pertandingan memancing putrajayafms.ppj.gov.my/pancing/syarat_pm2019_9.02.2019.pdfpertandingan...
Post on 01-Aug-2019
329 Views
Preview:
TRANSCRIPT
15/01/2019
PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2019
MAKLUMAT, SYARAT DAN PERATURAN
PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2019
1
PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2019 DI SISIRAN TASIK PRESINT 1 DAN TAMAN
WAWASAN PRESINT 2, PUTRAJAYA
09 Februari 2019 (Sabtu)
1.0 LATAR BELAKANG Perbadanan Putrajaya akan menganjurkan Pertandingan Memancing Putrajaya Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 pada 09 Februari 2019 (Sabtu). Hadiah wang tunai disediakan kepada pemenang tempat pertama hingga tempat ke-50. Selain daripada itu, sebanyak 40 cabutan bertuah barangan peralatan/ perkakasan memancing serta 5 hadiah bonanza (1 unit TV LED 60” dan 4 unit TV LED 40”) disediakan.
Pendaftaran memancing secara atas talian (online) disediakan untuk memudahkan peserta yang berada jauh dari Putrajaya untuk turut serta. Peserta 1,000 terawal berpeluang mendapat hadiah t-shirt percuma. Pembahagian t-shirt adalah berdasarkan 500 unit bagi peserta pertama yang mendaftar dan membayar secara atas talian (online) dan manakala 500 unit lagi bagi peserta yang mendaftar dan membayar di kaunter.
2.0 TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN Tarikh Pertandingan Memancing adalah pada 09 Februari 2019 iaitu pada hari Sabtu (7:30 pg hingga 12:00 tgh).
15/01/2019
PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2019
2
3.0 LOKASI PERTANDINGAN
Lokasi pertandingan di Sisiran Tasik Presint 1 dan Taman Wawasan Presint 2, Tasik Putrajaya telah dipilih sebagai lokasi pertandingan. Pemilihan lokasi ini kerana ia merupakan kawasan yang mempunyai persisiran tasik yang sesuai untuk aktiviti memancing di samping telah sedia ada pokok yang matang dan redup. Lokasi ini juga mempunyai kemudahan serta akses yang baik ke tapak berkenaan.
TAPAK PENDAFTARAN DAN
PENGESAHAN
PADA 08 FEBRUARI 2019
KOORDINAT :
2˚ 56’ 05.52”N @ 2.93487 101˚ 41’ 30.84”E @ 101.6919
15/01/2019
PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2019
3
4.0 PENYERTAAN, PENDAFTARAN DAN PENGESAHAN PENDAFTARAN
4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada orang ramai. Penduduk Putrajaya
dialu-alukan menyertai pertandingan ini sebagai salah satu aktiviti riadah. 1,000 penyertaan terawal akan mendapat t-shirt percuma (500 unit pendaftaran melalui secara atas talian (online) dan manakala 500 unit lagi pendaftaran melalui kaunter). Peserta layak mendapat lebih dari sehelai t-shirt (tertakluk kepada bilangan penyertaan).
4.2 Penyertaan dikira selepas bayaran dibuat oleh peserta. 4.3 Peserta perlu memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan dan
nombor telefon. Bagi bukan warganegara hendaklah memberikan nombor passport.
4.4 Pendaftaran untuk menyertai pertandingan boleh dibuat di lokasi berikut:
i. Pusat Khidmat Pelanggan di Kompleks Perbadanan Putrajaya bermula pada 24 Januari 2019 – 08 Februari 2019.
Waktu urusan kaunter dibuka pada jam:
• 8.00 pagi hingga 4.45 petang ii. Pendaftaran secara atas talian (online) di laman sesawang
www.ppj.gov.my bermula pada 21 Januari 2019 dan berakhir pada 07 Februari 2017, jam 11.59pm.
iii. Tapak pertandingan bermula jam 5.00 petang, 08 Februari 2019
sehingga tamat masa pertandingan 12.00 tengahari, 09 Februari 2019 (kaunter dibuka 24 jam).
4.5 Peserta perlu menyimpan semua resit penyertaan sebagai bukti
penyertaan sekiranya berlaku kesilapan dalam senarai pemenang yang dikeluarkan oleh penganjur.
4.6 PENGESAHAN PENDAFTARAN akan bermula pada jam 5:00 petang,
08 Februari 2019 (Jumaat) sehingga pertandingan tamat. Sila pastikan peserta membawa kad pengenalan semasa membuat pengesahan.
15/01/2019
PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2019
4
5.0 YURAN PENYERTAAN
5.1 Yuran penyertaan ialah RM20.00 bagi setiap joran yang digunakan.
Manakala peserta antarabangsa (bukan warganegara) akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00.
5.2 Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan jika peserta tidak hadir atau
membatalkan penyertaan. 5.3 Semua peserta perlu memastikan perkara-perkara berikut diperolahi
selepas pengesahan pendaftaran: ➢ Tag joran; ➢ Tag pancang; ➢ Gelang peserta; ➢ Resit pendaftaran peserta; ➢ Kupon cabutan bertuah (bersama-sama dengan no resit); dan ➢ Salinan syarat-syarat serta lokasi pertandingan;
5.4 Peserta yang kehilangan tag joran dan resit pertandingan akan dikenakan denda RM30.00 sebagai bayaran kepada pihak penganjur bagi mengeluarkan tag joran dan resit yang baru kepada peserta.
6.0 ACARA SAMPINGAN Acara sampingan yang akan dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya semasa pertandingan memancing adalah seperti berikut:
i. Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar. ii. Memancing Udang untuk kanak-kanak (bawah 12 tahun) dengan bayaran
RM 3.00/10 minit iii. Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak (2 kategori iaitu 7 - 9 tahun
dan 10 -12 tahun)
Untuk sebarang pertanyaan bagi acara sampingan, boleh hubungi wakil kami:
a. Pn. Nik Norazlina Che Ya (03-8887 7593)
b. Pn. Wan Aslina Wan Awang (03-8887 7176) bagi acara Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar.
15/01/2019
PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2019
5
7.0 HADIAH PERTANDINGAN 7.1 Hadiah menarik dan lumayan disediakan oleh Perbadanan Putrajaya dan
peserta layak memenangi lebih daripada satu (1) hadiah kecuali hadiah tempat pertama hingga ketiga seperti berikut:
i. Tempat Pertama : RM7,000.00 + Hamper Iringan ii. Tempat Kedua : RM5,000.00 + Hamper Iringan iii. Tempat Ketiga : RM3,000.00 + Hamper Iringan iv. Tempat ke-4 - 10 : RM 200.00 v. Tempat ke-11 - 20 : RM 100.00 vi. Tempat ke-21 - 50 : RM 50.00
8.0 CABUTAN BERTUAH Bagi memeriahkan lagi pertandingan ini, Perbadanan Putrajaya turut menyediakan 40 barangan memancing untuk cabutan bertuah pertandingan memancing Putrajaya. Di samping itu, peserta juga berpeluang membawa pulang 1 unit TV LED 60” dan 4 unit TV LED 40” yang merupakan Hadiah Cabutan Bonanza.
9.0 PERTANYAAN Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian 03-8887 7585, 03-8887 7146, 03-8887 7252 atau email: hasnizan@ppj.gov.my atau email: liza@ppj.gov.my atau m_ridzuan@ppj.gov.my
15/01/2019
PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2019
6
10.0 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN 10.1 PESERTA
i. Peserta yang mempunyai rekod menipu atau cuba menipu dalam
pertandingan sebelum ini tidak dibenarkan menyertai pertandingan; ii. Peserta yang didapati menipu atau cuba menipu semasa
pertandingan akan dibatalkan penyertaan dan tidak akan dibenarkan untuk menyertai Pertandingan Memancing di Putrajaya pada masa akan datang;
iii. Peserta dibenarkan mendirikan khemah 20 meter dari tebing tasik
mulai 08 Februari 2019 pada jam 5.00 petang;
iv. Peserta TIDAK DIBENARKAN sama sekali memancing sebelum siren pertandingan dibunyikan. Sekiranya berbuat demikian, penyertaan adalah dibatalkan dan peralatan akan rampas;
v. Peserta wajib memakai gelang peserta yang diberikan penganjur; vi. Peserta boleh mendaftar seberapa banyak batang joran dengan
kadar bayaran RM20.00/joran; vii. Peserta hendaklah membuang sampah di tong sampah yang
disediakan menggunakan plastik yang dibekalkan; viii. Semua perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini adalah
tanggungan sendiri dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas semua kehilangan, kemalangan atau kecelakaan yang menimpa peserta;
ix. Peserta bebas memilih lokasi memancing tetapi dilarang keluar dari
kawasan yang ditetapkan dan pihak penganjur berhak menentukan kawasan yang dibenarkan mengikut jumlah penyertaan; dan
x. Peserta perlu menghantar ikan ke meja Hakim untuk ditimbang
selepas mendapat Waran Marsyal.
15/01/2019
PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2019
7
10.2 KAWALAN KAWASAN i. Dilarang membuang sampah di kawasan memancing; ii. Kenderaan persendirian tidak DIBENARKAN SAMA SEKALI
memasuki kawasan memancing; iii. Peserta adalah DI LARANG SAMA SEKALI masuk ke dalam Tasik
Putrajaya; iv. Dilarang merosakkan pokok dan tanaman di kawasan memancing.
Pemancing yang ditangkap merosakkan pokok & persekitaran akan dikenakan kompaun oleh Perbadanan Putrajaya dan penyertaan akan dibatalkan. Ini selaras dengan Undang-Undang Kecil Taman (Perbadanan Putrajaya) 2002.
10.3 Peserta boleh menggunakan umpan seperti dedak, cacing, cengkerik, roti, pellet, ikan hidup, lipas, lipan, ulat gendon, jenis-jenis ulat hidup, bahan-bahan daripada buah-buahan seperti pisang, betik, buah kelapa sawit, marshmallow (mesti menggunakan batu ladung) dan telur kerengga.
10.4 Peserta DILARANG menggunakan umpan tiruan (Rapala), organ
dalaman haiwan, umpan TAPA, katak, anak itik, cicak, anak ayam dan umpan yang menggunakan organ haiwan yang berbau hanyir dan meloyakan serta kuning telur.
10.5 Pelampung, mata dua, mata spider dan mata tiga adalah dilarang.
HANYA YANG DIBENARKAN
TIDAK DIBENARKAN TIDAK DIBENARKAN
10.6 Penggunaan mata bom dan rambai adalah dibenarkan. 10.7 Selepas mendapat waran tangkapan ikan daripada marsyal, peserta perlu
menghantar ikan ke meja Hakim untuk ditimbang dengan membawa bersama ikan, resit dan waran tangkapan. Bagi peserta yang memancing berdekatan kaunter hakim dan belum menerima Waran Tangkapan, peserta perlu membawa joran yang mendapat ikan dan resit pendaftaran ke kaunter hakim untuk menimbang ikan.
15/01/2019
PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2019
8
10.8 Bantahan boleh dibuat dalam tempoh 15 minit selepas pertandingan tamat dengan setiap bantahan akan dikenakan bayaran RM150.00. Wang tidak dikembalikan jika bantahan ditolak.
10.9 Joran yang digunakan mesti mempunyai tag yang disediakan oleh
penganjur. Jika joran patah, peserta perlu memaklumkan kepada penganjur untuk mendapat tag joran yang baru. Joran tanpa tag akan dibatalkan penyertaannya.
10.10 Pancang yang dibenarkan di dalam pertandingan ini adalah tertakluk
kepada syarat-syarat berikut; i. Pancang dibenarkan dipasang pada jam 5.00 petang sehari
sebelum pertandingan selepas mendapat tag pancang; ii. Hanya pancang berbentuk ’Y’ sahaja yang dibenarkan;. iii. Pancang yang diikat dengan tali akan dipotong;. iv. Pancang yang tidak mempunyai tag akan dicabut dan
ditanggalkan. Pancang tersebut boleh dituntut di khemah urus setia;.
v. Pancang menggunakan ranting, buluh, paip PVC dan kayu tidak dibenarkan; dan.
vi. Keselamatan pancang adalah tanggungjawab peserta.
10.11 Tag joran yang dibekalkan perlu dilekatkan secara memanjang bermula dari tempat pemegang “reel” sehingga gelang pertama joran masing-masing. Rujuk gambar di bawah.
10.12 Ikan yang berjaya dinaikkan oleh joran yang tidak dilekatkan tag joran,
maka ikan tersebut tidak akan ditimbang. 10.13 Ikan yang dipertandingkan mesti memakan umpan. Sekurang-kurangnya
satu mata kail perlu kena di bahagian dalam mulut sahaja untuk layak dipertandingkan (mata bom/rambai). Jika semua mata kail terkena ekor atau badan, ikan tidak layak dipertandingkan.
15/01/2019
PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2019
9
10.14 Ikan yang dipancing adalah hak milik penganjur. 10.15 Peserta layak memenangi lebih daripada satu (1) hadiah kecuali hadiah
tempat pertama hingga ketiga. Sekiranya seorang peserta mendapat tiga ekor ikan terberat, maka peserta berkenaan akan ditabalkan sebagai juara manakala dua ekor ikan lagi yang dipancing akan menduduki tempat keempat dan kelima.
10.16 Kemenangan ditentukan berdasarkan jumlah mata bagi seekor ikan yang
ditimbang serta masa tangkapan ikan yang dicatat oleh marsyal. 10.17 Ikan yang sudah berada di dalam tangguk ketika siren penamat
dibunyikan layak dipertandingkan. Bagi ikan yang masih berada di dalam air ketika siren penamat dibunyikan, ikan berkenaan tidak layak dipertandingkan.
10.18 Bagi mengekalkan konsep tangkap dan lepas maka saiz ikan yang berjaya dinaikkan perlu dilepaskan semula ke Tasik Putrajaya sebagaimana jadual berikut.
Jenis dan Saiz Ikan Yang Perlu Dilepaskan
Spesies Saiz
Sebarau Kurang 10 inci/25cm
Jelawat Kurang 10 inci/25cm
Belida Kurang 10 inci/25cm
Ketutu Kurang 10 inci/25cm
Lampam Sungai Kurang 7 inci/18cm
Tenggalan Kurang 14 inci/30cm
Kelah Semua Saiz
Temoleh Semua Saiz
Tengas Semua Saiz
Bujuk Semua Saiz
Kerai Semua Saiz
10.19 Semua ikan mestilah dihantar ke meja hakim bersama joran dan mata kail
masih melekat di mulut ikan. Bagi ikan yang sudah disahkan marsyal, ia boleh dihantar ke meja hakim bersama waran tangkapan ikan yang diberikan oleh marsyal meskipun tanpa joran dan mata kail.
10.20 Semua spesis ikan keli tidak dipertandingkan.
15/01/2019
PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2019
10
11.0 KAEDAH PENENTUAN PEMENANG BAGI PERTANDINGAN
11.1 Kaedah penentuan pemenang berdasarkan Sistem Mata bagi Pertandingan Memancing ini dibuat bagi memberi peluang ikan tempatan berkualiti tinggi seperti Temoleh dan Tenggalan bersaing dengan ikan lain untuk muncul juara.
11.2 Kaedah ini dilakukan dengan memberikan pemberat bagi setiap kumpulan
ikan seperti jadual di bawah:
Sistem Mata Pertandingan Memancing Putrajaya
Mata/kg SpesisIkan
10 Temoleh, Kerai, Tenggalan, Jelawat, Kelah, Tengas, Ketutu
7 Sebarau, Belida, Baung, Patin, Haruan, Kalui, Bujuk
5 Lampam, Tilapia, Kap Rumput, Rohu, Lee Koh
3 Toman, Pacu dan lain-Lain
Nota: Ikan KELI tidak dipertandingkan
11.3 Kaedah ini dapat menggalakkan pemancing menghantar tangkapan
masing-masing ke meja Hakim untuk ditimbang, sekaligus membantu pihak PPj mengenal pasti jumlah spesis ikan yang ada di dalam Tasik Putrajaya.
11.4 Kaedah ini boleh mengurangkan risiko berlaku penipuan (membawa ikan
dari luar - contohnya ikan Keli dan sebagainya).
15/01/2019
PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2019
11
11.5 Penerangan bagi konsep ini adalah seperti berikut:
11.5.1 Bagi konsep ini, tiada kategori spesis dipertandingkan.Sebaliknya,
penganjur akan memilih 50 pemenang dengan mata tertinggi bagi setiap seekor ikan yang ditimbang.
11.5.2 Setiap ikan akan ditimbang dan didarab dengan mata yang telah
ditetapkan seperti dalam jadual bagi mendapatkan jumlah mata ikan berkenaan.
Contoh: Pemancing 1 mendapat Temoleh 3 kilogram: 3 x 10 = 30 mata Pemancing 2 mendapat toman 8 kilogram: 8 x 3 = 24 mata Dalam kes di atas, Pemancing 1 adalah pemenang dengan 30 mata walaupun berat ikan Temoleh hanya 3 kilogram, berbanding ikan toman dengan berat 8 kilogram. 11.5.3 Bagi menggalakkan peserta menghantar ikan untuk ditimbang,
penganjur tidak akan mengisytiharkan had berat ikan yang perlu didaftarkan sepanjang tempoh pertandingan.
11.5.4 Kaedah mata ini adalah cara terbaik bagi mengurangkan
kemungkinan ikan Toman muncul juara keseluruhan berikutan kedua-duanya diberi pemberat yang rendah.
Nota: Jika dua atau lebih peserta mendapat jumlah mata yang sama, penentuan pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada masa tangkapan terawal.
15/01/2019
top related