap atau berdagang di sana.
Dengan Perintah Tuan Yang Terutama,
T. BRADDELL,Setiausaha Tanah Jajahan.
Pejabat Setiausaha Tanah Jajahan,Singapura, 25 hari bulan Januari 1875.
10. Pemasyhuran Pahang, 1889Selasa, 13 Oktober 2009 03:55 | Ditulis oleh Prof.Abdullah |
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965(2010).Kuala Lumpur: ITNM
Meterai: Sultan Ahmad Muazam Shah
Beta, Sultan Ahmad Muazam Shah, putera A1-Marhum Sultan A1i, yang menduduki takhta KerajaanPahang serta segala wilayah tanggungannya, dengan ini mengisytiharkan dan memasyhurkan bahawa
beta telah memberi titah perintah kuasa kepada putera su1ung beta Tunku Mahmud, dan bahawasanya
beta mula merasa beban usia tua dan kegeringan yang menimpa beta, dan dengan demikian beta ingin
berundur daripada memerintah Kerajaan beta dan setelah dipertimbang halus-ha1us beta te1ah
menetapkan hati dan mengesahkan bahawa putera beta itu akan menjadi wakil beta da1am perundingan
dengan Residen British bagi memperbuat undang-undang dan mengeluarkan peraturan yang berhubung
dengan segala perkara berkaitan pentadbiran Kerajaan, dan beta mengakui bahawa segala tindakan
putera beta itu dalam mentadbir hal-ehwal negeri adalah seolah-olah beta yang tadbir sendiri.
Dan se1anjutnya beta telah memberi titah perintah yang mengurniakan kepada putera beta itu kuasa
sepenuhnya dan selengkap-lengkapnya supaya semua Pembesar dan Penghulu beta mesti mematuhi
sepenuh-penuhnya apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh putera beta itu, kerana dalam setiap halnyaperintah itu adalah perintah beta jua.
Dibuat pada 22 hari bulan Ju1ai 1889.
Teks ini diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 70.
17
http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_mailto&tmpl=component&link=aHR0cDovL2lwbS51cHNpLmVkdS5teS9pbmRleC5waHA/b3B0aW9uPWNvbV9jb250ZW50JnZpZXc9YXJ0aWNsZSZpZD0yMTA6MTAtcGVtYXN5aHVyYW4tcGFoYW5nLTE4ODkmY2F0aWQ9MzI6cGVyc2V0aWFhbi1yYWphLXJhamEmSXRlbWlkPTc0http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=210%3A10-pemasyhuran-pahang-1889&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&option=com_content&Itemid=74http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=210%3A10-pemasyhuran-pahang-1889&format=pdf&option=com_content&Itemid=74 -
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
18/44
11. Perjanjian antara Gabenor Negeri-Negeri Selat
yang Bertindak bagi Pihak Kerajaan Duli Yang
Maha Mulia Baginda Queen dan Undang Luak-Luak
yang selepas ini Dinamakan Negeri Sembilan,
1895
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965,
Selasa, 13 Oktober 2009 03:51 | Ditulis oleh Prof.Abdullah |
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965, KualaLumpur
Bagi mengesahkan pelbagai perjanjian terdahulu yang bertulis dan yang tidak bertulis, maka Yam Tuan
Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Je1ebu, Rembau dan Tampin dengan
ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Luak mereka di bawah naungan Kerajaan British.
2. Undang Luak-Luak yang tersebut di atas, dengan ini bersetuju membentuk sebuah Negeri gabungan
yang dikenali sebagai Negeri Sembilan, dan mereka berhasrat memperoleh bantuan seorang Residen
British dalam mentadbir Kerajaan gabungan tersebut dan mereka mengaku janji mematuhi nasihatnya
dalam semua perkara pentadbiran selain yang menyentuh agama Islam.
3. Maka hendaklah difahami bahawa perkiraan sebagaimana yang dipersetujui kini tidaklah bermakna
bahawa mana-mana Undang akan menjalankan apa-apa kuasa atau wibawa lain berkaitan mana-mana
Luak lain, selain Luak yang dimilikinya kini.
Pada menyaksikannya maka Gabenor Leftenan Kolonel Sir Charles Bullen Hugh Mitchell, G.C.M.G.
dan Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Je1ebu, Rembau dan
Tampin telah menandatangani Perjanjian ini yang bertarikh 8 hari bulan Ogos tahun Masihi satu ribulapan ratus sembilan puluh lima bersamaan dengan 16 hari bulan Safar tahun Hijriah satu ribu tiga ratus
dua belas.
(Tandatangan) C.B.H. MITCHELL (Meterai)
Saksi tandatangan Sir C.B.H. Mitchell, G.C.M.G.
(Tandatangan) CLAUD SEVERN, Setiausaha Sulit.
Meterai Dato Bandar.
(Tandatangan) DATO BANDAR AHMAD
Meterai Undang Jelebu.
(Tandatangan) SYED ALl
Saksi.
(Tandatangan) ARTHUR L. KEYSER.
30 hari bulan Jun 1895.
CAP DATO JOHOL.
18
http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_mailto&tmpl=component&link=aHR0cDovL2lwbS51cHNpLmVkdS5teS9pbmRleC5waHA/b3B0aW9uPWNvbV9jb250ZW50JnZpZXc9YXJ0aWNsZSZpZD0yMDk6MTEtcGVyamFuamlhbi1hbnRhcmEtZ2FiZW5vci1uZWdlcmktbmVnZXJpLXNlbGF0LXlhbmctYmVydGluZGFrLWJhZ2ktcGloYWsta2VyYWphYW4tZHVsaS15YW5nLW1haGEtbXVsaWEtYmFnaW5kYS1xdWVlbi1kYW4tdW5kYW5nLWx1YWstbHVhay15YW5nLXNlbGVwYXMtaW5pLWRpbmFtYWthbi1uZWdlcmktc2VtYmlsYW4tMTg5NS1kaWFtYmlsLWRhcmlwYWRhLXBlcmphbmppYW4tZGFuLWRva3VtZW4tbGFtYS1tYWxheXNpYS0xNzkxLTE5NjUmY2F0aWQ9MzI6cGVyc2V0aWFhbi1yYWphLXJhamEmSXRlbWlkPTc0http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=209%3A11-perjanjian-antara-gabenor-negeri-negeri-selat-yang-bertindak-bagi-pihak-kerajaan-duli-yang-maha-mulia-baginda-queen-dan-undang-luak-luak-yang-selepas-ini-dinamakan-negeri-sembilan-1895-diambil-daripada-perjanjian-dan-dokumen-lama-malaysia-1791-1965&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&option=com_content&Itemid=74http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=209%3A11-perjanjian-antara-gabenor-negeri-negeri-selat-yang-bertindak-bagi-pihak-kerajaan-duli-yang-maha-mulia-baginda-queen-dan-undang-luak-luak-yang-selepas-ini-dinamakan-negeri-sembilan-1895-diambil-daripada-perjanjian-dan-dokumen-lama-malaysia-1791-1965&format=pdf&option=com_content&Itemid=74 -
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
19/44
Saksi.
(Tandatangan) LEOPOLD CAZALAS
Meterai Dato Rembau.
(Tandatangan) SIRUN
Meterai Yam Tuan Besar.
(Tandatangan) MOHAMED BIN ANTAH.
20 hari bulanJun 1895.
Saksi.
(Tandatangan) MARTIN LISTER.
(Tandatangan) DATO BANDAR AHMAD, Pemangku Dato Kelana.
Saksi.
(Tandatangan) HARVEY CHEVALLIER
Teks diambil daripada Maxwell & Gibson, 1924: 64-65
12. Persetiaan Persekutuan, 1895Selasa, 13 Oktober 2009 03:50 | Ditulis oleh Prof.Abdullah |
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965. Kuala
Lumpur: ITNM
PERJANJIAN antara Gabenor Negeri-Negeri Selat, yang bertindak bagi pihak Kerajaan Duli Yang
Maha Mulia Baginda Queen, Maharani India dengan Raja-Raja Negeri Melayu yang berikut, iaitu:
Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.
1. Sebagai mengesahkan pelbagai Perjanjian terdahulu, maka Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan
Pahang dan Pembesar-Pembesar Negeri-Negeri yang membentuk wilayah yang dikenali sebagai Negeri
Sembilan, dengan ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Negeri mereka di bawah naungan
Kerajaan British.
2. Raja-Raja dan Pembesar-Pembesar masing-masing bagi Negeri-negeri yang dinamakan di atas,
dengan ini bersetuju membentuk negeri-negeri mereka dalam sebuah Persekutuan, dikenali sebagai
Negeri-Negeri Melayu Naungan, yang ditadbir di bawah nasihat Kerajaan British.
3. Maka hendaklah difahami bahawa Perkiraan yang dengan ini dipersetujui tidak bermaksud bahawa
mana-mana seorang Raja atau Pembesar akan menjalankan apa-apa kuasa atau wibawa berkaitan dengan
mana-mana Negeri selain yang kini dimilikinya di Negeri yang dia diiktiraf sebagai Raja atau Pembesar.
4. Raja-Raja yang dinamakan di atas bersetuju untuk menerima seorang Pegawai British, bergelar
Residen Jeneral, sebagai ejen dan wakil Kerajaan British di bawah Gabenor Negeri-Negeri Selat.
19
http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_mailto&tmpl=component&link=aHR0cDovL2lwbS51cHNpLmVkdS5teS9pbmRleC5waHA/b3B0aW9uPWNvbV9jb250ZW50JnZpZXc9YXJ0aWNsZSZpZD0yMDg6MTItcGVyc2V0aWFhbi1wZXJzZWt1dHVhbi0xODk1JmNhdGlkPTMyOnBlcnNldGlhYW4tcmFqYS1yYWphJkl0ZW1pZD03NA==http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=208%3A12-persetiaan-persekutuan-1895&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&option=com_content&Itemid=74http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=208%3A12-persetiaan-persekutuan-1895&format=pdf&option=com_content&Itemid=74 -
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
20/44
Mereka mengaku janji menyediakan untuknya tempat penginapan yang sesuai, memberi gaji seperti
mana yang ditentukan oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, dan mengikuti nasihatnya
dalam semua perkara pentadbiran selain yang menyentuh agama Islam. Pelantikan Residen Jenera! tidak
akan menjejaskan kewajipan Raja-Raja Melayu terhadap Residen British yang sedia ada atau yang
dilantik selepas ini bagi menyandang jawatan di Negeri-negeri Naungan yang tersebut di atas.
5 . Raja-raja yang dinamakan di atas juga bersetuju memberi kepada Negeri-Negeri dalam Persekutuanyang memerlukan apa-apa bantuan berupa tenaga manusia, wang atau lain-lainnya sebagaimana yang
dinasihati oleh Kerajaan British, melalui pegawainya yang dilantik dengan sewajarnya; dan mereka
selanjutnya mengaku janji bahawa sekiranya tercetus perang antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia
Baginda Queen dengan mana-mana kuasa yang lain, mereka, atas permintaan Gabenar, akan menghantar
sepasukan askar India yang lengkap bersenjata untuk berkhidmat di Negeri-Negeri Selat.
Tiada apa-apa pun dalam Perjanjian ini yang bertujuan menyekat apa-apa kuasa atau wibawa yang kini
dipegang aleh mana-mana Raja Negeri yang dinamakan di atas di Negeri masing-masing, dan ia juga
tidak mengubah hubungan sedia ada antara mana-mana Negeri yang dinamakan dengan Empayar
British.
Perjanjian di atas telah ditandatangani dan dimeterai aleh Raja-Raja dan Pembesar-Pembesar pelbagai
Negeri yang tersebut di bawah pada bulan Julai 1895:
Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris, Sultan Perak
Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Samad, Sultan Selangar
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad, Sultan Pahang
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah, Yam Tuan Besar Sri Menanti
Dato' Haji Ahmad, Dato' Bandar Sungai Ujong
Dato' Ata, Data' Undang Jahal
Dato' SyedAli bin Syed Zain, Dato' Undang Jelebu
Dato' Serun bin Sidin, Dato' Undang Rembau
Tengku Dewa Tampin
Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia, P.126. Lihat juga Bahan-bahan Pilihan Pameran Arkib
Warisan Negara 1892: 44.
13. Perjanjian antara Great Britain dengan Siam, 1909Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965.
2008. Kuala Lumpur: ITNM
Selasa, 13 Oktober 2009 03:49 | Ditulis oleh Prof.Abdullah |
DITANDATANGANI DI BANGKOK, 10 HARI BULAN MAC 1909 (RATIFIKASI DIBUAT DILONDON, 9 HARI BULAN JULAI 1909)
Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland dan Dominion British
di seberang laut, Maharaja India, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam berhasrat untuk
menyelesaikan beberapa persoalan yang timbul yang menjejaskan kekuasaan masing-masing, telah
membuat keputusan untuk mengikat suatu Perjanjian, dan bagi maksud ini, telah melantik Wakil Penuh
Kerajaan masing-masing:
20
http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_mailto&tmpl=component&link=aHR0cDovL2lwbS51cHNpLmVkdS5teS9pbmRleC5waHA/b3B0aW9uPWNvbV9jb250ZW50JnZpZXc9YXJ0aWNsZSZpZD0yMDc6MTMtcGVyamFuamlhbi1hbnRhcmEtZ3JlYXQtYnJpdGFpbi1kZW5nYW4tc2lhbS0xOTA5ZGlhbWJpbC1kYXJpcGFkYS1wZXJqYW5qaWFuLWRhbi1kb2t1bWVuLWxhbWEtbWFsYXlzaWEtMTc5MS0xOTY1LTIwMDgta3VhbGEtbHVtcHVyLWl0bm0mY2F0aWQ9MzI6cGVyc2V0aWFhbi1yYWphLXJhamEmSXRlbWlkPTc0http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=207%3A13-perjanjian-antara-great-britain-dengan-siam-1909diambil-daripada-perjanjian-dan-dokumen-lama-malaysia-1791-1965-2008-kuala-lumpur-itnm&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&option=com_content&Itemid=74http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=207%3A13-perjanjian-antara-great-britain-dengan-siam-1909diambil-daripada-perjanjian-dan-dokumen-lama-malaysia-1791-1965-2008-kuala-lumpur-itnm&format=pdf&option=com_content&Itemid=74 -
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
21/44
Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain melantik Ralph Paget, Esquire, Utusan Khas
Baginda dan Menteri Wakil Penuh Kerajaan, dll.;
Duli Yang Maha Mulia Raja Siam melantik Duli Yang Teramat Mulia Putera Devawongse Varoprakar,
Menteri Hal Ehwal Luar dll.; yang, setelah menyampaikan Kuasa Wakil masing-masing dan mendapati
segala-galanya baik dan sewajarnya, telah bersetuju tentang Perkara-perkara berikut:-
Perkara IPenyerahan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, dan Pulau-pulau Bersebelahan kepada Great Britain
Kerajaan Siam menyerah kepada Kerajaan British segala hak dan apa-apa jua kekuasaan, naungan,
pentadbiran dan kawalan yang dimilikinya ke atas Negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pedis
dan pulau-pulau bersebelahan. Sempadan wilayah-wilayah ini ditentukan melalui Protokol Sempadan
yang dilampirkan bersama-sama ini.
Perkara II Tarikh Penyerahan
Penyerahan yang diperuntukkan dalam Perkara terdahulu ini hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga
puluh hari selepas ratifikasi Perjanjian ini.
Perkara III Persempadanan Sempadan Inggeris-Siam
Suatu Suruhanjaya Bercampur, terdiri daripada kakitangan dan pegawai Siam dan British, hendaklahdilantik dalam tempoh enam bulan selepas tarikh ratifikasi
Perjanjian ini, dan hendaklah dipertanggungjawabkan bagi persempadanan sempadan yang bam. Kerja
Suruhanjaya itu hendaklah dimulakan secepat mungkin, sesuai dengan musim, dan hendaklah dijalankan
menurut Protokol Sempadan yang dilampirkan bersama-sama ini.
Rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam yang tinggal dalam wilayah yang diperihalkan dalam
Perkara I yang berhasrat mengekalkan kerakyatan Siam mereka akan, dalam tempoh enam bulan selepas
ratiftkasi Perjanjian ini, dibenarkan berbuat demikian jika mereka berdomisil di wilayah kekuasaan
Siam. Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bahawa mereka itu
adalah bebas untuk mengekalkan harta tak alih mereka dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara
I.
Maka adalah difahami bahawa, menurut resam biasa di mana pertukaran kekuasaan berlaku, apa-apa
Konsesi dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I Perjanjian ini kepada individu atau Syarikat,
yang diberikan oleh atau dengan kebenaran Kerajaan Siam, dan diiktirafnya sebagai masih lagi berkuat
kuasa pada tarikh penandatanganan Persetiaan ini akan diiktiraf oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia
Baginda King Great Britain.
Perkara IV Hutang Awam Wilayah yang Diserahkan
Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bahawa Kerajaan Negeri-
negeri Melayu Bersekutu akan membayar segala hutang yang ada kepada Kerajaan Siam bagi wilayah-
wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I.
Perkara V Penghapusan Bidang Kuasa Konsul di SiamBidang kuasa Mahkamah Antarabangsa Siam yang ditubuhkan di bawah Perkara VIII Perjanjian
bertarikh 3 hari bulan September 1883, hendaklah, di bawah syarat yang ditentukan dalam Protokol
Bidang Kuasa yang dilampirkan bersama-sama ini,4 diperluaskan supaya meliputi semua rakyat British
di Negeri Siam yang berdaftar di Pejabat Konsul British sebelum tarikh Perjanjian ini.
Sistem ini hendaklah ditamatkan, dan bidang kuasa Mahkamah Antarabangsa itu hendaklah dipindahkan
kepada Mahkamah Siam yang biasa selepas perisytiharan dan permulaan kuat kuasa kanun Siam, iaitu
Kanun Jenayah, Kanun Sivil dan Perdagangan, Kanun Tatacara dan Undang-undang bagi penubuhan
Mahkamah.
21
-
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
22/44
Semua rakyat British lain yang ada di Negeri Siam hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah
Siam yang biasa di bawah syarat-syarat yang ditentukan dalam Protokol Bidang Kuasa.
Perkara VI Hak terhadap Harta, Kediaman dan Perjalanan, Cukai, dU.
Layanan Negara - Pengecualian daripada Perkhidmatan Tentera, Pinjaman Paksa, dll.
Rakyat British di seluruh Negeri Siam boleh menikmati hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh anakwatan negeri itu, terutamanya hak terhadap harta, hak kediaman dan perjalanan.
Mereka dan harta mereka hendaklah tertakluk kepada segala cukai dan perkhidmatan, tetapi ini semua
tidak boleh berbeza atau lebih tinggi daripada cukai dan perkhidmatan yang boleh dikenakan oleh
undang-undang terhadap rakyat Siam. Maka adalah difahami secara khusus bahawa batasan dalam
Perjanjian bertarikh 20 hari bulan September 1900, di mana pencukaian tanah tidak boleh melebihi
tanah yang serupa di Hilir Burma, kini dibatalkan.
Rakyat British di Siam hendaklah dikecualikan daripada segala perkhidmatan tentera, sama ada dalam
angkatan darat atau laut, dan daripada segala pinjaman paksa atau tuntutan atau sumbangan ketenteraan.
Perkara VII Pengesahan Perjanjian Lama
Peruntukan segala Perjanjian, Persetujuan, dan Konvensyen antara Great Britain dengan Siam, yangtidak diubah suai oleh Perjanjian ini, hendaklah kekal berkuat kuasa sepenuhnya.
Perkara VIII Ratifikasi
Perjanjian ini hendaklah diratiftkasikan dalam tempoh empat bulan dari tarikhnya. Pada
menyaksikannya, maka Wakil Penuh Kerajaan masing-masing te1ah menandatangani Perjanjian ini dan
mengecap padanya meterai masing-masing.
Dibuat di Bangkok, dalam dua salinan, pada 10 hari bulan Mac 1909.
(T.T.) RALPH PAGET.
(T.T.) DEVAWONGSE V AROPRAKAR.
Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia, P.112. 2 Lihat Lampiran I (ed.).
14. Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia
Baginda King Great Britain dengan Kerajaan
Kelantan, 1910Selasa, 13 Oktober 2009 03:46 | Ditulis oleh Prof.Abdullah |
Diambil daripada Dokumen dan Perjanjian Lama Malaysia, 1871 -1965. Kuala
Lumpur: ITNMB
Bahawasanya Negeri Kelantan telah diakui sebagai berada di bawah naungan Great Britain, dan
bahawasanya adalah perlu bagi menentukan prinsip di mana Kerajaan Negeri itu akan dikendalikan pada
masa hadapan, maka dengan yang demikian, adalah dipersetujui antara Tuan Yang Terutama
Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu Naungan yang mewakili Kerajaan Great Britain dengan
Duli Yang Maha Mulia Tengku Long Senik, Raja Kelantan, bagi pihak diri, waris dan pengganti
Baginda, seperti berikut:-
22
http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_mailto&tmpl=component&link=aHR0cDovL2lwbS51cHNpLmVkdS5teS9pbmRleC5waHA/b3B0aW9uPWNvbV9jb250ZW50JnZpZXc9YXJ0aWNsZSZpZD0yMDY6MTQtcGVyamFuamlhbi1hbnRhcmEta2VyYWphYW4tZHVsaS15YW5nLW1haGEtbXVsaWEtYmFnaW5kYS1raW5nLWdyZWF0LWJyaXRhaW4tZGVuZ2FuLWtlcmFqYWFuLWtlbGFudGFuLTE5MTAtJmNhdGlkPTMyOnBlcnNldGlhYW4tcmFqYS1yYWphJkl0ZW1pZD03NA==http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=206%3A14-perjanjian-antara-kerajaan-duli-yang-maha-mulia-baginda-king-great-britain-dengan-kerajaan-kelantan-1910-&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&option=com_content&Itemid=74http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=206%3A14-perjanjian-antara-kerajaan-duli-yang-maha-mulia-baginda-king-great-britain-dengan-kerajaan-kelantan-1910-&format=pdf&option=com_content&Itemid=74 -
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
23/44
Perkara I
Raja Kelantan berjanji tidak mengadakan apa-apa perhubungan politik atau urusan politik dengan mana-
mana kuasa atau raja negara asing, kecuali melalui perantaraan Duli Yang Maha Mulia Baginda King
England.
Perkara II
Duli Yang Maha Mulia Baginda King England berhak melantik pegawai menjadi Penasihat danPenolong Penasihat di Negeri Kelantan bagi bertindak sebagai wakil (atau ejen) Duli Yang Maha Mulia
Baginda King England. Raja Kelantan berjanji membayar kepada Penasihat dan Penolong Penasihat itu
apa-apa gaji sebagaimana yang akan ditentukan oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King,
dan menyediakan temp at kediaman yang sesuai untuk mereka; dan Raja Kelantan selanjutnya mengaku
janji mematuhi dan memberi kuat kuasa kepada nasihat Penasihat itu, atau semasa ketiadaannya,
Penolong Penasihat itu, dalam semua hal pentadbiran, selain yang menyentuh agama Islam dan adat
istiadat orang Melayu.
Perkara III
Raja Kelantan berjanji tidak mengikat apa-apa perjanjian berkaitan dengan tanah, atau memberikan apa-
apa konsesi kepada, atau membenarkan apa-apa pindah milik kepada, atau oleh, mana-mana individu
atau syarikat, selain anak watan Negeri Kelantan, dan tidak melantik mana-mana pegawai, selain anak
watan Kelantan, yang diberi gaji sebanyak lebih daripada 400 setahun, tanpa terlebih dahulumemperoleh kebenaran secara bertulis daripada Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King; dengan
syarat bahawa, sekiranya kawasan pemberian atau konsesi itu tidak
Perkara IV
Tiada apa-apa pun dalam perjanjian ini boleh menjejaskan kuasa pentadbiran yang kini dipegang oleh
Raja Kelantan. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalarn perjanjian ini, hubungan antara Raja
Kelantan dengan Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King adalah sama seperti yang pernah
wujud antara Raja Kelantan dengan Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam.
Dua salinan perjanjian ini hendaklah dibuat, satu dalarn bahasa Inggeris dan satu dalarn bahasa Melayu
yang mengandungi tafsiran yang sarna.
Dibuat di Kelantan pada dua puluh dua hari bulan Oktober 1910.
(Tandatangan)
JOHN ANDERSON.
Meterai.
Saksi.
(Tandatangan)
H.M. JACKSON, KOLONEL.
(Tandatangan)
R.E. STUBBS.
(Tandatangan)
TUAN LONG SENIK BIN AL-MARHUM SULTAN MUHAMMAD.
Meterai.
Saksi.
(Tandatangan)
TENGKU SRI INDRA MAHKOTA.
(Tandatangan)
23
-
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
24/44
TENGKU CIK TUAN ABDULLAH.
(Dalam Tulisan Jawi) Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 109-111.
15. Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha MuliaBaginda King dengan Kerajaan Terengganu, 1910
Selasa, 13 Oktober 2009 03:45 | Ditulis oleh Prof.Abdullah |
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1795 - 1965, 2008.
Kuala Lumpur: ITNMB
Perjanjian ini adalah untuk menentukan sesetengah perkara berkenaan hubungan antara Kerajaan Duli
Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Kerajaan Terengganu, iaitu sebuah Negeri
Melayu Islam berpemerintahan sendiri.
Dibuat antara wakil Duli Yang Maha Mulia Baginda King Gerat Britain, iaitu Tuan Yang Terutama SirJohn Anderson, G.C.M.G., Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu, bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Baginda King.
Dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Zainal Abidin, yang memiliki dan mentadbir Kerajaan
Terengganu dan segala wilayah tanggungannya, bagi pihak diri dan waris baginda yang menggantikan
baginda sebagai Sultan menurut adat istiadat Melayu dalam Kerajaan Terengganu.
Perkara I
Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan
Terengganu dengan ini bersetuju bahawa kedua-dua Kerajaan akan saling membantu.
Demikian juga kedua-dua Kerajaan akan saling serah-menyerah pesalah atau tertuduh atau orang yang
disabitkan terhadap apa-apa kesalahan menurut persetujuan yang akan dibuat antara kedua-dua
Kerajaan.
Maka adalah juga dipersetujui bahawa kedua-dua pihak akan mematuhi dengan seketat-ketatnya
peruntukan dokumen ini.
Perkara II
Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengisytiharkan bahawa baginda hanya berhasrat
menempatkan seorang Pegawai British bermastautin di Terengganu sebagai wakil yang tugasnya adalah
serupa dengan tugas Pegawai Konsul.
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu mengaku janji menerima Pegawai itu dan memberi
percuma sekeping tanah di negeri ini bagi membina sebuah rumah untuk diduduki Pegawai tersebut.
Perkara III
Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bagi pihak dirinya untuk melindungi
Kerajaan dan Negeri Terengganu dan segala wilayah tanggungannya daripada serangan musuh asing,
dan bagi maksud ini dan maksud seumpamanya pegawai Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda
King akan pada setiap masa dibenarkan keluar masuk dengan bebas ke laut dan wilayah Terengganu dan
wilayah tanggungannya dan menggunakan cara yang munasabah untuk menentang serangan tersebut.
24
http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_mailto&tmpl=component&link=aHR0cDovL2lwbS51cHNpLmVkdS5teS9pbmRleC5waHA/b3B0aW9uPWNvbV9jb250ZW50JnZpZXc9YXJ0aWNsZSZpZD0yMDU6MTUtcGVyamFuamlhbi1hbnRhcmEta2VyYWphYW4tZHVsaS15YW5nLW1haGEtbXVsaWEtYmFnaW5kYS1raW5nLWRlbmdhbi1rZXJhamFhbi10ZXJlbmdnYW51LTE5MTAmY2F0aWQ9MzI6cGVyc2V0aWFhbi1yYWphLXJhamEmSXRlbWlkPTc0http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=205%3A15-perjanjian-antara-kerajaan-duli-yang-maha-mulia-baginda-king-dengan-kerajaan-terengganu-1910&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&option=com_content&Itemid=74http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32%3Apersetiaan-raja-raja&id=205%3A15-perjanjian-antara-kerajaan-duli-yang-maha-mulia-baginda-king-dengan-kerajaan-terengganu-1910&format=pdf&option=com_content&Itemid=74 -
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
25/44
Perkara IV
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu dengan ini bersetuju bahawa tanpa pengetahuan dan
keizinan Kerajaan British baginda tidak akan membuat apa-apa persetiaan, berurusan atau berutus-utus
surat tentang perkara politik atau menghantarkan utusan kepada mana-mana Kerajaan asing,
mengganggu dalam politik mana-mana negeri Melayu atau memberikan apa-apa konsesi perlombongan
yang melebihi 500 ekar atau tanah lain yang melebihi 3,000 ekar kepada mana-mana orang selain
penduduk asal dan rakyat Terengganu.
Maka adalah juga dipersetujui bahawa jika timbul apa-apa sebab yang menghendaki perutusan politik
antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu dengan mana-mana Kerajaan asing,
perutusan itu hendaklah dijalankan melalui Kerajaan British yang Duli Yang Maha Mulia Baginda
Sultan Terengganu bergantung bantuan dan untuk menyelesaikan apa-apa perkara antara Kerajaan
Terengganu dengan Kerajaan asing itu.
Fasal yang terakhir di atas tidak merujuk perutusan bukan politik atau lawatan yang bersifat
persahabatan atau seumpamanya.
Pada menyaksikannya, Tuan Yang Terutama Sir John Anderson, G.C.M.G., dan Duli Yang Maha Mulia
Baginda Sultan Terengganu dengan ini menurunkan meterai dan tandatangan masing-masing.
Ditandatangani di Singapura pada dua puluh dua hari bulan April tahun 1910 bersamaan dengan sebelas
hari bulan Rabiulakhir tahun 1328.
Meterai Pesuruhjaya Tinggi.
JOHN ANDERSON.
Saksi.
Cap Mohor Sultan.
Saksi.
T. PERROT, PemerintahAskar, N.N.S.
F. BELFIELD,
Peguam Negara, N.N.S.
ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD.
OMAR BIN ABDUL RAHIM. HAJI NGAH BIN YUSOP. AHMAD BIN ABDUL RAHMAN.
Teks diambi1 dari Maxwell & Gibson 1924: 112-113.
Perkara II dimansuhkan dan digantikan melalui Perjanjian 24 Mac 1919 (lihat Maxwell & Gibson
1924: 113-114).
16. Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha MuliaBaginda King Great Britain dengan Negeri Johor, 1914
Selasa, 13 Oktober 2009 03:41 | Ditulis oleh Prof.Abdullah |
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1795 - 1965,
2008. Kuala Lumpur: ITNM
Bahawasanya adalah dianggap perlu bahawa Perkara III Perjanjian 11 hari bulan Disember 1885,
25
http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_mailto&tmpl=component&link=aHR0cDovL2lwbS51cHNpLmVkdS5teS9pbmRleC5waHA/b3B0aW9uPWNvbV9jb250ZW50JnZpZXc9YXJ0aWNsZSZpZD0yMDQ6MTYtcGVyamFuamlhbi1hbnRhcmEta2VyYWphYW4tZHVsaS15YW5nLW1haGEtbXVsaWEtYmFnaW5kYS1raW5nLWdyZWF0LWJyaXRhaW4tZGVuZ2FuLW5lZ2VyaS1qb2hvci0xOTE0LSZjYXRpZD0zMjpwZXJzZXRpYWFuLXJhamEtcmFqYSZJdGVtaWQ9NzQ=http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32:persetiaan-raja-raja&id=204:16-perjanjian-antara-kerajaan-duli-yang-maha-mulia-baginda-king-great-britain-dengan-negeri-johor-1914-&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&option=com_content&Itemid=74http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=32:persetiaan-raja-raja&id=204:16-perjanjian-antara-kerajaan-duli-yang-maha-mulia-baginda-king-great-britain-dengan-negeri-johor-1914-&format=pdf&option=com_content&Itemid=74 -
8/2/2019 Persetiaan Raja - Raja
26/44
yang dibuat oleh Yang Teramat Mulia FREDERICK ARTHUR STANLEY, Setiausaha Negara
bagi Tanah Jajahan Baginda Queen, bagi pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen
Great Britain dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Maharaja Johor hendaldah dimansuhkan
dan Perkara yang lain menggantikannya:
Maka, dengan ini dipersetujui oleh dan antara Tuan Yang Terutama Sir Arthur Henderson Young,
K.C.M.G., Gabenor Tanah Jajahan Negeri-Negeri Selat, bagi pihak Kerajaan Duli Yang MahaMulia Baginda King Great Britain dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda SULTAN NEGERI
DAN WILAYAH JOHOR bahawa Perkara di atas dimansuhkan dan Perkara berikut
menggantikannya:
Perkara III
Sultan Negeri dan wilayah Johor akan menerima, dan menyediakan kediaman yang sesuai untuk,
seorang Pegawai British yang dinamakan Ketua Penasihat, yang akan ditauliahkan ke istana
Baginda dan tinggal dalam Negeri dan wilayah Johor, dan nasihatnya mestilah diminta dan
diambil tindakan atas semua perkara yang melibatkan pentadbiran am negeri itu dan semua
persoalan selain yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Me1ayu.
Pembiayaan untuk Ketua Penasihat dan perjawatannya hendaklah ditentukan oleh KerajaanNegeri-Negeri Selat dan ditanggung daripada Hasil Negeri Johor.
Pemungutan dan pengawalan segala hasil negeri hendaklah dikawal selia di b
top related